You are on page 1of 3

REFLEKSI BIG SEMESTER 6

Nama : Zahirah binti Dzanimi


No K/P : 920523-09-5072
Pada 24 September 2014 bersamaan hari Rabu, semua guru pelatih PISMP
Semester 6 TESL B telah mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6.
Program ini disertai oleh 25 orang guru pelatih kelas TESL B dan mentor, Puan Nor
Azurawati. Program BIG pada kali ini ialah program penanda aras guru cemerlang.
Kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau
Pinang sebagai lokasi program ini.
Kami telah bertolak kira-kira pada jam 7.00 pagi dan tiba di sekolah pada
pukul 10.00 pagi. Kami telah disambut baik oleh guru cemerlang Bahasa Inggeris
sekolah tersebut iaitu Puan Noraini Noor dan juga para guru yang lain. Setelah
selesai sesi berkenalan, kami memulakan program penanda aras kami. Guru
tersebut telah membentangkan peningkatan prestasi sekolah yang semakin
melonjak dari tahun ke tahun. Kami sedikit teruja dengan pencapaian sekolah ini
terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Puan Noraini juga sempat
menceritakan pengalaman beliau melalui detik manis dan pahit dalam mencipta
kejayaan demi kejayaan. Beliau telah beberapa kali ditukarkan atas sebab-sebab
yang berpunca daripada masalah iri hati. Namun, beliau tidak pernah berputus asa
dan tetap meneruskan perjuangannya. Akhirnya, beliau mampu membuktikan
kebolehan beliau dengan melonjakkan pencapaian pelajar UPSR bagi sekolah ini
dari tahun ke tahun. Sesungguhnya, beliau merupakan inspirasi kami.
Beliau juga sempat berkongsi dengan kami mengenai resipi kejayaan sekolah
terbabit. Antara yang diketengahkan ialah para guru mestilah sentiasa mempunyai
semangat berpasukan yang tinggi. Apa yang dapat saya pelajari dari perkongsian ini
ialah sebagai seorang guru kita hendaklah sentiasa bersedia dari segi mental dan
fizikal. Saya berpendapat bahawa seorang guru juga mestilah sanggup berkorban
masa, tenaga mahupun kewangan demi memastikan kecermerlangan pelajar. Beliau
juga turut menjelaskan sikap yang perlu ada pada setiap guru khususnya para guru
pelatih demi membantu para pelajar pada masa hadapan. Antara aktiviti-aktiviti
menarik yang mampu menaikkan prestasi pelajar ialah peer coaching di mana



pertolongan daripada rakan yang lebih cemerlang dapat membantu rakan yang
lemah.
Di samping itu, guru cemerlang ini juga tidak lokek untuk berkongsi maklumat
apa yang perlu dilakukan dan apa yang dilakukan beliau untuk mendapatkan
anugerah Guru Cemerlang. Pertama, mestilah menjadi guru sekurang-kurangnya 5
tahun tempoh perkhidmatan. Selain itu, guru juga mestilah memiliki beberapa buah
buku yang pernah ditulis dan yang paling utama ialah apa yang guru lakukan di
sekolah. Misalnya yang dilakukan beliau di sekolah ialah mewujudkan stesen-stesen
mengikut subjek di mana murid dapat berdikari untuk ke kelas masing-masing,
menyediakan buku di setiap stesen pengajaran dan pembelajaran dan membawa
murid mengikuti pelbagai aktiviti luar. Tidak lupa juga pesanan beliau untuk terus kita
menghormati Guru Penolong Kanan dan Guru Besar walau siapapun kita dan
banyak manapun aktiviti yang kita anjurkan.
Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru
mengenai proses proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara
proses yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat
sekurang kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru.
Kemudian, guru boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mengisi borang guru cemerlang dalam talian. Seterusnya, guru mestilah
mendokumentasikan kajian tindakan, lembaran kerja, refleksi pembelajaran, senarai
pelajar, markah dan pencapaian pelajar ( akademik ataupun kokurikulum ) untuk
memudahkan proses apabila dinilai oleh jemaah nazir nanti. Seorang guru
cemerlang mestilah menyumbang kepada pihak sekolah dalam bidang yang ingin
dimohon dan juga memberi sumbangan kepada pihak luar sekolah bagi
kecemerlangan subjek tersebut.
Pada kira-kira jam 1 tengah hari, kami telah selesai melaksanakan
lawatan penanda aras di sekolah terbabit. Selepas menikmati makanan tengah hari
yang di rumah mentor, kami memulakan perjalanan pulang ke IPG. Banyak
pengalaman yang begitu ilmiah yang telah saya peroleh untuk dijadikan panduan
apabila saya bergelar guru kelak. Oleh itu, program Bina Insan Guru pada semester
ini banyak membantu saya meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan profesion
keguruan dan juga memberi pendedahan kepada kami untuk melengkapkan diri



dengan semaksimum mungkin untuk memberi kepuasan semasa bekerja sebagai
guru. Kepuasan seorang guru tidak terletak pada gajinya tetapi apabila melihat
kejayaan pelajarnya memahami sesuatu perkara yang diajar.
Kesimpulannya, lawatan penanda aras guru cemerlang di SK Jejawi
telah dilaksanakan dengan begitu berjaya dan juga telah memberikan seribu satu
pengetahuan baru kepada saya dan rakan-rakan. Terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat.

You might also like