You are on page 1of 10

PROSIDING PERKEM III, JILID 1 (2008) 332 341

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke III (PERKEM III),
Daya Tahan Ekonomi Negara: Dasar dan Strategi Pengukuhan
Port Dickson, Negeri Sembilan, 20 22 Ogos 2008
KESAN RASUAH TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI: KAJIAN KES
DI MALAYSIA
EFFECTS OF CORRUPTION ON ECONOMIC GROWTH: A CASE STUDY IN MALAYSIA

Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab


ABSTRAK

Rasuah merupakan penyakit masyarakat yang serius diperdengarkan pada masa kini, khususnya
dikalangan negara membangun. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap pertumbuhan
ekonomi dan juga kesan terhadap kehidupan sosial masyarakat. Pengamalan rasuah yang berleluasa
boleh mengakibatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara itu terbantut dan seterusnya
menyebabkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) juga turut menurun. Bahkan amalan rasuah juga
turut menjadi barah penyakit kepada masyarakat akibat daripada ketidakadilan sosial yang wujud
dikalangan masyarakat secara amnya. Bertepatan dengan masalah tersebut, maka objektif utama kajian
adalah untuk melihat kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Hasil penemuan
kajian yang dibuat di Malaysia menunjukkan kesan negatif di mana dengan peningkatan rasuah
sebanyak 1% akan mengakibatkan KDNK negara akan menurun sebanyak 1.618%. Ini jelas
menunjukkan bahawa amalan rasuah yang berlaku di Malaysia memberi kesan yang negatif terhadap
pertumbuhan ekonomi di mana pemboleh ubah rasuah yang diperolehi adalah signifikan untuk
menerangkan kadar pertumbuhan KDNK negara pada aras keertian 1%.

Kata Kunci: Indeks Persepsi Rasuah, Pertumbuhan Ekonomi, Stok Modal Insan, Pelaburan Langsung
Asing dan Perbelanjaan Kerajaan.


ABSTRACT

Corruption is a serious societys disease, especially among developing countries. This has indirectly
affects economic growth and societys livelihood. Rampant corruption may stunt a countrys economic
growth. Corruption is akin to cancer to a society due to social injustice that generally exists in society.
Thus, this objective of the study is to analyse the effects of corruption on Malaysias economic growth.
Findings indicate negative effect where in corruption by 1 percent will cause the nations GDP to
decline by 1.618 percent. This shows that corruption in Malaysia has negative and significant impact
on economic growth.

Keywords: corruption perception index; economic growth; foreign direct investment; and government
expenditure; human capital stock


PENGENALAN

Rasuah sering kali diperkatakan sejak kebelakangan ini. Bahkan ia menjadi barah kepada masyarakat
kerana sifat keji perbuatan tersebut dan kesan buruknya kepada masyarakat serta negara. Sejarah
Malaysia juga turut dibuktikan bahawa jatuhnya kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka disebabkan
rasuah yang berleluasa dikalangan pembesar istana pada masa itu. Ini jelas menunjukkan bahawa
kejatuhan sesebuah kerajaan itu tidak semestinya kalah di medan peperangan dan malahan kejatuhan
sesebuah kerajaan itu boleh dilihat daripada sikap keji masyarakat itu sendiri. Amalan rasuah juga
telah menyebabkan tumbangnya diktator Ceausescu di Romania yang dihukum tembak pada tahun
1990. Shah Reza Pahlavi dari Iran terpaksa melarikan diri daripada takhtanya ekoran daripada revolusi
rakyat Iran kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbirannya. Begitu juga yang berlaku
kepada bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos, yang terpaksa hidup dalam buangan hingga ke akhir
hayatnya kerana digulingkan akibat rasuah. Di Amerika Syarikat pula, Presiden Richard Nixon juga
tumbang akibat skandal Watergate, semuanya berlaku gara-gara perbuatan jenayah rasuah (Mohd
Shauki Abd Majid, 2004). Ini jelas menunjukkan bahawa sejarah telah membuktikan segala-segalanya
tentang keburukan rasuah serta kesannya terhadap masyarakat sebagaimana kejatuhan tamadun yang
gah pada zaman dahulu, iaitu Kerajaan Melayu Melaka.
Dalam pada itu, Bank Dunia mengandaikan rasuah ini sebagai satu ancaman yang terbesar
kepada ekonomi dan pembangunan sosial. Ia membantutkan pembangunan negara dengan memporak-
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 333

perandakan undang-undang dan juga melemahkan institusi asas dalam pembangunan ekonomi (David
Ng, 2006). Jelas di sini menunjukkan bahawa rasuah ini meninggalkan kesan yang amat negatif
kepada masyarakat dan negara kerana pembangunan ekonomi sesebuah negara itu terbantut akibat
daripada amalan rasuah tersebut.
Malang sekali negara-negara yang tinggi kadar rasuahnya terdiri dikalangan negara yang
rakyatnya menganuti agama Islam dan Kristian fahaman Katolik, negara yang menggunakan
perundangan Perancis ataupun sosialis dan prestasi kerajaan yang lemah juga turut menyumbang
kepada peningkatannya kadar rasuah. Namun sebaliknya, kadar rasuah yang rendah adalah dikalangan
negara yang rakyatnya menganuti agama Kristian fahaman Protestant, negara di bawah jajahan British,
negara yang mengamalkan undang-undang British, negara yang mengamalkan demokrasi dan kerajaan
yang bersatu-padu (David Ng, 2006).
Penyataan yang dibuat tersebut menyebabkan kita tertanya-tanya mengapakah negara yang
majoritinya menganuti agama Islam menjadi negara penyumbang tertinggi kepada kadar rasuah dunia.
Bahkan pengharaman rasuah juga telah dinyatakan dengan sejelas-jelasnya dalam kitab suci al-Quran
dan turut juga diterangkan oleh Rasulullah S.A.W melalui hadis beliau. Antara mafhum firman Allah
S.W.T dalam surah Al-Anfaal, ayat 27 yang bermaksud:

Wahai orang-orang Yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah
dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang
kamu mengetahui (salahnya) (8:27)

Dalam ayat yang lain, pengharaman rasuah turut dijelaskan juga dalam surah Al-Baqarah, ayat 188 dan
maksud ayat tersebut adalah:

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) antara
kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu
(memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil)
sebahagian daripada harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu
mengetahui (salahnya)

Hakikat kepada berlakunya amalan rasuah ini disebabkan sifat tamak kerana sifat tamak haloba itulah
yang menjuruskan seseorang itu untuk melakukankan amalan rasuah. Hal ini tidak dapat dinafikan
kerana fitrah semulajadi manusia adalah berkeinginan kepada harta dan penyataan ini turut dijelaskan
dalam surah Al-Fajr, ayat 20:

Serta kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba

Dalam pada itu juga, pengharaman rasuah dan amalan mengkhianati amanah turut dinyatakan dalam
hadis-hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Daripada Rasulullah S.A.W bersabda: Rasulullah S.A.W melaknat orang yang
memberi rasuah dan penerima rasuah

Dalam hadis yang lain turut dijelaskan larangan mengkhianati amanah yang bermaksud:

Sabda Rasulullah S.A.W: Apabila amanah diabaikan maka tunggulah hari kiamat.
Al-Arabiy bertanya: Bagaimanakah mengabaikannya wahai Rasulullah? Maka
baginda bersabda: Apabila sesuatu perkara diserahkan kepada bukan ahlinya, maka
tunggulah hari kiamat (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Turut dijelaskan juga seksaan neraka bagi pengamal rasuah kerana hasil pendapatan haram yang
digunakan akan menjadi darah daging kepada orang yang mengambilnya, dan ini turut dinyatakan
dalam hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ahmad:

Wahai Kaab bin Ujrah: Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada
dagingnya daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya

Jelaslah di sini menunjukkan bahawa pengharaman rasuah itu telah dijelaskan dengan jelas sekali
berdasarkan kepada ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W itu sendiri yang mana maksud ayat
334 Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab

tersebut dijelaskan melalui dalil yang qati iaitu daripada dalil naqli yang diturunkan oleh Allah S.W.T.
dan juga hadis Rasulullah S.A.W.
Berdasarkan kepada petikan ayat Al-Quran dan hadis tersebut, Islam melarang keras amalan
rasuah dan ada asasnya mengapa Islam melarang keras amalan tersebut sebagaimana pengharaman
judi, arak dan zina. Asas kepada pengharaman rasuah tersebut boleh dilihat daripada mata kasar, iaitu
kesan kepada ekonomi negara dan juga kesan kepada masyarakat sejagat.
Khairul Azhar Idris (2005) menyatakan bahawa pada hakikatnya gejala rasuah dilihat sebagai
satu jalan pintas dan mudah bagi mendapatkan sesuatu peruntukan ataupun kejayaan daripada golongan
tertentu. Amalan rasuah tersebut menimbulkan satu fenomena dari kalangan masyarakat yang kaya
semakin kaya dan yang miskin bertambah miskin. Ini boleh mengakibatkan penindasan di mana suatu
perkara tidak dapat disalurkan dengan jalan yang betul dan ini menyebabkan yang berhak tidak
mendapat apa-apa manfaat dan sebaliknya yang tidak berhak mendapat manfaat.
Islam telah mengharamkan penindasan di mana sikap rakus tersebut menyebabkan orang
miskin terpinggir dan seterusnya tidak mendapat pembelaan. Namun demikian, setiap kehidupan
manusia sama ada yang kecil atau yang besar akan dinilai oleh Allah S.W.T. Oleh itu, Islam lebih
menekankan kepada konsep persaudaraan yang mana setiap umat Islam adalah bersaudara dan Islam
juga turut mengharamkan penindasan.
Dalam negara kita, untuk menjana keutuhan Islam dan kekuatan umat adalah tanggungjawab
orang yang memegang amanah kuasa dan pangkat. Jika kalangan umat Islam yang di beri kuasa dan
pangkat terbukti kotor dengan rasuah, maka umat lain di negara lain akan melihat dan menilai betapa
kepimpinan Muslim tidak memiliki kredibiliti untuk dipertanggungjawab sebagai pemegang amanah
rakyat (Mohd Shauki Abd Majid, 2004).
Maka dengan itu, adalah wajar bagi umat Islam untuk menegur dan membongkar segala
penyelewengan yang berunsur rasuah. Ini adalah jihad sosial yang sangat utama demi keadilan yang
dituntut oleh Allah S.W.T. (Mohd Shauki Abd Majid, 2004). Hal ini kerana ia akan merosakkan nama
baik agama Islam dan seterusnya memporak-perandakan perlembagaan negara serta kemakmuran
sesebuah negara akibat daripada pengamalan rasuah.
Oleh yang demikian, amalan rasuah ini memberi kesan yang negatif dan ianya terbukti
berdasarkan kepada situasi keadaan masa sekarang dan juga sejarah-sejarah yang terdahulu yang mana
kesannya memberi kesan yang buruk sama ada daripada sudut politik, masyarakat sosial dan juga
kepada ekonomi sesebuah negara.


ISU DAN PERMASALAHAN KAJIAN

Kegiatan ekonomi akan menjadi ibadat dan diberi nilai pahala jika dilakukan mengikut syarat yang
telah ditetapkan, baik dari segi memenuhi tuntutan aqidah, akhlak mahupun syariat (Surtahman Kastin
Hasan & Sanep Ahmad, 2005). Justeru itu adalah wajar bagi setiap umat Islam memegang amanah
yang dipikul bahkan bagi penganut agama lain juga perlu berpegang kepada amanah serta menghindari
perbuatan rasuah.
Amalan rasuah merupakan salah satu aktiviti yang dicela dan terkutuk di sisi Islam. Bahkan ia
juga meninggalkan kesan yang ketara terhadap masyarakat, mahupun daripada sudut pertumbuhan
ekonomi negara. Jelas di sini menunjukkan bahawa pengharaman akan rasuah dalam Al-Quran dan
hadis Rasulullah S.A.W. ada asasnya kerana ianya akan memudaratkan masyarakat sosial dan juga
aktiviti ekonomi bagi sesebuah negara.
Dalam pada itu juga, peranan pertumbuhan ekonomi ialah untuk mencapai tahap
pembangunan dan prestasi ekonomi bagi sesebuah negara kerana ianya merupakan garis pengukur
kepada pencapaian aktiviti ekonomi negara yang telah direncanakan. Namun demikian, persoalan yang
timbul dan isu yang boleh dilihat adalah samada dengan peningkatan kadar rasuah bagi sesebuah
negara boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi ataupun sebaliknya. Hal ini telah dinyatakan oleh
Axel Dreher et. al. (2007) yang menyatakan bahawa baru-baru ini Bank Dunia menganggarkan lebih
daripada USD 1 trilion telah digunakan untuk membayar rasuah bagi setiap tahun. Bagi mengatasi
masalah rasuah tersebut perlulah pihak kerajaan meningkatkan penguatkuasaan dan mematuhi undang-
undang kerana ia boleh meningkatkan pendapatan per kapita sesebuah negara sebanyak 400%.
Dengan penyataan yang dijelaskan di atas, Bank Dunia mengandaikan bahawa sekiranya
aktiviti rasuah dapat dihapuskan, maka peningkatan pendapatan per kapita akan meningkat sebanyak
400%. Namun demikian, adakah penyataan yang diutarakan oleh Bank Dunia ini adalah benar ataupun
sebaliknya? Maka dengan itu, satu kajian berkaitan dengan Kesan rasuah terhadap pertumbuhan
ekonomi: Kajian kes di Malaysia perlu dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk melihat samada
pertumbuhan ekonomi Malaysia berdasarkan petunjuk Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dapat
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 335

berkembang ataupun tidak, akibat daripada amalan rasuah tersebut. Maka diharap kajian ini akan
memberi sesuatu yang bermanfaat kepada pihak-pihak kerajaan ataupun pihak-pihak yang berwajib
untuk menentukan arah tuju sebenar dasar pembangunan negara dan seterusnya pertumbuhan ekonomi
negara dapat ditingkatkan.


KAJIAN LEPAS

Dalam mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kesan rasuah ke atas pertumbuhan ekonomi,
beberapa sorotan kajian lepas yang berkaitan dengan rasuah telah dibuat. Antaranya ialah Pak Hung
Mo (2001) yang menjelaskan peranan rasuah dalam pertumbuhan ekonomi dengan menyediakan
penganggar kuantitatif akibat rasuah ke atas pertumbuhan dan kepentingannya terhadap saluran
perubahan. Kajian rasuah beliau adalah tertumpu ke atas 54 buah negara yang terdapat dalam
Corruption Perception Index (CPI). Dengan menggunakan penganggar kuasa dua terkecil (OLS),
beliau mendapati dengan peningkatan 1% tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan
ekonomi dalam lingkungan 0.72%. Dalam perkataan lain ialah, dengan peningkatan satu unit dalam
indeks persepsi rasuah akan mengakibatkan kadar pertumbuhan ekonomi menurun sebanyak 0.545
mata peratus. Apa yang paling penting dalam saluran yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi ialah
ketidakstabilan politik, yang mana sebanyak 53% jumlah yang mempengaruhi dalam pertumbuhan
ekonomi. Beliau juga mendapati rasuah boleh mengurangkan tingkat modal insan dan perkongsian
pelaburan persendirian.
Paolo Mauro (1995) pula telah menggunakan data yang mengandungi indeks keberkesanan
dan keluhuran birokrasi yang subjektif untuk menjelaskan bukti empirik kesan rasuah terhadap
pembangunan ekonomi. Analisis kajian beliau meliputi 58 buah negara yang mana kajian ini
mempunyai hubungkait di antara pelaburan dan rasuah. Padanan yang negatif antara rasuah dengan
pelaburan dan pembangunan adalah signifikan dari sudut ekonomi dan statistik. Walaupun berhadapan
dengan data yang terhad, artikel tersebut menunjukkan secara terperinci hubungan tersebut kuat bagi
mengawal penentu piawai untuk pelaburan dan pertumbuhan. Secara jelasnya, terdapat bukti kesan
birokrasi yang sama penting dalam penentu pelaburan dan pertumbuhan sebagaimana kestabilan
politik.
Keith Blackburn et. al. (2006) memfokuskan rasuah dikalangan birokrasi awam dan implikasi
terhadap pembangunan ekonomi. Analisis beliau menunjukkan beberapa petunjuk yang penting,
bahawa campur tangan kerajaan memerlukan pegawai perkhidmatan awam dalam mengumpul
maklumat dan potensi pentadbir dan sekurang-kurangnya dari kalangan mereka juga yang
mengamalkan rasuah dari segi pemberian maklumat yang salah daripada harga yang betul. Petunjuk
tersebut memberi tindak balas kepada tiga situasi utama dalam berlakunya rasuah, iaitu wujud delegasi
pihak berkuasa dari ketua sehingga ke pihak bawahan bahawa pihak berkuasa ini boleh dieksploitasi
untuk mendapat habuan ekonomi. Di peringkat empirik, hubungan sebab dan akibat dua hala adalah
penting bagi potensi untuk mencipta masalah dalam bias secara serentak dalam regresi rasuah dan
pertumbuhan. Kajian ini melibatkan penganggar bagi regresi berbilang negara untuk menguji
sesetengah hipotesis mengenai hubungan antara rasuah (yang di ukur melalui indeks rasuah dan indeks
pentadbiran kerajaan), pembangunan (sepertimana tingkat yang diberi atau kadar pertumbuhan bagi
pendapatan per kapita) dan data bagi pemboleh ubah yang lain.
Bruce W. Finnie et. al. (2006), kajian beliau menggunapakai analisis penjelasan ekonomi dan
sosial pada masa sekarang dan masa lepas bagi fenomena pembangunan. Pemantauan beliau mengenai
rasuah dari kalangan negara, pemilikan, kebebasan dan individualisme dianalisis dan dibincangkan.
Interaksi ini membentuk satu model yang dinamakan triad of strains dengan tiga sudut, iaitu pemilikan
tanggungjawab, penzahiran kebebasan dan kawalan rasuah. Semua aktiviti ekonomi bergantung kepada
kawalan politik dan sosial. Namun analisis beliau menunjukkan bahawa kawalan ini selalunya boleh
menjadi terlebih terutamanya kepada negara yang mengamalkan autokrasi. Bagi pembangunan yang
optimum, perlu ada had bagi kawalan terbabit. Birokrasi yang di dorong oleh perundangan dan kuasa
tanpa batasan berbanding dengan sebab kebiasaannya akan jatuh kerana kekurangan pertimbangan nilai
manusia dan keperluan bagi pemilikan untuk membantu memastikan tindakan yang rasional.
Menurut Fahim A. Al-Marhubi (2000) pula, rasuah adalah penyebab kepada kelemahan dalam
makroekonomi seperti kekurangan pelaburan dan menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang lembab.
Kajian beliau meluaskan kesan negatif rasuah dan dikatakan turut menyumbang kepada tingkat inflasi.
Penyelidikan beliau meliputi 41 buah negara dan bukti kajian menunjukkan bahawa kadar rasuah yang
tinggi menyumbangkan kepada kadar inflasi yang tinggi. Hubungan terbabit begitu kuat dengan
memasukkan pembolehubah inflasi yang lain termasuklah tahap kebebasan bank pusat, ketidakstabilan
politik dan juga bentuk pemboleh ubah lain. Dari perspektif dasar, kesan utama bagi kajian beliau
336 Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab

ialah pembaharuan institusi ekonomi dan politik bagi mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang
dan juga mengurangkan amalan rasuah perlu menjadi agenda bagi setiap pembaharuan dasar.
Bagi David Ng (2006), tujuan utama kajian beliau adalah untuk mengkaji dengan
memfokuskan kepada peranan rasuah terhadap pasaran kewangan. Kebelakangan ini banyak kajian
dibuat untuk mengkaji bagaimana tahap rasuah sesebuah negara memberi kesan terhadap aset bagi
negara yang lain. Bila melihat kepada pasaran kewangan antarabangsa, didapati bahawa rasuah berkait
rapat dengan kos pinjaman yang tinggi, penilaian saham yang rendah dan juga tadbir korporat yang
lemah. Bukti anekdot menunjukkan kesan gangguan rasuah dan juga kajian teoritikal mengesahkan
kesan ini. Bukti kajian beliau menunjukkan kos yang di tanggung akibat rasuah adalah sangat
signifikan dengan pelbagai bidang dalam ekonomi.
Kajian yang di buat oleh Mushfiq Swaleheen (2007) yang menyatakan bahawa simpanan
bergantung kepada insentif dan keupayaan untuk menyimpan. Kajian perpustakaan membuktikan
bahawa kebanyakan penentuan bagi simpanan adalah berkaitan insiden rasuah. Kajian beliau melihat
dengan lebih mendalam hubungan antara rasuah dengan pelaburan di mana analisis empirik yang
dibuat adalah melangkaui negara. Bukti yang ditunjukkan, secara langsung kadar simpanan negara
kasar berkurangan akibat daripada galakan pelaburan. Kajian turut mendapati tahap pendapatan, kadar
pertumbuhan pendapatan benar per kapita dan nisbah cukai-KDNK adalah perkara penting yang
menunjukkan kesan rasuah kepada simpanan yang ditujukan. Keputusan yang di buat adalah penting
di mana tahap rasuah itu dimasukkan dalam pertimbangan untuk menganalisis hubungan dengan
penentunya. Bukti yang ditunjukkan dalam kajian beliau mendapati dengan pengurangan cukai akan
meningkatkan kadar simpanan negara kasar sebanyak 6.1%.


DAPATAN KAJIAN

Keputusan Kajian Empirik

Dengan menggunakan pakej E-views, hasil keputusan regresi yang diperolehi daripada Persamaan (1)
dapat ditunjukkan dalam Jadual 1.

In KDNKt =
0
+
1
In KORRt +
2
In FDIt +
3
In GEXt +
4
In INFL
t
+ In t (1)

Yang mana;

KDNK = Keluaran Dalam Negeri Kasar
KORR = Kadar rasuah
FDI = Pelaburan langsung asing
GEX = Perbelanjaan kerajaan
INFL = Inflasi
= Pembolehubah Rawak

Kebanyakan data yang dikumpulkan merupakan data indeks rasuah (corruption index), data Keluaran
Dalam Negeri Kasar (KDNK), data perbelanjaan kerajaan, data inflasi dan data Pelaburan Langsung
Asing (FDI). Kesemua data tersebut diperoleh daripada pelbagai sumber yang terdiri daripada sumber
berikut, iaitu:

i. Transparency International Corruption Perception Index;
ii. Euromonitor International; dan
iii. Cd-Rom IMF.

Bagi mengukur indeks rasuah ke atas Negara Malaysia, data yang diperoleh adalah berasaskan kepada
Transparency International Index bagi tempoh 27 tahun, iaitu dari tahun 1980 sehingga ke tahun 2006.
Data tersebut dinilai berdasarkan daripada nilai 0-10. Penilaian yang dibuat adalah dengan menentukan
negara yang paling teruk kadar rasuahnya adalah dengan nilai kosong. Manakala bagi nilai sepuluh
pula adalah negara yang paling bersih, iaitu negara yang tidak mengamalkan rasuah.
Manakala bagi data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), data inflasi dan data Pelaburan
Langsung Asing (FDI) di ambil daripada Eouromonitor International. Manakala bagi data
perbelanjaan kerajaan pula diperoleh daripada Cd-Rom IMF. Bagi data perbelanjaan kerajaan,
pelaburan langsung asing (FDI) dan inflasi merupakan pengukur kepada pertumbuhan ekonomi KDNK
sesebuah negara.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 337

Keputusan output E-views, menunjukkan bahawa hasil keputusan yang diperolehi adalah
selaras dengan hipotesis kajian. Hasil anggaran bagi pemboleh ubah yang ditunjukkan adalah negatif
dan juga signifikan pada aras keertian 1%. Hasil keputusan regresi linear yang dibuat dapat
ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Jadual 1: Keputusan regresi

Pemboleh ubah Koefisien
Intercept 6.086
(4.3349)***
InKORR -1.618
(-3.0944)***
InGEX 0.665
(9.9479)***
InFDI 0.179
(3.0856)***
InINFL -0.086
(-1.9253)*
Statistik-F

139.33
R
2
0.962
Nota:
***
Signifikan pada 1%,
**
Signifikan pada 5%,
*
Signifikan pada 10%. Nilai dalam kurungan
adalah nilai statistik-t.

Daripada keputusan regresi model yang dianggarkan, nilai statistiks-F adalah lebih besar daripada nilai
F-jadual. Ini menunjukkan model penganggaran adalah signifikan pada aras keertian 1%. Dengan ini,
jelas menunjukkan bahawa secara keseluruhan adalah signifikan untuk menerangkan pertumbuhan
ekonomi.
Seterusnya, nilai R
2
yang diperolehi adalah sebanyak 0.962. Ini beerti bahawa 96.2%
perubahan yang berlaku dalam KDNK Malaysia dapat diterangkan oleh pemboleh ubah model.
Sementara bakinya, iaitu sebanyak 3.8% ditentukan oleh faktor lain (
i
).
Keputusan yang diperolehi juga menunjukkan bahawa KDNK Malaysia yang mewakili
pertumbuhan ekonomi mempunyai hubungan positif dengan perbelanjaan kerajaan (InGEX) dan
pelaburan langsung asing (InFDI). Namun bagi pemboleh ubah rasuah (InKORR) dan inflasi (InINFL)
mempunyai hubungan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Pemboleh ubah yang berhubung secara
positif bermakna peningkatan dalam pemboleh ubah tidak bersandar akan meningkatkan KDNK
negara, manakala pemboleh ubah yang berhubung secara negatif bermakna peningkatan dalam
pemboleh ubah tidak bersandar akan menurunkan KDNK negara.
Merujuk kepada nilai statistik-t, didapati nilai t bagi pemboleh ubah rasuah (InKORR) adalah
sebanyak -3.0944, perbelanjaan kerajaan (InGEX) adalah sebanyak 9.9479 dan pemboleh ubah
pelaburan langsung asing (InFDI) adalah sebanyak 3.0856. Ini menunjukkan bahawa ketiga-ketiga
pemboleh ubah tersebut adalah yang paling signifikan pada aras keyakinan 0.01. Manakala bagi nilai t
untuk pemboleh inflasi (InINFL) pula adalah sebanyak -1.9253 di mana aras keyakinannya pada 0.10.

Keputusan Ujian Diagnostik Dalam Mengesan Masalah Autokorelasi dan Heteroskedastisiti

Ujian diagnostik bahagian ini merupakan ujian yang dilakukan ke atas model untuk mengesan
kehadiran masalah autokorelasi dan heteroskedastisiti. Hal ini dapat ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Keputusan Ujian Diagnostik

White Heteroskedasticity Test:
F-statistic 1.639363 Probability 0.182462
Obs*R-squared 11.38048 Probability 0.181059
Breusch-Godfrey Serial Correlation LM Test:
F-statistic 2.361780 Probability 0.103505
Obs*R-squared 7.333781 Probability 0.061987

Keputusan ujian White Heteroskedasticity menghasilkan jumlah 0.181059 dan ini menunjukkan
bahawa tidak wujudnya masalah heteroskedastisiti pada aras keertian 5%. Maka hipotesis nul adalah di
338 Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab

terima (H
0
: tiada masalah heteroskedastisiti). Bagi ujian Bruesh-Godfrey Serial Correlation LM pula
menunjukkan jumlah yang diperolehi ialah 0.061987 dan ini juga turut menunjukkan bahawa tidak
wujud masalah autokorelasi pada aras keertian 5%, yang mana hipotesis nul diterima (H
0
: tiada
masalah autokorelasi).

Analisis Keputusan Kajian

Bagi melihat kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi, Negara Malaysia mempunyai kesan negatif
terhadap pertumbuhan ekonomi secara signifikan pada aras keertian 99%. Hasil keputusan regresi
yang diperolehi dapat ditunjukkan berdasarkan kepada Persamaan di bawah:

KDNK = 6.086 1.618 In Kor + 0.665 In GEX + 0.179 In FDI 0.086 In INFL (2)

Berdasarkan kepada Persamaan 2, peningkatan rasuah sebanyak 1% akan mengakibatkan pertumbuhan
ekonomi KDNK menurun sebanyak 1.618%. Ini menunjukkan bahawa rasuah memberi kesan yang
negatif terhadap pertumbuhan ekonomi ekoran daripada peningkatan kadar rasuah di Negara Malaysia.
Bagi pemboleh ubah lain pula, peningkatan 1% dalam perbelanjaan kerajaan akan
meningkatkan pertumbuhan ekonomi KDNK sebanyak 0.66%. Bagi pelaburan langsung asing,
peningkatan 1% dalam pelaburan langsung asing akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi KDNK
sebanyak 0.179% dan peningkatan 1% dalam inflasi akan mengakibatkan pertumbuhan ekonomi
KDNK menurun sebanyak 0.086%.


RUMUSAN

Secara umumnya, objektif utama kajian ini ialah untuk melihat kesan rasuah terhadap pertumbuhan
ekonomi dan ianya dapat dijelaskan melalui hasil keputusan kajian yang diperolehi. Penggunaan
model pertumbuhan ekonomi dalam kajian ini telah digunakan bagi mengukur kadar pertumbuhan
ekonomi KDNK dan secara tidak langsung indeks rasuah yang dimasukkan dalam persamaan model
regresi (Persamaan 1) telah menjelaskan kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi Negara
Malaysia.
Walaubagaimanapun, hasil keputusan penganggaran yang dijalankan ke atas model
pertumbuhan ekonomi mendapati bahawa rasuah mempunyai hubungan yang negatif terhadap
pertumbuhan ekonomi. Keputusan kajian yang ditunjukkan bahawa rasuah di Malaysia adalah pada
aras signifikan 0.01 dan ianya dapat dijelaskan dengan peningkatan 1% dalam rasuah akan
menyebabkan pertumbuhan ekonomi KDNK menurun sebanyak 1.618%. Manakala bagi
pembolehubah yang lain, iaitu perbelanjaan kerajaan, pelaburan langsung asing (FDI) dan inflasi
adalah signifikan pada aras keyakinan yang berbeza dalam menerangkan pertumbuhan ekonomi Negara
Malaysia.
Dapatan kajian di atas adalah selari dengan kebanyakan kajian-kajian yang dibuat berkaitan
dengan rasuah di mana rasuah memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Misalnya
kajian yang dijalankan oleh Pak Hung Mo (2001) dalam menjelaskan peranan rasuah yang mana beliau
mendapati dengan peningkatan 1% tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan dalam
lingkungan 0.72%.
Paolo Mauro (1995) pula menunjukkan bukti bahawa rasuah menurunkan kadar pelaburan
serta merencatkan pertumbuhan ekonomi. Dalam kajian yang dibuat beliau mendapati bahawa
penurunan satu dalam indeks rasuah akan menyebabkan pelaburan meningkat sebanyak 5% dan
pendapatan KDNK akan bertambah separuh daripada peratusan peningkatan.
Dalam pada itu juga, akibat daripada amalan rasuah itu sendiri turut meningkatkan kadar
inflasi bagi sesebuah negara. Manakala kajian yang dibuat Fahim A. Al-Marhubi (2000) mendapati
bahawa rasuah memberi kesan yang negatif dan mengandaikan rasuah ini juga adalah sebahagian
daripada berlakunya peningkatan kadar inflasi. Bukti analisis kajian yang dibuat oleh beliau mendapati
bahawa, peningkatan jumlah rasuah secara tidak langsung akan meningkatkan kadar inflasi. Oleh yang
demikian, dengan peningkatan kadar inflasi juga akan turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi bagi
sesebuah negara.

Implikasi Dasar

Berdasarkan kepada rumusan kajian yang telah dijelaskan, dapatlah dicadangkan beberapa implikasi
dasar yang bertepatan serta berkesan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia dapat
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 339

bertumbuh dengan pesatnya. Dalam perkataan lain, rasuah perlulah diatasi bagi memacu pertumbuhan
ekonomi Negara Malaysia.
Kita dapati bahawa apabila berlakunya peningkatan dalam rasuah, secara tidak langsung ia
akan membawa kepada penurunan pertumbuhan ekonomi KDNK Negara Malaysia. Oleh itu, pihak
kerajaan Malaysia perlulah memastikan rasuah dapat diatasi dengan menggerakkan jentera kerajaan
yang terdiri daripada pihak berkuasa tempatan untuk memantau aktiviti rasuah kerana kebanyakan
penglibatan aktiviti rasuah ini adalah terdiri daripada kalangan penjawat awam yang berpangkat besar.
Implikasi dasar ini patut diamalkan oleh negara yang mana kesan rasuah mengurangkan pertumbuhan
ekonomi.
Untuk membanteras dan mengurangkan gejala rasuah, kita perlu mengetahui punca rasuah.
Antara faktor yang menyebabkan berlakunya gejala rasuah adalah kurangnya penghayatan nilai-nilai
murni, hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik dan juga kurangnya ilmu keagamaan menjadi antara
faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. Oleh itu, adalah penting
bagi pihak kerajaan dalam memantapkan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai agama dan nilai-nilai
murni sejak dari zaman bangku sekolah rendah lagi.
Selain daripada itu, faktor kemiskinan juga turut mengakibatkan berlakunya pelakuan jenayah
rasuah kerana kemiskinan akan mengakibatkan seseorang itu bertindak apa yang telah diharamkan di
sisi Islam. Kewujudan rasuah dari kalangan pihak tertentu, maka ianya akan menyebabkan
ketidakadilan itu wujud. Ini bertepatan dengan pendekatan yang di buat oleh Sanep Ahmad dan
Surtahman Kastin Hasan (2005), di mana kemiskinan juga boleh mendorong kepada akhlak yang
buruk. Seseorang itu mungkin cenderung untuk berdusta, mencuri, menipu, menerima rasuah dan
khianat semata-mata kerana dorongan kemiskinan. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W.
bersabda bahawa kemiskinan boleh mendorong seseorang itu berlaku rasuah. Sabda Nabi Muhammad
S.A.W. yang bermaksud:

Ambillah pemberian itu selagi ia bersifat pemberian. Jika ia bertukar menjadi
rasuah maka janganlah kamu mengambilnya. Tetapi kamu tidak akan
meninggalkannya sebab keperluan dan kemiskinan mencegah daripada berbuat
demikian (Abu Nuaim)

Justeru itu, akibat daripada kemiskinan menyebabkan peningkatan kadar rasuah dari kalangan rakyat
Negara Malaysia kerana kebanyakan rakyatnya adalah berpendapatan rendah kalau hendak
dibandingkan dengan Singapura di mana indeks rasuah bagi negara tersebut adalah rendah dan kadar
kemiskinannya adalah rendah di mana pendapatan per kapita bagi rakyat Singapura adalah tinggi.
Bahkan tidak hairanlah penjawat-penjawat awam terutamanya dikalangan yang berpendapatan rendah
lebih cenderung melakukan rasuah kerana kesempitan hidup dan penindasan. Kemiskinan ini juga
wujud akibat daripada kekayaan dalam sesebuah negara tidak diagihkan sama rata, malahan kekayaan
yang dimiliki bagi negara terbabit hanya berlegar-legar dikalangan pihak tertentu saja sebagaimana
yang terjadi di Malaysia. Maka dengan itu, yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin
kerana kekayaan dibolot oleh pihak tertentu terutamanya bagi pihak yang berjawatan tinggi dalam
kerajaan serta pihak yang berkepentingan dalam politik Negara Malaysia saja.
Dalam pada itu juga, peranan kerajaan ataupun tanggungjawab negara adalah menjamin
kekayaan dan kesejahteraan penduduk. Sanep Ahmad dan Surtahman Kastin Hasan (2005)
menyatakan bahawa pemerintah bertanggungjawab memberi kemakmuran, kekayaan dan kesejahteraan
kepada rakyatnya. Pemerintah perlu memastikan bahawa semua rakyatnya bukan sahaja dapat
memenuhi keperluan asasinya tetapi harus memastikan bahawa semua rakyatnya kaya. Pemerintah
perlu berusaha membangun negara sehingga tidak ada individu yang miskin, tidak ada individu yang
mahu menerima zakat dan tidak ada individu yang mahu menerima sebarang bantuan daripada
pemerintah. Semua keperluan rakyat daripada sekecil-kecilnya mesti dapat dipenuhi. Kejayaan seperti
ini dicapai pada zaman pemerintah Khalifah Umar Abdul Aziz. Khalifah Umar Abdul Aziz juga
pernah mengarahkan pegawai-pegawainya supaya mencari orang yang perlukan sebarang pertolongan,
membayarkan hutang, membiayai perbelanjaan perkahwinan, memberi tanah dan modal untuk
diusahakan. Dalam kes ini, jelas menunjukkan bahawa pemerintah mencari orang yang perlukan
pertolongan dan bukan sebaliknya orang yang perlukan pertolongan mencari pemerintah. Justeru itu,
secara tidak langsung apabila kemiskinan dapat diatasi dan kekayaan rakyat di bentuk, maka kesan
yang boleh di lihat ialah rasuah dapat di cegah.
340 Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab

Selain daripada itu, model pembangunan insan perlu diterapkan sebagaimana yang dijelaskan
oleh Hasan (1987)
1
yang menyatakan bahawa andaian modul bina insan ini di rancang dan selari
dengan mengambil andaian yang berikut:

1. Kegiatan pembangunan tidak mungkin dapat berjalan dengan lancar seandainya sumber
kekuatan dalaman manusia tidak dibangunkan terlebih dahulu.
2. Kekuatan yang dapat melahirkan dorongan atau penggemblengan luaran yang berkesan tidak
akan tercapai tanpa dorongan dan penggemblengan sumber kekuatan dalaman terlebih dahulu.
3. Semangat daya tahan dan berdaya juang tidak akan kekal tanpa menanam semangat bekerja
untuk keredhaan Allah.
4. Kesatuan ketahanan fizikal dan kerohanian tidak mungkin terhasil tanpa usaha membina
kekuatan dalaman.

Oleh itu, matlamat modul bina insan adalah untuk melahirkan kefahaman dan keinsafan dikalangan
pegawai (dan pekerja serta umat seluruhnya) tentang keperluan mengubah, membina dan mengekalkan
sikap menjadi pekerja (dan pejuang) terbaik dihadapan negara dan kerajaan Allah S.W.T. serta bersifat
amanah dalam menjalankan kerja-kerja yang diamanahkan.
Setelah melihat kepada huraian yang dijelaskan ini, dapat disimpulkan bahawa aktiviti rasuah
memang mendatangkan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi terutamanya dikalangan
negara yang membangun. Ini jelas menunjukkan bahawa kesan rasuah secara tidak langsung akan
merencatkan pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia. Oleh itu, apa yang boleh diringkaskan bahawa
amalan rasuah akan mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi serta kebajikan kehidupan sosial
masyarakat turut terjejas.


RUJUKAN

Ab. Razak Dan. 2000. Kajian Ekonomi Pembangunan. Dlm. Nor Aini Haji Idris & Ab. Razak Dan
(pnyt). Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Abdul Samat Kasah. 2002. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya gejala rasuah: satu
kajian di BPR Pahang. Kertas Projek Bagi Diploma Sains Kepolisian Di Maktab Polis DiRaja
Malaysia. Kuala Kubu Baru.
Al-Marhubi, Fahim A. 2000. Corruption and inflation. Economic Letters. 66: 199-202.
Berita Harian. 2007, 30 Ogos
Blackburn, Keith. 2006. The incidence and persistence of corruption in economic development.
Journal of Economic Dynamics & Control. 30: 2447-2469
Bruce, W. F. Linda K. G & David E. M. 2006. Economic development: corruption, complexity, wealth
and a contribution to the theory of economic growth. www.emeraldinsight.com/0828-
8666.htm. 22(4): 185-204
Fry, M. J., 1993. Foreign Direct Investment in Southeast Asia: Differential Impact. Singapore: Institute
of South East Asia Studies.
Gujarati, D. N. 2003. Basic Econometrics. 4th Edition. McGraw Hill International Edition.
Hjh. Noresah bt. Baharom et.al. 2005. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jomo K. S. & Ishak Shari. 2003. Makroekonomi. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Kaur, Harmindar. 1974. Inflation and growth in Malaysia. Proceeding of The Seminar Held on The
21st & 22nd January 1974 at UUM. hlm. 3545.
Khairul Azhar Idris. 2005. Membendung Naluri ke Jerat Rasuah. Dlm. Yaacob dan Norharizah Ismail
(pnyt). Islam Hadhari Himpunan Isu Kontemporori. Kuala Lumpur: IKIM.
Mauro, Paolo. 1995. Corruption and growth. Quarterly Journal of Economics. 110(3): 681-712
Mohd Shauki Abdul Majid. 2004. Wacana Hadhari Dalam Islam. Kuala Lumpur: i-Book Publication
Sdn. Bhd.
Mohd Zainudin Saleh. 2000. Pembiayaan Pembangunan dan Pertumbuhan. Dlm. Nor Aini Haji Idris
& Ab. Razak Dan (pnyt). Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ng. David. 2006. The impact of corruption on financial markets. www.emeraldinsight.com/0307-
4358.htm. 30(10): 822-836.
Osman Rani Hassan. 1987. Kamus Istilah Ekonomi. Fajar Bakti.

1
Sanep, A & Surtahman, K. H. 2005. hlm 334-335
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 341

Pak, Hung Mo. 2001. Corruption and economic growth. Journal of Comparative Economics. 29: 66-79
Rahmah Ismail. 2000. Teori Pertumbuhan Naluri. Dlm. Nor Aini Haji Idris & Ab. Razak Dan (pnyt).
Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sanep Ahmad & Surtahman Kastin Hasan. 2005. Ekonomi Islam Dasar dan Amalan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sadono Sukirno. 1982. Ekonomi Pembangunan: Proses, Masalah dan Dasar Kebijaksanaan. Bima
Grafika.
Sheikh Abdullah Basmieh. 1995. Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. Kuala
Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Syed Hussen Al-Attas. 1995. Rasuah, Sifat Sebab Dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Swalehen, Mushfiq. 2007. Corruption and saving in a panel of countries. Journal of Macroeconomics
(2007). 1-23.
www.transparency index.com.
Yan Diaw, Chua. 2006. Asas Statistik Penyelidikan. Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

You might also like