You are on page 1of 3

USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kitasayugia memperkasakan keeratan
serta perpaduan kaum di Malaysia bagimengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum
haruslahbergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus kewawasan 2020.
Menurut kata Perdana Menteri yang keenam, keakrabanrencaman kaum merupakan penawar yang
paling mujarab bagimenyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah bulat air keranapembetung
bulat manusia kerana muafakat. Selain itu, sinergi daripadasemua pihak berganding bahu melakukan
usaha-usaha yang proaktif danefektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat seantero
Malaysia.Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagimemperkasakan perpaduan
kaum di Malaysia?Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harusditangani untuk
membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaanmempunyai peranan dalam merealisasikan
perpaduan kaum. Usaha kerajaanmengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk
menyambutperayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut Perdana Menterikita, konsep
Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasakerajaan mengadakan majlis rumah
terbuka, sarwajagat negara kita yangtediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi.
Merekamenghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakatyang mempunyai
pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaumdalam majlis sebegini dapat memperkasakan
hubungan antara kaum diMalaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada
perpaduankaum seperti kata pepatah bersatu teguh, bercerai roboh.Perpaduan kaum juga dapat
dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatanyang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam
setiap aktivitiyang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan salingmembantu antara
satu sama lain dengan menghapuskan sikapmementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat
kini. Namun,sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandaryang hanya
bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendirimenyebabkan usaha memupuk semangat
perpaduan sukar untukditerapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan
sepertiaktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untukmenjayakan aktiviti
tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapatdilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan
dapat menjadi wadah yangterbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri
setiaprakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun
berlainan bangsa mahupun agama.


Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan programHari Keluarga, semangat muhibah
antara kaum yang berbeza di Malaysiadapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk
mewujudkan nilaikeakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu,menerusi
program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadirdapat berkomunikasi serta bertukar-
tukar idea dan pendapat berkaitandengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh
pelosoknegara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Disamping itu, kerajaan juga
boleh mengadakan sambutan ini khas untukkakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam
membentukperpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Harikeluarga yang
berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum dinegara kita.Seiring dengan itu, system
pendidikan merupakan satu jalankomunikasi yang pintas untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan
satusystem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telahmewujudkan perpaduan
kaun. Selain itu, sekolah wawasan yangmenempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan,
sekolah jeniskebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepatproses perpaduan
kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankandapat memperkasa hubungan kaum di
peringkat sekolah. Selain itu,penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai
bahasaperantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagaikaum berinteraksi
antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa.Izharnya, memang tidak boleh kita nafikan
bahwa sistem pendidikan negarakita menjadi pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama
kaum.Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu
langkahh dalam mendekati matlamat danharapan para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan
kaum. NegaraMalaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyatboleh
mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan,pemakaian, dan peradaban serta
berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagaicontoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai
baju tradisionalorang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. MakananIndia seperti
roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain.Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan
warisan berbilang kaum ini dapatmenimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan
seterusnyamengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.Sekiranya isu ini diperinci secara
mendalam, kerajaan telahmewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai
ProgramLatihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnyabertujuan untuk
melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja

daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara.Selaras dengan modul
kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluanguntuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan
seterusnya perpaduandapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalamPLKN.
Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkanperanan dominan dalam iltizam
membentuk perpaduan kaum.Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dankemakmuran
sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaumdi Malaysia. Pelbagai pihak harus
bergerak sederap, seia sekata dalamiltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak
katapepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Perpaduan kaum merupakan
suatu misi yang amat penting agar Malaysiadapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan
negara bangsa danmenjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendahdengan
negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilaidalam pembinaan negara yang
berbilang kaum demi visi Wawasam 2020

You might also like