You are on page 1of 6

Tutorial 1 (Minggu 1)

Topik 2 : Bincangkan maksud reka bentuk pengajaran (instructional


design). Pilih satu reka bentuk pengajaran, dan terangkan ciri-cirinya,
kemudian huraikan bagaimana ia dapat digunakan dalam amalan dalam
membina sesuatu proses atau produk PdP.
MODEL ASSURE
Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang dan
mengendalikan pengajaran di dalam bilik darjah dengan menggunakan media.
Dalam menghasilkan Reka Bentuk Pengajaran yang baik, model ASSURE
yang terbaru, iaitu perubahan pada tahun 2002 digunakan. Model ASSURE
ini mengandungi enam langkah yang perlu diikuti iaitu :
A - Analyse Learner ( Analisis Pelajar )
S - State Objective ( Nyatakan Objektif )
S - Select Method, Media and Materials ( Pilih Kaedah, Media
dan Bahan )
U Utilise Media and Materials ( Gunakan Media dan Bahan )
R Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan
Pelajar )
E - Evaluate and Revise ( Nilai dan Semak )







1.0 Cara Guru Melaksanakan Model ASSURE

i. Analisis Pelajar
Guru hendaklah menganalisis pelajar terlebih dahulu sebelum
melaksanakan pengajarannya .Tiga perkara penting untuk menganalisis
pelajar ialah :
(a) Ciri-ciri Umum
Guru hendaklah mengetahui ciri-ciri umum mengenai pelajar-
pelajarnya. Ia merupakan huraian umum tentang umur, tahap atau kelas, latar
belakang sosio ekonomi dan sebagainya. Dengan mengetahui ciri-ciri ini,
guru dapat menjadikannya asas kepada pemilhan media dan bahan. Untuk
mengetahui ciri-ciri ini, guru hendaklah berinteraksi secara langsung dengan
pelajar dan meneliti rekod mereka.
Sebagai contoh analisis pelajar dari segi ciri-ciri umum ialah guru
mengetahui sama ada pelajarnya daripada keluarga kaya atau miskin,
pekerjaan penjaganya atau kemudahan belajar yang ada di rumah mereka.
Analisis ini akan membantu guru dalam melaksanakan pengajarannya atau
dalam penggunaan kaedah serta penyediaan media dan bahan semasa
mengajar.
(b) Kecekapan Murid
Kecekapan murid berkaitan dengan pengetahuan sedia ada atau
kemahiran murid tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Aspek ini tidak arus
diambil ringan kerana, jika tersilap maka akan mendatangkan masalah yang
sangat besar kepada murid. Tegasnya, guru tidak harus mengandaikan
semua murid mempuyai semua pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang
sama.



(c) Gaya Pembelajaran
Membawa maksud cara seseorang murid itu belajar. Menurut ahli
psikologi Kluster Trait berpendapat ia berkait dengan seseorang itu
menganggap, berinteraksi dan bertindakbalas dengan persekitaran. Gaya
pembelajaran ini akan memberi kesan yang besar kepada murid ketika
mereka belajar melalui pelbagai kaedah dan media seperti verbal, logical,
visual, muzikal dan berstruktur.
ii. Nyatakan Objektif
Sebelum seseorang guru melaksanakan pengajarannya, dia
seharusnya menentukan dan menyatakan objektif pelajaran terlebih dahulu.
Penyataan objektif pelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar
tetapi ia merupakan tahap minimum tentang apakah yang sepatutnya
dipelajari oleh murid dalam pengajaran seseorang guru. Pembelajaran
bermakna perubahan atau pembaharuan. Oleh itu, objektif harus difokuskan
kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.
Contoh objektif adalah seperti berikut :
Kumpulan A: Murid dapat menulis ayat yang betul berdasarkan gambar.
Kumpulan B : Murid dapat melengkapkan ayat berdasarkan gambar.
Kumpulan C : Murid dapat menyusun perkataan menjadi ayat yang betul
berdasarkan
gambar
iii. Pilih Kaedah, Media dan Bahan
Seseorang guru mestilah bijak dalam memilih kaedah, media dan
bahan dalam pengajarannya. Kejayaan dan keberkesanan pengajaran guru
dan pembelajaran murid bergantung kepada pelbagai kaedah, media dan
bahan yang dipilih dan diaplkasikan dalam bilik darjah.

Kaedah pengajaran yang tepat dan berkesan akan menarik minat
murid untuk belajar. Sebagai contoh guru menggunakan kaedah kontektual
dalam set induksi pengajarannya. Guru menunjukkan gambar tunggal sebuah
keluarga yang sedang berkelah. Murid menyatakan situasi dalam gambar
tersebut. Kaedah kontektual membolehkan murid mengaitkan pengetahuan
sedia ada atau pengalaman hidup mereka dengan gambar berkelah.
Kaedah kontektual ini akan menarik minat murid untuk belajar dan
menambahkan rasa ingin tahu mereka terhadap pengajaran guru. Mereka
akan terus menunggu dengan penuh minat dan pengajaran dapat
disampaikan dengan mudah oleh guru kerana murid tekun belajar.
Guru juga perlu bijak memilih media yang sesuai dalam pengajarannya.
Media pengajaran yang dipilih adalah sesuatu yang dapat digunakan untuk
menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat
merangsang fikiran, perasaan, minat dan perhatian pelajar serta dapat
membentuk proses pembelajaran. Menurut Ngui Kuan Sang (1989)
berpendapat ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan
penglihatan dan pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran
termasuk juga proses pengalaman, persediaan dan perasaan.
Contoh pemilihan media yang baik dan tepat dalam pengajaran
seseorang guru ialah menggunakan perisian video dalam komputer. Guru
hendak menunjukkan jenis-jenis haiwan yang bertelur atau beranak. Melalui
media video gambar haiwan yang sedang bertelur atau beranak boleh
ditunjukkan kepada murid. Gambaran yang jelas dan tepat dapat menarik
minat murid belajar dan memberi pengetahuan yang berkekalan kepada
mereka.. Murid menjadi mudah faham dan pengajaran menjadi lebih
berkesan.
Bahan yang baik dan mudah dibawa ke dalam kelas juga penting
kepada guru. Guru yang bijak akan menghasilkan bahan yang boleh
digunakan sama ada oleh murid atau guru dengan mudah dan cepat.
Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

iv. Gunakan Media dan Bahan
Langkah seterusnya dalam model ASSURE ialah mnggunakan media
dan bahan dalam pengajaran guru. Ini merupakan tahap yang amat penting.
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang kritikal
kerana walaupun secanggih atau sehebat mana media yang dihasilkan, jika
tidak digunakan dengan berkesan akan mencacatkan proses sesuatu
pengajaran.
Media dan bahan yang digunakan merupakan bahan bantu mengajar
guru. Penggunaan bahan tersebut dapat membantu guru mempercepatkan
pemahaman murid dan objektif pelajaran dapat dicapai dengan berkesan.
Contoh penggunaan media dan bahan yang dapat membantu guru
dalam melaksanakan pengajarannya ialah menggunakan radio dan alat
pembesar suara untuk mengajar kemahiran mendengar dan bertutur. Murid
mendengar radio untuk mendapatkan maklumat. Maklumat yang dapat
dinyatakan dengan jelas dan tepat menandakan murid boleh mendengar dan
bertutur dengan baik. Penggunaan radio dan alat pembesar suara dapat
membantu guru dalam proses pengajaan dan dapat menarik minat murid
untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.
v. Dorong Penglibatan Pelajar
Guru hendaklah mendorong pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran kerana ia menunjukkan bahawa proses pembelajaran telah
belaku. Pelbagai aktiviti boleh diaplikasikan oleh guru untuk mendorong
pelajar melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti
perbincangan. Guru hendaklah mendorong pelajar melibatkan diri dalam
aktiviti tersebut. Guru benarkan mereka supaya duduk dalam kumpulan.
Sediakan kad-kad untuk membolehkan pelajar mencatat idea atau pendapat
mereka. Beri mereka peluang untuk menyatakan pendapat yang telah
dibincangkan. Memberi motivasi dan pujian jika jawapan pelajar adalah betul.
Manakala jika jawapan mereka salah, usah diperlekehkan atau dihina tetapi
beri galakan untuk memperbaiki ke arah yang lebih baik. Dorongan dan
galakan yang baik dapat mendorong pelajar unuk belajar dan memberi
tumpuan kepada pelajaran.
vi. Nilai dan Semak
Langkah terakhir yang perlu dilaksanakan oleh guru dalam
pengajarannya berdasarkan model ASSURE adalah menilai dan menyemak.
Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah membuat
penilaian untuk mengukur keberkesanan alat atau bahan media secara
menyeluruh. Penilaian ialah proses yang berterusan dan dibuat sebelum,
semasa dan selepas pengajaran.
Contoh menilai dan menyemak sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran ialah guru memastikan kaedah, alat atau media yang
digunakan sesuai dengan murid. Kaedah nyanyian misalnya sebagai set
induksi amat sesuai untuk murid tahap 1. Radio dan kaset digunakan sebagai
bahan dan media untuk melengkapkan set induksi pengajaran guru. Penilaian
dan penyemakan yang dibuat sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran
melancarkan proses belajar.
Contoh menilai dan menyemak semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran pula ialah guru memastikan bahan dan media dapat digunakan
dengan sempurna dalam semua aktiviti yang dirancang. Misalnya
memastikan semua komputer yang digunakan oleh semua kumpulan murid
berfungsi dengan baik dan murid dapat mencatat isi-isi penting hasil
perbincangan mereka dalam kumpulan tanpa apa-apa masalah.
Manakala contoh menilai dan menyemak selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran pula ialah guru memberi markah atau gred kepada hasil kerja
murid. Misalnya guru menilai dan menyemak latihan yang diberi dalam bentuk
lembaran kerja atau buku latihan kepada murid.

You might also like