You are on page 1of 2

Kritikan dan Apresiasi Karya Agung

“ Dome of The Rock/ Kubbatul Sakrah” , Jerusalem, 692 A.D tajaan Abd Al-Malik
- Cari maklumat tentang bangunan ini melalui buku-buku, majalah-majalah serta
info dari internet.
- Kaji gambar-gambar mengenainya dari pelbagai sudut dari Selatan, Utara, Timur
atau Barat malah dari atas, hitam, putih, colour atau video. Kepelbagaian view ini
memberi gambaran yang lebih lengkap.
- Kaji pelan bangunan ini yang mengandungi tidihan 2 segi empat yang tersisih 45
darjah dari satu sama lain. Bila disambung hujung 2 petak segi empat ini, maka
terjadilah pelan berbentuk oktagon, yakni yang mempunyai lapan sisi.
- Juga kaji pembahagian-pembahagian tiang, ada 4 tiang besar ditengah-tengah
diselangi oleh pasangan 3 tiang antara satu tiang besar dengan tiang besar yang
lain. 4 tiang besar itu menampung satu drum atau gendang yang di atasnya
terletak kubah. Di bawah kubah inilah terletak batu yang kita sebagai Muslim
percaya tapak permulaan Nabi Muhammad naik ke langit dalam peristiwa Mikraj
jadi dalam Quran surah 17, ayat pertama.
- Di luar bulatan ini ada 2 lapisan lingkaran. Antara lingkaran dalam dan lingkaran
luar ada barisan sejumlah tiang-tiang. Lapan tiang besar yang diselang seli oleh 2
tiang kecil.
- Pintu atau gerbang masuk disusun mengikut kompas terbuka ke Utara, ke Selatan,
ke Timur dan ke Barat.
- Hiasan mozek menghiasi dinding, tiang dan kubah. Juga dihiasi dengan kaligrafi
atau ayat-yat Quran yang terpilih sepanjang 240 meter jumlahnya. Kesemuanya
berbentuk kufiq. Diluar bangunan pada drum itu ada terhias ayat Quran yang
diakhiri dengan nama Makmun, yakni Khalifah Abbasiyah bertarikh 831 A.D.
yang mengganti nama asal Abdul Malik, Khalifah Umayyah yang menaungi
bangunan tersebut. Maka kita boleh mengagak kenapa pembesar yang
terkemudian mengganti nama orang yang terdahulu. Pada salah satu bangunan
yang terulung dalam agama dan kesenian Islam.
- Kamu boleh bercerita tentang bangunan ini secara keseluruhan berdasarkan pelan
atau sekeping gambar yang menunjukkan satu sudut pandangan. Atau secara
kecilan mengambil bahagian yang menarik perhatian kamu. Umpamanya pintu,
atau kubah atau hiasan mozek bunga-bungaan atau kaligrafi.

“ Mona Lisa” 1506, oil on board, 30 x 21 in, Louvre, Paris tajaan Leonardo Da Vinci
- Cari maklumat mengenai catan ini melalui buku-buku dan internet. Disebabkan
karya ini yang tersohor dalam dunia, maka banyak info yang boleh kamu dapat.
- Info yang banyak itu mesti ditapis dan disaring sehingga hanya yang berguna
untuk kamu sahaja kamu simpan, umpamanya maklumat tentang riwayat hidup
Leonardo da Vinci diminimakan. Sebab bercerita tentang riwayat hidup,
memakan masa, tenaga dan ruang yang banyak. Bermuka-muka surat tidak habis.
- Maklumat-maklumat yang penting ialah tentang teknik lukisan. Teknik-teknik
sfumato/ chraiscuro (bayang-bayang) perkataan Itali yang bererti asap telah
banyak diperkatakan oleh ahli sejarah seni. Teknik ini menggunakan cat yang
nipis disapu di atas kanvas. Setelah kering disapu selapis lagi sehingga berpuluh-
puluh lapis. Kesudahannya ialah tiada garis yang memisahkan antara baju atau
rambut Mona Lisa dengan lanskap yang dibelakangnya.
- Huraikan wajah Mona Lisa bermula dari rambutnya, dahi, bulu kening yang tiada,
mata, turun ke hidung, bibir, dagu dan pipi. Perhatikan bayangan gelap dibawah
dagu sehingga menutup sebahagian besar lehernya. Kemudian cuba ukur lebar
bahunya dan dadanya yang agak terbuka sehingga dapat kamu bayangkan tinggi
mana Mona Lisa ini yakni yakni lebih kurang 5 kaki ½ inci. Kamu tanya adakah
Mona Lisa gemuk? Jari-jari tangannya yang lembut itu seperti tiada bertulang.
Adakah ini tanda Mona Lisa ini orang kelas atasan atau bangsawan yang jarang
membuat kerja berat-berat.
- Pertanyaan beginilah yang boleh menyarankan watak dan perwatakan Mona Lisa.
- Kamu bertanya adakah kita masih terpengaruh oleh piawai keayuan yang
ditetapkan oleh imej ini. Kritikan kamu itu boleh bermula dari jawapan kepada
pertanyaan tersebut.

You might also like