You are on page 1of 1

ABSTRAK

Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan untuk menentukan sejauh


manakah keberkesanan penggunaan nota stiker dalam meningkatkan
kebolehan murid tahun 4 mengingati jenis-jenis rumah di negara lain.
Sampel kajian adalah terdiri daripada 40 orang murid tahun 4 di Sekolah
Kebangsaan Seri Saujana, Bandar Baru Seri Petaling. Instrumen kajian
melibatkan penggunaan soalan ujian, borang soal selidik, skedul temubual
dan catatan jurnal. Kajian telah dijalankan selama 2 minggu mengikut
perancangan. Satu topik pelajaran yang sama dijalankan terhadap dua
kelas yang berbeza di mana satu kelas menggunakan kaedah nota stiker
manakala satu kelas lagi menggunakan kaedah tradisonal. Hasil dapatan
kajian menunjukkan murid tahun 4 masih tidak dapat mengingati jenis-
jenis rumah di negara lain walaupun kaedah nota stiker digunakan
berbanding penggunaan kaedah tradisional. Beberapa cadangan
penambahbaikan telah disertakan.

You might also like