You are on page 1of 17

Penerapan Kerja Berpasukan dalam Organisasi Sekolah

Pengenalan
Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu
kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi
mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu
yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran,
kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi
pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.

Istilah kerja berpasukan memberikan maksud sekumpulan manusia yang berkerja bersama-
sama dalam satu unit organisasi seperti sekolah. Ia juga menunjukkan bagaimana manusia
bekerja dengan lebih berkesan dalam satu kumpulan kerja yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang. Tetapi ia tidak bermakna setiap individu tidak mempunyai kepentingan. Sebaliknya
keberkesanan dan kecekapan kerja berpasukan sering kali melewati kepentingan dan sasaran
secara individu. Kerja berpasukan yang paling berkesan adalah apabila semua individu
melibatkan diri dan member sumbangan secara harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.

Kerjasama menghasilkan produk atau pendidikan yang berkualiti dengan penuh rasa
tanggungjawab adalah kerja berpasukan. Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab
dan kepakaran masing-masing yang perlu digunakan bagi menghasilkan keberhasilan warga
ssekolah dan sekolah. Sekolah boleh dinilai berdasarkan kualiti keberhasilan dan kualiti
kerjasama yang ditunjukkan oleh warga sekolah dalam usaha menjadi satu kumpulan.
Kerjasama yang erat dengan berpegang pada matlamat yang sama adalah wadah yang
membawa kejayaan kepada mana-mana ahli kumpulan. Kumpulan kerja perlu mengenepikan
perbezaan dan bekerja bagi mencapai matlamat itu.

Kepentingan kerja berpasukan adalah bagi membantu ahli organisasi sekolah membina
keyakinan dalam menyuarakan pendapat serta mempunyai kemahiran yang diperlukan bagi
bekerja dengan orang lain. Ia juga menjurus ke arah belajar bekerja dengan warga sekolah
lain. Jarang terdapat pasukan kerja yang dijadikan contoh. Kebanyakkan kita mementingkan
dan menekankan supaya menjadi yang terbaik secara individu. Pekerja jarang didedahkan
dengan persekitaran yang menekankan kerjasama dan kita sudah dibiasakan dengan menilai
kepelbagaian manusia dari segi idea, latar belakang dan pengalaman. Kita boleh mewujudkan
budaya kerja secara berpasukan dengan melakukan beberapa perkara secara betul. Jika
dilakukan dengan tekun dan menghargai nilai, perkara ini dapat dicapai walaupun sukar.

Bagi membentuk pasukan kerja yang efektif merupakan satu agenda yang menjadi keutamaan
pihak pengurusan sekolah. Isu-isu pendidikan tidak lagi hanya berkaitan dengan sistem
pendidikan dan persekolahan, tetapi juga melibatkan pelbagai faktor lain yang mempengaruhi
kualiti pendidikan. Oleh itu, pendekatan pengurusan sekolah haruslah bersifat holistik, iaitu
melibatkan semua pihak dan dibuat secara berterusan. Oleh yang demikian, kerja secara
berpasukan amat penting diamalkan di sekolah untuk menentukan kejayaan sesebuah sekolah.

Ciri-ciri pentadbir sekolah mentransformasikan kerja berpasukan secara kreatif dan
inovatif
Pengetua atau Guru Besar dalam kerja berpasukan perlu mempunyai cirri-ciri tertentu dalam
melaksanakan perubahan dengan berkesan. Ini kerana, tugas pengetua dan guru besar dalam
pasukan bagi mencorakkan ahli yang dipimpinnya adalah berat. Pengetua dan pasukan kerja
perlu memiliki ciri-ciri yang baik dan positif kerana kepada mereka menjadi contoh ikutan
kepada orang bawahan. Antara ciri-ciri pengetua dalam mentransformasikan kepimpinan yang
kreatif dan inovatif adalah :
1) Mempunyai matlamat yang jelas
Pengetua yang mentransformasikan kepimpinan melalui kerja berpasukan terlebih dahulu
perlu membentuk matlamat yang jelas. Matlamat ini perlu diterangkan kepada ahli pasukan
supaya semuanya memahami apa yang ingin dicapai melalui kerja berpasukan itu. Matlamat
adalah kekuatan yang mendorong pengetua untuk mewujudkan pasukan yang kreatif dan
inovatif. Matlamat ini perlu mempunyai gambaran yang realistik dan mampu menaikkan
semangat serta komitmen setiap ahli pasukan.
2) Komited kepada tugas
Pengetua perlu mempunyai dan menunjukkan sikap komited pada tugasnya. Adalah
bercanggah sekiranya pengetua meminta ahli pasukan melakukan tugas sedangkan beliau
sendiri tidak menunjukkan minat dan kesungguhan yang tinggi dalam melaksanakan tugas
itu. Beliau perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada ahli yang pasukan yang lain.
3) Ketahanan mental, emosi dan fizikal yang tinggi
Sebagai penjana perubahan, pengetua perlu mempunyai ketahanan mental, emosi dan fizikal
yang tinggi bagi menjalankan tugas sebagai warga sekolah dengan berkesan. Sekiranya
pengetua tidak mempunyai daya ketahanan ini, warga sekolah tidak mampu mmenghadapi
pelbagai cabaran dan halangan yang mendatang baik daripada pasukan itu sendiri ataupun
daripada faktor luaran. Dari segi fizikal, pengetua perlu mempunyai tubuh badan yang sihat
dan cergas. Kecergasan fizikal dan ketidakstabilan emosi mempengaruhi sikap dan tingkah
laku guru pada tugas dan gaya kepimpinannya. Pengetua yang terlalu emosional lebih mudah
mengalami tekanan dan sukar diajak berunding dan mereka lebih cenderung mengamalkan
gaya kepimpinan autokratik.
4) Kemahiran berfikir secara dinamik
Bagi membolehkan pengetua merealisasikan matlamat, warga sekolah perlu sentiasa dinamik,
kreatif dan inovatif. Melalui cara ini, masalah kurang hubungan, sokongan dan komitmen
daripada ahli pasukan dapat ditangani dengan mudah dan berkesan. Selain itu, kemahiran ini
juga penting kepada pengetua bagi membuat ramalan dan jangkaan berkenaan cabaran dan
masalah yang bakal dihadapi dalam pasukannya. Paling penting adalah membuat perancangan
berkenaan agenda yang hendak dilaksanakan dlam kumpulan itu.
5) Ilmu dan tahap kognitif yang tinggi
Pengetua perlu mempunyai ilmu dna tahap kognitif yang tinggi. Beliau sebaik-baiknya
memiliki tahap keupayaan kognitif yang tinggi bagi memikir, memahami dan mengenal pasti
setiap agenda yang hendak dilaksanakan. Dengan itu, pengetua dapat merancang, membuat
jangkaan dan ramalan, mengenal pasti sektiap keperluan, menyusun strategi dan seeterusnya
melaksanakannya. Biasanya pengetua yang Berjaya mempunyai tahap ilmu pengetahuan atau
IQ yang tinggi berbanding ahli bawahannya. Ciri ini penting bagi membolehkan pengetua
menangani setiap masalah secara rasional.
6) Kemahiran diagnostik yang efektif
Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah satu lagi ciri yang perlu
dimiliki oleh pengetua dalam menangani masalah pasukannya. Sebarang masalah yang
dihadapi oleh ahli pasukan memerlukan penyelesaian yang cepat dan betul. Dalam erti kata
lain, pengetua perlu mempunyai kemahiran diagnostik dalam mmenjalankan peranannya
sebagai ketua pasukan. Ketua pasukan perlu bijak mengenal pasti dan menyelesaikan setiap
masalah.
7) Kemahiran komunikasi yang berkesan
Pengetua perlu mengamalkan komunikasi yang berkesan dalam melaksanakan setiap tugas
dan program. Pengetua perlu menerangkan dengan jelas berkenaan matlamat, kenapa,
mengapa dan bagaimana tugas ataupun program itu hendak dilaksanakan. Jika pengetua tidak
dapat berkomunikasi dengan baik, visi dan wawasan organisasi sekolahtidak dapat
diperjelaskan. Ketua perlu memahami proses, pola dan saluran komunikasi yang betul supaya
matlamat dapat disampaikan dan diterima oleh ahli-ahli yang lain. Melalui cara ini jurang
komunikasi antara ketua dan ahli-ahli kumpulan dapat dikurangkan.
8) Akhlak dan personaliti yang baik
Ciri-ciri pengetua yang berkesan tidak lengkap jika tidak mengambil kira dari sudut
ketinggian moral, akhlak dan personaliti. Pengetua yang tidak menunjukkan kahlak dan
personaliti yang baik, tidak diterima oleh warga sekolahnya dengan ikhlas. Hal ini tentu
menyulitkan agenda yang hendak dilaksanakan melalui kumpulan kerana pengetua sukar
mendapat kerjasama daripada pihak-pihak yang terlibat.
9) Cekap mentadbir dan mengurus
Pengetua perlu berupaya mengurus dan mentadbir dengan cekap dan berkesan. Setiap agenda,
perkara dan program yang dirancang mengalami perubahan dan menimbulkan pelbagai
konflik dan ketegangan. Kebolehan mengurus dan mentadbir pasukan dengan bijak adalah
dituntut.

Pasukan kerja yang berkesan akan menambahbaikan lagi pengurusan yang berkesan, dinamik
serta dapat beri kepuasan dan motivasi kepada guru. Dengan kefahaman dan kesedaran yang
tinggi ini akan menghasilkan suasana budaya kerja cemerlang dan seterusnya berjaya
mencapai objektif, visi dan misi sekolah dan membangunkan sistem pendidikan yang
berkualiti bertaraf dunia. Kerja berpasukan mampu meningkatkan tahap pengetahuan,
kemahiran dan keupayaan guru-guru yang melakukan kerja secara kolaboratif. Ia mampu juga
meningkatkan produktiviti mereka. Kerjasama antara para pendidik dan pihak pengurusan
sekolah akan merealisasikan pencapaian matlamat sekolah, seterusnya Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Kerjasama secara berpasukan di kalangan pihak pengurusan dan guru serta
seluruh organisasi sekolah bukanlah mudah untuk dicapai dan keadaan sedemikian
memerlukan pengorbanan kepentingan individu demi keutamaan matlamat dan kepentingan
organisasi. Oleh itu, amatlah wajar diberi perhatian terhadap kerja berpasukan dalam
organisasi sekolah dan keberkesanan pengaplikasian kerja berpasukan oleh pihak yang terlibat
terutamanya di sekolah.

Peranan pengetua dan guru besar mengurus kerja berpasukan
Pengetua dan guru besar mempunyai peranan yang mencakupi pelbagai aspek dalam
memastikan pasukannya bergerak ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Apabila
pemimpin melaksanakan peranannya secara kreatif dan inovatif, beliau dapat
mengorganisasikan pasukannya dengan baik. Antara peranan pemimpin pasukan adalah :
1) Perancang
Pengetua yang baik perlu bijak merancang dan menyusun perancangan. Perancangan yang
dibuat perlu diteliti dan mempunyai tujuan yang jelas. Dalam merancang kerja, pengetua
perlu mendapatkan idea-idea daripada ahlinya supaya kualiti kerja dapat ditingkatkan lagi.
Beliau juga perlu bertindak dengan berkesan bagi menggerakkan ahli-ahli yang lain supaya
bekerja secara aktif baik dari aspek menjana idea, tenaga dan sebagainya. Dalam
perancangan, banyak perkara ayng perlu difikirkan, diurus dan ditadbir dengan dimensi dan
perspektif yang baru oleh ketua dan pasukannya. Warga sekolah perlu memikirkan berkenaan
perjalanan, kos sama ada dalam bentuk kewangan, ataupun bukan kewangan serta risiko yang
bakal dihadapi kemudian hari.
2) Pelaksana
Pengetua sebaik-baiknya tidak menggunakan kuasa yang diperolehi bagi memaksa ahli-
ahlinya melaksanakan kehendaknya yang bersifat peribadi. Sebagai pelaksana, pengetua perlu
berusaha menjalankan ataupun memenuhi kehendak ahli-ahlinya. Mereka juga perlu
melaksanakan program yang ditetapkan bersama. Dalam aspek ini, pengetua perlu mengambil
kira susunan tugas ahli kumpulan mengikut keperluan dan kepakaran masing-masing selaras
dengan matlamat organisasi. Bagi meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja, faktor-faktor
seperti minat, kepakaran dan kemahiran setiap ahli kumpulan perlu diambil kira dalam
menstrukturkan tugasan. Melalui cara ini, pasukan kerja itu akan memperoleh kejayaan.
3) Ahli ataupun sebahagian daripada ahli kumpulan
Pengetua tidak dapat berdiri dengan sendiri tanpa ahli-ahli dibelakangnya. Warga sekolah
adalah sebahagian yang tidak terpisah daripada kumpulannya. Walaupun sebagai ketua,
pengetua juga perlu bertindak sebagai ahli dalam pasukan kerja itu.
Pengetua perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan ahli-ahli kumpulan yang
lain. Beliau tidak sepatutnya mewujudkan jurang perbezaan bagi mengasingkan diri daripada
bergaul dan berinteraksi dengan orang bawahannya. Ketua yang baik bukan memberi arahan,
tetapi bersama-sama dengan ahli pasukannya memberi tunjuk ajar dan melaksanakan tugas. .
4) Mengawasi hubungan antara ahli kumpulan
Dalam pasukan kerja di sekolah, terdapat pelbagai ragam dan perbezaan sifat atau tingkah
laku antara setiap ahli. Perbezaan ini mewujudkan pelbagai pendapat dan menimbulkan
konflik sehingga mencetuskan suasana tegang dalam pasukan kerja itu. Tugas pengetua
adalah menjaga ahlinya supaya tidak berlaku perselisihan dan berusaha membangunkan
hubungan yang harmoni serta semangat bekerjasama antara setiap ahlinya.
5) Pemberi ganjaran, pujian ataupun hukuman
Pengetua sebaik-baiknya dapat menggembirakan hati ahli-ahlinya yang kuat bekerja serta
memberi banyak sumbangan kepada kempulannya melalui ganjaran. Pengetua boleh
memberikan ganjaran berbentuk pujian apabila ahli kumpulannya melaksanakan tugas dengan
jayanya. Apabila pengetua menunjukkan siakp menghargai sumbangan para ahlinya, secara
tidak langsung beliau mendapat kerjasama yang padu daripada orang bawahannya. Orang
bawahan juga akan terus meningkatkan sumbangan kerana hasil penat lelah warga sekolah
selama ini dihargai oleh pihak pentadbir. Melalui cara ini, tidak timbul rasa tidak puas hati
dalam kalangan kakitangan. Di samping itu, pengetua juga perlu berani dan bertindak tegas ke
atas ahli-ahli yang merugikan kumpulan kerja. Namun, hukuman tidak digalakkan dikenakan
ke atas ahli yang melanggar arahan dan tidak melaksanakan tugasan. Pengetua perlu
menggunakan jalan penyelesaian dan pendekatan yang berhemah bagi mengatasi masalah ini.
Contohnya, pengetua perlu menegur orang bawahannya terlebih dahulu di samping
membimbing warga sekolah membetulkan kesilapan yang dilakukan. Jika jalan penyelesaian
yang diambil tidak mampu mengatasi masalah itu, maka tindakan tegas pelru diambil.
6) Pengantara
Dalam menyelesaikan perselisihan atau menerima aduan daripada anggota kumpulannya,
pengetua perlu bertindak tegas, tidak pilih kasih ataupun hanya mementingkan satu pihak
sahaja. Pengetua sebagai pengantara mampu membantu menyelesaikan konflik yang dihadapi
oleh ahli pasukan itu. Konflik yang berlaku dalam pasukan kerja yang tidak dapat
diselesaikan memerlukan bantuan daripada pihak ketiga untuk mengatasinya. Konflik
menjejaskan semangat kerjasama setiap ahli dan merugikan pasukan. Apabila konflik tidak di
atasi dengan cara yang bijak, pembentukan kerja berpasukan menjadi sia-sia. Peranan
pengetua adalah bertindak sebagai orang tengah dalam menjaga keharmonian pasukan kerja,
seterusnya dapat menyumbang kepada kecemerlangan pasukan itu. Pengetua juga perlu
bertindak sebagai pengantara kepada orang bawahannya dengan pihak atasan. Sebarang
maklumat daripada pihak atasan perlu disampaikan kepada ahlinya.
7) Pemegang tanggungjawab ahli
Pengetua perlu bertanggungjawab ke atas perbuatan ahlinya yang dilakukan atas nama
kumpulannya. Ini kerana, pengetua sudah diamanahkan bagi menjaga ahli-ahli di bawah
pimpinannya. Apabila sesuatu berlaku pada ahlinya, pengetua harus bertanggungjawab bagi
memastikan ahli-ahlinya berada dalam keadaan baik.
8) Bertindak sebagai ayah atau ibu
Tindakan pengetua kepada anak buah atau kumpulannya perlu menggambarkan seolah-olah
tindakan ayah ataupun ibu kepada anggota keluarganya. Begitu juga perumpamaan yang
diberikan kepada pengetua dalam pasukan kerja. Pengetua perlu menganggap orang
bawahannya seperti ahli keluarga yang perlu diberi perhatian sepenuhnya. Pengetua perlu
mengambil berat hal ehwal ahli pasukannya seperti kebajikan, penyediaan kemudahan dan
sebagainya. Hubungan sesame ahli juga perlu dititikberatkan. Pemimpin kerja berpasukan
perlu berusaha mewujudkan hubungan bersikap kekeluargaan yang mesra antara satu sama
lain. Ini bertujuan bagi menjamin sifat kerukunan pasukan itu sepanjang masa.
9) Penanggung risiko
Sama ada pasukan yang dipimpin berjaya atau tidak, pemimpin perlu menanggung setiap
risiko yang bakal dihadapinya. Warga sekolah perlu menyedari dirinya adalah tempat
melemparkan kesalahan dan keburukan yang terjadi dalam kumpulannya. Warga sekolah
perlu berani bertanggungjawab atas kesalahan orang lain. Para pengetua perlu mengetahui
ciri-ciri keterampilan dan peranan masing-masing sekiranya inging menjadi pemimpin yang
efektif. Apabila pengetua dapat memupuk sifat-sifat kepimpinan yang positif dan
melaksanakan peranan warga sekolah dengan sebaiknya, warga sekolah mempunyai peratus
kejayaan yang tinggi bagi memimpin pasukannya melangkah ke arah yang lebih berdaya
saing. Ini kerana pengetua adalah individu paling penting bagi mengemudi dan mencorakkan
pasukannya mengikut acuan yang sudah dibentuk. Pengetua eprlu mencari kaedah yang
berkesan bagi berurusan dan berhadapan dengan perubahan bagi mengekalkan keberkesanan
organisasi. Pengetua perlu menghormati dan mengintegrasikan faktor persekitaran seperti
individu, kumpulan, organisasi dan komuniti dalam meningkatkan pencapaian matlamat demi
keuntungan bersama.

Peranan pengetua sebagai pemimpin dalam kehidupan seseorang guru haruslah diserlahkan
melalui peranan role model atau mentor. Pengetua boleh bertindak dalam pelbagai cara agar
warga sekolah dapat melabel mereka sebagai tempat rujukan yang boleh dicontohi atau
dijadikan idola. Ini secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai mentor yang boleh
diteladani oleh seluruh warga sekolah. Pengetua juga perlu mentranformasikan kepimpinan
melalui kerja berpasukan terlebih dahulu dalam membentuk wawasan dan matlamat yang
jelas. Wawasan ini perlulah mempunyai gambaran yang realistik dan mampu menaikkan
semangat serta komitmen setiap warga sekolah.

Kepimpinan seorang pengetua perlu mencakupi pelbagai aspek dalam memastikan
pasukannya bergerak ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Apabila pemimpin
melaksanakan peranannya dengan berkesan, beliau dapat mencapai matlamat pasukannya
dengan baik. Selain itu, setiap pengetua perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang
lengkap dari segi fizikal dan teknikal kerana sebagai pengetua, mereka perlu bersikap proaktif
dan bersedia mengambil risiko serta berani keluar daripada kepompong keselesaan. Pengetua
yang melakukan transformasi kepimpinan seharusnya sentiasa memahami dan melibatkan
orang lain dalam apa jua keadaan sekali pun kerana di sinilah mereka mendapat mandat dan
kepercayaan daripada setiap ahli dalam organisasi. Proses pengagihan kepimpinan ini tidak
boleh bergantung pada arahan dan kawalan sahaja tetapi perlulah mendapat kerjasama dan
persefahaman bersama. Jika guru mampu mentadbir dan mengurus secara sendiri, ini dapat
meningkatkan profesionalisme guru sekali gus mengurangkan pergantungan terhadap
kepimpinan.

Kelebihan Kerja Berpasukan
Menurut Spiegel Cresencio Torres (1994) kerja berpasukan memberikan banyak faedah
kepada pasukan mahupun ahli dalam pasukan tersebut. Dari segi faedah pasukan, ia akan
meningkatkan produktiviti kerja, meningkatkan kualiti kerja dan meningkatkan moral pekerja.
Dari segi faedah individu pula, ia dapat mengurangkan tekanan kerja dengan tanggungjawab
dikongsi bersama, mereka akan merasakan diri dihargai oleh ahli dalam pasukan, kebolehan
individu boleh dikongsi bersama dengan ahli pasukan dan pengalaman setiap ahli pasukan
boleh dijadikan panduan kejayaan. Dengan itu, kejayaan akan dikongsi bersama ahli pasukan.
Selain ini, kerja berpasukan mempunyai kelebihan seperti meningkatkan rangsangan,
mengeratkan tali persaudaraan dan setia kawan antara pekerja, mengurangkan sebarang
pergeseran, atau berpuak-puak yang selalunya merupakan angkara yang tidak sihat dan
mewujudkan perasaan seronok bekerja. Ahli pasukan akan sentiasa suka menghasilkan kerja
yang paling baik dan mampu mewujudkan suasana yang intim. Mereka juga akan
meningkatkan perasaan bangga kepada pasukan dan organisasi. Pasukan kerja yang berjaya
akan memiliki ciri-ciri tersendiri dengan hasil yang menguntungkan semua pihak. Ciri-ciri am
kerja berpasukan adalah sempadan yang jelas, manfaat daripada kemahiran yang pelbagai,
tugasan yang jelas untuk dipersembahan, mempunyai sasaran tarikh, bergantung pada
kerjasama, bilangan ahli yang tidak terlalu ramai, akauntabiliti individu dan saling
bergantung, kerja secara kolektif, aktif dalam penyelesaian masalah, perbincangan secara
terbuka, saling bergantung dan kepimpinan berkongsi. Pasukan kerja yang efektif dianggap
sebagai pemangkin yang terkuat untuk melaksanakan perubahan organisasi. Pasukan kerja
yang berkesan tidak akan wujud secara kebetulan. Pasukan berkesan perlu dilahirkan dengan
sengaja dan diurus secara sistematik. Maka dalam konteks organisasi sekolah, pasukan kerja
yang diwujudkan adalah bertujuan dan memiliki matlamat yang jelas. Sebelum ditinjau lagi
adalah wajar meninjau teori-teori pengurusan yang membicara kerja berpasukan. Manfaat
yang akan diperolehi oleh pengetua dalam mewujudkan pasukan ayng kreatif dan inovatif
dengan bertindak kerja berpasukan ialah berbagai bidang kepakaran, pengetahuan dan
kemahiran dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan
penyelesaian yang berkesan. Mereka bertindak secara berpasukan boleh membantu
meningkatkan moral kakitangan dan kepuasan bekerja kerana mereka sama-sama diberi
peluang menyelesaikan masalah-masalah kualiti jabatan. Masalah-masalah yang dikongsi
bersama oleh berbagai fungsi dan bahagian boleh diselesaikan dengan cepat dan berkesan
kerana cadangan yang dibuat oleh kakitangan secara berpasukan akan lebih mudah untuk
dilaksanakan berbanding
dengan cadangan yang dibuat oleh individu. Apabila kakitangan mengamalkan semangat
berpasukan, mereka akan secara langsung boleh mengukuhkan tiga aspek yang penting
kepada proses peningkatan kualiti iaitu pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih meluas,
semangat saling percaya-mempercayai dalam kalangan kakitangan dan komunikasi yang
lancar di dalam organisasi.

Ahli kerja pasukan akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan,
pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja melalui kerja berpasukan. Pekerja ini
akan meningkatkan kebolehan seseorang ahli dalam pasukan mencetuskan idea-idea baru
yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti kerja yang dijalankan. Dalam
suasana kerja berpasukan, ahli pasukan mudah menjalankan perasaaan percaya-mempercayai
sesama mereka. Dengan perasaan ini individu akan merasa bebas dan lebih yakin untuk
bertindak dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dengan itu mereka akan dapat
membuat keputusan keputusan dengan cepat, menggunakan budi bicara dengan sempurna
dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing-masing bagi
menggerakkan proses peningkatan kualiti.

Konklusi
Peranan pengetua sebagai pemimpin perlu membina konsep kekitaan atau kerja sepasukan
agar penambahbaikan organisasi dapat dilakukan secara berterusan. Pengetua juga perlu
menunjukkan strategi yang dapat membantunya mengadaptasi dan melibatkan diri dengan
persekitaran antaranya menjalinkan hubungan mesra dengan masyarakat persekitaran sama
ada dengan jabatan kerajaan, swasta mahupun individu. Dapat disimpulkan, tugas atau
peranan pengetua yang mentransformasikan kepimpinan organisasi pendidikan tidak hanya
tertumpu pada definisi pemimpin itu sahaja, bahkan memimpin dan mempengaruhi orang lain
dengan usaha yang gigih dalam mencapai matlamat organisasi. Pengetua juga perlu
menguasai kemahiran kemanusiaan serta bertindak sebagai penjana perubahan, serta perlu
mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menguruskan masalah dan tekanan yang dihadapi
oleh warga sekolahnya.

Pengetua selaku peneraju utama dalam kepimpinan peringkat sekolah perlu melakukan satu
anjakan paradigma kerana perubahan dalam organisasi itu sangat penting dilaksanakan. Tanpa
perubahan, organisasi itu tidak akan mencapai matlamat dan kecemerlangan. Namun, bagi
melaksanakan perubahan bukan sesuatu perkara yang boleh diambil mudah. Ia memerlukan
pertimbangan dan penglibatan semua pihak supaya perubahan itu dapat dilaksanakan dengan
berkesan.

KERJA BERPASUKAN
Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu
kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi
mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu
yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran,
kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi
pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.




Ciri-ciri sebuah pasukan adalah:






Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber
kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan
yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara
bersendirian. Lapan nilai2 utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara
berpasukan iaitu:
1. Matlamat sama
2. Tanggungjawab bersama
3. Saling percaya mempercayai
4. Berkongsi idea
5. Saling bantu membantu
6. Bertolak ansur
7. Musyawarah
8. Kerjasama



Perbezaaan antara kerja berkumpulan dan kerja berpasukan.

Kerja dalam kumpulan belum tentu membawa maksud kerja sepasukan. Terdapat banyak
jenis kerja yang dilakukan oleh individu dalam kumpulan tetapi ia belum menjadi kepada
contoh kepada kerja berpasukan kerana:

Kerja berkumpulan menumpukan kepada kerja masing2 tetapi secara beramai-ramai setiap
orang telah ditetapkan kerja yang mesti di siapkan. Malah seseorang dalam kumpulan hanya
menerima arahan daripada ketua serta tidak terlibat di dalam menentukan sebarang keputusan
atau tindakan


Tambahan lagi, kerja berpasukan dapat menerima anggota pasukan yang berlainan latar
belakang dan menganggap anggota yang berbeza sebagai sebahagian daripada kita tetapi
kerja berkumpulan, biasanya anggota terdiri daripada mereka yang mempunyai persamaan
dari segi cara berfikir dan latara belakang dan menganggap orang lain berbeza sebagai bukan
daripada kita.



Bekerjasama: Kerja berpasukan ialah kerja bersama atau lebih dikenali sebagai kerjasama.
Masing-masing saling bantu membantu. Ini bertepatan dengan budaya masyarakat Melayu,
tetapi masih agak asing dalam amalan pengurusan Melayu. Kita ada pepatah yang popular;
Yang berat sama di pikul, yang ringan sama dijinjing dan sepatutnya pikulan dan jinjingan
itu diadaptasikan ke dalam budaya kerja berpasukan.


2. Keputusan dan penyelesaian: Kerja berpasukan dapat mengurangkan beban membuat
keputusan dan penyelesaian. Jika saudara seorang majikan, saudara dapat mengurangkan
jumlah keputusan yang terpaksa saudara buat, dengan memberikan sebahagian autoriti itu
kepada pasukan bawahan saudara. Jika saudara seorang ahli pasukan, saudara juga dapat
mengurangkan beban membuat keputusan; kerana dalam kerja berpasukan, keputusan dibuat
secara persepakatan, bukan individu.

3. Sumber manusia yang lebih produktif: Dengan kerja secara berpasukan, organisasi seolah-
olah mendapat kekuatan yang baru. Pertama, semangat, fokus, dan produktiviti ahli
meningkat. Mereka tidak berasa keseorangan dan rasa kebersamaan. Selain daripada itu,
pasukan itu sendiri menjadi satu sumber manusia yang tersendiri. Pasukan boleh dianggap
sebagai suatu entiti yang mempunyai kelebihan dan produktiviti sendiri. Contohnya, tugasan
membuat keputusan dan penyelesaian masalah yang kompleks tidak boleh dikendalikan oleh
seorang ahli, tetapi ia boleh disempurnakan oleh sebuah pasukan. Begitu juga dengan tugas-
tugas yang lain. Dalam keadaan sebegini, memiliki pasukan itu sendiri seolah-olah memiliki
satu lagi sumber manusia yang berkebolehan, cekap dan berkesan.

4. Komitmen: Dengan membina pasukan yang baik, bermakna saudara juga membina
komitmen yang baik. Jika saudara berada dalam sebuah pasukan yang bersemangat dan
cekap, sudah pasti saudara juga cekap dan bersemangat; begitu juga sebaliknya. Oleh itu,
menjadi tugas induk membina sebuah pasukan yang mempunyai ciri-ciri yang terbaik, yang
bersesuaian dengan tugas dan matlamat yang hendak dicapai.

5. Komunikasi: Dalam sesebuah pasukan, komunikasi adalah penting. Seseorang ketua
pasukan mestilah sentiasa berusaha mewujudkan sistem dan budaya komunikasi yang tulus
dan terbuka. Dia juga mesti memberi pendorong kepada mereka yang memendam akan lebih
meluahkan apa yang terbuku. Ahli-ahli pasukan perlu sentiasa memastikan rakan-rakan
sepasukan dapat menyampaikan maklumat dan mesej yang diperlukan. Dengan itu, organisasi
tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan pandangan dan respons daripada pasukan
berbanding dengan individu.

6. Kualiti: Ini adalah satu lagi produk kerja berpasukan iaitu kualiti. Saudara harus faham,
pasukan terdiri daripada pelbagai individu yang mempunyai pelbagai latar belakang dan
kemahiran. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Dengan bekerja dalam satu
pasukan, kekuatan ini akan bergabung dan mengeluarkan hasil yang cukup menakjubkan. Ia
seperti batu-bata yang kecil; apabila ia bergabung, boleh membina sebuah tembok yang tinggi
dan kukuh!

7. Semangat dan motivasi: Apabila kita bekerja bersama-sama dengan rakan yang lain,
saudara akan berasa lebih bersemangat dan berdaya tahan. Apabila saudara melihat kesukaran
dan kesusahan yang turut dihadapi oleh rakan sepasukan, semangat saudara kembali bersinar
dan saudara berterusan menghadapi masalah dengan yakin. Contohnya seperti kisah para
sahabat Nabi Muhammad dalam peperangan, bagaimana mereka mempunyai semangat dan
daya juang yang tinggi, apatah lagi apabila melihat para pejuang yang lain syahid di hujung
pedang. Inilah antara yang menjadi pendorong kepada kekuatan tentera Islam dalam
sejarahnya yang gemilang.

8. Mengurangkan tenaga serta kakitangan: Apabila produktiviti meningkat, maka dengan
sendiri tenaga kakitangan dapat dioptimumkan. Hasilnya, organisasi akan dapat
mengurangkan kos, dan menumpukan kepada proses pembangunan dan pengembangan
organisasi untuk melangkah lebih jauh.


9. Kepuasan bekerja: Bekerja secara berseorangan boleh mengakibatkan kebosanan dan jemu.
Dengan menghayati kerja berpasukan dengan baik, saudara akan berasa lebih puas dan
gembira menjalankan tugaS



Konsep Kerja Berpasukan

Menurut Ab Aziz (2003), kerja berpasukan adalah gabungan sebilangan individu yang
mempunyai kompetensi yang saling bergantung sama ada dari segi keupayaan, kepakaran,
kemahiran dan pengetahuan. Mereka masing-masing mempunyai akauntabiliti dan komitmen
terhadap prestasi pasukan serta bersedia
melaksanakan tugas yang mencabar. Merujuk Zainal Ariffin (1998), pasukan kadangkala
dikenali sebagai kelompok atau kumpulan yang bekerjasama untuk mencapai matlamat
spesifik jabatan atau organisasi. Merujuk Saari (1991), kerja berpasukan ialah sesuatu
kumpulan yang melaksanakan tugas bersama-sama, ia berfungsi sebagai sebuah pasukan
dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama.
Pasukan Kerja
Pasukan kerja dikatakan sebagai satu set struktur hubungan interpersonal dalam usaha
mencapai matlamat yang sudah ditetapkan. Ia juga merujuk kepada sekumpulan individu
yang kongsi matlamat dan kerja serta kemahiran setiap ahli sesuai dan perlu kepada ahli lain
dalam pasukan. Lussier dan Achua (2001)
mendefinisikan pasukan kerja sebagai satu pemahaman dan komitmen antara semua ahli
dalam pasukan ke arah pencapaian matlamat pasukan itu sendiri. Pasukan adalah sebuah
kumpulan kualiti. Pasukan dibentuk berdasarkan pengetahuan, pengalaman serta status dan
bukannya berdasarkan kebolehan individu
untuk bekerja bersama-sama (Tengku Abd. Aziz, 1999). Pasukan kerja di sesebuah
organisasi dibentuk untuk melaksanakan sesuatu tugas atau program dalam jangka
waktu pendek atau panjang berdasarkan kehendak program atau aktiviti. Pasukan
kerja merupakan kumpulan individu yang bekerjasama untuk mencapai satu
matlamat bersama. Maka, pasukan kerja bergabung untuk mecapai matlamat organisasi dan
kepentingan individu diketepikan (Lussier, NR., 1998). Kerja berpasukan juga boleh merujuk
kepada satu set nilai yang menggalakkan tingkah laku seperti mendengar dan memberi respon
yang membina
terhadap pendapat orang lain, menjelaskan keraguan, serta memberi sokongan penuh kepada
ahli. Ini termasuklah menghargai minat serta mengiktiraf pencapaian ahli pasukan yang lain
(Katzenbach & Doughlas, 1993). Ia merupakan gabungan usaha,pengetahuan, kemahiran dan
kebolehan yang dilakukan secara sinergi untuk menghasilkan prestasi kerja melebihi input
yang dilakukan secara bersendirian.Melalui usaha ahli pasukan membolehkan organisasi
meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber. Walaubagaimanapun, kerja berpasukan yang
sedia stabil turut dirundung kebimbangan terhadap kesan negatif perubahan. Antaranya
berpunca daripada norma pasukan, keakraban pasukan dan pemikiran pasukan.
a. Norma Pasukan
Norma didefinisikan sebagai peraturan informal yang telah dipersetujui secara kolektif bagi
menyediakan garis panduan ahli-ahli pasukan untuk bergelagat.Oleh itu, norma berperanan
untuk:
i. menyediakan panduan tingkah laku atau gelagat yang dipersetujui
bersama oleh ahli-ahli pasukan.
ii. memberitahu atau menyediakan garis panduan kepada ahli-ahli berkaitan
dengan perkara-perkara yang patut dan tidak patut dilakukan.
iii. norma juga akan menjelaskan apakah jangkaan ahli-ahli pasukan terhadap
ahli yang lain dalam organisasi yang dianggotai.
iv. membolehkan pengalaman terdahulu dijadikan garis panduan untuk
bertindak dalam situasi yang baru.
v. menyesuaikan tingkah laku atau gelagat seseorang dengan norma-norma
yang ada dalam pasukannya.
vi. dapat membangkitkan kejujuran, ketaatan dan peningkatan komitmen
terhadap organisasi.
Dalam sesebuah organisasi biasanya akan membentuk norma tidak formal bagi membendung
perlakuan yang diizinkan atau pengelak daripada berlakunya pelencongan di kalangan ahli.
Oleh kerana perubahan akan mengubah struktur tanggungjawab dan perhubungan maka
secara tidak langsung di antara pasukan,
norma dan tanggapan ahli-ahli yang memerlukan penerimaan norma baru untuk situasi yang
baru.


Keakraban Pasukan
Keakraban pasukan bermaksud tahap di mana ahli-ahli pasukan tertarik terhadap satu dengan
yang lain sehingga terdorong untuk terus tinggal dalam pasukan. Keakraban yang ditunjukkan
menyebabkan mereka lebih bersedia untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan
kepakaran. Disamping itu, pereratan yang
tinggi akan menarik ahli untuk lebih bertolak ansur untuk saling membantah ke atas sesuatu
isu, mewujudkan perasaan kekitaan (esprit de corps) dan rasa pemikiran yang tinggi. Adalah
didapati pereratan pasukan akan mempengaruhi produktiviti sesuatu pasukan. Hubungan
antara pereratan dengan pasukan adalah seperti berikut:
i. pereratan pasukan akan mempengaruhi produktiviti hasil daripada
komitmen dan keyakinan yang dimiliki antara satu dengan yang lain.
ii. pereratan dan produktiviti saling mempengaruhi terhadap prestasi
yang ditunjukkan oleh pasukan kesan daripada sinergistik yang
ditunjukkan.
iii. gabungan antara norma prestasi kerja yang tinggi dan pereratan tinggi
akan menjurus kepada peningkatan produktiviti kesan daripada
sepenuh penumpuan yang diberikan terhadap tugas yang telah
dipertanggungjawabkan.
iv. jika pereratan dalam organisasi tinggi tetapi norma prestasi yang
rendah akan mengakibatkan produktiviti yang sederhana kesan
daripada tumpuan terhadap tugas yang rendah.
v. jika pereratan rendah dan norma prestasi rendah, produktiviti juga
akan rendah kerana berlakunya banyak pembaziran terhadap sumber
organisasi kesan daripada konflik, kekecewaan dan ketidakpuasan.
Hubungan rapat ahli-ahli dalam pasukan membabitkan prestasi sesuatu pasukan. Pasukan
yang tinggi keakrabannya akan menghalang usaha untuk memecah dan mengubah matlamat
pasukan tersebut. Ahli-ahli pasukan lebih gemar mengekalkan status quo dan
mempertahankan kepentingan pasukan daripada ancaman perubahan yang dapat menggugat
kedudukan mereka.
Lepak Sosial Pasukan
Lepak sosial pasukan merupakan keadaan subordinat yang tidak bersedia melakukan
perubahan apabila berada dalam organisasi di mana prestasi kerja keseluruhan adalah rendah.
Bagi mereka mengapa perlu berubah sedangkan ahli pasukan yang lain tidak bersedia untuk
berubah. Oleh itu, tiada sebab bagi
sesetengah ahli pasukan bersusah payah berhadapan dengan ketidakpastian melakukan
perubahan walhal ahli-ahli yang lain bersikap tunggu dan lihat. Lepak sosial pasukan berlaku
adalah mungkin disebabkan oleh ramai ahli dalam pasukan tidak memberikan tahap usaha
yang sama untuk melakukan perubahan berbanding
dengan segelintir yang lain. Sekiranya terdapat di kalangan ahli dalam pasukan yang menolak
perubahan maka kebiasaannya akan mempengaruhi ahli-ahli yang lain.Lepak sosial pasukan
berlaku apabila wujudnya senario tunggu dan lihat di kalangan ahli sebelum menerima atau
menolak senario perubahan. Akibat daripada
keadaan ini berlaku, ahli-ahli tertentu mengharapkan ahli lain supaya melakukan perubahan
terlebih dahalu. Lepak sosial pasukan mungkin juga disebabkan terdapat di kalangan ahli
pasukan yang bergantung kepada kesediaan dan keupayaan individu tertentu untuk
mengambil initiatif bagi memulakan perubahan. Akibat daripada keadaan ini banyak di
kalangan ahli pasukan yang lain menunggu untuk mengambil
kesempatan dan menumpang di atas kejayaan orang lain.
Pasukan Kerja
Apabila sesuatu kumpulan melaksanakan tugas bersama-sama, ia berfungsi sebagai sebuah
pasukan dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama yang dinamakan pasukan kerja
(Saari, 1991). Menurut Ron Archer (1996), beliau menyatakan bahawa pasukan kerja sebagai
sebarang kumpulan manusia yang
mempunyai tujuan umum yang sama dan masing-masing mengiktiraf ahli lain sebagai rakan
sepasukan yang sama taraf. Menurut Hilarie Owen (1996), pasukan kerja adalah sekumpulan
individu yang kerja bersama secara berterusan dan kongsi matlamat antara ahli dalam
pasukan. Pendapat beliau sama dengan Richard et.al (1995) yang mengatakan bahawa
pasukan kerja sebagai a groups members mustinteract; must work toward valued, common,
specified goals and objectives; andmust adapt to circumstances in order to meet these goals
and objectives. Beliau menyatakan kerja berpasukan merupakan penyempurnaan kerja secara
teknikal yang dilaksanakan oleh individu yang terdiri daripada sepasukan atau sekumpulan
ahli.Secara amnya, istilah pasukan terdiri daripada kelompok individu yang mempunyai
kepentingan dan peluang yang signifikan. Di dalam pasukan, setiap ahli memiliki kemahiran
dan kebolehan yang saling melengkapi. Mereka bersama-sama memainkan peranan mereka
untuk kemajuan organisasi. Mereka bekerja dalam persekitaran yang saling mempercayai,
mereka menyuarakan pendapat dan idea melalui perbincangan dan setiap masalah diselesai
secara bersama. Kepentingan adalah untuk pasukan dan bukan individu. Begitu juga, setiap
ahli dalam kerja
berpasukan adalah bermatlamat membangunkan organisasi. Bergerak secara berpasukan akan
menggambarkan keupayaan semua ahli organisasi itu berkhidmat untuk mencapai matlamat
yang dikongsi bersama.Begitu juga, Johnson & Johnsons (1991) dalam kenneth & Allan
(1995) mendefinisikan pasukan sebagai satu set struktur hubungan interpersonal dalam usaha
mencapai matlamat yang ditetapkan. Malik (1997) menyatakan kerja berpasukan merupakan
prasyarat yang amat penting bagi kejayaan sesebuah
organisasi. Melalui kerja secara berpasukan, matlamat dan misi sesuatu organisasi akan dapat
dicapai dengan menyeluruh dan berkesan. Manakala Katzenbanch & Doughlas dalam Tee
(2003), menyatakan bahawa pasukan kerja sebagai sebilangan kecil individu yang mempunyai
kemahiran complementary, di mana merek
mempunyai komitmen tinggi terhadap tujuan umum, matlamat prestasi dan pendekatan yang
membolehkan mereka saling memikul tanggungjawab bersama.Keberkesanan Kerja
Berpasukan Francis dan Young (1992) menyatakan bahawa, keberkesanan kerjaberpasuka
mempunyai enam kekuatan iaitu:
i. kelemahan seseorang individu dalam pasukan akan dineutralkan oleh
kekuatan anggota pasukan yang lain.
ii. kerja pasukan membina persetujuan dan komitmen kepada matlamat
organisasi. iii. perhubungan pasukan merupakan motivasi yang paling kuat.
iv. ahli pasukan dapat bekerja bersama dengan berkesan, berjaya dan
gembira.
v. pasukan dapat mendisiplinkan ahli-ahlinya iaitu pemikiran negatif
seolah-olah tidak wujud di kalangan ahli.
vi. kemahiran pasukan membolehkan ahlinya menyertai pasukan baru dan
mencapai keberkesanan berpasukan dengan cepat.
Sehubungan dengan itu, Kazemark (1991) telah membangunkan Model
Komprehensif dengan menyenaraikan 10 kriteria kerja pasukan yang berkesan iaitu:
i. matlamat yang difahami dan dipersetujui
ii. konflik yang berlaku dapat ditangani dengan baik
iii. ahli berkongsi peranan kepimpinan
iv. keupayaan ahli digunakan sepenuhnya
v. komunikasi terbuka dan penglibatan di mana ahli tahu apa yang berlaku
dalam pasukan
vi. ahli menyokong kawalan dan prosedur pasukan
vii. penglibatan dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan
viii. pengujian dan kreativiti digalakkan
ix. menilai fungsi dan proses dengan kerap
x. setiap ahli memahami peranan dan tanggungjawab dan had kuasa masingmasing.
Manakala, Archer (1996) juga telah menyenaraikan ciri-ciri kerja berpasukan
yang berkesan iaitu:
i. kepimpinan yang dinamik serta mendapat sokongan daripada organisasi
ii. ahli pasukan yang mempunyai wawasan bersama
iii. matlamat kerja berpasukan adalah jelas
iv. latihan yang mencukupi dan bersesuaian
v. autoriti dan peluang membuat keputusan
vi. menghargai nilai konflik yang wujud. vii. menghormati perbezaan individu dan
menggunakannya sebagai refleksi
diri.
viii. berkomunikasi secara terbuka dan berkongsi sumber yang sedia ada
ix. kesanggupan menikmati kejayaan dan memikul beban bersama.
Keberkesanan kerja berpasukan akan memperlihatkan sembilan komponen yang disebut
sebagai peta oleh McGregor, Likert dan Blake & Mouton (1964) dalam Tengku Abd. Aziz
(1999) iaitu nilai yang jelas dan dikongsikan, tugas yang jelas, kepimpinan mengikut keadaan,
bangga dengan pasukan, tugas yang jelas,
maklum balas dan kaji semula, sikap terus terang dan ikhlas, membuat keputusan bersama dan
penekanan pada tindakan. Kajian Weller (1998) telah membuktikan peranan TQM dan kerja
berpasukan membawa kejayaan di peringkat sekolah dan organisasi sekolah. Menurut beliau
lagi, perkongsian maklumat, idea, inovasi dan bekerja secara komited memberi tranformasi
kepada sekolah ke arah sekolah berkualiti. Peningkatan kualiti bukanlah usaha yang boleh
diserahkan kepada seseorang secara individu. Ini kerana masalahmasalah dalam proses kerja
adalah bersifat komplek, melibatkan berbagai bahagian dan sistem. Oleh itu lazimnya
penyelesaian masalah tersebut adalah di luar kemampuan individu. Dalam keadaan yang
demikian setiap pihak dalam jabatan perlu bertindak secara berpasukan supaya segala
kekuatan dan sumber yang ada dalam jabatan dapat digemblengkan sepenuhnya.
Daripada Suhaini Mat Seman A136563
Rujukan: Ab. Aziz Yusof (2003). Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Petaling Jaya:
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Ab. Aziz Yusof (2004). Kepemimpinan Dalam Mengurus Perubahan. Dari Dimensi
Kemanusiaan. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

You might also like