You are on page 1of 87

Timun betik mari kupetik

Petik mari canggal kuku


Hilang songket berganti batik
Batik bernama cindai baldu
1.0: ASAL USUL

Asal usul batik sebenarnya tidak dapat dipastikan, namun kebanyakan
cendekiawan mendakwa bahawa teknik pembuatan batik bermula di Negara India.
Pendapat lain pula menyatakan bahawa seni ini diasaskan daripada kehidupan istana
Parsi. Selain itu, ahli-ahli kaji purba telah menjumpai artifak yang berupakan kain-kain
yang mempunyai corak batik di Fostat dan Mesir Kuno.
Perkataan batik dikatakan berkait rapat dengan perkataan titik dan juga
perkataan Jepun iaitu ambo yang membawa maksud melukis. Gabungan maksud
melukis titik ini telah menghasilkan nama batik. Sesetengah pendapat pula
mengatakan bahawa batik sebenarnya berasal daripada jawa yang merupakan
gabungan ba dan tik yang bermaksud setitik lilin. Terdapat juga pendapat daripada
masyarakat dahulu yang mengatakan bahawa perkataan batik berasal daripada
perkataan jawa ambatik yang membawa maksud titik-titik lilin sebagai resis untuk
menimbulkan kesan corak bila disapukan warna.
Sejarah perkembangan batik di Malaysia dikatakan bermula pada abad ke-15.
Pada awal kurun ke-20, masyarakat di negeri Pantai Timur semenanjung Malaysia telah
mengeluarkan produk batiknya yang tersendiri. Batik ini telah banyak menerima
pengaruh dari daerah-daerah lain di Kepulauan Melayu terutamanya dari Pulau Jawa.
Sehingga kini,kepulauan Indonesia terus diiktiraf sebagai pengeluar batik yang unggul
jika dilihat daripada teknik dan motif yang dihasilkan. Indonesia terlebih dahulu
membuat batik iaitu sejak abad ke-12 lagi. Walaupun Malaysia dan Indonesia
merupakan negara serumpun , namun corak yang terdapat pada kedua-dua batik di
negara ini amat berlainan.








2.0: TEKNIK DAN BAHAN
2.1: TEKNIK
2.1.1: TEKNIK IKAT CELUP
Teknik ini digunakan untuk menghasilkan batik pelangi yang mana kain akan diikat dan
dicelup dengan pewarna yang telah dipilih. Terdapat juga bahagian yang diletakkan lilin
untuk memastikan ianya tidak terkena warna dan apabila ikatan kain dibuka, corak-
corak akan terhasil mengikut warna tersebut dan bahagian yang diletakkan lilin akan
tetap berwarna putih.

2.1.2: TEKNIK CAP
Teknik ini dilakukan dengan menggunakan sejenis alatan yang dikenali sebagai blok
ataupun cap yang diperbuat daripada kayu dan juga logam. Pada blok ini terdapat
motif-motif yang diukir untuk ditekap pada bahagian kain dasar. Blok ini akan dicelup
dalam lilin yang panas dan akan dicap pada bahagian kain dasar untuk membentuk
motif. Teknik ini dilakukan untuk menghasilkan kain batik cap ataupun kain batik
sarung.


2.1.3: TEKNIK CANTING
Teknik canting adalah teknik yang menggunakan canting yang diperbuat daripada
tembaga nipis untuk menghasilkan sesuatu corak pada kain dasar. Teknik ini dilakukan
untuk menghasilkan batik canting seperti Batik Sri Endon.



PROSES-PROSES (BATIK LUKIS)


1) MEMBENTANGKAN KAIN DASAR
Sebelum kain dasar tersebut dicanting, ianya akan dibentangkan di atas pemidang
untuk menegangkan kain tersebut. Ini akan memudahkan proses mencanting dan
melukis corak pada kain dasar dilakukan.


2) MENCANTING

Kain yang telah direntangkan akan dicanting dengan menggunakan canting. Proses ini
merupakan proses menutup kain dengan lilin dengan menggunakan canting untuk
mendapatkan corak atau motif .Sebenarnya, proses mencanting ini hanyalah sebagai
melakar semula dengan cairan lilin pada motif yang telah dilakarkan terlebih dahulu
diatas kain dasar dengan pensel. Namun begitu, bagi pembatik yang telah mahir,
mereka tidak perlu melakarkan motif ataupun corak yang ingin dihasilkan terlebih
dahulu sebaliknya akan terus mencanting menggunakan cairan lilin tersebut. Proses
mencanting batik ini bukan hanya menggunakan canting malahan terdapat juga
pembatik yang ingin mencipta kelainan pada rekaan produk batik mereka dengan
melakarkan corak pada kain dasar dengan menggunakan berus. Berus ini akan dicelup
ke dalam lilin yang telah dimasak dan kemudian lilin yang terdapat pada berus tersebut
akan di ratakan ke atas permukaan kain. Melalui kaedah ini, corak yang terhasil
membentuk garisan sama ada garisan kasar ataupun garisan halus.




Proses mencanting dilakukan di atas kain putih dan kain yang telah diwarnakan. Proses
mencanting diatas kain yang telah diwarnakan adalah bertujuan untuk mendapatkan
hasil yang lebih menarik kerana ianya akan menghasilkan lilin sebagai mana warna
yang terdapat pada kain tersebut. Sebagai contoh, pada gambar kedua ini, warna lilin
yang akan terhasil selepas kain ini direbus ialah warna biru.



Gambar ini merupakan antara contoh kain batik lukis yang menggunakan canting dan
berus untuk menghasilkan corak. Corak sebegini lebih digemari oleh penggemar batik
kerana ianya memperlihatkan kemewahan dan kelainan berbanding batik lukis yang
hanya menggunakan canting. Malahan dalam batik di atas, pembatik juga turut
menggunakan teknik tekapan kerana jika diperhatikan terdapat bahagian seakan akan
bahagian daun yang ditekapkan diatas kain yang kemudiannya direnjiskan lilin dengan
menggunakan berus yang dicelup ke dalam lilin yang telah dimasak. Teknik mencanting
dan mencorakkan motif ini ini akan menghasilkan gabungan motif dan teknik yang
semestinya akan menyebabkan produk batik ini kelihatan lebih menarik.Selepas
mencanting, kain tersebut akan biarkan seketika untuk mengeringkan lilin yang telah
dicanting pada kain tersebut.





3) MEWARNA

Selepas mencanting dan lilin pada kain dasar tersebut telah kering, kain dasar tersebut
sekali lagi akan direntang di atas bingkai bagi memudahkan proses mewarna dilakukan.
Corak-corak yang telah dilakarkan akan diwarnakan dengan menggunakan pewarna
yang telah siap dibancuh. Pewarna yang telah siap dibancuh dan akan digunakan untuk
proses mewarna ini akan dimasukkan ke dalam bekas-bekas kecil untuk memudahkan
para pembatik semasa proses mewarna batik dilakukan. Jika terdapat corak-corak yang
kecil pada kain batik tersebut, pembatik akan menggunakan berus kecil supaya warna
tersebut tidak terkeluar pada kawasan lain. Manakala, bagi kawasan-kawasan yang
tidak digunakan dan dibiarkan kosong, berus yang lebih besar akan digunakan bagi
meratakan warna di kawasan tersebut. Terdapat beberapa teknik mewarna batik,
antaranya ialah teknik tarik. Teknik ini dilakukan dengan meletakkan warna yang telah
dicalit pada berus di bahagian motif. Kemudian warna yang lebih muda ataupun air
akan diletakkan di atas warna tersebut. Keadaan ini akan menyebabkan warna tersebut
akan terus merebak ke kawasan dalam motif. Teknik ini akan menyebabkan motif pada
kain batik kelihatan lebih menarik.

Teknik seterusnya ialah teknik pelangi. Teknik ini dilakukan selepas kain batik siap
diwarnakan dengan warna yang lembut. Sebelum kain batik kering, pembatik akan
menyapukan warna yang lebih terang pada kain batik membentuk pelangi.
Kebiasaanya warna untuk menghasilkan pelangi ini menggunakan dua atau tiga jenis
warna yang lebih terang daripada warna dasar kain batik yang telah diwarnakan
sebelum itu. Warna yang dipilih untuk mencorakkan pelangi terdiri daripada warna-
warna sekeluarga untuk menghasilkan produk batik yang harmoni. Teknik ini akan lebih
memperlihatkan kepelbagaian yang terdapat pada produk batik tempatan.

Kain yang telah siap diwarna akan dikeringkan di bawah terik mentari sehinggakan
warna tersebut kering. Walau bagaimanapun, walaupun dijemur di bawah cahaya
matahari lilin pada kain dasar tersebut tidak boleh dibiarkan cair kerana jika lilin tersebut
kembali cair ia akan merosakkan kain tersebut.







4) MEMATIKAN WARNA

Selepas kain tersebut dikeringkan, kain-kain tersebut akan dimatikan warnanya dengan
sejenis cecair yang dinamakan sodium silicate. Kain akan direndam dan dibiarkan
berada didalam cairan tersebut kira-kira enam hingga dua belas jam. Kebiasaanya,
pembatik akan menyediakan sebuah tong untuk merendam kain-kain tersebut.


5) MEREBUS KAIN / MEMBUANG LILIN

Selepas kain direndam di dalam sodium silicate, kain-kain tersebut terlebuh dahulu
dimasukkan ke dalam sebuah kolah ataupun tong yang mengandungi air bersih
bertujuan untuk menghilangkan sisa-sisa warna yang masih ada pada kain tersebut.
Selepas itu barulah proses merebus kain dilakukan. Kain kain tersebut akan direbus
di dalam air rebusan yang telah dicampurkan dengan serbuk soda ataupun sodium
karbonat dan minyak platena. Serbuk soda ini dicampurkan bertujuan untuk
memudahkan lilin-lilin yang terdapat pada kain tersebut ditanggalkan. Manakala,
minyak platena pula digunakan untuk melicinkan kain dan mencerahkan warna.






6) MEMBILAS KAIN
Selepas selesai merebus kain, kain tersebut akan dikincah atau dibilas di dalam kolah
yang mengandungi air bersih . Proses ini bertujuan untuk menghilangkan sisa-sisa lilin
dan sodium silicate yang masih terdapat pada kain tersebut. Selepas itu, kain akan
dijemur dan dikeringkan di atas galah jemur yang telah disediakan.



Kolah yang mengandungi air ini digunakan untuk membersihkan kain batik



7) MENJ EMUR KAIN

Selepas itu, kain akan dijemur dan dikeringkan di atas galah jemur yang telah
disediakan.


2.2: BAHAN
2.2.1: KAIN DASAR

Kain dasar yang berwarna putih merupakan bahan asas yang diperlukan dalam
menghasilkan produk batik. Kain- kain yang dipilih ialah dari jenis kain kapas atau kain
campuran serta kain-kain yang diimport. Antara kain yang sering digunakan ialah kain
Sutera, Cambrik, Poplin, Momie, Shirting, Polynosic dan Swiss Voille. Walau
bagaimanapun, kain jenis sutera yang mendapat permintaan yang tinggi walaupun kain
ini lebih mahal kerana kain jenis ini lebih bermutu dan lembut. Panjang kain yang
digunakan bergantung kepada jenis pakaian yang akan dihasilkan. Sebagai contoh, jika
panjang kain yang digunakan kira-kira 2 meter, ianya sesuai untuk menghasilkan
kemeja lelaki. Seandainya pembatik ingin menghasilkan pakaian wanita, mereka akan
menggunakan lebih kurang 4 meter kain dasar. Kain yang digunakan untuk mencanting
dan menghasilkan kain batik lukis ini bukan hanya menggunakan kain dasar berwarna
putih tetapi terdapat juga kain-kain yang telah diwarnakan terebih dahulu dengan
warna-warna lembut dan selepas itulah kain ini akan dicanting. Penggunaan kain dasar
yang telah diwarnakan terlebih dahulu akan menghasilkan batik lukis yang lebih
menarik kerana warna lilin yang akan terhasil selepas kain tersebut direbus ialah
mengikut warna pada kain dasar tersebut.



Kain dasar yang telah diwarnakan sebelum decanting

2.2.2: CANTING

Canting merupakan sejenis alat yang diperbuat daripada tembaga yang nipis, ringan,
teguh dan mudah dilenturkan. Alatan ini digunakan untuk melakarkan corak dan motif
pada kain dasar. Rupa bentuk canting terdiri daripada tiga bahagian iaitu :


a) BAHAGIAN PEMEGANG
- Terletak di bahagian belakang canting yang kebiasaaanya diperbuat daripada
kayu.

b) BAHAGIAN BADAN
- Bahagian ini mempunyai sebuah lubang kecil yang digunakan untuk
mencedok lilin yang telah dimasak daripada bekas lilin.

c) BAHAGIAN CORONG
-Bahagian ini juga dikenali sebagai cucuk corong yang terletak di bahagian
hujung yang berbentuk saluran kecil yang melengkung. Bahagian ini berfungsi
untuk mengeluarkan lilin daripada badan canting.

Canting ini mempunyai pelbagai jenis bergantung kepada corak yang ingin
dihasilkan. Antaranya ialah corong yang bermata halus digunakan untuk melukis
corak yang halus dan kecil seperti rintik, canting bermata sederhana digunakan
untuk melukis corak bunga dan corak yang bersaiz sederhana dan canting bermata
besar digunakan untuk melukis corak yang kasar dan besar malahan terdapat juga
canting yang mempunyai lebih daripada satu corong. Antara bentuk canting yang
biasanya digunakan oleh pembatik ialah canting berbentuk periuk, canting
berbentuk burung dan canting berbentuk kasut.




Antara canting yang digunakan untuk mencorakkan motif pada kain dasar.
Terdapat canting yang mempunyai lebih daripada satu corong.


2.2.3: LILIN

Lilin yang digunakan untuk membatik merupakan campuran lilin paraffin yang berwarna
putih dan lilin beawax yang berwarna kuning . Parafin merupakan lilin yang rapuh
manakala beawax merupakan lilin yang lebih liat. Lilin-lilin ini akan dicampur dengan
beberapa bahan lain seperti damar ataupun rosin, lilin lebah, minyak kelapa atau
minyak binatang. Lilin ini berfungsi sebagai panahan warna.


Parafin wax Beawax wax



Lilin yang dimasak









2.2.4: PEWARNA

Pewarna yang digunakan biasanya boleh didapati dalam bentuk hablur dan tepung.
Pewarna yang berkualiti kebiasaanya diimport dari Jerman, Jepun, China dan
Switzerland. Antara pewarna yang biasanya menjadi pilihan ialah Hoechit, Sumitomo,
ICI dan Remazol. Pewarna yang berkualiti seperti remazol boleh mencecah ratusan
ringgit untuk satu kilogram. Kualiti pewarna inilah yang akan membezakan warna-warna
yang terdapat pada kain batik lukis dan membezakan nilai sesuatu jenis kain batik lukis
itu sendiri.


Pewarna yang telah siap dibancuh




2.2.5: KANJ I / SODA ASH (SODIUM KARBONAT)

Serbuk soda ini merupakan sejenis bahan bewarna putih yang akan dicampurkan ke
dalam air yang telah dididihkan untuk proses merebus kain. Serbuk soda ini berfungsi
untuk memudahkan proses penanggalan lilin yang terdapat pada kain batik.




2.2.6: BERUS

Berus merupakan alat yang digunakan untuk mencolek warna pada motif yang telah
ditutup oleh lilin. Terdapat dua jenis berus iaitu berus besar dan berus kecil. Berus
besar digunakan untuk meratakan warna pada ruangan-ruangan kosong yang terdapat
di sekeliling motif yang telah dilakarkan dengan lilin. Manakala berus kecil pula
kebiasaanya digunakan untuk meletakkan warna didalam motif. Kini, berus bukan
sahaja digunakan untuk mewarna batik tetapi alatan ini juga digunakan untuk
melakarkan corak pada kain dasar. Kebiasaanya, penggunaan berus ini hanyalah untuk
mendapatkan corak- corak tertentu seperti garisan.

Berus besar untuk warnakan latar Berus kecil untuk warna motif
2.2.7: PEMIDANG

Pemidang merupakan alatan yang diperbuat daripada kayu yang digunakan untuk
merentangkan kain dasar untuk memudahkan proses melakarkan motif pada kain
dilakukan.



2.2.8: SODIUM SILICATE

Sodium silicate merupakan salah satu bahan yang sangat penting dalam penghasilan
produk batik ini. Sodium silicate ini berbentuk cecair pekat yang berwarna putih. Bahan
ini digunakan untuk mematikan warna yang terdapat pada kain dasar yang telah
diwarnakan sebelum kain tersebut direbus

.
2.2.9: MINYAK

Minyak ini akan dicampurkan ke dalam air rebusan bersama dengan debu soda ( soda
ash) bertujuan untuk mencerahkan warna dan melicinkan kain batik.
2.2.10: BINGKAI

Bingkai merupakan kerangka kayu yang berfungsi sebagai meja untuk merentangkan
kain untuk diwarnakan. Jika kain yang akan diwarnakan tidak tegang, perenggang akan
digunakan.


2.2.11: BLOK PENERAP
Bolok penerap merupakan sejenis alatan yang digunakan untuk menghasilkan batik
cap. Blok ini diperbuat daripada tembaga dan juga kayu yang mempunyai motif-motif
tertentu.

2.2.12: MEJ A
Meja digunakan dalam penghasilan batik cap dan diperbuat daripada kayu manakala
pada bahagian tengah meja diletakkan susunan batang pisang yang bertujuan untuk
menyerap sisa-sisa lilin yang telah digunakan.











3.0: MOTIF-MOTIF
3.1: BATIK CAP
Batik cap biasanya menggunakan motif-motif daripada sumber alam seperti motif-
motif tumbuhan dan haiwan. Antara motif yang sering digunakan ialah motif Pucuk
Rebung, motif Bunga Kerak Nasi, motif bunga Raya, motif Daun Sireh dan motif
Bunga Buluh. Motif-motif sebegini bukanlah sengaja diambil oleh orang Melayu tanpa
adanya nilai falsafah disebalik pemilihannya. Motif-motif ini sebenarnya sarat dengan
nilai falsafah yang menggambarkan pemikiran orang Melayu itu sendiri.

a) Motif Pucuk Rebung
- Pucuk Rebung digambarkan sebagai permulaan kehidupan seseorang
manusia yang mana dalam peribahasa Melayu sendiri ada menyebut bahawa
Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Peribahasa ini bermaksud
didiklah anak-anak sejak dari kecil lagi kerana waktu muda itulah senangnya
untuk membentuk diri mereka ke arah yang lebih baik. Biasanya motif ini
diletakkan pada bahagian kepala kain.


b) Motif Bunga Raya
- Bunga Raya dipilih memandangkan bunga Raya sendiri melambangkan
bunga rasmi Malaysia dan mempunyai maksud nilai-nilai perpaduan dalam
hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini.


c) Motif Daun sireh
- Daun sireh melambangkan kemuliaan hati seseorang, berani, tidak mudah
berputus asa dan rendah diri. Disebabkan tingginya nilai falsafah yang
terdapat pada daun sireh ini, maka ianya dipilih dan dijadikan motif dalam
penghasilan batik ini.





3.2: BATIK LUKIS

Selain menggunakan motif flora dan fauna, batik canting juga kebanyakannya
menggunakan motif abstrak seperti motif garisan, contengan serta garisan melingkar.
Hal ini kerana penggunaan motif-motif sebegini dapat mempelbagaikan lagi corak-corak
batik di Malaysia dan memberikan pilihan kepada pengguna untuk memiliki batik.
Penggunaan motif ini selain menampilkan kepelbagaian kepada batik itu sebenarnya
mempunyai maksudnya yang tersendiri.
a) Motif garisan melingkar
- Garisan melingkar ini sebenarnya menunjukkan kemewahan dan kekayaan
yang dimiliki oleh bangsa Melayu. Kekayaan ini bukanlah diukur dari aspek
kekayaan harta semata-mata sebaliknya juga dikira sebagai kekayaan budi
dan sifat peribadi yang dimiliki oleh bangsa Melayu.

b) Motif geometri
- Motif geometri banyak digunakan dalam penghasilan batik lukis. Penggunaan
motif ini menampilan kelainan dan keistimewaannya yang tersendiri. Antara
bentuk geometri yang sering digunakan ialah bentuk bulat, segi tiga dan segi
empat.














4.0: FUNGSI
Batik mempunyai fungsinya yang tersendiri dari segi fungsi ritual,sosial,gunaan serta
ekonomi.
1) Fungsi gunaan
- Kain batik mempunyai banyak fungsi dari segi gunaannya. Antaranya ialah ia
digunakan sebagai pakaian harian terutamanya bagi wanita-wanita Melayu.
Selain itu, ia turut dijadikan buaian dan gendongan bayi serta semutar
ataupun penutup kepala bagi lelaki.

2) Fungsi ritual
- Kain batik ini digunakan sebagai salah satu alat ataupun bahan dalam adat
melenggang perut bagi wanita yang hamil 7 bulan. Selain itu, ia turut
digunakan sebagai penutup mayat.

3) Fungsi ekonomi
- Kini, kain batik bukan hanya berfungsi untuk aktiviti sosial, ritual ataupun
sosial semata-mata bahkan ia turut mempunyai nilai ekonomi yang tersendiri.
Kain batik diberi suntikan nilai ekonomi dengan menghasilkannya
menggunakan kain yang lebih baik, pewarna yang lebih menarik serta motif
yang lebih kontemporari. Penghasilan batik ini mampu memberikan pulangan
yang lumayan kepada pengusahanya kerana harga bagi kain batik kini
mencecah ratusan ringgit.
















1.0: ASAL USUL
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan dan
dihasilkan oleh kaum Iban di Sarawak. Kebiasaan warna yang digunakan ialah warna
hutan atau warna semulajadi iaitu warna merah, coklat, hitam, biru nila da juga putih.
Pua kumbu ditenun oleh wanita Dayak dan dianggap kain suci. Ianya juga turut digelar
selimut rohani. Panjang kain ini kira-kira 2x1.5 meter. Kain pua juga dianggap anugerah
petara (tuhan) kepada orang Iban, dan kerana itu, ia dianggap sesuatu yang teramat
istimewa dan sakral dan dianggap sebagai lambang identiti budaya masyarakat Iban di
negeri Sarawak. Kain pua merupakan peralatan simbol yang amat simbolik yang
menjelaskan identiti budaya Iban menerusi keunikan motif-motif dan warnanya, bahawa
kain pua merujuk kepada bangsa dan etnik Iban di Sarawak sebagai pencipta, penenun
dan pemilik kepada kain pua itu.
Kain pua kumbu juga tidak boleh ditenun oleh sembarangan orang berdasarkan
motif yang dikarang. Perempuan muda yang dihormati perlu menghasilkan sehelai pua
kumbu untuk melayakkannya berkahwin. Wanita Iban harus tahu menghasilkan pua
kumbu terlebih dahulu untuk menunjukkan kematangan dan layak untuk berkahwin
dengan lelaki yang berkelayakan iaitu lelaki yang berjaya mendapatkan kepala yang
pertama. Pua kumbu yang dihasilkan oleh anak dara atau perempuan muda
menggunakan motif yang biasa sehinggalah mereka mencapai umur dewasa untuk
membolehkan mereka mengarang motif yang lebih misteri dan ritual.
Wanita yang lebih tua akan mengajar golongan yang lebih muda cara untuk
memilih motif kemudiannya beralih kepada motif yang lebih berbahaya. Ujian pertama
anak gadis untuk menghasilkan pua kumbu yang hanya bermotifkan daun dan motif
yang menjalar. Bagi motif yang suci, penenun perlulah meminta izin terlebih dahulu dan
keizinan tersebut akan diberitahu didalam mimpi penenun tersebut. jikalau mereka
masih melakukan motif tersebut tanpa izin, sesuatu yang buruk akan menimpa dan
mereka tidak akan dapat menghabiskan corak motif tersebut.

Masyarakat Iban juga percaya, semakin mistik/sacral sesuatu motif ini, semakin
dekat diri penenun tersebut dengan alam/kuasa ghaib. Penenun perlu tahu melindungi
dirinya atau mereka akan jatuh sakit atau hilang kebolehan untuk menenun. Motif pada
pua kumbu juga akan dianugerahkan kepada penenun melalui mimpi dan mereka harus
membuat motif tersebut. motif-motif yang ditenun pada kain pua dipercayai memiliki
semangat, nyawa atau roh yang dikhuatiri akan mengancam atau membunuh nyawa
penenun pua itu sendiri dan ritual pembuatan perlulah dilakukan dengan tertib dan
beradab. Antara motif yang dihasilkan dalam pua kumbu ialah motif haiwan, tumbuhan,
serangga, cakerawala dan unsur-unsur alam spiritual.
Setiap kain pua yang mengandungi motif yang berlainan, memberi semangat
yang berlainan kepada si pemakainya. Sebagai contoh motif harimau yang memberikan
semangat keberanian kepada si pemakainya. Pua kumbu digunakan dalam upacara
dan peristiwa penting termasuk kelahiran anak, sampai usia, menerima barangan
penting kepada rumah panjang,dan bagi tabir mayat yang diletakkan di rumah panjang
sebelum pengkebumian, perkahwinan dan sebagainya.
Pua kumbu dianggap sebagai simbol prestij, iaitu lambang dan alat kekayaan,
kebesaran dan kepentingannya dalam keagamaan dan kepercayaan orang Iban. Oleh
itu, kebanyakan motif dan rekacorak pua kumbu mengandungi nilai dalaman yang
mengandungi makna simbolik yang menyampaikan suatu mesej sangat penting kepada
pencipta dan pemiliknya. Ini kerana nilai dalaman pada motif-motif pua orang Iban amat
kompleks dan ia merupakan satu lambang atau simbol identiti atau pengenalan diri
bangsa Iban yang merujuk bahawa pua ialah cerminan identiti budaya orang Iban di
Sarawak dan di seluruh dunia





2.0: TEKNIK
2.1: Memproses benang
Benang putih yang dipilih akan direndam didalam air bersih semalaman
kemudian direndamkan kedalam cairan kanji. Tujuan proses menganji
dibuat adalah supaya benang tidak mudah putus dan berbulu.
Benang yang siap dikanji akan dibilas menggunakan kayu dan dijemur
sehingga kering. Pengeringan biasanya mengambil masa selama satu
hingga dua hari.

2.2: Menggulung benang
Setelah dikeringkan, benang akan dimasukkan kedalam alat yang
dipanggil pelayang benang untuk digulung dalam bentuk bebola.

2.3: Proses mengirit
Bang yang telah digulung dalam bentuk bulat tadi akan dimasukkan ke
dalam mangkuk benang untuk proses mengirit. Alat tenunan (Loom) akan
digunakan dalam proses ini. Mangkuk yang berisi benang akan dibawa
dari bahagian kiri loom tenunan dan dibawa dari bawah keatas dan
diselitkan anak-anak kayu sepanjang 30 inci diantaranya untuk
memudahkan proses yang seterusnya.

2.4: Proses mengarap
Dalam proses ini, kayu lambongan digunakan utnuk memasukkan
benang yang terselit antara kayu-kayu kecil dan dikait menggunakan jari.
Benang ini kemudiannya diikat pada kayu kecil yang disusun antara kayu
lambongan dan beliak besar.
Benang akan diangkat dan dimasukkan pada kayu kecil atau lidi yang
diselitkan untuk memudahkan kerja seterusnya.

2.5: Proses menegi
Dilakukan bertujuan untuk memendekkan benang dan menjimatkan masa
proses mengikat.
Benang yang siap digarap akan dilipat kepada dua bahagian secara
berselang-seli dan dijahit pada bahagian atas dan bawah.
Proses menegi/memilih benang atas dan bawah dilakukan seperti
menganyam. Benang ditegang dengan diselitkan pada tangga benang.
Lidi diselitkan berselang-seli, kemudian bahagian benang yang dipilih
(atas dan bawah) dilipat dan kedua-dua hujuang kayu akan diikat.
Tali rafia digunak untuk memisahkan benang yang diselitkan untuk
memudahkan kerja mengikat motif.

2.6: Proses mengikat motif
Benang yang telah siap diikat tidak akan ditanggalkan dari tangga
benang. Jaluran benang diiikat dengan tali raffia dengan teknik yang
tersendiri supaya tidak diserap oleh warna apabila dilakukan proses
pencelupan.

2.7: Proses mencelup warna (pertama)
Benang yang diikat tadi akan ditanggalkan dari tangga benang dan
direndam serta dibilas sebelum direbus.
Air dimasak bersama sedikit garam (bertujuan untuk mempercapatkan
penyerapan warna) sehingga mendidih
Benang dimasukkan kedalam air mendidih tersebut yang sudah
dicampurkan warna. Seterusnya dibiarkan selama 3 atau 5 minit dan
dialih-alihkan supaya warna yang dicelup menjadi sekata.
Benang yang telah diwarna, diangkat dan dibasuh menggunakan air biasa
sebelum dibilas dan dikanji sekali lagi. Kemudian, benang akan diletakkan
pada tangga benang semula untuk dikeringkan.

2.8: Proses mengikat kedua
Setelah dikeringkan, proses ikatan kedua dilakukan. Benang ikatan
pertama tidak dibuka. Setelah diikat, benang akan dipotong dari tangga
benang untuk tujuan pewarnaan kedua.
Proses pencelupan kedua sama dengan proses yang pertama, namun
kebiasaannya warna hitam yang akan digunakan. Sewaktu pencelupan
ini, bahagian atas benang akan dibungkus dengan plastik untuk mengelak
terkena warna hitam.
Setelah selesai mencelup, benang akan dibasuh dan dibilas sebelum
dikanji semula. Kemudian akan dikeringkan sebelum dibuka semua
ikatannya. Ikatan proses menegi dan jahitan atas dan bawah juga akan
dibuka.

2.9: Proses menenun pua
Benang yang telah dibuka ikatan akan dimasukkan pada loom tenunan.
Bahagian atas benang dimasukkan pada kayu rakup dan bahagian bawah
disusupkan pada kayu panjang sebelum diikat pada bahagian bawah
loom tenunan dan ditarik sehingga tegang.
Kerja mengirit bahagian tepi adalah sama dengan proses mengirit
pertama tetapi benang yang digunakan adalah bewarna coklat dan putih.
Proses mengarap turut dilakukan dimana kayu lambongan digunakan
untuk memasukkan benang yang terselit antara kayu-kayu kecil dan dikait
menggunakan jari. Benang ini kemudian diikat pada kayu kecil yang
disusupkan antara kayu lombongan dan beliak besar.
Kerja menenun dilakukan setelah benang yang akan ditenun dipasang
pada loom. Bahagian atas dipasang pada rakup lebih tinggi daripada
bahagian bawah yang diikat pada kaki loom tenunan.
Bahagian bawah juga disambungkan dengan sengkabit (alas belakang
semasa menenun). Ia juga berfungsi sebagai penegang ketika mengepoh
benang.
3.0: ALATAN DAN BAHAN
1. Loom tenunan pua
2. Tangga benang
3. Beliak besar
4. Rakup
5. Sengkabit
6. Lidi-lidi panjang (30 inci)
7. Kayu karap
8. Jengkuan
9. Kayu lambongan (bulat)
10. Kayu panjang
11. Pelayang benang
12. Mangkuk benang
13. Palung merebus
14. Periuk
15. Baldi
16. Besen
17. Gunting kecil
18. Kertas pasir
19. Kuel
20. Pewarna
21. Extension wire
22. Cerek elektrik
23. Minyak tanah
Dari segi teknik tidak banyak bezanya dengan cara dahulu. Penciptaan alatan baru
memudahkan lagi proses menenun pua. Dahulu, para penenun menggunakan warna
yang dihasilkan dari bahan alam semulajadi seperti halia, pokok mengkudu, kunyit dan
sebagainya.

4.0: CIRI-CIRI KHAS
Antara ciri-ciri khas yang terdapat pada pua kumbu ialah motifnya. Motif-motif
yang ditenun tidak boleh ditenun sembarangan orang. Sebagai contoh motif
engkeramba merupakan motif yang mempunyai spiritual yang tinggi dan hanya boleh
ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang sahaja. Motif juga hanya boleh
ditenun jika mendapat kebenaran melalui mimpi. Jika diingkari boleh mendatangkan
musibah kepada diri penenun. Semakin tinggi tahap spiritual yang ada pada kain,
semakin tinggi darjat atau kehebatan si penenun tersebut.
Selain itu, kebanyakan kain pua juga bewarna kemerah-merahan dan coklat tua
iaitu warna alam dan semulajadi. Walaupun banyak kewujudan pewarna kimia yang
baru, namun warna merah dan coklat ini masih dikekalkan kerana ianya melambangkan
identiti kain pua. Setiap corak pada pua kumbu mempunyai maksud dan tenaga.












5.0: MOTIF
5.1: Engkeramba
Motif ini ditenun dengan teknik ikat. Ia merupakan motif figura roh dan dipercayai
berkuasa menghalang bencana/kuasa jahat daripada menyerang tanaman dan
penghuni rumah panjang. Motif ini juga hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua
rumah panjang sahaja. Motif ini mempunyai semangat yang tinggi dan penenun yang
tidak mampu mengawal semangat tersebut boleh jatuh sakit.
5.2: Buaya
Motif dipercayai berkuasa menjaga tempat berhuma dan kaum iban percaya buaya
ialah jelmaan saudara mara mereka.
5.3: Ular
Motif ular tidak boleh ditenun sewenang-wenangnya kerana dipercayai membawa
petanda buruk.
5.4: Katak
Motif ini pula ditenun dengan gaya seperti gaya manusia. Menurut kepercayaan
kaum Iban,selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak dan
disebabkan itulah ia ditenun dengan bentuk seperti manusia.
5.5: Harimau & tikus
Motif ini dikarang dalam bentuk abstrak dan dipercayai si pemakai akan mendapat
keberanian. Para pahlawan yang ingin berperang akan memakai kain pua kumbu
menggunakan motif ini mereka mendakwa mendapat keberanian dalam menentang
musuh dan memenggal kepalanya.



5.6: Burung
Motif burung membawa petanda baik dan dipercayai membawa kekayaan dalam
pekerjaan.
5.7: Rusa
Motif rusa mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu. Pemburu gemar
memakai kain menggunakan motif ini untuk mendapat tuah atau hasil buruan yang
lebih semasa pergi berburu.
5.8: Serangga
Labah-labah, kunang-kunang, lipan dan kala jengking.
5.9:Bahan hutan
Rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bunga-bungaan











6.0: FUNGSI
6.1: Kelahiran
Bayi yang baru dilahirkan akan dibaringkan diatas kain pua kumbu. Ianya
bertujuan untuk melindungi bayi daripada kuasa jahat. Pada upacara
pertama iaitu semasa hendak memandikan bayi itu di sungai, bayi
tersebut diselubungkan dengan kain tersebut dan diiring ke tempat
permandian.

6.2: Perkahwinan
Pua kumbu digunakan untuk menghias ruang persandingan. Pasangan
pengantin akan duduk di atas gong di bawah kanopi pua kumbu dan
bersedia untuk menerima restu daripada orang-orang tua.

6.3: Kematian
Pua kumbu akan digantung sebagai langsir untuk melindungi si mati.

6.4: Upacara bercucuk tanam
Pua kumbu digunakan sebagai pandong untuk menyimpan pemberian
dalam upacara penanaman.

6.5: Upacara pemenggalan kepala
Digunakan dalam majlis untuk mengalas kepala yang diperolehi daripada
perang yang dimenangi.










Kolek ke hulu hingga ke Terengganu
Singgah di Pahang menjeruk maman
Alangkah indah songket Terengganu
Tenunan asli zaman berzaman




1.0 : ASAL USUL SONGKET
Kain songket yang tergolong dalam kategori tekstil telah dijadikan sebagai
perlambangan kepada keindahan, disusun menjadi sampiran pantun atau gurindam
bagi menjelaskan hubungan perasaan antara manusia dan kebudayaan Melayu.
Songket juga dikatakan sebagai lembaran kain yang disulam dengan benang-benang
emas, perak, dan benang pelbagai warna lain. Perkataan songket berasal daripada
perkataan sungkit iaitu menggunakan teknik dalam menenun songketmenyungkit
dengan lidi buluh atau nibung melalui benang kosong di permukaan alat tenunan yang
dipanggil kek. Kain songket juga digelar sebagai raja kain kerana kerumitan pembuatan
kainnya yang menggunakan benang emas. Songket tergolong dalam keluarga tekstil
yang mempunyai bentuk dan teknik pembuatan yang unik. Beberapa istilah Melayu
tradisi telah digunakan bagi menamai jenis kain yang dihasilkan dengan teknik tenun
sama ada yang menggunakan benang kapas atau sutera. Perkataan bersungkit atau
sulam benang emas dan perak jugak dikenali sebagai kain jong sarat, teluk berantai
atau berpakan emas. Istilah kain jong sarat, teluk berantai biasanya dirujuk kepada
hiasan yang memenuhi permukaan kain hingga dikenali sebagai songket bunga penuh
atau songket cuban.
Antara negeri- negeri utama yang terkenal dalam menghasilkan tenunan
songket di Malaysia adalah di Terengganu, Pahang dan Kelantan. Contohnya, di
Kelantan pada pemerintahan Long Pandak dimana beliau menjadikan Kampung
Kubang Labu ebagai pusat tenunan. Dari aspek sejarah, Kelantan dan Terengganu
merupakan sebahagian dari jajahan kerajaan Sriwijaya yang bertapak di Palembang.
Bermula pada abad kesembilan kerajaan ini telah merebak ke Langkasuka, Kelantan,
Terengganu dan Pahang. Menurut Windstet, bentuk- bentuk tenunan yang dihasilkan di
Palembang mempunyai kesan pengaruh dari China iaitu dengan menggunakan bahan
asas dari sutera dan labuci. Selain itu, di Malaysia ianya bermula dengan kedatangan
pedagang dari jawa, Kepulauan Maluku, Borneo dan Bugis namun tenunannya tidak
mempunyai cirri khas seperti yang dibawa masuk dari India dimana tenunannya
menggunakan benang emas dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang kebanyakan
kerana dijadikan pakaian khas untuk orang istana.












2.0 TEKNIK
2.1: Mewarna Benang
Benang untuk tenunan yang terdiri daripada benang kapas, benang sutera,
benang emas dan benang perak. Namun begitu, benang emas dan benang perak tidak
perlu diwarnakan keran ianya mengandungi warna asal iaitu warna kuning dari benang
emas dan warna putih kilat dari benang perak. Hanya benang mentah yang perlu
diwarnakan mengikut warna-warna yang dikehendaki menggunakan pewarna daripada
bahan-bahan semulajadi seperti warna merah yang diambil daripada biji kesumba, biru
daripada daun taring. Setelah diwarnakan benang tersebut dimasukkan ke dalam
kawah berisi air mendidih. Kemudian benang tersebut dibilas dengan air lalu dijemur
hingga kering.

2.2: Menerai benang
Menerai benang bereti menceraikan benang-benang dari tungkulan besar
dengan menggunakan alat rahat dan guwing. Benang-benang dibahagikan ke dalam
peiting-peiting buluh, kayu ataupun besi untuk benang pakan manakala unutk benang
loeng ia terus dilerai dan dimasukkan ke dalam anian untuk membuat benang loseng.
Kedua- dua alat ini lebih dahulu digunakan sebelum benang dipindahkan kedalam
bahagian kei. Benang- benang yang telah dilerai dimasukkan ke dalam pelting dan
torak sebagai benang pakan atau benang yang telah melalui proses mengani digulung
ke papan gulung untuk menjadi benang loseng.

2.3: Menganing
Benang yang sudah dilerai atau dipintal ke pelting diaur satu-satu di atas anian,
kemudian ditarik seberapa panjang yan dikehendaki berselang seli mengikut pacak-
pacak kayu di batang di batang anian. Untuk proses mengani dijalankan. Mengani
dibuat keatas benang- benang loseng.

2.4: Menggulung benang loseng ke papan gulung
Benang yang telah dianian digulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang
losengnya atau mengikut lebar kain yang dikehendaki pada papan gulung yang
dilekatkan pada pasung.

2.5: Menyapuk
Benang-benang yang telah digulung pada papan gulung ditarik dan dimasukkan
ke gigi jentera kemudian dilekatkan ke pesa yang terletak dibahagian di depan depan
tempat duduk penenun.

2.6: Mengarat
Mengarat ialah proes yang dibuat setelah benang loseng dipasang pada kei.
Gerakan loseng turun naik dimulakan dengan cara menggerakkan loseng turun
naikbersilih ganti apabila jijak karat ditekan, serta torak dilancarkan dari kiri ke kanan
atau sebaliknya.
2.7: Menyongket
Alat-alat yang digunakan semasa proses menyongket ialah kek tenun, coban,
torak pakan, dan torak benang emas. Dalam proses menyongket, lidi songketan
dimasukkan ke celah-celah benang loseng untuk membentuk motif atau bunga kain
songket. Benang loseng akan dianyam dengan benang pekan untuk dijadikan kain
songket. Bentuk motif pada kain songket kemudiannya dibuat dengan menggunakan
benang emas yang diisi kedalam Cuban. Kain songket yang mempunyai corak yang
penuh dengan benang emas dan perak dapat disulamkan dengan lebih banyak untuk
menghasilkan reka corak yang penuh pada kain songket. Sulaman menggunakan torak
benang yang diperbuat daripada buluh. Setelah songketan lidi dibuat, maka benang-
benang songketan akan diikat dan lidi songketan ini kemudiannya dikeluarkan dari
celah-celah benang.

2.8: Menenun
Proses menenun dilakukan dengan menggerakkan benang loseng secara turun
naik dengan menekan jijak karat. Selepas itu, torak yang membawa benang benang
pakan akan dilancarkan dari kiri ke kanan dan sebaliknya untuk membentuk lebar kain
manakala benang emas dari Cuban akan membentuk songketan bunga. Benang pakan
yang dimasukkan ke celah-celah benang loseng akan dihimpitkan dengan jentera
supaya ia menjadi rapat. Proses ini akan dilakukan secara berterusan sehingga motif
songket dibentuk.

3.0 : BAHAN TENUNAN
Sebelum proses tenunan dijalankan beberapa persediaan perlu dilakukan. Ini bagi
memastikan kelancaran ketika proses menenun dijalankan. Beberapa peralatan perlu
disediakan dalam proses menenun ini.
3.1: Lidi songketan
Selain itu, peralatan yang digunakan bagi proses menenun juga ialah lidi songketan.
Lidi songketan ini digunakan ketika proses menyungkit bagi menyediakan motif kain
songket.
3.2: Cuban
Cuban pula berfungsi untuk mengisi benang emas yang digunakan dalam proses
tenunan songket. Teknik penggunaannya adalah sama seperti penggunaan torak tetapi
benang dari Cuban adalah untuk membuat ragamhias songket, berbeza dengan
benang yang diisi pleting dan torak digunakan untuk membuat tenunan biasa.
3.3: Belira
Terdapat dua jenis belira yang digunakan iaitu belira besar dan belira kecil. Belira besar
digunakan untuk tujuan membuat ragam hias dengan cara memasukkannya ke celah-
celah benang loseng yang telah diikat. Belira kecil pula berfungsi untuk menyolek
benang untuk dijadikan ragamhias, corak, dan motif pada kain songket.


3.4: Peleting
Manakala peleting pula merupakan bekas buluh atau besi yang dililit dengan benang
yang dilerai daripada tongkol benang.
3.5: Torak
Torak juga salah satu peralatan yang digunakan dalam proses menenun. Torak
merupakan buluh yang berbentuk seperti tabung yang digunakan untuk mengisi
peleting yang telah dililit benang. Fungsi torak adalah untuk melancarkan benang pecan
(weft).
3.6: J entera atau sikat
Jentera merupakan peralatan yang digunakan untuk memasukkan benang loseng
(warp) melalui celah-celah giginya yang berjumlah antara 1,000-18,000. Panjang
jentera ialah mengikut kelebaran kain yang hendak di tenun. Contohnya, seperti 1.22m-
1.25m. jentera ini akan diletakkan di bahagian depan penenenun. Jentera atau sikat ini
dihentakkan dengan kuat untuk menjadikan benang tersebut kepada sehelai kain.
Tetapi kini, jentera atau sikat ini telah diperbuat daripada besi yang tahan karat.

3.7: Karat
Selain itu, peralatan yang terlibat dalam proses menenun juga ialah karat. Karat pula
berfungsi untuk mengikat benang karat supaya tegang. Karat kemudiannya
dihubungkan ke camang yang kemudiannya diikat kepada gantung karat.
3.8:Kei atau kek tenun
Alat tenunan amat penting dalam proses tenunan kain songket antaranya ialah kei.
Kek tenun atau kei ini biasanya diperbuat daripada kayu cengal. Bentuk badannya
diperbuat berdasarkan kepada fungsi kegunaannya. Alatan kei ini berukuran 1.2 meter
tinggi dan 1.5 meter atau 1.8 meter panjang.
3.9: Alat menerai
rahak adalah merupakan tempat untuk meletakkan gulungan benang.
Darwin pakan pula ialah untuk melerai benang pakan kepada pleting.
Darwin benang emas pula ialah sejenis alat untuk meleraikan benang
emas kepada pleting.
3.10: Alat menggani
Pada masa dahulu, alat ini diperbuat daripada kayu cengal. Alat ini berfungsi untuk
menyukat berapa meter benang yang dikehendaki untuk menenun.
3.11: Papan gulung
Papan gulung merupakan papan yang diperbuat daripada kayu cengal. Panjang papan
adalah mengikut kelebaran pada kain yang hendak ditenun. Papan gulung ini
digunakan untuk mengulung benang yang telah dianing.



3.12: Kayu sumbi
Kayu sumbi merupakan sebatang anak kayu yang mengandungi jarum atau paku pada
kedua-dua belah hujungnya. Ia digunakan untuk menjaga tepi kain tenun supaya sama
jarak untuk tidak berkedut.
3.13: J arum culik
Jarum culik pula digunakan untuk melekatkan kayu sumbi pada kain yang sedang
ditenun.




4.0 CIRI-CIRI KHAS
Antara ciri khas yang terdapat pada songket ialah ianya menggunakan benang emas
dan benang perak dalam tenunannya. Pada zaman dahulu, songket yang ditenun
menggunakan benang emas tidak boleh dipakai oleh golongan biasa sebaliknya hanya
layak dipakai oleh golongan atasan iaitu golongan diraja atau bangsawan. Penggunaan
benang emas yang berlebihan yang asalnya merupakan bahan mewah pada zaman
dahulu disamping pemakaian ragamhias teluk berantai yang terdapat pada songket
turut dilarang untuk orang kebanyakan. Selain itu, ciri khas yang turut terdapat dalam
kain songket ini ialah terdapat songket yang digerus menggunakan kanji dan digerus
menggunakan siput gerus untuk menghasilkan tekstur kain yang lebih licin namun tidak
boleh dibasuh.

5.0 : MOTIF
5.1 Motif Sulur Bayung
5.2 Motif Pucuk Rebung
5.3 Motif Bunga Cengkih
5.4 Motif Lawi Ayam
5.5 Motif Bunga Lawang
5.6 Motif Awan Larat
5.7 Motif Bunga Raya
5.8 Motif Bunga Cempaka
5.9 Motif Bunga Cina
5.10 Motif Bunga Bintang / Pecah Lapan
6.0 : FUNGSI
6.1 : Menjelaskan identiti dan kelas social dalam masyarakat Melayu
- Melalui jenis songket yang dipakai, orang kebanyakan hanya memakai
songket biasa manakala keturunan raja atau sultan memakai songket
yang menggunakan tenunan daripada benang emas, benang perak.

6.2 : Dipakai dalam Majlis Perkahwinan atau Majlis Rasmi
- Songket biasanya dijadikan persalinan pengantin tatkala bersanding.

6.3 : Dijadikan Kraftangan
- Dijadikan barang perhiasan, digantung pada dinding, dijadikan alas meja,
dijadikan beg tangan dan sebagainya.
















Cik Siti Wan Kembang berkembang jantan
Kain limar melekat di kulit
Songket bertabur merah pulasan
Ikat seribu pancung dibawah



1.0 ASAL - USUL

Kain Limar dikenali sebagai 'tenun ikat pakan'. Kain limar merupakan kain
tenunan klasik Melayu yang banyak dihasilkan di Kelantan, Terengganu dan Pattani. Di
Sumatera Selatan, limar juga diertikan sebagai proses memberi warna benang. Disebut
juga melimar atau mencolet, iaitu memberi warna yang lain pada benang yang telah
diberi warna dasar. Diselidik sejarah limar, ia wujud kerana pengaruh fabrik patola dari
India yang sampai ke alam Melayu, justeru masyarakat Melayu pada zaman itu
menamakannya sebagai limar. Penduduk Melayu di Palembang, Sumatera juga
memanggilnya sebagai limar.
Limar atau kain limar sering digelar sarung atau kain yang diikat pada bahagian
dada ke paras pinggang. Kain limar merupakan pakaian perempuan-perempuan di
istana ataupun penari mak Yong. Kebanyakan kain limar, dianggap sebagai warisan
budaya yang telah berusia lebih daripada 100 tahun dan tradisi penciptaan serta
penggunaannya sering kali dikaitkan dengan pemerintahan Cik Siti Wan kembang
pada sekitar tahun 1610-1677. Umumnya kain limar diklasifikasikan sebagai jenis tenun
benang ikat dan celup. Tradisi pengolahan dan penciptaan. Kain ini adalah bertitik-tolak
daripada pengetahuan mencelup benang loseng dan pakan sebelum ia ditenun. Reka
corak dan motif hias kain, terlebih dahulu ditentukan melalui proses ikatan benang
tersebut.
Di Kelantan, dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang (1610-1677) juga
dikaitkan dengan pemakaian kain tenun ikat. Kain ini lebih dikenali dengan makna kain
limar atau limas sebagai pakaian khas wanita istana. Pakaian Cik Siti wan Kembang
diperikan sebagai :

Cik Siti wan Kembang berkembang jantan.
Kain limar melekat di kulit
Songket bertabur merasa pulasan
Ikat seribu pancung ke bawah

Tiga helai kain limar telah dipakai oleh Cik Siti Wan Kembang. Satunya dipakai sebagai
kain kemban, biasanya kain ini tiada bersongket, ia ditenun kosong dan dihiaskan
dengan motif-motif bunga limar. Satu lagi kain sarung limar bersongket dipakai secara
melilitkan kain ini di keliling pinggang dan dikemaskan dengan tali pinggang serta
pending di bahagian tengah. Pakaian ini disertakan pula dengan kain selendang yang
menutup bahu yang terdedah. Pakaian Cik Siti Wan Kembang ini kelihatan sangat
kemas dan anggun kerana memakai kain limar yang halus buatannya. Limar
bersongket yang khusus dipakai sebagai selendang Cik Siti wan kembang atau Puteri
perak lebih menampilkan ciri-ciri estetika.
Kain limar dibawa masuk ke Pantai Timur oleh pedagang-pedagang Champa.
Limar Melayu lebih menonjolkan kesan warna perahan air limau menjadi istimewa
dengan motif kaligrafi Islam dan dapat diterima sebagai limar atau cindai Melayu. limar
ini digunakan sebagai bahan penting dalam upacara adat. Pada zaman dahulu kain ini
digunakan oleh kaum wanita untuk berkemban dengan punca kain dibiarkan jatuh untuk
menghiaskan dada. Kain ini digunakan sebagai sebai yang disangkut pada bahu oleh
para penghantar utusan. Fabrik Limar menjadi lambang kemewahan kerana ia
bukanlah fabrik biasa yang boleh dibeli daripada pedagang. Pada zaman dulu penenun
dinaungi raja-raja. Sebab itu mereka digelar tukang tenun istana. Fabrik limar yang
menjadi khazanah muzium pada hari ini semua milik Raja-Raja Melayu. Rakyat malah
pembesar istana tidak mampu memiliki kerana kerumitan menghasilkannya.
Kain limar terbahagi pada dua jenis bentuk iaitu bentuk kain sarung dan kain
lepas. Kain limar biasa kebanyakannya berpunca cuai atau disebut kain limar lepas.
Punca kain terletak di kedua-dua hujung kain dengan motif bunga renek-renek
berwarna merah manakala badannya berwarna hijau, merah, hitam kuning, ungu dan
oren. Kebanyakan warna pada kain limar adalah warna merah tua, yang biasa terdapat
daripada akar pokok mengkudu. Warna hijau dan kuning sangat sukar didapati mungkin
kerana warna-warna tersebut sukar untuk dihasilkan. Selepas tercetusnya Perang
Dunia Kedua, kain limar telah lenyap daripada diusahakan oleh penenun Pantai Timur.
Kebanyakan kain limar dianggap sebagai warisan budaya yang telah berusia
melebihi satu abad. Berdasarkan beberapa contoh daripada himpunan muzium Wilayah
Budaya Tekstil Melayu didapati beberapa ciri khusus wilayah asalnya. Limar dari
Kelantan dan Terengganu misalnya memilih warna cerah seperti hijau, kesumba dan
ungu. Ada juga limar telepuk, iaitu limar berhias perada. Limar juga dikenali sebagai
kain tajoong di lampung dan limar bersongket di Kelantan dan Terengganu (iaitu
gabungan tenun ikat dan songket kain Terengganu).










2.0 BAHAN
2.1 BENANG EMAS, PERAK DAN SUTERA

2.2 PEWARNA

2.3 MESIN TENUN

3.0 TEKNIK

Proses untuk menghasilkan kain melalui teknik ikat dan celup ialah dengan
menggunakan tiga atau empat warna. Ini akan menghasilkan corak-corak pecahan air
limau. Corak inilah yang menjadi nama kain limau tersebut.

3.1 TEKNIK IKAT DAN CELUP

Hanya benang pakan sahaja yang diikat menggunakan teknik ikat tunggal. Kain
yang ditenun dengan benang sutera halus yang telah diikat-ikat dan dicelup dengan
pelbagai warna untuk mendapatkan corak yang halus dan indah. Bagi menghasilkan
motif, benang pakan akan diikat-celup mengikut corak yang tertentu. Proses
pencelupan dibuat pada benang-benang yang telah diikat pada bahagian tertentu untuk
mengelakkan dari terkena warna. Ikatan-ikatan pula dibuat sedemikian rupa hingga
dapat meninggalkan bentuk corak apabila ia terlebih dahulu sebelum benang-benang
itu diikat. Caranya ialah dengan mengikat bahagian-bahagian tertentu pada benang
loseng atau pakan. Dengan cara ini, apabila helaian benang dicelup ikat ini dibuka dan
dijadikan benang loseng dan pakan untuk ditenun, terbitlah corak dan bentuk motif
sebagai ragam hias.
Ada juga pendapat mengatakan untuk menghasilkan kain limar, benang terlebih
dahulu diikat dengan tali yang diperbuat daripada batang pisang Gala, kemudian
dicelup dengan tiga atau empat warna berperingkat-peringkat sebelum ditenun dengan
benang emas atau perak. Apabila siap ia memberikan corak seperti pecahan air limau
3.2 TENUNAN

Benang-benang pakan ditenun satu persatu sehingga terhasilnya motif-motif
seperti bunga-bunga limar yang mengikut corak seperti teluk berantai, jejari kelam, siku
keluang, corak tapak catur dan corak berayat. Benang emas atau perak ditenun di
atasnya dengan corak tertabur atau berjalur. Di bahagian kepala dibiarkan kosong.
Ditenun dengan reka corak ikat dengan motif kuntuman bunga yang berbaris. Limar
ditenun dengan dua cara iaitu limar sarung dan limar lepas. Limar sarung dijahit untuk
dijadikan kain sarung dan kepala kain seperti biasa terletak pada bahagian tengah
badan. Manakala limar lepas tidak dijahit dan kepalanya terdapat pada kedua-dua
hujung.
Kain limar yang telah siap, didapati seolah-olah ditenun dengan pelbagai warna.
Walau bagaimanapun, warna-warna ini sebenarnya bukan ditenun tetapi disapu atau
disebut sebagai top dye. Kain yang telah siap ditenun akan direntangkan seperti
melukis batik dan barulah warna-warna tambahan disapukan pada corak-corak
tersebut




4.0 : CIRI-CIRI KHUSUS

Warna yang ada pada kain limar menyerlahkan warna-warna alam yang ada di
sekeliling tanah air. Benang emas ditenun menghiasi bahagian kepala dan di kedua-
dua punca dan sempadan kain. Kain limar berayat atau bersurat ditenun dengan
kalimah-kalimah Allah, surah Al-Ikhlas dan nama-nama sahabat Nabi. Teknik ikat dan
celup yang digunakan telah menghasilkan corak-corak pecahan air limau.
















5.0 : MOTIF

Bagi kain lepas, motif-motif biasanya diadakan pada badan kain dan punca kain.
Bentuk kain sarung pula terbahagi kepada motif-motif yang kurang jelas pada badan
kain, kepala kain dan kaki kain. Motif-motif ini berbentuk kurang jelas oleh sebab hasil
daripada tenunan ikat pakan. Apabila motif yang dihasilkan tidak jelas bentuknya maka
penenun memanggilnya 'bunga cuai'. Cuai di sini bermaksud tidak disengajakan.
Benang-benang pakan ditenun satu persatu sehingga terhasilnya bunga-bunga limar
yang mengikut corak seperti corak bunga penuh atau teluk berantai, corak bertabur,
corak jalur, corak siku keluang dan corak tapak catur. Motif seperti tampuk kesemak,
bunga bintang, tampuk manggis, bunga melur dan berayat adalah motif-motif yang
popular dalam kain limar.
Pada badan kain limar berayat ini terdapat kalimah La Ilaha Illa Allah. Manakala
pada kepala kain pula terdapat corak-corak atau motif-motif yang bersumberkan alam
semulajadi. Antara motif yang terdapat seperti awan larat, bunga pecah lima, lapan,
terdapat juga motif bukit, pucuk rebung. Ada juga keseluruhan badan di tenun songket
bertabur. Limar biasa bahagian badannya bercorak limar penuh. Kain limar seperti ini
hadir dalam warna merah, hijau, kuning, hitam dan ungu tetapi puncanya merah. Limar
Tenggarun' paling jarang diperoleh. Badannya corak limar halus berjalur seperti kulit
ular sawa dan diselangi dengan tenunan benang emas. Ada kalanya punca kain
ditenun songket.
Motif-motif pada kain limar mempunyai persamaan motif dengan kain songket
seperti tampuk kesemak, bunga bintang, tampuk manggis, bunga melur dan bunga
renek. Umumnya, corak-corak pada bahagian kepala kain limar, disebut sebagai bunga
renek-renek atau bunga-bunga halus. Manakala corak-corak di seluruh bahagian badan
kain pula, disebut oleh penenun-penenun dahulu sebagai corak jejari ketam. Ini kerana
gambaran yang terdapat pada kain tenunan tersebut memang menampakkan ketam-
ketam yang tersusun rapat. Sementara kaki-kakinya bercantum di antara satu dengan
lain.
Corak kain limar biasanya ditenun dengan dua warna sahaja. Warna asal ialah
putih, manakala warna yang dicelup adalah seperti merah, hitam, ungu dan kuning.
Bagi pakaian harian warna dasar kain yang sering menjadi pilihan ialah ungu, biru, hijau
dan merah muda. Corak kain yang digunakan oleh orang lelaki ialah melintang dan
berdiri. Coraknya agak kasar.


Motif Bunga Renek Motif Bunga Pecah Lapan








6.0 FUNGSI
6.1 SOSIAL
Khas ciptaan untuk golongan kerabat diraja dan orang berada. Menjadi lambang
kemewahan dan kuasa di istana Raja-Raja Melayu di Alam Melayu.

6.2 GUNAAN
Penggunaan kain ini biasa dibuat untuk pakaian. Kain selendang limar sangat
sesuai dipakai dengan pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya. Kain
limar sarung dijadikan sebagai sarung atau kain samping manakala kain limar panjang
dipakai sebagai selendang yang lebih dikenali dengan nama selendang limar
bersongket. Manakala kain limar berayat ini digunakan oleh orang-orang terdahulu
sebagai pembakar semangat, dililitkan di bahu atau kepala semasa berperang
menentang musuh.
Dahulunya, golongan wanita bangsawan menggunakannya sebagai kain kemban,
kain sarung dan kelubung. Manakala kaum lelaki menjadikannya sebagai kain samping,
kain ikat kepala atau ikat pinggan.

6.3 RITUAL
Kain limar berayat lazimnya digunakan untuk menutup jenazah dan keranda
jenazah. Sebagai tekstil penting dalam upacara adat seperti hadiah, hantaran, mandi
suci, bengkung dan ikat pinggan. Turut digunakan oleh anak raja untuk tujuan
berkhatan dan sebagai kain kelambu yang digantungkan sepanjang tempoh proses
pemulihan. Limar juga merupakan simbol ritual akan digunakan sebagai selendang,
bengkung atau kain dukung.


7.0 JENIS-JENIS KAIN LIMAR


A) KAIN LIMAR BIASA
Kain limar biasa dapat dipecahkan kepada 2 kategori, iaitu limar sarung dan
limar lepas. Kain limar sarung ditenun khas untuk dibuat kain sarung dan dipakai
oleh kaum wanita yang dipadankan dengan baju kebaya atau baju kurung.
Pengeluaran kain limar sarung ini sangat sedikit. Keadaan ini berkemungkinan
disebabkan oleh permintaan terhadapnya yang kurang. Kain limar sarung ini ditenun
khas kerana bahagian kepalanya terletak di bahagian belakang sahaja dan tidak di
kedua-dua puncanya. Dengan kata lain, ia hanya ditenun di bahagian tengah. Walau
bagaimanapun, warna pada bahagian kepala kain limar sarung ini tetap berwarna
merah, iaitu warna yang merupakan identiti bagi kain limar.
Kain limar lepas, umumnya digunakan oleh orang-orang lelaki dan ditenun
sepanjang lebih kurang 3 meter. Kain ini biasanya digunakan sebagai kain samping
dan bengkong oleh orang-orang lelaki dari negeri-negeri pantai timur seperti
Kelantan dan Terengganu. Untuk berpakaian lengkap, penggunaan dua helai kain
limar lepas diperlukan. Kepala kain limar lepas terletak di kedua-dua hujungnya dan
disebut juga sebagai punca cuai. Di bahagian badan terdapat corak yang penuh,
manakala warna pada setiap kain limar lepas juga adalah berwarna merah.
Bagi wanita Pantai Timur, kain limar lepas sering digunakan sebagai kain
kemban di mana punca kain dibiarkan jatuh menghiasi dada. Sekiranya kain limar
ini dijalin dengan benang emas, sama ada di bahagian badan atau di kedua-dua
puncanya, ia akan dijadikan sebagai selendang oleh orang-orang berada. Kerana
itu, pengeluarannya lebih meluas memandangkan kain ini lebih banyak digunakan
sebagai pakaian bagi penduduk di Pantai Timur pada suatu masa dahulu.


B) KAIN LIMAR BERSONGKET
Kain limar songket dapat dipecahkan kepada 2 kategori, iaitu sarung dan lepas.
Kain limar songket biasanya berwarna merah sahaja dan ditenun dengan reka corak
ikat yang bermotifkan kuntuman bunga-bungaan yang berbaris. Terdapat juga kain
limar songket yang ditenun dengan corak berbelah-belah atau disebut corak ular
sawa.
Benang emas biasanya tidak ditenun serata badan kain tetapi hanya ditenun
penuh di bahagian kepala atau di kedua-dua punca dan di sempadankan tepi kain.
Bagaimanapun, terdapat juga benang emas yang diselitkan di antara bunga-bunga
limar ataupun tenunan benang-benang emas itu sendiri yang berbunga-bunga. Kain
limar songket ini boleh dikatakan luar biasa dan sukar didapati. Dari keadaannya
yang cantik dan unik, kain seperti ini hanya dipakai oleh keluarga Diraja sahaja. Bagi
kain sarung, ia dipakai sebagai selendang atau lebih dikenali dengan sebutan
selendang Limar Songket. Kain limar songket dipenuhi benang songket di kepala
sahaja, corak bertabur atau bunga penuh yang disebut sebagai kain jong sarat atau
jong berlabuh, ia digunakan sebagai kain sarung atau kain istiadat.


C) KAIN LIMAR BERTULIS / BERAYAT
Kain ini dipanggil kain Limar Berayat kerana Limar bermaksud pecahan air
limau atau percikan air limau yang terdapat pada kain tersebut dan berayat kerana
corak yang terdapat pada kain ini mengandungi tulisan khat kalimah La Ilaha Illa
Allah.
kehebatan penenun pada zaman dahulu tiada tandingannya. Kemahiran
menemukan kedua-dua benang loseng dan benang pakan yang diikat celup telah
menghasilkan barisan ayat-ayat al-Quran dan kalimah-kalimah Allah yang berulang-
ulang. Warna yang digunakan pada kain limar bertulis ini sama seperti warna pada
kain limar biasa. Kain limar bertulis ditenun punca cuai dan kedua-dua puncanya
adalah berwarna merah dan ditenun dengan corak bunga-bunga halus atau bunga
renek-renek.
Antara surah-surah yang sering ditenun di atas kain limar bertulis ini ialah
surah Al-Ikhlas dan surah As-Saff yang memuji-muji kebesaran Allah. Terdapat juga
pada kain-kain tersebut nama-nama para malaikat seperti Jibrail, Mikail, Israfil dan
Israil serta nama-nama para sahabat nabi seperti Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali.
Pada kebiasaannya kain limar bertulis ini sering digunakan sebagai kain penutup
mayat ataupun penutup keranda.



D) KAIN TAPAK CATUR
Kain limar tapak catur diperbuat daripada sutera dan kapas. Kain limar tapak
catur bermaksud kain yang berkotak-kotak atau berpetak-petak dan yang berwarna-
warni. Warna yang digunakan pada kain ini selalunya garang dan menarik. Keadaan
ini menggambarkan kemahiran yang dimiliki oleh para penenun dalam
menghasilkan kombinasi warna-warna yang menarik seperti merah, kuning, hijau,
ungu dan sebagainya. Tenunan benang sutera kemas menjadikan kain limar tapak
catur kelihatan bercahaya.






Kain Perai baju Perai
Pakaian anak raja Tam Tuan
Hancur badan tulang bercerai
Baru lupa budimu tuan



1.0: ASAL USUL

Teknik ikat celup dalam bahasa Afrika adalah adire, manakala dalam bahasa
India pula ialah bandhana, dan dalam bahasa Jepun, shibiro. Istilah tersebut sudah
digunakan selama berabad-abad untuk menggambarkan cara membuat rekaan pada
kain, yang disebut seni ubar ikat/ikat celup/jumputan/tie dye. Pada proses pembuatan
motif ini, kain dilipat pada beberapa bahagian tertentu, kemudian diikat dengan karet
atau tali lalu di celup. Kain akan menyerap warna kecuali bahagian-bahagian yang
diikat. Dengan demikian terbentuklah pola-pola pada kain.
Seni ikat celup merupakan salah satu cara untuk mencegah terserapnya zat
warna oleh bahagian-bahagian yang diikat. Benua Asia merupakan sumber sejarah dari
kebudayaan kain dan tenun di dunia. Salah satunya ialah kain ikat-celup. Manakala,
dibeberapa negara Asia Timur, seperti India, Cina, dan Jepun, kain tradisional dengan
motif ikat celup telah dikenali beberapa abad yang lampau, sebagai kain yang
mempunyai makna dan symbol tradisi. Kain dengan teknik ikat-celup dikatakan
berkembang di Cina dan Parsi yang dibuktikan oleh adanya jalur sutera dan penggalian
kubur Kerajaan. Pada zaman dinasti Tang, tahun 618-906 masihi, teknik ikat-celup
dikenali sebagai sebahagian dari cara-cara mencipta ragam hias dan motif di atas
permukaan kain. Dari daratan Cina, budaya ikat-celup menyebar ke Jepun sebagai
bahan busana.
Busana kaftan dan sari yang menjadi pakaian adat di India pula memerlukan
kain-kain berukuran panjang serta warna-warna untuk menimbulkan keindahannya.
Dari beberapa sumber yang diyakini, proses teknik ini ternyata merupakan tradisi tertua
yang berasal dari Peru yang kemudian tersebar ke Mexico hingga bahagian barat daya
Amerika Serikat. Hasil penernuan dari beberapa ilmuwan, dikatakan bahawa teknik ikat
celup yang berasal dari Peru lebih banyak ragamnya berbanding Asia Timur terutama
dari segi bahan-bahan, simbol, serta kualiti kain dan teknik pewarnaannya.


Namun begitu, Perkembangan dari segi sejarah Batik Ikat Celup tidak dapat
diketahui bila mula wujud, namun dari kesan awal perjumpaan motif ikat celup bentuk
bulatan kecil dan garisan dengan warna-warna terang seperti merah, kuning, biru dan
hijau telah mula diperkenalkan dizaman Pra-Colombia sekitar 500 - 800 Masihi.
Sebenarnya ada yang menyatakan sejak zaman purba lagi tenik ini digunakan untuk
mewarnakan pakaian. Di Jepun teknik ini dikenali sebagai 'Shibori' telahpun digunakan
untuk menghiasi tekstil yang menggunakan kaedah ikat celup untuk dihiasi pada
pakaian kimono.

Shibori
Kain ini juga dipercayai pernah dipakai oleh kaum wanita Melayu pada zaman
dahulu namun kini ianya kian lenyap setelah tercetusnya perang dunia kedua. Teknik
asal membuat kain pelangi adalah berkemungkinan dari Gujerat, India. Hal Ini demikian
kerana, di India masih terdapat kain ikat celup seperti kain pelangi yang dibuat secara
komersial dan dikenali dengan nama Bandhi iaitu membawa maksud mengikat dalam
bahasa India. Namun begitu, dari segi bahasa pula, kain ikat celup merupakan batik
yang dibuat tanpa menggunakan malam (lilin) sebagai bahan perintang, tetapi ianya
menggunakan tali yang diikatkan pada kain yang berfungsi merintangi warna masuk
keserat kain. Tali dibuka setelah proses mencemup selesai kerana ikatan pada kain
akan menimbulkan motif tertentu. Bentuk motif itu pula adalah terbatas pada
kemungkinan bentuk ikatan tali tersebut.

2.0: TEKNIK DAN BAHAN
2.1: TEKNIK

Teknik membuat kain pelangi ialah menggunakan teknik ikat celup. Antara langkah-
langkah bagi menghasilkan kain ini ialah:

I. Kain sutera satin dibentang di atas lantai, seterusnya bucu kain
dilipat dan diikat dengan getah ikat.

II. Kemudian, kain tersebut diikat dengan mengikut citarasa pembuat
kerana teknik ini tiada motif seperti motif bunga atau haiwan,
sebaliknya motif yang muncul adalah motif secara spontan seperti
motif abstrak ataupun geometrik.

III. Bahan pewarna yang digunakan adalah warna alam semulajadi.
Terang atau gelap warna bergantung kepada lama masa merebus.

Warna yang telah siap dibancuh dengan menggunakan air.

IV. Kain yang telah diikat bersedia untuk dicelup ke dalam pewarna.

Kain yang diikat menggunakan getah sebelum dicelup.

V. Kain direndam ke dalam pewarna supaya lebih rata dan mesra.











Teknik Pewarnaan
Dalam proses pewarnaan batik ikat celup perlu diperhatikan susunan warna yang ingin
dicapai dari warna paling muda / terang sampai warna yang paling tua / gelap.

VI. Kain akan dimatikan warnanya dengan menggunakan air kapur
supaya dapat mengekalkan warna asal dan dibilas dengan air
biasa.
VII. Kain boleh dicelup dengan warna lain dengan cara mencelup
warna muda dan diakhiri dengan warna tua tetapi warna diletak
secara bertompok dan diakhiri dengan mematikan warna.
VIII. Kain yang telah siap dimatikan akan direndam buat seketika
dengan air biasa.
IX. Setelah kain dibilas, getah ikat boleh ditanggalkan dengan pisau
secara berhati-hati agar kain tidak koyak.
X. Hasil corak abstrak yang diperolehi pada kain dibuka dari ikatan
dan corak yang dibuat biasanya sukar ditiru semula kerana ianya
adalah corak spontan.

Hasil ikat celup pada sehelai kemeja T.


Contoh beg yang telah diikat celup.





Cara lipatan dapat menentukan corak yang menarik, ada yang menggunakan jarum
dan ada mengikat dengan menggunakan getah. Cara melipat dan meletakakan warna
dapat menentukan hasil yang menarik. Lihat gambar dibawah:












2.2: BAHAN-BAHAN
I. Kain sebaiknya kain kapas yang telah dibersih dan dikeringkan
II. Tali (tali rafia), benang, gelang getah
III. Batu, guli, duit syiling, kayu, biji saga dan sebagainya
IV. Warna, dye (jenis remazol, dylon, primazine)
V. Bekas untuk pewarnaan (baldi)
VI. Sodium silikat (pemati warna)
VII. Sarung tangan




Pewarna fabric (Dye)



3.0: CIRI-CIRI KHAS TEKSTIL
- Kain pelangi ini mempunyai motif-motif yang berwarna cerah atau warna muda
seperti warna pelangi.
- Tiada persamaan motif dengan kain pelangi yang lain kerana sukar ditiru.

4.0: MOTIF
Motif yang biasa digunakan pada kain batik pelangi ini ialah:





5.0:FUNGSI

Antara fungsi kain pelangi ialah ianya digunakan sebagai selendang bagi kaum
perempuan. Kain ini dipercayai jarang dibuat baju atau kain. Selain itu, kain ini juga
digunakan sebgai penutup dada bagi kaum wanita. Awalnya, kain ini dipakai oleh
golongan bangsawan pada kerajaan Sriwijaya dalam acara-acara tertentu seperti
upacara pernikahan,kelahiran dan upacara siraman. Namun begitu, pada masa kini,
kain ini dijadikan pakaian seperti baju kemeja lelaki.





















.tiada boleh memakai sebarang kain sarung benang emas
sutera yang berbunga seperti batik dan pelangi istimewa
yang tiada berkepala dan memakai kain hendaklah labuh
hingga ke bawah lutut, dan boleh memakai tengkolok batik
Jawa atau Bugis hitam tetapi tiada bertelepuk atau
berbenang emas.
A.Samad Ahmad (1966: 66)


1.0: ASAL-USUL

Perkembangan pakaian dan tekstil berlaku sejajar dengan keperluan dan
kemahuan manusia. Perkembangan ini juga dipercayai bermula hasil daripada
pertembungan budaya luar yang masuk ke negara ini pada zaman prasejarah melalui
aktiviti perniagaan serta penghijrahan.oleh para pedagang. Tekstils asalnya dikatakan
bermula dengan penggunaan bahan-bahan yang ada di persekitaran seperti daun-
daun, kulit kayu dan kulit binatang untuk menutup tubuh manusia. Seiring dengan arus
pemodenan dari zaman ke zaman, manusia mula mencari alternatif lain yang lebih
mudah dan sesuai seperti kapas dan bulu binatang yang dipintal menjadi benang.
Seterusnya, benang tersebut akan ditenun menjadi kain dan kemudiannya akan
dicantum menjadi pakaian yang selesa untuk dipakai.
Seni tenunan merupakan satu warisan yang terus mendapat tempat istimewa
dalam kebudayaan Nusantara sehingga ke hari ini. Tenunan adalah proses hasil jalinan
atau sulaman benang-benang yang digunakan secara berselang-seli antara benang
loseng dengan benang pakan untuk dijadikan sehelai kain. Perkembangan seni
tenunan dipercayai didorong oleh faktor kedudukan geografi rantau ini. Hal ini demikian
kerana Nusantara menjadi tempat tumpuan utama para pedagang dari Jawa,
Kepulauan Maluku, Borneo dan Bugis dan menjadi tempat persinggahan kapal yang
strategik menyebabkan para pedagang membawa masuk beberapa jenis kain yang
berkonsepkan tenunan. Antara tenunan yang paling terkenal ialah Songket Melayu dan
Tenunan Pua peribumi Borneo dan tenunan corak Bugis. Perusahaan tenunan ini
banyak dijalankan di negeri Pantai Timur, khususnya di negeri Kelantan, Terengganu
dan Pahang.
Kini, Kain Tenunan Pahang dan Tenunan Kapas agak popular digunakan dalam
kalangan masyarakat. Kain Tenunan Pahang dipercayai berasal dari Sulawesi dan
seterusnya dibawa ke Pahang pada abad ke-16. Tuk Tuan atau Keraing Aji yang
berketurunan Bugis dan bermastautin di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang
dipercayai merupakan tokoh yang bertanggungjawab telah memperkenalkan kain tenun
ini kepada masyarakat. Justeru itu, kain tenunan bererti kain atau tekstil yang dihasilkan
dengan teknik tenunan yang dibuat daripada benang. Seni tenunan dari Pahang ini
kemudiannya turut berkembang ke Kelantan dan Terengganu yang menggunakan
kedua-dua benang sutera dan benang kapas.
Tenunan benang kapas pula merupakan tenunan biasa yang termasuk dalam
kelompok tekstil sederhana iaitu jenis awal yang ditemui dalam penghasilan tekstil.
Tekstil ini menggunakan kapas yang dipakai oleh rakyat biasa. Antara kawasan yang
terkenal dalam penghasilan tekstil terutamanya Kelantan, Terengganu, Pahang, Riau-
Siak, Sulawesi, Minangkabau dan Palembang menghasilkan tenunan biasa ini yang
menggabungkan tenun benang pakan dan loseng berwarna. Tenunan dihasilkan oleh
orang-orang biasa kerana menurut kepercayaan, orang-orang tua akan menilai
kematangan seseorang gadis melalui kepandaiannya menghasilkan kain tenunan.
Tenunan bercorak mula timbul apabila penghasil tekstil mula mencipta motif jalur atau
garis kecil seperti pada kain hujan emas yang menggunakan benang sutera atau
benang emas untuk dijadikan pakaian raja. Di Kelantan, tenunan bercorak ini mula
berkembang di istana kerana rakyat biasa dilarang sama sekali memakai pakaian yang
menyerupai pakaian raja kerana menggunakan benang emas yang banyak. Sehingga
kini, Penambang masih lagi menjadi pusat tenunan yang utama di Kelantan.








2.0: TEKNIK DAN BAHAN

Tujuh proses yang utama perlu diberi perhatian dalam penghasilan kerja
menenun. Antaranya ialah mencelup benang, menerai, menganing, menyapuk,
mengerat, menyongket dan menenun. Pada masa kini penenun-penenun mewarnakan
benang secara moden. Mereka menggunakan pewarna kimia yang diimport dari
Amerika, Jerman dan England. Benang yang diwarnakan secara tradisional
menggunakan pewarna tumbuh-tumbuhan seperti kesumba (carthanus tinctorius),
kunyit (turmeric) dan sebagainya. Pewarna ini dicampur dengan jus asid buah gelugur
atau buah belimbing. Sebelum benang sutera diwarnakan, ia perlu dibersihkan dengan
memasukkannnya ke dalam air yang bercampur abu kerana sutera yang dibawa masuk
dari China adalah sutera mentah, kasar dan berwarna kekuningan. Abu yang digunakan
untuk mencuci sutera itu adalah dari kulit durian atau tangkai buah kelapa. Selepas itu
ia dibilas dengan air yang bersih dan dikeringkan. Hasilnya sutera menjadi putih, lembut
dan halus dan sedia untuk diwarnakan.
Untuk proses menerai, setelah tongkol benang diwarnakan dan dikeringkan,
benang tersebut akan dililit kepada batang buluh kecil untuk dijadikan benang peleting
dengan bantuan alat rahat dan Darwin atau daun ruing. Darwin biasanya terdiri
daripada bingkai yang dibina daripada palang-palang buluh yang dihubungkan dengan
tali penjuru yang bertentangan. Pada bingkai ini dimasukkan setongkol benang yang
kemudian benang ini dililitkan ke batang buluh yang dipanggil peleting dengan
memusingkan pemutar rahat ynag merupakan satu lat untuk proses putaran. Rahat
pada zaman moden ini terdiri daripada roda kayu sebesar jejari 12 inci yang
dihubungkan ke tempat pemutar yang dipanggil tangan rahat.
Menganing benang merupakan proses untuk penyediaan benang loseng
dengan menggunakan alat anian yang terdiri daripada pemidang peleting dan bingkai
pembuat loseng. Proses membuat benang loseng bertujuan menentukan berapa
panjang benang yang perlu ditenun untuk mendapatkan saiz dan jumlah kain
dikehendaki.
Proses menyapuk benang dilakukan dengan menyusutkan dua urat benang
loseng. Setelah zaman berlalu, cara menenun yang rumit telah mengalami sedikit
perubahan. Sekarang untuk membuat latar belakang songket adalah lebih mudah dan
cepat. Cara menenun latar belakang songket yang menggunakan teknik ikat memakan
masa yang panjang dan tidak hairanlah kalau harganya terlalu mahal. Teknik menenun
dan bahan yang digunakan dalam menghasilkan songket masih terpelihara sejak
zaman berzaman.
Proses mengarat dimulakan dengan gelung bahagian bawah dahulu dan
kemudian benang loseng diterbalikkan untuk dibuat gelung-gelung bahagian atas pula.
Gelung-gelung ini dibuat dengan bantuan papan karat. Benang asing yang lebih tebal
daripada benang loseng digunakan dalam membuat karat. Benang ini dimasukkan di
bahagian bawah sebarisan benang loseng yang terangkat meninggalkn ruang yang
disebut ruang belira iaitu ruang yang terjadi apabila kayu belira ditegakkan. Mengarat
dimulakan dari bahagian hujung benang loseng.
Menyongket dilakukan semasa proses menenun kain, apabila penenun
memasukkan kayu sumbi pada bahagian bawah kain yang ditenun. Kayu sumbi
digunakan untuk mengawal supaya tepi kain yang ditenun itu sentiasa lurus mengikut
lebar kain yang ditentukan.
Proses yang paling terakhir dan paling penting dalam penghasilan kain tenunan
ialah kerja menenun. Penenun akan menggerakkan pijak karat dengan kakinya dan
torak yang mengandungi dua lembar benang emas di dalamnya, disilang merentasi
ruang belira. Selepas itu belira dikeluarkan dan benang emas disikat dan ditekan
dengan gigi jentera supaya kedudukan benang pakan kelihatan kemas.






Gambarajah 2.1: Proses Tenunan







3.0: CIRI-CIRI KHAS

Kain tenunan menggunakan bahan asas daripada benang, iaitu benang kapas,
sutera, benang emas dan benang perak. Selain daripada benang, seni tenunan juga
menggunakan pencelup atau pewarna yang memainkan peranan mewarnakan benang-
benang mentah.
Benang emas dan perak tidak perlu dicelup kerana telah menghasilkan warna
semulajadi iaitu warna kuning. Warna asal tersebut terhasil daripada benang emas dan
warna putih dari benang perak. Benang kapas dan sutera mentah pula menghasilkan
warna putih kekuningan. Benang-benang tersebut dibeli dengan cara ukuran bantal
dengan beratnya kira-kira 3.6 kilogram. Sebantal benang mempunyai 36 tongkol dan
setiap satu daripadanya mempunyai 10 tongkol kecil benang yang beratnya kira-kira
30gm.
Benang mentah perlu diwarnakan untuk mendapatkan hasil yang menarik.
Biasanya penenun akan mencelup sendiri benang-benang tersebut dengan
menggunakan buah kesumba, biji celagi, merah tua cerah dari grtah pohon mala yang
dicampur kapur, biru dari daun terung, warna kuning akan terhasil daripada kunyit
sawa, hijau hasil campuran daripada daun tarung dengan kunyit atau air daun selasih
yang ditumbuk dengan kayu cendana. Para penenun juga menggunakan sabut kelapa
muda yang direndam dengan campuran tanah liat untuk menghasilkan warna hitam
secara semulajadi untuk diwarnakan pada benang. Bahan pencelup semulajadi ini
digunakan sebelum kedatangan pencelup dari China dan Jepun dibawa masuk ke
Tanah Melayu lagi.
Kini, terdapat bahan pencelup yang disediakan dalam bentuk serbuk dan hablur
mengandungi tiga warna asas iaitu kuning, biru dan merah. Serbuk ini perlu
dihancurkan dengan air panas dan satu campuran boleh digunakan untuk mencelup
benang yang menghasilkan 80 helai kain. benang-benang ini perlu dijemur sehingga
benar-benar kering untuk mengelakkan benang menjadi luntur.
4.0: MOTIF

Bentuk motif seni tekstil tenunan terdiri daripada unsur dan bahagian alam.
Kebanyakan semua bentuk motif dalam seni reka tenunan dilahirkan dalam gaya
geometri. Semua unsur dan bahagian alam yang dicipta akan disusun mengikut
susunan bunga penuh, susun bunga tabor dan susun bercorak oleh pengusaha
tenunan.
Antara unsur alam yang penting ialah tumbuhan dan binatang. Selain itu, ada
juga penenun yang mengaplikasikan bentuk-bentuk yang digunakan dalam kehidupan
seharian yang disebut sebagai alam benda. Manakala motif tumbuhan yang digunakan
pula ialah bentuk-bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian buah yang dikenali
sebagai tampuk.
Selain daripada motif tersebut, banyak lagi motif yang digunakan dalam
penciptaan tenunan. Antaranya ialah motif pucuk rebung yang diisi dengan motif daun,
bunga dan susun anak tangga di mana kesemuanya bersatu dan membentuk sebuah
kun. Tenunan ini menggunakan benang emas yang disongket pada celah-celah benang
loseng dan menghasilkan kesan sulaman penuh atas tanah kain.







5.0: FUNGSI

Pada zaman pemerintahan raja-raja Melayu iaitu sebelum kedatangan
penjajahan kuasa Barat, kain tenunan termasuk songket merupakan pakaian larangan
kepada rakyat biasa. Hanya golongan istana dan bangsawan saja yang dibenarkan
memakainya. Namun kini, pemakaian tenunan dipakai oleh kebanyakan rakyat biasa
yang dijadikan pakaian Melayu untuk golongan lelaki dan baju kurung untuk golongan
wanita. Tenunan juga telah dijadikan sebagai pakaian untuk majlis-majlis formal dan
adat-istiadat di mana-mana sahaja.
Kain sarung yang ditenun dikenali sebagai kain bujung ditenun sekeping atau
sejalur dan bahagian kedua hujungnya dijahit apabila dipakai. Fungsi utamanya
dijadikan sebagai samping yang dipadankan dengan pakaian sut tiga iaitu baju, seluar
dan samping. Untuk wanita kain tenun biasa dipadankan dengan baju kurung.
Kain kampuh pula merupakan dua lapis kain yang dijahit menjadi satu yang
dihasilkan daripada kain tenun. Ia ditenun dua lerang sebelum disatukan menjadi kain
sarung. Selain itu, kain kampuh turut berfungsi sebagai kain kelubung iaitu menutup
kepala apabila wanita keluar dari rumah, manakala dijadikan sebagai selepang bahu
untuk golongan lelaki. Kain kampuh ini turut digunakan sebagai buai bagi bayi.
Kain lepas juga merupakan hasil seni tenunan biasa dengan ukuran 60 cm lebar.
Kain ini dipakai sebagai samping dengan cara melipat serong tiga segi kerana sifatnya
yang tidak berjahit. Cara ikat ini dipakai oleh biduanda, budak suruhan raja dan turut
dipakai oleh panglima atau ahli pancak.
Para penenun turut menghasilkan kain destar, selendang dan sapu tangan
dengan perkembangan seni tenunan. Destar atau tanjak ialah penutup kepala bagi
lelaki terutamanya golongan yang dihormati seperti raja, orang-orang besar istana atau
pengantin. Tengkolok atau penutup kepala ini diperbuat daripada kain tenun biasa atau
bercorak. Kain destar hitam berkotak merupakan destar untuk penghulu adat. Pada
asalnya tengkolok merupakan pakaian anak-anak raja pada zaman pemerintahan
Sultan Muhammad Syah iaitu Raja Melaka yang ketiga, dan merupakan pakaian
larangan bagi rakyat biasa. Ukuran tenunan untuk destar, tengkolok atau lilit kepala
ialah 45, 60 dan 85 cm persegi. Bentuk destar ini telah memperlihatkan keunikan
penciptaannya yang tersendiri dan pernah disebut sebagai tengkolok hitam belah
mumbang, ;helang patah sayap di Perak dan cogan daun kopi di Pahang yang dicipta
pada zaman pemerintahan Sultan Pahang 1.
Selain itu, tenunan ini juga digunakan sebagai selendang atau tutup kepala bagi
wanita. Selendang ini dipadankan dengan baju kurung untuk menghadiri majlis atau
bertandang ke rumah saudara-mara. Tenun ikat sering dijadikan sebagai selendang
besar dan digunakan untuk upacara adat bercukur dan berkhatan.























1.0: ASAL USUL
Kain gerus merupakan kain Bugis yang dikilatkan melalui cara menggosokkannya dengan
menggunakan siput gerus. Kain Bugis ini biasanya akan dibasuh, dikanji, diregang, dan dijemur
sehingga kering. Ia kemudiannya akan digosok dengan siput gerus sehingga berkilat. Kain gerus
ini mempunyai fungsi utiliti dan sosial iaitu digunakan sebagai kain yang dipakai dalam majlis-
majlis keramaian seperti majlis perkahwinan.

2.0 : CARA-CARA MENGHASILKAN KAIN GERUS
1. Kanji akan dimasak terlebih dahulu dengan mencampurkan tepung ubi kayu dan air yang
secukupnya.
2. Kanji dan air dimasukkan ke dalam baldi sebelum kain tenun dicelupkan sehingga basah
dan rata sambil dilurutkan beberapa kali.
3. Kain ini kemudiannya dijemur ditempat yang lapang dengan ditegangkan dan disokong
oleh kayu panjang serta pemberat seperti batu-batu agar kain tidak berkedut atau
berlipat antara satu sama lain.
4. Apabila kain diangkat, kain akan dibentangkan dan digerus menggunakan kulit siput
gerus untuk menjadikannya licin dan berkilat.

3.0: PERALATAN MENGHASILKAN KAIN GERUS
3.1: BAHAN
1. Kain tenun
2. Siput gerus
3. Kanji
4. Tepung ubi kayu
5. Air
6. Kayu panjang
7. Batu pemberat
















1.0: ASAL USUL

Kain cindai berasal dari Gujerat, India dan ia juga dikenali sebagai kain Patola
iaitu sempena nama sebuah tempat di India. Sejak kurun ke-12 dan ke-13 kain cindai
telah menjadi barang pertukaran perdagangan yang sangat digemari kerana keunikan
dan kesukaran untuk diperolehi. Pedagang-pedagang Bugis yang dating berdagang di
India menukarkan kain cindai dengan rempah ratus, buah pala dan sebagainya. Tiga
tangkai buah pala ditukar dengan sehelai kain cindai. Oleh itu, kain cindai dikatakan
telah dibawa masuk ke Negara ini oleh pedagang India yang beragama Islam yang
berurusniaga disini.
Pedagang-pedagang Portugis, dan Belanda yang telah mula berdagang di
rantau ini iaitu di Riau, Melaka juga meminati kain cindai dan juga menjadikan kain
cindai sebagai barang dagangan. Pada abad ke-17, orang Belanda yang menguasai
perdagangan di Indonesia telah mengenal pasti bahawa kain cindai turut dihasilkan
oleh penenun tempatan disana. Di Indonesia, ia juga telah dikenali sebagai kain cindai,
cinde, gerinsing dan limar. Di Selatan Sumatera, limar membawa maksud member
warna pada benang. Namun, apabila disebut kain limar, masyarakat sudah mengenal
pasti bahawa apa yang dimaksudkan ialah kain cindai.








2.0: TEKNIK DAN BAHAN

Kain cindai bukanlah boleh disiapkan dalam waktu yang singkat kerana teknik
pembuatan kain cindai sangat rumit dan memakan masa berbulan-bulan. Proses
mewarna sahaja mengambil masa selama enam hingga 12 bulan. Kain cindai dibuat
menggunakan sutera halus dan ditenun dengan teknik yang sangat rumit iaitu double
ikat. Ikatan double ialah proses mengikat dan mewarna kedua-dua benang yang
diperlukan iaitu benang loseng dan benang pakan. Itulah sebabnya proses mewarna
mengambil masa yang lama.
Rekacorak kain cindai dihasilkan dengan pertemuan kedua-dua benang
loseng dan benang pakan yang sudah diikat dan diwarnakan tadi. Kain cindai kemudian
akan ditenun. Kain cindai yang sudah siap ditenun biasanya mempunyai ukuran
panjang yang luar biasa iaitu di antara lima meter hingga tujuh meter dan lebarnya ialah
75 sentimeter hingga 90 sentimeter.











3.0: CIRI-CIRI KHAS
Kain cindai dibuat menggunakan benang loseng dan benang pakan. Benang
pakan juga dikenali sebagai benang emas. Oleh kerana itulah ia dikenali sebagai kain
bermutu tinggi dan harganya mahal. Benang-benang ini akan diikat sebelum dicelup
dengan pelbagai warna secara berasingan. Warna yang digunakan antaranya ialah
warna jingga dan warna merah kesumba. Benang yang ditenun menghasilkan
ragamhias seperti corak giling kacang, corak hujan lebat dan corak merpati
sekawan.
Masyarakat Melayu percaya bahawa pembuatan kain cindai tidak mudah dan
penuh syarat serta pantang larang. Pembuatan kain cindai memerlukan enam tukang
mahir. Mereka adalah terdiri daripada tukang tenun diraja, pawing raja, hulubalang raja,
ahli falak, ahli agama dan tukang seni. Ada juga yang mengatakan bahawa pembuatan
kain cindai bersama-sama dengan tukang yang ketujuh iaitu yang berasal daripada
kaum jin. Oleh itu, kain cindai juga dianggap keramat dan mistik.
Walaupun kain cindai hanyalah kain tenunan, cindai digelar seekor cindai
kerana masyarakat Melayu percaya bahawa kain cindai hidup. Buktinya, biarpun
beratus-ratus tahun umurnya, kain cindai tetap utuh, warnanya tidak pudar dan baunya
tetap wangi. Jesteru kain cindai mempunyai nilai yang tinggi dalam adat dan budaya
Melayu serta menjadi lambing contoh perilaku orang Melayu yang baik. Apabila ia
dibakar, kain cindai juga dikatakan tidak hangus.






4.0: MOTIF
Kain cindai bertekat benang berwarna merah ditepinya dan berwarna hitam
seakan-akan kelabu serta bercorak daun dan bunga. Kain cindai yang ada di Negara ini
banyak bermotifkan geometri atau bunga-bunga. Ini berkemungkinan kerana pada
masa itu pengaruh Islam sudah kuat menapak dan motif-motif binatang atau pahlawan
menunggang gajah tidak digalakkan.
Dalam budaya tradisi, telah diperikan tentang cindai betina dan cindai jantan.
Cindai betina atau dikenali sebagai cindai sari mempunyai ukuran yang agak panjang
dan tenunannya juga lebih kasar. Motif hiasannya pula adalah lebih kecil. Kain cindai
betina ini dipakai oleh kaum lelaki. Manakala kain cindai jantan pula lebih halus, pendek
serta mempunyai hiasan bunga lebih besar. Ianya digunakan oleh kaum wanita sebagai
kain pengikat pinggang.

5.0: FUNGSI
Penggunaan kain cindai amat terhad sekali. Kain cindai bukan seperti kain tenunan lain
yang boleh dijadikan pakaian harian. Ia biasanya digunakan sebagai hadiah pertukaran
antara raja-raja pemerintah di antara negeri-negeri. Kerana itulah kain cindai ditenun
sepasang dan disebut jantan dan betina. Menurut sejarah juga, kain cindai juga
merupakan tekstil pertama yang digunakan oleh anak-anak raja. Disamping itu, ia juga
digunakan oleh gologan istana sebagai persalinan lengkap pakaian adat seperti
bengkung, selendangm dan untuk berkemban.
Dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu juga, kain cindai hanya dipakai
oleh pahlawan-pahlawan Melayu seperti Hang Tuah dan sahabatnya. Kain cindai
diperasap bersama keris dengan mantera-mantera yang dipercayai kebal dari tikaman
dan senjata. Hang Jebat dikatakan mati selepas tujuh hari ditikam oleh Hang Tuah dan
kain cindai digunakan sebagai pembalut luka.

Kain cindai juga digunakan sebagai senjata kerana kekukuhannya dan
digunakan dengan cara menyebat, mencekik, menyambar anggota badan lawan dan
mengunci atau mengikat pergerakan lawan. Kebiasaanya untuk pertarungan, satu
hujung kain ini akan diikat simpul dan berfungsi sebagai pemberat bagi memudahkan ia
disebat. Pakar cindai boleh menyebat simpulan ini dengan tepat dan dikatakan mereka
dapat memecahkan busut dengan ketepatan dan kekuatan sebatan itu. Kebiasaanya
pesilat wanita menggunakan kain cindai sebagai senjata pertahanan diri kerana pada
kebiasaannya kain cindai digunakan sebagai penutup badan seolah selendang atau
tudung atau ikat pinggang dalam pakaian tradisional wanita Melayu.
Dalam adat perkahwinan Johor-Riau, kain cindai adalah tekstil pilihan utama.
Kain ini digunakan dalam hamper kesemua upacara adat seperti adat meminang,
perkahwinan, kelahiran, dan kematian. Dalam budaya Melayu juga, ia penting dalam
majlis perayaan, menjadi kain penari tarian Jawa, seluar adat di keratin Jogjakarta,
wayang wong, wayang topeng, upacara keagamaan di Bali, hadiah hantaran utama di
Riau dan banyak lagi. Anak dara yang bakal mendirikan rumah tangga juga perlu
bertangas wangi tiga hari sebelum menjelang hari bahagia. Ramuan tangas wangi akan
dibalut dengan kain cindai yang dikatakan mampu membuang bau badan termasuk
ketiak.
Penganut Hindu di Indonesia pula menjadikan kain cindai sebagai selimut untuk
pesakit kerana ia boleh menyembuhkan penyakit. Ada juga yang menggunakan kain
cindai sebagai pembalut mayat kerana dipercayai mayat tidak akan reput. Bukti diatas
menunjukkan kain cindai sangat dianggap mistik oleh masyarakat dahulu. Sekarang
fungsi dan cara buatannya telah sedikit berubah dengan adanya teknologi. Kain cindai
juga telah dijadikan pelaris dan digantung kain cindai dalam ukuran kecil di dalam
kedai.

You might also like