You are on page 1of 5

Perlakuan Jenayah Juga Didorong Oleh Media Massa

Apakah yang dimaksudkan dengan jenayah, media dan massa? Menurut Kamus
Dewan edisi keempat, jenayah bermaksud kejahatan yang salah di sisi undang-undang,
perbuatan salah di sisi undang-undang dan perbuatan kriminil. Maksud media pula ialah
alat atau perantara komunikasi yakni perhubungan seperti televisyen, internet, surat
khabar dan telefon pintar, manakala massa bermaksud jumlah yang terlalu banyak dan
tidak teratur. Secara umumnya, frasa perlakuan jenayah juga didorong oleh media
massa bermaksud kejahatan yang salah di sini undang-undang turut disebabkan oleh
perantara komunikasi yang mempunyai jumlah yang banyak.
Malaysia kini mempunyai kadar jenayah yang semakin dikhuatiri. Walaupun
media massa bukanlah pendorong utama ke atas peningkatan ini, namun kebanyakan
jenayah yang dilakukan oleh penjenayah menggunakan media massa sebagai medium
bagi perhubungan dengan si mangsa. Hal ini kerana, seperti yang diketahui umum,
media massa merupakan medium yang paling berpengaruh dalam menyampaikan
maklumat. Oleh itu, apa yang dipaparkan seperti di kaca televisyen, laman sesawang,
surat khabar, sistem pesanan ringkas (SMS) dan radio akan diterima bulat-bulat oleh si
penerima. Bayangkanlah sekiranya maklumat yang disampaikan adalah salah iaitu
berunsur sensitiviti dan keganasan. Apakah yang akan berlaku? Sudah tentulah
jenayah media akan berlaku. Justeru, jelaslah bahawa jenayah dapat dilakukan melalui
media massa.
Belakangan ini, drama televisyen atau filem yang disiarkan di televisyen
mahupun internet tidak tertapis dengan sempurna. Kononnya, apabila bertapis,
pengkarya tidak dapat berkarya dengan baik kerana dikatakan idea-idea akan terbatas.
Padahal unsur-unsur yang dikarya oleh mereka bukan semuanya boleh diguna pakai
kerana kurangnya motif yang melambangkan kesopanan dan kebaikan budaya kita.
Penyerapan budaya Barat yang boleh merosakkan akhlak seseorang juga menjadi
punca utama seseorang itu menjadi penjenayah.
Sekiranya drama televisyen atau filem tersebut mempunyai unsur keganasan
misalnya, pihak yang berwajib haruslah menjadualkan rancangan berkenaan pada
waktu-waktu tertentu seperti larut malam. Jika tidak diatasi segera, gejala sosial yang
negatif seperti gangsterisme dan vandalisme akan berleluasa.
Selain itu, internet juga memberi dorongan untuk seseorang itu melakukan
jenayah. Hal ini kerana internet mempunyai laman sesawang yang tidak terkira. Di
internet, batas pergaulan kita sangat luas dan tidak terbatas. Lambakan laman sosial
yang wujud di internet memberi kesan kepada seseorang terutamanya yang ingin
bersosial. Dengan wujudnya laman-laman sosial, peluang untuk berkenalan dengan
orang ramai lebih tinggi, namun janganlah kita beranggapan bahawa semua rakan
laman sosial kita itu baik. Unsur fitnah mudah berlaku. Teringat saya akan kes yang
berlaku ke atas Datuk Siti Nurhaliza dahulu, berkenaan dengan kes fitnah internet.
Di samping itu, sindiket penipuan antarabangsa banyak berlaku melalui internet.
Ini diakar umbi oleh warganegara Afrika yang memancing warganegara Malaysia.
Mereka menggunakan wanita yang kesunyian untuk memakan umpan mereka.
Akhirnya, wanita tersebut ditipu. Pada tahun 2011, negara kita telah digemparkan
dengan penggodaman laman sesawang kerajaan. Hal ini menyebabkan maklumat-
maklumat daripada jabatan kerajaan terbocor. Peristiwa ini mengajar kita supaya lebih
berhati-hati dan memperketat keselamatan diri dan negara.
Telefon pintar juga dikira sebagai media massa kerana juga merupakan medium
perhubungan yang penting. Hal ini kerana perkembangannya yang bermula daripada
generasi pertama (1G) sehinggalah yang tercanggih iaitu generasi ketiga perpuluhan
lima (3.5G). Dalam 3.5G, terdapat suatu video bergambar yang boleh merakamkan
video yang dikenali sebagai klip 3GP. Penggunaan klip 3GP boleh menyebabkan
seseorang itu dikhianati atau dianiaya. Misalnya, bayangkanlah sepasang kekasih ingin
menjalinkan hubungan seks jarak jauh. Klip 3GP digunakan sebagai medium hubungan
tersebut. Ini bermakna setiap klip video yang diterima oleh penerima boleh disebarkan
dengan cara menghantar klip video tersebut kepada pihak-pihak tertentu tanpa
pengetahuan si pengirim yang sentiasa mempercayai si penerima. Hasilnya, si
penerima itu akan mendapat pendapatan lumayan. Selain kes khianat atau aniaya,
perbuatan ini juga diklasifikasikan sebagai kes penipuan.
Baru-baru ini, surat khabar The Star telah memaparkan suatu gambar yang
menyentuh sensitiviti penganut agama Islam di Malaysia iaitu pemaparan gambar
Erykah Badu yang melukis tatu yang menyentuh sensitiviti penganut agama Islam di
Malaysia. Sebagai akibat, Erykah Badu tidak dapat melakukan persembahan di tempat
tertentu dan penganjurnya yang bukanlah warganegara Malaysia mengalami kerugian
yang besar. Seharusnya kita sedar bahawa negara kita mempunyai penganut agama
yang berbeza-beza dan kebetulan pula agama Islam merupakan agama rasmi
persekutuan. Oleh itu, tidak wajarlah surat khabar tersebut boleh melakukan kesilapan
yang tidak nyata seperti yang diuar-uarkan melalui media massa yang lain.
Terdapat banyak kesan hasil daripada penyalahgunaan media massa. Salah
satu kesannya ialah peningkatan masalah sosial dalam kalangan rakyat Malaysia,
terutamanya remaja yang mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang negatif. Ini
kerana apabila menonton, membaca atau melakukan aksi lucah, adrenalin manusia
akan meningkat dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal dirinya.
Hormon seseorang itu akan tidak stabil dan ini menyebabkan kemungkinan untuk
penonton aksi lucah melakukan jenayah seksual adalah lebih tinggi berbanding orang
yang tidak menonton aksi lucah. Contoh gejala yang akan dilakukan oleh penggemar
seks adalah rogol, hubungan seks bebas, pelacuran dan gangguan seksual atau lebih
dikenali sebagai sexual harassment dalam kalangan rakan pejabat akan berleluasa.
Oleh itu, langkah-langkah harus dilakukan bagi mengurangkan kadar jenayah
akibat penyalahgunaan media massa ini. Salah satu langkah ataupun cadangan dalam
mengurangkan kadar jenayah akibat penyalahgunaan media massa ialah peranan
kerajaan dalam membanterasnya. Pertama, penapisan drama televisyen haruslah
dilakukan oleh kerajaan seperti mana yang dilakukan oleh Lembaga Penapisan Filem
bagi filem, namun perihal Lembaga Penapisan Filem juga haruslah dipinda supaya
dapat memperketat lagi hasil penapisan. Kedua, pakar IT yang berkhidmat di
Multimedia Super Corridor ataupun lebih dikenali sebagai MSC perlulah menggunakan
kemahiran mereka untuk menyekat segala informasi luar yang berunsur keganasan dan
sensitiviti yang tidak sesuai diterapkan dalam jiwa semua rakyat Malaysia. Ketiga,
sebelum penerbitan surat khabar pada waktu pagi diterbit, pihak pengurusan hendaklah
menghantar sampel surat khabar pada hari tersebut kepada wakil kerajaan yang
dilantik semata-mata untuk pemantauan dan haruslah ditempatkan di setiap syarikat
penerbitan.
Ditegaskan, media massa merupakan medium terpenting bagi perhubungan
antara satu sama lain. Kebanyakan jenayah berpunca daripada kata-kata atau
perbuatan seseorang yang menggunakan media massa. Justeru, kita haruslah
menggunakan media massa sebaik mungkin kerana media massa merupakan simbol
bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang bertamadun.

(967 patah perkataaan)

You might also like