You are on page 1of 3

SK MOHD KHIR JOHARI,

JALAN SEKOLAH, KG MELAYU MAJIDEE


81100 JOHOR BAHRU,JOHOR.
TEL/FAX: 07-3334118

Pn Yos Fatimah Bt. Selamat
Guru Besar,
SK Mohd Khir Johari.
11 November 2012

Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB MENGAPA BANGUNAN KELAS TAHUN 1 SANGAT KOTOR

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan perkara di atas berlaku seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 8 November 2012 ( Khamis )
Masa : 5.20 petang 6.20 petang
Tempat : Bangunan Tahun 1

3. Senarai guru yang terlibat dan bertanggungjawab menguruskan Tahun 1.

Kelas Nama guru
1B Pn Raja Liana, En Zahri, Pn Siti Eshah, Pn Faizati
1C Cik Noraziela, Pn Fatimah, En Azmi, Pn Faizati, Ustaz Rahman, Pn
Rohayu
1D Pn Zuraidah, En Rahmat, Pn Siti Eshah
1G Pn Rohayu, Pn Rohaida, Pn Raja Liana, Ustaz Hairul Anuar
1 I Pn Raja Liana, Pn Faizati, Cik Noraziela, Pn Rohaida


4. Sehubungan itu, pihak guru sesi petang amat berbesar hati ingin melaporkan kejadian
tersebut berlaku disebabkan perkara-perkara berikut:

I. Murid sesi petang telah berada di Dewan Terbuka SKMKJ pada waktu pertama
memandangkan semua guru sesi petang terlibat dengan Mesyuarat Pengurusan Guru Akhir
Tahun 2012.

II. Streaming bagi kelas Tahun 1 dan kelas Tahun 2 sesi 2013 dijalankan pada hari tersebut di
dewan terbuka SKMKJ selepas waktu rehat.

III. Semua murid sesi petang berjalan masuk ke kelas masing-masing bermula jam 5.15 petang
dan berada di dalam kelas sehingga waktu balik pada jam 6.20 petang. Pergerakan dan
perjalanan murid ke kelas masing-masing agak perlahan dan terbatas memandangkan hujan
turun dengan amat lebat beserta petir, angin dan cuaca pada petang tersebut juga sangat
tidak memuaskan.

IV. Adalah agak mustahil jika kekotoran tersebut disebabkan oleh murid sesi petang
memandangkan keadaan kelas terlalu kotor dan tidak terurus semasa murid masuk ke dalam
kelas. Ini disebabkan guru sesi pagi (guru Tahun 5) tidak menguruskan kelas masing-masing
dengan sempurna sebelum murid sesi pagi pulang.

V. Arahan daripada pihak pengurusan untuk guru-guru sesi petang mengeluarkan meja yang
rosak di luar kelas memburukkan lagi keadaan kerana tindakan susulan pada guru sesi pagi
pada hari berikutnya tidak diberikan dengan jelas untuk meletakkan meja yang rosak di satu
tempat yang telah ditetapkan.

VI. Disebabkan keadaan cuaca yang buruk, hujan yang lebat, dentuman petir, angin yang bertiup
kencang, lantai kaki lima di luar kelas Tahun 1 yang licin dan longkang yang dipenuhi air
hujan menyebabkan pergerakan guru-guru dan murid agak terbatas, memburukkan lagi
keadaan kerana keadaan kelas Tahun 1 tidak seperti pada hari-hari biasa.

VII. Dengan masa yang kurang 1 jam dari masa waktu balik dan dengan keadaan cuaca yang
tidak mengizinkan untuk guru dan murid-murid sesi petang membuat pembersihan secara
total kerana aspek keselamatan dan kesihatan murid lebih diambil perhatian oleh guru-guru.

VIII. Keadaan kelas tahun 1A agak kelam kabut, bersepah dan siling yang bocor menyebabkan
guru pada masa tersebut perlu menyusun meja untuk murid-murid duduk dan berada selesa
di dalam kelas.

IX. Walaupun keadaan disiplin murid pada masa itu agak terkawal namun murid sesi petang
membuat pembersihan secara sederhana sahaja memandangkan program gotong royong
akan diadakan pada hari berikutnya melibatkan murid-murid sesi pagi.

X. Keadaan berada di luar jangkaan memandangkan gotong royong membersihkan kelas akan
dijalankan pada hari Jumaat (9 November 2012) dan keadaan di dalam kelas tidak terurus
seperti hari-hari biasa dan berlakunya banjir kilat secara tiba-tiba pada malam tersebut
memburukkan lagi keadaan.

Cadangan:

I. Kelas transit (jika ada) digunakan untuk keperluan mangsa banjir sebelum diarahkan masuk
ke kelas-kelas yang lain.

II. Penambahan tong sampah besar di bangunan Tahun 1.

III. Kerjasama di antara guru-guru sesi pagi dan petang dengan mendapat arahan yang sama
dan selaras daripada pihak pengurusan.


5. Kerjasama serta sokongan puan berhubung perkara di atas amat dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian untuk makluman dan tindakan puan selanjutnya.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,



Disediakan oleh, Disemak oleh,


(ZURAIDAH BINTI SABTU) INON BINTI MARKUSIN
(Guru Penolong Kanan Petang)
Sk Mohd Khir Johari, Johor Bahru






















mengundang tuan sebagai Sukacita dimaklumkan Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Renggam
(SKSKR) Kluang akan menganjurkan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan kali pertama pada
ketetapan berikut:

Tarikh : 18 April 2009 ( SABTU )
Masa : 8.00 pagi 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Al-Mawardi SKSKR
Tajuk : Perlaksanaan Kajian Tindakan

3. Sehubungan itu, pihak sekolah amat berbesar hati ingin mengundang tuan sebagai
penceramah pada majlis ini. Ini memandangkan Kursus Kajian Tindakan, belum pernah lagi diadakan
di sekolah ini. Selain itu, ini dapat memberi maklumat yang terperinci dan kefahaman yang lebih
mendalam kepada guru-guru sendiri malah untuk kebaikan murid-murid dan juga sekolah kami.

4. Kerjasama serta sokongan tuan berhubung perkara di atas amat dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,



(EN JUMAAT HJ MAHADI)
Guru Besar,
SK Seri Kampung Renggam



2. Adalah dimaklumkan perkara di atas berlaku senarai guru Tahun 1 pada ketetapan
berikut:

Tarikh : 19 April 2008 ( SABTU )
Masa : 8.00 pagi hingga 11 pagi
Tempat : Bilik Permata Hati SKSKR

You might also like