You are on page 1of 7

mnf/conceptpaper/29.05.

12
1
KERTAS PELAKSANAAN
KEM INTERAKTIF EMAS PROGRAM REMAJA PERDANA RAKAN MUDA 2012
______________________________________________________________________
1.0 TUJUAN
Kertas ini bertujuan untuk mengemukakan konsep serta memandu pelaksanaan
Kem Interaktif Emas Program Remaja Perdana Rakan Muda peringkat Zon bagi
tahun 2012.
Kem Interaktif adalah salah satu platform melahirkan produk kepimpinan muda di
bawah program Rakan Muda dalam kalangan peserta-peserta PRP Tahap Emas.

2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Program Remaja Perdana Rakan Muda adalah merupakan sebuah
program Anugerah yang bertaraf Antarabangsa dan kini disertai oleh 136
buah negara di seluruh dunia.
2.2 Sebagai ahli kepada The Duke of Edinburghs Award Association rantau
Asia Pasifik, adalah menjadi tanggungjawab Badan Berkuasa Anugerah
Kebangsaan (NAA) iaitu pihak Kementerian Belia dan Sukan melalui
Bahagian Pembangunan Rakan Muda, J abatan Belia dan Sukan Negara
bersama-sama dengan J abatan Belia dan Sukan Negeri untuk
melaksanakan program seumpama ini bagi menyediakan peluang untuk
meluaskan jaringan hubungan di kalangan peserta tahap Emas di seluruh
negara.
2.3 Sejak tahun 2002 2011 seramai 61,279 remaja telah menyertai Program
ini dan 34,248 telah berjaya menerima pentauliahan dengan 27,323
penerima tahap Gangsa, 6,856 penerima tahap Perak dan 69 orang
penerima tahap Emas .

2.4 Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat seramai
553 orang peserta yang kini sedang menyertai anugerah pada tahap
mnf/conceptpaper/29.05.12
2
Emas di seluruh negara untuk berkongsi praktis terbaik selain didedahkan
dengan input terkini pelaksanaan program ini khususnya di Tahap Emas.

3.0 RASIONAL

3.1 Penekanan kepada core business Kementerian Belia dan Sukan dalam
melahirkan belia-belia berketrampilan dengan ciri-ciri kepimpinan yang
mantap serta memupuk semangat kesukarelawan adalah di antara sebab
mengapa Kem Interaktif Emas diadakan bertujuan untuk memandu
peserta-peserta menyempurnakan tahap anugerah Emas.

3.2 Proses pembinaan karektor yang konsisten dan bersistematik menepati
piawaian antarabangsa dalam memastikan tahap Emas sebagai platform
terbaik untuk mengenalpasti bakat kepimpinan yang ideal. (talent
scouting)

3.3 Dengan adanya ruang interaktif bagi semua golongan muda yang berada
di tahap anugerah Emas maka proses memupuk bakat kepimpinan muda
dalam kalangan peserta-peserta Program Remaja Perdana dapat dibuat
dengan berterusan dan memenuhi jangkaan keperluan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.

3.4 Pendedahan mengenai perkembangan program ini di persada
antarabangsa dan perkongsian best practice dapat dilakukan secara
terus bagi memangkin semangat berterusan yang berpanjangan di
kalangan peserta.






mnf/conceptpaper/29.05.12
3
4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberikan input terkini serta hala tuju penyertaan Program Remaja
Perdana Rakan Muda.

4.2 Meningkatkan motivasi dan sokongan dari aspek input kebangsaan dan
antarabangsa kepada peserta anugerah tahap Emas.

4.3 Menyediakan ruang kepada peserta tahap Emas serta berkongsi praktis
terbaik dalam pelaksanaan Program Remaja Perdana Rakan Muda.

4.4 Mewujudkan jaringan hubungan yang erat di kalangan peserta tahap
Emas ARP dari seluruh negara.


5.0 KUMPULAN SASAR

5.1 Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada 100 orang peserta tahap Emas
berumur di antara 16 hingga 25 tahun seperti berikut :

i) J ohor : 20 orang
ii) Melaka : 60 orang
iii) Negeri Sembilan : 20 orang

5.2 Kaedah Penyertaan Kem Interaktif Emas adalah seperti berikut :

5.2.1 Peserta-peserta tahap Emas yang berdaftar dengan Badan
Operasi peringkat negeri dan Badan Berkuasa Anugerah Peringkat
Kebangsaan akan dikeluarkan tawaran oleh pihak J abatan Belia
dan Sukan Negeri untuk menyertai Kem ini semasa mereka
mendaftar sebagai peserta tahap Emas.


mnf/conceptpaper/29.05.12
4
5.2.2 Bagi calon-calon yang tidak mendapat Borang Penyertaan Kem
Interaktif Emas maka boleh memohon pendaftaran sebagai peserta
Kem Interaktif pada setiap awal tahun. Borang penyertaan boleh
didapati pada sepanjang tahun di J abatan Belia dan Sukan Negeri
atau Badan Operasi dan tarikh tutup penyertaan adalah pada
setiap 30 Aprill tahun berkenaan.

6.0 KRITERIA PESERTA

6.1 Keutamaan adalah diberikan kepada para peserta tahap Emas yang
belum lagi melaksanakan Projek Penempatan.

6.2 Namun sekiranya peserta yang telah dikenalpasti tidak dapat menyertai
program ini atas sebab-sebab tertentu maka J BS Negeri berkenaan boleh
menggantikan tempat tersebut dengan peserta Emas yang telah berdaftar
dengan Badan Berkuasa Anugerah Kebangsaan yang telah
melaksanakan Projek Penempatan.

6.3 Peserta yang pernah menyertai kem ini ataupun telah menerima
anugerah tahap emas tidak digalakkan untuk menyertai kem ini.


7.0 TARIKH DAN TEMPAT

Program yang bakal berlangsung selama lima (5) hari dan empat (4) malam ini di
antara 16 20 J un 2012 bertempat di Taman Negara Endau-Rompin, J ohor.


8.0 SISTEM OPERASI PELAKSANAAN KEM INTERAKTIF

8.1 Panduan Pelaksanaan Kem adalah berdasarkan kertas pelaksanaan yang
disediakan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, J abatan Belia dan
Sukan Negara.

mnf/conceptpaper/29.05.12
5
8.2 J BS Negeri tuan rumah bertindak sebagai hos pelaksana program
mengikut garis panduan yang telah dibekalkan oleh Bahagian
Pembangunan Rakan Muda, J abatan Belia dan Sukan Negara.

8.3 J BS Negeri mengenalpasti peserta melalui pengkalan data peserta tahap
Emas yang telah berdaftar dengan Bahagian Pembangunan Rakan
Muda, J abatan Belia dan Sukan Negara.

8.4 J BS Negeri tuan rumah menyelaras dengan J BS Negeri lain di bawah zon
yang sama dari segi penyertaan.

8.5 J BS Negeri bekerjasama dengan pemegang Anugerah Emas ARP dan
mentor ARP bagi merancang dan melaksana program.

8.6 J BS Negeri bertindak sebagai urusetia dan menyelaras dari segi surat
jemputan peserta, VIP, hal berkaitan penginapan, makan minum, logistik,
kebenaran penjaga dan keselamatan peserta.

8.7 J BS Negeri yang bertindak sebagai tuan rumah hendaklah menyelaras
dengan negeri-negeri terlibat berkaitan kos pengangkutan peserta ke
tempat program.

8.8 Ahli Pertubuhan Belia Emas Perdana (MAGAA) akan bertindak sebagai
fasilitator bagi kem bersama-sama dengan J BS Negeri dan pihak
Consultant yang dilantik.

9.0 JADUAL PROGRAM

J adual program adalah seperti di Lampiran A.





mnf/conceptpaper/29.05.12
6


10.0 PENGISIAN AKTIVITI DAN SLOT

Pengisian bagi Kem ini adalah seperti berikut :

- Interaksi dan kerjasama para peserta sepanjang menjalani program.
- Slot penyampaian input : Hala Tuju, Gold J ourney, Perkongsian
Praktis Terbaik, Mentoring dan Pertubuhan Belia Emas Perdana
(MAGAA) akan (dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Rakan
Muda).
- Lawatan ke Badan Operasi (BO) yang terpilih. Peserta bakal menjalani
aktiviti bersama BO (dikendalikan oleh Tuan Rumah)
- Pembelajaran mengenai budaya dan adat resam masyarakat Malaysia
bagi memberi pendedahan tentang Projek Penempatan peserta pada
tahap Emas (dikendalikan oleh Tuan Rumah).
- Penerokaan keindahan alam semulajadi melalui aktiviti cinta alam bagi
memberikan input berguna dalam melaksanakan Komponen
Penjelajahan Lasak (dikendalikan oleh Tuan Rumah)
Taklimat keselamatan : diwajibkan
- Aktiviti Khidmat masyarakat bagi memandu peserta melaksanakan
aktiviti komponen khidmat masyarakat (dikendalikan oleh Tuan
Rumah).
- Aktiviti Team Building bagi menggalakkan kerjasama dan bonding
di kalangan peserta (dikendalikan oleh Tuan Rumah).



11.0 IMPLIKASI KEWANGAN






mnf/conceptpaper/29.05.12
7


12.0 FAEDAH KEPADA PEMBANGUNAN BELIA NEGARA

Fokus kepimpinan muda dan elit dapat dipertingkat dan dijayakan oleh golongan
belia remaja melalui alternatif yang disediakan oleh pihak Kementerian Belia dan
Sukan melalui penyertaan mereka dalam Program Remaja Perdana Rakan
Muda.


13.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar para peserta Emas Malaysia mendapat manfaat
yang sepenuhnya melalui program ini. Semoga peserta Emas Malaysia dapat
memperkasakan diri dengan memberi sumbangan kepada negara selepas tamat
penyertaan mereka pada tahap Emas melalui penglibatan yang aktif dalam
pembangunan negara.





Disediakan oleh :
Unit Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
Cawangan Gaya Hidup
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
J abatan Belia dan Sukan Negara
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

You might also like