You are on page 1of 14

1.

0 PENDAHULUAN
Pemberontakan Taiping ini bermula di kawasan Kwangsi dan Kwantung iaitu tempat
kelahiran pengasas kepada kebangkitan ini iaitu Hong Xiu Quan. Sekitar tahun 1850 selepas
beliau mengalami kekecewaan kerana gagal kali yang ketiga dalam peperiksaan awam cina
menyebabkan beliau menukar haluan dengan menenangkan fikiran. Keadaan ini telah membawa
kepada Pemberontakan Taiping secara besar besaran sehingga merekodkan lebih 20 juta orang
yang terkorban.
1
Selain itu, kebangkitan ini juga tertumpu di kawasan yang mempunyai konflik
kaum dan penuh dengan masalahnya. Keadaan ini seperti menyumbang kepada kebangkitan
dengan kadar segera golongan petani. Penyebaran oleh Hong Xiu Quan iaitu agama kristian
adalah tepat pada masanya sehingga dapat menarik ramai ramai menggunakan agama kristian
untuk bangkit menentang.
Tai Great, Ping Peace, Tian Heaven, Guo Country atau Kingdom ini adalah
perkataan cina yang apabila digabungkan dalam bahasa English ialah The Heavenly Kingdom of
Peace.
2
Berdasarkan nama sahaja dapat dilihat bahawa pemberontakan ini mempunyai unsur
unsur keagamaan. Hong Xiu Quan iaitu pengasas kepada kebangkitan ini menyeru orang ramai
dengan menyebarkan bahawa beliau mendapat mandat daripada tuhan untuk memulihkan semula
keadaan negara yang berada dalam keadaan huru - hara.
3
Walaupun pada dasarnya banyak
faktor yang menyumbang kepada pemberontakan ini tetapi dengan ajaran ajaran agama kristian
seperti persamaan taraf di antara semua orang dan keadilan yang diamalkan menjadi faktor
penarik kepada pemberontakan ini.
Mengapakah Pemberontakan Taiping ini lebih berjaya berbanding dengan kebangkitan
kebangkitan yang lain dan dapat menarik ramai anggota berbanding dengan pemberontakan
sebelumnya ? Pengasasnya iaitu Hong Xiu Quan menggunakan ajaran agama kristian untuk
menarik minat dan perhatian orang ramai. Beliau memanipulasikan agama kristian untuk
melakukan pemberontakan. Walaupun keadaan pada masa itu juga mempengaruhi orang ramai
untuk bangkit menentang, namun mereka diseru melalui ajaran agama kristian yang telah
digabungkan dengan kepercayaan tradisional cina. Selain itu, dalam fahamannya juga terselit

1
Ebrey B. Patricia, 1996, China, Australia: Press Syndicate of the University of Cambridge, Hal 242.
2
Imannuel C.Y. Hsu, 1995, The Rise of Modern China, New York : Oxford University Press Inc, Hal 22.
3
Morton W. Scott & Lewis M. Charlton, 2005, Its History and Culture, United States:The Mc Graw Hill Companies,
Hal 157 158.
sikap anti Manchu yang mana Hong Xiu Quan kononnya diperintahkan oleh tuhan untuk
menggulingkan pemerintahan dinasti Qing.
4
Walaupun agama kristian banyak memainkan
peranan dalam pemberontakan ini, namun tidak dapat disangkal bahawa adanya faktor faktor
politik yang dapat dikesan dalam pemberontakan ini.
2.0ISI ISI
2.1 PENYEBARAN FAHAMAN KRISTIAN
Hong Xiu Quan yang menyebarkan pemberontakan Taiping ini dilakukan telah
menggunakan agama kristian sebagai ideologi kebangkitan tersebut. Dia juga menuntut
bahawa dia telah diberikan mandat daripada Tuhan untuk menyelamatkan manusia.
5
Bai Shang
Di Hui ataupun juga dikenali sebagai Worship God Society merupakan persatuan yang
ditubuhkan oleh Hong Xiu Quan untuk mengumpulkan pengikut pengikutnya sendiri.
6
Melalui
persatuan ini, mereka mula mengumpulkan orang ramai dengan tujuan untuk menjayakan
pemberontakan mereka itu.
Kawasan yang paling jauh daripada pusat pemerintahan Qing juga didiami oleh
kumpulan Hakka yang bermigrasi ke Kwangtung dan Kwangsi disebabkan masalah. Kumpulan
ini mengamalkan cara hidup yang biasa dengan melakukan kerja kerja pertanian dan
perlombongan sebagai mata pencarian. Mereka yang memang mengamalkan ajaran kristian
menjadi bonus kepada Pemberontakan Taiping ini apabila teras kebangkitan ini yang berkisarkan
kepada kebangkitan agama.
7
Apabila Hong Xiu Quan menyebarkan agama kristian di kawasan
tersebut, dengan mudahnya beliau dapat mengumpulkan ahli kerana sememangnya kumpulan
Hakka ini mengamalkan ajaran agama kristian. Tambahan lagi, beliau sendiri merupakan bangsa
Hakka.
8

all men under heaven are brothers and all women are sisters.
9


4
Ebrey B. Patricia, 1996, China, Australia: Press Syndicate of the University of Cambridge, Hal 242.
5
Yang Zhou et al, 2002, An Outline of China : Bai Shouyi, China: Foreign Languages Press, Hal 394.
6
Ibid.
7
Imannuel C.Y. Hsu, 1995, The Rise of Modern China, New York : Oxford University Press Inc, Hal 225 226.
8
Ibid., hal 226.
9
Yang Zhou et al, 2002, An Outline of China : Bai Shouyi, China: Foreign Languages Press, Hal 394.
Dengan menggunakan ajaran yang diambilnya daripada agama Kristian, beliau menguar
uarkan ideologi pemberontakannya ini dalam usaha untuk menarik orang. Tambahan lagi, pada
masa itu keadaan rakyat adalah dalam keadaan yang sengsara. Ini kerana pelbagai masalah yang
wujud pada masa itu. Selain itu, masyarakat China terutamanya di kawasan Kwangsi adalah
merupakan masyarakat yang banyak menderita ditambah lagi dengan konflik yang wujud di
kawasan tersebut.
10
Kawasan ini juga adalah kawasan yang lemah dari segi pemerintahan dan
berada jauh daripada pusat pemerintahan iaitu Peking
11
lantaran menyebabkan senang untuk
masyarakat di sana terpengaruh dengan ideologi kristian yang disebarkan oleh Hong Xiu Quan.
Disebabkan masalah yang dialami oleh masyarakat di kawasan tersebut, memudahkan
mereka untuk turut serta dalam pemberontakan ini. Hal ini kerana, mereka memerlukan sinar
baru selepas kesengsaraan hidup yang dialami oleh mereka. Oleh itu, ajaran agama kristian ini
menarik perhatian mereka dan memberikan mereka semangat baru untuk bangkit menentang
selain daripada keistimewaan yang diperolehi daripada agama ini. Contohnya seperti hak sama
rata dan saling tolong menolong antara satu dengan yang lain. Kumpulan Hakka yang hanya
golongan imigran di kawasan tersebut menyokong usaha ini kerana mereka memerlukan
pengiktirafan daripada masyarakat awal di daerah tersebut. Oleh itu, ajaran ini membantu mereka
untuk menjadi satu bangsa di bawah satu agama.
Propaganda beliau yang berkisarkan kepada kebangkitan untuk melawan kejahatan dan
sebagai satu keluarga yang aman dan harmoni
12
adalah berdasarkan dengan ajaran agama
kristian. Namun, beliau telah memanipulasikan ajaran ini sebagai usaha untuk merealisasikan
cita citanya iaitu menggulingkan kerajaan Manchu. Kejahatan yang dimaksudkan disini ialah
pemerintahan kerajaan Manchu yang dianggap tidak mendapat berkat daripada tuhan. Hal ini
dapat dilihat melalui kepercayaan cina yang mempercayai bahawa setiap pemerintah itu
mendapat mandat daripada tuhan untuk menjaga sesebuah negara. Tambahan lagi, keadaan
negara pada masa itu yang berada dalam peperangan seolah olah mengukuhkan lagi bahawa
pemerintahan Qing itu tidak diberkati oleh tuhan seperti yang dipercayai oleh masyarakat cina.
13


10
Ebrey B. Patricia, 1996, China, Australia: Press Syndicate of the University of Cambridge, Hal 242.
11
Imannuel C.Y. Hsu, 1995, The Rise of Modern China, New York : Oxford University Press Inc, Hal 225.
12
Yang Zhou et al, 2002, An Outline of China : Bai Shouyi, China: Foreign Languages Press, Hal 394.
13
Wang C.F James, 1999, Contemporary Chinese Politics: An Introduction, New Jersey: Prentice Hall Inc, Hal 6.
Pemberontakan ini yang sebenarnya cuba mewujudkan unsur ketuhanan adalah
menggunakan kepercayaan rakyat cina mengenai usaha untuk memulihkan semula kepercayaan
shangdi iaitu kepercayaan tradisional masyarakat cina telah digabungkan dengan unsur unsur
Kristian.
14
Dinasti Qing yang menggunakan gelaran Huangdi iaitu sama dengan Shangdi
menyebabkan rakyat percaya bahawa Hong Xiu Quan diarahkan dan mendapat mandat daripada
tuhan untuk melakukan pembaharuan dengan menggulingkan pemerintahan Qing.
15
Perkataan Di
yang membawa maksud High dalam bahasa inggeris dapat dilihat pada hujung kedua dua nama
iaitu huangdi dan shangdi. Hal ini memberikan kaitan di antara pemerintahan Manchu dengan
pemerintahan yang ingin dipulihkan oleh Hong Xiu Quan.

what we wear and clothe all come from heaven, even drop a drop of water and food we eat
are from Heavenly Shangdi. heaven is Shangdi. there are no others God except the
heavenly Shangdi. God is the only true creation god.
16


Dapat dilihat bahawa pernyataan ini menunjukkan keagamaan yang mana individu yang
mengikuti pemberontakan ini akan diberkati oleh tuhan dengan berkat berkat seperti
mengerjakan tanah tanah sebagai sumber pendapatan. Pembaharuan pembaharuan yang
dijanjikan oleh Hong Xiu Quan adalah berdasarkan agama Kristian. Antaranya ialah persamaan
taraf di antara lelaki dan wanita dan kesamarataan pemegang hak milik tanah
17
. Janji janji ini
menarik perhatian ramai penduduk tempatan untuk turut serta. Namun, bagi menjayakan
pemberontakan ini dan dapat melaksanakan pembaharuan yang dikatakan oleh Hong Xiu Quan,
orang ramai perlulah bangkit menentang dan menjatuhkan pemerintahan Qing.



14
Reilly Thomas H,2004, the Taiping Heavenly Kingdom: Rebellion and The Blasphemy of Empire, United States:
University of Washington Press, Hal 242
15
Ibid, hal 4.
16
Ibid., Hal 242
17
Ibid.
All the land under Heaven should be cultivated by all the people under Heaven.
18

Kegiatan pertanian yang merupakan punca pendapatan rakyat kampung terutamanya
menyebabkan mereka dengan senang menerima ajaran agama kristian yang dibawa oleh Hong
Xiu Quan. Memusnahkan sistem hak milik tanah dan harta
19
yang mengawal rakyat daripada
mengerjakan hasil tanah mereka memberikan lagi mereka semangat untuk turut serta dalam
pemberontakan ini. Orang Manchu yang bukan orang asal negara tersebut membuat masyarakat
China percaya bahawa orang Manchu tidak berhak ke atas hasil tanah negara China. Mereka
yang mengikuti pemberontakan ini adalah mereka yang memeluk agama kristian dan seterusnya
mereka percaya bahawa mereka mendapat berkat daripada tuhan ke atas hasil hasil tanah.
Mereka akan hidup saling bekerjasama dalam kelompok dan mengerjakan pekerjaan mereka
secara tolong menolong.
2.2 KELEMAHAN PENTADBIRAN MANCHU
Kekalahan kerajaan Manchu dalam Perang China-Inggeris Pertama pada tahun 1839
hingga 1842 menjadi bukti kelemahan pentadbiran Manchu dalam menangani dasar luar dengan
pihak barat. Punca kekalahan Manchu dikenalpasti apabila mereka menolak penggunaan sains
dan teknologi. Oleh yang demikian, maka termeterailah Perjanjian Nanking yang ditandatangani
oleh China dan Inggeris yang sekaligus menjatuhkan martabat negara China sebagai middle
kingdom.
20
Middle Kingdom ini penting buat negara China kerana mereka merasakan bahawa
mereka merupakan negara yang istimewa. Kehilangan status ini ekoran daripada Perjanjian
Nanking telah menyebabkan negara China kehilangan keistimewaan mereka di Asia Timur.
Kegagalan Manchu untuk mempertahankan negara dari ancaman asing menyemarakkan
semangat nasionalisme yang tinggi dan sentimen anti Manchu yang kuat menjadikan rakyat cina
tercari-cari satu cara untuk membangkitkan perasaan mereka ini. Demi menyelamatkan negara
China dari terus mundur dan hilang mandat dari syurga, golongan ini akhirnya bertekad untuk
menjalankan satu bentuk pemberontakan yang diketuai oleh Hong Xiu Quan yang bercita-cita
untuk menggulingkan dinasti Manchu. Faktor ini juga turut menyumbang kepada Pemberontakan

18
Yang Zhou et al, 2002, An Outline of China : Bai Shouyi, China: Foreign Languages Press, Hal 395.
19
Immanuel C.Y Hsu, 1995, The Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal233.
20
James C.F Wang, 1999, Contemporary Chinese Politics: An Introduction, New Jersey: Prentice Hall Inc, Hal 6.
Taiping yang merekodkan sejarah sebagai satu pemberontakan yang mencatatkan angka
kematian yang ramai.
Pemberontakan Taiping merupakan satu bentuk pemberontakan dalam negeri yang
terbesar dalam sejarah negeri China.
21
Faktor anti-Manchu turut merujuk kepada kewujudan
permusuhan yang berlaku antara orang Han terhadap Manchu yang merangkumi dasar-dasar
diskriminasi dan juga kekejaman pentadbiran Manchu terhadap orang Han. Walaupun pada
dasarnya orang - orang Cina cuba untuk mengikut bentuk pemerintahan yang dilaksanakan oleh
Manchu, namun mereka gagal. Mereka menghadapi masalah dengan keadaan pentadbiran orang
Manchu. Korupsi yang berlaku khususnya berkenaan pungutan cukai tanah menyukarkan hidup
masyarakat.
22
Hal inilah yang telah mencetuskan kebencian yang mendalam terhadap
pentadbiran Manchu pada era Dinasti Qing, lantas membangkitkan semangat penentangan
terhadapnya.
Pentadbiran Manchu telah mencetus kemarahan masyarakat Cina kerana telah
menjalankan pemerintahan yang tidak telus dan diskriminasi.
23
Antara dasar diskriminasi yang
mencabar dan menghina orang Han ialah tanah kepunyaan mereka dirampas, selain daripada
orang Han tidak diberi kesempatan untuk mengisi jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran
kerajaan.
24
Namun,sebaliknya pula orang-orang Manchu yang diberi keistimewaan dan pangkat
dalam pentadbiran. Situasi ini amat jelas menunjukkan ketidak adilan dalam pemerintahan
Manchu. Tindakan ini seolah-olah menidakkan hak orang Cina Han.
Dinasti Qing yang bukan merupakan penduduk asal China menambahkan lagi rasa tidak
puas rakyat. Ini ditambah lagi apabila kebanyakan penjawat penjawat kerajaan dalam sistem
pentadbiran Manchu bukannya terdiri daripada orang Cina, sebaliknya mereka berasal daripada
Manchuria. Orang Manchu berasal daripada puak Jurched (Nuzhen) yang mendiami kawasan di
Manchuria.
25
Pemerintah Manchu yang berasal daripada Manchuria ini tidak disukai oleh orang-
orang Cina tempatan, terutamanya di daerah Kwangtung dan Kwangsi.

21
Joginder Singh Jessy, 1978, Sejarah China dan Jepun,Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn Bhd, hlm 30
22
Immanuel C.Y Hsu, 1995, The Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal 124 125.
23
Suffian Mansor, 2009, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, hlm 41
24
Edwin E. Moise, Modern China,A History, Britain : Pearson Education Limited, hlm 31
25
Suffian Mansor, 2003, Tamadun China, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 148
Selain itu, pemerintah Manchu juga telah menjalankan pentadbiran kuku besi dengan
memperkenalkan dasar memaksa semua golongan lelaki Cina mencukur rambut di hadapan
kepala masing-masing dan bertoncang toi chong, selain daripada pengharaman kepada
perkahwinan antara orang China dengan orang Manchu.
26
Pengharaman perkhawinan campur ini
menunjukkan bahawa orang Manchu ingin mengekalkan status suku kaum mereka. Masyarakat
China mendapati bahawa orang Manchu ini tidak ingin tinggal bersama mereka sebaliknya ingin
menguasai China.
Pentadbiran Manchu juga telah bertindak dengan membunuh golongan - golongan intelek
yang disyaki menyebarkan ideologi anti Manchu. Situasi ini berlaku semasa pemerintahan
Maharaja Yung Cheng (1723-1736) dan Maharaja Chien Long (1736-1796). Penindasan dan
diskriminasi ini bukan sahaja menyebabkan mereka tidak mendapat kepercayaan golongan Cina,
malahan telah menyemarakkan lagi semangat penentangan untuk menggulingkan kerajaan
Manchu. Golongan intelek ini adalah terdiri daripada orang Han dan pembunuhan ini menjadi
faktor kebangkitan masyarakat kerana pembunuhan tersebut mengurangkan jumlah golongan
intelek Han dalam sistem pentabiran kerajaan dan memberi peluang kepada orang Manchu untuk
mengambil alih sepenuhnya pemerintahan kerajaan.
Penentangan Taiping ini yang menerima sokongan majoriti masyarakat China dapat
dilihat kaitannya dengan penentangan penentangan sebelumnya. Antara persatuan yang
melakukan pemberontakan dan menonjol ialah Persatuan Syurga dan Bumi, Persatuan
Persaudaraan Ko Lao ( Ko Lao Hui ) dan Persatuan Teratai Putih. Gerakan penentangan yang
berlaku di wilayah Hupei, Szechwan dan Shensi yang dipelopori oleh Persatuan Teratai Putih
27

merupakan antara contoh kebangkitan orang Cina menentang kezaliman Manchu. Melalui
pemberontakan pemberontakan sebelum Pemberontakan Taiping menunjukkan bahawa
pemerintahan Qing sememangnya tidak mendapat persetujuan masyarakat China.
Permasalahan yang berlaku ini menyebabkan majoriti dari kalangan masyarakat China
mencari perkerjaan lain, bermigrasi, dan tidak kurang juga yang terjebak dalam jenayah
28
.
Situasi ini sedikit sebanyak menjadi punca mengapa mereka terpengaruh dengan pegangan
Kristian, kerana paderi-paderi Kristian menawarkan bantuan kewangan kepada mereka untuk

26
Suffian Mansor,2003, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 41
27
Ibid., hlm 41
28
Ibid., hlm 43
menyara kehidupan. Lantas, dalam masa yang sama dipujuk untuk menjadi pengikut menentang
pentadbiran Manchu oleh gerakan penentangan Hong Xiu Quan.
Kesempitan hidup yang dialami menyebabkan orang Han terpaksa melakukan aktiviti
jenayah. Aktiviti jenayah yang mereka lakukan ialah perompak, pencuri dan penyamun.
29

Pemimpin tempatan hanya memandang sepi jenayah seperti ini. Jika penduduk tempatan
melaporkan, pihak kerajaan hanya senyap sahaja terhadap laporan itu seperti tidak ada yang
berlaku.
30
Menteri kerajaan selalu mengata bahawa tiada laporan yang mereka perolehi daripada
rakyat walaupun rakyat sendiri melaporkan kepada pihak mereka. Hal ini kerana pihak menteri
mahu menjaga kepentingan Maharaja supaya harta negara tidak digunakan untuk menyelesaikan
masalah tersebut.
31
Pemimpin hanya memegang jawatan untuk mengaut keuntungan semata-
mata bagi kepuasan mereka sendiri sehingga menindas rakyat dan tempoh mereka memegang
sesuatu jawatan itu mengambil tempoh masa yang lama. Ini menunjukkan pemerintah Manchu
yang hanya membiarkan sahaja keadaan masyarakat Cina.
Keadaan pemerintahan negara pada masa itu terbukti berada dalam keadaan huru hara
apabila banyak pemberontakan yang berlaku selain daripada perang candu yang menyebabkan
pengaliran keluar wang negara. Kemasukan Barat pada masa itu yang berusaha untuk
menembusi pasaran di China menunjukkan ketidakcekapan pentadbiran dinasti Qing. Banyak
kilang kilang perindustrian yang terpaksa ditutup lantaran daripada kemasukan barang barang
daripada Barat.
32
Persaingan ekonomi menyebabkan masyarakat tempatan tunduk kepada Barat
kerana modal Barat yang amat tinggi.
2.3 FAKTOR SOSIOEKONOMI
Ketidak adilan pemerintahan Manchu juga melibatkan pelaksanaan pembayaran cukai
yang tidak munasabah, khususnya melibatkan golongan petani. Mereka telah dikenakan kadar
cukai sebanyak dua kali lebih tinggi daripada biasa dalam erti kata untuk membantu negara
menghadapi masalah ekonomi yang dialami. Tindakan tersebut mengundang rasa tidak puas hati
masyarakat China kerana dianggap tidak masuk akal. Pemerintah Qing banyak menggunakan

29
Ibid.
30
Ssu-yu Teng, 1999, New Light on the History of the Taiping Rebellion, Amerika Syarikat: New York/ Russel &
Russel, hlm. 40
31
Ibid.
32
Maswari Rosdi , 1983 , Sejarah China dan Jepun 1800 1955, Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn Bhd, Hal 53.
wang untuk membiayai ketenteraan tambahan lagi semasa pemerintahan Chien Lung yang
banyak berlakunya kebangkitan kebangkitan persatuan di China.
33
Wang dibelanjakan untuk
menyediakan kelengkapan kelengkapan senjata dan makanan kepada golongan tentera.
Lantaran itu, apabila golongan petani tidak mampu untuk membayar cukai, mereka
menggadaikan tanah mereka kepada tuan tuan tanah. Oleh itu, keadaan ini membebankan
rakyat lantas mengambil keputusan untuk terlibat dalam pemberontakan ini.
Golongan petani terutamanya yang tinggal di kawasan utara China sentiasa mengalami
kebuluran disebabkan kemarau yang berlaku. Tambahan lagi, aktiviti pertanian merupakan
kegiatan utama dan masalah kemarau menyebabkan hasil pencarian dan sumber makanan
mereka terbantut. Bencana alam yang berlaku seperti di Sungai Yangtze, Shantung dan kemarau
panjang di wilayah Honan
34
menunjukkan kelemahan kerajaan dalam mengatasi masalah
tersebut. Mereka dihimpit masalah kekurangan sumber makanan, tetapi di pihak pentadbiran
Manchu pula tidak mempedulikan permasalahan yang dialami oleh masyarakat China. Ini
menunjukkan ketidakcekapan pemerintah Manchu untuk menguruskan masalah ekoran daripada
bencana alam ini. Rakyat tidak mendapat perlindungan dan bantuan daripada kerajaan
menyebabkan rakyat semakin tidak percaya dengan pemerintahan Manchu.
2.4 KESAN PERANG CANDU
Apabila Kerajaan Qing kalah dalam Perjanjian Nanking, mereka tidak berani untuk
menghalang kemasukan Barat ke dalam terutamanya barangan barangan Barat yang dipasarkan
di China. Keadaan ini telah menyebabkan kemasukan secara besar besaran candu ke dalam
negara China.
35
Hal ini menyebabkan negara mengalami defisit kewangan lantaran menaikkan
harga barangan sehingga menyusahkan rakyat tempatan. Keadaan ekonomi China yang berubah
ekoran daripada perang Candu ini meletakkan China dalam keadaan huru hara dan tidak dapat
mempertahankan perdagangan utamanya iaitu kain sehingga China sendiri mengimport kain
daripada Barat.
36


33
Immanuel C.Y Hsu, 1995, The Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal 126.
34
Ibid.
35
Immanuel C.Y Hsu, 1995, The Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal224.
36
Israel Epstein, 2004, From Opium War to Liberation, Beijing: Foreign Language Press, Hal18.
Selain itu, ketagihan akibat daripada candu ini memberikan kesan kepada kesihatan
masyarakat cina.
37
Banyak masyarakat Cina yang meninggal dalam usia yang muda kerana kesan
candu kepada kesihatan mereka. Ketagihan terhadap candu ini membuatkan masyarakat
membazirkan wang mereka untuk membeli candu dan bersukaria. Mereka banyak menghabiskan
masa dengan menghayal kesan daripada pengambilan candu. Masalah yang berleluasa akibat
daripada perang ini menyebabkan ramai orang yang tidak berpuas hati. Keadaan hidup mereka
semakin susah dan ini menyebabkan mereka mengikuti kebangkitan melawan pemerintahan
Qing ini. Tidak hanya kepada masyarakat tempatan tetapi kegiatan menghisap candu juga terjadi
di kalangan pegawai pegawai kerajaan menyebabkan pentadbiran semakin tidak teratur kerana
sikap tidak telus mereka.
2.5 KEBEBASAN MUBALIGH KRISTIAN
Perjanjian Peking yang ditandatangani oleh China telah memberikan peluang kepada
Perancis untuk membawa masuk mubaligh mubaligh kristian dengan jumlah yang banyak.
38

Pertambahan ini menyebabkan penyebaran agama kristian berlaku dengan cepat. Tambahan lagi,
golongan mubaligh ini membeli dan menyewa tanah tanah untuk dijadikan tapak bagi
pembinaan gereja. Apabila banyak gereja dibina, ramai orang Cina yang menganut agama
kristian dan menambah lagi bilangan ahli kebangkitan Taiping ini. Tambahan lagi, kemasukan
mubaligh mubaligh kristian ini adalah tertumpu di kawasan pedalaman iaitu jauh daripada
pemerintahan Manchu.
39
Keadaan ini membantu lagi dalam menyebarkan pengaruh
Pemberontakan Taiping ini.
2.6 RANCANGAN PEMBAHARUAN HONG XIU QUAN
Sistem tanah yang dijanjikan oleh Hong Xiu Quan
40
juga menarik orang ramai untuk
terlibat dalam kebangkitan penentangan ini. Pada masa itu, pemerintahan Manchu yang tidak
telus dari segi hak milik tanah dan mengamalkan sistem feudal tentunya membebankan
rakyat terutama golongan petani. Kebanyakan mereka hidup dengan hasil pendapatan
daripada bercucuk tanam dan mereka perlu membayat cukai. Keadaan ini membebankan

37
James C.F Wang, 1999, Contemporary Chinese Politics: An Introduction, New Jersey: Prentice Hall Inc, Hal 6.
38
Wan Kok Seng, 1979, China: Imperialisme Barat dan Kesannya, Kuala Lumpur: Atlantic Printing, Hal 36.
39
Ibid., hal 36 37.
40
Immanuel C.Y Hsu, 1995, The Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal233.
mereka kerana pada akhirnya hasil titik peluh mereka tidak juga memberikan pulangan yang
lumayan kepada mereka kerana terpaksa membayar cukai dan harga yang dikenakan ke atas
barangan jualan juga adalah murah.
Setiap individu yang melepasi umur 16 tahun tidak kira lelaki mahupun perempuan
akan mendapat bahagian tanah.
41
Bagi golongan petani, perkara ini amat menguntungkan
mereka kerana anak anak mereka akan mendapat tanah dan ini membantu untuk menambah
hasil pendapatan keluarga. Walaupun pada dasarnya, tanah tersebut bukan hak milik mereka
dan mereka tidak boleh menyimpan harta namun pemberian tanah untuk menghasilkan
pendapatan ini memberi semangat kepada golongan petani bahawa adanya kesamarataan
semua anggota msyarakat. Tidak ada pihak yang akan mendapat lebih dan hasil bersama
akan disimpan di stor awam. Berbanding dengan semasa pemerintahan Manchu yang
memiliki sepenuhnya hak terhadap tanah dan dikawal oleh pegawai yang dilantik.
Selain itu, men and women were equal in the Taiping kingdom. Women were
allowed to serve in the civil and military administration, and there were repotedly 100,000
female soldiers and officers under the command of Hungs sister.
42
Melalui penyataan
tersebut, pembaharuan yang memberikan peluang kepada semua anggota masyarakat ini
menarik minat masyarakat Cina selain daripada mereka dapat bekerja dan mencari
pendapatan sendiri. golongan wanita mendapat peluang untuk menceburkan diri dalam
pentadbiran dan mendapat pekerjaan yang sekaligus membantu untuk meningkatkan
pendapatan keluarga. Tambahan lagi, ini membantu golongan balu untuk mencari pendapatan
merekas sendiri.
43

Peperiksaan awam untuk kemasukan bekerja dalam kerajaan juga telah diubah
daripada menggunakan ajaran Konfusius kepada menggunakan ajaran agama Kristian.
44

Semua anggota masyarakat mendapat peluang untuk mengambil peperiksaan ini dan
mengikut rekod banyak yang lulus dalam peperiksaan yang dilaksanakan oleh Hong Xiu
Quan. Keadaan ini memberi peluang kepada masyarakat untuk menceburkan diri dalam
pentadbiran kerajaan tambahan lagi soalan yang diberikan adalah berdasarkan daripada

41
Ibid.
42
Ibid, hal 235-236.
43
Ibid.
44
Ibid, hal 235.
dokumen kristian. Jika sebelum ini, mereka yang ingin mengambil peperiksaan perlu
menghafal banyak fakta fakta Konfusius dan memerlukan wang untuk membeli buku,
namun pembaharuan yang dijanjikan Hong Xiu Quan ini adalah lebih mudah. Rakyat boleh
mendengar mengenai ajaran Kristian daripada golongan misionari dan ketua ketua yang
memeluk agama kristian sahaja. Justeru, hal ini mendorong dalam memotivasikan golongan
masyarakat untuk terlibat sama dalam Pemberontakan Taiping ini.
3.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, banyak faktor faktor yang menyumbang kepada pemberontakan
Taiping ini. Namun, teras bagi kebangkitan ini dan persatuan yang ditubuhkan oleh Hong Xiu
Quan adalah berasaskan ajaran agama Kristian. Beliau memanipulasikan ajaran agama Kristian
untuk mengumpulkan pengikut pengikut bagi persatuannya. Mereka yang terlibat dengan
pemberontakan ini akan masuk ke syurga kerana sanggup untuk bertarung nyawa.
45
Kebangkitan
ini juga meliputi aspek sosial dan ekonomi yang pada masa itu menjadi penyumbang kepada
Hong Xiu Quan untuk menggumpulkan anggota anggota bagi persatuannya. Kegagalan beliau
dalam peperiksaan awam Cina sebanyak 4 kali menunjukkan bahawa Hong Xiu Quan berasa
kecewa dan mencari inisiatif lain untuk membalas dendam kepada pemerintahan Qing.
Tambahan lagi, keadaan hidup pada masa itu yang memudahkannya untuk melakukan
pemberontakan.
Pemberontakan ini merekodkan sejarah yang penting dalam kerajaan China disebabkan
kebangkitan secara besar besaran yang dilakukan oleh rakyat Cina terutamanya golongan
petani. Sejarah pemberontakan ini yang berlainan dengan pemberontakan lain memperlihatkan
betapa besarnya peranan setiap faktor faktor pendorong daripada menggunakan fahaman
agama kristian sehingga ketaranya kepincangan dan huru hara yang berlaku dalam kerajaan
China pada masa itu. Agama kristian yang ketika itu tersebar di China menjadi batu loncatan
kepada Pemberontakan Taiping ini berlaku selama 15 tahun.



45
Immanuel C.Y Hsu, 1995, The Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal249 250.

You might also like