You are on page 1of 3

Bab 4 : Perjuangan Mencapai Kemerdekaan

Proses Mencapai kemerdekaan



~ Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
~ Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (CLC).
~ Penggunaan sistem Ahli di Tanah Melayu.
~ Pilihan Raya Umum 1955.
~ Rundingan Kemerdekaan.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

~ Persekutuan Tanah Melayu adalah hasil gabungan 11 negeri di Tanah Melayu di bawah satu unit
politik yang sama.
~ Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
~ Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan bertujuan untuk menyelaraskan pentadbiran sekaligus
menjimatkan kos pentadbiran.

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

~ Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ialah satu jawatankuasa yang terdiri daripada pemimpin
Melayu (DAto' Onn Jaafar), Cina (Tun Tan Cheng Lock), India, Ceylon, Eropah dan Serani yang
melakukan rundingan untuk mencapai matlamat mereka iaitu bersatu padu.
~ Hasil daripada perbincangan itu, mereka bersetuju untuk berkompromi,
# Syarat Kerakyatan telah dilonggarkan untuk memudahkan orang Cina dan India menjadi rakyat di
Tanah Melayu.
# Orang Melayu diberikan bantuan sama ada bantuan dari segi ekonomi, sosial mahupun pendidikan
untuk memajukan orang Melayu.
# Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai.
# Sistem Pendidikan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sistem Ahli

~ Sistem ahli merupakan sebuah sistem yang digunakan di Tanah Melayu untuk melatih pemimpin
tempatan dalam menjalankan pentadbiran di Tanah Melayu.
~ Meskipun British telah memberikan peluang kepada penduduk Tanah Melayu untuk menjalankan
pentadbiran akan tetapi perkara itu berlaku hanya untuk menjaga kepentingan British semata-mata.
~ Buktinya pegawai-pegawai British masih diberikan jawatan menteri yang lebih tinggi dan penting
manakala pemimpin tempatan hanya diberikan jawatan menteri yang tidak begitu penting dalam
pentadbiran Tanah Melayu.

Pilihan Raya Umum 1955

~ Pilihan Raya Umum 1955 pilihan raya umum yang pertama diadakan di Tanah Melayu.
~ Pada ketika itu, Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC telah mendapat
keputusan majoriti setelah menguasai 51 kerusi yang dipertandingkan.
~ 1 lagi kerusi dikuasai oleh calon daripada PAS.
~ Kejayaan Parti Perikatan adalah disebabkan manifesto Parti Perikatan.
# Kemerdekaan akan dicapai dalam masa 4 tahun.
# Menjaga hak dan kepentingan Raja-raja Melayu.
# Pemerintahan adalah bercorak tempatan.
# Menamatkan darurat yang berlaku.

Rundingan Kemerdekaan
~ Pada tahun 1956, Tanah Melayu telah menghantar rombongan yang terdiri daripada pemimpin
tempatan beberapa kaum untuk ke London bagi membincangkan tuntutan penduduk Tanah Melayu
untuk mencapai kemerdekaan.
~ Rombongan tersebut terdiri daripada,
# Tunku Abdul Rahman
# Dato' H.S Lee
# Dato' T.H Tan
# Dato' Panglima Bukit Gantang
# Dan lain-lain
~ Pada 06 Februari 1956, Tunku Abdul Rahman selaku ketua rombongan telah menurunkan
tandatangan ke atas perjanjian merdeka menunjukkan kejayaan rundingan kemerdekaan yang
diadakan.

You might also like