You are on page 1of 1

Karipap Kentang

Dapatkan Pelbagai Jenis Barang Dapur


Di sini Koleksi Barang Dapur

Bahan-bahan (inti) 45 biji

3-4 biji kentang bersaiz besar dipotong dadu
200 g daging cincang / daging dipotong dadu
3 ulas bawang merah dicincang halus
1 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar cili kisar
1 kiub pati daging
5-6 helai daun kari
1 cawan air
Garam dan gula

Bahan-bahan (doh)

300 g tepung gandum
2 sudu minyak masak
2 sudu mentega
Sedikit garam
1 cawan air sejuk

Cara-cara

Untuk inti panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih
sehingga naik bau.
Masukkan daging cincang. Biarkan sehingga hampir masak.
Masukkan serbuk kari, cili kisar, pati daging dan daun kari. Kacau sehingga sekata.
Masukkan air dan kentang.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masak kentang sehingga empuk.
Untuk doh gaul tepung dalam mangkuk bersama-sama minyak masak dan mentega yang
telah dipanaskan dengan sudu.
Kemudian masukkan sedikit garam dan air sejuk. Uli sehingga menjadi doh.
Ambik sedikit doh dan canai/leperkan di atas permukaan yang bertepung.
Ambil doh yang siap dicanai dan masukkan inti.
Kelim di bahagian tepi. Saya guna pengepit karipap je, memang cepat tapi mudah terbuka
masa goreng.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng karipap sehingga keperangan.
Siap untuk dihidangkan.

You might also like