You are on page 1of 10

TUGASAN

MPW 2133
PENGAJIAN MALAYSIA

Nama kumpulan: Tun Dr. Mahathir
Nama ahli: i. Lee Wai Keet(C1400122)
ii. Hariinraj a/l
Ramachandran(C140018
2)
iii. Ali Reza(C1400115)
iv. Wesley Chia Kok
Seng(C1400181)
v. Leong Jun
Yin(C1400179)
vi. Phan Jia Ying(C1400586)
vii. Yap Kah
Whye(C1400411)
viii. Chong Wan
Shen(C1400262)
ix. Koh Yan Yee(C1400531)
x. Yee Minjo(C1400583)


Nama pensyarah: En. Law Yew Fong


TAJUK:
BINCANGKAN SECARA
KRITISFAKTOR- FAKTOR
YANG MENYEBABKAN
PENUBUHAN MALAYSIA
PADA HARIBULAN 19
SEPTEMBER 1963 DAN
SETERUSNYA FAKTOR-
FAKTOR YANG
MENYEBABKAN BRUNEI
MENOLAK MALAYSIA DAN
JUGA MENYEBABKAN
SINGAPURA BERPISAH
DENGAN MALAYSIA PADA
TAHUN 1965.
Cadangan ke arah penubuhan Malaysia

Idea penubuhan Malaysia ditubuh daripada beberapa cadangan pegawai asing
dan juga termasuk pembesar- pembesar tempatan. Rajah berikut merupakan
kronologi cadangan ke arah penubuhan Malaysia.



Cadangan
yang pertama
(1887)
Cadangan pertama dikemukakan oleh Lord Brassey.
Beliau mencadangkan agar kerajaan British menggabungkan Sarawak
dan Sabah dengan Negeri- negeri Melayu dan Negeri- Negeri Selat.
Cadangan
yang kedua
(1948)
Dicadangkan oleh Sir Malcolm MacDonald.
Beliau mencadangkan agar Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei, dan Persekutuan
Tanah Melayu digabungkan.
Cadangan
yang ketiga
(1956)
Dicadangkan oleh Dato' Onn Ja'afar.
Beliau mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai
Malaysia kerana menurut beliau, British akan menggabungkan negeri Sarawak, Sabah,
Brunei, dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Cadangan
yang keempat
(1959)
Dicadangkan oleh Lim Yew Hock, David Marshall, dan Lee Kuan Yew.
Lee Kuan Yew telah mendesak supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman
untuk menggabungkan Sigapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja.
Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju kerana penggabungan ini akan mengakibatkan
ketidakseimbangan penduduk.
Namun, pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman telah bersetuju dengan gabungan
Malaysia kerana:
- mejamin satu kedudukan politik yang lebih kukuh dan disegani di rantau ini.
- dapat mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.
Cadangan ini dibuat dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan
Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura.
Menurut beliau, pembentuan Malaysia memerlukan kerjasama British dengan rakyat
tempatan.
Faktor- faktor Penubuhan Malaysia

1) Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada pembentuakn
Malaysia. Antaranya adalah seperti masalah keselamatan, usaha
mendapatkan kemerdekaan dan juga proses dekolonisasi.

2) Selain itu, sebab- sebab lain adalah seperti mewujudkan kerjasama
ekonomi serta meyeimbangakn penduduk Melayu dan bukan Melayu.

3) Kesimpulannya, faktor- faktor yang mendorong kepada pembentukan
persekutuan dapat dibahagikan kepada faktor- faktor politik, ekonomi,
dan sosial.


Faktor Politik

Keselamatan

1) Perkembangan pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi Pilihan
Raya Hong Lim do Singapura pada bulan April 1961 telah
mencemaskan Lee Kuan Yew, iaitu pemimpin Parti Tindakan Rakyat
atau Peoples Action Party (PAP) yang juga dikenali dengan nama
singkatan PETIR.

2) Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan parti
pimpinan Lee Kuan Yew tersebut.

3) Perkembangan tersebut amat membingbangkan Lee Kuan Yew kerana
akan menggugat rancangan kerajaan British untuk memberi
kemerdekaan kepada Singapura.

4) Barisan Sosialis merupakan sebuah gerakan berhaluan kiri.

5) Selain itu, ancaman komunis juga membolehkan Lee Kuan Yew
mendesak British menggabungkan Singapura sengan Persekutuan
Tanah Melayu.

6) Alasan Lee Kuan Yew ialah Persekutuan Tanah Melayu mempunyai
pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis
Malaya (PKM) sepanjang tempoh darurat, iaitu dari tahun 1948
hingga tahun 1960.

7) Ancaman komunis juga terdapat di Sarawak seperti yang
diperjuangkan oleh Clandestine Communist Organisation (CCO)
yang bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.

8) Masalah ancaman komunis ini telah mendorong Tunku Abdul
Rahman mengemukakan idea pembentuakn Malaysia.

9) Selain itu, penyertaan Singapura, Sarawak dan Sabah ke dalam
Malaysia juga diharapkan menjadi benteng yang kukuh bagi
menghadapi ancaman komunis.

Kemerdekaan

1) Penubuhan Malaysia juga akan mempercepatkan kemerdekaan
Sarawak, Sabah, Singapura, dan Brunei yang masih lagi berada di
bawah penjajahan British.

2) Sabah, Sarawak, dan Brunei juga masih belum mampu berkerajaan
sendiri.

3) Penyertaan negeri- negeri ini akan menjamin kemerdekaan yang lebih
awal kerana mengikut perancangan, Malaysia akan ditubuhkan dalam
tempoh dua tahun.

4) Pada masa yang sama, negeri- negeri ini juga akan dapat menikmati
pembanguna ekonomi, politik, dan sosial.




Dekolonisasi

1) Penubuhan Malaysia juga merupakan proses dekolonisasi British
terhadap negeri- negeri kecil yang belum merdeka.

2) Ketika itu, hampir semua negara di Asia Tenggara telah berjaya mencapai
kemerdekaan.

3) Pada tahun 1960, dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB), usul telah dikeluarkan agar tanah- tanah jajahan
dimerdekakan.

4) Justeru, pembentuakn Malaysia adalah penting kerana dapat memberikan
kestabilan politik kepda rantau Asia Tenggara.

5) British juga berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang
penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah- wilayah
Borneo.

6) Selain itu, British perlu mengambil langkah- langkah yang bijak dan tepat
demi memastikan kepentingan mereka terus terkawal, terutama
pangkalannya di Singapura yang menjadi benteng untuk mengawal
pengaruh komunis.











Faktor ekonomi

1) Penubuhan Malaysia akan membuka satu pasaran yang lebh luas bagi
menggalakkan kemasukan pelaburan dan perkembangan industri
pertanian.

2) Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi ini akan dapat memanfaatkan
keistimewaan dan sumber- sumber yang terdapat di negara ini.

3) Sebagai contoh, Tanah Melayu mempunyai sumber bahan mentah seperti
getah dan bijih timah, Sarawak dan Sabah mempunyai sumber balak yang
banyak, manakala Brunei pula kaya dengan sumber minyak



Faktor sosial

1) Faktor utama pembentukan Malaysia adlah untuk mengimbangi jumlah
dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri anggota.

2) Dengan kemasukan Sarawak, Sabah, dan Brunei, bilangan kaum
bumiputera dan bukan bumiputera dapat diimbangi.










Faktor- faktor Brunei Menolak Penubuhan Malaysia

1) Persoalan minyak
Brunei hanya dapat menikmati hasil minyaknya selama 10 tahun selepas
penyertaan Brunei ke dalam Malaysia tetapi kemudiannya Brunei
dikehendaki menyerahkan hasil mahsul minyak kepada Persekutuan
Malaysia sepenuhnya

2) Bayaran tahunan
Persekutuan Malaysia menginginkan agar bayaran tahunan itu dibayar
setiap tahun dan ditambah kepada $50 atau $60 juta setahun seperti yang
dicadangkan oleh Dato Paduka Neil Lawson Q.

3) Kedaulatan sultan
Kemasukan Brunei ke dalam Persekutuan Malaysia boleh menggugat
kuasa Sultan dan sekali gus melenyapkan kedaulatannya. Ini kerana
dikatakan kesemua negeri dalam persekutuan ini nanti adalah sama
mengikut Perlembagaan yang akan dirangka6. Di sini menunjukkan
kedaulatan Sultan akan pupus dan Perlembagaan 1959 tidak boleh
digunakan lagi.

4) Pungutan suara rakyat dan pemberontakan1962
Pada 8 Disember 1962 adalah sebagai tanda penentangan rakyat Brunei
terhadap gagasan Malaysia. Penentangan juga dibuat oleh pegawai-
pegawai kolonial dan kaum Cina yang takut sumber ekonominya terjejas
setelah kemasukan Brunei ke dalam Malaysia.


Faktor- faktor Singapura berpisah dengan Malaysia
pada tahun 1965
1) Masalah Ekonomi
a. Singapura tuntut agar statusnya sebagai pusat perindustrian,
perdagangan dan pelabuhan bebas tidak disaingi oleh kerajaan pusat.
b. Singapura tuntut keistimewaan cukai daripada kerajaan pusat.
2) Konsep Malaysian Malaysia
a. Singapura tuntut hak sama rata untuk semua rakyat tanpa mengira
kaum.
b. Singapura menafikan institusi raja dan menentang hak istimewa orang
Melayu dan Bumiputera.
3) Pertikaian Parti Perikatan PETIR
a. PETIR menuduh MCA tidak mewakili kepentingan kaum Cina.
b. PETIR bertanding menentang parti Perikatan dalam pilihan raya 1964
di Semenanjung Malaysia.
4) Rusuhan Kaum
a. Banyak kenyataan oleh pemimpin PETIR membangkitkan sentimen
perkauman.
b. Rusuhan kaum di Singapura gugat keselamatan
5) Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman membuat
keputusan singkirkan Singapura

6) Pengisytiharan Pemisahan Singapura dari Malaysia dibuat pada 9
Ogos 1965.

You might also like