You are on page 1of 4

NUR AZIEMAWANI BINTI AMRAN (BB11110426)

Laporan Latihan Industri Minggu Ke-empat


Minggu 4 (21

Julai 2014 25 Julai 2014)
Hari Tugasan Penerangan Penyelia
Isnin,
21 Julai 2014

- Meminta pengesahan
dan sokongan dari
sekolah
- Mengantar borang
sebut harga projek


- Saya dan rakan lain meminta
pengesahan dan sokongan
dari pengetua Sk. Sebayan
- Kami juga menghantar borang
sebut harga projek tersebut di
Pejabat Pendidikan Daerah
Kudat


Penolong
Pegurus
Syarikat,
En.Mohd
Juar
Selasa,
22 Julai 2014

- Mula membuat
Rancangan Perniagaan
- Pembahagian tugasan
Rancangan Perniagaan
- Mencari rujukan dan
Bahan untuk membuat
Rancangan Perniagaan


- Saya dan rakan lain mula
membuat tugasan Rancangan
Perniagaan Kedai Alat Tulis
untuk syarikat.
- Kami membuat pembahagian
tugasan berdasarkan Rangka
Rancangan Perniagaan
- Saya dan rakan lain
mengakses internet untuk
mencari bahan sebagai
rujukan untuk membuat
Rancangan Perniagaan.


Penolong
Pegurus
Syarikat,
En.Mohd
Juar
Rabu,
23 Julai 2014

- Membuat bahagian
analisis industri
pasaran Rancangan
Perniagaan


- Saya membuat bahagian
analisis industri pasaran
Rancangan Perniagaan Kedai
Alat Tulis.
- Membuat bahagian analisis,
memerlukan saya memantau
kedai-kedai alat tulis yang
berhampiran di pekan Kudat


Penolong
Pegurus
Syarikat,
En.Mohd
Juar
Khamis,
24 Julai 2014

- Membuat beberapa
bahagian Rangka
Rancangan Perniagaan

- Saya membuat beberapa
bahagian Rangka Rancangan
Perniagaan , iaitu pelan
pemasaran,pelan operasi dan
pelan kewangan

Penolong
Pegurus
Syarikat,
En.Mohd
Juar

Jumaat,
25 Julai 2014

- Membuat penilaian
risiko, bahagian
rangka Rancangan
Perniagaan
- Membuat laporan
penuh Rancangan
Perniagaan
- Saya membuat penilaian risiko
iaitu bahagian terakhir dalam
Rancangan Perniagaan.
- Saya dan rakan lain membuat
laporan penuh Rancangan
Perniagaan

Penolong
Pegurus
Syarikat,
En.Mohd
Juar
Proses Pembelajaran
Peringkat 1: Aktiviti
Pada hari Isnin, saya menemani staf syarikat untuk meminta pengesahan dan
sokongan dari pengetua Sk. Sebayan berkaitan projek penyelenggaraan sekolah tersebut.
Selepas itu, kami menghantar borang sebut harga projek tersebut di Pejabat Pendidikan
Daerah Kudat. Tugasan hari Isnin juga hanya melakukan tugasan luar, iaitu mengurus
pengurusan projek tersebut.
Pada hari Selasa, saya dan rakan lain mula membuat tugasan Rancangan Perniagaan
Kedai Alat Tulis untuk syarikat seperti yang telah dijadualkan dalam Pelan Tindakan
Praktikal. Sebelum membuat tugasan tersebut, kami membuat pembahagian tugasan
terlebih dahulu berdasarkan Rangka Rancangan Perniagaan. Saya membuat lima daripada
sepuluh Rangka Rancangan Perniagaan iaitu Analisa industri dan pasaran, Pelan Pemasaran,
Pelan Operasi, Pelan Kewangan dan Menilai Risiko. Sebelum memulakan tugasan, saya dan
rakan lain mengakses internet untuk mencari bahan sebagai rujukan untuk membuat
Rancangan Perniagaan.
Hari berikutnya, saya mula membuat bahagian analisa industri pasaran untuk
Rancangan Perniagaan Kedai Alat Tulis. Membuat bahagian analisis industri alat tulis ini,
mengkehendak saya untuk memantau kedai-kedai alat tulis yang berhampiran di pekan
Kudat.
Hari Khamis, saya meneruskan tugasan beberapa bahagian Rangka Rancangan
Perniagaan Keda Alat Tulis tersebut iaitu bahagan pelan pemasaran, pelan operasi dan
pelan kewangan. Strategi produk, harga dan promosi perlu dinyatakan dalam pelan
pemasaran. Pelan operasi pula, saya perlu menjelaskan rangkaian pembekal, proses dan
cara operasi syarikat. Bagi pelan kewangan pula, saya hanya membuat belanjawan.
Hari Jumaat, saya membuat bahagian terakhir dalam rangka rancangan perniagaan
iaitu penilaian risiko. Dalam bahagian ini, saya hanya perlu menjelaskan risiko yang mungkin
wujud serta menerangkan cara penyelesaiannya. Selepas itu, saya dan rakan lain
menggabungkan hasil tugasan kami untuk membuat laporan penuh Rancangan Perniagaan
Kedai Alat Tulis.

Stage 2: Reflektor
Menemani staf syarikat untuk mendapatkan pengesahan daripada pengetua dan
menghantar borang sebut harga tersebut memberikan saya pengalaman baru tentang
bagaimana berurusan dengan pihak luar secara formal. Selain itu, secara tidak langsung
saya juga dapat mengetahui tentang proses mengisi borang sebut harga projek tersebut.
Tugasan membuat Rancangan Perniagaan Kedai Alat Tulis untuk keperluan syarikat
pula dapat memberikan saya pengetahuan dan pengalaman membuat tugasan tersebut
dengan Rangka Rancangan Perniagaan mengikut piawaian serta selaras dengan kemahuan
dan kehendak penyelia. Sebelum ini, saya hanya membuat Rancangan Perniagaan untuk
keperluan kursus. Namun kini melalui tugasan ini, saya dapat mempraktikkannya dan dapat
mengetahui keperluannya secara langsung.
Selain itu, melalui tugasan ini saya dapat belajar tentang teknik mengendalikan
sesuatu perniagaan. Contohnya melalui tugasan membuat pelan pemasaran, pelan operasi
dan pelan kewangan.
Memandangkan tugasan ini adalah kerja berkumpulan, saya dapat mengamalkan
aspek nilai-nilai murni dalam kerja berkumpulan seperti bertolak ansur, bekerjasama dan
saling bertukar pendapat.

Peringkat ketiga: Teori
Membuat tugasan Rancangan Perniagaan ini sama dengan tugasan bagi kursus Asas
Pembudayaan dan Keusahawan dan Asas Keusahawanan. Melalui kursus-kursus ini, saya
dapat mempraktikkannya untuk membuat tugasan tersebut. Contohnya, rangka yang perlu
ada dalam Rancangan Perniagaan.
Writing a business plan forces a firms founders to systematically think through each aspect
of their new venture.
To create a selling document for a company.
It provides a mechanism for a young company to present itself to potential investor,
suppliers, business partners, key job candidates and others.
Teamwork
Stage 4: Pragmatist
Tugasan membuat Rancangan Perniagaan untuk keperluan syarikat bukanlah
tugasan yang mudah. Sebelum ini, saya membuat Rancangan Perniagaan yang hanya
menggunakan bajet yang sederhana sahaja serta untuk keperluan kursus semata-mata.
Namun kini, saya perlu membuat tugasan ini dengan mempraktikkannya dalam pasaran
yang sebenar.
Memandangkan tugasan membuat Rancangan Perniagaan ini adalah tugasan
berkumpulan, perselisihan pendapat timbul. Contohnya semasa kami berbincang untuk
menentukan rangka yang perlu ada dalam tugasan ini. Walaubagaimanapun ia tidak
menghalang untuk kami menyiapkan tugasan berkumpulan ini.

You might also like