You are on page 1of 5

Tutorial 4 (Minggu 5)

Topik 3 : Bincangkan maksud "media pengajaran". Nyatakan jenis-jenis


media pengajaran yang biasa terdapat di sekolah. Huraikan bagaimana
media pengajaran dapat meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran.
Maksud Media Pengajaran
Berdasarkan Kemp dan Semellie (1994), media pengajaran ialah
bahan-bahan audio visual dan bahan-bahan berkaitan dengannya yang
berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran. Oleh itu, media
pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan
pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang
fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya
terjadinya proses pembelajaran.

Jenis-jenis media pengajaran yang biasa terdapat di sekolah
1. PROJEKTOR OVERHED
Projektor overhed atau OHP merupakan alatan moden yang terawal
didunia. Menurut Abd. Ghafar Md. Din ( 2003 ) ia adalah alat bantu mengajar
yang kini meluas digunakan di sekolah-sekolah. Peranan dan fungsi projektor
overhed hampir menyerupai peranan dan fungsi papan tulis. Bahan pelajaran
atau maklumat yang disediakan ditulis pada kepingan transparensi atau lut
sinar.
OHP merupakan salah satu alat yang sering kali digunakan oleh
guru dalam bilik darjah. Penggunaan yang mudah menjadi faktor utama
alatan ini menjadi kegemaran guru untuk menggunakannya.
Alatannya yang sederhana merupakan satu cabaran bagi guru untuk menarik
minat pelajar dalam melibatkan diri dalam pembelajaran. Hal ini kerana alat
tersebut tidak menarik seperti teknologi lain seperti televisyen, komputer dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, Penggunaan OHP memudahkan guru
dalam mempelbagikan lagi kaedah seperti perbincangan, soal jawab,
syarahan, sokratik dan sebagainya.
Walaupun OHP diketogarikan sebagai teknologi yang lama, tetapi
kesan penggunaan kepada pelajar masih berkesan. Hal ini dapat dibuktikan,
di mana banyak sekolah yang menggunakan OHP dan papan tulis
berbanding media pengajaran yang lain seperti televisyen, video dan lain-lain.
2. PERAKAM KASET
Perakam kaset merupakan alat bantu mengajar yang kerap
digunakan. Guru biasanya menggunakan alat ini sebagai sebahagian
daripada kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran atau
gabungjalin pengajaran topik-topik tertentu. Selain menyampaikan pengajaran
kepada pelajar, ia juga berjaya menarik minat pelajar. Mata pelajaran yang
sering menggunakan alat ini ialah bahasa melayu, agama/moral, muzik,
sejarah, geografi, sains yang terdiri daripada fizik, kimia dan biologi.
Pada hari ini, guru jarang menggunakan media jenis ini, hanya guru
yang mengajar ujian lisan seperti guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
sahaja yang menggunakannya. Sebenarnya media ini juga sangat menarik
jika disesuaikan dengan mata pelajaran yang akan diajar. Sebagai contoh,
guru dalam pendidikan Islam, boleh mengunakan perakam kaset untuk
merakam nasyid atau ayat-ayat al-Quran, tidak kira digunakan sebagai
induksi set atau semasa pengajaran boleh diperdengarkan.

3. TELEVISYEN DAN VIDEO
Televisyen dan video adalah salah satu media pengajaran yang
diketengahkan dalam pendidikan. Penggunaannya juga semakin meluas dan
kian popular kerana ia mudah dikendalikan dan tidak membebankan para
guru. Walau bagaimanapunm pengunaannya hanya terhad dalam bilik
tertentu sahaja iaitu seperti bilik media, tayangan dan sebagainya. Tetapi, ia
masih menjadi pilihan kebanyakan guru kerana pembelajaran melalui media
ini mampu meningkatkan motivasi para pelajar terutama subjek-subjek yang
memerlukan tayang secara live atau secara langsung.
Menurut Schramun ( 1962 ), murid-murid dapat belajar dengan
cekap menerusi televisyen pendidikan. Berdasarkan kenyataan ini, beberapa
program televisyen khususnya kanak-kanak telah berjaya mempengaruhi
gaya pembelajaran mereka seperti menambah pengalaman baru,
perbendaharaan kata, ilmu pengetahuan dan sebagainya.

Selain itu, pengunaan media dalam pembelajaran mampu
mengelakan pelajar merasa bosan ketika belajar. Kadang kala guru perlu
ubah cara pengajaran dengan mempertontonkan pelajar dengan video-video
yang berkaitan untuk dikaitkan dengan mata pelajaran yang hendah diajar.
Sebagaimana contoh dalam pendidikan sejarah, guru boleh menayangkan
filem yang berunsurkan sejarah misalnya, Leftenan Adnan atau Sarjan Hasan.
Melalui filem ini guru boleh menyuruh pelajar berfikir dan meminta mereka
mengaitkan cerita tersebut dengan apa yang dipelajari. Secara tidak langsung
pelajar akan mengulangkaji matapelajaran tersebut. Hal ini berdasarkan
pandangan Wittch dan Schuller ( 1973 ) iaitu televisyen pendidikan telah
banyak mengatasi masalah pengalaman pembelajaran murid.
Pada hari ini, pelbagai program yang berbentuk ilmiah di wujudkan
seperti rancangan berbentuk kehidupan semulajdi iaitu flora dan fauna.
Program-program seperti ini, guru boleh sesuaikan dengan matapelajaran
yang hendak diajar seperti geografi, sains, pendidikan Islam dan sebagainya.
Situasi ini bersesuaian dengan pelajar hari ini yang lebih cenderung kepada
perkara yang berlaku di luar bilik darjah. Sebagai seorang guru, perlu pandai
mengambil peluang ini untuk diaplikasikan dalam subjek mereka dengan
menyuruh pelajar menonton rancangan tersebut supaya mereka lebih
memahami subjek tersebut.

4. KOMPUTER
Terdapat beberapa cara untuk menginteragsikan komputer di dalam
pengajaran dan pembelajaran. Antara penginteraksi tersebut ialah dalam
bidang matematik, sains, penulisan dan sebagainya. Penggunaan komputer
ini boleh dilakukan dengan dua keadaan iaitu guru sahaja yang menggunakan
komputer dengan bantuan projektor overhed dan LCD supaya apa yang ada
apada skrin monitar dapat diperlihatkan kepada semua pelajar ataupun guru
membawa pelajar ke makmal komputer yang sedia menampung pelajar
tersebut.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak membantu
guru dalam melicinkan pengajaran. Di mana guru boleh menggunakan
komputer untuk menyampaikan maklumat dan juga untuk mengajar pelajar
tajuk yang berkaitan. Sandholtz ( 1997 ) menyatakan bahawa penggunaan
komputer dalam bilik darjah telah berjaya meningkatkan mutu pendidikan.
Komputer digunakan oleh guru apabila sesuatu subjek itu
membosankan atau terlalu panjang sehingga tidak cukup waktu. Seperti tajuk
Pendidikan Islam iaitu perkara-perkara yang membatalkan iman. Di mana
bawah tajuk ini terdapat beberapa unit antaranya syirik, kufur, khurafat dan
lain-lain. Jadi sebagai alternatifnya guru menggunakan komputer supaya
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru juga boleh melibatkan pelajar dengan menyuruh mereka
membuat pembentangan di dalam kelas dengan menggunakan komputer.
Secara tidak langsung guru tersebut dapat mengajar mereka menggunakan
powerpoint semasa pembentangan. Selain itu, mereka juga dapat memahami
dengan lebih jelas lagi pelajaran tersebut.

5. E - PEMBELAJARAN
E-Pembelajaran ( Pembelajaran Elektronik ) ataupun kadangkala
disebut juga sebagai Pengajaran Berasaskan Web ( Web-Based Instruction )
adalah merupakan satu perkembangan baru dalam pendidikan hasil daripada
ledakan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ( Ismail Zain,
2002 ). E-pengajaran juga ditakrifkan sebagai modul penyediaan bahan bantu
mengajar secaraelektronik atau yang lebih tepat melalui teknologi maklumat
dan komunikasi ( www.idesa.net.my-berita ).
E-pembelajaran dapat membawa satu senario pembelajaran yang
lebih efisien. Hal ini kerana guru atau pelajar dapat mengakses maklumat
serta memperlajarinya mengikut keperluan matapelajaran yang hendak diajar
atau dipelajari. Di samping menjimatkan masa dan tenaga, ia juga dapat
digunakan secara dalam talian atau di luar talian, mencetak atau menyimpan
serta menggunakan teknik salin dan tampal untuk membina sesuatu bahan.
Penggunaan media ini dapat membantu pelajar dalam menerokai
dengan lebih mendalam berkaitan subjek yang akan mereka pelajari. Seorang
guru dapat menimbulkan minat pelajarnya melalui kaedah yang melibatkan
teknologi yang terkini dan salah satunya adalah dengan menggalakkan
pelajar-pelajar melayari internet untuk mencari maklumat berkaitan mata
pelajaran yang akan diajar. Seperti laman portal pendidikan ( Education Web
Portals ), antara contoh laman portal pendidikan tempatan ialah pendidikan
utusan ( www.tutor.com.my), cikgu net ( www.cikgu.net.my ) dan sebagainya.
Dalam teknologi ini terdapat pelbagai maklumat tidak kira salah
atau betul. Oleh itu guru perlu memilih dan membuat penilaian terlebih
dahulun sebelum mengunakannya dalam bilik darjah. Ini disebabkan tanpa
perancangan yang rapi elemen multimedia itu tidak akan tercapai objektif
pembelajaran.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru boleh
memanfaatkannya dengan menjadikan laman web seperti Yahoo, MSN, Alta
Vista dan sebagainya sebagai bahan rujukan, tambahan maklumat atau
bahan sokongan modul pembelajaran. Melalui laman web tersebut guru boleh
download pelbagai bahan seperti akhbar, majalah, jurnal dan sebagainya.
pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya guru memasukan unsur humor
dalam pengajaran. Guru tidak perlu membuat jenaka sebaliknya cuba
mewujudkan suasana tersebut dengan memuat turun dari internet seperti
bahan kartun untuk disesuaikan dengan pengajaran tersebut.E-pengajaran
banyak membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah, iaitu daripada
bentuk statistik, fakta sehinggalah yang lebih santai iaitu lawak jenaka.

You might also like