You are on page 1of 2

PJM | COLLIN WAN 810109-13-5967/PPG SAINS 2 AMB. FEB.

2012 1

Refleksi Permainan Tradisional
Syukur dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
Pertandingan Permainan Tradisional tempoh hari. Sebagai salah seorang dari
kumpulan Sains 2 yang menganjurkan Permainan Tradisional Cabut Ekor yang
ahli kumpulannya terdiri daripada 4 orang iaitu En. Rosmizan, En Donny ,Pn Loly ak
Buga dan saya sendiri, merasakan sangat bertuah kerana berpeluang mengenali
dan mengikuti secara lebih dekat tentang permainan tradisional ini. Berdasarkan
kepada penganjuran tempoh hari , saya telah mendapat banyak pengalaman
berguna serta memperoleh idea-idea baru yang mungkin boleh diadaptasikan di
sekolah kelak. Jika ditinjau diperingkat sekolah umumnya, permainan tradisional
seperti baling selipar,cabut ekor,sepak raga serta permainan dalaman (indoor
games) seperti congkak,dam ketingting dan sebagainya seakan-akan kurang
mendapat sambutan di kalangan murid-murid. Oleh yang demikian , pasukan kami
telah bertungkus-lumus untuk mencari sejarah tentang permainan tradisional ini
terutamanya bagi permainan Cabut Ekor yang telahpun dipilih oleh kumpulan kami.
Dari proses perbincangan dan proses pencarian maklumat ini saya telah dapat
mencungkil serba sedikit pengetahuan tentang permainan tradisional ini
terutamanya dikalangan rakan guru di sekolah yang pernah mengikuti kursus
berkaitan permainan tradisional ini. Selain daripada itu, hasil kolaborasi sesama ahli
kumpulan juga memberikan saya peluang untuk berfikir secara lebih kreatif dan kritis
terhadap kemungkinan idea permainan ini diubahsuai tanpa perlu menghilangkan
identity asalnya. Pencarian ilmu permainan ini melalui internet juga telah membuka
mata saya terhadap permainan ini.
Dari segi pengelolaan dan penganjuran pertandingan permainan tradisional
ini pula, saya boleh katakan semua ahli kumpulan dalam kumpulan PraSekolah, BM
2 dan Sains 2 (Kumpulan saya) memberikan kerjasama yang padu dan bertolak
ansur. Boleh dikatakan, hampir semua aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan
sehabis baik mengikut apa yang telah ditetapkan oleh peraturan permainan
tradisional tersebut. Bagi kumpulan saya pula, permainan tradisional cabut ekor ini
merupakan permainan luar (outdoors) yang perlu dimainkan dikawasan yang lapang
atau pun dipadang. Untuk menjayakan Pertandingan Permainan Tradisional ini, Ahli
Jawatan Kuasa Pertandingan dan Protokol telah diwujudkan. Saya diletakkan dalam
AJK Peralatan bersama Encik Faisal bin Harya dan Raymond Galan. Kami bertindak
PJM | COLLIN WAN 810109-13-5967/PPG SAINS 2 AMB. FEB.2012 2

untuk menyediakan peralatan yang diperlukan oleh pihak penganjur seperti
menyediakan meja hakim, kerusi, skital, tali dan sebagainya.Selain itu, dalam
kumpulan Cabut Ekor pula, saya bertindak menyediakan padang atau kawasan
permainan disamping memantau permainan ini dijalankan. Disamping itu, saya juga
ditugaskan untuk membeli tali nilon untuk membuat ekor. Jadi, persediaan tersebut
telah dirancang dengan rapi oleh ahli kumpulan masing-masing. Saya sungguh
berasa gembira dan teruja bilamana pertandingan ini dijalankan kerana disitu saya
telah melihat cara dan kendalian permainan cabut ekor yang betul.
Saya cuma berasa sedikit terkilan semasa pertandingan cabut ekor dijalankan
apabila bilangan peserta tidak mencukupi dan terpaksa dibuat dalam 3 kumpulan
bertiga. Sepatutnya, di atas kertas bilangan peserta adalah dalam 5 kumpulan dan
dalam setiap kumpulan ada 5 atau 6 orang. Walaubagaimanapun, pertandingan
cabut ekor dapat juga dimainkan dengan jayanya walaupun kekurangan pemain.
Dari pengamatan saya setelah melihat secara keseluruhan pertandingan cabut ekor
ini, saya bersetuju seperti apa yang disebut oleh Pensyarah IPGK Batu Lintang
selaku pemerhati, beliau mengatakan permainan tradisional ini memang perlu
diketengahkan kepada murid-murid di sekolah supaya permainan tradisional ini terus
berkembang dan tidak dilupakan. Tetapi biarlah kreativiti guru atau ubahsuai
terhadap permainan ini tidak keterlaluan sehingga menghilangkan keaslian atau
identiti asal permainan tradisional tersebut. Terlalu banyak pengubahsuaian
terhadap permainan tradisional boleh menyebabkan permainan tersebut bukan
tradisional lagi. Untuk itu, saya berbesar hati dan berterima kasih kepada semua
rakan-rakan sekuliah selaku pihak penganjur, para pelajar PISMP yang bertindak
sebagai peserta pertandingan, tenaga Pensyarah yang membimbing dan memerhati
segala gerak kerja kami selama ini kerana tanpa anda semua saya tidak akan
memperoleh ilmu yang sangat berharga bagi subjek PJM ini.
Sekian, Terima Kasih.

You might also like