You are on page 1of 1

Kejuruteraan Perhubungan

Kejuruteraan perhubungan atau kejuruteraan telekomunikasi merupakan bidang kejuruteraan


yang menggabungkan bidang kejuruteraan Perhubungan, Elektronik komputer dan teknologi
maklumat.

Ia mula mendapat perhatian apabila permintaan terhadap kecekapan sistem penghantaran


maklumat menjadi semakin penting. Kini, semua urusan yang melibatkan pertukaran maklumat
perlu dilakukan dengan mudah, cepat, murah dan mempunyai tahap keselamatan dan
keboleharapan yang tinggi. Ini dapat dilaksanakan dengan adanya infrastruktur dan tenaga mahir
di dalam bidang telekomunikasi. Oleh itu, ahli sains dan teknologi serta jurutera yang mahir dan
cekap dalam bidang sistem telekomunikasi, elektronik, komputer dan teknologi maklumat amat
diperlukan.

Telekomunikasi pada dasarnya merupakan komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau
dua hala. Ini termasuklah komunikasi menggunakan, radio, televisyen, telefon dan komputer.
Banyak jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem telekomunikasi termasuk suara dan muzik,
gambar dan gambar boleh bergerak, fail komputer dan aplikasi serta data telegraf.
Pusat telekomunikasi moden terlibat dalam masalah penghantaran jumlah maklumat yang
banyak dalam jarak yang jauh tanpa mangalami kerosakan data disebabkan oleh faktor bising
dan gangguan.
Sistem telekomunikasi merupakan semua sistem atau komponen yang terlibat dalam proses
penghantaran maklumat tersebut.

You might also like