You are on page 1of 2

Jenis-jenis pergerakan yang ada dalam pergerakan kreatif

5.1 Pergerakan lokomotor


Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan
keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan dari satu tempat ke tempat
yang lain. Pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang
dirancang dan berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan
lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah
gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan
dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan
masa. Pergerakan lokomotor juga merupakan dasar yang menyokong pelaku
berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor
ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip,
merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.
5.2 Pergerakan bukan lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah
kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik dan
ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan terutama pada
sendi buka-tutup dan pusing putar. Pergerakan bukan lokomotor juga di
ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih
tempat. Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan
pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan.
Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan,
enjet-enjet semut, berlari setempat, tepuk amai-amai, menaik setempat,
mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi.
5.3 Manipulasi Alatan
Manupulasi alatan ialah aktiviti yang mana mempergunakan alatan
dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini
memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal, megawasi atau
menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alatan merupakan asas
kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak.
Kemahiran asas manipulasi alatan dapat meningkatkan kordinasi angota
badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.
Manipulasi alatan mestilah melibatkan objek seperti pundi kacang,
melanton bola sambil berjalan, berjalan sambil mengimbang bola di kaki,
skipping sambil berlari, menggerakkan reben dan memusingkan gelung
dengan tangan.
Ketiga-tiga elemen ini dapat diaplikasikan di dalam pergerakan kreatif. Ini
kerana di dalam pergerakan kreatif ia memerlukan ketiga-tiga pergerakan
tersebut untuk melakukan dan menghasilkan suatu pergerakan yang kreatif.
Sebagai contoh, guru melakukan suatu aktiviti kepada kanak-kanak yang
mana aktiviti itu dapat merangsang kanak-kanak menggunakan keseluruhan
tubuh badan mereka untuk bergerak. Antaranya ialah dengan cara memberi
mereka mendengar alunan muzik. Apabila mereka mendengar muzik, minda
mereka akan terangsang dan keghairahan mereka untuk melakukan
pergerakan akan timbul tambahan pula mereka diberi kebebasan oleh guru
dalam berkreativiti. Oleh sebab itu, mereka akan menggunakan ketiga-tiga
elemen tersebut untuk melakukan pergerakan seperti menari, bertepuk
tangan, berlari, berjalan dan lain-lain pergerakan lagi. Kesemua pergerakan
inilah yang dipanggil pergerakan kreatif.

You might also like