You are on page 1of 1

(I) PERSEPSI

Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang


dilaksanakan di sekolah. Dalam komponen PBS, terdapat Pentaksiran Sekolah (PS),
Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK) dan
Pentaksiran Psikometrik (Psi).

Pentaksiran Sekolah merupakan komponen utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) kerana pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran murid,
meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah
tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP.

Ia amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam
usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang
berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru
dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for learning)
dan pentaksiran tentang pembelajaran (Assessment of learning) dan merujuk kepada
Standard Prestasi yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan berdasarkan sukatan
masing-masing.

You might also like