You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN ( FELDA ) REDONG

85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TAKZIM











PROGRAM PELAKSANAAN
PROGRAM PEMENTORAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN
DAN KAUNSELING BAGI
UPSR 2014












28 SEPTEMBER 2014




UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN ( FELDA ) REDONG
SEGAMAT

KERTAS KERJA
PELAKSANAAN PROGRAM PEMENTORAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DISEMUA SEKOLAH RENDAH
BAGI MENGHADAPI SITUASI PEPERIKSAAN UPSR 2014


RASIONAL:
Program Program Pementoran Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling
Disemua Sekolah Rendah Bagi Menghadapi Situasi Peperiksaan Upsr 2014
merupakan satu program yang dianjurkan oleh Kelab Bimbingan dan Kaunseling
SK (FELDA) Redong, Segamat dibawah arahan surat dari Kementerian
Pendidikan Malaysia bertarikh 26 September 2014. Program ini melibatkan Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Bimbingan Dan Kaunseling sekolah
yang bertindak sebagai fasilitator dan program ini difokuskan khas murid-murid
Tahun 6 di SK (FELDA) Redong seramai 40 orang.

Program ini melibatkan kebolehan komunikasi fasilitator dengan murid-
murid sekolah berkenaan. Fasilitator dan GPK HEM akan memberikan sesi
kaunseling dan motivasi bagi meningkatkan semula semangat pelajar-pelajar
tahun enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR ulangan serta bertujuan
menarik semula minat murid-murid Tahun 6 belajar bersungguh-sungguh untuk
menduduki peperiksaan tersebut.

MATLAMAT:
Membantu murid tahun 6 supaya lebih bersedia dari segi psikologi
dan emosi bagi menghadapi situasi peperiksaan UPSR.


OBJEKTIF:

1. Melaksanakan program motivasi dan khidmat sokongan kepada murid-murid
tahun 6.

2. Meningkatkan kesediaan murid menghadapi peperiksaan dari segi emosi dan
psikologi.

3. Membugarkan emosi murid supaya lebih bersedia menghadapi peperiksaan.

4. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada murid yang bekeperluan.




TARIKH:
28 SEPTEMBER 2014

TEMPAT:
Makmal Komputer, SK (FELDA) Redong, Segamat

MASA :
7.00 7.30 pagi

SASARAN:
1. Pelajar tahun 6 SK (FELDA) Redong, Segamat ( 40 Orang )

2. GPK HEM

3. Guru Bimbingan & Kaunseling

SUMBER TENAGA:
1. GPK HEM

2. Guru Bimbingan & Kaunseling

KOS:
Segala kos ditanggung oleh Unit Bimbingan & Kaunseling

PENILAIAN:
Soal selidik dan pemerhatian :
1. Penilaian program oleh peserta program

2. Guru-guru dan pentadbir SK Felda Redong

3. Keputusan peperiksaan/ujian



JAWATAN KUASA KERJA

Pengerusi : Cg. Kamaruddin Bin Ali
Guru Besar, SK (Felda) Redong, Segamat
Naib Pengerusi : Cg. Siti Norlaila Bte Sedek
Guru Penolong Kanan HEM
Setiausaha : Cg. Ahmad Amaluddin Bin Ahmad Jelani
Guru Bimbingan Dan Kauseling
P/Setiusaha : Cg. Mohd Nazli Bin Abu Bakar
JK : Cg. Fazliyati Bte Ishak
Cg. Badrol Hissam Bin Arshad


PENUTUP
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kembali motivasi dan semangat
calon-calon UPSR dari segi emosi dan juga psikologi. Melalui program ini juga
diharapkan dapat menyuntik semangat calon-calon UPSR agar berusaha dengan
gigih seterusnya berjaya dengan cemerlang dalam UPSR 2014. Program ini juga
di harap dapat dijalankan dengan jayanya supaya objektif program dapat
dicapai.












Di Disediakan oleh :

........................................
AHMAD AMALUDDIN BIN MOHD JELANI
Setiausaha
Program Pementoran B&K
Di Disahkan oleh :

........................................
KAMARUDDIN BIN ALI
Guru Besar
SK (Felda) Redong, Segamat
TENTATIF PROGRAM
______________________________________________


28 SEPTEMBER 2014 (AHAD)


6.50 Pagi : Pelajar tiba disekolah dan berkumpul di dataran perhimpunan

6.55 Pagi : Bergerak ke Makmal Komputer

7.00 Pagi : Slot 1 : Penceramah Motivasi ( Guru Penolong Kanan HEM )

7.20 Pagi : Slot 2 : Sesi mini kaunseling ( Guru Bimbingan & Kaunseling )

7.30 Pagi : Bersurai

You might also like