You are on page 1of 8

1

1. Pengenalan
Berdasarkan kepada tugasan yang diberikan, saya telah memilih satu petikan akhbar yang
berkaitan dengan guru dan cabaran semasa. Artikel ini saya perolehi daripada akhbar Berita
Harian (BH) yang bertarikh 9 Februari 2014 di ruangan Nasional.
Sebuah artikel yang telah saya peroleh ini menceritakan tentang peri pentingnya
penggunaan akhbar di dalam bilik darjah. Artikel ini diberi tajuk Tepati Keperluan Pendidikan.
Secara umum, artikel ini memberi bayangan bahawa penggunaan akhbar di dalam bilik darjah
masih lagi relevan kepada guru dan juga para pelajar.
Penerbitan artikel ini merupakan hasil penulisan seorang insan yang bernama
Nurhasyima Hasim yang bertitik tolak daripada satu majlis yang telah dilaksanakan di Durian
Tunggal, Melaka iaitu Majlis Pelancaran Bengkel Akhbar Dalam Darjah Berita Harian.
Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Besar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
(UTeM) bagi memberi penerangan serta perincian tentang pentingnya penggunaan akhbar
kepada guru dan pelajar di dalam bilik darjah. Majlis ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh Ketua
Unit Sektor Bahasa Melayu, Jabatan Pendidikan Melaka iaitu Mat Hassan Abdullah.
Turut hadir sama bagi menyerikan majlis tersebut ialah Timbalan Pengarang Kumpulan
BH, Badrulhisham Othman, Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jafar, Pengarang Berita
Pendidikan BH, Ridzuan Yop, Pengarah Pejabat Perancangan dan Komunikasi Korporat UTeM,
Fazidah Ithnin, Pengurus Besar, Yayasan Bank Rakyat, Norashikin Shaharudin dan Naib
Presiden Wilayah 4 (Melaka/Johor) Bank Rakyat, Azman Abd Aziz.
Secara keseluruhannya, majlis tersebut telah berjaya dilaksanakan dan satu Bengkel
Akhbar Dalam Darjah Berita Harian yang turut diberi nama Bengkel ADD 2014 BH telah
berjaya diwujudkan. Semua usaha ini adalah bertujuan untuk memberikan manfaat serta
kebaikan kepada para guru dan pelajar secara menyeluruh.

2

2. Sinopsis Artikel Bahan Bacaan Terpilih
Penggunaan akhbar dalam bilik darjah masih relevan kepada pelajar dan guru. Ini merupakan
satu subtopik yang telah dinyatakan oleh penulis berkaitan dengan tajuk yang beliau nyatakan
iaitu Tepati Keperluan Pendidikan.
Antara motif atau tujuan penulis menyatakan sedemikian ialah penulis ingin menyatakan
bahawa penggunaan akhbar dalam bilik darjah ini mampu meningkatkan usaha untuk menarik
minat pelajar untuk mempertingkatkan daya fikir mereka ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah masing-masing. Secara umumnya, kita sekarang telah berada di abad
ke-21 di mana pada zaman ini teknologi ICT telah berkembang dengan luas. Jika kita berbalik
kepada pentadbiran pendidikan di Negeri Terengganu di mana setiap murid bermula Tahun 5
akan diberikan e-Book sebagai pemudahcara bagi melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran antara guru dan murid. Walaubagaimanapun, penggunaan akhbar seperti Didik
tetap lagi menjadi satu medium yang penting bagi setiap guru untuk melaksanakan pengajaran
mereka kerana input-input yang terdapat di dalam ruangan tersebut sangat memberi manfaat
kepada guru dan juga para pelajar.
Mat Hassan Abdullah (2014) menyatakan bahawa akhbar adalah medium terbaik untuk
mempertingkatkan daya fikir pelajar. Guru boleh menggunakan keratan akhbar tersebut sebagai
bahan rangsangan bagi menarik minat murid dalam melaksanakan pentaksiran formatif di
dalam bilik darjah untuk tujuan PBS. Selain itu, guru juga turut menggunakan akhbar seperti
DIDIK, MINDA dan juga SKOR bagi memberi kemahiran untuk menjawab soalan-soalan bagi
peperiksaan yang penting seperti UPSR dan juga SPM. Bagi calon PT3, guru boleh
menggunakan keratan akhbar tersebut untuk melaksanakan penilaian kepada murid-murid
tersebut secara menyeluruh.
Selain itu, penggunaan akhbar juga memberi manfaat yang besar kepada setiap guru
kerana akhbar juga turut memberi peranan sebagai satu alternatif tambahan kepada bahan
bantu mengajar setiap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi setiap proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru, sudah semestinya guru tersebut
akan menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tajuk pengajarannya.
Justeru, penggunaan akhbar ini boleh disertakan bersama semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung sama ada sebagai bahan utama untuk memberi input terlebih
dahulu atau sebagai latihan penambahbaikkan kepada setiap murid-murid.
3

Tambahan pula, penggunaan akhbar ini diharap dapat memberi lebih manfaat dan
meningkatkan kemahiran guru dalam menggunapakai Berita Harian dan akhbar sisipannya
sebagai bahan bantu mengajar di dalam bilik darjah, seterusnya memupuk minat pelajar untuk
menambah ilmu pengetahuan. Secara tidak langsung, guru dapat memanfaatkan akhbar Berita
Harian ini kepada setiap murid-murid mereka dan memupuk minat mereka untuk lebih minat
belajar dan berusaha dengan lebih gigih untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya. Di
samping itu, guru juga dapat mengasah dan menambah ilmu pengetahuan mereka dari segi
isu-isu semasa serta maklumat-maklumat terbaru berkaitan pendidikan yang akan diluahkan
kepada anak-anak murid secara menyeluruh.
Menurut Mat Hassan Abdullah (2014) juga, kerjasama pelbagai pihak dalam
penganjuran bengkel ADD ini perlu diteruskan lagi bagi menjana bidang pendidikan maju,
terutama dalam melahirkan modal insan kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi. Berbalik
kepada pernyataan diatas, kerjasama para guru harus diberi penekanan utama bagi
memastikan pelaksanaan program Akhbar Dalam Darjah ini berjalan dengan lancar serta dapat
memberi kesan yang sangat bermakna kepada pembinaan modal insan murid-murid dari segi
jasmani, rohani, emosi, intelektual dan sosial.
Justeru, guru merupakan seorang yang mempunyai tanggungjawab serta peranan yang
besar terhadap setiap anak murid beliau kerana dengan inisiatif serta semangat juang yang
terdapat dalam diri guru tersebut dapat menjayakan program ini dengan lebih baik serta dapat
membina modal insan yang kreatif, inovatif, berkemahiran tinggi serta berdaya saing. Sekiranya
seorang guru tersebut mengambil sikap tidak endah, maka sistem ini secara langsung akan
tergendala dan menemui kegagalan. Oleh itu, kewujudan bengkel ini merupakan satu cabaran
besar bagi guru-guru untuk membina anak bangsa yang cemerlang dan gemilang dan para
guru harus berani menyahut cabaran ini.

4

3. Ulasan Kritis
Motif Pelan Pembangunan Pendidikan ialah berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan teras
pendidikan bagi menentukan kejayaaan sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan iaitu
dari aspek akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Tindakan bagi merealisasikan lima
teras berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam teras berkenaan yang boleh
dilaksanakan secara berasingan, malah perlu disepadukan dan digerakkan secara bersama.

3.1. Akses
Setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi
membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian perlu memastikan kadar
akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat
menengah atas (Tingkatan 5) menjelang tahun 2020. Usaha daripada pihak Kementerian
Malaysia mewajibkan semua kanak-kanak bermula daripada prasekolah untuk menuntut ilmu
sehinggalah ke tingkatan 5.
Bagi proses penggunaan akhbar dalam bilik darjah, guru kebiasaannya akan
menggunakan 3 jenis sisipan Unit Pendidikan Berita Harian iaitu DIDIK, MINDA dan SKOR.
Bagi setiap guru, penggunaan akhbar ini sangat membantu mereka untuk memberi latihan dan
juga maklumat-maklumat terbaru kepada anak murid mereka berkenaan apa yang murid-murid
mereka pelajari di sekolah. Walaubagaimanapun, penggunaan akhbar ini tidak terhad ke
sisipan unit Pendidikan sahaja. Guru boleh mempelbagaikan penggunaan akhbar Berita Harian
ini dengan kreatif dan inovatif. Pelbagai bahagian sisipan berita di dalam akhbar Berita Harian
boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini memerlukan kerjasama
daripada pihak guru untuk memanfaatkan sebaik mungkin penggunaan akhbar ini di dalam
kelas dan sebagainya.

3.2. Kualiti
Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapatkan pendidikan cemerlang berdasarkan
keunikan sistem pendidikan di Malaysia dan setanding dengan sistem pendidikan
antarabangsa. Sistem pendidikan di Malaysia menetapkan aspirasi untuk meletakkan Malaysia
dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran
TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang. TIMSS dan PISA menguji tahap
Bacaan, Matematik dan Sains sahaja. Kementerian sentiasa berusaha dengan sebaik mungkin
5

untuk memantapkan lagi institusi pendidikan di Malaysia kerana pihak kerajaan sangat
berhasrat untuk mewujudkan modal insan yang terbentuk dari segi intelek, akhlak, sosial dan
sebagainya.
Berbalik kepada penggunaan akhbar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas, penggunaan akhbar sisipan Unit Pendidikan BH ini sangat memainkan peranan
yang penting. Contohnya, di peringkat sekolah rendah, ramai guru yang mengajar murid-murid
tahun 6 menggunakan akhbar DIDIK sebagai satu medium untuk menguji murid-murid mereka
dan menilai tahap kemampuan murid-murid untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan.
Justeru, hasil daripada penggunaan akhbar ini telah menyebabkan murid-murid ini mendapat
keputusan yang baik dan cemerlang daripada peperiksaan yang diambil iaitu UPSR. Begitu
juga jika dinyatakan berkenaan akhbar MINDA dan SKOR yang digunakan sebagai latihan
kepada pelajar PT3 dan SPM.

3.3. Ekuiti
Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan berkualiti kepada setiap kanak-
kanak tanpa mengira kedudukan geografi, jantina atau latar belakang sosioekonomi.
Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dan luar
bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara jantina sehingga 50% menjelang tahun
2020. Hasrat kerajaan Malaysia untuk mewujudkan konsep kesamarataan dalam bidang
pendidikan antara murid bandar dan luar bandar sememangnya agak sukar untuk dilaksanakan.
Akan tetapi usaha murni ini wajar dilaksanakan dan diusahakan dengan gigih agar semua murid
dapat menuntut ilmu dengan baik dan bersungguh-sungguh.
Penggunaan akhbar sudah semestinya mampu untuk diaplikasikan kepada setiap
sekolah sama ada sekolah tersebut di bandar atau di luar bandar. Hal ini kerana kos
perbelanjaan untuk satu surat khabar tidaklah terlalu mahal iaitu dalam lingkungan RM 1.50
sahaja. Hal ini memungkinkan setiap sekolah untuk mendapat akses secara menyeluruh
terhadap akhbar tersebut. Pihak kerajaan juga mampu untuk melaksanakan usaha murni ini
dengan menyeluruh kepada setiap pelosok sekolah di Negara Malaysia ini seiring hasrat utama
kerajaan iaitu mewujudkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


6

3.4. Uniti
Sekolah berperanan untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan murid. Melalui
interaksi bersama murid lain dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, dan
belajar untuk memahami, menerima serta menghayati perbezaan, suatu perkongsian
pengalaman dan aspirasi dapat dibentuk. Konsep perpaduan yang hendak diwujudkan oleh
pihak kerajaan sememangnya merupakan satu usaha yang patut disanjung tinggi. Maka,
pengetahuan yang berkisar tentang suku kaum dan adat resam kaum tersebut perlulah
diterapkan kepada setiap kanak-kanak semasa mereka berada di peringkat sekolah lagi.
Di dalam akhbar BH, terdapat pelbagai bentuk isu yang terdapat di dalamnya. Sebagai
contoh, beberapa isu berkaitan isu perkauman yang mana terdapat beberapa pihak yang
menghina sesuatu bangsa dan agama tertentu. Guru boleh menggunakan artikel tersebut untuk
mengaitkan isu perkauman tersebut dengan hasrat pihak kerajaan Malaysia untuk mewujudkan
bangsa 1 Malaysia. Murid-murid juga dapat berfikir bahawa perpaduan adalah sumber kekuatan
Negara untuk mencapai satu Negara Malaysia yang harmoni.

3.5. Efisien
Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan
keberhasilan murid masih tidak setanding dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam
sistem. Kerajaan telah berusaha untuk memantapkan lagi bidang pendidikan ini sebagai usaha
untuk mewujudkan pelajar yang cemerlang dari segenap aspek seperti intelek, akhlak dan
sebagainya.
Penggunaan akhbar di dalam bilik darjah telah membuktikan bahawa ramai pelajar telah
berjaya untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang dihadapi. Para
guru sering menggunakan akhbar sebagai langkah untuk memantapkan lagi intelek para pelajar
serta memberi penekanan terhadap aspek-aspek lain yang terlibat.

Oleh itu, penggunaan akhbar di dalam bilik darjah ini sememangnya mendapat
sambutan dan juga kerjasama yang baik daripada para guru di sekolah. Maka, wajarlah
program seperti ini dilaksanakan dan diteruskan supaya dapat mewujudkan moda insan dan
memastikan keberhasilan murid yang setanding dengan kehendak kerajaan Malaysia.

7

4. Penutup
Penggunaan akhbar seperti DIDIK, MINDA dan SKOR sememangnya penting dan sangat
memberi impak kepada keberhasilan murid. Setiap guru harus memberi kerjasama yang baik
dalam mengembleng tenaga untuk memastikan hasrat mewujudkan modal insan ini dapat
dijalankan dengan baik.
Berdasarkan lima aspirasi terhadap sistem pendidikan, penggunaan akhbar dalam bilik
darjah sangat memberi impak yang tinggi. Walaupun terdapat beberapa kelemahan, akan tetapi
kekuatan yang wujud juga memberi kesan yang sangat mendalam kepada beberapa pihak.
Dari aspek kualiti, penggunaan akhbar di dalam bilik darjah dapat membantu murid-
murid untuk lebih proaktif dengan soalan-soalan yang diberikan. Hasil yang diperolehi daripada
penggunaan akhbar ini ialah murid-murid dapat mencapai hasil yang baik di dalam peperiksaan
dengan cemerlang. Dari aspek ekuiti pula, penggunaan akhbar juga dapat diaplikasikan di
setiap sekolah dengan mudah kerana harga akhbar tersebut yang murah dan berpatutan. Hal
ini sudah semestinya memberi kesempatan kepada setiap sekolah untuk menggunakan akhbar
BH ini di dalam kelas untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Dari segi efisien, guru dapat
memastikan keberhasilan murid-murid berada di tahap membanggakan kerana penggunaan
akhbar ini sangat memudahkan urusan guru dan dapat membantu guru untuk membuat latihan
secara berulang-ulang kepada murid-murid.
Oleh itu, penggunaan akhbar di dalam bilik darjah ini sangat baik dan wajar untuk
diaplikasikan oleh setiap guru di setiap sekolah. Hal ini kerana terdapat pelbagai input yang
sangat mendalam yang boleh diluahkan kepada setiap murid-murid.

8

Thinking Maps
Aspirasi
Pendidikan
Malaysia
Akses
Penggunaan DIDIK, MINDA
dan SKOR membantu guru
memberi latihan dan
maklumat terbaru kepada
pelajar
Guru boleh mempelbagaikan
penggunaan akhbar Berita
Harian ini kepada semua
pelajar
Kualiti
Penggunaan DIDIK sebagai
satu medium untuk menguji
pelajar
Hasilnya - pelajar mendapat
keputusan yang baik dan
cemerlang
Ekuiti
Kos perbelanjaan untuk satu
surat khabar dalam lingkungan
RM 1.50 sahaja.
Setiap sekolah dapat
mengakses akhbar BH secara
menyeluruh
Uniti
Isu perkauman - beberapa
pihak yang menghina sesuatu
bangsa dan agama tertentu.
Guru boleh menggunakan
artikel tersebut untuk
mengaitkan isu perkauman
tersebut dengan hasrat pihak
kerajaan Malaysia untuk
mewujudkan bangsa 1
Malaysia.
Efisien
Para guru menggunakan
akhbar untuk memantapkan
pelbagai aspek diri para
pelajar
Ramai pelajar telah berjaya
untuk mendapat keputusan
yang cemerlang di dalam
peperiksaan yang dihadapi.

You might also like