You are on page 1of 4

Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik

dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan
perubahan-perubahan teknik teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video,
bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Kepelbagaian persatuan yang ditubuhkan hendaklah berasaskan kepada mata
pelajaran yang diajar di sekolah, hobi dan rekreasi, sukan dan permainan, badan
beruniform serta apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar berserta
kepelbagaian aktiviti yang berupaya memberi manfaat kepada murid dalam
meningkatkan disiplin dan perpaduan, membina pengetahuan, minat dan bakat,
membentuk sahsiah, mengukuhkan pegangan keagamaan dan sebagainya.

Merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah Menengah(2009),
matlamat utama pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Falsafah ini merupakan panduan bagi semua aktiviti
pendidikan yang mengungkapkan dengan jelas tujuan, matlamat, prinsip dan nilai asas
yang menjadi dasar dalam membentuk sistem pendidikan Malaysia. Ia menekankan
kepada falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan
agama untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara seimbang dan
harmonis supaya kesepaduan trah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan
seharusnya menghasilkan budi pekerti dan akhlak mulia agar menjadi ciri asasi
seseorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Matlamat utama kokurikulum merangkumi objektif-objektif seperti berikut.

Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan;2.
Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani
dan emosi murid;3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan
murid;4. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti
yangdiceburi;5. Membina dan meningkatkan disiplin murid;6. Mewujudkan budaya
sekolah yang sihat.7. Membina dan meningkatkan kerjasama dua hala antara sekolah
dan masyarakat;8. Mewujudkan sekolah berwatak.
Aktiviti kokurikulum berperanan dalam pembentukan sifat-sifat sosial yang bernilai
dalam diri setiap murid yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dipilih.Setiap
aktiviti mempunyai sumbangan tersendiri dalam pembentukan sahsiah dan jati diri.
Menurut Ab.Alim (2001), nilai-nilai murni perlu dipupuk melalui proses pendidikan bagi
membentuk insan yang kuat, bermoral, sanggup menghadapi cabarandan
berkebolehan menyelesaikan konik dan krisis yang dihadapi. Nilai murni inimerupakan
asas bagi membina individu dan masyarakat yang sejahtera yang bebasdaripada
penyakit sosial dan krisis moral yang semakin berleluasa kini. Kemerosotannilai-nilai
murni menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral dalam masyarakat. Dengan
pegangan yang teguh terhadap nilai murni, murid diharapkan berupaya menjauhkandiri
daripada anasir dan gejala sosial yang negatif.
Penerapan nilai murni diberi penekanan bukan sahaja melalui aktiviti
kokurikulum,malah dalam kurikulum mata pelajaran. Di sekolah, penerapan nilai murni
bolehdisepadukan secara pertuturan, teladan, kontekstual, perlakuan, isyarat,
interpretasi dankefahaman. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah mengariskan 16
nilai murni yang perlu diserapkan dalam peribadi murid bagi melahirkan warganegara
yang harmonisiaitu rasional, kebebasan, berhemah tinggi, kesederhanaan, kebersihan,
adil, berani,tolong-menolong, bersyukur, jujur, baik hati, kerjasama, berdikari, kasih
sayang,hormat-menghormati dan rajin. Justeru, penglibatan murid dalam kokurikulum
perludipertingkatkan agar dapat menanamkan nilai-nilai murni melalui kesedaran
terhadapagama dan kepercayaan kepada Tuhan.Penglibatan murid dalam aktiviti
kokurikulum amat berguna untuk pembentukansahsiah, mengisi masa lapang dengan
pengetahuan berfaedah, menimba pengalamandan mengelakkan diri dari terjebak
dalam masalah gejala sosial seperti melepak, penyalahgunaan dadah dan
gangsterisme (Omardin, 1996; Esa Abd Samad, 1998).Dapatan tersebut diperkukuhkan
lagi oleh kajian longitudinal yang dijalankan olehMahoney (2000). Beliau telah
menjalankan kajian ke atas 695 murid bagi melihat perhubungan antara penglibatan
murid dengan aktiviti kokurikulum di sekolah dari segisosial. Kajian beliau mendapati
penglibatan murid secara aktif dalam beberapa aktivitikokurikulum untuk jangka masa
yang panjang berupaya mengurangkan penglibatanmurid dalam masalah jenayah dan
masalah keciciran. Dapatan ini juga turut disokongoleh beberapa kajian yang
mendapati, penglibatan aktif murid dalam kokurikulum berupaya mengurangkan
masalah salah laku dalam kalangan murid seperti merokok,minum arak, menghisap
dadah dan melepak (Eccler& Barber, 1999; Darling, 2000;Leaver-Dunn, Turner &
Newman, 2007).

"Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa". Malaysia memerlukan tenaga
pemuda dan bakal pemimpin untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara
ini pada masa hadapan. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan
semau pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum demi melahirkan insan yang
seimbang. Kegiatan kokurikulum dapat ditafsirkan sebagai kegiatan sekolah yang
dijalankan di luar waktu persekolahan dan terbahagi kepada tiga kategori, iaitu kegiatan
sekolah unit beruniform, persatuan, serta sukan dan permainan.

Aktiviti kokurikulum banyak berperanan membentuk pelajar yang seimbang dalam
semua aspek yang merangkumi aspek emosi, rohani, jasmani, dan intelek. antara
maslahat kegiatan ini ialah sifat kepimpinan dapat diwujudkan dalam diri pelajar. Setiap
persatuan pasti mempunyai ahli-ahli jawatankuasa tertentu untuk menerajui pergerakan
persatuan tersebut, seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli-ahli jawatankuasa
kecil, dan juruaudit. Pelajar-pelajar yang terpilih akan bertanggungjawab merancang
aktiviti-aktiviti persatuan serta mengawal disiplin ahli. Oleh itu, mereka berpeluang
mempersiapkan diri untuk memikul tugas-tugas sebagai seorang pemimpin pada masa
hadapan dan pada masa yang sama, mereka akan dihormati dan disegani oleh rakan-
rakan mereka. Oleh sebab pemilihan pemimpin adalah secara demokrasi, pelajar-
pelajar dapat memilih peneraju persatuan mereka secara adil dan harmoni.

Seterusnya, kegiatan ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
pelajar untuk menyokong aspirasi "Satu Malaysia" yang dikemukakan oleh Yang
berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Razak. bak kata
pepatah, "bersatu teguh, bercerai roboh". Pelajar-pelajar dapat bergaul dan berinteraksi
dengan rakan-rakan yang berlainan latar belakang dan budaya semasa menyertai
kehiatan kokurikulum. Oleh sebab terdapat sesetengah aktiviti yang memerlukan
kegiatan berkumpulan, sikap tolong-menolong bagai aur dengan tebing dapat
diwujudkan dalam kalangan ahli persatuan untuk melancarkan kegiatan tersebut.
Dengan cara ini, perpaduan dan permuafakatan dapat diwujudkan dalam kalangan
pelajar sekolah kerana "Perpaduan Teras Kejayaan".

Di samping itu, pelajar-pelajar akan lebih berdisiplin dan berdikari. Aktiviti-aktiviti
perkhemahan yang dianjurkan oleh pasukan unit-unit beruniform seperti Renjer Puteri,
Kadet Remaja Sekolah, dan Kadet Pertahanan Awam, memerlukan kemampuan pelajar
untuk mejalankan aktiviti-aktiviti harian tanpa bergantung kepada orang lain serta
disiplin yang tinggi. Sekiranya disiplin dan peraturan dalam sesebuah pertubuhan tidak
dipatuhi oleh seseorang ahli, ahli tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib. Oleh itu,
kegiatan kokurikulum terutamanya kegiatan badan-badan beruniform dapat membentuk
pelajar yang berdisiplin dan berkeyakinan untuk berdikari, yang sememangnya amat
penting sebagai persediaan pelajar untuk melangkah ke alam kerja.

Pada masa yang sama, para pelajar dapat mengasah bakat dan kemahiran mereka
tatkala menyertai persatuan atau mana-mana kegiatan sukan yang diminati oleh
mereka, misalnya Persatuan Komputer, Kelab Catur, dan Kelab Keceriaan. Pelajar-
pelajar yang melibatkan diri dalam kegiatan persatuan secara aktif dapat menyerlahkan
bakat mereka sepenuhnya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh mereka,
seterusnya memantapkan kemahiran yang dimiliki oleh mereka. Mereka juga dapat
mempelajari kemahiran-kemahiran baru seperti memasak, membuat simpulan, dan
menggunakan teknologi maklumat terkini, serta ilmu-ilmu yang tidak dapat diperoleh
dalam bilik darjah. Rentetan itu, pelajar yang ada bakat dapat menyerlahkan bakat
mereka dalam kehidupan harian. Sementara pelajar-pelajar yang lain pula dapat
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan menggalakkan persaingan yang sihat
dalam kalangan pelajar sekolah.

You might also like