You are on page 1of 16

X PENGENALAN

Seorang guru harus mahir dalam menyampaikan maklumat dengan berkesan


kepada pelajar dan membimbing mereka dalam pencapaian akademik yang baik.
Guru tersebut juga harus menilai cara mengajar diri sendiri dan berusaha untuk
memperbaiki kesilapan. Ini melibatkan kemahiran interpersonal dan
intrapersonal yang baik. Apakah itu kemahiran interpersonal dan intrapersonal?

Dalam topik ini, kita akan melihat bagaimana kemahiran interpersonal dan
kemahiran intrapersonal mempengaruhi cara seseorang individu itu
berkomunikasi. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dicadangkan
bagi kedua-dua kemahiran ini untuk memudahkan guru mengaplikasikannya di
dalam bilik darjah. Unsur-unsur bekerjasama, toleransi dan bertanggungjawab
serta komited dibincangkan di bawah subtopik Kemahiran Interpersonal.


Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep kemahiran interpersonal;
2. Menerangkan konsep kemahiran intrapersonal;
3. Mengenal pasti tahap kecerdasan murid dengan memerhatikan
tingkah laku dan kebolehan mereka; dan
4. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran
interpersonal dan intrapersonal pelajar.
HASIL PEMBELAJARAN

T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
5
5

X
Kemahiran
Interpersonal
dan
Intrapersonal
X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL


112
Seterusnya di bawah Kemahiran Intrapersonal dibincangkan berkenaan
menghargai diri, pengawalan emosi dan mengapa seorang guru itu perlu
menjadi prihatin (prihatin telah dibincangkan dalam Topik 3).
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
(MULTIPLE INTELLIGENCES)
Cara kita berinteraksi berbeza mengikut tempat, individu yang dilawan
berkomunikasi dan situasi yang wujud ketika interaksi berlaku. Sebagai guru,
kita tahu pelajar mempunyai keperluan berbeza dan cara belajar berbeza.
Sebahagian pelajar sukakan angka manakala sebahagian lagi sukakan warna dan
ada pula yang suka bercerita atau menyanyi. Terdapat juga pelajar yang suka
bekerja dalam kumpulan, manakala sebahagian kecil pula akan menghasilkan
tugasan yang baik jika bersendirian. Justeru itu, untuk menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang lebih berkesan dan mencapai
objektifnya, pelbagai aktiviti perlu digunakan. Dengan itu, keperluan pelajar
yang pelbagai dengan cara belajar yang pelbagai juga dapat ditangani.

Teori Pelbagai Kecerdasan yang dipelopori oleh Howard Gardner pada tahun
1993 mengatakan manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu kecerdasan verbal-
linguistik, logik matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal dan
intrapersonal. Terkini telah ditambah satu lagi kecerdasan iaitu naturalis dan
melengkapkannya kepada lapan kecerdasan.

Setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan ini, tetapi mungkin hanya
dua atau tiga kecerdasan yang menonjol atau lebih jelas kelihatan daripada yang
lain-lainnya.

Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983).
Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai ialah:

(i) Verbal-Linguistik;
(ii) Logik-Matematik;
(iii) Visual-Ruang;
(iv) Kinestetik;
(v) Muzik;
(vi) Interpersonal;
(vii) Intrapersonal; dan
(viii) Naturalis.
5.1
TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W

113
Mengikut Gardner, kesemua lapan kecerdasan ini dimiliki oleh semua individu
tetapi tahapnya adalah berbeza (rujuk Rajah 5.1 untuk penjelasan). Oleh sebab
itu, guru boleh memupuk kecerdasan tersebut dalam dirinya sendiri dan juga
dalam diri pelajar-pelajarnya.


Rajah 5.1: Teori pelbagai kecerdasan

Dengan menguasai Teori Kecerdasan Pelbagai ini, seorang guru akan:

(a) Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui
bahawa setiap individu pelajar adalah unik dan belajar dengan cara yang
berlainan;
(b) Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa
potensinya tidak terbatas;
(c) Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui p&p yang
menyeronokkan;
(d) Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan
penyelidikan dalam p&p;
X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL


114
(e) Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah; dan
(f) Mempelbagai cara penilaian seperti berikut (lihat Jadual 5.1):

Jadual 5.1: Cara Penilaian
Cara Menilai Penjelasan
Bermakna
x Mempunyai nilai kepada murid.
Mengikut konteks
x Berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan
mereka.
Sesuai dengan kecerdasan
murid
x Membenarkan masa untuk murid menghayati
proses penghasilan sesuatu projek atau penilaian.
Membenarkan perkembangan
kesemua kecerdasan
x Melibatkan kreativiti, perbincangan, penyelesaian
masalah, demonstrasi, refleksi dan penyampaian.
Digabung jalinkan dalam
proses pengajaran dan
pembelajaran
x Murid belajar kerana ingin tahu dan digalakkan
belajar dalam kumpulan.
Mencerminkan kepakaran
murid dalam sesuatu
kemahiran
x Perbandingan dibuat dengan hasil yang lepas oleh
murid itu sendiri.

(g) Mempelbagaikan aktiviti p&p di bilik darjah dengan menggunakan strategi
Teori Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan perkembangan kognitif
mengikut Taksonomi Bloom.

Sekarang, mari kita lihat bagaimana cara mengenal pasti kekuatan sendiri dan
kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai. Cara-caranya adalah seperti berikut:

(a) Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan
memadankan dengan kecerdasan murid;
(b) Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum
menyerlah; dan
(c) Membuat pemerhatian ke atas:

(i) Tingkah laku murid semasa p&p;
(ii) Aktiviti yang digemari murid pada masa lapang;
(iii) Laporan prestasi murid; dan
(iv) Profil kecerdasan murid.
TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W

115
KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Howard Gardner (1983) memberikan definisi kemahiran interpersonal di dalam
bukunya Frames of Mind sebagai kebolehan memahami orang lain dan
menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan
menguruskan komunikasi.

Kemahiran interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, tabiat
serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh
bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu
yang berfaedah dan dapat memberi motivasi kepada orang lain.

Salah satu cara mendefinisikan kemahiran interpersonal ialah dengan cara
meneliti perkara-perkara berikut:

(a) Bilangan individu yang terlibat;
(b) Jarak kedudukan antara penutur dengan pendengar;
(c) Jumlah saluran deria yang terlibat; dan
(d) Maklum balas yang disediakan.

Rajah 5.2 di bawah menunjukkan aspek-aspek kemahiran interpersonal.


Rajah 5.2: Aspek-aspek kemahiran interpersonal

Seterusnya kita akan melihat huraian lanjut tentang setiap aspek yang dinyatakan
dalam rajah di atas.
5.2
X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL


116
(a) Kepimpinan
Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang boleh mempengaruhi ahli-
ahli di dalam kumpulannya menjayakan aktiviti tertentu untuk mencapai
matlamat kumpulan seperti yang telah ditetapkan. Untuk mempengaruhi
orang lain, memerlukan kemahiran interpersonal yang tinggi seperti
mempunyai karisma, kepakaran, kebolehan memberi arahan dan adanya
suasana hormat menghormati antara ahli.

(b) Jaringan Perhubungan
Kemahiran mencari, mengenal pasti dan membina hubungan yang
berkesan dengan orang lain dan boleh mengekalkan hubungan ini untuk
kebaikan kedua-dua pihak. Di dalam mengukuhkan hubungan ini,
kemahiran-kemahiran membangunkan hubungan dan memotivasi turut
diguna pakai.

(c) Kerja Berpasukan
Bekerja di dalam kumpulan untuk mencapai matlamat yang sama.
Kemahiran ini termasuklah kebolehan bekerjasama dengan ahli-ahli lain,
menerima idea orang lain, menggunakan pendekatan kolaboratif di dalam
pembelajaran dan bertanggungjawab berusaha mencapai matlamat
kumpulan.

Seterusnya kita akan melihat kepada kemahiran interpersonal. Terdapat empat
prinsip kemahiran interpersonal iaitu:

(a) Tidak Boleh Dielakkan
Komunikasi tidak dapat dielakkan. Kita berkomunikasi bukan sahaja
menggunakan suara tetapi juga dengan isyarat badan (gesture), ekspresi
muka dan sebagainya. Senyuman, anggukan, jelingan, lambaian dan
sebagainya juga adalah antara cara kita berkomunikasi. Kita selalunya
berkomunikasi secara spontan dengan sesiapa sahaja yang ada di sekeliling
kita.






Apakah teknik yang anda sering gunakan semasa beramah mesra dengan
seseorang anda tidak kenali? Bincang dengan rakan anda.
AKTIVITI 5.1
TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W

117
(b) Tidak Boleh Undur ke Belakang (Irreversible)
Apabila kita rasa kita telah melukakan hati seseorang, selalunya kita akan
meminta maaf. Bolehkah perkataan yang telah kita keluarkan itu ditarik
balik supaya orang yang mendengarnya boleh melupakan? Bak kata
pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

(c) Rencam (Complicated)
Terdapat banyak pihak yang terlibat di dalam sesebuah komunikasi, paling
tidak penutur dan pendengar. Menurut pakar-pakar bahasa, enam pihak
terlibat di dalam sesuatu komunikasi ialah:

(i) Siapakah anda?
(ii) Siapakah anda fikir orang itu?
(iii) Siapakah anda fikir orang lain memikirkan anda?
(iv) Siapakah orang lain fikir dirinya itu?
(v) Siapakah anda pada fikiran orang lain?
(vi) Siapakah dia yang difikirkan oleh orang itu pada pendapat anda?

(d) Kontekstual (Contextual)
Komunikasi tidak berlaku secara terasing tetapi dalam konteks berikut:

(i) Konteks Psikologi
Siapa kita dan apa kesan yang telah kita berikan kepada interaksi
yang berlaku.

(ii) Konteks Hubungan
Tindak balas kita terhadap orang lain.

(iii) Konteks Situasi
Di mana interaksi itu berlaku. Interaksi yang berlaku di pasar berbeza
dengan interaksi di pejabat.

(iv) Konteks Persekitaran
Persekitaran seperti perabot, tahap kebisingan, suhu, musim atau
waktu boleh menentukan bentuk interaksi yang berlaku.

(v) Konteks Budaya
Ada budaya yang menganggap tidak beradab jika bertentangan mata
semasa berinteraksi dan ada pula yang sebaliknya.
X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL


118
5.2.1 Bekerjasama
Seorang guru perlu menjalinkan semangat kerjasama dengan guru-guru yang
lain, kakitangan sekolah, dan ibu bapa kepada pelajar-pelajarnya.

Kerjasama dengan guru-guru lain sangat diperlukan, bermula dari merancang
pengajaran hinggalah kepada melaksanakan aktiviti sekolah yang lainnya; yang
diarahkan oleh pentadbir dari semasa ke semasa. Tanpa kerjasama ini, hasrat
atau matlamat yang dirancang tidak akan tercapai.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah. Ahli-ahlinya
terdiri daripada semua guru dan ibu bapa pelajar. Melalui PIBG, pelbagai aktiviti
dirancang dan dilaksanakan demi meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dari segi
akademik dan akhlak. PIBG juga dapat mengeratkan hubungan antara guru dan
ibu bapa. Kerjasama yang erat antara keduanya akan membantu semua pihak
dalam membentuk pelajar menjadi insan berguna kepada bangsa dan negara.

Tujuan bekerjasama dengan ibu bapa adalah untuk:

(a) Mengetahui latar belakang keluarga pelajar;
(b) Menyalurkan maklumat tentang perkembangan pelajar;
(c) Meningkatkan mutu pencapaian akademik dan sahsiah pelajar;
(d) Menyelesaikan masalah pelajar secara kolaboratif; dan
(e) Menyedarkan pelajar bahawa ibu bapa dan guru sentiasa mengambil berat
terhadap perkembangan mereka.



Pelajar anda yang mempunyai kecerdasan interpersonal akan mudah
bekerjasama dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Pelajar yang belajar secara
kumpulan koperatif sentiasa mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi
daripada mereka yang bekerja secara individu. Tugasan yang dihasilkan secara
kumpulan juga didapati lebih berkualiti. Kerjasama kumpulan membuktikan
masalah perkauman dapat dikurangkan di samping meningkatkan kemahiran
sosial ahli-ahli yang terlibat.
Secara bekerjasama di dalam kumpulan kecil, bincangkan aktiviti-aktiviti
yang boleh dilaksanakan oleh PIBG untuk menjayakan tujuan kerjasama
antara guru dan ibu bapa.
AKTIVITI 5.2
TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W

119
Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah:

(a) Temu duga;
(b) Membuat kajian berkenaan orang kenamaan melalui temu bual;
(c) Main peranan;
(d) Bekerja dalam kumpulan/kumpulan koperatif;
(e) Bekerja secara berpasangan;
(f) Menjadi pembimbing rakan sebaya;
(g) Mengelolakan perbincangan kelas;
(h) Menjalankan kempen;
(i) Berurus niaga;
(j) Membaca berita; dan
(k) Berlakon.
5.2.2 Toleransi
Apakah yang dimaksudkan dengan toleransi? Mengapa perlu ada toleransi
dalam hubungan? Toleransi mengikut Kamus Dewan bermaksud sedia
menghormati atau menerima pendapat atau pendirian orang lain yang berbeza
daripada pendirian sendiri.

Individu yang mempunyai kemahiran interpersonal akan sentiasa mengamalkan
sikap toleransi ini. Di dalam pergaulan sehari-hari kita akan bertemu dengan
pelbagai kerenah manusia, malangnya tidak semua kerenah itu kita senangi.
Sebagai satu cara mengelakkan daripada berlakunya konflik, sikap toleransi
diamalkan. Di dalam situasi tertentu, perbezaan pendapat sama ada berkenaan
dengan politik, agama dan sebagainya terpaksa kita terima demi memberi
peluang yang sama dan berlaku adil kepada semua pihak.

Di dalam negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk ini, sifat toleransi
sangatlah dituntut. Di dalam perhubungan setiap hari kita berhadapan dengan
pelbagai kerenah manusia. Kita tidak perlu pergi jauh; cuba kita renungkan apa
yang terjadi antara anak dan ibu bapa. Ada di antara kita terpaksa memilih jalan
kerjaya yang kita tidak minati kerana ibu bapa yang menentukannya. Akibatnya
individu berkenaan akan rasa tertekan ditambah pula dengan tanggapan salah
masyarakat yang menobatkan kejayaan sebagai cemerlang di dalam akademik
sahaja.

X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL


120
Apakah yang anda pelajari semasa di tadika dahulu? Bukankah kita diajar
supaya berkongsi, bermain bersama, belajar bersama dan sebagainya dilakukan
bersama dengan rakan lain yang tidak kita kenali sebelum ini? Rakan-rakan kita
itu datangnya daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang.

Kalau direnungkan semula, bolehkah anda jelaskan apakah aktiviti-aktiviti yang
digunakan oleh guru tadika anda untuk memupuk sikap toleransi?
5.2.3 Tanggungjawab dan Komited
Semua kita mempunyai tanggungjawab masing-masing sama ada tanggungjawab
terhadap keluarga, kerjaya, masyarakat mahupun tanggungjawab terhadap
negara.

Di sini kita akan tumpukan perbincangan terhadap tanggungjawab kita dengan
kerjaya kita sendiri sebagai seorang guru kerana tanggung terhadap kerjaya ini
adalah berbeza-beza.

Tanggungjawab yang kita temui dalam kerjaya kita adalah yang:

(a) Berkaitan dengan tugas;
(b) Diterima secara sukarela; dan
(c) Ditimbulkan oleh sesuatu situasi.

Jadual 5.2 menunjukkan contoh-contoh tanggungjawab berkaitan kerjaya.

Jadual 5.2: Tanggungjawab Berkaitan Kerjaya
Tanggungjawab
Berkaitan Kerjaya
Contoh

Tanggungjawab yang
berkaitan dengan tugas


x Mematuhi peraturan dari segi waktu bekerja, cara
berpakaian.
x Bersedia sebelum masuk kelas.
x Kawalan bilik darjah.


Tanggungjawab yang
diterima secara sukarela

x Mendisiplinkan pelajar.
x Mengambil tahu latar belakang pelajar.
x Menjadi kaunselor untuk pelajar.


Tanggungjawab yang
ditimbulkan oleh
sesuatu situasi

x Membawa pelajar ke hospital.
x Menghubungi penjaga atau ibu bapa jika diperlukan.
x Keperluan menambah ilmu belajar.

TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W

121
Berikut adalah panduan di dalam melaksanakan tanggungjawab kita:

(a) Jika kita tidak pasti bagaimana tangggungjawab harus dilaksanakan
dapatkan penjelasan daripada pihak berkenaan;
(b) Jika melakukan kesilapan, anda perlulah mengambil tanggungjawab itu
dan terimalah sebagai petanda perkembangan ke arah kematangan; dan
(c) Jika kesilapan anda dibetulkan oleh seseorang, hargai dan jangan rasa
terancam.

Tanggungjawab Tambahan
Sekarang mari kita lihat tanggungjawab tambahan seorang guru. Menerima
tanggungjawab tambahan boleh dilaksanakan secara sukarela atau pun secara
terpaksa. Contohnya bila anda diarahkan untuk melaksanakan tugas-tugas yang
tidak tersenarai di bawah tanggungjawab anda. Jika anda dapat menerimanya
dan melaksanakannya dengan baik, ini boleh membantu anda meningkatkan diri
di dalam kerjaya.

Berikut adalah contoh tanggungjawab tambahan:

(a) Belajar kemahiran baru;
(b) Meningkatkan peluang untuk maju;
(c) Memberikan sumbangan positif untuk kemajuan sekolah;
(d) Membantu guru-guru baru; dan
(e) Menepati masa.
KEMAHIRAN INTRAPERSONAL

Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami
dan mengenali diri sendiri. Kemahiran ini membolehkan seseorang itu
mempelajari siapa dirinya, apakah perasaannya, apa yang ingin dilakukannya,
apa yang perlu dielakkannya dan mengapa dirinya begitu. Mereka sangat pasti
tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri.

Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri
secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan
diri sendiri. Keadaan ini menjadikan mereka mempunyai keyakinan diri yang
tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Mereka boleh menentukan hala tuju
kehidupan dan mempunyai prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.
5.3
X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL


122
Secara luarannya, seseorang yang mempunyai kemahiran intrapersonal itu
kelihatan murung dan mengelamun tetapi sebenarnya sentiasa berwaspada dan
mempunyai wawasan.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pelajar-pelajar anda
memperbaiki kemahiran intrapersonal ialah:

(a) Menyimpan jurnal atau diari;
(b) Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran;
(c) Menilai kerja sendiri;
(d) Mengisi borang;
(e) Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami;
(f) Menghuraikan kekuatan/kelemahan sendiri;
(g) Melaksanakan projek secara individu;
(h) Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri;
(i) Membuat refleksi secara senyap;
(j) Menggunakan teknik metakognitif (menyedari teknik pembelajaran sendiri
dan dapat menjelaskannya);
(k) Menggunakan kemahiran memerhati atau memfokus; dan
(l) Menggunakan kemahiran menaakul.
5.3.1 Menghargai Diri
Seseorang individu yang menghargai diri akan dapat menerima diri sendiri
seadanya dan tidak membandingkan dengan orang lain yang dirasakan jauh
lebih baik darinya. Individu ini akan sentiasa bersyukur dengan kelebihan atau
pun kekurangan yang dimilikinya. Harga diri ialah sebahagian daripada unsur
dalam konsep kendiri. Harga diri adalah bahagian yang menilai diri sendiri dan
mempunyai kaitan yang amat kuat dengan keyakinan diri dan kejayaan.

Seseorang yang menghargai diri dapat menerima hakikat bahawa kejayaan dan
kegagalan adalah perkara lumrah di dalam kehidupan seseorang. Misalnya, jika
beliau pernah mengalami kegagalan di sekolah; keadaan ini tidak akan
melemahkan semangatnya atau menjadikan beliau merasa rendah diri. Beliau
akan terus berusaha untuk berjaya.

TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W

123
Setiap individu tidak dilahirkan dengan konsep diri atau harga diri tetapi ia
terbentuk melalui cara orang lain di sekeliling bertutur, bertindak balas dan
melayan mereka. Sebelum seorang kanak-kanak menjejakkan kaki ke sekolah
untuk mendapatkan pendidikan secara formal, ibu bapa atau orang yang
terdekatlah yang mempengaruhi pembentukan harga diri seseorang itu.
Kemudian peranan itu akan diambil pula oleh guru-guru dan rakan sebaya yang
berhubungan rapat dengannya.

Guru meningkat atau mengurangkan harga diri kanak-kanak tanpa disedarinya.
Kanak-kanak yang dilabel sebagai malas, bodoh, lembab dan bermasalah akan
mengalami kekurangan harga diri. Guru sendiri menjadi penghalang kepada
pembentukan harga diri yang lebih tinggi apabila mereka dibanding-
bandingkan, dikritik atau diberikan perlindungan berlebihan. Sebaliknya kalau
mereka sering diberi pujian dan galakan, harga diri akan terbentuk dan harga
diri inilah yang akan menjamin kesejahteraan hidup mereka.

Individu yang menghargai diri akan sentiasa menyukai dirinya walaupun bukan
kerana kejayaan memperoleh sesuatu. Menghargai diri adalah satu daripada
taktik untuk memberikan nilai yang tinggi kepada diri sendiri, misalnya untuk
keyakinan diri. Kita menyukai diri kita seadanya bukan kerana apa yang boleh
kita lakukan atau sebaliknya. Bagi individu ini, sebarang pujian tidak diperlukan
untuk mengenal kekuatan diri, sebab diri sendiri telah yakin dengan apa yang
dipunyai.

Seseorang yang menghargai diri akan:

(a) Meningkatkan prestasi pembelajarannya kerana beliau berani mencuba,
bertanya dan meneroka keadaan ini menjadikan mereka kreatif dalam
pemikiran dan hasil kerja;
(b) Berkeyakinan untuk bergaul dan pandai menyesuaikan diri dalam
pergaulan sosial mereka. Mereka tidak mudah tersinggung oleh komen
atau pendapat rakan sebaya; dan
(c) Tidak mudah berputus asa dan akan terus mencuba untuk berjaya.
5.3.2 Pengawalan Emosi
Satu daripada emosi manusia yang perlu dikawal ialah kemarahan. Marah
adalah satu emosi yang normal, semua individu pernah mengalami emosi ini
sama ada marahkan seseorang atau dimarahi oleh seseorang. Bagaimanapun jika
ianya terjadi hingga di luar kawalan akan menimbulkan masalah perhubungan
X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL


124
sama ada di tempat kerja, menjejaskan hubungan dengan individu lain dan yang
jelasnya akan menjejaskan pandangan orang lain terhadap kita.

Manusia menggunakan pelbagai cara untuk mengawal emosi sama ada secara
sedar atau tidak seperti:

(a) Melahirkan Emosi
Dalam melahirkan emosi seseorang harus tahu apa yang dikehendaki
dengan jelas dan bagaimana memperolehnya tanpa melukakan hati orang
lain.

(b) Memendamkan Emosi
Keadaan ini terjadi bila kita menahan kemarahan, tidak mahu
memikirkannya tetapi memberikan tumpuan kepada melakukan perkara
lain yang lebih positif. Jika keadaan tersebut berterusan ia akan
mengakibatkan berlakunya tekanan darah tinggi atau kemurungan.

(c) Bertenang
Kita berupaya menenangkan diri sendiri dengan cara mengawal tingkah
laku, mengawal tindak balas dalaman, mengambil langkah menurunkan
degupan jantung, memujuk diri sendiri dan membiarkan perasaan itu
berlalu dengan sendiri.

Pada pendapat anda, perlukah seseorang itu mendapatkan bantuan kaunselor?
Jika anda merasakan emosi anda sukar dikawal dan akan memberi kesan ke atas
hubungan dengan orang lain, sebaiknya anda perlulah mendapatkan bantuan
kaunselor supaya emosi itu dapat dikendalikan dengan baik. Pakar sakit jiwa boleh
membantu anda menangani emosi dengan pelbagai teknik secara berkesan.

x Kemahiran interpersonal adalah kebolehan memahami orang lain dan
menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing
dan menguruskan komunikasi.
x Kemahiran intrapersonal adalah kebolehan memahami diri dan dapat
membuat keputusan berdasarkan pengalaman dan perasaan diri sendiri.
x Seseorang yang mempunyai kemahiran interpersonal mempunyai sifat
kepimpinan yang baik, dapat bekerja dalam pasukan dan mengekalkan
perhubungan yang baik.
TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL W

125
x Bagi memupuk kemahiran intrapersonal guru harus melibatkan pelajar
dalam aktiviti seperti menguruskan jurnal pembelajaran, menggunakan
teknik metakognitif, membincangkan kelemahan dan kekuatan diri sendiri
dan sebagainya.


Keperluan
Karisma
Keperluan
Taksonomi Bloom
Teknik metakognitif
Toleransi

Jawab semua soalan.

1. Apakah yang dimaksudkan sebagai kemahiran interpersonal oleh Howard
Gardner?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(1 markah)

2. Kemahiran intrapersonal ialah _______________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(1 markah)

3. Senaraikan tiga kelebihan bekerjasama di kalangan pelajar.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(3 markah)

4. Mengapakah seseorang individu perlu mengamalkan sikap bertoleransi di
dalam pergaulan?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(2 markah)
X TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL


126
5. Jelaskan contoh tanggungjawab di dalam jadual di bawah:

Tanggungjawab Berkaitan Kerjaya Contoh
Tanggungjawab yang berkaitan dengan
tugas

Tanggungjawab yang diterima secara
sukarela

Tanggungjawab yang ditimbulkan oleh
sesuatu situasi

(3 markah)

Kerjasama yang terjalin antara guru dan ibu bapa akan memudahkan pelbagai
masalah pelajar diselesaikan.

(a) Jelaskan empat kepentingan kerjasama antara guru dan ibu bapa.
(b) Bagaimanakah ibu bapa dapat membantu pihak sekolah dalam
menyelesaikan masalah pelajar-pelajarnya.
(c) Berikan contoh-contoh masalah yang sering melibatkan pelajar di sekolah.

You might also like