You are on page 1of 16

KERTAS 3:

BAB 3 KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA.


Soalan Umum:
Negara dan bangsa Malaysia telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Soalan Khusus:
Bincangkan tanggungjawab generasi kini dalam memastikan proses pembinaan negara dan
bangsa Malaysia yang lebih bersatu padu.

1. Pengenalan (5 markah)
Jelaskan latar belakang pembinaan negara dan bangsa.
Pelajar perlu menerangkan konsep negara dan bangsa.
Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (muka surat 65-67)

2. Memahami(30 markah)
Jelaskan pembentukan negara Eropah dan Malaysia
Pelajar mengemukakan jawapan tentang latar belakang pembentukan negara dan
bangsa moden di Eropah(10 markah),Itali(10 markah),Jerman( 5 markah) dan
Malaysia(5 markah)
Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (Muka Surat 67-71)

3. Menganalisis(15 markah)
Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia
Pelajar mengemukan jawapan dengan menjelaskan tentang sistem politik masyarakat
Melayu tradisional dan proses pembentukan negara dan bangsa Malaysia.
Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5(Muka Surat 65-71)

4. Mengaplikasi(15 markah)
Perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara.Nyatakan usaha yang dilakukan untuk
mengeratkan perpaduan bangsa
Mengamalkan prinsip Rukun Negara Malaysia
Menghormati bendera Malaysia
Taat setia kepada raja dan negara
Mengamalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Menghormati adat dan budaya setiap kaum
Menghormati kebebasan beragama
Menghormati prinsip demokrasi
Mengamalkan konsep satu Malaysia
Bersemangat menyanyikan Lagu Negaraku
Menyahut cabaran Malaysia Boleh
Menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
Menghormati suara ramai
Mewujudkan hubungan harmoni antara kaum contoh mengunjungi rumah terbuka
sewaktu perayaan.
Membudayakan aktiviti gotong-royong contoh di kawasan tempat tinggal( taman
perumahan)
Semangat kejiranan contoh menziarahi dan menolong jiran sewaktu sakit
Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan
Melibatkan diri dalam program perpaduan

5. Menilai ( 10 markah)
Nyatakan kejayaan negara dan bangsa Malaysia yang membanggakan kita?

Kejayaan Malaysia menghasilkan jenama buatan sendiri seperti terciptanya kereta
nasional(PROTON),kini kita ada proton Saga,Wira,Iswara dan sebagainya.
Rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai
Kejayaan Malaysia membina Menara Berkembar Petronas
Malaysia berjaya membina sebuah Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya, Malaysia
Malaysia berjaya membina Menara Kuala Lumpur yang merupakan bangunan
komunikasi ketujuh tertinggi di dunia(421 meter)
Malaysia berjaya membina KLIA yang diiktiraf antara sepuluh lapangan terbang
terbaik di dunia.
Malaysia berjaya melahirkan dua orang angkasawan negara yang amat
membanggakan iaitu datuk Sheik Muszaphar Shukor dan Mejar Dr Faiz Khaleed.
Malaysia berjaya membina Litar Antarabangsa Sepang untuk Formula Satu, Grand
Prix A1, Grand Prix Motosikal dan sukan permotoran yang lain.
Malaysia mampu melahirkan tokoh sukan yang bertaraf dunia seperti Datuk Lee
Chong Wei, Nicol Ann David, Azizul Hasni Awang dan lain lagi.
Membina lebih banyak Pusat pengajian tinggi dan melahirkan lebih ramai intelektual
bijak pandai

6. Menjana Idea(10 markah)
Berikan beberapa cadangan anda untuk menjadikan bangsa Malaysia bangsa yang maju.

Melahirkan insan yang seimbang dalam pendidikan
Melahirkan pemimpin yang berwawasan seperti Dato Seri Dr Mahadir Mohammad
Melahirkan pemimpin yang cemerlang
Bangsa malaysia haruslah sentiasa bersedia untuk bekerjasama
Menambah bilangan penuntut PHD
Menghargai sistem pendidikan negara
Membudayakan pendidikan sepanjang hayat
Menghargai para ilmuan
Meluaskan capaian internet
Meningkatkan perpaduan kaum
Bersemangat kekitaan
Menyokong dasar-dasar negara

7. Ikhtibar ( 10 markah)
Apakah cara untuk melahirkan generasi yang patriotik?

Cintakan negara
Setia kepada negara
Berani berjuang
Bersemangat kental
Menghormati keluhuran perlembagaan
Menghormati raja dan pemimpin negara
Menghormati lambang-lambang negara
Menyanjung warisan bangsa
Bersyukur dengan kemerdekaan negara
Mengibarkan bendera Malaysia sempena kemerdekaan negara
Sangup mempertahankan maruah negara
Mempertahankan hak bangsa
Menghargai pejuangan tokoh tanah air



8. Merumus( 5 markah)
Merumus isi yang telah dibincangkan.
Pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada bangsa,diri dan negara
Harapan untuk masa hadapan Malaysia yang lebih cemerlang
Pembinaan negara dan bangsa Malaysia adalah hasil daripada kebijaksanaan pemimpin kita
dan dibentuk melalui prinsip rukun negara, penggunaan satu bahasa kebangsaan dan
pengamalan dasar kebudayaan kebangsaan.
Menjadi tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia untuk cintakan negara,
mempertahankan negara serta menjaga kedaulatan negara.
Harapan untuk masa hadapan malaysia yang lebih gemilang adalah dengan melahirkan
warga negara yang setia kepada negara dan berkorban apa sahaja untuk negara.

















KERTAS 3
BAB 9: MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA


Soalan Khusus: Bincangkan dasar luar Malaysia dan sumbangannyadi peringkat serantau atau
antarabangsa.

1. Pendahuluan
Jelaskan latar belakang dasar luar Malaysia dan bentuk hubungan luar Malaysia
Pelajar perlu menerangkan asas-asas dasar pengubalan dasar luar Malaysia
Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (muka surat 236-237)


2. Memahami(30 markah)
Jelaskan faktor-faktor dalam proses pengubalan dasar luar Malaysia
Pelajar perlu menjelaskan faktor-faktor dalam proses pengubalan dasar luar Malaysia.
Seperti faktor Sejarah,ekonomi,politik,geografi dan demografi( 30 markah)
Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (Muka Surat 237-239)

3. Menganalisis(15 markah)
Bincangkan tahap-tahap perkembangan Dasar Luar Malaysia
Pelajar mengemukan jawapan dengan menjelaskan tahap-tahap perkembangan Dasar
Luar Malaysia
Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5(Muka Surat 240-242)

4. Mengaplikasi(15 markah)
Bagaimanakah cara untuk mewujudkan ketenteraman dan keharmonian hidup dalam kalangan
masyakat pelbagai kaum?
Meningkatkan perpaduan kaum
Sedia bekerjasama
Saling menghormati antara satu sama lain
Saling menghargai
Menghormati pengangan agama
Menghormati amalan budaya lain
Mengamalkan nilai-nilai murni
Membudayakan aktiviti bergotong royong
Bertolak ansur antara rakan
Berbaik-baik dengan jiran
Menziarahi jiran sama ada semasa senang atau susah
Mengamalkan akhlak mulia
Menjaga hubungan persahabatan
Membantu rakan tanpa mengira bangsa dan agama
Tidak membesarkan perbezaan yang wujud
Berkongsi maklumat dan ilmu antara kaum
( mana-mana jawapan yang munasabah)

5. Menilai ( 10 markah)
Bincangkan kepentingan Dasar luar Malaysia yang mengamalkan dasar berbaik-baik dengan
semua negara?
Mengukuhkan pertahanan negara
Mengamalkan pasaran bebas
Membantu negara yang memerlukan
Mengelakkan peperangan
Bersahabat dengan semua negara
Menghapuskan diskriminasi
Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
Meluaskan pasaran
Menghapuskan gejala negatif
Mengekalkan kedaulatan negara
Mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
( mana-mana jawapan yang munasabah)

6. Menjana Idea(10 markah)
Nyatakan usaha yang perlu dilakukan oleh Malaysia untuk mengahadapi cabaran era
globalisasi?
Melahirkan masyarakat bijak teknologi
Menyediakan kemudahan prasarana ICT seluruh negara
Membangunkan sistem pendidikan melalui ICT
Meluaskan capaian internet
Mengggalakkan penyelidikan bidang ICT
Mampu mereka cipta pelbagai prasarana untuk semua
Meningkatkan kemajuan Sains dan teknologi
Menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal
Menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal
Mempertingkat kualiti pendidikan tertiari akan terus dilaksanakan.
Institusi pengajian tinggi tempatan perlu diberi tanda aras mengikut piawaian
antarabangsa.
Memperkukuh keupayaan penyelidikan di universiti tempatan, jalinan kerjasama
dengan institusi terkemuka di peringkat antarabangsa.
( mana-mana jawapan yang munasabah)


7. Ikhtibar ( 10 markah)
Nyatakan nilai murni yang dapat dihayati daripada dasar luar Malaysia?
Bersahabat dengan semua negara
Menghormati negara lain
Mengelakkan peperangan
Adil kepada semua negara
Membantu negara yang memerlukan
Menyokong usaha-usaha keamanan
Mengamalkan prinsip berkecuali
Berbaik-baik dengan semua negara
Bekerjsama dengan negara lain dalam ekonomi dan politik
Berkongsi kepakaran dalam bidang pendidikan dan perubatan
( mana-mana jawapan yang munasabah)

8. Merumus( 5 markah)
Merumus isi yang telah dibincangkan.
Pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada bangsa,diri dan negara
Harapan untuk masa hadapan Malaysia yang lebih cemerlang
Malaysia mengambil langkah berbaik-baik dengan semua negara agar negara dapat bersaing
dengan semua negara dengan bijak dan sihat.Malaysia juga menjalinkan kerjasama yang erat
dengan semua negara agar mendapat manfaat dan kebaikkan bersama.
Keamanan, kesejahteraan dan kerjasama yang dilakukan memberi kesenangan kepada
bangsa Malaysia dan negara akan sentiasa di dalam keadaan aman dan sejahtera.
Semoga Malaysia akan terus menjadi sebuah negara maju yang berjaya setanding
dengan negara-negara yang lain.


BAB 5: PEMBINAAN NEGARA BANGSA YANG MERDEKA

Para pemimpin Tanah Melayu telah berjuang melalui pelbagai cara seperti pakatan murni,
diplomasi untuk mendapatkan kemerdekaan tanah Melayu dan menjamin perpaduan yang
erat.

Bincangkan kepentingan perpaduan dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang membangun dan maju.

1. Pendahuluan
Jelaskan konsep Pakatan Murni
Pelajar perlu menerangkan konsep pakatan Murni yang digunakan di Tanah Melayu
Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (muka surat 119)

2. Memahami(30 markah)
Jelaskan usaha-usaha yang telah dilakukan untuk mengadakan pakatan murni sebelum Parti
perikatan dituubuhkan.
Pelajar perlu menjelaskan ( 30 markah)
Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (Muka Surat ........)

3. Menganalisis(15 markah)
Bincangkan tahap-tahap perkembangan Dasar Luar Malaysia
Pelajar mengemukan jawapan dengan menjelaskan tahap-tahap perkembangan Dasar
Luar Malaysia
Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5(Muka Surat......)






KERTAS 3
BAB 2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Soalan Umum:
Pemimpin tempatan menentang penguasaan British ke atas Tanah Melayu kerana penjajahan
tersebut merampas hak bangsa dan negara yang berdaulat.

Soalan Khusus:
Bincangkan kesungguhan pejuang-pejuang Tanah Melayu menentang British demi
mempertahankan maruah bangsa dan kedaulatan negara.
1. Pendahuluan( 5 markah)
Jelaskan sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap penguasaan British di Tanah
Melayu
Pelajar perlu menjelakan sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap
British
Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (muka surat 119)

2. Memahami(30 markah)
Terangkan peristiwa kebangkitan pemimpin tempatan berikut menentang penguasaan British.
I. Penghulu Dol Said
II. DatoMaharajalela
III. Tok Janggut
Pelajar perlu menerangkan pejuangan Dol Said, Dato Maharajalela dan Tok Janggut
( 30 markah)
Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (Muka Surat 31-44)

3. Menganalisis(15 markah)
Nyatakan kesan penentangan pemimpin tempatan terhadap penguasaan British?
Pelajar mengemukakan jawapan dengan menjelaskan kesan penentangan pemimpin
tempatan terhadap penguasaan British
Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5(Muka Surat 30-31 )



4. Mengaplikasi(15 markah)
Mengapakah semangat perjuangan pemimpin Tanah Air wajar dicontohi oleh generasi hari
ini?
Semangat setia kepada negara
Sanggup berkorban untuk negara dan bangsa
Berani berjuang
Bersemangat kental
Sanggup mempertahankan maruah bangsa
Mengambil ikhtibar peristiwa masa lalu
Ketabahan menghadapi cabaran
Mempertahankan hak bangsa
Mentaati raja dan pemimpin
Menghargai perjuangan tokoh tanah air
Mempunyai jati diri yang tinggi
Tidak mengulangi kesilapan
( mana-mana jawapan yang munasabah)

5. Menilai ( 10 markah)
Pada pendapat anda apakah kesan yang timbul sekiranya semangat perjuangan yang tinggi
tiada dalam diri untuk mempertahankan Tanah air ?
Tanah air kita mudah dirampas oleh orang lain
Mudah berputus asa
Mudah mengaku kalah
Hak bangsa dan negara tidak terpelihara
Cabaran sukar dipatahkan
Kesilapan lalu mungkin akan berulang
Pengaruh luar akan mudah menular
Tidak bersemangat dalam melakukan sesuatu
Tidak yakin pada diri sendiri
Tiada kesungguhan yang jitu
Tidak pandai berdikari
( mana-mana jawapan yang munasabah)

6. Menjana Idea(10 markah)
Nyatakan usaha yang perlu dilakukan oleh generasi hari ini untuk mempertahankan
kedaulatan negara Malaysia?
Mengekalkan keamanan negara
Menghormati hak asasi manusia lain
Menghormati agama dan budaya lain.
Menghormati prinsip demokrasi
Menguasai ilmu pengetahuan
Memelihara jati diri
Mengamalkan budaya hidup sihat
Tidak mamainkan isu sensitif
Mengamalkan konsep 1 Malaysia
Menghormati suara ramai
Mewujudkan perpaduan kaum

( mana-mana jawapan yang munasabah)


7. Ikhtibar ( 10 markah)
Nyatakan nilai murni yang dapat dihayati daripada perjuangan para pemimpin tempatan
dalam mempertahankan Tanah air?

Menjaga kedaulatan negara bersama-sama
Sanggup berkorban untuk negara
Pemimpin mestilah berdedikasi
Menjaga nama baik negara
Negara kita adalag tanggungjawab kita
Bijak merancang strategi sebelum merancang
Berani berjuang menentang musuh
Setia kepada negara
Cintakan negara
Bersemangat waja
Mempertahankan hak bangsa
Menyokong perjuangan yang membawa kebaikan
Menghargai pejuang Tanah air

( mana-mana jawapan yang munasabah)

8. Merumus( 5 markah)
Merumus isi yang telah dibincangkan.
Pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada bangsa,diri dan negara
Harapan untuk masa hadapan Malaysia yang lebih cemerlang
Penentangan pemimpin tempatan merupakan tindak balas mereka untuk memelihara hak dan
maruah bangsa dan tanah air mereka yang dicerobohi oleh British.
Kita harus mencontohi perjuangan pemimpin tempatan yang sanggup berkorban jiwa dan
nyawa demi mempertahankan negara dan hak bangsa.
Kita hendaklah berusaha untuk mengekalkan kedaulatan negara Malaysia agar
kesenangan, keamanan dan kesejahteraan sedia ada dapat kita kecapi selamanya.
Semoga Malaysia akan terus menjadi sebuah negara yang berdaulat, merdeka dan
terpelihara daripada apa jua bentuk penjajahan.Generasi hari ini mestilah mengambil ikhtibar
daripada peristiwa lalu demi menjamin keamanan yang berpanjangan.




















KERTAS 3
BAB 6: PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
Soalan Umum:
Malaysia telah dibentuk pada 16 September 1963 dan kegemilangannya kekal sehingga kini.
Soalan Khusus
Bincangkan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 telah membawa kepada
kegemilangan dan keamanan malaysia sehingga kini.

1. Pendahuluan( 5 markah)
Jelaskan secara umum tentang pembentukan Malaysia.
Pelajar perlu menjelaskan latar belakang pembentukan Malaysia
Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (muka surat 136)


2. Memahami(30 markah)
Terangkan cadangan pembentukan Malaysia berdasarkan perkara berikut:
(a) Idea cadangan pembentukan Malaysia
(b) Sebab-sebab pembentukan Malaysia dari segi Politik, Ekonomi dan Sosial
Pelajar perlu mengemukakan cadangan-cadangan pembentukan Malaysia dan sebab-
sebab pembentukan Malaysia dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (muka surat 137-138)

3. Menganalisis(15 markah)

Terangkan reaksi terhadap pembentukan Malaysia.
Pelajar mengemukakan jawapan dengan menerangkan reaksi terhadap pembentukan
Malaysia
Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5(Muka Surat 141-148 )


4. Mengaplikasi(15 markah)
Bagaimanakah para pelajar dapat menunjukkan rasa sayang terhadap negara Malaysia?
Menghayati sejarah negara
Mencontohai tokoh negara
Beilmu pengeetahuan yang mantap
Bijak berfikir dan menilai
Sentiasa bersyukur dengan keamanan negara
Sedia berkorban harta dan nyawa
Mengutamakan kepentingan negara
Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
Sentiasa menjaga nama baik negara
Sentiasa mengharumkan nama negara
Mematuhi undang-undang negara kita
( mana-mana jawapan yang munasabah)


5. Menilai ( 10 markah)
Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara kita
sehingga hari ini.
Malaysia berjaya melahirkan tokoh sukan yang bertaraf duni seperti Dato Lee Chong
Wei
Penghasilan produk makanan halal ke antarabangsa
Model Perbankan Islam
Pengeluar kereta seperti PROTON dan PRODUA
Sebagai pusat pelancongan terkenal di mata dunia
Mempunyai bahan mentah yang banyak seperti kelapa sawit
Membina litar Formula One
Mengadakan Le tour de Langkawi Malaysia
Membina Litar Antarabangsa Sepang
Membina Menara Berkembar Petronas
( mana-mana jawapan yang munasabah)

6. Menjana Idea(10 markah)
(a) Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia kini. (5m)
Kadar kemiskinan yang masih tinggi
Perpaduan yang kadangkala tergugat
Kekurangan modal
Penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat
Kekurangan tenaga pakar dalam pelbagai bidang
Masih bergantung kepada tenaga luar
Kestabilan nilai mata wang
Mewujudkan masyarakat penyayang dan perihatin
Tenaga kerja kurang mahir
Melahirkan modal insan kelas pertama
Ancaman lanun di perairan
Gejala sosial berleluasa
Jenayah rasuah
Meningkatkan taraf pemikiran rakyat
(b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5m)
Menjamin kesihatan rakyat
Tiada gejala sosial
Mengukuhkan perpaduan rakyat
Menambah peluang pekerjaan
Meningkatkan intergriti
Meneroka teknologi baru
Meningkatkan pendapatan negara
Menggalakkan perlaburan asing
Memajukan sistem pendidikan
Menguasai ilmu teknologi maklumat
( mana-mana jawapan yang munasabah)

7. Ikhtibar ( 10 markah)
Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme yang diperolehi daripada pembentukan
Malaysia
Kita bangga dengan negara Malaysia
Kita dapat hidup aman dan damai
Perpaduan dapat dijalinkan walaupun terdapat pelbagai kaum
Menghargai kemerdekaan negara Malaysia
Bangga sebagai rakyat Malaysia
Tolak ansur dalam menghadapi konflik
Ketabahan dalam menghadapi cabaran
Tidak mementingkan diri sendiri
Sentiasa muhasabah diri
Tidak berputus asa
Menghormati budaya dan agama kaum lain
( mana-mana jawapan yang munasabah)






8. Merumus( 5 markah)

Pada peringkat awal pembentukan Malaysia pelbagai rintangan dan tentangan di
terima sama ada dari dalam mahupun luar negara seperti Indonesia dan Fillipna.
Namun dengan kesabaran dan perbincangan yang baik akhirnya pembentukan
Malaysia dapat dilakukan
Justeru itu dalam mendapat sesuatu hasrat kita perlu bersungguh-sungguh dan
berbincangan dnegan car yang etrbaik seperti dalam usaha pembentukan Malaysia
Oleh itu perpaduan pelbagai kaum perlu diperkukuh untuk memastikan Malaysia
sentiasa berada di dalam kemakmuran
Mampu bersaing dengan mana-mana negara maju yang lain dalam ekonomi,
politik dan sosial
( mana-mana jawapan yang munasabah)

You might also like