You are on page 1of 4

BAB 5 : KONSEP ASAS GRAFIK

5.1 GRAFIK
1. Grafik - kombinasi gambar, lakaran, lukisan, huruf, angka, lambang, perkataan
@ citra yg menjadi satu media pengajaran untuk memberikan dan
menterjemahkan konsep @ idea daripada kepada penerima maklumat dalam
situasi tertentu (P&P).
2. Grafik suatu bentuk komunikasi visual yg menggunakan teks @ gambar untuk
menyampaikan informasi @ mesej
3. Media elektronik grafik interakrif @ grafik multimedia
4. Multimedia perisian @ aplikasi yg berasaskan komputer dan menggabungkan
sekurang-kurangnya dua @ lebih daripada dua media, iaitu teks, grafik, animasi,
audio dan video.


PERALATAN ASAS BAGI REKA BENTUK GRAFIK

Akal (kreativiti)
Mata
Tangan
Alat-alat tradisional (pensel, dakwat, dll)
Komputer, dll.


FUNGSI GRAFIK DALAM PEMBELAJARAN
1. Ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa
komunikasi yg berbeza.
2. Mendorong interaktif yg aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana
pembelajaran yg menyeronokkan dan mencabar.
5.4 ELEMEN ASAS REKA LETAK GRAFIK

1. Titik
penggerak utama sesuatu bentuk dan juga sebagai penanda sesuatu
kedudukan di dalam ruang. - tidak mempunyai ukuran panjang @ lebar,
bersifat statik, tidak mempunyai arah, secara relatif bebas, dan menjadi
pusat sesuatu unsur.

2. Garisan - percantuman dua titik yg mempunyai jarak tertentu. - kombinasi gari
membentuk imej 2D dan 3D.
Rupa geometri rupa-rupa yg mempunyai sempadan yg tetap.
Rupa organik rupa-rupa yg bebas, tidak bersudut dan tanpa sempadan yg
tetap.

Chang Hon Woon (1997) garisan dapat digunakan dengan tujuan
menunjukkan pergerakkan, dijadikan motif mencorak, menghasilkan ton,
menimbulkan bentuk, mencipta ruang, dan menimbulkan jalinan.
3. Permukaan - beberapa garisan pada sesuatu kedudukan sama ada menegak
atau mendatar. - contoh : permukaan di atas (bumbung rumah), permukaan
menegak (dinding) dan permukaan di bawah (lantai / permukaan bumi).

4. Bentuk - mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu
permukaan.

5. Ruang - kawasan kosong yg berada di sekeliling sesuatu objek yg juga dirujuk
sebagai jarak antara dua objek @ rongga yg terdapat dalam sesuatu benda.

Ruang nyata ruang yg terdapat pada bentuk-bentuk konkrit, iaitu objek sebenar
bersifat 3D.
Ruang tampak ruang ilusi yg timbul, iaitu bersifat 2D seperti gambar, lukisan
dll.
6. Warna - pembalikan cahaya daripada sesuatu objek @ permukaan.

Warna asas Biru, Merah dan Kuning.
Warna sekunder - Kuning + Biru = Hijau / Merah + Biru = Ungu / Kuning +
Merah = Jingga.
Warna tertier Warna Asas + Warna Sekunder.
- fungsi warna melahirkan kesan @ pengaruh tertentu.
- mewujudkan perasaan harmoni.

5.5 Prinsip Reka Letak Visual
1. 6 prinsip asas reka letak visual CASPER

C (Contrast) Kontras
A (Alignment) Seimbang
S (Simplicity) Simplisiti (Keep It Simple and Stupid)
P (Proximity) Kumpulan item yg berkaitan bersama jarak
E (Emphasis) Fokus kepada item utama
R (Repetition) Berulang grafik
2. Tipografi suatu ilmu dalam pemilihan dan penyusunan fon pada ruang-ruang
yg tersedia untuk mencipta kesan tertentu yg menolong pembaca berasa selesa
untuk membaca semaksimum mungkin.

i. Stail Fon : Roman fon yg memiliki sirip / kaki / serif yg berbentuk lancip
pada hujungnya. Sans serif fon ini tidak mempunyai sirip / serif. Skrip @
Kursif goresan tangan, miring ke kanan. Egyption ciri kaki / sirip / srif
yg berbentuk persegi. Dekoratif pengembangan daripadabentuk-bentuk
fon yg ada.
ii. Saiz Fon Saiz normal yg sering digunakan 6 ke 72 poin.

SUMBER : http://azurepolaris.blogspot.com/2010/11/edu-3105-teknologi-dalam-
pengajaran-dan.html

You might also like