You are on page 1of 4

SOALAN: BANDING BEZA KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA. PERBANDINGAN


KONSEP BOLEH DILAKSANAKAN DALAM BENTUK ESEI DAN GRAFIK.

Pengenalan konsep pengujian, pengukuran dan penilaian.

1. Konsep Pengujian

R.M Gagne dalam Mok Soon Sang(2009) telah dipetik berkata pengujian ialah suatu cara
yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu.
Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) telah dipetik berkata pengujian merupakan satu
prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan sebahagian daripada semua aspek
tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajarannya.
Tan Hui Leng, Ee Ah Meng(1996) telah dipetik berkata pengujian bermaksud memperoleh
maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem
Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik berkata bahawa pengujian merupakan
proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau
prosedur yang bersistem bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang
individu murid.
Cronbach(1970) dalam Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik berkata ujian
ialah satu prosedur yang bersistem untuk memerhatikan perlakuan atau tingkah laku
seseorang individu dan membuat huraian dengan bantuan skala bernombor, atau satu
sistem yang berkategori
Berdasarkan definisi dari hasil pengumpulan maklumat yang pelbagai di atas, dapat
disimpulkan bahawa pengujian melibatkan suatu proses yang berlaku secara sistematik.
Oleh itu, pelbagai perkara yang berlaku di dalam bilik darjah boleh dikategorikan sebagai
pengujian selagi mana ianya dilaksanakan secara bersistem dan mengikut sesuatu prosedur
yang ditetapkan. Sebagai contoh, guru meminta murid untuk menulis hobi dan makanan
kegemaran masing-masing di dalam borang khusus.
Maka, perkara ini turut dilihat sebagai pengujian kerana dilaksanakan secara bersistem dan
mengikut prosedur khusus iaitu mengisi borang selain mempunyai instrumen tersendiri iaitu
borang.
Pengujian dilihat sebagai suatu proses yang terhad dan merujuk kepada suatu teknik untuk
mendapatkan maklumat mengenai perubahan tingkah laku individu. Alat yang digunakan
untuk mengukur pencapaian murid dalam sesuatu pengujian adalah ujian dan pemerhatian.
Ia biasanya dilaksanakan bermula dari peringkat persediaan diikuti dengan peringkat
perlaksanaan dan diakhiri dengan peringkat pemeriksaan. Kebiasaannya, pengujian
dilaksanakan untuk mengenalpasti kemampuan murid dan pencapaian murid terhadap
sesuatu kemahiran atau ilmu yang dipelajari.
Walaubagaimanapun, pengujian merupakan suatu perkara yang tidak mutlak. Pengujian
ketinggian mental seseorang tidak dapat di nisbahkan dan dikuantitikan secara kuantitatif.

Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) dan Mok Soon Sang (2009) menyatakan bahawa
tujuan perlaksanaan pengujian ini adalah seperti berikut :
1) mengenalpasti pencapaian murid dalam sesuatu kemahiran atau isi pelajaran yang telah
diajar.
2) Menentukan dan mengenalpasti perubahan tingkah laku murid-murid.
3) Mengelaskan murid kepada kumpulan lemah, sederhana dan bijak mengikut keputusan
pengujian yang dilakukan sekaligus melakukan penggredan kepada murid-murid.
4) Pengujian bertindak sebagai motivasi ekstrinsik kepada murid-murid untuk terus
mengulangkaji pelajaran.
5) Memilih murid-murid untuk tugas tertentu seperti mewakili sekolah dalam sesuatu
pertandingan atau kuiz pendidikan.


2. Konsep Pengukuran
Mok Soon Sang (2009) telah dipetik berkata pengukuran ialah suatu proses atau sistem
yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan.
Tan Hui Leng, Ee Ah Meng(1996) telah dipetik berkata pengujian biasanya melibatkan
pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat yang diperoleh dalam
bentuk nombor. Walaubagaimanapun, dalam bilik darjah, pengukuran biasanya melibatkan
pemberian markah kepada maklumat yang diperoleh.
Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) telah dipetik berkata dalam pendidikan,
pengukuran merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan
peringkat pencapaian dan kedudukan murid dalam pembelajaran.
Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik berkata pengukuran membawa
maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran bermaksud sebagai suatu
proses mendapatkan penjelasan secara numeric atau melalui angka tentang sebanyak
mana individu atau murid mempunyai sesuatu cirri yang diukur dengan menggunakan
instrumen.
Berdasarkan definisi dari hasil pengumpulan maklumat yang pelbagai di atas, dapat
disimpulkan bahawa pengukuran merupakan suatu proses yang melibatkan alat untuk
mengukur secara kuantitatif pencapaian murid dalam sesuatu perkara. Pengukuran hanya
berfokus kepada penentuan status atau tahap murid. Ianya tidak melibatkan proses
penilaian.pengukuran merupakan sesuatu yang tidak bersifat mutlak kerana pengukuran
lebih menumpukan kepada penentuan status atau tahap dalam bentuk kuantitatif, berfokus
kepada pengumpulan data secara numerikal dan mengkategori.
Secara kuantitatif: peratus markah seperti 90%, 30% dan 39%
Secara kategori : murid lemah, sederhana dan pandai.

3. Konsep Penilaian

Stufflebeam (1971) dalam Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik mengatakan
bahawa penilaian sebagaithe process of delineating, obtaining and providing useful
information for judging decision alternatives.
Stufflebeam dalam Mok Soon Sang ( 2009 ) telah dipetik berkata penilaian ialah suatu
sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan
mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan
Gay (1985) juga dalam Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik berkata
penilaian adalah satu proses yang dianggap bersistem semasa mengumpul dan
menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif itu telah tercapai.
Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989) telah dipetik berkata penilaian dalam pendidikan
adalah proses menentukan perubahan tingkah laku seseorang individu dan membuat
pertimbangan nilai
Tan Hui Leng, Ee Ah Meng (!996) menyatakan bahawa penilaian merupakan konsep yang
paling menyeluruh dan meliputi pelbagai aspek dalam mendapatkan sesuatu keputusan.
Ianya merupakan proses yang melibatkan data dan maklumat kualitatif dan kuantitatif untuk
membuat pentaksiran dan mendapatkan hasil penilaian.
Berdasarkan definisi dari hasil pengumpulan maklumat yang pelbagai di atas, dapat
disimpulkan bahawa penilaian merupakan suatu proses yang luas menjangkaui maksud
pengujian dan pengukuran yang akan diperjelaskan kemudian. Ianya melibatkan interpretasi
hasil pengukuran kuantitatif, huraian kualitatif atau gabungan kedua-duanya. Secara
kuantitaif, pencapaian murid-murid dinilai dalam bentuk angka dan peratusan. Maklumat
dengan cara ini mudah dikemaskini, disusun dan diringkaskan dalam bentuk yang mudah
difahami. Secara kualitatif pula melibatkan pengumpulan maklumat tanpa melibatkan
nombor. Contohnya Fatimah menyiapkan tugasan tepat pada masa yang ditetapkan.
Secara amnya, penilaian membantu guru menilai prestasi murid secara menyeluruh.
Namun, pencapaian keseluruhan itu tetap tidak dapat menjamin dan membayangkan
kebaikan seseorang individu murid itu lebih baik dari murid yang lain hanya berdasarkan
data kuantitatif sahaja. Sebagai contoh, murid yang mendapat 95% markah di dalam
sesuatu penilaian belum tentu lebih baik dari murid yang mendapat markah lebih rendah.
Oleh itu, penilaian yang terbaik hendaklah meliputi kedua-dua aspek kuantitatif dan kualitatif.
Penilaian dalam pendidikan seterusnya pula mencakupi aspek-aspek seperti hasil
pengajaran, perlaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran dan matlamat ke arah
mencapai hasil pengajaran dan pembelajaran.
Ianya juga merupakan suatu proses mendapatkan maklumat berguna sekaligus menentukan
pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Perlaksanaan proses penilaian
boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran berlangsung.
Perlaksanaan yang dilakukan sebelum dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran
dapat membantu guru menilai keadaan murid dan keberkessanan kaedah dan pendekatan
mengajar yang digunakan. Ini adalah berdasarkan perbandingan keputusan penilaian
sebelum dan selepas pengajaran.
Mok Soon Sang (2009) dan Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang(2008) menyatakan bahawa
penilaian melibatkan aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan merumuskan data
yang diperoleh.Ianya dilaksanakan dalam 5 peringkat seperti di bawah:
Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) dan Mok Soon Sang (2009) menyatakan bahawa
tujuan perlaksanaan penilaian dalam pendidikan adalah seperti berikut:
1) Mendapatkan maklum balas berkaitan :
Pencapaian murid terhadap hasil pembelajaran yang telah ditetapkan sebelum proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Keberkesanan kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh
guru terhadap murid-murid.
2) Mengenalpasti perbezaan individu murid dari aspek fizikal dan mental melalui pencapaian
mereka dalam penilaian yang dilaksanakan.
3) Merekod dan mengumpul malumat pencapaian murid di dalam buku rekod atau fail murid.
4) Mengenalpasti, memilih dan membina struktur kurikulum yang sesuai dengan perkembangan
semasa murid secara amnya.
5) Menilai keberkesanan perlaksanaan sesuatu program baru seperti KSSR.

You might also like