You are on page 1of 4

LOSINY A/P R SIVAKUMAR

3 KEMAHIRAN 2
BAND 6 - MENGEMUKAKAN PENDAPAT TENTANG KEBERKESANAN
PERANAN KEMENTERIAN YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM
MENGHADAPI ANCAMAN DALAMAN ATAU LUARAN DENGAN BERNAS.

1) Penyalahgunaan dan penyeludupan najis dadah.

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
-Menyekat kemasukan dadah dari luar negara
-Menghindarkan masalah dadah daripada menular ke negara ini.
-Menguatkuasakan undang-undang melalui perundangan
-Kaedah risikan adalah salah satu kaedah yang berkesan dalam memerangi dadah .
Segala maklumat yang diperolehi sama ada dari dalam mahupun luar negara akan
dijadikan senjata terhadap individu-individu yang terlibat di dalam pengedaran dadah

Kementerian Kesihatan
-Menentukan kualiti, efikasi dan keselamatan penggunaan ubat-ubatan dan lain-lain
keluaran farmaseutikal, keselamatan ubat-ubatan tradisional dan bahan-bahan
kosmetik.
-Menentukan supaya pengimportan, pengeksportan, pengurusan, pergerakan dan
segala penjualan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh bahagian farmaseutikal dapat
dilaksanakan mengikut undang-undang.

Kementerian Penerangan
-Mengubah tanggapan dan sikap masyarakat dengan meletakkan isu dadah sentiasa
di kalangan masyarakat supaya dapat mewujudkan kesedaran tentang bahaya
dadah.
-Membentuk suasana sekitar yang menjadikan dadah dibenci dan dijijik.
-Melibatkan semua golongan masyarakat dalam program pencegahan dan
pengawalan dadah.

2) Kemasukan pendatang tanpa izin

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
-Memantau Kedudukan Pendatang Asing Selepas Tamat Tempoh Visa
-Memperketatkan Kawalan dan Pengawasan di Sepanjang Persisiran Perairan
-Penguatkuasaan kemasukan rakyat asing
-Memastikan hanya pekerja asing yang layak dan sah sahaja berada di negara ini.

Kementerian Luar Negeri
-Menganjurkan rundingan tentang kawalan sempadan.
-Mewujudkan pasukan bertindak bersama bagi menjamin kawalan sempadan yang
lebih efektif
-Melantik ejen-ejen yang sah untuk mengendalikan kemasukan pekerja asing secara
lebih teratur dan terkawal.

Kementerian Pertahanan
-Mengambil berat iaitu dengan memperketatkan kawalan dan pemeriksaan di pintu-
pintu masuk negara dan pengawasan di sepanjang persisiran perairan Negara.
-Mengenal pasti kawasan yang dijadikan sebagai tempat pendaratan dan kemasukan
pendatang asing tanpa izin atau dikenali sebagai PATI.
-Memantapkan usaha risikan pemantauan dan penguatkuasaan dengan kerjasama
Polis Diraja Malaysia, Unit Pencegah Penyeludupan dan Pasukan Gerakan Am.

3) Kegiatan sindiket pemalsuan

Kementerian Pelajaran
-Kempen-kempen pencegahan jenayah dalam kalangan remaja boleh diadakan.
-Memberi pendedahan awal tentang kes-kes jenayah, sudah tentu masalah jenayah
dalam kalangan remaja dapat diatasi. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk
melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kempen

Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat
-Ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anak dan remaja
supaya mereka menganggap ibu bapa merupakan penaung yang paling selamat untuk
mereka berlindung dan tempat terbaik untuk berkongsi masalah.
-Ibu bapa perlu mendidik dan mengatur kehidupan anak-anak mereka.
-Ibu bapa harus memberi penekanan kepada pendidikan agama sejak ubun-ubun
mereka masih lembut agar mereka faham setiap perkara yang dilakukan sama ada
salah atau betul.

Kementerian Pertahanan
-Mewujudkan konsep pekan dan bandar selamat.
-Mewujudkan pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, Rukun Tetangga,
polis di zon-zon panas agar kawasan tersebut dapat dihalang daripada kes-kes
kecurian, rompakan, rogol, dan ragut.
-Memasangan kamera-kamera litar tertutup di kawasan yang berpotensi sebagai
langkah berjaga-jaga.

You might also like