You are on page 1of 34

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN i
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK
ABSTRACT

iii
iv
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
1.1 Penyataan Masalah
1.2 Soalan Kajian
1.3 Objektif Kajian
1.4 Kepentingan Kajian
1.5 Batasan Kajian
1.6 Rumusan / Kesimpulan


BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pendahuluan
2.1 Teori teori yang berkaitan
2.2 Kajian kajian lepas dalam dan Luar Negara
2.3 Rumusan


BAB 3 METADOLOGI PENYELIDIKAN
3.0 Pendahuluan
3.1 Rekabentuk Kajian
3.2 Sampel Kajian
3.3 Instrumen Kajian
3.4 Lampiran Instrumen Kajian
3.5 Prosedur Pengumpulan Data
3.6 Analisis Data
3.7 Rumusan / Kesimpulan


4.0 RUJUKAN


PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan kurniaan dan rahmat dariNya, akhirnya saya berjaya menyiapkan kajian ini.
Dengan hati yang tulus ikhlas, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih
kepada tutor, SABRIE @ SARIE BIN HUSSIN atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang
diberi sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini.

Kerjasama yang baik daripada rakan-rakan guru Sekolah Kebangsaan Kimanis,
Papar, amatlah dihargai. Tidak ketinggalan penghargaan buat semua rakan guru yang
bersama-sama mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Terbuka Kota
Kinabalu yang telah banyak memberikan bantuan dan pendapat sepanjang proses menyiapkan
kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada kedua ibubapa, adik beradik dan sahabat handai
atas kerjasama serta sokongan padu yang diberikan. Akhir kata, sekalung terima kasih buat
semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu
menjayakan kajian tindakan ini.










ABSTRAK


Subjek Sains merupakan subjek yang menuntut ketekunan murid untuk
menghafal banyak fakta, istilah, nama-nama saintifik, melabel dan sebagainya. Satu kaedah
yang sesuai dan menepati citarasa murid masa kini perlu dicari agar aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang dikendalikan oleh guru Sains akan mencapai kepuasan dan
memberi kesan yang maksimum. Menyedari akan hakikat bahawa kanak-kanak amat
menggemari muzik dan nyanyian, maka pengkaji telah menjadikannya sebagai satu
kaedah dalam menjalankan aktiviti P&P Sains. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk
menentukan keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan ingatan murid Tahun 5 bagi
tajuk Kitaran Air. Reka bentuk kajian adalah secara kualitatif dan kuantitatif. Seramai 21
orang murid Tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan Kimanis telah dipilih sebagai responden
kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca, pemerhatian serta soal
selidik. Berdasarkan analisis borang pemerhatian dan soal selidik, penggunaan kaedah nyanyian
dalam P&P Sains berupaya meningkatkan minat murid untuk belajar serta dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Keputusan kajian ini
membuktikan bahawa penggunaan kaedah nyanyian berjaya membantu murid mengingat
proses Kitaran Air.

Kata kunci: Keberkesanan, Kaedah, Nyanyian, Meningkatkan, Ingatan.











ABSTRACT


Science is the subject which demanded pupils diligence to memorize lot of facts,
terms, scientific names, labeling and so on. Due to this, a method that is suitable and fulfill
pupils interest needs to be applied so that teaching and learning (T&L) process that
conducted by Science teacher will going to reach satisfaction and giving maximum effect.
Realizing the fact that children really like music and song, researcher have choose singing
method to be carry out in the Science T&L process. The aim for this research is to determine
the effectiveness of singing method to enhance Year 5 pupils memorization for the topic
Water Cycle. The research design that been used is qualitative and quantitative method.
Respondents of this research involved 21 pupils of Year 5 from Sekolah Kebangsaan
Kimanis Papar. Pre-test and post-test, observation and questionnaire have been used as the
instruments for this research. Data from the observation and questionnaire showed that the
using of singing method in Science T&L process is able to increase pupil interest and can
provide enjoyable and entertaining learning environment. This research proves that singing
method is really works to help pupils in memorizing Water Cycle process.

Key words: Effectiveness, Singing, Method, Enhance, Memorization.














BAB 1 PENGENALAN

1.0 PENDAHULUAN

Bahagian ini mengupas tentang refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu serta
refleksi sorotan literatur yang merangkumi literatur dan kajian yang berkaitan dengan
tajuk kajian.

1.1 PERNYATAAN MASALAH

Pengkaji diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Sains bagi Tahun 5 sebanyak
empat masa seminggu. Hasil dapatan pengkaji selama mengajar kelas tersebut, pengkaji
mendapati bahawa murid kelas ini terdiri daripada murid yang lemah dalam pelajaran serta
bersifat agak pasif ketika proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pencapaian mereka
dalam ujian bagi subjek Sains juga sangat lemah. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga
murid yang masih tidak boleh menulis dan membaca dengan lancar. Guru Sains kelas ini
mencadangkan saya agar banyak menggunakan kaedah pemusatan guru seperti teknik
bercerita daripada menggunakan kaedah pemusatan murid.

Pada pembelajaran yang lepas, pengkaji mengajar tajuk Kemandirian Spesis
Tumbuhan. Objektif P&P pada hari tersebut adalah untuk mengenalpasti empat agen
pencaran bagi tumbuhan beserta contoh-contoh tumbuhan. Sesi P&P pada hari tersebut
berjalan dengan lancar. Murid kelihatan bersemangat untuk mendalami tajuk baru ini yang
dikira sangat menarik untuk diterokai. Semasa pengkaji memberikan penerangan, hanya
sebahagian murid sahaja yang kelihatan berminat untuk mendengar. Begitu juga dengan
tumpuan, hanya sebahagian sahaja yang benar-benar memberi tumpuan terhadap apa yang
pengkaji sampaikan. Namun, semasa menjawab lembaran kerja yang diedarkan, sebahagian
besar murid didapati menghadapi kesukaran untuk melengkapkannya.

Pada kelas yang berikutnya, pengkaji memulakan sesi P&P bagi kelas yang sama
dengan meminta murid mengingati kembali agen-agen tumbuhan beserta contoh yang telah
dipelajari pada sesi P&P sebelum itu. Namun apa yang mendukacitakan pengkaji, sebahagian
besar murid tidak berjaya memberikan jawapan dengan tepat. Mereka menjawab, Saya
tak ingat lah cikgu. Sesi P&P diteruskan dengan tajuk yang sama iaitu Kemandirian
Spesis Tumbuhan tetapi pada kali ini pengkaji berfokuskan kepada ciri-ciri buah atau biji
benih yang dipencarkan oleh setiap agen. Seperti biasa, sesi P&P berjalan lancar. Murid
dilihat memberi perhatian di dalam kelas pada awal sesi P&P sahaja. Selebihnya, murid
kelihatan bosan. Apabila ditanya sama ada mereka faham atau tidak apa yang guru ajar,
mereka menjawab Faham cikgu. Apabila selesai memberi penerangan terhadap satu agen
pencaran, pengkaji terus menyuruh murid untuk menyatakan kembali apa yang dijelaskan
sebentar tadi. Murid boleh menjawab soalan tersebut. Tetapi apabila tiba kepada fasa
membuat latihan, kebanyakan murid tidak boleh menjawab soalan yang dikemukakan.

Situasi ini telah mendorong pengkaji untuk mencari punca dan alternatif lain yang
boleh digunapakai bagi mengatasi masalah murid Tahun 5 Bestari ini. Berdasarkan kepada
pemerhatian pengkaji, masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid ini adalah kegagalan
dalam menghafal fakta Sains. Ini disuarakan sendiri oleh mereka yang sering merungut kerana
menghadapi kesukaran untuk mengingati fakta-fakta di dalam matapelajaran khususnya
mata pelajaran Sains. Masalah kegagalan murid untuk menghafal fakta ini tidak boleh
dipandang remeh. Ini kerana, lama-kelamaan ia boleh menimbulkan perasaan bosan untuk
belajar, dan secara tidak langsung boleh menjurus kepada penurunan prestasi dalam
peperiksaan. Bidang Sains tidak seharusnya menjadi satu perkara yang membosankan sukar
dan sesuai untuk pelajar yang pintar sahaja. Pengkaji ingin membuktikan bahawa Sains itu
adalah menyeronokkan.

Satu inovasi perlu dilakukan demi menarik minat serta merangsang minda murid untuk
mendekati serta mencintai mata pelajaran Sains. Guru yang bijak akan mengambil peluang
dengan memancing murid untuk mencintai mata pelajaran yang diajar dengan cara
memahami minat serta kecenderungan murid-muridnya. Selain itu, guru juga harus kreatif
dalam memilih kaedah pengajaran yang boleh menarik minat murid dan seterusnya
dapat memotivasikan mereka untuk mendalami sesuatu mata pelajaran tersebut. Justeru
itu, pengkaji ingin menggunakan kaedah nyanyian untuk membantu murid menghafal fakta-
fakta Sains.

Pengkaji akan menggunakan sebuah lagu yang boleh membantu murid
mengingati fakta bagi sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Sains. Rasionalnya adalah untuk
membantu murid-murid yang lemah ini untuk menguasai keseluruhan tajuk tersebut
hanya melalui sebuah lagu. Pengkaji membuat keputusan untuk mengaplikasikan kaedah
nyanyian ini bagi tajuk Keadaan Bahan (States of Matter) dengan berfokus kepada proses
Kitaran Air (The water Cycle). Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja
merupakan golongan yang amat menggemari lagu dan nyanyian. Oleh itu, peluang harus
diambil oleh para guru untuk menyelitkan elemen seni dan lagu di dalam proses P&P di
dalam bilik darjah. Cara sebegini bukan sahaja dapat membantu murid mengenali dan
menghafal fakta Sains dengan mudah, malah boleh meransang suasana P&P yang
menyeronokkan serta menghiburkan.

1.2 SOALAN KAJIAN

a) Adakah penggunaan kaedah nyanyian dapat meningkatkan kebolehan murid
mengingat proses Kitaran Air?
b) Adakah penggunaan kaedah nyanyian dapat meningkatkan minat murid
mempelajari tajuk Kitaran Air?
c) Adakah penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P boleh mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan?

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut

1.3.1 Objektif Umum

Mengkaji keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan kebolehan murid
mengingat fakta-fakta Sains.

1.3.2 Objektif Khusus

a) Meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta bagi tajuk Kitaran Air.
menggunakan kaedah nyanyian.

b) Meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Kitaran Air menggunakan kaedah
nyanyian.

c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan
dengan penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting untuk membantu murid khususnya murid-murid Tahun 5
dalam menguasai mata pelajaran Sains iaitu dengan mengingat fakta secara mudah, berkesan,
menyeronokkan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan minat murid untuk
belajar. Di samping itu, dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dan menjadi
panduan berguna kepada pihak-pihak tertentu seperti guru-guru sekolah dan juga guru- guru
pelatih dalam menghasilkan satu kaedah pengajaran Sains yang menyeronokkan serta dapat
meningkatkan kualiti guru ke tahap yang lebih profesional. Secara tidak langsung, kajian
ini juga diharapkan dapat mengatasi masalah menghafal fakta di kalangan murid
khususnya bagi subjek Sains, seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid dalam
peperiksaan. Diharap dapatan kajian ini juga dapat memberi manfaat kepada semua
masyarakat khususnya pihak pengurusan sekolah, guru-guru serta murid- murid dalam
membawa inovasi terhadap dunia pendidikan di zaman moden ini.

1.5 BATASAN KAJIAN
i) Kajian ini dijalankan ke atas 21 orang responden yang terdiri daripada murid-
murid Tahun 5 Bestari di Sekolah Kebangsaan Kimanis Papar, Sabah. Responden terdiri
daripada 13 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan yang berbeza tahap
pencapaiannya iaitu lemah, sederhana dan baik. Responden juga mempunyai latar
belakang status sosio ekonomi yang rendah. Kajian dilaksanakan pada waktu mata pelajaran
Sains bagi Tahun 5 dan bertempat di Makmal Sains Sekolah Kebangsaan Kimanis.
Kajian ini hanya bertumpu kepada tajuk di dalam matapelajaran Sains Tahun 5 iaitu proses
Kitaran Air yang berfokus kepada penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P.

ii) Terdapat 5 orang murid belum lancar membaca, jadi pengkaji terpaksa membantu
responden dengan membaca beberapa soalan yang diberi terutama ujian bertulis.




1.6 RUMUSAN

Kajian yang dijalankan adalah untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap tajuk
kitaran air melalui teknik nyanyian yang mudah lagi menyeronokkan dan berharap dengan
cara ini objektif P&P lebih tercapai.

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.0 PENDAHULUAN
P&P yang berkesan adalah P&P yang dapat menarik minat murid untuk mengikuti
sepenuhnya, oleh itu objektif pengajaran lebih mudah tercapai. Kreativiti guru amat diharapkan
bagi mencapai objektif pengajaran.

2.1 TEORI-TEORI BERKAITAN

Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum
guru membuat perubahan dimana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti.
(Hj. Mohd Ali, 1994). Seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kepada
kemahiran mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam setiap
sesi P&P yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan bukan
sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat membantu mereka
mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut, selaras dengan
kenyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu Seorang guru yang kreatif akan bertindak
sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar.

Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal, serius serta
bertumpu kapada penguasaan ilmu semata-mata, tetapi pada zaman yang serba moden ini,
perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara. Pendidikan sekarang
lebih mementingkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna
yang menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan inovatif. Noor Azmi
(1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang bermaksud aktiviti-aktiviti
yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan
merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain daripada penguasaan pengetahuan
dan kemahiran asas. Selaras dengan itu, pengkaji terpanggil untuk menghasilkan satu
kreativiti dalam P&P dengan menyelitkan unsur muzik iaitu nyanyian. Selain dapat
meningkatkan minat murid untuk belajar, nyanyian juga dapat menguatkan ingatan murid
terhadap apa yang dipelajari.

Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi
daya ingatan kerana disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat
dan mendorong penumpuan. Pendapat ini selari dengan kenyataan Hj. Ab. Fatah (1990)
yang menyatakan bahawa, pada biasanya maklumat yang boleh menimbulkan emosi
seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak
menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin mudah
maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah pula
maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang.

Maka dengan itu, pengkaji berasakan bahawa penggunaan unsur muzik melalui
kaedah nyanyian adalah amat bertepatan untuk membantu murid meningkatkan daya
ingatan mereka terhadap pelajaran. Menurut Eisner (2003), muzik penting dalam
pendidikan kerana sumbangannya kepada kognitif membolehkan seseorang pelajar
melahirkan perasaanya. Ini turut dijelaskan oleh Hermann (1991), yang menyatakan
bahawa integrasi muzik dengan mata pelajaran lain akan melengkapkan perkembangan otak
kiri dan otak kanan.

Otak kiri dan kanan manusia menjalankan fungsi yang berbeza. Bahagian otak kiri
menguasai perkara seperti bahasa, logik, matematik, sains dan lain-lain aktiviti akademik.
Otak kanan pula menguasai perkara seperti muzik, imaginasi, mengenal warna dan
sebagainya. Jika seseorang itu berusaha menggunakan sedikit masa untuk mengembangkan
aktiviti otak kanan, otak kirinya akan berfungsi lebih aktif. Banyak kajian telah
menunjukkan bahawa kebolehan belajar akan meningkat jika kedua otak kiri dan kanan
berfungsi sama dalam keadaan yang harmoni.

Bertitik-tolak kepada fakta tersebut, dapatlah disimpulka bahawa penggabungjalinan
antara otak kiri (fakta sains) dan otak kanan (muzik dan nyanyian) boleh menghasilkan
suatu pembelajaran yang penuh bermakna. Ini selaras dengan kenyataan Hj. Abd. Fatah
(1994) yang mengutarakan bahawa jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi
otak dengan cara yang harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan akan
bertambah, daya ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan
bertambah baik untuk menyelesaikan masalah, dan pemikiran akan menjadi lebih aktif.

Selain itu, kenyataan Routier (2003) berkenaan dengan kesan muzik Mozart
terhadap kanak-kanak pula menyatakan bahawa terdapatnya hubungan di antara muzik
dengan membaca, menulis, kebolehan menghafal dan kemahiran matematik. Apa yang
menarik dalam dapatan tersebut kepada para pendidik ialah penggunaan muzik dalam proses
P&P mampu meningkatkan kualiti pembelajaran. Routier (2003) turut berkongsi pendapat
dengan Prescott (2005) yang menyifatkan integrasi muzik dengan mata pelajaran
akademik yang lain dapat menyuburkan seluruh kurikulum. Oleh itu, pengkaji ingin
menerapkan elemen muzik iaitu nyanyian dalam mata pelajaran Sains. Pengkaji akan
menggunakan melodi lagu yang biasa didengar oleh murid bagi memudahkan mereka
mengingati lagu tersebut kerana menurut Savin (2001), penggunaan lagu yang dikenali
umum dalam pengajaran di bilik darjah memberikan satu pengalaman pembelajaran
yang menyeronokkan.

2.2 KAJIAN-KAJIAN LEPAS DALAM DAN LUAR NEGARA
Kajian terhadap penggunaan muzik (nyanyian) dalam P&P juga telah banyak
dijalankan oleh para penyelidik. Antaranya ialah kajian Edith & Kamariati (2005)
tentang Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran yang dijalankan
di Sekolah Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa secara
keseluruhannya, kumpulan sasaran menunjukkan reaksi positif terhadap mata pelajaran Sains.
Murid mempamerkan rasa seronok untuk mengikuti proses P&P yang menggunakan
elemen muzik dan nyanyian yang disampaikan oleh guru. Mereka juga menunjukkan prestasi
yang baik dalam pembelajaran dari aspek mengingati fakta-fakta Sains yang penting
khususnya dalam melabel gambar rajah. Ini sekaligus dapat menarik minat murid untuk
belajar.

Dalam kajian lain bertajuk Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Dalam
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi yang dijalankan oleh Zainure (2003) pula
membuktikan bahawa aktiviti P&P yang berjaya adalah bergantung kepada aktiviti yang
menarik yang bersesuaian dengan kehendak dan minat murid-murid seperti muzik dan
nyanyian. Penggunaan elemen muzik dan nyanyian bukan sahaja dapat membantu
murid-murid mengenali, menyebut dan menghafal struktur, malah aktiviti P&P menjadi lebih
menghiburkan dan menyeronokkan murid dan guru itu sendiri. Ini terbukti apabila kebanyakan
murid yang menjadi responden di dalam kajian ini mampu melukis semula gambar rajah serta
melabelkannya dengan betul. Ini dipercayai merupakan hasil aktiviti nyanyian yang
dijalankan oleh murid-murid tersebut dengan bimbingan guru pengkaji sebelum itu.


Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Mohd Noor (1982) mengenai Muzik
Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-Kanak menunjukkan bahawa
pelajaran mudah diingat bila ianya dijadikan senikata lagu, misalnya pelajaran Sains.
Kaedah ini sesuai untuk murid-murid sekolah rendah terutama bagi kelas-kelas yang
mundur. Melalui media muzik, guru akan menjadi mudah mengajar pelajaran tersebut.
Kanak-kanak akan menjadi lebih terhibur dan berminat untuk mengikuti pelajaran itu dengan
mudah. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa muzik atau nyanyian dapat dijadikan
sebagai satu media yang berkesan dalam pengajaran pada peringkat kanak- kanak.

Sufian & Osman (2008), juga pernah menjalankan kajian yang bertajuk
Penggunaan Muzik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Hasil kajian
mereka mendapati penggunaan muzik dalam proses P&P dapat menimbulkan rasa
seronok belajar di kalangan murid serta dapat mengembangkan kemahiran berfikir
murid. Dapatan mereka juga menunjukkan penggunaan muzik berkesan sebagai alat
pengurusan bilik darjah di samping sebagai saluran murid untuk melahirkan perasaan.
Hakikatnya, penggunaan muzik dalam mata pelajaran merupakan salah satu strategi bagi
memastikan P&P di bilik darjah menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan dan secara
tidak langsung juga dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Kamaliah Aminah (2005) dalam kajiannya mengenai Penggunaan Ransangan Muzik
Terhadap Pengusaan Sifir telah membuktikan bahawa melalui aktiviti menggunakan muzik,
responden menunjukkan peningkatan dalam pencapaian ujian diagnostik iaitu terhadap
penguasaan sifir yang meningkat. Kesemua responden juga mempunyai persepsi dan
pencapaian yang positif setelah diberi pendedahan kepada kaedah pembelajaran sifir
bermuzik ini. Menurut Kamaliah Aminah, penggunaan rangsangan muzik bertujuan untuk
mengubah suasana pembelajaran agar menarik dan pelajar boleh belajar sambil berhibur. Ini
kerana, muzik mampu memberikan kesan yang mendalam kepada pelajar memandangkan
elemen ini menyentuh mengenai keseronokan dan kegembiraan. Maka penggunaan rangsangan
muzik adalah amat disarankan sebagai alternatif menjadikan kaedah pengajaran tidak mendatar
dan membosankan pelajar.

Kajian luar negara berkisar penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P juga ada
dijalankan. Campbell (1990) dalam kajiannya bertajuk Multiple Intelligences In The
Classroom membuktikan bahawa kaedah muzik dan nyanyian yang digunakan dalam proses
P&P mampu meningkatkan pencapaian akademik murid. Dalam kajian ini, Bruce Campbell
menggunakan muzik bagi membantu respondennya mengingat fakta. Hasilnya,
keputusan ujian menunjukkan murid yang pada sebelumnya merupakan murid yang kurang
berjaya di sekolah telah menjadi seorang yang berjaya dalam pelajarannya. Maklum balas
positif juga diterima daripada responden dimana mereka menyatakan bahawa mereka
merasa terhibur belajar dengan kaedah ini. Keyakinan serta motivasi diri murid juga meningkat
secara tidak langsung.
Dalam kajian bertajuk The Effectiveness of Integrating Music In The Classroom yang
dijalankan oleh Brewer (2007) menegaskan bahawa integrasi muzik dalam P&P adalah
sangat efektif dimana pendekatan muzik sesuai digunakan untuk semua peringkat umur.
Menurut kajian yang dijalankan oleh beliau ini, penggunaan kaedah muzik dan nyanyian
dalam P&P boleh membantu murid mengingati pengalaman pembelajaran yang dilalui
disamping dapat menggalakkkan penglibatan aktif murid dalam P&P. Irama dan melodi yang
digunakan dalam lagu, chant, sajak dan rap dapat menguatkan memori terhadap fakta dan isi
pelajaran.

Ternyata pelbagai kajian mengenai penggunaan muzik (nyanyian) dalam proses P&P
telah dijalankan selama ini dan telah menunjukkan tindak balas yang positif. Walaupun
banyak kajian telah membuktikan muzik dapat meningkatkan keberkesanan P&P di bilik
darjah, namun ianya tetap dipandang sepi oleh guru-guru sekolah. Justeru, pengkaji akan
mengambil inisiatif untuk melaksanakan kajian mengenai keberkesanan kaedah nyanyian
dalam meningkatkan ingatan murid, sejajar dengan usaha untuk menjadi seorang guru
yang kreatif. Bagi murid-murid yang lemah, kaedah menghafal fakta dengan cara nyanyian
didapati amat berkesan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat membantu murid menghafal fakta,
malah dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menghiburkan dan menyeronokkan.


2.3 RUMUSAN / KESIMPULAN

Hasil daripada sumber berkaitan, dapatlah disimpulkan bahawa krativiti guru
dalam mengajar amatlah penting. Penggunaan teknik nyanyian dalam P&P dapat meningkatkan
suasana seronok dalam pembelajaran dan menarik minat murid untuk turut serta dalam sesi
P&P yang sekaligus meningkat pemahaman murid melalui topik yang diajar.

BAB3 METADOLOGI PENYELIDIKAN

3.0 PENDAHULUAN

Bahagian ini menghuraikan tentang tinjauan masalah yang berkait dengan
pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid. Instrumen yang digunakan
untuk meninjau masalah beserta analisis kepada tinjaun masalah tersebut turut dihuraikan
dalam bahagian ini.

3.1 REKABENTUK KAJIAN

Kebanyakan murid menganggap mata pelajaran Sains itu sesuatu yang sukar dan
rumit. Keadaan ini telah menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk menjawab soalan
latihan, lembaran kerja mahupun soalan peperiksaan. Sebelum langkah seterusnya
diambil dalam proses melaksanakan kajian ini, pengkaji telah membuat tinjauan masalah
dengan lebih mendalam yang bertujuan untuk memahami masalah yang dihadapi murid.
Tinjauan dilakukan melalui tiga jenis instrumen berdasarkan tiga objektif yang ingin
disasarkan iaitu:

a) Analisis dokumen

Dokumen yang dipilih untuk dianalisis adalah lembaran kerja bagi tajuk
Kemandirian Spesis Tumbuhan(Lampiran A).Pengkaji mengedarkan lembaran kerja di akhir
sesi P&P bagi tajuk ini. Pengkaji menganalisis lembaran kerja tersebut untuk menilai tahap
penguasaan dan ingatan murid terhadap tajuk yang diajar. Pengkaji mula mengenalpasti
masalah apabila melihat ramai murid tidak berjaya menjawab soalan lembaran kerja dengan
betul.

b) Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji terhadap murid semasa sesi P&P Sains bagi tajuk
Kemandirian Spesies Tumbuhan. Respon murid terhadap soalan guru serta tingkah laku
murid sepanjang sesi P&P berlangsung juga diperhatikan dan dicatatkan. Pemerhatian yang
dilakukan adalah secara tidak berstruktur yang berupa catatan bebas (Lampiran B).

c) Soal selidik

Untuk lebih mendalami masalah utama yang dihadapi murid serta mengenalpasti
tanggapan mereka terhadap proses P&P Sains, pengkaji menggunakan borang soal selidik
yang perlu dijawab oleh setiap murid (Lampiran C). Terdapat 12 item yang perlu dijawab
oleh murid dengan menanda jawapan di ruangan yang disediakan. Pengkaji memberi
penjelasan bagi setiap item agar murid betul-betul faham kehendak soalan serta
mengingatkan mereka untuk menjawab dengan jujur. Pengkaji juga memastikan suasana
pada waktu tersebut adalah selesa supaya responden boleh menjawab soal selidik dengan
telus. Hasil daripada soal selidik tersebut seterusnya dianalisis oleh pengkaji.

3.2 SAMPEL KAJIAN

Kajian ini melibatkan murid Tahun 5 SK Kimanis, Papar yang terdiri daripada 15
orang murid. Mereka terdiri daripada 9 murid lelaki dan 6 murid perempuan. Murid-murid
mempunyai masalah dalam memahami tajuk kitaran air dalam matapelajaran sains. Pengkaji
menjalankan Kajian Tindakan ini untuk menyelesaikan masalah tersebut.










3.3 INSTRUMEN KAJIAN
Kebanyakan murid menganggap mata pelajaran Sains itu sesuatu yang sukar dan
rumit. Keadaan ini telah menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk menjawab soalan
latihan, lembaran kerja mahupun soalan peperiksaan. Sebelum langkah seterusnya
diambil dalam proses melaksanakan kajian ini, pengkaji telah membuat tinjauan masalah
dengan lebih mendalam yang bertujuan untuk memahami masalah yang dihadapi murid.
Tinjauan dilakukan melalui tiga jenis instrumen berdasarkan tiga objektif yang ingin
disasarkan iaitu:

a) Analisis dokumen

Dokumen yang dipilih untuk dianalisis adalah lembaran kerja bagi tajuk
Kemandirian Spesis Tumbuhan (Lampiran A). Pengkaji mengedarkan lembaran kerja di
akhir sesi P&P bagi tajuk ini. Pengkaji menganalisis lembaran kerja tersebut untuk menilai
tahap penguasaan dan ingatan murid terhadap tajuk yang diajar. Pengkaji mula mengenalpasti
masalah apabila melihat ramai murid tidak berjaya menjawab soalan lembaran kerja dengan
betul.

b) Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji terhadap murid semasa sesi P&P Sains bagi tajuk
Kemandirian Spesies Tumbuhan. Respon murid terhadap soalan guru serta tingkah laku
murid sepanjang sesi P&P berlangsung juga diperhatikan dan dicatatkan. Pemerhatian yang
dilakukan adalah secara tidak berstruktur yang berupa catatan bebas (Lampiran B).

c) Soal selidik

Untuk lebih mendalami masalah utama yang dihadapi murid serta mengenalpasti
tanggapan mereka terhadap proses P&P Sains, pengkaji menggunakan borang soal selidik
yang perlu dijawab oleh setiap murid (Lampiran C). Terdapat 12 item yang perlu dijawab
oleh murid dengan menanda jawapan di ruangan yang disediakan. Pengkaji memberi
penjelasan bagi setiap item agar murid betul-betul faham kehendak soalan serta mengingatkan
mereka untuk menjawab dengan jujur. Pengkaji juga memastikan suasana pada waktu






tersebut adalah selesa supaya responden boleh menjawab soal selidik dengan telus. Hasil
daripada soal selidik tersebut seterusnya dianalisis oleh pengkaji.

3.4 LAMPIRAN INSTRUMEN KAJIAN

LEMBARAN KERJA: Kemandirian Spesies Tumbuhan
Nama : Kelas : Lengkapkan jadual di bawah.

BIJI BENIH /
BUAH
AGEN
PENCARAN
CIRI-CIRI
1 Pokok Kelapa


a) b) c)
2 Angsana


a) b) c) d)

3 Durian


a) b) c)
4 Biji Getah


a)

b)
(20 markah)

Berikut merupakan analisis keputusan berdasarkan pencapaian murid dalam
lembaran kerja seperti di lampiran A :

Jadual 1: Analisis keputusan lembaran kerja murid


MARKAH JUMLAH MURID
(%)
BIL. MURID (%)
0-20 6 29

21-40

9

43

41-60

4

19

61-80

2

9

81-100

0

0


Daripada analisis keputusan lembaran kerja di atas, pengkaji dapat
mengenal pasti bahawa ramai murid menghadapi masalah untuk menjawab
soalan lembaran kerja tersebut. Seramai 29% daripada jumlah keseluruhan murid
mendapat markah 20% ke bawah, 43% daripada jumlah keseluruhan murid
mendapat markah dari 21% hingga 40% dan 19% daripada jumlah keseluruhan
murid mendapat markah dari 41% hingga 60%. Seterusnya, 9% daripada jumlah
keseluruhan murid berjaya memperolehi markah dari 61% hingga 80%,
manakala 0% murid yang mendapat markah 81% hingga 100%.
Berdasarkan analisis yang dilakukan secara teliti, hanya 28% daripada
jumlah keseluruhan murid berjaya melepasi tahap peratus lulus iaitu melebihi




markah 40%. Selebihnya iaitu sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan murid
lagi berada di bawah peratus lulus iaitu 40% dan ke bawah. Peratusan lulus yang
amat sedikit ini menunjukkan bahawa ramai murid masih tidak boleh menguasai
tajuk ini dengan baik. Ini disebabkan oleh kegagalan murid mengingat fakta
Sains. Justeru, pengkaji akan menggunakan kaedah nyanyian dalam membantu
murid mengingat fakta sekali gus dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam
mata pelajaran Sains.

b) Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian menggunakan catatan bebas seperti di Lampiran B,
pengkaji dapati murid Tahun 5 ini mempunyai minat untuk belajar, tetapi mereka
sukar untuk menghafal fakta-fakta Sains. Murid dilihat memberi perhatian
semasa sesi P&P berlangsung. Mereka juga menunjukkan tingkah laku yang
postif di dalam kelas. Tetapi apabila berada di pertengahan sesi, sebahagian
murid kelihatan bosan untuk meneruskan pembelajaran. Murid dikesan
menghadapi masalah dalam mengingat fakta yang telah lama diajar. Berikut
merupakan catatan bebas pengkaji terhadap tingkah laku murid sepanjang sesi
P&P. Lajur catatan digunakan untuk merekod tahap ingatan murid terhadap fakta
Sains yang telah dipelajari berdasarkan soalan yang diajukan oleh guru :
















14
Jadual 2 : Catatan bebas berdasarkan pemerhatian


Tarikh : 17 Jun 2013

Kelas : Tahun 5



PERISTIWA


CATATAN


Guru masuk ke kelas. Murid-murid bangun, memberi
salam dan kemudian duduk. Murid-murid senyap.


Guru bertanya murid tentang apa yang telah mereka
pelajari pada kelas sebelum ini. Murid-murid diam dan
berfikir. Kemudian, ramai murid mengangkat tangan.
Masing-masing ingin menjawab. Guru tunjuk seorang
murid untuk jawab. Dia bangun dan memberi jawapan
yang salah. Guru tunjuk pula murid lain. Murid tersebut
juga jawab salah. Murid seorang lagi angkat tangan dan
jawab. Jawapan tetap salah.


Guru bertanya soalan yang lebih spesifik. Kali ini ramai
yang angkat tangan. Guru tunjuk seorang murid untuk
jawab. Jawapan diberi hampir tepat. Murid lain pula
angkat tangan untuk jawab tetapi masih tidak berapa tepat.


Guru mengingatkan murid tentang satu fakta yang telah
diajar. Kemudian, guru bertanya soalan. Murid berebut-
rebut ingin menjawab. Murid terus menjawab tanpa
angkat tangan. Guru suruh murid angkat tangan jika ingin
jawab. Guru tunjuk seorang murid. Murid tersebut jawab
dengan tepat. Begitu juga dengan tiga orang murid lain.


Guru meneruskan sesi P&P seperti yang dirancang.
Murid-murid kelihatan berminat. Guru memberi
penerangan satu persatu. Sejurus selepas guru memberi
penerangan terhadap sesuatu perkara, guru terus bertanya
soalan. Ramai murid boleh menjawab dengan betul. Guru
teruskan mengajar dan bertanya soalan. Murid memberi
respon positif. Murid boleh menjawab soalan dengan baik.
Tiba di pertengahan sesi, sebahagian murid menunjukkan






Berfikir dan cuba
mengingat semula fakta
tetapi gagal










Hampir boleh mengingat
sebahagian fakta tetapi
masih tidak tepat



Boleh mengingat fakta
selepas diberi klu








Boleh mengingat fakta
yang baru sahaja diajar


15
reaksi bosan seperti tidak berminat untuk meneruskan
pembelajaran.


Selesai mengajar, guru mengedarkan lembaran kerja.
Semua murid cuba menjawab. Guru berjalan ke sekeliling
kelas untuk memantau murid manjawab lembaran kerja.
Guru berhenti di meja seorang murid. Murid itu masih
tidak menulis apa-apa jawapan. Guru bertanya murid itu
masalah yang dihadapi. Murid itu memberitahu dia tak
ingat.


Guru bergerak ke meja dua orang murid lain. Kedua-dua
murid ini baru menjawab dua soalan. Selebihnya
dibiarkan kosong. Guru menyuruh mereka melengkapkan
lembaran kerja tersebut. Seorang jawab tak tahu manakala
seorang lagi jawab tak ingat.

Masa tamat. Guru menyuruh murid menyiapkan lembaran
kerja di rumah. Guru keluar kelas.
Tidak boleh mengingat
fakta yang telah lama
diajar








Tidak boleh mengingat
fakta yang telah lama
diajar





c) Soal selidik
Pengkaji menggunakan 12 item bagi tujuan menjalankan soal selidik ini seperti
di Lampiran C. Berikut merupakan analisis data bagi setiap item dalam borang
soal selidik yang dijalankan:





















Jadual 3: Analisis Borang Soal Selidik

%
BIL ITEM YA TIDAK
1 Saya minat mata pelajaran Sains 100 -

2

Pengajaran cikgu membosankan

71


29

3

Bimbingan yang cikgu beri mencukupi

100


-

4

Aktiviti yang dijalankan sangat menarik

19


81

5

Cikgu memberi tumpuan terhadap saya

86


14

6

Penerangan cikgu mudah difahami

81


19

7

Saya berasa sukar untuk menghafal fakta

100


-

8

Saya tidak faham soalan Sains

67


33

9

Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar

100


-

10

Belajar Sains itu menyeronokkan

48


52

11

Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah

14


86

12

Latihan yang diberikan sangat mudah

48


52



Analisis borang soal selidik menunjukkan ke semua responden iaitu 100% murid
mengatakan YA bagi item 1 (Saya minat mata pelajaran Sains), item 3 (Bimbingan
yang cikgu beri mencukupi), item 7 (Saya berasa sukar untuk menghafal fakta ) dan item
9 (Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar). Bagi item 2 iaitu Pengajaran cikgu
membosankan, 71% murid menjawab YA manakala 29% murid lagi menjawab
TIDAK. Sebanyak 19% murid menjawab YA dan selebihnya iaitu 81% menjawab
TIDAK bagi item 4 (Aktiviti yang dijalankan sangat menarik ). Bagi item 5 (Cikgu

memberi tumpuan terhadap saya), 86% murid menjawab YA manakala 14% murid

lagi menjawab TIDAK.


Bagi item 6 (Penerangan cikgu mudah difahami) pula, 81% murid menjawab
YA manakala 19% murid lagi menjawab TIDAK. Seterusnya bagi item 8 (Saya
tidak faham soalan Sains) pula, 67% murid menjawab YA manakala 33% murid lagi
menjawab TIDAK. Bagi item 10 (Belajar Sains itu menyeronokkan) dan item 12
(Latihan yang diberikan sangat mudah), jumlah murid yang menjawab YA adalah
48% manakala 52% lagi menjawab TIDAK. 14% murid menjawab YA bagi item 11
(Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah) manakala 86% lagi menjawab
TIDAK.

Berdasarkan analisis soal selidik di atas, jelas menunjukkan bahawa masalah
utama yang dihadapi oleh murid ialah sukar menghafal fakta Sains (merujuk kepada
item 7) dan selalu lupa apa yang diajar (merujuk kepada item 9). Kedua-dua masalah ini
menjadi punca utama murid tidak dapat menguasai tajuk yang diajar dengan baik.
Punca-punca lain yang turut diambil kira ialah pengajaran guru yang membosankan,
aktiviti tidak menarik, tidak mendapat tumpuan daripada guru serta tidak faham soalan.
Untuk kajian ini, pengkaji akan menumpukan kepada dua masalah utama yang dihadapi
murid iaitu kesukaran menghafal fakta Sains dan selalu lupa apa yang diajar oleh guru.
























3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Data diambil semasa proses P&P sedang berlaku dan selepas P&P berjalan yang
dibuat oleh pengkaji kepada semua responden.

3.6 ANALISIS DATA

Berikut merupakan analisis keputusan berdasarkan pencapaian murid dalam
lembaran kerja seperti di lampiran A :

Jadual 1: Analisis keputusan lembaran kerja murid


MARKAH JUMLAH MURID
(%) BIL. MURID (%)
0-20 6 29

21-40

9

43

41-60

4

19

61-80

2

9

81-100

0

0

Daripada analisis keputusan lembaran kerja di atas, pengkaji dapat mengenal
pasti bahawa ramai murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan lembaran kerja
tersebut. Seramai 29% daripada jumlah keseluruhan murid mendapat markah 20% ke bawah,
43% daripada jumlah keseluruhan murid mendapat markah dari 21% hingga 40% dan 19%
daripada jumlah keseluruhan murid mendapat markah dari 41% hingga 60%. Seterusnya, 9%
daripada jumlah keseluruhan murid berjaya memperolehi markah dari 61% hingga
80%, manakala 0% murid yang mendapat markah 81% hingga 100%.
Berdasarkan analisis yang dilakukan secara teliti, hanya 28% daripada jumlah
keseluruhan murid berjaya melepasi tahap peratus lulus iaitu melebihi markah 40%.
Selebihnya iaitu sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan murid lagi berada di bawah
peratus lulus iaitu 40% dan ke bawah. Peratusan lulus yang amat sedikit ini menunjukkan
bahawa ramai murid masih tidak boleh menguasai tajuk ini dengan baik. Ini disebabkan oleh
kegagalan murid mengingat fakta Sains. Justeru, pengkaji akan menggunakan kaedah
nyanyian dalam membantu murid mengingat fakta sekali gus dapat meningkatkan penguasaan
mereka dalam mata pelajaran Sains.

b) Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian menggunakan catatan bebas seperti di Lampiran B,
pengkaji dapati murid Tahun 5 in mempunyai minat untuk belajar, tetapi mereka sukar untuk
menghafal fakta-fakta Sains. Murid dilihat memberi perhatian semasa sesi P&P
berlangsung. Mereka juga menunjukkan tingkah laku yang postif di dalam kelas. Tetapi apabila
berada di pertengahan sesi, sebahagian murid kelihatan bosan untuk meneruskan pembelajaran.
Murid dikesan menghadapi masalah dalam mengingat fakta yang telah lama diajar. Berikut
merupakan catatan bebas pengkaji terhadap tingkah laku murid sepanjang sesi P&P. Lajur
catatan digunakan untuk merekod tahap ingatan murid terhadap fakta Sains yang telah dipelajari
berdasarkan soalan yang diajukan oleh guru dalam jadual 2 :
















Catatan bebas berdasarkan pemerhatian
Tarikh : 17 Jun 2013
Kelas : Tahun 5


PERISTIWA

CATATAN
Guru masuk ke kelas. Murid-murid bangun,
memberi salam dan kemudian duduk. Murid-murid senyap.

Guru bertanya murid tentang apa yang telah
mereka pelajari pada kelas sebelum ini. Murid-murid diam
dan berfikir. Kemudian, ramai murid mengangkat tangan.
Masing-masing ingin menjawab. Guru tunjuk seorang
murid untuk jawab. Dia bangun dan memberi jawapan
yang salah. Guru tunjuk pula murid lain. Murid tersebut
juga jawab salah. Murid seorang lagi angkat tangan dan
jawab. Jawapan tetap salah.

Guru bertanya soalan yang lebih spesifik. Kali ini
ramai yang angkat tangan. Guru tunjuk seorang murid
untuk jawab. Jawapan diberi hampir tepat. Murid lain
pula angkat tangan untuk jawab tetapi masih tidak berapa
tepat.
Guru mengingatkan murid tentang satu fakta yang
telah diajar. Kemudian, guru bertanya soalan. Murid
berebut- rebut ingin menjawab. Murid terus menjawab
tanpa angkat tangan. Guru suruh murid angkat tangan jika
ingin jawab. Guru tunjuk seorang murid. Murid tersebut
jawab dengan tepat. Begitu juga dengan tiga orang murid lain.


Guru meneruskan sesi P&P seperti yang
dirancang. Murid-murid kelihatan berminat.
Guru memberi penerangan satu persatu. Sejurus
selepas guru memberi penerangan terhadap sesuatu perkara,
guru terus bertanya soalan. Ramai murid boleh menjawab
dengan betul. Guru teruskan mengajar dan bertanya soalan.
Murid memberi respon positif. Murid boleh menjawab soalan
dengan baik. Tiba di pertengahan sesi, sebahagian murid
menunjukkan






Berfikir dan cuba
mengingat semula fakta tetapi
gagal








Hampir boleh
mengingat sebahagian fakta
tetapi masih tidak tepat



Boleh mengingat fakta
selepas diberi klu








Boleh mengingat
fakta yang baru sahaja
diajar


reaksi bosan seperti tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran.


Selesai mengajar, guru mengedarkan lembaran
kerja. Semua murid cuba menjawab. Guru berjalan ke sekeliling
kelas untuk memantau murid manjawab lembaran kerja. Guru
berhenti di meja seorang murid. Murid itu masih tidak
menulis apa-apa jawapan. Guru bertanya murid itu masalah
yang dihadapi. Murid itu memberitahu dia tak ingat.


Guru bergerak ke meja dua orang murid lain. Kedua-
dua murid ini baru menjawab dua soalan.
Selebihnya dibiarkan kosong. Guru menyuruh mereka
melengkapkan lembaran kerja tersebut. Seorang jawab tak tahu
manakala seorang lagi jawab tak ingat.

Masa tamat. Guru menyuruh murid menyiapkan
lembaran kerja di rumah. Guru keluar kelas.
Tidak boleh
mengingat fakta
yang telah lama
diajar








Tidak boleh
mengingat fakta
yang telah lama
diajar





c) Soal selidik
Pengkaji menggunakan 21 item bagi tujuan menjalankan soal selidik ini seperti di
Lampiran C. Berikut merupakan analisis data bagi setiap item dalam borang soal selidik
yang dijalankan:




















Jadual 3: Analisis Borang Soal Selidik


%
B
IL
ITEM YA TID
AK
1 Saya minat mata pelajaran Sains 10
0
-

2

Pengajaran cikgu membosankan

71

29
3

Bimbingan yang cikgu beri mencukupi

10
0

-
4

Aktiviti yang dijalankan sangat menarik

19

81
5

Cikgu memberi tumpuan terhadap saya

86

14

6

Penerangan cikgu mudah difahami

81

19

7

Saya berasa sukar untuk menghafal fakta

10
0

-
8

Saya tidak faham soalan Sains

67

33
9

Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar

10
0

-
1
0

Belajar Sains itu menyeronokkan

48

52
1
1

Saya selalu mengulangkaji pelajaran di
rumah

14

86
1
2

Latihan yang diberikan sangat mudah

48

52



Analisis borang soal selidik menunjukkan ke semua responden iaitu 100% murid
mengatakan YA bagi item 1 (Saya minat mata pelajaran Sains), item 3 (Bimbingan yang
cikgu beri mencukupi), item 7 (Saya berasa sukar untuk menghafal fakta ) dan item 9 (Saya
selalu lupa apa yang cikgu ajar). Bagi item 2 iaitu Pengajaran cikgu membosankan,
71% murid menjawab YA manakala 29% murid lagi menjawab TIDAK. Sebanyak
19% murid menjawab YA dan selebihnya iaitu 81% menjawab TIDAK bagi item 4
(Aktiviti yang dijalankan sangat menarik ). Bagi item 5 (Cikgu memberi tumpuan terhadap
saya), 86% murid menjawab YA manakala 14% murid
lagi menjawab TIDAK. Bagi item 6 (Penerangan cikgu mudah difahami) pula,
81% murid menjawab YA manakala 19% murid lagi menjawab TIDAK. Seterusnya
bagi item 8 (Saya tidak faham soalan Sains) pula, 67% murid menjawab YA manakala
33% murid lagi menjawab TIDAK. Bagi item 10 (Belajar Sains itu menyeronokkan) dan
item 12 (Latihan yang diberikan sangat mudah), jumlah murid yang menjawab YA
adalah 48% manakala 52% lagi menjawab TIDAK. 14% murid menjawab YA bagi item
11 (Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah) manakala 86% lagi menjawab
TIDAK.

Berdasarkan analisis soal selidik di atas, jelas menunjukkan bahawa masalah utama
yang dihadapi oleh murid ialah sukar menghafal fakta Sains (merujuk kepada item 7) dan
selalu lupa apa yang diajar (merujuk kepada item 9). Kedua-dua masalah ini menjadi punca
utama murid tidak dapat menguasai tajuk yang diajar dengan baik. Punca-punca lain
yang turut diambil kira ialah pengajaran guru yang membosankan, aktiviti tidak menarik,
tidak mendapat tumpuan daripada guru serta tidak faham soalan. Untuk kajian ini, pengkaji
akan menumpukan kepada dua masalah utama yang dihadapi murid iaitu kesukaran menghafal
fakta Sains dan selalu lupa apa yang diajar oleh guru.















3.7 RUMUSAN / KESIMPULAN

Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara
terperinci sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa murid kurang tumpuan semasa
proses P&P berjalan dan bermacam- macam lagi masalah yang di nyatakan dalam boring kaji
selidik ini bermakna kaedah nyanyian mungkin adalah salah satu cara dalam meningkatkan
ingatan murid.

Hal ini selaras dengan kenyataan Noraini (2003) yang menyatakan bahawa
iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana
disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong
penumpuan. Pendapat ini turut disokong oleh Hj. Ab. Fatah (1990) yang menyatakan
bahawa maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah
menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik
maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan.
Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu
dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang.

Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah tertarik dengan muzik. Mereka

akan berasa seronok apabila sesuatu pelajaran itu disampaikan di dalam bentuk

nyanyian. Perasaan seronok untuk belajar yang timbul di dalam diri mereka itu
secara tidak langsung akan memudahkan mereka mengingati apa yang dipelajari. Maka
dengan itu, penggunaan kaedah nyanyian dalam proses P&P Sains adalah amat tepat
bagi meningkatkan ingatan murid terhadap proses-proses yang terlibat dalam Kitaran Air.










RUJUKAN



Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya:
Penerbit BPPDP, KPM.



Brewer, C.B. (2007). The Effectiveness of Integrating Music In The Classroom.
Muat turun pada 30 Feb 2011. http://www.newhorizons.org/strategies/arts/brewer.htm



Bell, J. (1999). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan.
Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit BPPDP,KPM.



Campbell, B. (1990). Research on Multiple Intelligences In The Classroom. Muat
turun pada 2 Mac 2011. http://www.context.org/ICLIB/IC27/Campbell.htm.



Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (2000). Kamus Dewan (Edisi
Ketiga).
Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr David Lim Chong, Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan HBEF2503 (2011)
Open University Malaysia. Meteor Doc Sdn Bhd.



Edith Indek & Kamariati Hussin. (2005). Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran: Satu Kajian di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Muat
turun pada 2 Mac 2011. http://www.docstoc.com/docs/33520737



Eisner, E. (2003). The Function Of Music In education. Muat turun pada 10 Feb 2011.
http://www.isme.org/article/view/89/1/26.



Haji Abdul Fatah Hassan. (1990). Penggunaan Minda Yang Optimum
Dalam
Pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.



Haji Abdul Fatah Hassan. (1994). Kecemerlangan Minda Dalam
Pembelajaran: Keseluruhan Otak Dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publicators
and Distributors Sdn. Bhd.

You might also like