Aspek Penampilan Diri & Protokol Disediakan oleh: RAMLY MOHD ALI Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang 2 Penampilan Diri (Imej Diri) Pertama kali berjumpa seseorang ? Dia tidak tahu mengenai diri kita dia akan cuba membaca siapa kita dia ingin tahu siapa kita dia membuat tafsiran (persepsi & pengalaman)
Kepimpinan dan pergaulan - penampilan kita memainkan peranan penting. 3 Penampilan yang baik
percepatkan rasa rapat dan akrab hati orang lain.
dapat menarik orang di sekeliling berasa selesa dan seronok
memudahkan komunikasi dan hubungan peribadi. 4 Definisi Imej Ia merupakan gambaran diri yang ditampilkan. Ini termasuk rupa paras, cara anda bercakap, berpakaian dan bertindak, kemahiran sikap, perawakan dan gerak-geri anda, hiasan tambahan dan persekitaran serta rakan taulan anda
Polly Bird, 1977 5 Mengapa Perlu Menjaga Imej berkait rapat dengan apa yang anda lakukan di tempat kerja anda. menarik kepercayaan pelanggan kepada organisasi. mengubah imej diri sesuai dengan matlamat organisasi. mempercepatkan terbinanya rasa rapat, akrab dan mesra. 6 Bagaimana Membina Imej diri 1. Kenal diri sendiri. Diri kita boleh dikenali melalui tiga cara iaitu: melihat diri dari pandangan orang lain melihat diri dari penilaian kendiri mengenal diri sebenarnya
Untuk tujuan ini kita mesti membuat kajian dan soal selidik. 7 2. Kenal Kumpulan Sasar Tingkah laku kita tidak boleh sama dengan semua orang dan semua situasi.
Imej kita perlu bersesuaian dan berkesan kepada kumpulan yang berlainan. 8 3. Aspek-aspek yang penting untuk ditingkatkan Gaya berpakaian Pertuturan dan tingkah laku Teknik meransang Sikap terhadap kerja Cara bergaul Pengisian masa lapang Kebersihan diri Berterus-terang dalam perbualan Keboleh percayaan Kejujuran Masa untuk mencari ilmu dan untuk keluarga 9 4. Membina I mej dalam Kerja dilihat bagaimana kita membuat kerja. Antara ciri-ciri kerja cemerlang ialah; a. Sentiasa menyiapkan kerja tepat waktunya b. kakitangan senang berhubung dengan kita c. rakan dan pekerja meminta nasihat kita d. menjadi pendengar yang baik e. melayani tamu dengan baik f. mempunyai kepakaran yang tinggi g. orang riang dan ketawa mendengar jenaka kita. 10 5. Gaya yang menarik Imej kita dapat dilihat dari segi gaya kita. Gaya ini berubah mengikut suasana dan tempat kerja. Antara gaya-gaya yang perlu difahami ialah: Gaya ranggi Gaya formal Gaya pakar Gaya pendengar 11 Kepentingan Harga Diri Harga diri adalah tanggapan individu tentang nilai diri berasaskan kepercayaan dalaman; mesej daripada ibubapa, guru-guru dan rakan sebaya. Harga diri boleh mempengaruhi kejayaan seseorang dalam segala aspek kehidupan 12 Ciri-ciri Penting Harga diri 1. Layak untuk hidup 2. Yakin diri 3. Hormat diri 4. Berusaha memaju diri 5. Hubungan interpersonal 6. Sabar 7. Tegas dan ramah 8. Sanggup mengambil risiko 9. Penyayang dan mudah disayangi 10.Terarah kendiri atau berdikari 13 Faktor-faktor pengaruhi harga diri 1. Faktor dalaman iaitu faktor yang ditimbulkan oleh individu itu sendiri seperti kepercayaan, amalan dan pencapaian peribadi.
2. Faktor luaran ialah seperti persekitaran keluarga, guru, rakan sebaya dan tempat kerja 14 Kesan Penampilan Diri a) Wajah yang tampan atau jelita berguna dan membuat kita mahu mendengar apa yang akan diperkatakan.
b) Pakar psikologi - orang yang memiliki penampilan menarik menerima layanan yang lebih baik. 15 c) Kajian- pemandu mabuk yang tampan dan cantik hukuman lebih ringan. Penjenayah tampan dan cantik menerima hukuman yang lebih ringan.
d) Hujah bernas dihormati.
Imej diri penting ia mempunyai dan mempengaruhi kerjaya dan masa depan kita. Untuk itu kita perlu ilmu dan kemahiran melalui latihan 16 Kekemasan Diri PAKAIAN KE PEJABAT(P.P. 2/1985)
1. Patuh kepada peraturan yang ditetapkan 2. Sesuai dengan jenis pekerjaan 3. Kemas dan terurus 4. Barang kemas & hiasan yang paling minima 5. Pewangi yang ringan 6. Kebersihan diri dititikberatkan 17 Kekemasan Diri Lelaki 1. Baju warna putih / tanpa corak / jalur halus 2. Semua butang baju disematkan kecuali kolar 3. Baju berlengan panjang, jangan digulung / lipat 4. Seluar tidak terlalu ketat / labuh / pendek 5. Padankan stokin dengan warna seluar / kasut 6. Kasut sentiasa bersih dan berkilat 7. Berkasut dan berstokin 18 Kekemasan Diri Wanita 1. Pakaian tidak berkilau di siang hari 2. Corak fabrik tidak lebih dari empat warna 3. Penggunaan alat solek tidak keterlaluan 4. Pastikan ada harmonis dalam pakaian 5. Kasut jenis courtshoe 6. Perhiasan yang minimum 19 Kebersihan dan Kesihatan 1. Bahagian kepala dan muka - rambut, misai, janggut, gigi, pernafasan dsb. 2. Bahagian badan dan tangan - badan, baju, kuku dan kulit keseluruhannya 3. Bahagian punggung dan kaki - seluar, stokin, kasut & kebersihan kaki keseluruhan
20 Tiga Prinsip Penting 1) Menghormati dan mengutamakan orang lain 2) Kebijaksanaan budi bicara 3) Cara gaya yang betul dan bersesuaian > yang boleh dilihat > yang boleh dirasa > yang boleh dihidu 21 Tiga Faktor Penting 1. Tatahias - Kesesuaian, kekemasan, keselesaan, kecantikan, ketampanan 2. Hemah diri - adab kesopanan, budi pekerti, tingkah laku, gerak geri, suara dan bahan perbualan 3. Kebersihan / Kesihatan - nilai-nilai kebersihan dan kesihatan 22 Konsep Kemahiran Sosial
Kemahiran sosial ialah alat kelengkapan KEMULI AAN AKHLAK dan HARGA DI RI yang perlu dimiliki oleh seseorang untuk membina dan memelihara sahsiah yang berjaya secara berterusan. 23 24 Objektif 1. Meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai aspek etiket sosial dalam pelbagai situasi 2. memahami & mengaplikasi elemen protokol dalam mengendalikan majlis rasmi/formal 3. menambahkan keyakinan diri 4. merapatkan hubungan sesama manusia 5. menambahkan keyakinan orang lain 25 Bidang-bidang 1. Protokol - konsep, susunan tempat duduk & elemen-elemen protokol & pengendalian
2. Kemahiran Sosial - kemasan diri, tertib di meja jamuan dan gaya diri
3. Peningkatan Kendiri - komunikasi berkesan, peranan pengacara & penyambut tetamu 26 Konsep Protokol Peraturan-peraturan yang telah diterima oleh semua pihak sama ada dalam amalan hubungan antarabangsa, hubungan harian dalam masyarakat atau dalam pelbagai istiadat atau majlis rasmi dan tidak rasmi (INTAN, 1993) 27 Amalan Protokol 1. Amalan Protokol Semasa 2. Amalan Protokol Harian Dalam Masyarakat 3. Amalan Protokol Majlis 4. Amalan Protokol di Istana 5. Amalan Protokol Antarabangsa 28 Jenis-jenis Majlis 1. Majlis Penuh Istiadat (Pertabalan Raja) 2. Majlis Rasmi dan Formal (Meraikan Ketua Kerajaan melawat Malaysia) 3. Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal (Jamuan Teh Hari Kemerdekaan) 4. Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal (Anjuran Swasta) 5. Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal 29 Tugas Pengacara Majlis 1. Mengawal Majlis 2. Membuat pengumuman 3. Memberi panduan 30 Pengacara Yang Berkesan 1. Suara yang baik dan lunak 2. Fasih berbahasa, terang, jelas sebutan, tidak pelat dan sederhana kelajuan pertuturan 3. Tidak cacat anggota semoga mudah bergerak 4. Tidak gugup & Tidak Ada DG 5. Aktif dan bergerak pantas 6. Tenang, Tidak panik, tahu guna budibicara, sabar selalu, tidak berwatak serious 7. Berpengetahuan asas protokol & etiket
31 Peranan Penyambut Tetamu 1. Menyemak senarai jemputan & tempat duduk 2. mengenali tetamu yang akan hadir 3. menyambut ketibaan tetamu 4. mengedarkan program kepada tetamu 5. mengiringi tetamu ke tempat duduk 6. menunjukkan tempat duduk kepada tetamu 7. memberi maklumat yang diperlukan tetamu 8. membantu tetamu dalam hal yang mampu 9. menjaga ketenteraman dan keselesaan tetamu 32 Kriteria Penyambut Tetamu 1. Perwatakan yang pleasant 2. Tingkahlaku yang bersopan santun 3. Berpakaian kemas 4. Pergerakan pantas 5. Mengenali tetamu yang hadir 6. Sabar dan tidak cepat melenting 7. Mahir dalam tatacara menyambut dalam pelbagai situasi 33 Masalah-Masalah Penyambut Tetamu Ruang Majlis sempit tetapi pintu masuk banyak? Tetamu tidak membawa kad jemputan? Tetamu jawab datang tetapi tidak datang? Tetamu jawab tidak datang tetapi datang? Tetamu jawab datang berdua tetapi datang seorang? Tetamu jawab datang seorang tetapi datang berdua? 34 Datang bawa tetamu ekstra? Tetamu tiada dalam senarai? Pakaian tidak yang ditetapkan? Datang awal? Datang lewat? Tetamu menghantar wakil?
35 Cara-Cara Mengiring RAJA - pengiring di belakang sedikit RAJA & PERMAISURI - lelaki & perempuan Tetamu - pengiring di hadapan sedikit Tetamu berpasangan - pengiring perempuan berada di hadapan sebelah tetamu perempuan & lelaki sebelah tetamu lelaki. Senyum selalu & tunjuk tempat duduk dengan menggenggam tangan kanan & ibu jari ke sehampir tempat duduk 36 Pembentukan Peribadi 1. Tertib Perkenalan Prinsip perkenalan Keberkesanan dalam perkenalan Tertib memperkenalkan Cara jawab yang sopan
2. Berjabat tangan masa bersalam 37 3. Perbualan sosial tajuk perbualan tertib perbualan
4. Cara Berdiri 5. Cara berjalan 6. Cara Naik Tangga 7. Duduk di kerusi 8. Berjalan di tepi jalan 9. Masuk dan keluar kereta 10.Masuk dan keluar lif
38 Tatatertib di Meja Makan Malam Rasmi 1. Hendaklah tiba 15 - 20 minit sebelum majlis 2. Masuk melalui pintu utama - P.T. 3. Ambil minuman pre-dinner yang disediakan - jangan melebihi dua gelas 4. Elak dari meminta minuman kegemaran 5. Minuman pre dinner tidak boleh dibawa ke meja makan. 39 Elakkan perkara berikut: a. berjenaka b. terlalu serious c. cungkil gigi d. sendawa & bersin - tutup dengan napkin e. bercerita tentang makanan selepas makan f. mengambil sovenier dari meja makan g. meninggalkan meja awal dari tetamu VIP 40 Prinsip-prinsip Penyusunan Tempat Duduk Majlis Rasmi 2 3 1 Dif paling hampir dengan tetamu kehormat adalah dif yang terkanan sekali. Kekanan bermula dari sebelah kanan tetamu utama. Kanan tetamu Kehormat Kiri Tetamu Kehormat 41 Semoga apa yang telah disampaikan dapat menjadi sedikit garis panduan dalam membantu melaksanakan tugas kita dengan berkesan 42 Bak kata Pepatah Di mana bumi dipijak, Di situ langit dijunjung.
Masuk kandang kambing mengembik, Masuk kandang kerbau menguak.
Lain padang, lain belalangnya, Lain lubuk, lain ikannya. 43 Sekianlah sahaja, Terima kasih kerana sudi mendengar ceramah yang ringkas ini