You are on page 1of 24

Kuala Lumpur (Tulisan Jawi: , singkatan: KL)

[5]
atau nama penuhnya Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, ialahibu negara dan bandar terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah
Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km
2
(94 batu), diduduki 1.63 juta orang mengikut
banci tahun 2010.
[4]
Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut
meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang
diduduki 7.2 juta orang
[6]
, dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara
dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.
[7]

Kuala Lumpur merupakan tempat letaknya Parlimen Malaysia, dan juga pernah menjadi lokasi
cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan yang kini bertapak di Putrajaya sejak tahun
1999.
[8]
Namun begitu, terdapat beberapa cawangan kehakiman yang kekal di ibu kota ini. Kediaman
rasmi Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara, juga terletak di Kuala Lumpur. Bandar raya ini juga
merupakan pusat kebudayaan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya selaku ibu negara
dan bandar raya primat.
[9]
Kuala Lumpur ditarafkan sebagai bandaraya dunia alfa, dan juga satu-
satunya bandar raya global di Malaysia, menurut Globalization and World Cities Study Group and
Network (GaWC).
[10]

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah salah satu daripada tiga buah Wilayah Persekutuan
Malaysia, dan juga sebuah enklaf dalam negeri Selangor, di pantai barat tengah Semenanjung
Malaysia.
[11]

Semenjak 1990-an, bandar raya ini menjadi tuan rumah kepada berbilang acara sukan, politik dan
kebudayaan, termasukSukan Komanwel 1998 dan Kejohanan Dunia Formula Satu.
[12]
Selain itu, di
Kuala Lumpur terdirinya menara berkembar tertinggi di dunia, iaitu Menara Berkembar Petronas.
[13]

Kuala Lumpur dihubungkan dengan dunia luar oleh dua buah lapangan terbang, iaitu Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz
Shah yang kini hanya berkhidmat untuk penerbangan dalam negara.
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Sejarah
o 1.1 Pembinaan semula
o 1.2 Perang Dunia Kedua
o 1.3 Peristiwa Mei 13 dan selepasnya
2 Kerajaan
o 2.1 Kerajaan tempatan
o 2.2 Politik negara
3 Geografi
o 3.1 Iklim dan cuaca
4 Ekonomi
o 4.1 Pelancongan
o 4.2 Peruncitan
5 Demografi
o 5.1 Statistik kependudukan
6 Pemandangan bandaraya
o 6.1 Seni bina
o 6.2 Taman
7 Pengangkutan
8 Kebudayaan
o 8.1 Kesenian
o 8.2 Sukan dan rekreasi
o 8.3 Media
9 Pendidikan
10 Bandar raya kembar
11 Galeri
12 Lihat juga
13 Rujukan dan petikan
14 Pautan luar
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Sejarah Kuala Lumpur
Sejarah moden Kuala Lumpur bermula pada 1850-an, ketika ketua Melayu Klang, Raja
Abdullah,
[14]
mengupah buruh Cina untuk membuka lombong timah yang baru dan lebih
besar.
[15]
Mereka tiba di kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di
Ampang.
[15]
Sungai Gombak pernah dikenali sebagai Sungai Lumpur, maka nama asal untuk
bandar ini ialah "Pengkalan Lumpur", lama-kelamaan diberi nama Kuala Lumpur. Tidak lama
kemudian, lombong timah dibuka di Pudu dan Batu.
Lombong-lombong ini berkembang menjadi kawasan perdagangan yang semakin diterima
sebagai bandar sempadan. Banyak sekali kemelut yang dialami Kuala Lumpur yang masih muda
itu, terutamanya Perang Saudara Selangor, di samping diserang wabak penyakit, kejadian
kebakaran dan banjir.
[15]
Sekitar 1870-an, Kapitan Cina Kuala Lumpur, Yap Ah Loy menjadi
pemimpin yang bertanggungjawab memastikan ketahanan diikuti pertumbuhan sistematik bandar
ini. Beliau mula membangunkan Kuala Lumpur dari sebuah tempat kecil yang tidak dikenali
menjadi bandar perlombongan yang giat sekali ekonominya.
[16]
Pada tahun 1880, ibu negeri
Selangor berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur yang jauh lebih strategik.
[17]

Pembinaan semula[sunting | sunting sumber]


Kapitan Yap Ah Loy pengasas dan pemacu kota Kuala Lumpur moden.
[18]

Pada tahun 1881, berlakunya malapetaka kebakaran besar disusuli banjir besar, memusnahkan
struktur kayu atap bangunan-bangunan Kuala Lumpur. Residen British di Selangor, Frank
Swettenham, bertindak dengan mewajibkan semua bangunan dibina daripada batu-bata dan
jubin sahaja.
[17]

Kapitan Yap Ah Loy telah membeli hartanah di sebuah tanah pinggiran kota dan menyarankan
penghasilan batu-bata untuk pembinaan semula kota Kuala Lumpur. Tempat tersebut kini
dikenali Brickfields. Kesannya, bangunan-bangunan atap daun nipah telah digantikan batu-bata.
Kebanyakan bangunan batu-bata baru menyerupai rumah kedai di China Selatan, dengan ciri-ciri
"kaki lima" dan juga hasil kemahiran pertukangan kayu Cina, maka menyerlahkan seni bina
eklektik rumah kedai tersendiri yang biasa terdapat di rantau ini. Pengangkutan ke bandar ini
dipermudahkan lagi dengan landasan keretapi. Selepas itu, Kapitan Yap Ah Loy telah
membelanja wang sejumlah $20,000 untuk membina jalan raya. Jalan-jalan tersebut
merangkumi Jalan Ampang (Ampang Road),Jalan Pudu (Pudoh Road), Jalan Petaling (Petaling
Street) yang kini merupakan arteri utama kota KL. Sekolah pertama Kuala Lumpur juga
diasaskan sekitar masa ini oleh Kapitan Yap Ah Loy. Sebagai Kapitan Cina, kuasa
dikurniakannya setaraf pembesar Melayu, beliau menggubal pelbagai undang-undang dan
peraturan dan menyusun semula struktur penempatan.
Di samping itu, perkilangan tepung ubi dibangunkannya di Jalan Petaling. Sultan Selangor Sultan
Abdul Samad mempunyai kepentingan dalam projek tersebut. Beliau juga telah menegakkan
keamanan dan ketenteraman kota dengan bantuan hanya 6 orang polis. Kapitan telah membina
penjara besar yang mampu memuatkan 60 tahanan pada suatu masa.
[19]
Beliau juga
menggalakkan Orang Melayu berusaha padi di sekitar kota untuk menampung pembangunan
kota. Dengan inilah, asas yang kukuh telah disediakan untuk pembangunan pesat Kuala Lumpur
berikutnya. Berikutan kepesatan pembangunan pada 1890-an, maka wujudnya sebuah Lembaga
Kebersihan (Sanitary Board). Pada tahun 1896, kejayaan Yap Ah Loy membangun kota
menyebabkan Kuala Lumpur dipilih sebagai ibu negara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang
baru. Kuala Lumpur turut dinamakan ibu negara Persekutuan Malaysia yang berdaulat.
[20]

Perang Dunia Kedua[sunting | sunting sumber]


Tentera Jepun membersihkan jalanan Kuala Lumpur ketika Perang Dunia II.
Pelbagai komuniti berlainan keturunan mencari tempat tinggal di merata Kuala Lumpur. Kaum
Cina menetap di sekitar pusat perdagangan Medan Pasar (Market Square) di timur Sungai Klang,
ke arah Pekan Cina (Jalan Petaling). Kaum Melayu, Chettiar India, dan India Muslim pula
menetap di sepanjang Java Street (kini Jalan Tun Perak). Padang yang kini dikenali
sebagai Dataran Merdeka, merupakan pusat pejabat pentadbiran British.
[15]

Ketika Perang Dunia Kedua, Kuala Lumpur ditawan oleh tentera Jepun pada 11 Januari 1942
dan menguasainya bersama seluruh Tanah Melayu sehingga 15 Oktober 1945, apabila panglima
besar Tentera Kawasan Ketujuh Jepun di Singapura dan Tanah Melayu, Seishir Itagaki,
menyerah kalah kepada pentadbir British selepas pengeboman atom Hiroshima dan
Nagasaki.
[21]
Kuala Lumpur meredah zaman peperangan, kejatuhan
nilai getah dan timah dan zaman darurat ketika Tanah Melayu berdepan dengan
pemberontakan komunis.
[17]
Pada tahun 1957, Persekutuan Tanah Melayu merdeka dari
pemerintahan British.
[22]
Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara selepaspembentukan
Malaysia pada 16 September 1963.
Peristiwa Mei 13 dan selepasnya[sunting | sunting sumber]
Tanggal 13 Mei 1969 menyaksikan salah satu rusuhan kaum di Malaysia yang meletus antara
kaum Melayu dan Cina di Kuala Lumpur.
[23]
. Rusuhan ini menyebabkan 196 orang
terkorban,
[23]
lantas menyebabkan pembaharuan besar dalam dasar ekonomi negara untuk
keadilan sosial yang menyeluruh.
Kuala Lumpur mencapai status bandar raya pada tahun 1972,
[24]
menjadikannya petempatan
pertama di Malaysia yang dikurniakan status itu sejak mencapai kemerdekaan. Pada 1 Februari
1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan,
[25]
lalu menyerahkan status ibu
negeri Selangor kepada Shah Alam pada tahun 1978.
[26]

Pada 14 Mei 1990, Kuala Lumpur menyambut 100 tahun kerajaan tempatannya dengan
memperkenalkan lagu dan bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pada tahun 1998, sebuah pergerakan politik yang dikenali sebagai Reformasi bergiat di
bandaraya ini,
[27]
berikutan pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Anwar Ibrahim, di samping mencetuskan berkali-kali perarakan bantahan sehingga tahun 1999,
yang mana para penyokong Anwar menyesakkan jalan-jalan untuk menggesa pembaharuan
dalam pentadbiran kerajaan, antara lainnya.
[27]

Pada 1 Februari 2001, Putrajaya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan juga pusat
kerajaan persekutuan Malaysia.
[28]
Fungsi-fungsi pentadbiran dan kehakiman kerajaan beralih
dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Namun begitu, Kuala Lumpur masih mengekalkan fungsi
perundangan,
[29]
dan juga kekal sebagai kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong.
[30]

Kerajaan[sunting | sunting sumber]
Kerajaan tempatan[sunting | sunting sumber]
Tugas pentadbiran bandar raya dipikul oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sebuah
agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia.
[31]
DBKL bertanggungjawab
terhadap kesihatan dan kebersihan awam, pelupusan dan pengurusan sampah dan bahan
buangan, perancangan bandar, perlindungan alam sekitar dan kawalan pembinaan,
pembangunan sosial dan ekonomi dan penyelenggaraan prasarana bandar secara amnya.
Kuasa eksekutif dipegang oleh Datuk Bandar yang dilantik untuk penggal tiga tahun oleh
Kementerian Wilayah Persekutuan. Sistem perlantikan datuk bandar ini diamalkan sejak pilihan
raya kerajaan setempat digantung pada tahun 1970.
[32]

Semenjak Kuala Lumpur menjadi sebuah Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, bandaraya
ini pernah dipimpin oleh sembilan orang Datuk Bandar.
[33]
Datuk Bandar Kuala Lumpur kini ialah
Datuk Seri Hj.Ahmad Phesal bin Hj.Talib yang dilantik pada tahun 2012.
[34]

Politik negara[sunting | sunting sumber]
Kuala Lumpur ialah tempat terletaknya Parlimen Malaysia yang terdiri daripada Dewan Rakyat
dan Dewan Negara. Bandaraya ini diwakili di Dewan Rakyat oleh sebelas orang Ahli
Parlimen,
[35]
yang diundi untuk penggal lima tahun. Setelah sekian lama cenderung dikuasai
oleh Barisan Nasional, segalanya berubah dengan pilihan raya 8 Mac 2008 yang
menyaksikan parti pembangkang menguasai kerusi-kerusi parlimen untuk Kuala Lumpur,
iaitu Parti Tindakan Demokratik (5 kerusi), Parti Keadilan Rakyat (4 kerusi), dan Parti Islam Se-
Malaysia (1 kerusi); cuma tinggal satu kerusi Dewan Rakyat yang diduduki oleh BN
iaitu Zulhasnan Rafique yang mewakili Setiawangsa.
Geografi[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Geografi Kuala Lumpur
Geografi Kuala Lumpur dicirikan oleh lembah besar yang dikenali sebagai Lembah
Klang yang bersempadan dengan Banjaran Titiwangsa di timur, beberapa banjaran kecil di
utara dan selatan, dan Selat Melaka di barat. Kuala Lumpur memetik namanya
daripada kuala yang menemukan Sungai Klang dan Sungai Gombak di tengah-tengah ibu
kota itu.
[36]

Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah negeri Selangor, pernah tertakluk di bawah
pemerintahan kerajaan negeri Selangor, sehingga dipisahkan pada tahun 1974 untuk
menjadi Wilayah Persekutuan pertama yang ditadbir secara terus oleh Kerajaan
Persekutuan Malaysia. Lokasinya di pantai barat Semenanjung Malaysia yang lebih luas
tanah ratanya berbanding pantai timur, menyumbang kepada pembangunan yang lebih
pesat berbanding bandar-bandar lain di Malaysia.
Pentadbiran bandar raya Kuala Lumpur meliputi kawasan seluas 243.65 km
2
(94.07 batu),
dengan ketinggian tanah purata 21.95 m (72.0 ka).

Kepong
Batu
Wangsa Maju
Segambut
Setiawangsa
Bukit
Bintang
Titiwangsa
Lembah
Pantai
Seputeh
Cheras
Bandar Tun Razak
Iklim dan cuaca[sunting | sunting sumber]
Terlindung oleh Banjaran Titiwangsa di timur dan pulau Sumatera, Indonesia di barat, Kuala
Lumpur beriklim hutan hujan tropika (Pengelasan iklim Kppen Af) yang panas dan cerah
dengan curahan hujan yang lebat sepanjang tahun, terutamanya ketika musim monsun timur
laut dari bulan Oktober hingga Mac. Suhunya agak malar iaitu maksimumnya sekitar 31 and
33 C (88 and 91 F) tetapi tidak pernah melampaui 37 C (99 F), sementara minimumnya
sekitar 22 and 23.5 C (72 and 74 F) dan tidak pernah kurang daripada 19 C (66 F). Kuala
Lumpur lazimnya menerima curahan hujan sebanyak 2,266 mm (89.2 in) setiap tahun; bulan
Jun dan Julai agak kering, namun demikian curahan hujan biasanya melebihi 125 mm (5 in)
sebulan.
Banjir seringkali berlaku di Kuala Lumpur apabila hujan turun dengan lebatnya, khususnya di
pusat bandaraya dan kawasan hilir.
[37]
Adakalanya, Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya
dicemari oleh jerebu akibat kepulan zarah-zarah habuk dari kebakaran hutan di Pulau
Sumatera, menjadikan jerebu sebagai salah satu punca utama pencemaran di bandaraya di
samping pembakaran terbuka, pengeluaran bahan-bahan pencemar dari kenderaan
bermotor dan kerja-kerja pembinaan.
[38]


[sorok]Data iklim untuk Pusat Jabatan Meteorologi Petaling Jaya (Anggaran 5km dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Curahan hujan mm (inci)
207
(8.15)
214
(8.43)
290
(11.42)
326
(12.83)
238.1
(9.374)
148
(5.83)
158
(6.22)
164
(6.46)
217
(8.54)
283.2
(11.15)
350
(13.78)
273
(10.75)
2,868.3
(112.925)
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia - Pusat Jabatan Meteorologi Petaling Jaya 2010
[sorok] Suhu dan kerpasan purata untuk Kuala Lumpur
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tertinggi C (F)
35
(95)
36
(96.8)
37
(98.6)
36
(96.8)
35
(95.0)
36
(96.8)
36
(96.8)
36
(96.8)
35
(95.0)
36
(96.8)
35
(95.0)
34
(93.2)
37
Suhu tinggi purata C (F)
31.9
(89.4)
32.8
(91.0)
33.1
(91.6)
33.0
(91.4)
32.8
(91.6)
32.5
(90.5)
32.1
(89.8)
32.2
(90.0)
31.9
(89.4)
31.8
(89.2)
31.4
(88.5)
31.5
(88.7)
32.3
(90.0)
Suhu rendah purata C (F)
22.1
(71.8)
22.3
(72.1)
22.8
(73.0)
23.4
(74.1)
23.1
(73.6)
22.1
(71.8)
22.7
(72.9)
22.7
(72.9)
22.7
(72.9)
22.9
(73.2)
22.9
(73.2)
22.5
(72.5)
22.7
(72.8)
Rekod terendah C (F)
19
(66.2)
21
(69.8)
20
(68)
21
(69.8)
22
(71.6)
20
(68)
19
(66.2)
19
(66.2)
20
(68)
21
(69.8)
21
(69.8)
19
(66.2)
18
Kerpasan mm (inci)
162
(6.4)
145
(5.7)
218
(8.6)
285
(11.2)
184
(7.2)
127
(5.0)
129
(5.1)
146
(5.7)
192
(7.6)
272
(10.7)
275
(10.8)
230
(9.1)
2,266
(93.1)
Sumber: Agensi Alam Sekitar Singapura.
[39]
{{{accessdate}}}
Ekonomi[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Ekonomi Kuala Lumpur


Medan Pasar.
Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan bandar di sekelilingnya membentuk rantau yang
paling berindustri dan paling pesat pembangunan ekonominya di Malaysia.
[7]
Walaupun
pentadbiran kerajaan persekutuan berpindah ke Putrajaya, namun jentera-jentera
kerajaan tertentu seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat
Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta kebanyakan kedutaan dan misi
diplomatik kekal di Kuala Lumpur.
[40]

Bandaraya ini juga masih merupakan pusat ekonomi dan perniagaan negara, tidak lupa
juga pusat kewangan, insurans, hartanah, media dan kesenian Malaysia. Pembangunan
prasarana di kawasan-kawasan sekeliling seperti Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur di Sepang, pembinaan Koridor Raya Multimedia dan peluasan Pelabuhan
Klangmengukuhkan lagi kepentingan ekonomi bandaraya ini. Bursa Malaysia juga
membentuk salah satu kegiatan ekonomi utama di Kuala Lumpur.
Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Kuala Lumpur dianggarkan bernilai RM73,536
juta pada tahun 2008 dengan purata kadar pertumbuhan tahunan 4.2%.
[41][42]
KDNK per
kapita untuk Kuala Lumpur pada tahun 2008 ialah RM48,556, dengan purata kadar
pertumbuhan tahunan 5.9%.
[41][43]
Jumlah tenaga kerja di Kuala Lumpur dianggarkan
sekitar 838,400 orang.
[44]
Sektor perkhidmatan merangkumi kewangan, insurans,
hartanah, khidmat perniagaan, pemborongan dan peruncitan, restoran dan hotel,
pengangkutan, simpanan dan komunikasi, utiliti, khidmat peribadi dan khidmat kerajaan,
membentuk paling ramai tenaga kerjanya iaitu 83.0% daripada jumlah guna
tenaga.
[44]
17% yang selebihnya berada dalam sektor perkilangan dan pembinaan.
Sektor perkhidmatan terbesar nyata terdapat pada bilangan syarikat perbankan dan
insurans baik tempatan mahupun antarabangsa yang beroperasi di bandaraya ini. Kuala
Lumpur bakal menjadi pusat kewangan Islam sedunia
[45]
kerana semakin banyaknya
institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan kewangan Islam serta kehadiran
institusi kewangan dari Timur Tengah seperti Al-Rajhi Bank
[46]
dan Kuwait Finance
House. Bandaraya ini menempatkan banyak cawangan perniagaan syarikat luar negara
termasuk pejabat serantau atau pusat sokongan untuk pelbagai syarikat multinasional,
terutamanya kewangan dan perakaunan, dan teknologi maklumat. Kebanyakan syarikat
terbesar di dunia beribu pejabat di sini dan setakat Disember 2007, terdapat 14 buah
syarikat dalam senarai Forbes 2000 (kecuali Petronas) yang bertapak di Kuala
Lumpur.
[47]

Kegiatan-kegiatan ekonomi penting yang lain di bandar ini termasuk perkhidmatan
pendidikan dan kesihatan. Banyak sekali institusi-institusi pendidikan utama yang
menawarkan kursus-kursus beraneka bidang dalam lingkungan sempadannya, termasuk
institusi awam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaya, Universiti
Teknologi Malaysia,Universiti Perubatan Antarabangsa dan Fakulti Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia, serta sebilangan besar kolej swasta seperti Universiti Tun Abdul
Razak dan Universiti Tunku Abdul Rahman yang menarik penuntut dari dalam dan luar
negara. Terdapat berbilang-bilang pusat kepakaran perubatan dan hospital awam dan
swasta yang menawarkan perkhidmatan kesihatan am serta rawatan dan pembedahan
pakar untuk kegunaan warga tempatan mahupun pelancong dari luar.
Semakin banyak penekanan diberikan untuk meluaskan skop ekonomi bandaraya
kepada kegiatan perkhidmatan lain seperti penyelidikan dan pembangunan yang
menyokong seluruh ekonomi Malaysia. Kuala Lumpur selama bertahun-tahun lamanya
menjadi tuan rumah kepada pusat-pusat penyelidikan terpenting seperti Institut
Penyelidikan Getah Malaysia, Institut Penyelidikan Hutan Malaysia dan Institut
Penyelidikan Perubatan
[48]
.
Pelancongan[sunting | sunting sumber]


Jalan Petaling.
Sektor pelancongan juga tidak kurang penting peranannya dalam ekonomi Kuala
Lumpur, bukan sahaja menyediakan pekerjaan berpendapatan, malah meluaskan
peluang perniagaan. Oleh itu, didirikan berbilang rantaian hotel di ibu kota ini. Kuala
Lumpur juga berkembang menjadi destinasi beli-belah antarabangsa dengan
beraneka pusat beli-belah yang memasarkan jenama tempatan dan antarabangsa yang
tersohor. Pelancongan persidangan, terutamanya yang melibatkan penganjuran
konvensyen, turut berkembang dewasa ini hingga menjadi komponen penting dalam
industri pelancongan.
Antara destinasi pelancongan utama di Kuala Lumpur termasuk Dataran
Merdeka, Parlimen Malaysia, Istana Budaya, Istana Negara, Menara Kuala
Lumpur, Muzium Negara, Pusat Dagangan Dunia Putra, Tugu Negara, dan tempat-
tempat ibadah seperti Masjid Jamek, Masjid Negaradan Masjid Wilayah Persekutuan.
[49]
;
ditambah pula dengan Aquaria KLCC, Batu Caves, Makam Pahlawan, Pusat Sains
Negara, Jalan Petaling, Pusat Pelawat Royal Selangor, Zoo Negara, tidak lupa juga
acara-acara seperti pusat kebudayaan Melayu, perayaan kebudayaan Cina di Tokong
Thean Hou dan perarakan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman. Segitiga Emas, iaitu
pusat komersil ibu kota, merangkumiMenara Kembar Petronas dan dihidupkan
oleh kelab malam, kedai arak dan pusat hiburan, seperti Beach Club, Espanda, Hakka
Republic Wine Bar & Restaurant, Hard Rock Cafe, Luna Bar, Nuovo, Rum Jungle, Thai
Club, Zouk, dan bermacam-macam lagi yang terletak sepanjang Jalan P. Ramlee, Jalan
Sultan Ismail dan Jalan Ampang.
Beraneka jenis tempat penginapan dan hotel dari yang murah hingga yang berbintang
lima, tumbuh bagai cendawan di merata bandar untuk menampung kemasukan
pelancong secara besar-besaran setiap tahun, apatah lagi banyak sekali hotel
berhampiran kawasan hiburan dan perniagaan Kuala Lumpur.
Peruncitan[sunting | sunting sumber]


Berjaya Times Square, bangunan terbesar yang dibina dalam satu fasa di dunia.
Kuala Lumpur sahaja diduduki oleh 66 pusat beli-belah, menjadikannya pusat peruncitan
dan fesyen Malaysia.
[50]
Sektor beli-belah di Malaysia menyumbangkan RM 7.7 bilion
(USD 2.26 bilion) atau 20.8% daripada sumbangan keseluruhan pelancongan sebanyak
RM 31.9 bilion pada tahun 2006.
[51]

Suria KLCC ialah salah sebuah destinasi beli-belah utama di Malaysia kerana terletak di
bawah Menara Berkembar Petronas. Selain Suria KLCC, Bukit Bintang juga menikmati
tumpuan kedai beli-belah yang tertinggi di Kuala Lumpur. Bukit Bintang yang terlingkung
dalam Segi Tiga Emas Kuala Lumpur, meliputi 3 batang jalan raya, iaitu Jalan Bukit
Bintang, Jalan Imbi and Jalan Sultan Ismail. Bukit Bintang menempatkan pelbagai kedai
kopi, kedai makan alfresco (luaran) dan kompleks beli-belah seperti Berjaya Times
Square, Plaza Bukit Bintang, Lot 10, Plaza Low Yat, Pavilion KL, Starhill
Gallery dan Plaza Sungei Wang.
Di Kuala Lumpur juga terletaknya gedung beli-belah tunggal terbesar di Malaysia,
iaitu Sogo Kuala Lumpur
[52]
(juga dikenali sebagai KL SOGO) yang terletak di Jalan
Tuanku Abdul Rahman.
Di kawasan Bangsar juga wujud beberapa kompleks beli-belah, termasuk Bangsar
Village, Mid Valley Megamall dan The Gardens. KawasanDamansara di barat laut Kuala
Lumpur, biarpun sebenarnya bukan dalam lingkungan ibu kota, diduduki satu-satunya
cawangan Ikea di negara ini, dan sekelompok kecil pusat beli-belah seperti The
Curve, Ikano Power Centre, NiuXehSui di Ara Damansara dan 1 Utama.


Pasar Seni yang terletak berhampiran Kompleks Dayabumi, menawarkan beraneka cenderahati
seni dan kraftangan.
Selain pusat beli-belah, Kuala Lumpur turut menetapkan beberapa kawasan dalam ibu
kota untuk memasarkan barangan keluaran tempatan
seperti tekstil, fabrik dan kraftangan, contohnya: Jalan Petalingyang bercirikan binaan
pra-kemerdekaan yang dipengaruhi tradisi Cina Peranakan dan Eropah
[53][54]
; tidak lupa
juga Pasar Seni, bekas pasar basah utama ibu kota yang kini memasarkan beraneka
hasil seni dan kraftangan, baik antik dan seni lukis mahupun pakaian dan cenderamata.
Sejak tahun 2000, Kementerian Pelancongan Malaysia mengadakan acara jualan mega
tiga kali setahun iaitu sekitar bulan Mac, Mei dan Disember, yang mana semua pusat
beli-belah di negara digalakkan membantu menaikkan nama Kuala Lumpur sebagai
destinasi beli-belah utama.
[55]

Demografi[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Demografi Malaysia
Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan ialah bahasa utama Kuala Lumpur.
Bahasa-bahasa lain yang dituturkan di bandar ini termasuk loghat-
loghat Kantonis, Mandarin danTamil. Bahasa Inggeris juga berperanan besar
sebagai perantara perniagaan dan mata pelajaran wajib di sekolah.
[56]



Taman KLCC.
Kuala Lumpur menikmati campuran beraneka budaya
termasuk Melayu, Cina, India, Serani, dan juga suku-suku Kadazan,Iban dan
pribumi lain dari Malaysia Timur dan Barat.
[56][44]

Kepesatan pembangunan Kuala Lumpur turut menarik ramai buruh asing
dari Indonesia, Nepal, Burma, Thailand,Bangladesh, Pakistan, India, Sri Lanka,
dan Vietnam ke Malaysia.
[57][58]

Pada akhir abad ke-18, ketika Eropah mengalami Revolusi Perindustrian, ramai
pekerja Cina dari wilayah Fujian danGuangdong diangkut ke Tanah Melayu untuk
mengusahakan industri perlombongan timah yang bertumbuh pesat.
[59]
Kaum Cina
di Kuala Lumpur bertutur dalam pelbagai loghat, tetapi kebanyakannya
berketurunan suku Kantonis
[60]
dan Hakka.
[61]

Kaum India membentuk 10% daripada jumlah penduduk Kuala Lumpur (setakat
tahun 2000), Kebanyakan mereka beragama Hindu dan bertutur dalam bahasa
Tamil dan berbagai-bagai bahasa India yang lain seperti bahasa
Hindi,Malayalam, Punjabi, Telugu dan Pashtu. Dalam sejarah, ramai orang India
dibawa masuk ke sini ketika zaman penjajahan British di Tanah Melayu.
[59]

Agama Islam diamalkan terutamanya oleh kaum Melayu dan komuniti India Muslim.
Agama-agama lain yang diamalkan di Kuala Lumpur ialah agama
Hindu (terutamanya di kalangan kaum
India), Buddha, Konfusianisme dan Taoisme(terutamanya di kalangan kaum Cina)
dan Kristian.
[62]
Justeru, nyata sekali di KL terdapat banyak tempat beribadah untuk
para penduduknya yang berbilang agama.
Statistik kependudukan[sunting | sunting sumber]


Jejantas yang menyambungkan Mid Valley Megamall dan The Gardens, menyeberangi
sebatang jalan berhias.
Jumlah penduduk dalam lingkungan sebenar bandaraya Kuala Lumpur pada tahun
2006 dianggarkan berjumlah 1.58 juta,
[63]
dan meningkat menjadi 1.63 juta pada
2010.
[4]
Ketumpatan penduduknya adalah 6,696 inhabitants per square kilometre
(17,340 /sq mi), menjadikannya kawasan pentadbiran paling tumpat penduduknya di
Malaysia. Dengan anggaran jumlah penduduk metropolitan sebanyak 7.2 juta pada
tahun 2007 (termasuk bandar-bandar berhampiran di sempadan Selangor), Kuala
Lumpur boleh dianggap sebagai bandar raya primat.
[63]
Penurunan kadar kelahiran
yang berterusan di Kuala Lumpur telah menyebabkan peratusan kanak-kanak
bawah umur 15 tahun menjunam dari 33% pada tahun 1980 ke 27% pada tahun
2000.
[44]
Sebaliknya, golongan usia bekerja 1559 tahun pula meningkat dari 63%
(1980) kepada 67% (2000).
[44]
Golongan warga emas pula, iaitu berusia 60 tahun ke
atas juga naik dari 4% (1980) kepada 6% (2000).
[44]

Berdasarkan kajian banci Jabatan Statistik, peratusan penduduk Bumiputera di
Kuala Lumpur sahaja adalah 38% pada tahun 2000 (banci seterusnya pada tahun
2010) manakala penduduk Cina dan India masing-masing merangkumi 43% dan
10%.
[44]
Juga kelihatan adalah fenomena peningkatan kehadiran penduduk warga
asing di Kuala Lumpur, yang kini meliputi 9% penduduk bandar.
[44]

Jenayah Kuala Lumpur menjadi kebimbangan para penduduk baru-baru ini. Antara
kegiatan jenayah yang semakin meningkat kadarnya termasuk meragut, ketagihan
dadah, perjudian dan maksiat.
[64]

Pemandangan bandaraya[sunting | sunting sumber]


Latar langit Kuala Lumpur pada waktu malam.


Gambar panorama yang ditangkap dari pelantar pemandangan Menara Kuala Lumpur.


Pandangan panorama dari pusat bandar Kuala Lumpur, gambar diambil dari hotel di kawasan
Changkat Bukit Bintang.
Seni bina[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Seni bina di Kuala Lumpur


Menara Berkembar Petronas pada waktu senja.
Seni bina Kuala Lumpur merupakan paduan pangaruh kolonial lama, tradisi
Asia, ilham Melayu Islam, seni bina moden danpascamoden.
[65]
Sebagai sebuah
bandar yang agak muda berbanding ibu kota lain di Asia Tenggara
seperti Bangkok, Jakarta danManila, kebanyakan binaan kolonial di Kuala
Lumpur dibina sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Binaan-binaan ini
memperlihatkan gaya seni bina Moor, Tudor, Neo-Gothik atau Yunani-
Sepanyol.
[66]
Kebanyakan penggayaannya adalah terubah suai agar
memanfaatkan sumber tempatan dan sesuai dengan iklim tempatan yang
panas dan lembap sepanjang tahun.
Sebelum Perang Dunia Kedua, di sekitar pusat bandar lama terdapat
banyak rumah kedai, kebanyakannya bertingkat dua iaitu kedai di tingkat bawah
dan rumah di tingkat atas. Rumah-rumah kedai ini diilhamkan oleh tradisi Cina
Peranakan dan Eropah.
[53][54]
Walaupun sebilangan daripadanya telah
dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan terbaru, namun
banyak lagi rumah kedai lama yang masih berdiri di sekitar kawasan Medan
Pasar, Jalan Petaling, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Doraisamy, Bukit
Bintang dan Tengkat Tong Shin.
Pencapaian kemerdekaan disusuli pembangunan ekonomi pesat dari 1970-an
hingga 1990-an, di samping Islam sebagai agama rasmi di negara, telah
menyaksikan pembinaan bangunan yang lebih berasa tempatan dan keislaman
di sekitar ibu kota, khususnya seni bina yang diilhamkan oleh perkakas
kebudayaan Melayu seperti songkok dan keris, di samping disepadukan motif
geometri Islam yang melambangkan pembatasan terhadap peniruan alam
melalui lukisan sejajar dengan nilai Islam.
[67]
Contoh-contoh bangunan berseni
bina Islam sedemikian ialah Menara Telekom, Menara Maybank dan Kompleks
Dayabumi.
[68]
Sebilangan bangunan pula dibina agar berupa tempat ibadah
yang lengkap dengan kubah dan menara masjid, seperti Muzium Kesenian
Islam dan Planetarium Negara, biarpun sebenarnya berfungsi sebagai tempat
penghayatan sains dan ilmu alam. Menara Berkembar Petronas yang tingginya
452-meter (1,483 ka) direka bina untuk menyerupai motif-motif yang terdapat
dalam kesenian Islam.
[69]

Pada akhir 1990-an dan awal 2000-an, semakin menjadi-jadi seni bina akhir
moden dan pascamoden. Berikutan pembangunan ekonomi, binaan-binaan
lama seperti Rumah Bok terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan kepada
bangunan baru. Binaan-binaan berangka serba kaca tumbuh bagai cendawan
di merata ibu kota, khususnya Menara Berkembar Petronas dan Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur.
[70]

Taman[sunting | sunting sumber]


Taman KLCC seperti yang dilihat dari Traders Hotel.
Taman Tasik Perdana, sebidang taman berkeluasan 92-hektar (230-ekar)
berhampiran bangunan Parlimen Malaysia, sebuah bekas tempat tinggal
kepada seorang pegawai penjajah British, kini merangkumi sebuah Taman
Rama-Rama, Taman Rusa, Kebun Orkid, Kebun Bunga Raya dan Taman
Burung Kuala Lumpur, iaitu taman burung terbesar di Asia Tenggara.
[71]
Taman-
taman lain dalam ibu kota termasuklah Taman ASEAN, Taman KLCC, Taman
Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Metropolitan di Kepong, Institut Penyelidikan
Hutan Malaysia,
[72]
Taman Tasik Permaisuri, Taman Botani, Taman Ekuestrian
dan Taman Lembah Barat Bukit Kiara(Rimba Kiara)berdekatan Taman Tun Dr.
Ismail, Taman Antarabangsa Bukit Jalil, Tasik Permaisuri, Tasik Bukit Jalil,
Tasik Manjalara, Tasik Metropolitan Batu, Datuk Keramat, Arboretum Bukit
Kiara, Pudu Ulu dan Alam Damai.
[73]

Terdapat tiga hutan simpanan dalam lingkungan ibu kota, iaitu Hutan Simpan
Bukit Nanas di pusat bandaraya, iaitu hutan simpan yang paling lama
diwartakan dalam negara pada keluasan 10.52 ha/26.0
ekarTemplat:Convert/track/disp/s, Hutan Simpan Bukit Sungai Putih
(7.41 ha/18.3 ekarTemplat:Convert/track/disp/s) dan Hutan Simpan Bukit
Sungai Besi (42.11 ha/104.1 ekarTemplat:Convert/track/disp/s). Bukit Nanas di
tengah-tengah pusat bandaraya ini merupakan salah sebuah hutan dara yang
tertua dalam lingkungan bandar raya di dunia.
[74]
Hutan-hutan ini merupakan
tempat tinggal untuk sebilangan spesies fauna termasuk monyet, tupai dan
burung.
Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Stesen keretapi lama Kuala Lumpur siap dibina pada tahun 1910.
Rencana utama: Pengangkutan awam di Kuala Lumpur
Tidak seperti kebanyakan bandar raya utama di Asia, berkenderaan sendiri
merupakan kaedah pengangkutan utama di Kuala Lumpur.
[75]
Sebagai ibu
negara Malaysia, Kuala Lumpur menikmati rangkaian jalan
raya menyeluruh yang menghubungkannya ke destinasi lain
diSemenanjung Malaysia.
[76]
Kuala Lumpur juga dilengkapi jaringan lebuh
raya ekspres bertol, dan pengguna lebuh raya mempunyai pilihan sama
ada membayar tol dengan wang tunai ataupun melalui sistem pembayaran
elektronik prabayar seperti SmartTAG dan Touch 'n Go.
Dari segi pengangkutan udara, Kuala Lumpur dihubungkan melalui dua
lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) yang merupakan lapangan terbang utama serta Lapangan
Terbang Subang yang pernah menjadi lapangan terbang utama Kuala
Lumpur sebelum KLIA dibuka pada tahun 1998.
Pengangkutan awam di Kuala Lumpur terdiri daripada
perkhidmatan bas, teksi dan kereta api. Sistem alihan laju di Kuala Lumpur
terdiri daripada Laluan Ampang, Laluan Kelana Jaya, KL Monorail dan KTM
Komuter, di mana KL Sentral menjadi hab utama pengangkutan rel. Selain
sebagai hab pengangkutan aliran pantas, KL Sentral juga menjadi hab
utama bagi sistem pengangkutan kereta api kendalian KTM
Antarabandar yang berkhidmat dariSingapura di selatan, sampai Hat Yai,
Thailand, di utara.
[77]



Platform stesen LRT KLCC, sebuah stesen Aliran Kelana Jaya (Putra LRT) di Kuala
Lumpur.
Pengendali pengangkutan awam yang terbesar di Kuala Lumpur dan
Lembah Klang ialah RapidKL.
[78]
Semenjak mengambil alih tugas Intrakota
Komposit Sdn Bhd, RapidKL telah menyusun semula seluruh rangkaian
bas di Kuala Lumpur dan kawasan metropolitan Lembah Klang
[79]
demi
mempertingkatkan mutu sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur, kebanyakan teksi berwarna merah dan putih. Syarikat-
syarikat teksi yang besar seperti Syarikat Teksi Oren Innovasi Timur diberi
kelulusan dari kerajaan berwarna selain yang ditetapkan. Kuala Lumpur
merupakan salah satu kota ASEAN di mana kebanyakan teksi mengunakan
bahan bakar kenderaan gas asli (NGV).
Selain pengangkutan darat dan udara, Kuala Lumpur dihubungkan ke
laluan perkapalan antarabangsa melalui Pelabuhan Klang. Pelabuhan
Klang adalah pelabuhan terbesar dan paling sibuk di Malaysia.
[80]

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Budaya di Kuala Lumpur
Kesenian[sunting | sunting sumber]
Kuala Lumpur ialah sebuah pusat kegiatan dan acara kebudayaan di
Malaysia. Antara tempat-tempat kebudayaan terpenting di ibu kota
ialah Muzium Negara yang terletak di Lebuhraya Mahameru,
menyimpan sebuah koleksi artifak dan lukisan yang terkumpul dari
seluruh negara.
[81]

Di Kuala Lumpur juga terbinanya sebuah Muzium Kesenian
Islam berhampiran Masjid Negara di Jalan Lembah Perdana, yang
menempatkan lebih tujuh ribu buah artifak Islam termasuk bahan
pameran yang jarang ditemui di samping sebuah perpustakaan buku-
buku kesenian Islam.
[82]
Koleksi muzium ini tidak terhad kepada hasil
karya kesenian Timur Tengah, bahkan juga menekankan pusaka
kesenian dari Asia, terutama sekali China dan Asia Tenggara. Muzium
ini memperlihatkan kubah yang berhiasan menawan dan ruang
pameran terbuka yang lebar sekali.
Dewan Filharmonik Petronas merupakan tempat acara seni
persembahan terulung di Malaysia yang didiami oleh Orkestra
Filharmonik Malaysia (MPO) yang terdiri daripada ramai pemuzik dari
seluruh pelusuk dunia yang mempersembahkan konsert dan
persembahan kebudayaan tradisional.
[83]



Taman KLCC pada waktu malam.
Balai Seni Lukis Negara terletak di Jalan Temerloh, berhampiran Jalan
Tun Razak, di sebidang tanah seluas 5.67-hektar (14.0-ekar) yang
berjiran dengan Istana Budaya dan Perpustakaan Negara. Seni bina
balai ini menerapkan unsur-unsur seni bina Melayu lama yang
disebatikan dengan seni bina moden kontemporari. Balai Seni Lukis
Negara berfungsi sebagai pusat kecemerlangan dan amanah warisan
seni kebangsaan.
Sebuah lagi pusat seni halus, iaitu Galeri Petronas, terletak dalam
pusat beli-belah Suria KLCC, menempatkan hasil karya seni yang
berubah-ubah mengikut tema semasa. Galeri Tangsi berdekatan
Dataran Merdeka pula menempatkan karya seniman tempatan dan
antarabangsa.
Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac) di Sentul West ialah
salah sebuah pusat seni persembahan tersohor di negara, khususnya
untuk teater, muzik dan tayangan filem. Di samping menjadi pusat
penerbitan seni tempatan, KLPac turut mendukung artis-artis
persembahan bebas tempatan dan serantau.
[84]

Persembahan harian tarian dan muzik tradisional ada terdapat
di Menara Kuala Lumpur. Persembahan ini dijalankan oleh artis-artis
'Menara Kuala Lumpur Performing Art Groups'
Setiap tahun juga, Kuala Lumpur mengadakan pesta
masakan Malaysia International Gourmet Festival
[85]
dan Kuala Lumpur
Fashion Week
[86]
yang menyaksikan hasil fesyen oleh pereka busana
tempatan dan antarabangsa.
Syarikat pengeluar barangan piuter Royal Selangor di Setapak
menempatkan sebuah Pusat Pelawat yang membolehkan rombongan
diadakan di sekitar pameran, galeri dan kilangnya, terutamanya
bengkel latihan pembuatan hasil piuter, "The School of Hard Knocks,"
yang mana pesertanya diajar menghasilkan pinggan piuter sendiri
dengan menggunakan perkakas dan kaedah tradisional.
Sukan dan rekreasi[sunting | sunting sumber]


Stadium Nasional di Bukit Jalil.
Kuala Lumpur juga mempunyai berbilang-bilang taman, kebun dan
ruang terbuka untuk tujuan rekreasi. Jumlah ruang terbuka untuk
kegunaan kemudahan rekreasi dan sukan di ibu kota telah meningkat
sebanyak 169.6% dari 586 hektar (1,450 ekar) pada tahun 1984,
kepada 1,580 hektar (3,900 ekar) pada tahun 2000.
[87]

Kuala Lumpur ialah salah sebuah tuan rumah Kejohanan
Dunia Formula Satu tahunan,
[12]
perlumbaan kereta beroda
terbuka Grand Prix A1
[88]
dan Grand Prix Motosikal
[89]
yang berlumba
di Litar Antarabangsa Sepang berhampiran Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur. Acara Formula Satu banyak
menyumbang kepada bilangan pelancong dan pendapatan
pelancongan di Kuala Lumpur. Walaupun mengalami Krisis Kewangan
Asia yang menyaksikan penurunan kedatangan pelancongan di
bandar-bandar utama yang lain di Asia, namun kedatangan pelancong
ke Kuala Lumpur meningkat sebanyak 64.6% dari 6,210,900 pada
tahun 1997 kepada 10,221,600 pada tahun 2000.
[90]

KL Grand Prix CSI 5*,
[91]
ialah sebuah acara sukan berkuda tahunan
antarabangsa bertaraf lima bintang yang menarik penunggang-
penunggang dan kuda-kuda lumba terhandal di dunia ke Malaysia.
Antara acara-acara sukan tahunan lain yang diadakan di bandar ini
termasuk KL Tower Run,
[92]
KL Tower International BASE Jump
Merdeka Circuit dan Maraton Antarabangsa Kuala Lumpur. Kuala
Lumpur juga merumahkan salah satu peringkat dalam lumba
basikal Tour de Langkawi.
[93]

Pertandingan badminton Super Series Terbuka Malaysia tahunan juga
sering diadakan, tetapi bukan sentiasa, di Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur turut menyediakan pelbagai kemudahan sukan bertaraf
antarabangsa semenjak menganjurkan Sukan Komanwel 1998.
Kebanyakan kemudahannya termasuk stadium utama (dengan balapan
dan padang bola sepak), stadium hoki dan kolam renang terletak
di Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil, sementara sebuah velodrom
dan beberapa lagi kolam renang terletak di Bandar Tun Razak,
berhampiran Taman Tasik Permaisuri. Juga terdapat padang bola
sepak, kompleks sukan setempat, kolam renang dan gelanggang tenis
di sekitar pinggir bandar. Gelanggang badminton dan sepak takraw
biasanya diterapkan dalam dewan orang ramai.
Kuala Lumpur mempunyai sebilangan padang golf dalam lingkungan
sempadannya, termasuk Kuala Lumpur Golf and Country
Club (KLGCC) dan Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia di Bukit
Kiara, dan Berjaya Golf Course di Bukit Jalil. KL juga menyediakan
berbilang-bilang pusat kesihatan swasta besar yang dikendali oleh
rangkaian terkemuka seperti California Fitness, Fitness First, Celebrity
Gym, True Fitness dan hotel lima bintang utama.
Media[sunting | sunting sumber]
Kawasan metropolitan Kuala Lumpur merupakan pangkalan utama
penerbitan akhbar dan tabloid utama di negara seperti Utusan
Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo!,Harakah, Suara
Keadilan (bahasa Malaysia); The Star, New Straits Times, The
Sun, The Malay Mail (bahasa Inggeris); Sin Chew Jit Poh, China
Press, Nanyang Siang Pau (bahasa Cina); Tamil Nesan, Makkal
Osai dan Malaysia Nanban (bahasa Tamil). Kuala Lumpur juga
dijadikan tapak terdirinya pusat penyiaran RTM dan Media
Prima (penyiar TV3, ntv7,8TV dan TV9) yang menyiarkan rancangan
berbabasa Malaysia, Inggeris, Cina Tamil, lain-lain.


Menara TM ialah ibu pejabat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama di
Malaysia.
Kuala Lumpur juga merupakan tempat bertapaknya khidmat televisyen
berbayar utama negara, iaitu Astro yang menyiarkan beraneka saluran
tempatan dan antarabangsa seperti CNN, BBC World, Star
World dan HBO.
[94]
Rangkaian berita berbahasa Arab terkemuka
iaitu Al-Jazeera yang bertapak di Doha, mengendali sebuah saluran
berita berbahasa Inggeris iaitu Al-Jazeera English untuk
menyampaikan maklumat kepada seluruh dunia, dengan salah sebuah
pusat penyiaran beritanya di Kuala Lumpur.
[95]
Saluran muzik Channel
[V] International turut menjadikan Kuala Lumpur sebagai tempat unit
penerbitan dengan melantik syarikat tempatan Double Vision Sdn
Bhd.
[96]
Pada bulan Mac 2008, Time Out, majalah acara antarabangsa,
dilancarkan di Kuala Lumpur selaku bandar sejagat yang ke-24.
Kuala Lumpur turut dipaparkan dalam segala bentuk budaya popular
seperti filem, televisyen, muzik dan buku. Antara filem-filem yang
berlatarkan Kuala Lumpur termasuk Entrapment, dibintangi Sean
Connery dan Catherine Zeta-Jones, dan Children of Men,
(dibintangi Clive Owen) yang memaparkan adegan Menara Berkembar
Petronas terbakar selama beberapa saat.
[97]
Buku-buku yang
berlatarkan Kuala Lumpur termasuk KL 24/7oleh Ida M Rahim, Shireen
Zainudin dan Rizal Zainudin,
[98]
My Life As a Fake oleh Peter Carey,
dan Democracy oleh Joan Didion.
[99]
Kuala Lumpur juga disebut dalam
lagu dendangan tempatan seperti "Keroncong Kuala Lumpur" oleh P.
Ramlee,
[100]
"Kuala Lumpur, Ibu Kota" oleh Saloma, "Chow Kit Road"
oleh Sudirman Arshad, "Senyumlah Kuala Lumpur" oleh Alleycats,
"Streets of Kuala Lumpur" oleh Murkyway, "K.L." oleh Vandal, "Kuala
Lumpur" oleh Poetic Ammo, "Anak Dara" oleh Azmyl Yunor dan "KL"
oleh Too Phat. Kuala Lumpur juga merupakan destinasi yang dilalui
oleh rancangan realiti The Amazing Race Asia dan The Amazing
Race.
[101]
Ibu negara Malaysia ini juga kelihatan dalam permainan
video, termasuk tiga peringkat dalam Hitman 2: Silent Assassin dan
dua peringkat dalam Burnout.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Menurut perangkaan kerajaan, Kuala Lumpur mencapai kadar celik
huruf sebanyak 97.5% pada tahun 2000, iaitu yang tertinggi di
kalangan semua negeri dan wilayah di Malaysia.
[102]

Di Kuala Lumpur sahaja, terdapat 13 insititusi pendidikan tinggi, 79
sekolah menengah, 155 sekolah rendah dan 136 tadika.
[103]

Terdapat beberapa buah institusi terkemuka di ibu kota yang sudah
wujud sejak seabad lebih, seperti SMK Victoria (1893); Methodist Girls'
School (1896); Methodist Boys' School(1897); Convent Bukit
Nanas (1899) dan Institusi St. John (1904).
Di Kuala Lumpur juga bertempatnya Universiti Malaya selaku universiti
tertua di Malaysia semenjak kemerdekaan negara, iaitu pada tahun
1962.
[104]
Antara universiti-universiti lain yang terletak di Kuala Lumpur
termasuk Universiti UCSI, Universiti Perubatan
Antarabangsa, Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Kuala
Lumpur, Universiti Terbuka Wawasan dan kampus cawangan Universiti
Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia terletak di Pangkalan
Tentera Sungai Besi, di bahagian selatan Kuala Lumpur, ditubuhkan
sebagai pusat pengajian ketenteraan dan teknologi pertahanan utama
di negara.
[105]

Bandar raya kembar[sunting | sunting sumber]
Kuala Lumpur telah menjalin hubungan persaudaraan rasmi dan
perkongsian diplomatik dengan beberapa bandaraya di seluruh dunia.
Negara Kota Status perkongsian Petikan
India Chennai Bandar kembar
[106]

India Delhi Bandar saudara
[107]

Iran Isfahan Bandar saudara
[108][109]

Iran Mashhad Bandar saudara
[110]

Jepun Osaka
Bandaraya
perkongsian
perniagaan
[109][111]

Malaysia Bandar Melaka Bandar saudara
[109]

Maghribi Casablanca Bandar saudara
[109]

Turki Ankara Bandar saudara
[109][112]

Galeri[sunting | sunting sumber]


Menara Berkembar Petronas


Menara KL di Bukit Nanas


Muzium Negara


Bangunan Sultan Abdul Samad ketika malam


Pemandangan di Jalan Tuanku Abdul Rahman


Tiang bendera di Dataran Merdeka


Stesen KL Monorel Bukit Nanas
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Pelancongan di Kuala Lumpur
Pengangkutan awam di Kuala Lumpur
Identiti Kuala Lumpur

You might also like