You are on page 1of 8

OBESITI DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN FAKTOR-FAKTOR

PENYUMBANG

1




PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014
KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN
QGK 3013
TUGASAN 1
DISEDIAKAN OLEH :


PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI 18
NAMA TUTOR E-LEARNING: EN MOHD IZWAN BIN SHAHRIL
TARIKH SERAH: 5 MEI 2014

NAMA NO. MATRIK NO TEL
MARLIANA BINTI ISMAIL D20102044288 012-5724227
OBESITI DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN FAKTOR-FAKTOR
PENYUMBANG

2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sempena Bulan Kesihatan Sekolah, saya
mengambil kesempatan untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar semua mengenai Gejala
Obesiti dalam kalangan pelajar sekolah dan Faktor-faktor penyumbang kepada gejala
tersebut.
Apakah itu obesiti? Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan
yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan
terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu
dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan
yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat
penghidapnya juga semakin pendek.
Masalah obesiti atau kegemukan di kalangan kanak-kanak semakin serius apabila
dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga
makan di luar terutama pada waktu malam.
Mengikut kajian yang dilakukan, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Prof Dr
Zulkifli Ismail pernah melahirkan rasa kebimbangannya apabila masalah obesiti ini lebih ketara
terutama di kawasan Pantai Barat seperti di Lembah Klang yang sudah menjadi kebiasaan
dengan cara hidup sedemikian. Kanak-kanak yang mengalami obesiti biasanya membesar
sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya
seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung serta barah. walaupun tiada kajian
menyeluruh dilakukan, berdasarkan kepada gaya hidup yang diamalkan masyarakat kini, ia
menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti kanak-kanak.
Mengikut data rasmi Kementerian Kesihatan, kadar obesiti kanak-kanak negara ini adalah
15 peratus, tetapi jumlah itu dipercayai lebih tinggi sekarang terutama di Kuala Lumpur dan
Selangor yang mencecah antara 30 hingga 40 peratus.
Masalah itu perlu diberi perhatian serius kerana berat badan yang berlebihan boleh
membawa risiko kesihatan berpanjangan. Obesiti pada kanak-kanak tidak boleh dipandang
OBESITI DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN FAKTOR-FAKTOR
PENYUMBANG

3

mudah dan apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah kepada gaya hidup yang lebih
selamat, katanya.
Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang
sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja
dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan kita yang gemar menghabiskan masa berada di
hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti
seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti
statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi
membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Untuk itu,
bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang
mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau
mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan
anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi
kuat.
Obesiti di kalangan kanak-kanak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor yang
pertama ialah keturunan atau struktur genetik. Dr. Taminuau menyatakan, hampir 35 peratus
kes obesiti dikesan di kalangan kanak-kanak yang mana ibu bapa mereka mempunyai berat
badan normal. Namun begitu, secara amnya, kanak-kanak mempunyai risiko menjadi obes yang
lebih tinggi jika ibu bapa juga obes.
Obesiti terjadi apabila terdapat kelebihan tenaga yang positif iaitu berlaku pengambilan
makanan lebih dari apa yang diperlukan. Situasi begini wujud apabila kita makan dengan
berlebihan serta tidak melakukan aktiviti fizikal.
Sebenarnya, badan yang gemuk bukan hanya menyimpan lemak, tetapi ia juga
mengandungi otot pejal. Jika kita lebih berat, maka lebih banyaklah otot pejal yang diperlukan
untuk bergerak dan penggunaan tenaga sewaktu rehat juga lebih tinggi berbanding mereka yang
mempunyai berat badan normal. Makan dengan berlebihan menyebabkan kanak-kanak menjadi
obes. Apabila mereka obes, kanak-kanak cenderung untuk terus makan dengan berlebihan kerana
memerlukan lebih tenaga untuk melakukan aktiviti harian.
OBESITI DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN FAKTOR-FAKTOR
PENYUMBANG

4

Hal ini juga berkaitan dengan faktor belajar yang mana kanak-kanak mencontohi tabiat
makan yang kurang sihat seperti makan dengan berlebihan seperti mana yang dilakukan oleh ibu
bapa mereka. Sehubungan itu, ibu bapa mesti menjadi teladan yang baik dan mengamalkan tabiat
makan yang sihat untuk kebaikan anak-anak mereka. Makan dengan berlebihan menyebabkan
kanak-kanak menjadi obes. Apabila mereka obes, kanak-kanak cenderung untuk terus makan
dengan berlebihan kerana mereka memerlukan lebih tenaga untuk bergerak. Jika kita
membiarkan kanak-kanak memupuk tabiat makan dengan berlebihan ia boleh menyebabkan satu
kitaran yang sukar diputuskan. Menurut Dr. Taminuau, ibu bapa mesti terlibat secara aktif di
dalam program pengurangan berat badan anak mereka yang obes. Ini kerana kanak-kanak lebih
mudah mengikuti program pengurangan berat badannya jika ibu bapa turut mengambil bahagian.
Senaman yang banyak mungkin tidak dapat membantu kanak-kanak mengurangkan berat badan
dengan dramatik.
Namun demikian, adalah mustahak bagi kanak-kanak mengikut pelan aktiviti fizikal yang
bersesuaian kerana tahap lemak badan berkait secara langsung dengannya. Diet kanak-kanak
seharusnya mengandungi komposisi mineral, protein, vitamin dan karbohidrat. Dua perkara
utama yang perlu ditekankan ialah apa yang hendak dimakan dan berapakah kuantiti yang sesuai.
Pengambilan makanan kanak-kanak setiap hari terdiri dari waktu sarapan, makan tengahari,
minum petang dan makan malam. Sarapan pagi seharusnya berat dan berzat, contohnya 2 biji
telur, cereal, susu, kekacang dan jus buah-buahan. Mengikut kajian, kanak-kanak yang tidak
bersarapan kurang fokus ketika belajar dan pencapaian akademik mereka agak rendah
berbanding dengan kanak-kanak yang bersarapan.Makan tengahari pula adalah makanan
berkhasiat yang mengandungi kurang karbohidrat, lebih fiber dan protein.


Makan tengahari yang berkhasiat akan memberikan tenaga segera yang membolehkan
kanak-kanak kekal aktif sepanjang hari, pada masa yang sama ia sepatutnya kurang kalori.
Minuman petang pula adalah makanan yang lebih ringan dan sihat seperti buahan, susu dan
kekacang. Untuk makan malam, hidangkan makanan yang agak berat tetapi kurang kalori.
Sayuran hijau, daging ayam, telur dan ikan adalah makanan yang menyihatkan. Hidangkan
bersama nasi tetapi dalam kuantiti yang perlu dihadkan.
OBESITI DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN FAKTOR-FAKTOR
PENYUMBANG

5


Faktor yang ke dua ialah cara hidup masyarakat masa kini. Hal ini merupakan faktor
penyebab berlakunya peningkatan obesiti di kalangan masyarakat kita. Dua faktor utama ialah
pengambilan diet yang tidak sihat dan kurang bersenam. Makanan yang tidak sihat seperti burger
dan pizza bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan, tetapi juga mempunyai kalori yang tinggi.
Untuk kekal sihat dan cergas kita perlu memilih diet yang lebih sihat seperti mengambil banyak
sayuran hijau dan buah-buahan.
Kanak-kanak hari ini lebih banyak menghabiskan masa senggang dengan menonton TV
dan bermain dengan gadget-gadget elektronik seperti permainan video. Kanak-kanak hari ini
banyak terdedah dengan makanan berlemak, minuman berkarbonat dan makanan lain yang tinggi
kolesterol. Seeloknya pastikan anda menghabiskan sekurangkan-kurangnya satu atau dua jam
masa bermain yang melibatkan pergerakan fizikal seperti berbasikal, berlari, berenang dan
sebagainya.

Faktor ke tiga ialah ada di antara ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak sehingga
gagal mengawal pemakanan mereka. Pengambilan makanan yang berlebihan serta tidak sesuai
menyebabkan anak-anak mengalami obesiti. Meskipun masalah tersebut adalah biasa di
kalangan kanak-kanak, namun ia sukar dirawat.
Walaupun banyak usaha boleh dilakukan, ramai kanak-kanak obes akan terus
mengalami kelebihan berat badan sepanjang hayat mereka. Situasi ini boleh menyebabkan
kenaikan dalam kes sakit jantung, diabetes dan juga sesetengah jenis barah di dalam beberapa
dekad yang akan datang.
Setiausaha Persatuan Pediatrik Gastroentorologi dan Pemakanan Eropah, Dr. Johannes
Taminuau berkata, ibu bapa harus memainkan peranan untuk menghalang anak-anak mendapat
obesiti sejak dari awal. Ini kerana kajian menunjukkan bahawa ramai kanak-kanak yang obes
akan terus mengalami kelebihan berat badan sepanjang hayat mereka.
Merujuk kepada kajian terbaru, semakin awal kanak-kanak menjadi obes, semakin obeslah
mereka di kemudian hari.
OBESITI DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN FAKTOR-FAKTOR
PENYUMBANG

6

Dengan ini, risiko mereka mengidap penyakit kronik juga meningkat, katanya.

Sebagai langkah pecegahan obesiti, semua pelajar perlulah bersenam dan melakukan
pergerakan fizikal yang aktif. Bersenam bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan, tetapi
juga membantu mencergaskan badan. Pastikan anak-anak mempunyai masa bermain sekurang-
kurangnya satu atau dua jam sehari. Libatkanlah diri dalam sukan seperti berenang, bermain bola
sepak, bermain tenis atau badminton atau sekurang-kurangnya berbasikal. Bersenam setiap hari
akan meningkatkan stamina, membina semangat dan daya juang dan juga mencegah kenaikan
berat badan.

Elakkan mengambil minuman berkarbonat, sebaliknya minum jus buah yang segar
ataupun susu. Galakkan kanak-kanak makan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja
Jangan menggalakkan kanak mengamalkan diet; makan makanan yang berkhasiat berserta
bersenam adalah cara yang lebih selamat untuk mengurangkan berat badan
Galakkan diri sendiri bergerak cergas sepanjang hari dan elakkan aktiviti bermalasan dengan
menonton TV dan bermain permainan video. Perkenalkan istilah makanan baik (makanan
berkhasiat) dan makanan jahat (makanan yang tidak sihat) seperti gula-gula, air berkarbonat,
burger, pelbagai makanan segera dan junk food.

Pastikan anak-anak mengambil sarapan setiap pagi. Kanak-kanak yang tidak bersarapan ibarat
meneruskan puasa sepanjang malam dan tidak mendapat zat makanan diperlukan untuk memulakan
aktiviti harian.

Jangan makan terlalu banyak waktu malam. Ini kerana kita sering berehat bersama
keluarga selepas itu dan tidak melakukan aktiviti lasak menyebabkan badan tidak berpeluang
menggunakan kalori yang dihasilkan daripada pencernaan makanan itu. Pastikan makanan
seimbang daripada pelbagai jenis dan sumber. Penjagaan pemakanan tidak bermaksud
mengehadkan pemakanan kanak-kanak. Makanan berkhasiat diperlukan untuk meningkatkan
keupayaan fizikal dan mental mereka untuk belajar (seperti membina kemahiran bertutur dan
OBESITI DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN FAKTOR-FAKTOR
PENYUMBANG

7

menguatkan daya ingatan).

Pemakanan hendaklah yang berkhasiat, berkualiti dalam komposisi betul dan jumlah
memadai. Matlamat rawatan obesiti ialah untuk mencapai kestabilan berat badan dan kandungan
lemak badan yang normal, kualiti hidup baik dari segi psikologi dan kesihatan fizikal tanpa
kesan sampingan rawatan. Usaha lebih perlu ditumpukan kepada pembentukan program rawatan
untuk kanak-kanak dan remaja yang menghadapi masalah kelebihan berat badan dan obesiti.
















OBESITI DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN FAKTOR-FAKTOR
PENYUMBANG

8


RUJUKAN

Ana M Oliveira et al. Influence Of The Family Nucleus On Obesity In Children From
Northeastern Brazil: A Cross-Sectional Study BMC (2007) Public Health, 7:235

Atsuko Satoh et al. Diets Of Obese And Non-Obese Children Vol.3, No.8, 487-489 (2011)

Lee PY et al. Childhood Obesity, Self-Esteem and Health-Related Quality of Life among Urban
Primary Schools Children in Kuching, Sarawak, Malaysia Mal J Nutr 18 (2) :207 2219, 2012

Sumarni Mohd. Ghazali et al. (2006). Obesity Among School Children In Kuala Selangor: A
Crosssectional Study Tropical Biomedicine 23(2): 148154

Takako Shirasawa et al. Parental Perceptions And Childhood Overweight/ Obesity:A
Population-Based Study Among School Children In Japan Vol.4, No.8, 506-513 (2012)

You might also like