You are on page 1of 24

TAHAP KEBERKESANAN

PROGRAM KOKURIKULUM KESATRIA DI DALAM


PEMBENTUKAN PELAJAR YANG BERDISIPLIN
BIRO PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN
INSTITUT TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH:
INSTITUT TEKNOLOGI MARA
CAW ANGAN PAHANG
DI SEMBER 1997
COPYRIGHT @ UiTM
/
TAHAP KEBERKESANAN
PROGRAM KOKURIKULUM KESATRIA DI DALAM
PEMBENTUKAN PELAJAR YANG BERDISIPLIN
DISEDIAKAN OLEH:
INSTITUT TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PAHANG
DI SEMBER 1997
COPYRIGHT @ UiTM
PRAKATA
Pengesanan merupakan satu fungsi penting dalam menentukan tahap
keberkesanan sesuatu program yang dijalankan. Bertitik tolak daripada tujuan
tersebut, kami merancang mengadakan penyelidikan "Tahap Keberkesanan Program
Kokurikulum Kesatria Di Dalam Pembentukan Pelajar Yang Berdisiplin", ini
bertujuan untuk membolehkan pihak perancang dan perlaksana supaya dapat
mengetahui status perlaksanaan dan perkara-perkara yang telah berlaku.
Berasaskan dapatan-dapatan yang diperolehi tindakan sewajarrnya boleh
diambil bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan yang sedia ada bagi mememuhi
keperluan tuntutan masa. Dengan itu, hasrat ITM untuk melahirkan graduan yang
mampu bersaing sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara akan muncul.
Semoga usaha kami yang sedikit ini diberkati Allah.
i
COPYRIGHT @ UiTM
SENARAI PENYELIDIK
Ketua Penyelidik
Mohd Fozi bin Ali
(Bachelor of Engineering (Agric.) (UPM))
Pensyarah
ITM Cawangan Pahang
Lain-lain Penyelidik
Norashikin bte. Hj. Ismail
Pensyarah
ITM Cawangan Pahang
Maimunah bte. Mohd Shah
Pensyarah
ITM Cawangan Pahang
Wan Fauzi bin Wan Mamat
Pensyarah
ITM Cawangan Pahang
YM Engku Zain bin Engku Azam
Pensyarah
ITM Cawangan Pahang
ii
COPYRIGHT @ UiTM
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji
bagi Allah Tuhan Semesta Alam, Selamat dan Salam ke atas J unjungan Besar Nabi
Muhammad S.A.W. serta keluarga. para sahabat dan tabiah.
Syukur ke hadrat Allah yang telah memberi taufik dan hidayahNya kepada
kami dalam melakukan penyelidikan yang bermakna ini serta dapat menyiapkannya
mengikut jadual. Setinggi-tinggi perhargaan kami tujukan kepada :
i. Tuan Pengetua (Provos) ITM Cawangan Pahang
ii. Jawatan kuasa Penyelidikan
iii. Bahagian Hal Ehwal Akademik
iv. Bahagian Hal Ehwal Pelajar
v. Pembantu-pembantu Penyelidik
vi. Pelajar-pelajar yang telah mengikuti program Kesatria
vii. Semua pihak yang terlibat secara Iangsung atau tidak langsung
dalam memberi sumbangan tenaga dan idea sehingga kajian ini
dapat disiapkan dengan jayanya.
iii
COPYRIGHT @ UiTM
ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka Surat
Prakata i
Senarai Penyelidik ii
Penghargaan iii
Isi Kandungan iv
Senarai Jadual vii
Senarai Lampiran x
Abstrak xi
1.0 Pengenalan 1
1.1 Penyataan Masalah 2
1.2 Objektif Kajian 3
1.3 Kepentingan penyelidikan 4
2.0 Methodologi Penyelidikan 6
2.1 Pengenalan " 6
2.2 Populasi dan Skop Kaji Selidik 7
2.3 Persampeian 8
2.4 Soal Selidik 9
2.5 Pemprosesan Data 11
3.0 Hasil Penyelidikan 12
3.1 Latar Belakang Responden (Pelajar) 12
3.1.1 Jantina 12
3.1.2 Kursus Yang Diikuti Pelajar 13
3.1.3 Semester Pengajian 14
3.1.4 Sekolah Terakhir Responden 14
3.1.5 Membiayai Pengajian Responden Di ITM 15
3.1.6 Pendapatan Keluarga 16
3.1.7 Bilangan Adik Beradik 16
3.1.8 Bilangan Dalam Adik Beradik 18
3.1.9 Tinggal Di Asrama Sebelum Memasuki ITM. 19
3.1.10 Masih Mempunyai Ibubapa 20
3.2 Latar Belakang Responden (Kakitangan) 21
3.2.1 Jantina 21
3.2.2 Kategori/Jawatan 21
3.2.3 Tempoh Perkhidmatan 22
iv
COPYRIGHT @ UiTM
3.2.4 Mengetahui Kewujudan Kokurikulum Kesatria 23
3.2.5 Penglibatan Kakitangan Di Dalam Kokurikulum 23
Kesatria
3.3 Penglibatan Responden Terhadap 24
Kokurikulum Kesatria
3.3.1 Tempoh Masa Responden Mengikuti Program 24
Kokurikulum Kesatria
3.3.2 Purata J am Latihan Seminggu Yang Perlu Dihadiri 25
Pelajar
3.3.3 Pilihan Sebenar Kokurikulum Mengikut 27
Kecenderungan Responden
3.3.4 Bertujuan Untuk Meningkatkan Dan Memperbaiki 28
Disiplin Pelajar
3.3.5 Bentuk Latihan Dan Pengajaran Di Dalam Program 29
Kokurikulum Kesatria
3.3.6 Penilaian Tahap Program Ini Sangat Baik Dan 30
Berfaedah
3.3.7 Program Ini Melatih Pelajar Menjadi Seorang Yang 31
Berdisiplin Di Dalam Segala Aspek
3.3.8 Mengubah Pelajar Menjadi Lebih Berdisiplin 32
3.3.9 Pelajar Bangga Mengikuti Program Ini 33
3.3.10 Persediaan Untuk Menjalani Latihan Memerlukan 34
Masa Yang Panjang
3.3.11 Kokurikulum Ini Adalah Yang Terbaik 35
3.3.12 Kokurikulum Ini Berjaya Memberi Latihan 36
Kepimpinan
3.3.13 Pelajar Baru Wajib Mengikuti Program 37
Kokurikulum Kesatria
3.3.14 Program Ini Membebankan Pelajar 38
3.3.15 Program Menjejaskan J adual Belajar 39
3.3.16 Pelajar Menghadapi Tekanan Sewaktu Mengikuti 40
Latihan Program Kokurikulum Kesatria
3.3.17 Membantu Pelajar Untuk Berjaya 41
Di Dalam Kursus Akademik Yang Diambil
3.3.18 Silibus Program Ini Lengkap 42
3.3.19 Pelajar Mudah Menyesuaikan Diri 43
3.3.20 Program Ini Patut Diwajibkan Kepada Pelajar 44
Tahun Akhir
3.3.21 Tenaga Pengajar Berkebolehan 45
3.3.22 Tempoh Sebenar (Semester) Program Kokurikulum 46
Ini Harus Diikuti Oleh Pelajar
v
COPYRIGHT @ UiTM
3.3.23 Mengikuti Program Kokurikulum Kesatria Pada 47
Cuti Semester
3.3.24 Program/Aktiviti Yang Diikuti Semasa Cuti 48
Semester
3.3.25 Nilai Murni Yang Utama 49
3.3.26 FaedahYang Diperolehi Setelah Menyertai Program 50
Kokurikulum Kesatria.
3.3.27 Pendapat'Untuk Melihat Program Ini Lebih 50
Berjaya Membentuk Pelajar Yang Berdisiplin
3.4 Kegiatan Lain Responden (Pelajar) 51
3.4.1 Program Persatuan Beruniform Semasa Di Sekolah 51
3.4.2 Pelajar Pernah Dikenakan Tindakan Disiplin 53
3.4.3 Pendapat Pelajar Mengenai Kegiatan Lain Yang 54
Boleh Membentuk Disiplin Pelajar
3.4.4 Peraturan Sahsiah Rupadiri 55
3.4.5 Peraturan Asrama Mengongkong Pelajar 56
3.4.6 Pelajar Melibatkan Diri Di Dalam Program 57
Keagamaan Di Kolej/Asrama
3.4.7 Penglibatan Sebenar Pelajar Di Dalam Program 58
Keagamaan
3.4.8 Penglibatan Pelajar Di Dalam Aktiviti Semasa Di 59
Sekolah Atau Sebelum Memasuki ITM
4.0 Kesimpulan dan Cadangan 60
5.0 Lampiran 69
6.0 Bibliografi 80
7.0 Singkatan dan Akronim 81
vi
COPYRIGHT @ UiTM
I
SENARAI JADUAL
Bil Perkara Muka Surat
Jadual
1 Pecahan Saiz Sampel Mengikut Kursus 9
2 Pecahan J antina Responden 12
3 Taburan Responden Mengikut Kursus 13
4 Semester Pengajian Responden 14
5 Status Sekolah Terakhir Responden 15
6 Pembiaya Responden Semasa di ITM 16
7 Taburan Bilangan Adik Beradik Responden 17
8 Bilangan Adik Beradik Dalam Keluarga Responden 18
9 Penempatan Pelajar Sebelum Memasuki ITM 19
10 Status Responden Tinggal Bersama Ibubapa 20
11 J antina Kakitangan 21
12 Kategori/J awatan Kakitangan 22
13 Tempoh Perkhidmatan Kakitangan 22
14 Tahu Kewujudan Kokurikulum Kesatria 23
15 Penglibatan Kakitangan Di Dalam Kokurikulum Kesatria 24
16 Tempoh Mengikuti Program Kokurikulum Kesatria 25
17 Bilangan J am Latihan yang Perlu Dihadiri Seminggu 26
18 Kecederungan Kokurikulum Responden 28
19 Mempertingkatkan dan Memperbaiki Disiplin Pelajar 29
I vii
COPYRIGHT @ UiTM
20 Latihan dan Pengajaran Menginsafkan Pelajar 30
21 Program Kesatria Sangat Baik dan Berfaedah 31
22 Berdisiplin Di Segala Aspek 32
23 Pelajar Menjadi Lebih Berdisiplin 33
24 Rasa Bangga Pelajar 34
25 Persediaan Untuk Menjalani Latihan 35
26 Kokurikulum Terbaik 36
27 Melahirkan Sifat Kepimpinan 37
28 Pendapat Untuk Mewajibkan Program Kesatria Kepada 38
Pelajar Baru
29 Beban Program Ke Atas Pelajar 39
30 Kesan Program Kesatria Ke Atas J adual Belajar 40
31 Tekanan Sewaktu Mengikuti Latihan 41

32 Program Kesatria Membantu Pelajar Berjaya Di Bidang 42


Akademik
33 Silibus Program Kesatria 43
34 Penyesuaian Diri Terhadap Program 44
35 Pendapat Untuk Mewajibkan Program Ini Kepada Pelajar 45
Tahun Akhir
36 Pendapat Terhadap Tenaga Pengajar 46
37 Cadangan Tempoh Program Kesatria 47
38 Mengikuti Program Pada Cuti Semester 48
39 Nilai-nilai Murni Yang Utama 49
viii
COPYRIGHT @ UiTM
40 Faedah-faedah Dalam Program Kesatria 50
41 Pendapat Pelajar Untuk Melihat Program Kesatria 51
Lebih Berjaya

42 Penglibatan Pelajar Dengan Persatuan Beruniform 53
Di Sekolah
43 Pandangan Pelajar Tentang Sahsiah Rupadiri 56
44 Pandangan Pelajar Tentang Peraturan Asrama 57
45 Penglibatan Pelajar di Asrama/Kolej 58
46 Penglibatan Pelajar Di Dalam Program Keagamaan 58
47 Keaktifan Pelajar Sebelum Memasuki ITM 59
ix
COPYRIGHT @ UiTM
I
SENARAI LAMPIRAN
Muka Surat
69
I
Bil Perkara
Lampiran
1 Soalan Kaji Selidik

I
x
COPYRIGHT @ UiTM
ABSTRAK
Kecemerlangan akademik selalunya dijadikan ukuran utama dalam
menentukan kejayaan seseorang pelajar. Kecemerlangan akademik semata-mata
tanpa diadun dengan sahsiah yang baik dan nilai-nilai murni serta disiplin diri yang
tinggi dikatakan tidak lengkap untuk mendaulatkan kecemerlangan itu sendiri.
Objektif kajian adalah untuk mengkaji kesesuaian program kokurikulum
Kesatria yang dilaksanakan, mengenalpasti program-program yang lebih sesuai untuk
pelajar dan mengkaji perubahan sikap pelajar dan mengkaji perubahan sikap pelajar
setelah tamat mengikuti program ini.
Kajian ini melibatkan 178 sampel yang terdiri dari pelbagai pelajar di ITM
Cawangan Pahang. Hasil kajian mendapati 50.8% responden cenderung dengan
program kokurikulum Kesatria berbanding dengan lain-lain kokurikulum, 68.8%
menyatakan ianya dapat mempertingkatkan dan memperbaiki disiplin dan 70.6%
menyatakan program ini dapat menginsafkan mereka. Berdasarkan kepada 6.86%
responden pernah dikenakan tindakan tatatertib, ianya tidak mempunyai kaitan yang
jelas dengan program kokurikulum yang diikuti.
Kajian juga mendapati di antara program lain yang dicadangkan adalah seperti
aktiviti kebudayaan dan teater, berkayak, ceramah motivasi, keusahawanan, keluarga
angkat, dan kerja-kerja amal. Responden juga memberi saranan agar silibus program
ini perlu dimantapkan lagi, ketegasan jurulatih perlu dipertingkatkan dan nilai-nilai
keagamaan perlu diserapkan. Hasil kajian juga mendapati antara nilai-nilai positif
yang diperolehi oleh responden selepas mengikuti program ini adalah seperti
semangat kerjasama, keyakinan, bersifat sederhana, tertib dan berdisiplin, wujud ciri-
ciri kepimpinan, dan lahirnya sifat tegas dan berani.
xi
COPYRIGHT @ UiTM
f i bS S t i l i
PENGENALAN
%CJXMMM Pwpam 7j)/kciMaUtm7jMtUa "DlT>atam
COPYRIGHT @ UiTM
PENGENALAN
Kokurikulum Kesatria merupakan salah satu kokurikulum yang
terdapat di Institut Teknologi MARA. Merujuk kepada risalah Unit Kesatria,
ia telah ditubuhkan dan diperkenalkan kepada pelajar-pelajar pada bulan J un
1976. Antara sebab kokurikulum ini dilaksanakan adalah berikutan terjadinya
demonstrasi pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi pada akhir tahun 1975
dan awal tahun 1976. Pada masa itu pelajar-pelajar dikatakan mempunyai
tahap disiplin diri yang rendah dan memerlukan perubahan ke arah yang lebih
posititf.
Sehubungan dengan itu, Pentadbiran ITM telah menubuhkan Unit
Kesatria untuk memberi latihan kepimpinan dan mempertingkatkan disiplin
kepada pelajar. Demi kebaikan dan perlunya sikap tanggungjawab sebagai
seorang seorang pelajar, semua pelajar baru digalakkan mengikuti latihan
kokurikulum Kesatria. Pihak ITM menaruh harapan yang tinggi untuk
melahirkan pelajar yang berdisiplin, berketrampilan serta berhemah tinggi.
Pada masa yang sama sudah menjadi hasrat semua pihak agar pelajar-pelajar
ITM dapat melaksanakan suruhan agama dan mempunyai nilai moral di dalam
kehidupan mereka.
1
COPYRIGHT @ UiTM
Di dalam perkembangan yang sama, pihak Unit Kesatria telah
merangka dan menjalankan latihan-latihan dan program-program kepada
pelajar agar mereka dapat menghayati falsafah ITM. Ia termasuklah aktiviti-
aktiviti yang diterapkan dengan unsur-unsur kelslaman dan nilai murni.
Pelajar yang mengikuti kokurikulum Kesatria ini digalakkan untuk
meneruskan kokurikulum ini sehingga tamat tempoh yang disyaratkan.
Berdasarkan kebebasan memilih di ITM, pelajar boleh mengikuti latihan
kokurikulum lain yang mereka minati.
1.1 PENYATAAN MASALAH
Program kokurikulum Kesatria telah lama wujud semenjak bulan J un
1976. Program ini diadakan untuk membentuk pelajar supaya menjadi seorang
yang bertanggungjawab dan berdisiplin. Sejak kebelakangan ini terdapat
banyak kes tindakan tatatertib melibatkan pelajar yang tidak berdisiplin
meskipun sebahagian besar daripada mereka telah mengikuti program
kokurikulum Kesatria di ITM. Bilangan kes tatatertib bukan Akademik di ITM
Cawangan Pahang pada tahun 1994 adalah 21 kes dan 24 kes pada tahun 1995.
Di dalam kegiatan kokurikulum ini pelajar dikehendaki berdikari dan
mematuhi arahan-arahan yang telah ditetapkan. Namun kita masih mendengar
2
COPYRIGHT @ UiTM
rungutan dan keluhan mendakwa kokurikulum ini membebankan pelajar dan
menjejaskan jadual belajar mereka pada sebelah malamnya.
Program kokurikulum Kesatria yang dirangka mempunyai objektifnya
tersendiri dan matlamat utamanya untuk melihat pelajar-pelajarnya berdisiplin
dan bertanggungjawab. Persoalannya sekarang ialah dikatakan latihan dan
disiplin yang diamalkan di dalam program ini tidak dipraktikkan semasa di
luar kokurikulum.
Program kokurikulum Kesatria juga dikatakan sebagai alternatif
terakhir bagi pelajar yang tidak mempunyai peluang untuk mengikuti program
kokurikulum yang lain apabila kokurikulum tersebut memenuhi kuota yang
ditetapkan.
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengkaji kesesuaian program kokurikulum Kesatria yang dilaksanakan.
2. Mengkaji masalah pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib samada
mempunyai kaitan langsung dengan program kokurikulum yang diikuti.
3
COPYRIGHT @ UiTM
3. Mengenai pasti program yang lebih sesuai dan mendatangkan faedah dan
munafaat kepada semua pelajar.
4. Mengkaji perubahan sikap yang berlaku kepada pelajar yang baru masuk
ITM sehingga tamatnya kursus setelah mengikuti kokurikulum tersebut.
5. Mengenai pasti kecenderungan pelajar di dalam kokurikulum yang
ditawarkan di ITM.
6. Mengkaji keperluan program kokurikulum untuk pilihan pelajar dan
tempoh pelaksanaan pada masa hadapan.
KEPENTINGAN PENYELIDIKAN
1. Memberi maklum balas kepada pihak ITM dari segi keberkesanan
program kokurikulum Kesatria yang dijalankan.
2. Menolong pihak ITM di dalam membuat keputusan samada program ini
diwajibkan kepada semua pelajar baru atau kepada yang berminat sahaja.
COPYRIGHT @ UiTM
3. Hasil penyelidikan mungkin boleh mengurangkan kos yang dialami di
dalam menjayakan program ini.
4. Membekalkan maklumat kepada Unit Kesatria untuk membentuk
program yang lebih berkesan ke arah pembentukan pelajar yang
berdisiplin.
5. Mengenal pasti program-program yang sesuai untuk dilaksanakan
kepada pelajar baru dan lama.
5
COPYRIGHT @ UiTM
METHODOLOGI
PENYELIDIKAN
laiMfi "KcSctieMttut V^yuuH "Xeimt&UumZUMitiiA "Di "Dalam
Pa^uOuttut PcUjmlfAMf ZeulMptOt
COPYRIGHT @ UiTM
2.0 METHODOLOGI PENYELIDIKAN
2.1 PENGENALAN
Mutu penyelidikan yang tinggi bergantung kepada perancangan yang

terperinci dengan dibantu oleh kaedah saintifik. Dengan ini, segala penemuan
yang diperolehi akan lebih tepat dan berwibawa serta boleh dipercayai di mana
hasilnya akan dapat membantu di dalam pelaksanaan polisi yang berkaitan.
Dalam menjalankan penyelidikan, setiap peringkat adalah penting dan
memerlukan pengawalan yang amat rapi bagi pencapaian hasil yang bermutu.
Peringkat perancangan dan pengurusan penyelidikan bermula dengan
penyediaan cadangan penyelidikan diikuti dengan perangkaan instrumen yang
digunakan bagi mendapat data yang diperlukan, ujian rintis, kerja medan,
penyediaan data, pemprosesan data, penganalisisan data dan interpretasi data,
penulisan laporan dan akhir sekali pembentangan penemuan penyelidikan
tersebut. Proses ini akan menentukan penerimaan serta pelaksanaan penemuan
penyelidikan itu.
6
COPYRIGHT @ UiTM
2.2 POPULASI DAN SKOP KAJI SELIDIK
Berasaskan kepada tajuk dan permasalahan yang telah dibentangkan
dalam bab yang terdahulu maka populasi kaji selidik ini adalah terdiri daripada
pelajar ITM Cawangan Pahang bagi sesi J anuari - J un 1995 mengikut kursus
dan jantina.
Tumpuan kaji selidik ini adalah berdasarkan kepada dua faktor :-
a) Pelajar semester kedua ke atas yang telah atau sedang mengikuti
kokurikulum Unit Kesatria di ITM Cawangan Pahang.
b) Berdasarkan kepada populasi, pemilihan saiz sampel dibuat mengikut
kaedah persampeian berstrata (Optimum all option). Kaedah ini sesuai
digunakan untuk memastikan sampel yang terpilih mewakili populasi.
7
COPYRIGHT @ UiTM
PERSAMPELAN
Rangka persampelan bagi tujuan kaji selidik ini berasaskan rekod
pelajar yang telah atau sedang mengikuti kokurikulum Unit Kesatria di ITM
Cawangan Pahang bagi sesi J anuari - J un 1995.
Persampelan berstrata adalah satu kaedah di mana elemen dalam
sesuatu populasi itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan persampelan
rawak ringkas digunakan bagi pemilihan tiap-tiap kumpulan. Proses
pembentukan kumpulan ini dinamakan 'penstrataan' dan setiap kumpulan
dipanggil 'strata'.
Keseluruhan sampel yang dipilih sebanyak 178 responden adalah
dianggap mencukupi bagi kes ini. Taburan sampel mengikuti kursus dapat
dilihat dalam jadual 1.
Sampel ini dicadangkan dengan mengambil kira beberapa faktor
penting bagi menjayakan projek penyelidikan ini seperti berikut:
1) Masa tidak mencukupi
8
COPYRIGHT @ UiTM
2) Kewangan terhad
3) Kekurangan tenaga manusia
Jadual 1: Pecahan Saiz Sampel Mengikut Kursus
kuisus
Diploma Pengurusan Ladang 16 9.0
Diploma Sains 36 20.2
Diploma Sains Komputer 29 16.3
Diploma Sains Kesetiausahaan 97 54.5
J umlah Besar 178 100.0
2.4 SOAL SELIDIK
Dalam pembentukan borang soal selidik, matriks penyelidikan telah
digunakan sebagai panduan di mana hanya maklumat-maklumat yang
menepati objektif kaji selidik sahaja di rangka.
Kebanyakkan soalan-soalan yang dibentuk adalah berbentuk objektif.
Terdapat juga soalan-soalan yang berbentuk subjektif di mana ianya
melibatkan pendapat responden. (Sila rujuk lampiran 1)
9
COPYRIGHT @ UiTM

You might also like