You are on page 1of 1

ABSTRAK

Matematik merupakan salah satu subjek teras sama ada di sekolah rendah mahupun di
sekolah menengah. Bagi kebanyakan murid, matematik merupakan satu mata pelajaran
yang sukar dan paling tidak disukai oleh mereka. Mereka menyatakan Matematik
merupakan subjek yang membosankan kerana hanya melibatkan pengiraan dan
nombor. Salah satu tajuk yang sukar dalam mata pelajaran Matematik ialah tajuk
pecahan. Menurut Hart (1980), pecahan merupakan salah satu tajuk yang sukar diajar
dan difahami bagi murid di sekolah. Antara faktor yang berlakunya masalah tersebut
ialah guru kekurangan masa untuk membuat bahan bantu mengajar yang berkaitan
topik pecahan dan sekali gus menyebabkan guru melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) menggunakan kaedah tradisonal. Kesannya, murid kurang
memahami konsep asas pecahan serta suasana pengajaran dan pembelajaran (PdP) di
dalam kelas menjadi bosan dan tidak menarik. Oleh yang demikian, untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru dan murid, perisian Geo-Fraction
yang diadaptasi daripada perisian percuma Geogebra telah digunakan. Melalui perisian
ini, guru-guru dapat mengajar murid-murid konsep asas pecahan dengan jelas dan
mudah difahami murid kerana perisian ini dapat menunjukkan grafik yang menarik dan
menepati kurikilum sekolah. Murid juga dapat mempelajari konsep pecahan melalui
aktiviti hands-on dengan menggunakan perisian ini. Hasilnya, ramai guru-guru
disekolah berpendapat perisian ini sangat membantu mereka memperbaiki amalan
pengajaran mereka serta murid-murid semakin seronok untuk mempelajari topik
pecahan dengan menggunakan perisian ini. Hal ini disebabkan beberapa faktor iaitu
persembahannya sangat menarik, mudah digunakan dan setiap konsep yang diajar
mudah difahami kerana ilustrasi yang ditunjukkan oleh perisian ini sangat jelas dan
ringkas. Disamping itu juga, perisian ini telah berjaya membantu murid-murid
meningkatkan kefahaman mereka terhadap topik pecahan ini. Kejayaan inovasi ini turut
disokong oleh guru-guru pelatih IPG KDA yang baru sahaja selesai melaksanakan
praktikum Fasa II selama dua bulan.

You might also like