You are on page 1of 5

9 Makanan yang mirip organ Badan Dan

Fungsinya

Cendawan - Telinga

Cendawan dikatakan baik untuk fungsi pendengaran kerana ia
mengandungi vitamin D yang mampu menguatkan tulang kecil pada
telinga.






Anggur - Paru-paru

Alveoli pada paru-paru amat mirip dengan buah anggur bukan? Buah ini
dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru selain dapat
menjauhkan penyakit asma akibat daripada alergi.


Tomato - Jantung

Tomato mengandungi lycopene yang mampu mengurangkan risiko
penyakit jantung selain beberapa penyakit kanser yang lain. Satu
penyelidikan di Amerika mendapati wanita dengan lycopene yang tinggi
dalam darah mempunyai risiko serangan jantung 30 peratus lebih kecil
berbanding dengan wanita yang memiliki kadar lycopene yang rendah.


Kacang Walnut - Otak

Kacang walnut mengandungi lemak omega 3 yang mengurangi risiko
penyakit dementia selain dapat mencegah penyakit Alzheimer.


Lobak - Mata

Betacarotene yang terdapat di dalam lobak dapat mengurangkan risiko
mendapat penyakit katarak mata.


Keju - Tulang

Kandungan tinggi kalsium dalam keju, ditambah pula dengan kandungan
mineral lain dapat menguatkan tulang. Satu kajian mendapati bahawa
pengambilan kira-kira 800mg - 1200mg sehari mampu menambah
kepadatan tulang sehingga 6 peratus.


Halia - Perut

Di China, halia telah digunakan sebagai ubat sakit perut dan mual
selama kira-kira lebih daripada 2000 tahun. Satu penyelidikan di
Universiti of Minnesota mendapati pengambilan halia mampu mencegah
kanser usus.


Brokoli - Kanser

Pada 2009, US National Cancer Ins. mendapati bahawa memakan
brokoli selama seminggu secara teratur dapat mengurangkan risiko
kanser sebanyak 45 peratus.




Pisang - Senyum (mood yang baik)

Buah ini mengandungi tryptophan, setelah dihadam tryptophan secara
kimia akan menjadi serotonin yang amat bermanfaat sebagai ubat anti-
tekanan.

You might also like