You are on page 1of 4

SAJAK Gunung Kinabalu

Semakin kumendekatimu gemilang rasa


aku, kekasih, menyerah tanpa perlawanan.
Wajahmu, Kinabalu selepas fajar, bagai sutera sulaman
dari malam seribu kencana keindahan yang lebur
pada getaran dan resapan menyerap inderaku.

Adunan warna, bentuk dan garis
teruji penyair menyulam kata
samudera rasa dan fikir yang bergolak.
Kau, inspirasi yang turun bagai gadis berjilbab
melafaz ayat-ayat al Qur'an di lembah malam.

Gunung Kinabalu, kubawa kau dalam mimpi
kau jauh tetapi selalu terasa dekat
panggilanmu menghibur lara sang musafir
ketika kurenungmu dari seribu siang
aku melihat kebesaran-Mu.










SAJAK Gunung Kinabalu,
Setiap hari aku memandangmu,
Tiada istilah jemu dari mataku,
Buka pintu kereta memandangmu,
Pergi balik kerja kau di hadapanku,
Merenung ke luar jendela ternampak dirimu,
Kalau ke Tuaran nak beli sayur pun jelas kelihatan dirimu ..

Gunung Kinabalu,
Adakala kau menghilangkan diri,
Di kala mendung berarak mengelilingi puncakmu,
Di kala siang melabuhkan tirainya,
Dirimu hilang seketika..
Keindahanmu,
Ibarat memanggil aku supaya menawanmu,
Mungkin..

Bila ada jodoh akan kita bersatu..








Sayang Kinabalu - Kimin Mudin
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari
jauh
hati saya rindu...

Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik
kinabalu
hati saya rindu....

sumandak sumandak pun ramai
menunggu
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta....

saya sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima
sayang sayang kita pergi tamu jalan
tamparuli
hati saya rindu....

Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik
kinabalu
hati saya rindu....

sumandak sumandak pun ramai
menunggu
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta....

saya sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima
sayang sayang kita pergi tamu jalan
tamparuli
hati saya rindu....

sayang sayang kita pergi tamu jalan
tamparuli
hati saya rindu....









PETIKAN 1:
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di
Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095
meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di
Asia Tenggara.
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang
tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini
merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat
Sabah.
Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut
kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat
bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.
Kesemua puncak tinggi di dunia dilitupi ais tebal pada waktu kuartenar atau zaman
air batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun lalu termasuklah Gunung
Kinabalu yang ketika itu sama paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya.
Ketika waktu itu puncak Kinabalu diliputi ais dan berlaku pergerakan glasier. Kesan
pergerakan glasier boleh dilihat di kawasan Pinausok Gravel iaitu satu tempat yang
terletak antara Kundasang dan Ranau.
Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak
terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang
menetap disekitar wilayahKundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri
mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama,
mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri
merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai
bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-
rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya.
Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan
yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-
roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu
penduduk setempat serta pendaki.

You might also like