You are on page 1of 4

BAB 6 : PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI

6.2 BAHAN 2 DIMENSI (2D)



Bahan 2D ialah bahan yg mempunyai dua dimensi, iaitu lebar dan panjang.
Jenis bahan 2D ialah : bahan bercetak, carta, graf, poster dan gambar.
i. Bahan Bercetak
Buku teks asas pengajaran dalam bilik darjah dan tiada gantinya.
Bahan bacaan percuma brosur, risalah dll.

Kelebihan :
Amat mudah diperoleh dalam pelbagai topik dan bentuk.
Mudah digunakan dan tidak perlu banyak penerangan.
Boleh dialih.
Murah dari segi penghasilan / percuma.

Kelemahan:
Ditulis dengan sasaran pembaca tertentu.
Dianggap sebagai bahan hafalan (fakta dan definisi).
Banyak perbendaharaan kata (beban kognitif terhadap pelajar).
Tidak bersifat interaktif / persembahan satu hala.

ii. Carta
Perwakilan visual menggambarkan suatu konsep yg sukar difahami secara lisan
/ bertulis.

Jenis-jenis Carta :
Carta organisasi menunjukkan struktur sesuatu organisasi dari segi
pemeringkatan.
Carta klasifikasi menggambarkan kategori benda, peristiwa, haiwan dan
sebagainya.
Carta tabular / jadual mengandungi data dalam bentuk nombor dan peratus
dalam bentuk jadual.
Carta aliran carta proses menunjukkan sekuen, prosedur, atau aliran sesuatu
aktiviti.

iii. Graf
Perwakilan visual data numerikal.
Jenis-jenis Graf :
Graf bar menggambarkan garaf satu skala di mana ketinggian bar mengukur
kuantiti yg ingin diwakili.
Graf garisan graf skala dua yg menggambarkan variasi nilai pada dua dimensi.
Graf pai satu bulatan yg dibahagikan kepada segmen dan setiap segmen
mewakili sebahagian peratus daripada keseluruhan.

iv. Gambar
Bahan visual 2D mengenai manusia, tempat @ benda-benda dan digunakan
untuk memudahkan pemahaman pelajar.
Kelebihan :
Murah dan mudah diperoleh.
Perincian visualnya memudahkan pemahaman.
Mengelakkan salah tanggapan dan berupaya membetulkannya.
Memberikan rangsangan sebagai bukti visual.
Memfokuskan tumpuan pelajar dan memperkembang penghakiman kritis.
Kekurangan :
Saiz dan jarak dalam gambar mungkin mengubah rupa bentuknya.
Kurangnya warna boleh mengehadkan ketepatan tafsiran.
Ada kala pelajar mengalami masalah menafsir dan memahami.
Kurang berkesan jika tidak diberikan kepada setiap pelajar.

v. Peta

Perwakilan abstrak tempat sebenar dalam bentuk simbol visual, garisan, dan
warna.

6.3 BAHAN 3 DIMENSI (3D)
Bahan 3D ialah bahan visual yg mempunyai lebar, panjang dan ketinggian.
Jenis bahan 3D ialah : realia, model, dan ciptaan objek tiruan (diorama, binaan
pasir dan model-model).

i. Realia

Merupakan objek sebenar yg di bawa ke dalam bilik darjah.
Zukowski-Faust (1997) objek konkrit
dan paraphernalia kehidupan.

ii. Model

Perwakilan bahan 3D bahan sbenar dalam bentuk saiz sebenar @
lebih kecil.
Mempunyai input maklumat, pemprosesan maklumat dan output
keputusan.


iii. Ciptaan Objek Tiruan

Dicipta oleh guru @ pelajar yg tidak dapat diperoleh di pasaran.

a) Diorama

Dihasilkan mengikut skala ukuran sebenar.
Saiz yg berbeza mengikut skala supaya sesuai dengan ruang.
Tujuan mengimbas kemabali suasana @ peristiwa lepas @
menggambarkan masa depan.

b) Meja Pasir

Menggambarkan situasi sebenar melalui satu replika.

KELEBIHAN PENGGUNAAN BAHAN 3D DALAM P&P
1. Menimba ilmu pengetahuan tentang kebudayaan lain.
2. Melibatkan diri dalam pengalaman konkrit.
3. Mengembangkan kemahiran dan konsep.

KELEMAHAN PENGGUNAAN BAHAN 3D DALAM P&P
1. Ada bahan 3D tidak mudah diperoleh di pasaran.
2. Kekangan masa untuk membina bahan 3D.
3. Perlu ada ruang yg luas untuk menyimpan bahan 3D.

Sumber : http://azurepolaris.blogspot.com/2010/11/edu-3105-teknologi-dalam-
pengajaran-dan.html

You might also like