You are on page 1of 1

Refleksi Aktiviti Perjumpaan Minggu 2

Tarikh : 2 Julai 2014


Masa : 8-10 pagi
Tempat : Kelas
Pada pagi ini, pensyarah telah memperkenalkan kepada kami dua buah lagu
Pandu Puteri baru. Kami berlatih menyanyikannya dengan bersama-sama. Misalnya lu
la lu la dan di sini kita berkumpul. Kami menyanyi dengan gembira dan seronok.
Seterusnya, kami belajar tentang Sejarah Kepanduan dan Struktur Organisasi
Kepanduan. Pengasas bagi Pandu Puteri ialah Lord Baden dan Lady Baden Powell.
Selepas itu, kami belajar tentang Dasar Pertubuhan dan Undang-undang. Tujuan
PPPM adalah mendidik, melatih, dan mengembangkan potensi semua ahli persatuan
supaya menjadi seorang warganegara yang peka, berwibawa, berketrampilan dan
berdisiplin. Prinsipnya adalah menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap
dan amanah serta selalu bersedia untuk membantu orang lain. Akhirnya, kami
menyempurnakan kelas ini dengan menyanyi lagu Pandu Puteri.
Kesimpulannya, Selepas mendengar penerangan daripada pensyarah, saya tahu
tentang prinsip yang patut dipegang oleh seorang Pandu Puteri iaitu selalu bersedia.
Jadi, sebagai seorang guru, kita perlu membuat persiapan lebih awal sebelum
membuat sesuatu. Hal ini kerana kami adalah rol model bagi kanak-kanak. Petuturan
dan perlakuan kami juga amat perlu dijaga dengan baik.

You might also like