You are on page 1of 11

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

AMBILAN JANUARI 2012




LAPORAN PEMBINAAN PORTFOLIO INDIVIDU
KURSUS BINA INSAN GURU (BIG) FASA 6
CERAMAH SURAT PEKELILING IKHTISAS & PERATURAN-PERATURAN AKTA PEKELILING
550 (2014)

NAMA : HEINNY ANAK SELAN
NO KAD PENGENALAN : 901107-1305596
NO MATRIK : 201006089
KUMPULAN : PISMP BI 2 AMBILAN JANUARI 2012
TARIKH : 24 SEPTEMBER 2014
TEMPAT :
BILIK SEMINAR
IPG KAMPUS BATU LINTANG
PENSYARAH MENTOR
: PN. DAYANG SITI HAWA
: EN. MICHAEL TOH KA MING

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS BATU LINTANG
JALAN KOLEJ, 93200 KUCHING












1. Biodata Guru Pelatih......
2. Pengenalan.......
3. Matlamat
4. Objektif Aktiviti.
5. Tempat...
6. Jadual Pelaksanaan / Tarikh.
7. Kandungan...
8. Refleksi......
10. Penutup.........
11. Lampiran......................................................................................














ISI KANDUNGAN








Nama : Heinny anak Selan
Jantina : Perempuan
Status Perkahwinan : Bujang
Kumpulan : PISMP BI 2 Ambilan Januari 2012
Semester : 6
Stesyen / Alamat : Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang, Jalan Kolej, 93200 Kuching,
Sarawak.
Alamat Tetap : No. 212, Jalan Meranti, 96100 Sarikei,
Sarawak.
No. Telefon Sekolah/Pejabat : -
No. Telefon Bimbit : 010-5947237
Nama Waris Terdekat : Selan anak Laja
Perhubungan : Bapa
No. Telefon Bimbit : 019-8163110

1.0 BIODATA GURU PELATIH
BIODATA GURU PELATIH






Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu inisiatif Bahagian Pendidikan
Guru (BPG) bagi melahirkan guru yang berkualiti tinggi, berkaliber, berkeperibadian
mulia serta fleksibel dalam segala bidang yang diceburi berlandaskan falsafah
pendidikan bagi menjadi teladan modal insan yang holistik kepada murid-murid. BIG
dilaksanakan dengan bervisikan sebagai suatu aktiviti pencetus dan pembentuk
insaniah guru yang berkeperibadian sempurna serta seimbang. Memandangkan
profesion keguruan adalah profesion yang mencabar, guru haruslah melengkapkan diri
bukan sahaja dengan pengetahuan akademik malahan juga dengan pengetahuan dan
kemahiran di luar bilik darjah seterusnya menghayati nilai-nilai murni ataupun kurikulum
tersembuyi (hidden curriculum) yang terdapat dalam aktivit-aktiviti tersebut. Melalui
aktiviti yang dilaksanakan, guru pelatih akan dapat mengenalpasti keupayaan diri serta
menambahbaik apa yang perlu dalam mana-mana bidang yang terlibat dan mampu
mengaplikasikan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai
guru berketerampilan secara berterusan.

Justeru, adalah diharapkan agar Program Bina Insan Guru (BIG): Ceramah Surat
Pekeliling Ikhtisas & Peraturan-peraturan Akta Pekeliling 550 melahirkan guru-guru
yang mantap sahsiahnya dan mempunyai sikap professionalisme yang unggul serta
sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi pelbagai cabaran pendidikan yang
mendatang.




2.0 PENGENALAN




Program BIG ini merupakan salah satu usaha kepada pembinaan insan guru
yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal
dan mental, bermanfaat kepada diri dan keluarga, masyarakat dan Negara selaras
dengan nilai-nilai keguruan. Di samping itu, ceramah bertajuk Program Bina Insan
Guru (BIG): Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan-peraturan Pekeliling Akta 550 akan
menjadi aktiviti bagi program BIG kali ini dapat menekankan peranan guru sebagai
pendidik, pemimpin dan agen perubahan, supaya semua bakal guru dapat lebih
mengenali surat pekeliling ikhtisas dan juga peraturan-peraturan tersebut pada waktu
perkhidmatan kelak.


Melalui ceramah ini, para guru pelatih dapat:
i. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar berkaitan domain kandungan
kurikulum Bina Insan Guru (BIG)
ii. Membina kualiti peribadi dan professional sebagai seorang insan guru yang
mulia, peranan guru sebagai pendidik dan agen perubahan masyarakat
iii. Meningkatkan tanggungjawab guru dalam mengenali surat pekeliling ikhtisas dan
peraturan-peraturan pekeliling Akta 550



Bilik Seminar, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

4.0 OBJEKTIF AKTIVITI
3.0 MATLAMAT
5.0 TEMPAT




Tarikh: 24 September 2014 (Rabu)



PISMP BI1 Ambilan Januari 2012
PISMP BI2 Ambilan Januari 2012
PISMP BI3 Ambilan Januari 2012
PISMP BI4 Ambilan Januari 2012
PISMP PRA Ambilan Januari 2012
PISMP BC1 Ambilan Januari 2012
PISMP BC2 Ambilan Januari 2012
PISMP BM Ambilan Januari 2012
Jumlah peserta: 186 orang



Program Bina Insan Guru (BIG) 2014: Ceramah Surat Pekeliling Ikhtisas &
Peraturan-peraturan Akta Pekeliling 550 telah berlangsung pada 24 September
bertempat di Bilik Seminar, IPG Kampus Batu Lintang. Program ini telah disertai oleh
peserta-peserta yang terdiri daripada guru-guru pelatih dari kumpulan PISMP BI1
Ambilan Januari 2012, PISMP BI2 Ambilan Januari 2012, PISMP BI3 Ambilan Januari
2012, PISMP BI4 Ambilan Januari 2012, PISMP PRA Ambilan Januari 2012, PISMP
BC1 Ambilan Januari 2012, PISMP BC2 Ambilan Januari 2012 dan PISMP BM
Ambilan Januari 2012 yang seramai 186 orang. Syukur kepada Tuhan, program BIG ini
8.0 KANDUNGAN
6.0 JADUAL PELAKSANAAN/ TARIKH
7.0 KUMPULAN SASARAN


telah berjaya dilangsungkan selama tiga jam tanpa sebarang aral yang melintang.
Berikut merupakan log kandungan ceramah ceramah tersebut.
Sepanjang ceramah ini dijalankan pelbagai maklumat telah saya perolehi sama
ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Ceramah yang diberikan
bertajuk Surat Pekeliling Ikhtisas dan Peraturan-peraturan Akta Pekeliling 550 telah
menarik perhatian saya kerana penceramah menggunakan pendekatan yang sangat
menarik untuk menyampaikan isi ceramahnya, berbeza dengan beberapa ceramah BIG
ataupun bukan BIG yang telah kami jalani. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh
En. Azahari Ahmat (01460) K.B, P.A. yang merupakan Ketua Unit Kaunseling dari Unit
Psikologi dan Kaunseling IPGK Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.
En. Azahari telah memulakan ceramah beliau dengan beberapa anekdot
dan seterusnya menerangkan inti ceramah. Oleh yang demikian, Surat Pekeliling
Ikhtisas merupakan Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Dalam pada itu, Ia juga merupakan
satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan.
Selain itu, merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam.
Selain itu, Surat Pekeliling Ikhtisas diwartakan bertujuan untuk
memberikan satu peringatan dan tindak awal atau langkah keselamatan, langkah
kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna, merupakan satu
arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan serta
sebagai satu perturan dan perlindungan. Dalam pada itu, Surat Pekeliling Ikhtisas
menyasarkan sasaran kepada pelajar, guru, pentadbir (sekolah, Pejabat Pendidikan
Daerah, Jabatan Pendidikan Negara), ibu bapa, dan agensi luar (NGO & GO). Oleh
yang demikian pegawai pendidikan (guru) terikat dengan undang-undang awam dan
undang-undang pendidikan.
Selanjutnya, undang-undang berkaitan dengan guru terbahagi kepada
dua iaitu, undang-undang tidak bertulis dan undang-undang bertulis. Undang-undang
tidak bertulis terbahagi kepada undang-undang tort dan undang-undang keadilan asasi.


Kamus undang-undang Blackstone mendefinisikan undang-undang tort
sebagai sebahagian undang-undang yang melindungi seseorang individi daripada
kesalahan sivil, persendirian atau kecederaan. Undang-undang tort melibatkan aspek
kecuaian. Kamus Random House mentakrifkan kecuaian sebagai kegagalan
mengambil tindakan berjaga-jaga untuk melindungi individu lain sepertimana yang
dikehendaki oleh undang-undang.
Dalam konteks pendidikan, aspek kecuaian guru berpunca daripada
konsep tanggungjawab berjaga-jaga dari segi undang-undang yang
dipertanggungjawabkan kepada guru. Dalam pada itu, kecuaian guru selalunya
dikaitkan dengan kemalangan atau kecederaan yang menimpa murid dan
mengakibatkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh murid, seperti mata buta, patah
tangan ataupun melibatkan kematian. Dalam pada itu, undang-undang tort adalah satu
kecuaian sepeti kecuaian pendidikan, kecuaian guru di bawah dokrin in loco perantis
dan prinsip kejiranan dan lain-lain. Manakala, undang-undang keadilan asasi ialah audi
alteram parterm (hak untuk membela diri) dan nemo Judex incausa sua (undang-
undang menentang tindakan berat sebelah).
Bagi undang-undang bertulis yang berkaitan dengan guru melibatkan
Perlembagaan Persekutuan dan Ordinan Pelajaran 1957 serta Akta Pendidikan 1996.
Undang-undang bertulis Perlembagaan Persekutuan melibatkan 4 lapisan, iaitu lapisan
1 Akta Pendidikan 1996, lapisan 2 Peraturan-peraturan Pendidikan dan Peraturan-
peraturan Pegawai Awam, lapisan 3 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) serta lapisan 4
Peraturan-peraturan Sekolah. Manakala, undang-undang bertulis Ordinan Pelajaran
1957 serta Akta Pendidikan 1996 melibatkan School (general) Regulation 1951,
Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1957, Peraturan Pelajaran (Pelancongan) 1959,
Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, Peraturan Pelajaran (Majalah
Sekolah) 1998, Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Peraturan Pendidikan
(Penggal, Hari dan Cuti Sekolah)1998.
Oleh hal demikian, pekeliling-pekeliling dan peraturan-peraturan yang
telah dikeluarkan penting bagi semua anggotan kerajaan. Pekeliling ini bertujuan
menyediakan garis panduan mengenai sesuatu perkara di agensi-agensi kerajaan serta


perkara-perkara berkaitan yang perlu diberikan perhatian dan diambil tindakan oleh
agensi-agensi kerajaan.
Justeru itu, ceramah ini membolehkan guru pelatih dapat mengenali dan
menilai diri sendiri dengan baik. Merefleksi semua perkara dan akitiviti yang telah
dilakukan agar boleh mencari sebarang kelemahan untuk dibaik pulih. Guru pelatih juga
dapat mengenali potensi diri yang ada pada mereka agar guru dapat merebut semua
peluang yang ada dalam meningkatkan potensi yang baik dan cemerlang dalam kerjaya
mereka dibidang pendidikan itu sendiri. Ini secara tidak langsung dapat membantu
melahirkan guru yang seimbang dari semua bidang.
Seperti yang diketahui umum, bidang pendidikan di sekolah mempunyai
hubung kait yang kuat dengan pihak kerajaan. Ini kerana sebagai penjawat awam,
kerajaan memberikan satu keistimewaan agar guru-guru dapat memberikan yang
terbaik dalam bidang pendidikan itu khasnya. Guru-guru juga terlibat dengan
perundangan mereka sendiri, termasuklah, nilai, etika, profesion, dan tatatertib.
Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru kali ini banyak memberikan
faedah kepada kami para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan
berfungsi sebagai panduan atau bekalan bagi menghadapi liku-liku kehidupan sebagai
seorang guru di alam pendidikan yang sentiasa mencabar jiwa dan raga.



Setelah mengikut sesi ceramah yang disampaikan oleh En. Azahari Ahmat yang
bertajuk Surat Pekeliling Ikhtisas dan Peraturan-peraturan Akta Pekeliling 550,
pelbagai maklumat yang berguna telah saya perolehi. Dalam pada itu, sesi ceramah
yang disampaikan menyedarkan saya tentang betapa pentingnya mengetahui pekeliling
ikhtisas apabila menjadi seorang guru kelak di samping mengamalkan peraturan-
peraturan perkhidmatan.
9.0 REFLEKSI


Guru-guru hendaklah merujuk kepada dokumen-dokumen penting seperti Surat
Pekeliling Ikhtisas dan Pekeliling Perkhidmatan agar apa sahaja yang guru-guru
lakukan tidak menyalahi undang-undang keguruan itu sendiri. Selain itu, pekeliling-
pekeliling yang dihantar kepada pihak sekolah adalah sebagai salah satu cara daripada
pihak kerajaan untuk menyampaikan perkara-perkara yang baru, juga sebagai garis
panduan atau pemudahcara untuk melakukan sesuatu aktiviti ataupun menyelesaikan
sesuatu perkara.
Selain itu, seorang guru itu juga adalah sangat perlu untuk memahami konsep
akuantabiliti professional keguruan itu sendiri, sentiasa membina komitmen dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, dalam pelaksanaan peranan guru sebagai
seorang pendidik, pembimbing dan pembina akhlak anak-anak muridnya.
Apa yang penting, proses menjadi seorang guru yang cemerlang itu mengambil
masa yang lama. Ini kerana kita akan belajar daripada pengalaman yang ada. Oleh itu,
kita haruslah sabar dan sentiasa berfikiran positif juga rasional agar tidak memberikan
kesat buruk kepada diri sendiri. Juga, saya perlulah sentiasa mengamalkan sikap
profesional, etika, tatatertib, dan juga personaliti sebagai seorang guru.
Kekuatan ceramah ialah isi yang disampaikan oleh Encik Azahari Ahmat ini
sesuai dengan tajuk ceramah yang disampaikan. Beliau menggunakan teknik
penyampaian yang menarik, berkesan disertai unsur kecindan dan berserta contoh-
contoh yang sesuai untuk memudahkan para guru pelatih memahami. Manakala isi
ceramah yang disampaikan jelas dan menjurus kepada tajuk yang ingin disampaikan.
Dalam pada itu, beliau menegaskan dengan memahami apa itu Surat Pekeliling Ikhtisas
dan peraturan-peraturan perkhidmatan dapat membantu para guru pelatih kelak.
Kesimpulannya, guru yang baik boleh membina pemikiran yang positif dan
rasional serta dapat memotivasikan diri mereka dalam profesion guru itu sendiri. Guru
hendaklah sentiasa mengetahui tugas mereka dan mengambil berat atas semua
perkara yang mereka lakukan. Guru juga mesti menghayati konsep kerjaya mereka ini
adalah salah satu kerja ibadat dan sungguh berjasa.








Kesimpulannya, kursus Bina Insan Guru banyak membawa manfaat dan faedah
dalam pembentukan insan guru yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan juga sosial. Selain itu, ceramah ini telah banyak mengajar kami tentang guru dan
perundangan, khususnya mengenai Surat Pekeliling Ikhtisas dan juga peraturan
peraturan akta pekeliling 550. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam
menjayakan kursus ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan.
Sekian, terima kasih.


Sila rujuk mukasurat seterusnya.

10.0 PENUTUP
11.0 LAMPIRAN

You might also like