You are on page 1of 4

ISL 3 (Minggu 4)

Topik 12: a) Layari internet dan dapatkan dan cirikan Undang-undang siber.
Malaysia telah melangkah masuk ke dunia siber melalui dua pendekatan iaitu
melalui hard-infrastructure dan soft infrastructure. Hard infrastructure bermaksud
membina infrastructure mewujudkan kawasan fizikal untuk pembangunan berkaitan
dengan ICT termasuk membina backbone komunikasi yang berkelajuan tinggi. Soft
infrastructure bermaksud mewujudkan undang-undang yang berkaitan berkaitan dengan
pembangunan ICT itu.
Secara fizikalnya kawasan yang diperuntukkan dikenali sebagai Koridor Raya
Multimedia (MSC). Di sinilah tumpuan pembangunan berkaitan dengan ICT dilakukan.
Sehingga 19 Jun 2009, sebanyak 87 buah syarikat antarabangsa yang mendapat status
International World Class MSC Malaysia Status Companies. Manakala sehingga 24
Mei 2005, sebanyak 67 incubators pula mendapat taraf international world Class MSC
Malaysia Status Companies. Selain itu, sebahagian besar institusi pengajian tinggi
awam dan swasta turut turut tersenarai sebagai institusi yang mempunyai program ICT.
Malaysia telah telah meletakkan pada asas yang kukuh pembangunan ICT
dengan menyediakan undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima undang-
undang telah digubal dan diluluskan, seperti berikut:
a. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
b. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998
c. Akta Tandatangan Digital 1997
d. Akta Jenayah Komupter 1997
e. Akta Teleperubatan 1997
f. Akta Hak Cipta (Pindaan)
Secara kolektifnya, undang-undang ini dikenali sebagai undang-undang siber.



Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta berkenaan undang-
undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan
Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan
perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran
tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan
rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan
yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut.
Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan
Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees),
kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.
Akta ini merupakan undang-undang siber yang terpanjang antara keenam-enam
undang-undang siber yang digubal di Malaysia setakat ini. Selain daripada Akta ini, lima
Akta lain berkaitan adalah Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997,
Akta Teleperubatan 1997, Akta Hakcipta Pindaan 1997 dan Akta Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mempunyai 282 seksyen dan satu jadual.
Akta ini digubal pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Agung pada 23
September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Akta ini membolehkan ditubuh sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan
berkaitan dengan jaringan seperti internet. Ia juga mengambilalih kuasa pelesenan
terhadap spektrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan di
bawah suruhanjaya ini.
Apabila ditubuhkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia diletakkan di
bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Kini ia diletakkan di bawah
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Beberapa pihak pernah
menyarankan supaya komponen komunikasi diletakkan di bawah Kementerian
Penerangan.

Akta Tandatangan Digital 1997
Akta Tandatangan Digital 1997 adalah akta yang dibuat untuk memberi
keyakinan dan menggalakkan orang awam melakukan transaksi elektronik yang selamat
di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Akta ini berkuatkuasa pada 1 Oktober 1998. Di bawah akta ini, tandatangan
digital menyediakan sistem verifikasi untuk mengesahkan identiti penghantar dan mesej
yang dihantar. Untuk membolehkan tandatangan digital diperakui, sijil daripada pihak
berkuasa sijil perlu diperolehi. Sijil tersebut akan dihantar bersama mesej sebagai
pengesahan bahawa mesej adalah benar sepertimana yang dihantar dan diterima.
Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui
online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah untuk
melicinkan dagangan secara elektronik, sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau
e-dagang. Kelulusan undang-undang ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-
undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online.
Akta Jenayah Komputer 1997
Akta Jenayah Komputer 1997 adalah berkaitan dengan kesalahan berkaitan
penyalahgunaan komputer utk tujuan melakukan jenayah. Di bawah akta ini, akses
secara tidak sah atau mengubah apa-apa program atau data yang terdapat di dalam
sesebuah komputer adalah salah dan boleh dikenakan hukuman. Akta ini juga berkesan
kepada apa-apa jenayah yang dilakukan di luar Malaysia walaupun kesalahan tersebut
dilakukan oleh seseorang atau dari sesuatu tempat di luar Malaysia selagi mana
komputer, program atau data tersebut adalah berada di Malaysia atau boleh dicapai,
dihubungkan atau digunakan dengan komputer di Malaysia.
Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah
khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Akta ini
memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.
Akta Teleperubatan 1997
Akta Teleperubatan 1997 ialah satu akta Malaysia bagi pengawal seliaan dan
pengawalan amalan teleperubatan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Akta ini merupakan salah satu daripada enam undang-undang siber yang
digubal di Malaysia setakat ini. Akta ini masih belum berkuatkuasa, dan bergantung
kepada budi bicara Menteri Kesihatan.
Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan
jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia
memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal
perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.
Akta Hak Cipta (Pindaan)
Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta
induk. Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui internet
adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta.

You might also like