You are on page 1of 5

Aspek Peningkatan Tamadun : Pemerintahan dan Pentadbiran

Tamadun Yunani

Dalam tamadun Yunani telah wujud beberapa bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah
negara kota. Bentuk pemerintahan tersebut mengalami pelbagai perubahan daripada monarki,
oligarki, aristokrasi, diktator (tirani), dan akhirnya kepada demokrasi. Kewujudan pelbagai bentuk
pemerintahan ini menunjukkan orang Yunani sentiasa berusaha meningkatkan aspek pemerintahan
dan pentadbiran negara kota mereka.

F1. Sistem Beraja

H1a. Sebelum sistem demokrasi diperkenalkan, Athens mengamalkan sistem beraja.
H1b. Dalam sistem ini, raja dibantu oleh sebuah badan yang dinamakan konsul.
H1c. Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera, dan ketua agama.
H1d. Apabila kuasa konsul menjadi kuat, peranan raja sebagai ketua tentera, ketua hakim, dan ketua
agama merosot.
H1e. Akibatnya, lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya amat terhad.
h1f. Ini adalah kerana dalam sistem ini pemerintahan dikuasai oleh konsul yang terdiri daripada
golongan kaya.

F2. Sistem Oligarki

H2a. Sistem pemerintahan oleh beberapa orang konsul seperti ini dinamakan oligarki.

F3. Aritokrasi

H3a. Daripada kalangan konsul ini lahir pula golongan aristokrat yang kuat.
H3b. Mereka. memiliki kuasa yang besar dan pernerintahan oleh golongan aristokrat ini dinamakan
aristokrasi.

F4. Tirani

H4a. Akibat rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi, muncul pula
golongan yang menuntut hak dan ini telah menyebabkan berlakunya rampasan kuasa.
H4b. Keadaan ini telah membawa kepada pemerintahan berbentuk tirani oleh diktator.
h4c. Biasanya, diktator bukan daripada golongan aristokrat tetapi daripada golongan kaya atau
tentera.
H4c Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa tersebut, tetapi tindakan itu telah ditentang
oleh golongan aristokrat.

F5. Demokrasi

H5a. Oleh itu, lahir pula sistem demokrasi.
H5b. Dalam. sistem demokrasi ini terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis.
H5c. Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan
antara enam bulan hingga setahun.
H5d. Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli Dewan ini
boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.
H5e. Segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis.
H5f. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan. Oleh itu, Dewan mempunyai kuasa penuh
terhadap ketiga-tiganya.
H5g. Walaupun sistem demokrasi diamalkan di Athens, tetapi sistem ini tidak berlaku di negara kota
yang mengamalkan sistem beraja yang berkuasa mutlak.

F6. Sistem Pemerintahan Tentera.

H6a. Jika demokrasi diamalkan di Athens, di Sparta pula, sistem pemerintahan tentera telah
diamalkan.
H6b. Dengan ini sistem pertahanan telah diberikan perhatian yang penting.
H6c. Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik dan sistem latihan ini telah
menyebabkan Sparta berjaya melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi
lagi handal.

































Pencapaian Malaysia : Teknologi
Hits: 5621
MINT - 1972
Telah ditubuhkan pada 1972 dan dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail. Pada Jun 1983 PUSPATI ditukar
nama kepada Unit Tenaga Nuklear (UTN) dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada Oktober 1990, UTN telah
dipindahkan menjadi sebuah institut penyelidikan teknologi nuklear terunggul di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi dan dikenali sebagai MINT (Malaysian Institute for Nuclear Technology) pada 10 Ogos 1994. Ia bertanggungjawab
memperkenal dan mempromosikan penggunaan sains nuklear dalam pembangunan negara.
MIMOS - 1985
Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia atau (Malaysian Institute of Microelectronic System) ditubuhkan pada tahun 1985
di bawah Jabatan Perdana Menteri dan telah dipindahkan menjadi sebuah agensi di Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi pada bulan November 1990. MIMOS bertanggungjawab membantu melaksanakan R & D kepada industri elektronik
tempatan supaya menjadi lebih competatif dan inovatif.
Malaysia East Asia Satellite - 1996
MEASAT (Malaysia East Asia Satellite) merupakan nama barisan satelit komunikasi Malaysia yang dimiliki dan dikendali
oleh MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. Sehingga awal 2007, jaringan satelit MEASAT terdiri daripada tiga satelit
geopegun yang direka dan dibina oleh Boeing Satellite Development Center (dahulunya Boeing Satellite Systems).
MEASAT-1 dan MEASAT-2 dilancarkan pada 1996 dan MEASAT-3 pada 2006. Satelit MEASAT-1 dan 2 direka bagi
membenarkan khidmat televisyen langsung kepada pengguna selama 12 tahun di Malaysia dan juga bagi khidmat
perhubungan awam di kawasan dari Malaysia kepada Filipina dan dari Beijing hingga ke Indonesia.
Koridor Raya Multimedia - 1996
Koridor Raya Multimedia adalah satu inisiatif menarik dari Malaysia untuk industri global informasi dan teknologi (ICT).
Projek ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996.
Juga dikenali sebagai "MSC MALAYSIA" di Malaysia, Koridor Raya Multimedia bertujuan untuk menarik syarikat-syarikat
IT dari seluruh dunia bertapak di Malaysia dengan menawarkan pengecualian cukai syarikat sementara serta kemudahan-
kemudahan berteknologi tinggi. Multimedia Development Corporation telah diberi mandat oleh kerajaan Malaysia untuk
menyelia perkembangan MSC.
7 Aplikasi Perdana e-Government - 1996
Bagi memantapkan objektif Wawasan 2020, satu usaha bersepadu telah dilaksanakan melalui tujuh inovatif Aplikasi Perdana.
Aplikasi ini telah dibangunkan untuk melonjakkan Inisiatif MSC Malaysia dan mencipta utopia multimedia untuk
pengusaha-pengusaha dan penguna-penguna yang inovatif di pelbagai bidang multimedia teknologi. Multimedia Super
Corridor(MSC) menawarkan inisiatif menarik untuk rakyat Malaysia di era informasi ini. Tujuh aplikasi perdana MSC ialah
Kerajaan Elektronik, Kad Pintar Pelbagai guna, Sekolah Pintar, Telekesihatan, Kumpulan R&D, e-Perniagaan dan
Pembangunan Usahawan Teknologi.
Taman Teknologi Malaysia - 1996
Taman Teknologi Malaysia atau (Technology Park Malaysia-TPM) diwujudkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi yang dipertanggunjawabkan untuk membangunkan teknologi rakyat tempatan ke arah perindustrian. Objektif utama
TPM ialah untuk membolehkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dijana oleh organisasi penyelidikan awam dan swasta
negara dikomersilkan. Tumpuan adalah terhadap promosi industri berteknologi tinggi dan koleberasi aktif antara industri,
agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan institusi akademik ke arah mempromosikan perpindahan teknologi.
ASTRO - 1996
Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen satelit berbayar pertama di Malaysia di bawah MEASAT Broadcast
Network Systems Sdn. Bhd., sebuah konsortium syarikat kerajaan dan perdagangan. Astro memulakan siarannya pada 1996
dengan permulaan hanya menawarkan 22 saluran pelbagai dan juga 8 saluran radio. Mulai 31 Ogos 2006, Astro menambah 7
saluran baru dengan memperkenalkan 3 saluran jenama Astro iaitu Astro Aruna, Astro Kirana dan Astro Ceria. 4 saluran
baru yang lain ialah CCTV4, WaTV, Animax dan Zee TV. Selain itu, mulai 28 Disember, 2006, Astro telah menawarkan 4
lagi saluran baru iaitu Al-Jazeera English, ETTV Asia, BBC Entertainment dan saluran terestrial ke-enam Malaysia TV9.
MyKad / Kad Pintar - 2001
MyKad adalah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk memberikan kemudahan kepada orang awam melalui sekeping kad pintar
untuk pelbagai aplikasi. Tidak seperti kad-kad lain yang sedia ada, MyKad menggabungkan pelbagai aplikasi Kerajaan dan
swasta di dalam satu kad. Tambahan pula, MyKad yang berdasarkan teknologi kad pintar direkacipta agar berupaya untuk
memuatkan pelbagai aplikasi baru di masa akan datang. Teknologi di sebalik sistem kad pintar adalah teknologi cip dan
biometrik. MyKad menggunakan teknologi terkini yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan. Di antara ciri-ciri
tersebut adalah pengesahan kad melalui kunci kriptografi yang simetrik. Sistem pengendalian pelbagai aplikasi dengan
"firewall" dan platform cip yang selamat.
My Government - 2006
myGovernment adalah singkatan untuk Portal Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia. myGovernment merupakan gerbang
utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Malaysia melalui Internet. Anda juga boleh melayari lebih 900 laman
web agensi-agensi Kerajaan Malaysia. Inisiatif ini dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.

2. Berdasarkan pemerhatian anda terhadap negara demokrasi hari ini, apakah tujuan negara
tersebut menjalankan pilihanraya?

F1 Rakyat memilih wakil
F2 Kerajaan ditadbir wakil yang dipilih pilihan raya
F3 Kerajaan rakyat oleh rakyat untuk rakyat
F4 Rakyat membuat keputusan politik
F5 Memilih pemimpin adil
F6 Pemimpin yang diterima majoriti
F7 Mana-mana jawapan munasabah
Demokrasi adalah bentuk atau mekanisme sistem pemerintahan suatu negara sebagai upaya
mewujudkan kedaulatan rakyat (kekuasaan warga negara) atas negara untuk dijalankan oleh
pemerintah negara tersebut. Konsep demokrasi menjadi sebuah kata kunci tersendiri dalam bidang
ilmu politik. Hal ini menjadi wajar, sebab demokrasi saat ini disebut-sebut sebagai indikator
perkembangan politik suatu negara.
Salah satu pilar demokrasi adalah prinsip trias politica yang membagi ketiga kekuasaan politik
negara (eksekutif, legislatif dan yudikatif ) untuk diwujudkan dalam tiga jenis lembaga negara yang
saling lepas dan berada dalam peringkat yg sejajar satu sama lain. Kesejajaran dan independensi
ketiga jenis lembaga negara ini diperlukan agar ketiDemokrasi adalah bentuk atau mekanisme sistem
pemerintahan suatu negara sebagai upaya mewujudkan kedaulatan rakyat (kekuasaan warga negara)
atas negara untuk dijalankan oleh pemerintah negara tersebut. Konsep demokrasi menjadi sebuah
kata kunci tersendiri dalam bidang ilmu politik. Hal ini menjadi wajar, sebab demokrasi saat ini
disebut-sebut sebagai indikator perkembangan politik suatu negara.

Salah satu pilar demokrasi adalah prinsip trias politica yang membagi ketiga kekuasaan politik negara
(eksekutif, legislatif dan yudikatif ) untuk diwujudkan dalam tiga jenis lembaga negara yang saling
lepas dan berada dalam peringkat yg sejajar satu sama lain. Kesejajaran dan independensi ketiga
jenis lembaga negara ini diperlukan agar ketiga lembaga negara ini bisa saling mengawasi dan saling
mengontrol berdasarkan prinsip checks and balances.

Dengan adanya demokrasi maka memberikan manfaat bahwa pada tingkat terakhir rakyat
merasakan langsung manfaat demokrasi yang dilaksanakan. Rakyat berhak menikmati demokrasi
sebab hanya dengan demikianlah arah kehidupan rakyat dapat diarahkan pada kehidupan yang lebih
adil dalam semua aspek kehidupan. Maka dari itu, negara demokrasi adalah negara yang
berlandaskan kehendak dan kemauan rakyat, karena kedaulatan berada di tangan rakyat.ga lembaga
negara ini bisa saling mengawasi dan saling mengontrol berdasarkan prinsip checks and balances.
Dengan adanya demokrasi maka memberikan manfaat bahwa pada tingkat terakhir rakyat
merasakan langsung manfaat demokrasi yang dilaksanakan. Rakyat berhak menikmati demokrasi
sebab hanya dengan demikianlah arah kehidupan rakyat dapat diarahkan pada kehidupan yang lebih
adil dalam semua aspek kehidupan. Maka dari itu, negara demokrasi adalah negara yang
berlandaskan kehendak dan kemauan rakyat, karena kedaulatan berada di tangan rakyat.

You might also like