You are on page 1of 1

KERTAS CADANGAN PROJEK

EK01003 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOKURIKULUM SEKOLAH



1. Nama projek: Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Negeri Sabah

Ringkasan projek:
Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti yang dapat memberi
pendedahan kepada murid terutamanya berkaitan dengan dunia sains
dan teknologi. Disamping itu juga, lawatan sambil belajar dapat
melahirkan pelajar yang berminat terhadap sains dan menghargai
sumbangan dunia sains kepada tamadun manusia. Oleh itu, Kelab
Sains dan Matematik S.K Darau, Menggatal mengorak langkah dengan
merancang program Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium Negeri Sabah.

2. Objektif: i. Melahirkan pelajar yang berminat dengan Sains dan
Matematik.
ii. Memberi pendedahan kepada murid tentang kepelbagaian
flora dan fauna di negeri Sabah.
iii. Menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman murid tentang
kehidupan alam sekitar, sains dan teknologi.
iv. Memupuk kesedaran kepada murid tentang kepentingan alam
sekitar, sains dan matematik serta hasil sejarah.

3. Kumpulan sasaran: Ahli Kelab Sains dan Matematik S.K Darau, Menggatal.
(20-30 orang murid)
4. Tempat: Muzium Negeri Sabah
5. Tarikh: 28 Oktober 2014
6. Masa : 8.00 am hingga 12.00 pm

You might also like