You are on page 1of 8

ABSTRAK

Matematik merupakan salah satu subjek teras sama ada di sekolah rendah mahupun di
sekolah menengah. Bagi kebanyakan murid, matematik merupakan satu mata pelajaran
yang sukar dan paling tidak disukai oleh mereka. Mereka menyatakan Matematik
merupakan subjek yang membosankan kerana hanya melibatkan pengiraan dan
nombor. Salah satu tajuk yang sukar dalam mata pelajaran Matematik ialah tajuk
pecahan. Menurut Hart (1980), pecahan merupakan salah satu tajuk yang sukar diajar
dan difahami bagi murid di sekolah. Antara faktor yang berlakunya masalah tersebut
ialah guru kekurangan masa untuk membuat bahan bantu mengajar yang berkaitan
topik pecahan dan sekali gus menyebabkan guru melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) menggunakan kaedah tradisonal. Kesannya, murid kurang
memahami konsep asas pecahan serta suasana pengajaran dan pembelajaran (PdP) di
dalam kelas menjadi bosan dan tidak menarik. Oleh yang demikian, untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru dan murid, perisian Geo-Fraction
yang diadaptasi daripada perisian percuma Geogebra telah digunakan. Melalui perisian
ini, guru-guru dapat mengajar murid-murid konsep asas pecahan dengan jelas dan
mudah difahami murid kerana perisian ini dapat menunjukkan grafik yang menarik dan
menepati kurikilum sekolah. Murid juga dapat mempelajari konsep pecahan melalui
aktiviti hands-on dengan menggunakan perisian ini. Hasilnya, ramai guru-guru
disekolah berpendapat perisian ini sangat membantu mereka memperbaiki amalan
pengajaran mereka serta murid-murid semakin seronok untuk mempelajari topik
pecahan dengan menggunakan perisian ini. Hal ini disebabkan beberapa faktor iaitu
persembahannya sangat menarik, mudah digunakan dan setiap konsep yang diajar
mudah difahami kerana ilustrasi yang ditunjukkan oleh perisian ini sangat jelas dan
ringkas. Disamping itu juga, perisian ini telah berjaya membantu murid-murid
meningkatkan kefahaman mereka terhadap topik pecahan ini. Kejayaan inovasi ini turut
disokong oleh guru-guru pelatih IPG KDA yang baru sahaja selesai melaksanakan
praktikum Fasa II selama dua bulan.



Penyataan masalah:
Terbahagi kepada dua aspek iaitu guru dan murid:
Guru
1. Guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan bahan bantu
mengajar yang sesuai dan menarik.
2. Kaedah pengajaran guru lebih tertumpu kepada kaedah tradisional
Murid
1. Kurang menguasai konsep asas pecahan seperti pecahan setara dan
pecahan termudah.
2. Murid berasa bosan dengan kaedah pengajaran tradisional yang digunakan
oleh guru

Objektif:
1. Membantu guru sekolah rendah menyediakan bahan pengajaran yang mudah
digunakan dan menarik.
2. Meningkatkan kefahaman murid tahap 1 mengenai konsep asas pecahan
Kumpulan Sasaran
Dalam menjalankan projek inovasi ini, kumpulan sasaran kami terbahagi kepada
dua iaitu murid-murid dan guru-guru. Hal ini kerana, murid-murid dapat belajar sendiri
berbantukan modul dalam topik pecahan. Penggunaan aplikasi terkini dan penggunaan
paparan yang menarik dapat menarik minat murid untuk mencuba sendiri aplikasi ini
bagi memantapkan ilmu pengetahuan murid-murid.
Bagi guru-guru pula, kami berharap aplikasi ini mampu memberi satu perubahan
dalam amalan pengajaran guru yang mana menggunakan kaedah tradisional semata-
mata. Penggunaan aplikasi ini diharap mampu membuka minda para guru dalam
mempelbagaikan teknik mengajar mereka supaya murid turut seronok mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Dapatan Kajian:
Dalam melaksanakan kajian ini, kami telah memungut data melalui dua cara iaitu ujian
pra dan ujian pasca serta melalui soal selidik. Ujian pra dan ujian pasca dilaksanakan
bertujuanuntuk melihat penguasaan murid dalam topik pecahan sebelum dan selepas
penggunaan Geo-Fraction. Bagi menilai keberkesanan dan kepuasan para guru pula,
satu soal selidik telah dilaksanakan.

(i) Ujian Pra dan Ujian Pasca
Setelah kami menerangkan penggunaan aplikasi Geo-Fraction, berikut merupakan hasil
dapatan yang diperoleh daripada 6 orang responden dalam ujian pra dan pasca:
Responden
Ujian Pra Ujian Pasca
Perbezaan Markah
+/- (%) Skor (%) Gred Skor (%) Gred
A 40 C 100 A +60
B 40 C 100 A +60
C 40 C 90 A +50
D 20 D 80 A +60
E 0 E 30 D +30
F 0 E 40 C +40
Jadual 1: Jadual markah ujian pra dan ujian pasca


Hasil dapatan kami menunjukkan terdapat peningkatan yang amat ketara
selepas penggunaan aplikasi Geo-Fraction semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Responden A dan Responden B menunjukkan peningkatan sebanyak
60% apabila ujian pra hanya mendapat 40% manakala ujian pasca mendapat 100%.
Responden C pula menunjukkan peningkatan sebanyak 50% apabila berjaya mendapat
markah dari 40% semasa ujian pra kepada 90% semasa ujian pasca. Bagi Responden
D, peningkatan sama dengan Responden A dan Responden B iaitu sebanyak 60%
namun markahnya meningkat dari 20% semasa ujian pra kepada 80% semasa ujian
pasca. Bagi Responden E dan F pula, markah ujian pra adalah 0% yang mana daripada
10 soalan yang diberikan, kesemua jawapan adalah salah. Namun, setelah
menggunakan aplikasi Geo-Fractin, peningkatannya agak baik apabila markah
Responden A dan Responden B meningkat sebanyak 30% dan 40%.

(i) Soal Selidik
Soal selidik ini telah diberikan kepada 20 orang yang dipilih secara rawak selepas kami
menerangkan penggunaan Geo-Fraction. Tujuan soal selidik ini adalah sebagai satu
cara untuk menilai kualiti yang ada serta membolehkan kami membuat
penambahbaikan. Antara responden yang dipilih tergolong dalam kalangan pensyarah,
guru-guru di sekolah serta guru-guru pelatih IPG Kampus Darulaman. Antara aspek
0
20
40
60
80
100
120
A B C D E F
M
a
r
k
a
h

(
%
)

Responden
Perbezaan markah ujian pra dengan ujian pasca
Ujian Pra
Ujian Pasca
yang ditekankan ialah mesra pengguna, interaktif, reka bentuk dan kesesuaian dalam
pengajaran.

Skala Pemarkahan yang digunakan:
Skala Perkara
1 Sangat tidak memuaskan
2 Tidak memuaskan
3 Tidak pasti
4 Memuaskan
5 Sangat memuaskan
Berikut merupakan hasil daripada analisis soal selidik.
Skala Responden
Mesra pengguna Interaktif Reka bentuk Kesesuaian
1 0 0 0 0
2 0 0 0 0
3 0 0 0 0
4 6 2 7 0
5 14 18 13 20

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, analisis menunjukkan maklum balas
yang memberangsangkan yang mana kesemua penilaian menunjukkan pada tahap
memuaskan dan amat memuaskan. Bagi aspek mesra pengguna, seramai 6 orang
responden menyatakan aplikasi Geo-Fraction memuaskan dan selebihnya sangat
memuaskan. Bagi aspek Interaktif pula, 18 responden menyatakan aplikasi ini amat
memuaskan dan hanya 2 sahaja menyatakan memuaskan. Bagi reka bentuk pula,
sebanyak 7 orang menyatakan memuaskan manakala 13 menyatakan sangat
memuaskan. Bagi kesesuaian pula, kesemua menyatakan amat sesuai dilaksanakan.
Hal ini kerana penggunaak aplikasi Geo-Fraction berdasarkan kepada standard
kurikulum terkini.


Kelebihan Projek:
Penggunaan Aplikasi Geo-Fraction ini mempunyai kelebihan tertentu yang
membolehkan penggunaannya diperkembangkan. Antara kelebihannya ialah:
(i) Penggunaan:
Dapat meningkatkan kefahaman murid dalam topik pecahan dengan lebih
mudah dan menyeronokkan.
Membuka dimensi pemikiran baru guru terhadap dunia pendidikan (amalan
guru).
Memberi kesedaran kepada murid bahawa Matematik merupakan subjek yang
menyeronokkan (kepelbagaian dalam menyelesai masalah).

(ii) Aplikasi Geo-Fraction
Aplikasi dibina berdasarkan standard kandungan terkini.
Mempunyai kod khusus yang membolehkan guru memilih dan menggunakan
aplikasi ini dengan mudah.
Mempunyai modul yang menunjukkan cara penggunaan dan cadangan aktiviti
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Reka bentuk yang menarik dan sesuai dengan tahap umur murid-murid.
Mesra pengguna.
Aplikasi yang interaktif dan membolehkan guru mengajar secara berpusatkan
guru atau berpusatkan murid.

Contoh aplikasi Geo-Fraction
KAJIAN MASA HADAPAN
Meluaskan skop sasaran geofraction kepada murid tahap 2 mengikut sukatan
Pelajaran.
Menerapkan unsur muzik dalam perisian geo-fraction.
Menggunakan Geogebra untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi topik
yang lain.
Menghasilkan Aplikasi Geo-fraction yang boleh diakses melalui telefon pintar.

You might also like