You are on page 1of 250

1

Amira Abd Rahim


Harapan Senjaku
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lambat laun dingin semakin menusuk kesegala rongga tubuhku, dingin ini beradu
kuat dengan suhu tubuhku yang semakin panas terasa. Aku masih dalam
kesakitanku. Sudah tiga hari aku terbaring lemas di atas kasur berselimut kain tebal
berwarna kuning air dengan sedikit motif bunga matahari disetiap hujungnya. Tanpa
kusedari, mutiara jernih mulai jatuh mengairi kedua pipiku. Semakin deras mengucur
dikedua muara anak pipi. Aliran deras pada malam ini bukan alasan kerana cinta,
rasa sakit hati, bukan pula kerana sakitku yang tiap harinya tidak menunjukkan
perubahan kearah yang lebih baik. Tetapi aliran ini terus mengalir kerana rasa
rinduku yang membuncah mendengar suara lemah lembut buah hati.
Setelah usai maghrib, ibu menelefonku di seberang jauh nun di sana. Ibu
bertanya khabarku di sini, bertanya khabarku di perantauan yang telah sebulan
lamanya. Aku sedikit gugup menjawab, sambil menelan air liur dan dengan nada
ragu-ragu aku menjawab bahawa diriku baik-baik sahaja di tanah orang. Ya Allah,
aku telah berbohong pada ibuku sendiri Ya Allah. Ampunkan hambaMu yang hina ini
Ya Allah. Tidak terselit walau sekelumit niat untuk membohongi ibuku. Ya Allah!

Sebelum itu tuan, maafkan saya. Saya sebenarnya kurang sependapat
dengan perkara yang tuan sampaikan sebentar tadi.
Baiklah. Cuba kamu kemukakan sebab-sebab dan alasan kenapa kamu tidak
sependapat dengan saya.
Pada pendapat saya, pelacuran adalah hanya sebahagian kecil dari
kebudayaan kita tuan. Seorang ahli falsafah dan pengkaji budaya yang
menerangkan tentang tujuh unsur-unsur kebudayaan menyatakan salah satu unsur
umum kebudayaan adalah mata pencarian atau sumber rezeki kan? Dua hari yang
lepas di dalam kelas ini tuan sendiri telah menyetujui perkara yang dinyatakan oleh
ahli falsafah ini. Bukankah pelacuran di dalam budaya kita atas dasar mata
pencarian tuan? Bukannya para pelacur ini mahu melacurkan diri mereka.
Sebenarnya mereka yang melacurkan dirinya tidak mempunyai cara lain untuk
2

mencari sesuap nasi. Hanya satu alasan yang merupakan fakta yang sentiasa
diketahui umum bahawa negara kita sampai hari ini tidak mampu menyediakan
peluang pekerjaan yang cukup untuk rakyatnya.
Sebagai warganegara Malaysia, saya tetap tidak sepakat jika pelacuran di
anggap budaya bangsa negara ini, celah profesor Dasar Sosial dan Budaya untuk
mencantas hujah yang aku kemukakan. Wajahnya yang hitam tampak memerah.
Mungkin dia marah mendengarkanku atau dia merasa dirinya dipermalukan
dihadapan mahasiswanya sendirii kerana perkara yang diperkatakannya hari ini
sungguh jauh bezanya dari perkara yang dia sampaikan pada dua hari yang lepas.
Tuan, itu bukan alasan yang ilmiah daripada tuan. Saya juga warga negara
bangsa ini. Sejujurnya dan ikhlas dari hati kecil saya juga memberontak jika
pelacuran dikatakan sebahagian daripada budaya kita tuan. Tetapi kita juga tidak
boleh menutup mata terhadap fenomena di negara ini. Tambahan pula nama telah
terjadi sebelum nama negara ini lahir tuan.
Ke hulu ke hilir memegang dagunya yang sedikit bercambah bulu kasar.
Mungkin profesor bertambah marah dan mungkin tidak dapat menerima bantahan
yang dilakukan oleh pelajarnya sendiri.

Dengan nada tinggi dia meminta kad pengenalan diriku dan memintaku menemuinya
di bilik yang telah disediakan khas untuk manusia-manusia yang berpangkat tinggi
seperti beliau. Waktu mengajar belum selesai, prof yang disegani itu keluar
meninggalkan ruang kelas tanpa mengucapkan ucapan terima kasih. Tindakan ini
jelas menimbulkan berbagai macam pertanyaan di kepalaku yang dibaluti kerudung
merah jambu. Bahkan, tiada spekulasi yang dibuat oleh rakan sekuliahku. Ada yang
menjadikan topik sebentar tadi sebagai bahan untuk ditertawakan.
Suasana mulai sunyi dan tiada suara kedengaran selepasberlaku ketegangan
sebentar tadi. Tenang, sepi dan mengelirukan.
Ketua kelasku kelihatan termengah-mengah seperti orang yang baru dikejar
jembalang hitam.
Amira!Amira!Prof kesayangan kau nak jumpa. Dia nak kau minta maaf kat dia!
3

Aku menolak perintah yang doberikan padaku dengan tegas. Aku merasakan
kebenaran di pihakku. Ungkapanku di ruang kelas sebentar tadi adalah ilmiah dan
atas dasar yang sangat jelas.
Seperti yang telah ku duga, tindakan ku menolak pelawaan untuk meminta
maaf kepada prof tersebut menghasilkan nilai D yang telah tercatat di atas kertas
ujian akhir semester ini dalam mata pelajaran Dasar Sosial dan Budaya.
Mereka yang mengetahui akan dikalahkan oleh mereka yang memahami.
Mereka yang memahami akan dikalahkan oleh mereka yang menguasai. Mereka
yang menguasai akan dikalahkan oleh mereka yang menyukai dan mereka yang
menyukai akan dikalahkan oleh mereka yang menghayati.

Inilah seni kehidupan, kita dihidangkan dengan dua pilihan. Kanan dan kiri, atas dan
bawah, baik dan buruk, pertemuan dan perpisahan yang sentiasa menyemat dalam
hati insan yang telah diberi perasaan dan akal sebagai manusia.
Engkau hanya akan mengenal seseorang ketika pertemuan itu datang
menyapa, dan engkau akan merasa kehilangan ketika perpisahan datang
menghampiri, namun segalanya bertukar indah pada ketikanya diseru, baik yang
buruk sekalipun akan terasa indah ketika engkau mengenang masa-masa di mana
saat indah dan kasih bertautan.

Sang Suria bersinar dengan ganasnya bersama hambburan hidrogen dan
ultra yang tidak lagi berbendung. Ubun-ubun terasa mendidih. Langkah
dipercepatkan untuk menuju ke gerbang rumah. Akhirnya sampai juga. Punggung
diletakkan di kaki tangga kedua dari tananh sambil melepaskan lelah sambil
membuka sepatu coklat lembut bersulam manik putih dan kuning.
Huh, leganya rasa, nafas ku hela sambil bangkit untuk menuju ke dalam
rumah. Baru sahaja beberapa langkah kakiku masuk ke ruang tamu rumah, lantai
dan permaidani putih dipenuhi serakan barang dan duit kertas pelbagai nilai yang
tidak diketahui punca penyerakannya yang menyemakkan pandanganku.
4

Hah!Duit apa pula yang berterabur ni mak? aku kebingungan. Di zaman
serba kekurangan ini, jangan dibiarkan barang yang kecil dan besar nilainya
berserakkan di lantai begitu sahaja.
Untunglah aku ni bukan maling yang tiba-tiba masuk ke dalam rumah,
nakalnya. Aku tersenyum sendiri.
Duit mak kan tu. Bak sini. Abah nak keluar, sahut abahku yang tiba-tiba
besuara disebalik kekalutanku.
Hmm, mak dah ada duit rupanya. Jadi aku boleh minta beberapa ringgit
untuk membayar yuran tambahanku.
Mak! Oo mak!, jeritku kepada emak yang berada di ruangan rehat yang
hanya dihiasi dengan dua kerusi rotan dan sebuah pasu bunga kecil yang berwarna
merah di sudut tingkap ruang rehat.
Ada apa kau ni. Ganggu orang saje kau ni, kata mak. Jengkel. Lalu Mira
menyerahkan duit tersebut kepada emak kesayangannya. Mira menjelaskan bahawa
yuran tambahan pengajiannya belum dilunaskan. Pihak institusi sudah banyak kali
menagihnya.
Bukan wang yang diberikan oleh emaknya, dia malah dimarahi.
Aku heranlah dengan tempat kau belajar ni. Banyak sangat bende kene
bayar. Kan dah ada pinjaman. Untuk apa pinjaman yang kau buat banyak-banyak
tu? Sudahlah! Tak payah belajar lagi. Bazir duit aku je, kata emaknya dengan muka
merah saga.

Aku masuk! Perlahan bayangan nyata mereka mulai hilang dari pandanganku.

5

Garis-garis jingga yang menghiasi kaki langit mulai samar. Kini rembulan
hadir menggantikan senja yang menghantarku pergi, yang membawa impianku ke
sebuah tempat yang mengharuskanku berpisah dengan orang-orang yang ku
sayang untuk waktu yang lama.

Ketika semua mahasiswa memanfaatkan sesi fotografi untuk pulang ke kampung
halaman masing-masing selepas penat menuntut ilmu diperantauan, aku yang tidak
mampu menghabiskan pengajian kerana kekurangan wang saku hanya mampu
berteleku melihat kebebasan yang diraikan oleh kawan-kawanku.

Kerani pejabat memberitahuku jangan pernah iri hati jika kita tahu kedudukan
dan kemampuan sebenar diri kita. Gunungku terbantut di penghujung jalan hanya
kerana tidak menjumpai hujan emas.

Pulau Mahsuri? Siapakah yang tidak mengenali keindahan pulau bersejarah itu.
Bahkan dunia lampau turut mengakui keindahan pulau keindahan panorama
pulaunya dan budayanya. Namun, tidak ada seorang pun pemuzik dalam industri
muzik menuliskan bait demi bait yang melantunkan keindahan pulau tersebut.
Sejujurnya aku hanya mengetahui mengenai pulau mahsuri ini dari kaca televisyen
sahaja. Bahkan bermimpi untuk menginjakkan kaki ke pulau tersebut tidak pernah
melintasi benakku.

Sesampainya di Kota yang dipenuhi aksara jawi, fikiranku terus terusik.
Dimanakah letaknya maruah masyarakat lantaran dengan mudahnya
melupai sejarah hitam kuasa anasir luar terhadap diri mereka, sekonyong-
konyongnya menggadaikan maruah tersebut hanya disebabkan oleh nilai
materialisme yang tinggi.....
Apakah budaya bangsa berubah hanya berdasarkan satu pemikiran?
6

Budaya membudayakan bangsa.
Nok gi mane? sapa orang disebelahku.
Ke bandar. Ringkas dariku.
Boy ore luwa ko? Jare nengok muko.
Ye. Kenapa?
Takdo gapo.
Tamat di situ.
Tumpang tanya, kenapa wisma ini kelihatan seperti tiada urusan berlaku?
Oo. Ini tempat nego. Marilah ikut saya masuk dale. Nengok mano-mano hok
berkenan.
Ingin saja memprotes tetapi permintaan benakku menggantungkan keinginan
itu. Akupun memutuskan untuk masuk ke dalam ditemani orang perempuan yang
tinggi lampai agak berumur sebentar tadi. Sepanjang jalan, perempuan yang hanya
mahu dikenali sebagai Ani tadi menunjukkan kotak-kotak kaca yang dihuni oleh
manusia yang berjantina. Lelaki!
Celoteh penunjuk arah yang menunjukkan bahasa-bahasa kaca itu
membuatku tidak lagi berfikir panjang. Walaupun sebenarnya dalam hatiku sendari
tadi memohon maaf yang sejujurnya kepada emakku kerana kalau dia tahu apa
yang sedang aku lakukan pada malam ini, dia pasti meroyan teruk. Tapi, itu tidak
mengurungkan niatku untuk menjawab segala pertanyaan yang bergayutan di benak
kecilku saat itu.
Susuk dan rangka yang tegap kini berada di hadapanku. Kami hanya berdua
di dalam kamar mewahnya. Setelah beberapa saat, aku pun mulai kesunyian malam
itu.
Benar namamu Hafiz?
Ye cik. Kak Ani beritahu nama saya ye?
Iya.
7

Bila kita boleh mula sayang, meremang. Manjanya suara Sang bertubuh
sasa. Pertanyaan itu sedikit mengganggu pengaliran darahku. Tidak mungkin aku
akan kalah dan larut bersama malam yang dinginnya menusuk kalbu
pemberontakku.

Hold on. Sebelum apa-apa terjadi, aku terlebih dahulu ingin memohon maaf,
aku takut bakal menyinggung perasaanmu sebab aku faham apa-apa pun pekerjaan
pilihanmu pada ketika ini kau tetap seorang manusia yang mempunyai perasaan dan
bila-bila sahaja kau boleh rasa kecewa dan sedih.
Sayang, jangan rasa camtu. Abang baik je, potongnya sambil memberikan
senyuman manis.
Malam ini, aku hanya ingin mengajukan beberapa pertanyaan, hanya untuk
memenuhi tugasan ku Kamal, jawabku.
Kau ni wartawan ke? tanya Kamal dengan rasa keliru.
Bukan Kamal. Aku bukannya wartawan, aku masih belajar di salah satu
institusi perguruan di sini. Aku datang ke sini menemuimu hanya untuk memenuhi
tugasanku. Tidak lebih. Betul! Aku bukannya wartawan.
Syukur. Sebab kalau wartawan dapat masuk sini, bahaya sangat. Kalau
wartawan mahu memasuki tempat ini, ada banyak perkara yang mereka kena lalui.
Sambil bersembang, Kamal sebenarnya cuba untuk menghampiriku, tetapi aku
tergamam. Aku tidak mahu dinodai hanya kerana niatku untuk menuntut jawapan
bagi persoalan-persoalan di kepalaku dan menuntut bukti kukuh. Lalu, Kamal pun
mengurungkan niatnya yang tadi.
8

Sejujurnya, aku gementar pada malam itu kerana ini adalah pengalaman
pertamaku menemu bual lelaki penggoda wanita. Malamnya ku mulakan dengan
soalan-soalan yang berkaitan dengan latar belakang Kamal sebelum
menjerumuskan diri dalam bidang ini. Kamal tampak jujur. Tiada kebohongan
menghiasi mukanya.
Aku berasal dari pergunungan lembah Grik, umurku sekarang 25 tahun dan
ada dua orang anak perempuan. Aku sangat terkejut mendengar butiran peribadi
Kamal. Maknanya, aku telah ditipu oleh Kak Ani yang bercerita kepadaku mengenai
Kamal sebentar tadi. Tapi tugasanku jauh lebih penting untuk diselesaikan. Aku
terus mendengar aksara-aksara yang dikeluarkan melalui gerakan bibir Kamal.
Aku anak ketiga dari empat orang adik beradik yang kesemuanya lelaki.
Isteriku lari bersama lelaki lain. Alat kemaluannya pun tidak pernah ku tenung sejak
tiga tahun yang lepas, nadanya sedih berbaur geram. Akhirnya, aku memberanikan
diri untuk masuk ke dalam perkara yang lebih sensitif mengenai perjalanan hidupnya
sehingga terjebak ke kotak kaca ini.
Macam mana kau boleh sampai ke sini Kamal? Aku minta maaf kalau
soalanku menyinggung kau. Kalau kau tak nak jawab, tak apa pun Kamal.
Senang je cik. Cik masuk sini kan senang je. Yela, walaupun cik menolak
layananku tapi aku layan cik dengan cara yang lain kan. Betulkan? Sungguh pandai
lelaki ini menyusun kata-kata yang mudah untuk ku fahami. Hati kecilku berkata-
kata.
Tapi cik ni pelik la. Kebanyakkan orang yang masuk ke tempat ini mesti ajak
aku beromen dan mesti ajak aku main, Kamal tertawa sambil tersenyum.
Menggoda. Mungkin dia sememangnya pengukir senyuman paling menggoda yang
pernah aku lihat.
Sebenarnya cik, aku terpaksa menjaga ibuku di kampung yang sedang
menjaga anak-anakku dan adikku yang masih bersekolah. Aku tak da pilihan lain.
Aku juga tidak ada kelebihan lain. Aku berhenti sekolah darjah enam. Itu pun tidak
sempat mengambil UPSR kerana desakan kemiskinan keluargaku. Satu-satunya
yang aku ada badan ini sahaja. Kebetulan sewaktu aku remaja dulu, aku menjadi
kegilaan gadis dan janda kampungku. Kamal asyik ketawa tetapi sedikit rendah dari
9

tawaan sebelumnya. Mungkin ada rasa menyesal dari lubuk hatinya tetapi tidak
boleh dilawan kerana memang Kamal tidak mempunyai pilihan lain selain menjual
dirinya di tempat sebegini.
Tak takut dicap sebagai sampah masyarakat dan perosak moral bangsa ke
Kamal?
Masyarakat yang mana cik? Moral yang macam mana cik? Kamal
mengajukan pula soalan kepadaku.

Bukankah setiap orang yang mengunjungi tempat ini adalah masyarakat juga
cik? Setiap hari aku tonton telivisyen ada mengenai rasuah yang melibatkan bangsa
kita di seluruh Negara cik. Adakah itu tidak dianggap perosak moral bangsa? Atau
rasuah yang besar mereka lakukan ini tidak dikatakan sebuah aktiviti pelacuran
politik yang sangat merugikan ratusan malah jutaan rakyat di Negara ini? aku
terkejut dan terpana mendengar pertanyaan yang dihamburkan oleh Kamal sebentar
tadi, bahkan hamper tidak percaya kerana kenyataan itu keluar dari mulut seorang
jejaka yang menjajakan tubuhnya sebagai mata pencariannya.
Tidak menjadi kesalahan sedari awal tadi aku telah menilai sebenarnya
Kamal adalah seorang yang pandai. Aku meneruskan pertanyaanku.

Baiklah. Bagaimana pula mengenai para agamawan yang selalu berusaha
untuk menolak segala bentuk pelacuran di negara ini Kamal?

Dia tidak menjawab pertanyaanku. Malah dia bertanya semula padaku.

10

Apapun tanggapan cik mengenai situasi ini adalah berasal dari jabatan yang
mengurusi hal-hal agama itu sendiri? Belum sempat aku menjawab, dia terus
meneruskan kata-katanya.

Aku sedar cik. Tiada satu agama pun yang membenarkan mengenai jual beli
seks di negara ini. Tetapi ada satu perkara yang cik perlu ketahui bahawa kesemua
lelaki dan perempuan yang menjual tubuh mereka untuk dinikmati oleh orang lain
bukanlah semata-mata mengikut keinginan mereka cik. Kami melakukan perkara
yang kononnya dilarang oleh masyarakat ini kerana kami tidak diberikan pilihan
bahkan oleh negara ini sendiri. Mata pencarian yang kami usahakan ini malah lebih
menguntungkan mereka. Cuba cik kira berapa cukai yang kami mesti bayar kepada
negara ini untuk menjalankan dan menghidupkan tempat sebegini? Aku sebenarnya
sangat teringin untuk menjadi seperti masyarakat yang sering mencemuh kami,
mendapat pekerjaan yang normal dan upah yang layak dengan usaha kami. Kamal
pun larut dalam perkara yang diutarakan. Kelihatan butiran mutiara syahdu mulai
mengalir di liku-liku pipinya yang licin yang kelihatan kepenatan dalam merungkai
segala perkara yang disimpan selama ini hanya pada satu malam iaitu malam
kehadiranku, kerana sebelum kedatanganku, sudah sebelas orang tetamu yang
Kamal telah layani.

Kamu sering menghadap Tuhan mu Kamal? Aku bertanyakan sedemikian
hanya untuk mengalihkan kesedihan yang dihadapinya. Kamal tidak terus menjawab
tetapi tangannya menunjuk ke arah sejadah yang terlipat rapi di sudut biliknya. Di
atas sejadah tersebut turut ada sebuah Yassin kecil. Sudut itu cukup untuk
menjawab pertanyaan yang aku ajukan kepadanya tadi.

Kepada siapa lagi harus aku mengadu cik. Hanya padaMu tempat ku
meluahkan segalanya walaupun aku sedar aku kotor dan jijik. Tapi aku yakin Tuhan
pasti ada rahsia yang belum dibongkarkan lagi untukku. Aku yakin cik. Aku
menunggu saat yang membawa aku keluar dari tempat ini. Aku tidak mahu terus
hidup di lembah dosa ini. Membesarkan anak-anakku yang sangat ku sayangi
dengan pencarian yang halal cik.

11

Perbualan kami tamat dan habis hanya di sisi Illahi kerana kamar sewaanku
telah habis. Aku kembali mengalihkan pandangan simpati kepada Kamal. Kamal
sangat berterima kasih kepadaku kerana sudi mendengar luahan hatinya yang tidak
pernah diselongkar oleh kesemua tetamu yang dilayannya sebelum ini.

Dua minggu telah berlalu sejak pertemuanku dengan Kamal, seorang
manusia yang terpaksa menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan. Segala
pertanyaan yang menjadi selimut di benakku berjaya di rungkai setelah pertemuanku
bersama Kamal tempoh hari. Nescaya jika ku hadapkan perkara tersebut kepada
profesor yang menggagalkan keputusan tugasan akhirku, beliau akan terpana dan
meletakkan jawatan. Aku tergelak sendirian dalam anganku.


Mira telah menjelaskan bahawa PTPTNnya tidak mencukupi kerana institusi tempat
dia belajar banyak memakai belanja dari para pelajarnya sendiri. Tetapi emaknya
tidak mahu mendengar sebarang alasan daripadanya. Emaknya malah menyuruh
Mira mencari wang sakunya sendiri. Di manakah Mira mahu mencari wang untuk
membayar belanjanya? Emak tidak pernah faham mengenai pendidikan di negara
ini. Walhal pendidikan sangat penting. Dengan adanya jaminan pendidikan, semua
orang boleh merasai dan menikmati kegemilangan masa depan yang cerah dan
cemerlang.

Buat apa kamu sekolah? Lihat itu hah, banyak jer anak-anak kawan mak
yang belajar tinggi, tapi akhirnya cuma jadi penganggur sahaja kan? Jadi buat apa
belajar? tambah maknya lagi.

Mira lebih memilih diam daripada menjawab pernyataan emaknya. Mira
sangat menyayangi emaknya tetapi kenapa emaknya mempunyai pola fikiran yang
terbelakang seperti itu? Sekarang semua orang berlumba-lumba mencari ilmu, tetapi
emaknya pula melarang dia menuntut ilmu. Pelik.



12

Mak... mak, mengapa emak lebih suka mengumpulkan duit, beli emas dan
banggakan diri pada orang lain daripada menyekolahkan kami anak-anak mak.
Sekolahkan anak lagi baik, gumamnya dalam hati. Mira sudah lelah mendengarkan
omelan emaknya. Dia keluar dan pergi entah ke mana.


Setibanya di rumah, mak menyuruh Mira mandi dan berpakaian cantik-cantik.
Kelakuan emak tidak seperti hari-hari biasa. Ternyata Mira akan dilamar oleh Pak
Cik Amat iaitu duda kaya yang tinggal di taman sebelah. Semestinya Mira menolak
dengan keras kemahuan emak. Namun, emak tetap berkeras dengan
kemahuannya. Emak tidak pernah berfikir bahawa anaknya masih di bawah umur
untuk diberi kebenaran bernikah. Tambahan pula Mira dikehendaki bernikah dengan
seorang duda. Ahh! Tidak masuk akal langsung emak ni.

Emak sudah dikaburi dengan material yang dimatanya membawa
kebahagiaan. Mak memberitahuku, dia berasa iri hati pada kawan-kawannya yang
kaya dan hidup mewah. Sedangkan mak tiada apa-apa untuk dibanggakan. Emak
ingin menabung untuk mencapai semua impiannya.

Kamu tak payah belajar lagi! Membebankan aku je.

Hari-hari seterusnya, Mira tidak lagi belajar. Dia mulai bergaul dengan rakan-
rakannya yang tidak ingin belajar. Jauh di sudut hati kecilnya selalu sedih setiap kali
melihat rakan-rakannya belajar Apalah kuasanya untuk melawan kehendak emak
yang hati batu itu.

Mira sudah mulai terikut-ikut akan perangai rakan-rakan barunya itu. Emak
sudah tidak peduli lagi dengannya. Emak sibuk dengan kerjanya, mengumpulkan
harta benda. Mentang-mentanglah emak sudah ada menantu kaya walaupun duda.

Masa terus berlalu bersama harta emak yang makin menggunung. Mira
semakin parah perilakunya. Kehidupan Mira tidak lagi menuju masa depan yang
baik. Mira telah berubah seepenuhnya. Hinggakan suatu petang yang hampir
13

melabuhkan tirainya, rakan Mira, Kamal dengan termengah-mengah berlari ke arah
emak dan memberitahu bahawa Mira berada di balai polis. Mira ditangkap pada
malam tadi. Tetapi anak emak itu berada di hospital dan sedang dirawat. Menurut
Doktor yang merawat Mira, Mira diyakini telah mengambil Heroin secara overdose
sehingga memudaratkan dirinya. Kini, Mira koma dan tidak sedarkan diri di atas katil
single dan masih di dalam ICU kerana keadaan jantungnya yang sangat lemah dan
membimbangkan.

Bagai menyuluh di siang hari, emak dan abah terkejut dan tidak mampu
berkata-kata lagi. Tetapi, nasi sudah menjadi bubur. Itu salah emak dan abah.
Mereka menginginkan anaknya seperti itu. Emak menangis tidak henti menyesali
perbuatannya yang tidak mahu memberi anaknya meneruskan pengajiannya.

Sudahlah, mudah-mudahan Mira cepat sembuh dan kita boleh berkumpul
lagi seperti dulu. Akan kita bina semula keluarga kita. Biarlah kita hidup sederhana,
asalkan hati dan keluarga kita bahagia, kata abah dengan mata berkaca-kaca,
abah berusaha menenangkan hati mak.

Abah, betul tu kini mari kita bina keluarga kita semula, kata mak
mengiayakan ungkapan abah.

Semoga pada senja berikutnya aku akan hadir bersama kalian, berbagi cerita,
berbagi tawa dan canda dibawah langit penuh jingga itu. Ataukah senja yang hadir
bersama gerimis manja yang melukis senyum indah pelangi. Aku akan bersabar
bersama rinduku disini, bersama doa-doa kalian yang selalu mengalun ditiap
sujudmu. Akan kubawa pulang sebuah amanah yang telah dititipkan diatas kedua
pundakku yang telah menjadi mimpi nyata dalam kehidupan kelak.
auu... seberkas cahaya jingga masuk menembus jendela kamarku dari arah barat,
kali ini senja membangunkanku. Menyilaukan kedua mataku yang telah menangis
semalam suntuk. Masyaallah hampir lupa aku! Hari ini ada agenda penting
dikampus, setengah jam lagi aku akan terlambat!.

14

Senja temani aku mengukir mimpiku disini, tetap bersamaku dalam
kelapangan maupun kesakitanku. Berjanjilah padaku! Aku akan pulang bersamamu
kembali. Ke kampung kelahiranku dengan membawa sejuta harapan-harapan nyata
bagi mereka. Pulang! Dan kau bersamaku akan menatap senyum tulus bahagia
mereka dibawah naungan kasih Tuhan. Kabulkanlah ya Rabb! Amin, Amin ya
Rabbul Izzati.






















15

Mohamad Faris Edhwan bin Zakaria
Senjamu Keemasan
------------------------------------------------------------------------------------
Petang itu petang yang tersangat cerah. Lakaran langit yang seakan merah oren
menandakan mahgrib akan tiba. Cahaya matahari yang masih menyuluh celahan
dedaunan getah menunjukkan barisan batang batang pokok getah milik ketua
kampung. Angin petang yang redup seakan akan membawa hembusan yang
menyejukkan kulit mukaku. Suasana ladang getah sentiasa menjadi pandangan
petangku. Kehijauan dedaun getah yang masih muda menyejukkan mata.
Lima anak tangga kayu menjadi anjung rumah yang sentiasa dipenuhi oleh
adik adikku. Terutamanya apabila menunggu ketibaan abah dari tempat kerjanya.
Pada petang itu, aku dan mak duduk di atas tangga sambil melihat gelagat adik
adikku yang sedang bermain di hadapan halaman rumah yang berbumbungkan
langit petang. Mak yang sedang bersandaran sentiasa memesan kepada aku.
Jangan pernah timbul dalam hati untuk menjadi seorang manusia yang bongkak
sekiranya dianugerahkan kesenangan oleh tuhan pada suatu hari nanti.
Abang, ingatlah keluarga kita tidak memiliki harta. Kamulah harta keluarga ini
Pesan ibu kepada anak anaknya.
Abang tahu mak, abang dan adik adiklah harapan keluarga Jawab aku sambil
mengosok kepala adik.
Pesanan itu selalu terlekat di dinding pemikirannya, terutamanya ketika
bersua dengan konflik. Solat sunat juga menjadi kewajipan utamanya apabila
terdesak dengan konflik. Baginya, walaupun mendekatkan diri kepada Allah dalam
ruangan masa rehat yang singkat tetapi cukup memberikan ketenangan seluruh isi
kalbunya.
Setiap tingkahlaku sebagai seorang anak sulong, aku amat berhati hati
dalam sudut pendidikan. Bagi aku, pendidikanlah langkah paling bijak untuk
membawa status keluarga ke arah yang lebih tinggi. Sudah menjadi kebiasaan aku
dan adik adik untuk menjadikan keadaan keluarga sebagai alasan untuk belajar
16

bersungguh sungguh. Lagi merasakan sudut hati aku bila melihat keluarga aku
sentiasa disisih oleh saudara mara terdekat. Dalam benak pemikiran aku, mungkin
mereka malu agaknya dengan keluarga aku yang susah ini. Setiap kali aku
merasakan keluarga aku dianaktirikan, aku berjanji dengan jasad badanku ini suatu
hari nanti keluarga aku akan merasai kesenangan.
Mak,suatu hari nanti abang berjanji akan mengubah dinding sandaran mak ini
menjadi konkrit dan beralaskan batu bukit yang sejuk Kata aku kepada mak.
Abang, bukan semewah itu mak inginkan. Tetapi cukuplah sekadar meneduhkan
adik adikmu dari terik panas matahari
Aku seolah olah melakar pelan rumah kepada mak. Senyuman mak telah
membuatkan aku berasa senang hati dan menjadi pegangan utama apabila setelah
bekerja nanti. Kayu yang berkulit lusuh sebagai makanan anai anai dijadikan
tempat sandaran oleh mak pada waktu petang. Keasyikan membelai angin senja di
halaman rumah semakin menjadi apabila bertemankan segelas tea wangi panas.
Aku seolah olah mengerti akan wajah mak yang sedang termenung dengan
secawan air tea yang masih panas untuk dihirup perlahan - lahan. Mak seakan
terkaku buat seketika setelah mendengar luahan hati aku untuk menyiapkan rumah
ini dengan lebih berseri. Adik adikku yang masih kecil belum mengerti akan
keperitan yang dialami oleh keluarga untuk merasai nikmat hubungan kekeluargaan
dengan saudara mara bersuka ria bermain sesame mereka.
Mak, kenapa rumah kita sepi je? Ayah Long, Pak Ngah dan Pak Su pula jarang
datang. Kalau datang pom sekejap saja. Tanya aku kepada mak.
Bukan tak nak datang, tapi mereka sibuk dengan kerja. Bukan abang tak kenal lagi
dengan Ayah Long, Pak Ngah dan Pak Su mereka kakitangan kerajaan. Susah nak
dapatkan cuti.
Abang bukan apa mak, abang teringin sangat nak merasakan hubungan
yang akrab dengan pak saudara kita seperti gurau senda dan berbual - bual. Abah
pula sibuk bekerja. Mengadu aku kepada mak.
Keadaan rumahnya yang berada di hujung kampung telah membuatkan Hakim
hanyalah bertemankan ahli keluarga. Abahnya pula memenuhi waktu siang dengan
17

bekerja di pekan.Kadang kadang, abah juga mengambil shift malam sebagai
pendapatan tambahan. Hakim dan adik adiknya juga dikatakan lebih rapat dengan
mak kerana masa mereka lebih banyak terluang dengan mak. Kasih abah juga
menjadi penantian buat Hakim dan adik adiknya. Walaupun sempat bergurau
senda dengan abah dengan masa yang singkat tetapi sudah mencukupi buat
seluruh ahli keluarganya untuk merasakan kebahagiaan keluarganya.
Keluhan abah telah terbawa bawa oleh aku ke dalam kamar yang gelap
ditembusi oleh cahaya cahaya halus dari celahan dinding. Angan anganku
sentiasa ke arah masa hadapan yang membahagiakan keluarga. Rumah yang indah
sentiasa menjadi idaman aku supaya dapat memberikan keselesaan kepada ahli
keluargaku. Dalam dunia khayalan, aku inginkan abah dan mak hanya mengisi masa
tua mereka dengan berehat di rumah. Sekiranya inginkan kerja, cukuplah sekadar
hantar dan ambil adik adikku dari sekolah. Sudah cukup penat lelah mereka
membesarkan aku, kini mereka seharusnya merasakan tuaian padi yang masak.
***************************************************
Cuti semester ini memberikan aku kekuatan untuk terus belajar supaya
mendapat First Degree of Biotechnology Engineering. Segulung ijazah ini sudah
cukup untuk aku menabur jasa kepada keluargaku ini. Kesusahan yang keluarga
aku hadapi ini akan berakhir setelah tamatnya pengajian aku pada pertengahan
tahun hadapan. Hari demi hari yang berlalu terasa amat cepat sehingga aku tidak
merasa tinggal dua hari lagi untuk aku melangkah kaki ke semester terakhir di
Universiti Malaya. Berat hatiku ini untuk meneruskan belajar untuk meninggalkan
tawa riang keluarga ini setiap hari yang terisi dalam jiwaku. Terutamanya adikku
yang bongsu ini, Elysha, yang selalu mengejutkan aku di awal pagi untuk belikan
kuih sebagai sarapan pagi.
Kemanjaan Elysha membuatkan hatiku ini terasa berat untuk pergi ke
kampus. Selama aku berada dirumah adik adikku seolah terisi dengan
kegembiraan tawaan yang dilakarkan oleh aku. Elysha, adik bongsuku seolah
menjadi kebiasaan untuk bangun pada subuh hari sebagaimana mak yang telah
menyiapkan sarapan pagi untuk keluarga. Sebelum abah pergi kerja, abah pastinya
akan bawa Elysha ke kedai runcit Mek Song untuk belikan coklat. Menurut mak,
18

begitulah aku dimanjakan sewaktu aku masih kecil oleh abah walaupun sibuk dalam
mencari rezeki.
Sha...kejutkan abang Sha, sudah lewat subuh ni. Suruh mak kepada adik
bongsuku yang baru berusia tiga tahun. Aku yang terdengar suruhan mak terhadap
adik telah membuatkan aku tidur ayam sahaja untuk menantikan kejutan adik. Abe
angun, maa anggil Setelah itu barulah aku bangkit dari sarang lelapan yang
beralaskan tilam tilam yang sudah lama tidak berganti. Kelihatan adik adikku
yang lain masih lagi dibalut selimut kesejukan. Maa...abe angun doh! adik
bongsuku segera melaporkan kepada mak. Tersenyum aku merasakan suasana
yang begitu indah dengan besertakan suasana bunyi bunyian ayam kampung
seakan akan sudah bertelor.
Keenakkan nasi goreng yang menjadi sarapan yang disediakan oleh mak
telah meremang dilubang hidungku. Walaupun hanyalah nasi goreng kosong,
namun sudah mencukupi untuk aku mengalaskan perut pada waktu pagi. Pergi
sembahyang subuh dulu, dah lewat nih Arah mak untuk aku selesaikan amalan
wajib bagi seorang muslim. Abah telah tersedia berada di meja makan yang
beralaskan alas getah lebihan alas lantai. Air kopi panas menjadi kesukaan abah.
Terutamanya setelah pulang dari masjid. Manakala, Elysha telah awal lagi
mengenakan sepiring nasi goreng sebagai bekalan tenaga untuk dia menunggu
abang abangnya yang masih tidur lagi.
Abah dan mak dah makan ni? Tanya aku sambil mengambil nasi yang
masih panas dalam kuali. sudah makan dah jawab mak dan abah. abang ada nak
apa apa tak? tanya abah. Abah dapat gaji hari ni, kalau abang nak bawa barang
keperluan untuk pergi kampus bolehlah abah belikan di pekan nanti. Aku berfikir
sejenak tentang pertanyaan abah tadi sambil menuangkan air kopi ke dalam gelas.
Tak ada apa apa lah abah, barang yang beli hari tu pom masih banyak lagi balas
aku sambil mengenakan suapan nasi goreng yang sudah suam.
Setelah itu, abah segera ke bilik tidurnya untuk bersiap ke tempat kerja. Aku masih
berada di dapur dengan mak sambil menghirup kepanasan air kopi. Setiap kali aku
memandang ke setiap penjuru rumah, disitulah akan timbul idea untuk aku
perbaharui nanti. Tambahan pula, mak sentiasa membaiki keadaan sinki yang selalu
bocor. Keadaan ini juga telah menyebabkan mak menjadi kreatif untuk
19

menggunakan pelbagai bahan untuk mengisi dan membaikpulih keadaan dapur.
Pemikiran kreatifnya ini telah menyebabkan sinki yang bocor itu masih boleh
digunakan walaupun ditampal dengan plastisin.
Kelihatan masih ada lagi titisan air dari sinki. Baldi dijadikan sebagai bahan
tadahan air basuhan pingang mangkuk. Dapur yang menjadi tempat permainan ibu
sentiasa dibasahi oleh air. Terdetik dihatiku bahawa suatu hari nanti, pastinya aku
akan melakarkan sebuah plan rumah yang memiliki sebuah dapur yang cantik,
kemas dan selasa untuk ahli keluargaku. Namun sudah terlintas dalam pemikiranku
untuk membuat pattern dapur yang memudahkan mak untuk memasak.
Mak, nanti abang dah kerja abang nak buat dapur untuk mak memasak.
Abang nak binakan sebuah kabinet dapur yang konkrit dan beralaskan mozek warna
putih. Lepas tu, abang nak beli set meja makan. Nanti buleh kita makan sama
sama. Luahanku yang sejenak tadi telah kulakarkan. InsyAllah Balas mak. Aku
hanyalah dapat melihat wajah mak yang tersenyum dengan impianku.
Suatu hari nanti, pastinya aku akan gunakan gaji pertamaku ini untuk
memanfaatkan keluargaku ini. Hanya jasa mak dan abahlah yang menjadikan aku
manusia. Tambahan pula, adik adikku yang masih kecil ini dikatakan berbeza
dengan kanak kanak yang lain yang sudah kenal tempat tempat shopping,pizza,
dan sebagainya. Kesedihan aku terdetik apabila Elysha teringin nak menaiki kereta.
Sepanjang umurnya tiga tahun, hanya sekali sahaja dia pernah menaiki kereta, iaitu
semasa abah sewakan kereta untuk meghantarkan aku ke station bas di Terminal
Tesco. Dalam perjalanan tersebut, mataku berkaca melihat Elisya yang kali
pertamanya menaiki kereta. Kepalanya bagaikan terpusing melihat suasana malam
di kiri dan kanan jalan. Cermin kiri kereta disebelah penumpang menjadi tempat
pegangannya untuk merasakan angin malam yang kesejukan. Sesudahnya tiba di
Terminal Tesco, kelihatan bas Mahligai Eksress telah tersedia membuka pintu.
Sebelum aku bertolak, lantas aku dukungkan Elysha untuk belikan makanan ringan
kegemarannya di kedai yang berhampiran. Dengan mataku yang berkaca, terasa
berat untuk aku menaiki bas. Selangkah aku menaiki tangga bas, Elysha menangis
Abang nak ikot lagikan berkaca mataku. Namun, suasana inilah yang menjadi
peransang kepada aku untuk belajar bersungguh di Universiti Malaya.
*************************************
20

Kokokan ayam kampung jantan milik abah telahpun membuka pagiku yang
terakhir dirumah. Hari Ahad merupakan hari terakhir cuti semester ini. Hari ini juga
aku bangun lebih awal dari Elysha. Setelah selesaikan kewajipan aku sebagai
seorang muslim yang taat kepada perintahNya, aku menyiapkan barangan untuk
dibawakan di kampus. Awal abang bangun hari ni? sindiran mak yang
membuatkan aku terkejut. Hari ni abang dapat semangat baru untuk belajar
bersungguh gurau aku dipagi hari. Iyelah tu, kalau tak dapat segulung ijazah mak
tak bagi kawin balas mak sambil menyapu habuk habuk yang singgah di alas
getah lantai yang berpetak - petak. Ijazah untuk mak, Azizah untuk abang jawab
aku sambil tergelak.
Mak, agak agaknya Ayah Long, Pak Ngah dan Pak Su free ke tak ye malam ni?
Tanya abang.
Mak tak pasti lah,lagipun bulan ni diorang tak datang lagi. Maklumlah jalan nak
masuk ke rumah kita ni berlumpur. Nanti rosak pula kereta diorang jawab mak yang
sudah masak dengan gelagat adik beradiknya itu.
Keadaan hujan pada malam hari telah membecakkan jalan tanah merah
laluan lori pengangkut getah Ketua Kampung dihadapan rumahku. Dalam keadaan
hujan rintik rintik yang keletihan membasahi halaman rumahku di malam hari, aku
berteduhkan sekaki payung hitam untuk dapatkan sebuah pondok telifon awam.
Tujuan aku adalah untuk mendapatkan kebenaran kenyataan mak tadi.
Hello
Pak Su, malam ni pak su free tak? Kalau free hajatnya nak suruh hantar abang ke
terminal tesco Tanya aku dengan segan.
Bas pukul berapa abang? Tanya Pak su.
Bas pukul 9.30 malam Pak Su.
Ok abang, tapi abang kena jalan sampai kat cabang rumah ye? Pak Su baru basuh
kereta semalam Jawab Pak Su.
Terima kasih Pak Su Ucapan penghargaan untuk Pak Su.
21

Perlahan lahan aku letakkan gengam telefon awam yang berwarna hitam.
Aku merasakan gembira kerana Pak Su sanggup menghantarkan aku ke Terminal
Tesco malam ni. Dalam perjalanan aku tetiba hatiku seolah terasa akan kata kata
terakhir Pak Su. Kekadang, aku mudah terasa kerana situasi yang menguji.
Kepanasan matahari yang tegak di atas kepala telah pun menjadi kebiasaan bagi
aku. Aku tidak hairan sekiranya kulit menjadi hitam kerana dibakar sang mentari.
Sememangnya menjadi prinsip hidup aku yang tidak akan mengalah untuk mencari
penyelesaian.
Memang benar juga Pak Su menyuruh aku tunggu di cabang rumah, keadaan jalan
memang berlopak. Mungkin juga keadaan lopak yang dalam kerana laluan lori getah
ketua kampung. Jalan ini akan merubah menjadi jalan yang dihiasi oleh deretan
batang pinang setelah aku habis belajar nanti. Bagaikan jalan masuk ke Hospital
Kota Bharu pula detik hati kecilku.
**************************
Elysha yang keseronokan ingin menghantar aku mungkin membayangkan
abah menyewakan kereta sewa lagi. Kali ini ibu membekalkan aku dua pek meggi
kari untuk dijadikan alas pada malam hari aku di kampus.Pernah juga aku mengadu
kepada mak tentang biasiswa yang diberikan oleh Sime Darby hanyalah mencukupi
untuk aku belanja makan minum selama sebulan lagi. Namun mencukupi untuk aku
menunggu kemasukan biasiswa untuk semester baru. Aku hanyalah menggunakan
separuh sahaja dari biasiswa pada setiap semester. Separuh lagi aku berikan
kepada keluarga untuk menampung bebanan yang dipikul oleh abah. Sedikit mana
pun, aku tak pernah meminta dengan mak dan abah melainkan berada dalam
keadaan yang terdesak. Selagi dapat aku usahakan, sesusah mana pun pastinya
akan aku usahakan. Walaupun sedikit, aku sempat memberikan wang belanja untuk
adik adikku kepada mak. Sudah menjadi kebiasaan bagi aku yang memikul
tanggungjawab sebagai anak sulong.
Jalan masuk ke rumah idamanku yang gelap telah dicerahi dengan lampu
suluh yang dibawa oleh mak. Abah tak sempat untuk menghantar aku pada malam
ini kerana malam ini merupakan shift malam. Izat, Iman dan Elysha maniti di atas
jalan yang tidak berlecak. Kami seolah berbaris dalam mengikut lengkok lengkok
yang dibawa oleh mak untuk memastikan anak anaknya tidak jatuh dan dicemari
22

oleh lumpur merah. Lima beranak beratur di kaki lima jalan untuk menunggu Pak Su.
Sempat juga mak berpesan Abang, semester terakhir ni abang buat lah seelok
eloknya...cukup membahagiakan mak dan abah sekiranya abang dapat ijazah
dengan cemerlang...awal tahun depan abang dah habis belajar...jalan ni tak akan
berlecak lagi. Harapan ini akan aku bawakan ke dalam ruangan konvokesyen nanti
untuk membuktikan mak bahawa aku adalah benih padi yang semakin menunduk.
Suluhan lampu persis sportlight menerangi kami empat beranak di kaki lima
jalan. Elysha yang menunjukkan tangannya ke arah cahaya itu seolah menganggap
itu adalah kereta sewa. Dapat aku rasakan bahawa Elysha juga ingin mengikut aku
ke Terminal Tesco. Beg diletakkan dibahagian bonet kereta. Setelah aku masuk
dalam kereta, sekali lagi Elysha menangis. Aku hanyalah mampu untuk melambai
tangan untuk keluarga tersayang. Aku mengerti perasaan Elysha yang teringin
menaiki kereta. Namun Pak Su hanyalah mampu melihat. Suara ajakkan dari Pak
Su untuk keluarga aku pun tidak kedengaran. Yang kedengaran hanyalah hentakan
seliparnya sewaktu hampir menutupkan pintu kereta. Sabarlah adik adikku, abang
akan bawa kamu semua pergi jalan jalan dengan kereta abang sendiri Lintasan
dalam hatiku yang sebak.
************************
Gelap cerah selama lima semester telah aku lalui di Universiti Melaya. Laluan
berliku yang penuh dengan dahan dahan berduri telah mengaliskan aku dalam erti
sebuah kehidupan. Tatkala pelajar lain yang ghairah dengan gadjet yang canggih
aku hanyalah lalui dengan kehidupan sebagai seorang pelajar dengan komputer
riba. Inilah gadjet aku. Genap bulan ini habislah kewajipan aku terhadap laptop ini
untuk menjadi milik aku secara sah. Sikit demi sedikit aku gunakan biasiswa yang
dihadiahkan oleh Sime Darby untuk membentuk sebuah laptop yang menjadi milik
aku. Disebabkan situasi inilah yang menyebabkan aku tidak memiliki sebuah
handphone. Bagi aku memiliki sebuah handphone sudah membebankan untuk
menambah nilai pada setiap masa. Aku dikira bertuah kerana hatiku ini masih belum
dipunyai oleh sang bunga. Pemikiran hanyalah bertumpukan kepada pembelajaran
yang mampu membawa keluarga ke arah yang lebih selesa. Sambil sambil
membaca bahan yang berkaitan dengan tugasan tetiba pintu bilik berbunyi seolah
diketuk.
23

Kuk...kuk...kuk
Assalamualaikum Hakim
Waalaikumusalam
Hakim, kamu da siapkan tugasan yang diberikan oleh Puan Hasmah? Tanya
Karim.
Belum lagi, ni pun aku tengah mencari bahan yang sesuai untuk buat tugasan ni
balas aku setelah berhenti seketika melayari internet.
Hakim boleh tak aku nak suruh kamu buat tugasan ni sekali? Tanya karim dengan
penuh harapan.
Aku boleh saja...kebetulan juga aku kesempitan ni Jawab aku dengan tersengih.
Terima kasih Hakim, nanti siap aku bagi upah yer Karim yang tersenyum lalu
keluar dari bilik.
Inilah part time yang selalu aku buat untuk mencari pendapatan sampingan.
Upah membuat tugasan juga tak merugikan aku kerana aku gemar belajar. Kawan
kawan rapat juga bukan sengaja ingin mengupah aku membuat tugasan mereka,
tetapi mereka ingin membantu aku dari segi kewangan. Tambah tambah juga aku
memerlukan wang untuk menampung keperluan asas dalam kehidupan harianku
yang berada di kawasan yang pesat membangun ini. Semester yang terakhir ini
seolah olah menguji aku apabila mendapat tahu biasiswa akan masuk lewat dari
kebiasaan.
Pengalaman aku bekerja sebagai pembantu kedai makan pada tahun lepas
telah menyebabkan pelajaran aku terabai. Keletihan tidak berdaya untuk aku
sukatkan. Waktu siang aku belajar di kampus malam pula aku bekerja diluar. Demi
mendapatkan duit poket lebih aku sanggup survive walaupun masa makin mengejar.
Disebabkan oleh bekerja, aku mendapat amaran disiplin oleh pihak pengawal
kampus kerana memasuki kawasan asrama diluar limit masa yang ditetapkan. Aku
dikenakan saman kampus oleh pengawal keselamatan. Sehinggakan surat merah
telah dilayangkan kepada mak dan abah dikampung. Tangisan mak telah
memberikan kesedaran kepada aku untuk berhenti kerja tanpa notis. Demi
24

pendidikan aku hanyalah bekerja sepenuh masa untuk menjadi sebagai seorang
pelajar sejati.
Kehidupan aku yang sepenuh masa dalam sekitar Universiti Malaya juga
memberikan kekangan kepada aku untuk menerokai kawasan yang jauh dari pagar
kampus. Aku juga selalu berimpian untuk menetap di pulau yang tersergam indah
dengan kehijauan pohon dan kebiruan laut. Namun daya aku hanyalah berimaginasi.
Mungkin pagar kampus ini akan dilangkah aku apabila berkerjaya nanti. Langkah
pertamaku adalah ke Pulau Tioman sebagai tempat percutian terutamanya apabila
dapat bercuti bersama keluarga. Alangkah bahagianya keluargaku apabila dapat
meluangkan dengan merasakan kemasinan air laut dan keteduhan dibawah
rimbunan pohon.
**********************
Kini pagar Universiti Malaya telah pun menjadi kenangan yang baru berusia
tiga tahun. Lepasan pagar kampus bagaikan merdeka yang teramat bagi aku.
Sebagaimana perjanjian dengan Sime Darby, aku ditempatkan terus ke dalam
syarikat gergasi itu. Awal tahun 2009 aku ditempatkan Mangrove Research Centre
(MRC) di Pulau Carey, Klang, Selangor. Bidang aku dalam kejuruteraan dalam
bidang bioteknologi. Pengajian aku dalam bidang ini bagaikan diatur lurus oleh Illahi.
Terutamanya perjanjian yang termeterai antara Universiti Malaya dengan syarikat
Sime Darby yang terdahulu iaitu Golden Hope Plantation Berhad semenjak dari
tahun 2003 lagi telah memberikan pandangan yang meluas kepada aku tentang
keyakinan untuk menjadi sebahagian dari angota Sime Darby.
Selama aku bergelar anggota Sime Darby, walaupun tidak semewah
eksekutif namun aku bersyukur kerana dapat menunaikan janjiku kepada keluarga
terutamanya kata bicara yang telah aku ikrarkan dihadapan mak. Jalan yang
berlopak bagaikan kolam berudu telah aku tarkan. Pepohon pinang yang masih
muda bagaikan melambai lambai di tepi jalan. Barisan pohon pinang telah
membuka jalan yang dahulunya berlecak menjadi laluan ulang alik oleh pak
saudaraku. Rumahku yang bertiangkan kayu yang lebih tua dari umur aku telah pun
dikonkritkan. Sinki yang berlubang telah aku gantikan dengan sinki yang diperbuat
daripada batu marmar yang ditempah khas dari India. Kini wajah mak yang
tersenyum dengan kesejukan rumah yang bersyilingkan batu kapur cukup meneduh
25

dan menyejukkan badan. Rumah milik mak dan abah bagaikan bersinar pada waktu
malam yang dilitupi oleh pohon pohon getah. Abah pula kini hanyalah bekerja
sepenuh masa dirumah. Pada waktu usia dalam kitaran yang menghampiri 50 an,
aku hanyalah membenarkan mereka berbulan madu sahaja.
Adik adikku pun sudah pandai untuk mengada - ngada kepada abah untuk
pergi makan angin disekitar bandar Kota Bharu. Kini KB Mall sudah pun menjadi
sebutan kepada Elysha yang sudah berumur enam tahun. Disebalik kelegaan hidup
berbanding dahulu, mak tidak lupa akan tanggungjawabnya untuk menggunakan
kesempatan ini untuk meningkatkan perhatian dari sudut pendidikan kepada adik
adikku. Terutamanya tentang didikan agama. Sebagaimana kata kata ibuku
terhadap aku dan adik - adikku Agama Islam merupakan tiang agama yang tidak
mungkin dicantas oleh anai anai sekiranga kita selalu tegakkannya.
Kisah cerita yang berliku - liku dilalui oleh aku dan keluarga telah diungkit
kembali setelah mak dan abah telahpun dicalonkan sebagai ibu bapa mithali bagi
negeri Kelantan. Aku banyak ditemu - ramah oleh wartawan kerana aku adalah
anak sulong dalam keluarga. Terutamanya tentang pengajaran mak dan abah
terhadap aku dan adik adik. Izat yang sekarang sedang belajar di Maahad
Muhammadi Lelaki Kota Bharu juga dipersolakan tentang didikan agama oleh
wartawan tentang abah dan mak. Kami juga dipersoalkan tentang bacaan Al-Quran
oleh wartawan.
Mak dan abah juga menceritakan tentang kisah hidup mereka yang
menyusuri dasar arus yang susah sejak melahirkan aku. Tidak aku sangka bahawa
kelahiran aku diduga dengan pelbagai arus berombak yang mengegarkan rumah
tangga mak dan abah. Aku yang tersandar di kerusi sofa menangis keseorangan.
Tambah tambah disusuri dengan tangisan mak dan abah yang mengucapkan
Anak anakku yang diduga sewaktu kecil rupa rupanya tiang kepada dunia tua
kami. Logikku juga berbisik, patotlah aku ditakdirkan menjadi anak sulong, sebab
aku diuji dari kecil lagi. Aku segera berlutut kepada mak dan abah. Adik adikku
yang turut menangis juga bergegas dapatkan mak dan abah untuk dipeluk. Kami
cium muka mak dan abah lalu mengucapkan terima kasih mak dan abah kami
sayangkan mak dan abah.

26

Mohamad Syafuddin Bin Ali
Nilai Sebuah Kesabaran
Gembiranya aku tatkala aku mampu membanggakan Cikgu Malek. Bangganya aku
kerana mampu mencantumkan huruf-huruf tersebut menjadi perkataan bermakna.
Tersangkut di gegendang telingaku dek tepukan gemuruh teman-temanku yang lain
tanda pujian kepadaku. Serta merta hati kecilku berbunga dihargai sedemikian.
Senyumku juga semakin meleret-leret bagaikan tak bertepi.

Kata-kata abang Joe masih lagi terngiang-ngiang dalam fikiranku. Katanya,
Cikgu Malek merupakan cikgu yang paling garang di Sekolah Kebangsaan Payau
Sakti. Abang Joe yang merupakan abang sulungku pernah mendakwa yang dia dan
beberapa temannya yang lain pernah ditenking kerana tidak membuat kerja sekolah
yang diberikan. Pada hemahku, pantas abang Joe mendapat balasan sedemikian
kerana mengingkari arahan seorang guru. Setakat ini kata-kata abang Joe juga
dilihat tiada benarnya memandangkan Cikgu Malek masih melayanku dengan penuh
kasih sayang. Sekiranya benar kata-kata abang Joe itu, nampaknya aku masih
terselamat dari hentakan maut suara Cikgu Malek. Teringat lagi pada hari pertama
persekolahan yang membuat hatiku kecut ketakutan. Takut sekiranya benar kata-
kata Abang Joe. Namun hatiku berbunga mekar saat terpandang wajah Cikgu Malek
yang kacak dan tinggi lampai. Ternyata bukan aku sahaja yang berperasaan
sedemikian tetapi emak juga kelihatan begitu suka dengan leret senyuman Cikgu
Malek. Senyuman itu membuatku lega dan sekaligus menghilangkan perasaan
takutku. Omongan Abang Joe ternyata meleset.

Semangatku berkobar-kobar mahu ke sekolah. Itulah hebatnya Program
Transisi yang memakan masa selama 3 bulan. Kerja sekolahku juga tidak banyak.
Perasaan bahagiaku tidak dapat diungkap. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa
bahagianya aku berada di tahun 1 Bestari ini. Seronoknya aku sehingga terbuai
mimpi indah dek kemesraan Cikgu Malek. Sehari tidak bersekolah mampu
membuatkan hatiku berdegup kencang merindukan senyuman Cikgu Malek. Tetapi
27

aku lupa yang cikgu Malek juga manusia biasa, seteguh mana hatinya akan runtuh
jua tembok kesabarannya. Silap aku juga, terlalu dungu dan mengada-ngada.
Anggapanku, Cikgu Malek seorang yang penyabar dan mesra dengan murid-
muridnya. Belum pun sampai tiga bulan Program Transisi dijalankan, kemarahan
Cikgu Malek telah meledak memecah kedamaian kelas 1 Bestari. Terasa
berdentum-dentum suara lelaki itu menghancurkan keindahan pagi. Kata-kata
Abang Joe mula menampakkan kebenaran. Hatiku bertambah rungsing memikirkan
akan nasibku. Risau menjadi mangsa kemarahan lelaki itu.

Andaianku mengena. Aku ditengking oleh Cikgu Malek. Oleh kerana terlalu
takut, aku terkencing di dalam kain. Habis basah lecun kain sekolahku. Ku cuba
membendung air mata dari mengalir, namun berderai jua akhirnya. Hanya Tuhan
yang tahu betapa malunya aku. Seorang gadis sunti terkencing di depan anak
teruna. Fikiranku melayang ke wajah emak. "Kalau emak tahu mesti aku kena
marah," bisik hatiku

"Linda!" Cikgu Malek memekik namaku. Namun, aku tidak berani
mengangkatkan mukaku ke arah lelaki itu. Aku tahu yang Cikgu Malek menyedari
yang aku terkencing di dalam seluar. Wajah tenang lelaki itu bertukar sama sekali
menjadi wajah yang paling menakutkan. Teman-temanku yang lain hanya mampu
memerhatikan dari jauh. Tidak ada sekelumit kata yang berani dilontarkan risau
takut mereka pula menjadi mangsa kemarahan Cikgu Malek. Sekali lagi malu
menyapaku. Malu berhadapan dengan teman-temanku yang lain.

Terasa kemarahan lelaki itu menyentap seluruh urat sarafku. Betapa daif dan
kerdilnya aku ketika itu. Tak kuduga suara cikgu pujaan hatiku meledak hebat
merobek gegendang telingaku. Hatiku tak ubah seperti dedaun layu menyembah ke
bumi. Kejamnya lelaki itu menghamburkan kemarahan pada gadis kecil seperti aku.
Kesilapanku hanyalah sekelumit sahaja. Aku buat-buat lupa dan terlupa mengingat
huruf keramat yang telah kusebut dan kubaca berulangkali. Lalainya aku, pelupanya
aku sehingga suku kata bi-bi telah kusebut menjadi "babi". Malunya aku suku kata
28

semudah bo-bo kusebut "bodoh". Kesilapan aku itulah yang menyebabkan Cikgu
Malek begitu marah kepadaku. Dapat ku perhatikan wajah lelaki itu tak ubah seperti
singa yang sedang kelaparan. Matanya bulat membutang. Giginya menyeringai
mengetap-ngetap tidak ubah seperti pontianak harum sundal malam. Lidahku kelu
membisu.

Kesiannya aku kepada lelaki itu. Berhari-hari dia menahan kesabaran
mengajar aku membaca. Berminggu-minggu dia meniup ubun-ubunku dengan
kalimah suci. Tetapi siapa menduga keuntuhan keikhlasan hatinya terguris jua dek
kemalasan diriku sendiri. Itulah balasan yang terpaksa aku terima akibat sikap
malasku itu.

Nasib masih menyebelahi diriku. Pelempang mautnya tidak singgah pada
pipiku yang gebu. Cikgu Malek mengenggam erat tanganku. Dapat kurasakan
gengaman lelaki itu begitu kuat mencengkam. Lelaki itu mengatur langkah pantas
seolah-olah mahu mencampakkan aku ke dalam api neraka. Terasa begitu sakit
pengelangan tanganku dek dicengkam begitu kuat. Tidak ku tahu kemana arah
tujuannya. Senduku tak tertahan lagi. Air mataku juga semakin laju menuruni pipiku
ini.

"Cepat sikit jalan tu,'' tenking Cikgu Malek.
"Tak malu ke kencing dalam kelas? Cikgu Malek menambah.

Tiada kata yang mampu kubalas. Hanya tangisanku yang semakin galak
melimpah dalam kelopak mataku. Satu persatu butir- butir air mataku gugur. Pilu
mengenangkan nasib malang yang menimpa diriku. "Bodohnya aku, " getus hatiku


29

Sebaik tiba di dalam tandas, satu persatu pakaian kubuka. Tangisanku
semakin rancak. Aku menangis semahunya. Namun terdengar suara kecil Cikgu
Malek yang mendehem-dehem kecil di luar tandas lantas mematikan terus
tangisanku. badanku terhinjut-hinjut. Hanya Tuhan yang tahu betapa seksanya
menahan sebuah tangisan. Kejamnya lelaki itu membiarkan aku sendirian di dalam
tandas yang busuk dan gelap gelita. Fikiranku mula memikirkan benda yang tidak
sepatutnya. Dapat kurasakan beberapa ekor hantu jembalang dan iblis bertanduk
dua sedang tertawa girang memerhatikan gerak-geriku yang tak ubah seperti
manusia yang pegecut. Terdetik di dalam hatiku yang kecil ini mahu mengadu
domba kepada mak dan abah tentang perlakuan biadap lelaki itu. Tetapi apakan
daya aku tidak mempunyai pilihan selain mengikut sahaja arahan lelaki itu. Aku kelu
tanpa sebarang kata.

Tanpa belas kasihan, Cikgu malek menghulur sehelai tuala kecil dan sebuku
sabun cap kapak kepadaku. Dapat kurasakan saat itu betapa hinanya diriku dimata
Cikgu Khalid. Air yang kujirus di atas tubuhku terasa panas membara sehingga
membakar seluruh kulitku. Buih sabun yang memutih dirambutku terasa tajam
seperti berus dawai, menikam-nikam ubun-ubunku yang lembut itu. Alangkah
geramnya aku. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan ku ketika itu.

Kini tubuhku yang kecil molek telah lengkap berpakaian sukan yang sengaja
disimpan oleh Cikgu Malek di dalam begnya. Pipiku dilumur losyen dan rambutku
disisir rapi. Terharunya aku dengan layanannya. Air mataku tetap jua mengalir saat
tiba di dalam kelas. Malu mengenangkan nasib yang menimpa diriku sebentar tadi.
Kemurnian hati yang ditunjukkan oleh lelaki itu sebentar tadi tidak sedikit pun
berjaya memadam api kebencianku kepadanya. Marahku dengan layanannya.
Andaianyaku, Cikgu Malek tidak ubah seperti talam dua muka. Depan sempurna
tetapi belakang hancur berderai.

Tanpa kusedar, Cikgu Malek sudah memegang sebatang penyapu untuk
membersihkan najisku tadi. Wajahnya masam mencuka. Namun terselit ketabahan
30

di sudut wajahnya itu. Perasaanku mula bercampur baur antara benci, dendam dan
juga sekelumit simpati kepada lelaki itu.

Apa yang mampu kulakukan ketika itu hanyalah menitiskan air mata. Tiba-tiba
secara tidak sengaja aku terpandang wajah Cikgu Malek. Aku melihat air mata lelaki
itu bergenang di kelompak matanya. Wajahnya kelat tidak bermaya. Entah
mengapa, hatiku tersentuh melihat wajahnya ketika itu. Aku cuba memandang wajah
lelaki itu, namun dia mengalihkan pandangan ke arah jendela. Aku tahu lagaknya
cuba membendung kesabarannya yang telah mula retak dan hampir berderai.
Mungkinkah ada secebis kekuatan yang bersarang di hatinya. Dapat kulihat lelaki itu
begitu kuat dan tabah meredah gelora.

************************************************************************************************

Kini semuanya telah berubah. Senyuman yang sentiasa terukir di wajah Cikgu
Malek mula hilang sedikit demi sedikit. Kalau dulu hatiku tidak sabar-sabar untuk
kesekolah tetapi kini sebaliknya. Pernah juga aku meminta emak untuk bertukar
sekolah namun emak enggan memenuhi permintaanku. Alasan emak munasabah
kerana sekolah itu merupakan sekolah yang paling hampir dengan kediamanku.
Sekiranya aku bertukar ke sekolah yang lain aku terpaksa menaiki bas dan emak
tidak bersetuju memandangkan aku masih berumur tujuh tahun. Emak begitu
bimbang dengan keselamatan aku. Dari alasan emak itu aku sedar yang aku tidak
punya pilihan lain. Aku terpaksa bertahan dengan sikap Cikgu Malek.

Ketika itu aku dapat rasakan dihadapanku bukan lagi Cikgu Malek yang dulu,
cikgu yang penuh dengan kasih sayang, cikgu yang kaya dengan senyuman. Andai
dapat kuundurkan masa ingin sahaja aku kembali pada waktu dulu. Aku dambakan
sisa-sisa kenangan di masa Cikgu Malek melayanku tak ubah seperti puteri raja.
Ingin rasanya ku cantum-cantum semula memori bersama lelaki itu. Aku terlalu
merindui saat-saat yang telah berlalu. Tetapi apakan daya semuanya sudah
31

terlambat. Cikgu Malek tetap dengan sikap bengisnya itu. Pelbagai gelagat telah
kami pamerkan di hadapan cikgu muda itu. Apa yang pasti perbuatan kami tidak
ubah seperti mencurah air ke daun keladi.

************************************************************************************************

Entah mengapa perutku tiba-tiba mengembang. Terasa isi perutku
berkeroncong menyanyikan lagu kepiluan. Dengan langkah yang longlai kubawa
buku "Bacalah Sayang" menuju ke arah Cikgu Malek. Kakiku terasa lemah bila
terpandang wajah lelaki itu. Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku buka langkah seribu
lari dari kelas itu. Ingin aku mendapatkan emak. Hanya wajah emak bermain di
fikiranku ketika itu. Namun maruahku juga perlu dipertahankan. Ingin aku buktikan di
mata Cikgu Malek yang aku boleh. Aku tidak mahu lagi diperlakukan seperti hari-hari
sebelumnya.

"Anak dara sunti kena bersopan santun dan dengar cakap orang tua. Jangan
pernah menyerah dengan apa jua masalah," kata-kata emak bermain difikiran.
Amanat emak itu juga yang menjadi peransang kepadaku. Kata-kata emak telah
menjulang kembali semangat juangku yang mula goyah bila terpandang lelaki itu.


"Dududk !!!. Buka muka surat satu cepat." Terasa tangkai jantungku luruh
mendengar gema suara lelaki itu. "Apa terkebil-kebil lagi, cepat sikit. Jangan buang
masa saya," tengking Cikgu Malek. Diriku tak ubah seperti pesalah jenayah berat,
aku menurut sahaja arahan lelaki itu.

"Ka-ki..kaki, ku-ku..kuku, ko-ko....koko," bacaku dengan nada yang perlahan

32

"Kuat sikit !!" Sergah Cikgu Malek. Bukan main terkejut aku mendengar
tengkingan itu. Suara lelaki itu yang nyaring seperti suara gergasi membuatkan tali
perutku terbelit-belit lalu menjerut kerongkongku sendiri. Tiada kata yang mampu
dilafaskan. Diriku terkedu seketika. Terasa isi perutku sudah berada dihujung
duburku. Kembang kempis nafasku menahan khazanah berharga milikku.

"Haaa....apa lagi? Baca pulak petikan yang bawah tu," Marah lelaki itu.

Kualihkan bebola mataku pada deretan ayat tunggal di hadapanku. Mataku
mulai kelabu. Berpinar-pinar penglihatanku. Dapat kurasakan berjuta-juta bintang
berkerdipan muncul secara tiba-tiba di mindaku. Aku mula menggingil ketakutan.
Rasanya aku tidak mampu mendendangkan walau sebaris ayat pun buat lelaki itu
untuk kali ini. "Cepat, apa terkebil-kebil lagi," tengkinya lagi. Menyesalnya aku
kerana tidak mendengar kata emak malam tadi. Aku enggan mengulangkaji
pelajaran semalam.

Kulihat lelaki itu sedang menguis-nguis kasut hitamnya yang besar dan berat.
Kuingat lagi bagaimana takutnya kami sekelas bila Cikgu Malek menendang
kasutnya sendiri ke arah Nabil yang gagal mengingati apa yang dibacanya seminggu
yang lalu dan masih terbayang wajah Nabil yang ketakutan ketika itu. Wajahnya
pucat lesi seperti mayat. Tetapi hari ini, Nabil menjadi lelaki trhebat di mata Cikgu
Malek. Cemburunya aku.

Air mataku mula mengalir selebat salji di Gunung Himalaya. Mungkin
masanya telah tiba dan sejarah mula tercipta, sebuah penampar Jepun akan
singgah di pipiku yang gebu ini atau sepasang sepatu puaka milik lelaki itu akan
terhentak di atas mejaku. Nafasku mulai turun naik. Dapat kulihat mata lelaki itu
yang merenungku ketika itu. Terasa begitu kecil jasadku bila berhadapan
dengannya. Renungan matanya yang setajam mata pedang yang bisa menyiat-nyiat
33

dan menghancurkan tulang-temulangku. Azabnya hatiku mengenang segala
keberangkalian yang mungkin terjadi.

" Dah berapa kali cikgu ajar, dah berapa kali cikgu suruh baca kat rumah.
Agaknua telinga awak dah sumbat atau awak sendiri buat-buat pekak?" Perli Cikgu
Malek dengan nada yang kuat. Kali ini lelaki itu begitu marah kepadaku. Air mataku
semakin deras membasahi tangkai hatiku. Senduku juga mula kendengaran.
Terhenjut-henjut badanku menahan kesedihan. "Sikit-sikit menangis, sikit-sikit
menangis, tu je yang awak pandai. Awak ingat air mata tu boleh merubah sikap
awak yang malas tu?" Aku menangis sedu sedan mendengar kata-kata itu. Terasa
ada cecair hangat mengalir laju di pangkal pehaku. Kali ini, kubuang perasaan malu
mengatur langkah seribu menuju ke tandas. Biarlah mak kata aku tidak sopan,
biarlah nenek kata aku tak berbudi bahasa, namun aku tak sanggup lagi.
Sanggupkah aku menahan malu membuang najis di dalam kelas sendiri dengan
disaksikan oleh lelaki bengis itu. Cukuplah sekali aku diheret kasar ke tandas
dengan hati yang luluh berkecai. Apa yang pasti aku mesti berani merubah nasib
sendiri. Itulah azamku yang kutanam sebentar tadi.
************************************************************************************************
Kini aku tidak lagi seperti yang dulu. Semuanya telah berubah. Aku bukan lagi
Farah Linda yang cengeng. Aku bukan lagi gadis sunti yang mudah melatah bila
diherdik bertubi-tubi dan aku juga bukan gadis yang tak bermaruah menabur kotoran
di sana sini. Farah Lindah yang kini adalah insan yang bangkit dari kesilapan yang
lampau.

Biarlah lelaki itu memaki aku hingga pecah gegendang telinga ini, biarlah
lelaki itu menghentak sepatu puakanya di atas mejaku, aku tidak akan gentar
menepis segala kemungkinan itu. Bagiku, apa sahaja yang dilontarkan adalah untuk
kebaikan aku sendiri. Aku harus tabah dalam menghadapinya dengan seiklas yang
mungkin. Ibarat mentimun, aku rela menadah onak dan duri demi sebuah kejayaan
yang aku angan-angankan.
34


Yang kuperlukan ketika ini hanyalah kekuatan jiwa. Aku mesti tabahkan hati
melayan segala macam karenah Cikgu Malek. Sudah tiba masanya aku membalas
kembali segala susah payahnya mengajar dan mendidik aku selama ini. Janjiku
hanyalah satu, biarlah lelaki itu bisa mengembalikan keceriaan perasaannya yang
dulu. Betapa aku rindukan layanan mesra Cikgu Malek yang dulu. Cukuplah ku
panggang hatinya mencuci najisku sehingga membakar perasaannya beberapa
bulan yang lalu. Aku tidak mahu lagi Cikgu Malek mengalirkan air matanya yang
mengalir deras di pipinya ketika dia menghadap jendela dahulu. Aku nekad dengan
janjiku yang aku akan tebus kembali kepayahannya dengan kesabaranku sendiri.
Cukuplah rasa bersalah bernanah di hati kecil ini. Biarlah ia terhenti setakat ini, tidak
tertanggung rasanya azab untukku memikulnya lagi.

Kusapu air mata yang mula merembes di pipi gebuku. Aku bersyukur yang
kini segalanya telah berubah. Senyuman lelaki itu mula terukir kembali walaupun
kurasakan itu sekadar secalit cuma. Dapat kurasakan kini, kelas 1 Bestari mula
kembali ceria penuh dengan bunga-bungan kemesraan. Tanpa kuduga, rupa-
rupanya lelaki itu memiliki sekeping hati yang begitu luhur. Bahagianya aku dapat
merebut kembali kemesraan lelaki itu yang telah lenyap lima bulan yang lalu.
Kurasakan itu merupakan kejayaan terbesar dalam sejarah hiduku. Apa pengajaran
yang kuperolehi ialah jangan menilai seseorang dari luarannya sahaja.

************************************************************************************************
"Diumumkan pelajar terbaik UPSR 2003 ialah Farah Linda Musa." Aku
tergamam mendengar pengumuman itu. Tidak semena-mena air mataku mengalir
perlahan menuruni pipi gebuku. Tidak ku duga akhirnya aku berdiri di atas pentas
Sekolah Kebangsaan Payau Sakti sebagai satu-satunya pelajar yang mendapat 5A
di sekolah kami. Aku bangga ternyata perjalananku ke puncak kejayaan terlalu
berliku. Mataku tertacap pada slip keputusan peperiksaan yang diberikan kepadaku
oleh Cikgu Hasnah. Siapa menyangka dan siapa menduga seorang kanak-kanak
35

yang dungu, tidak pernah mengenal huruf dan tidak pernah memasuki alam tadika
akhirnya mencipta kejayaan yang tersendiri.

Kuperhatikan satu persatu wajah guruku yang penat lelah mengajarku. Dapat
kulihat sinar kepuasan jelas memancar di raut wajah mereka. Akhirnya
pandanganku terhenti pada wajah yang pernah mengerunkan hati ini. Lama
pandanganku tertaut pada wajah yang betul-betul berada di hadapanku itu.
Kuperhatikan wajahnya masih sama seperti dahulu. Kurenung matanya dan kulihat
ada butir-butir jernih yang bertakung di kelopak matanya. Tanpa kusedari
pandangan kami bersatu dan tanpa disuruh air mataku meluru laju memecah
tembok kolam mataku.

Lelaki itu yang mengubah seluruh hidupku. Lelaki itulah yang sering
meniupkan semangatku. Lelaki itulah yang sering mengubat luka di hati saat aku
tersungkur di pintu kejayaan. Betapa besarnya pengorbanannya dalam usaha
meroboh tembok keegoanku. Tanpanya aku sendiri tidak tahu di mana aku
sekarang. Tanpanya aku bukan siapa-siapa

Kurenung kembali wajah lelaki itu. Kuatur langkahku dengan begitu sopan
sekali. Aku harus menjaga statusku sebagai gadis sunti yang jelita. Aku perlu
menjaga setiap langkah dan sikapku. Dengan bersaksikan beratus-ratus pasang
mata dan bersaksikan unggas dan pepohon menghijau di sekeliling kami ku terus
mendakap tubuh lelaki itu dengan erat sekali. Terasa inginku dakap tubuh itu buat
selama-lamanya.

Untuk kali ini, kubuang perasaan malu demi meraikan kejayaan ini. Sekali lagi
aku gagal menahan air mataku. Aku menangis teresak-esak seperti dahulu lagi bila
lelaki ini menyepak sepatu puakanya ke arahku. Bezanya kini, aku mengalirkan air
mata demi sebuah kejayaan yang tidak pernah aku termimpi untuk mengapainya.
Sayang kemanisan ini tidak dapat kuraikan bersama abahku yang tersayang. Tahun
36

lepas aku kehilangan satu-satunya abahku kerana penyakit kanser hati. Namun, aku
masih bersyukur kerana masih mampu meraikan kejayaan dengan emakku. Aku
juga bersyukur bila pintu kejayaan tersenyum manis kepadaku. Kulihat ada bunga
yang telah mekar menebarkan haruman Firdausi di taman hatiku. Mungkin inilah
yang selalu dikatakan oleh emak. Kemanisan yang akan kutuai di atas kesabaranku
meredah onak duri, menampan ribut gelora lewat musim lalu.

Cikgu Malek. Kuperhatikan senyumannya kali ini terlalu indah. Senyuman
itulah yang kunanti-nantikan selama ini. Akhirnya, senyuman itu mekar mewarnai
bumi indah sekolah kami. Bertuahnya aku, lelaki itu menghadiahkan air mata
kesyukurannya buatku seorang. Jelas terpancar ketulusan hatinya. Terlalu tinggi
kesabarannya melentur dan membentuk aku menjadi permata yang mahal
harganya. Pengorbanan mendidik dan mengasuh tidak dapat kunilai dengan emas
permata. Sampai ke akhir hayatpun, budinya mungkin tak akan terbalas olehku.
"Cikgu Malek. Terima kasih atas segalanya," omong hatiku. Air mataku terus
mengalir dan aku terpana kehilangan kata-kata. Hanya tepukan gemuruh bergema
di ruang udara sekolah kami.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

-TAMAT-






37

Muhamad Ropi Bin Juhari @ Zahari
Hatiku Milikmu Pendidikan Hidupku

Aku anak kampung yang selesa dengan kehijauan dan semerbak haruman mewangi
flora. Meski tiada kedengaran bingitan suara kereta api aku tenang dengan kicauan
burung. Walau tidak kelihatan bangunan setinggi pencakar langit namun redup
mataku melihat terbentang luas bendang sawah yang kekuningan menanti menjadi
beras.

Sejuk pagi menusuk ke tulang membuatku ingin teruskan lena diulit mimpi indah
permainan minda. Namun suara mak yang mulanya sayup kedengaran semakin
keras nadanya di cuping telinga. Rasyid! Bertuah punya budak, dari tadi mak
kejutkan kau masih tidur?,jerit mak di muka pintu. Mendengar suara keras makaku
segera bangkit dari tilam tidak berkatil namun empuk mengulit tidur. Menjadi
kebiasaanku tertidur sesudah subuh membuatkan leteran mak tidak pernah putus
saban hari.

Aku melihat mak sedang menyiapkan makanan tengahari kami sekeluarga sedang
aku mengira hari mengharapkan waktu meneruskan perjalanannya ke detik
seterusnya dengan perlahan agarku punya waktu yang panjang bersama
keluargaku. Tinggal beberapa hari lagi sebelum aku melanjutkan pelajaranku ke
peringkat Institut Pendidikan Tinggi Awam. Assalamualaikum, suara abah memberi
salam di muka pintu ruang tamu rumah. Walaikumsalam, aku menjawab. Mana
mak kamu Angah?,Tanya abah kepada aku. Ada di dapur siapkan makanan,
jawab aku. Aku melihat ada keringat di wajah letih abah, sungguh sayu rasa hatiku
betapa hatiku merintih untuk segera menyenangkan kehidupan keluargaku.

Meski kami mempunyai bendang namun tidaklah bermakna kehidupan keluargaku
mewah. Hasil padi itu jika banyak maka adalah rezeki kami jika tidak menjadi maka
38

dugaan buat kami. Aku mengerti setelah kematian Along yang seharusnya menjadi
tonggak serta membawa perubahan kepada kami sekeluarga setahun lepas
tanggungjawab itu kini digalas di bahuku. Masih teringat kata-kata Along kepadaku
Angah, tahun depan Along dah habis belajar, nanti Along boleh bantu Angah dengan
adik-adik supaya berjaya macam Along juga. Abah dan mak dah tak perlu bersusah
payah lagi, nanti boleh jalan-jalan ke tempat Along belajar. Angah kata nak main salji
aritu. Tanpa sedar menitis air mataku merindui Along. Siapa sangka di awal umur
23 tahun telah dijemut Ilahi ternyata benar ajal maut tidak mengira usia. Along yang
sedang mengikuti pelajarannya tahun akhir di Jepun dalam bidang Kejuruteraan
Elektrik meninggal akibat gempa bumi yang meruntuhkan bangunan flat kediaman
dia dan rakan-rakannya.

Di kala petang adalah waktu kegemaranku kerana aku dan raka-rakan sekampung
yang lain akan bermain bola di padang hujung kampung. Meskipun padang itu
tidaklah sebaik mana permukaannya tetapi sudah mencukupi buat kami. Keluargaku
tidak mengetahui impianku, aku berhasrat menjadi seorang pemain bola
kebangsaan seterusnya ingin sebaris dengan pemain dunia. Minatku terhadap bola
bermula sejak kecil lagi. Ketika bermain bola di padang aku rasakan keseronokan
dan kepuasan yang teramat sangat.

Namun aku sedar impianku itu tidak akan menjadi kenyataan kerana aku perlu
berpijak di bumi yang nyata. Tanggungjawab yang perluku penuhi lebih penting dari
impianku. Aku akan menyambungkan pelajaran di salah satu Institut Pendidikan
Guru Malaysia. Menjadi guru bukanlah cita-citaku namun harapan abah dan emakku
penuhi kerana kalau bukan aku siapa lagi yang akan menggembirakan mereka. Ku
kunci rapat kehendakku kubentangkan seribu senyuman penuh bermakna
dihadapan kedua orang tuaku agar mereka tahu betapa aku sanggup lakukan apa
sahaja demi kebahagiaan mereka. Aku mendaftar seorang diri di kampus kerana
risau akan kesihatan mak yang tidak mampu berjalan jauh. Meskipun di awalnya
abah berkeras ingin menemani namun aku katakana yang aku anak lelaki mampu
hidup berdikari. Akhirnya abah dan mak melepaskan aku pergi. Melangkah kaki
kanan menuju ke dewan pendaftaran melewati padang bola yang agak besar
39

membuat hatiku jatuh cinta pada kampusku. Selesai mendaftar dan taklimat aku
segera ke bilik yang telah diberikan. Setiap bilik dihuni dua orang pelajar, dan rakan
sebilikku amat ramah. Melihat orang tuanya membantu mengemas barang. hati
kumerasa sebak terbayang wajah ibu dan ayahku silih berganti. Rakan sebilikku
bernama Hans dan dia Major matematik sedangkan aku Bahasa Melayu. Perbezaan
major tidak bermakna kami tiada persamaan aku sangat gembira kerana Hans juga
meminati bola. Pada waktu petang kami akan bermain bola bersama rakan-rakan
yang lain termasuk senior. Ternyata senior kami amat baik kerana mereka sering
memberi nasihat tidak kira dalam kehidupan mahupun pelajaran.


Kecekapan serta kemahiran aku bermain bola membuatkan diriku dikenali ramai
malah menjadi bahan bualan para pensyarah. Lebih-lebih lagi apabila aku terpilih
wakil kampusku dalam pertadingan bola sepak. Sejujurnya setelah mengikuti
program pengajian bakal guru ini aku mula mencintai profesyen ini. Bak kata orang
tak kenal maka tak cinta. Kini aku dah mengenali dunia perguruan ini aku sedar
bahawa tugas seorang guru tidak mudah seperti orang katakana malahan liku-liku
kehidupan sebagai seorang guru pelatih juga amat mencabar. Jika tahap mental
tidak kuat mungkin boleh kecundang di tangah jalan.

Mungkin pensyarah Pendidikan Jasmani aku mengetahui impianku dari cerita Hans
rakan sebiliku. Suatu pagi Encik Mohd Noor memanggilku ke pejabatnya. Rasyid,
saya tahu menjadi seorang guru bukanlah cita-cita sebenar awak, tetapi saya dan
rakan pensyarah yang lain melihat satu potensi yang besar dalam diri awak sebagai
bakal guru. Mungkin memang ditakdirkan bahawa awak menjadi seorang guru yang
mampu melahirkan beribu pemain bola yang penuh berbakat. Saya faham encik,
memang benar dulu saya tidak ingin menjadi seorang guru tetapi kini segalanya
berubah, saya mula mencintai profesyen ini. Tambahan pula dengan minor
Pendidikan Jasmani pasti memberi peluang kepada saya untuk menjadi guru
Pendidikan Jasmani kelak, jawabku.

40

Panjang lebar nasihat dan semangat yang diberikan kepadaku. Meskipun aku tidak
menjadi seorang pemain bola sepak seperti yang aku impikan namun aku tekadkan
azam untuk melahirkan anak bangsa yang bukan sahaja berilmu pengetahuan
dalam bidang akademik malahan juga mampu berjaya dalam bidang kokurikulum.
Kini aku mengikuti program kejurulatihan bola sepak sebagai ilmu dalam diri agar
aku mampu menjadi seorang jurulatih yang hebat di masa hadapan. Inilah yang aku
katakan kepada bola sepak hatiku milikmu namun pendidikan hidupku.





















41

Mohd Nur Azlan Bin Kamaruzaman
Tuhan Jagakan Dia
Langit malam yang terang dengan cahaya bulan Nampak begitu indah. Bintang
bintang yang berkelipan di dada langit menambah pesona pada jiwa. Betapa hebat
kuasa yang menciptakan semua ini. Bulan dan bintang yang bergantungan di langit
tanpa tali. Langit yang luas terhampar tanpa sebatang tiang pun. Subhanallah..
Jauhnya abang termenung Teringatkan siapa tu? kata-kata Hawanis
menyebabkan Fadli tersentak dari lamunan. Hawanis melabuhkan punggungnya di
kerusi berhadapan dengan Fadli.
Tak ada sesiapa pun. Takkanlah abang nak ingatkan sesiapa sedangkan dekat
depan abang ini ada bidadari yang cantik persis bidadari syurga. Ucap Fadli.
Hawanis tersenyum.
Abang ni ada ada je lah. Kata Hawanis lalu memandang bintang bintang yang
berkedipan. Fadli memandang Hawanis, mengenang nasib isterinya setelah dia
pergi dijemput ilahi. Siapalah yang akan melindunginya tatkala bahaya
menghampirinya, siapa yang akan menjaga makan minum pakainya, siapa yang
akan memberi nafkah kepadanya, siapa yang akan menjaganya ketika dia sakit,
siapa yang akan menyapu air matanya ketika dia tengah bersedih. Siapa yang akan
melakukan semua itu semasa ketiadaan Fadli nanti. Siapa?
Hawanis perasan yang suaminya sedang merenungnya. Dengan penuh
curiga dia bertanya, Kenapa abang tenung Anis macam tu? Anis ada buat apa-apa
salah ke? Fadli menggeleng.
42

Tak adalah, saja abang nak tengok wajah isteri abang puas-puas, jawab Fadli
bersahaja. Jawapan Fadli membuatkan Hawanis tersenyum.
Anis, andainya satu hari nanti abang pergi dulu sebelum Anis, abang nak Anis cari
pengganti abang, kata-kata yang lancar keluar dari mulut Fadli itu sememangnya
membuatkan Hawanis tersentak.
Kenapa abang cakap macam ni? Abang dah tak sayangkan Anis? Kata Hawanis
dengan cemas. Dahinya berkerut. Isteri mana yang tidak cemas tatkala suaminya
membicarakan soal kematian.
Bukan abang tak sayangkan Anis. Abang terlalu sayangkan Anis. Beza Anis
dengan darah, darah mengalir masuk ke dalam jantung abang dan keluar kembali
tapi Anis mengalir masuk dalam jantung abang dan kekal disitu. Tapi Anis kena
ingat, jodoh pertemuan ajal maut semuanya di tangan Allah. Kita tak tahu apa yang
terjadi. Esok mungkin ada tapi kita tak tahu esok masih ada untuk kita kerana kita
tak tahu apa yang Dia tahu. Sebagai hamba yang kerdil, kita kena senantiasa
menyiapkan diri untuk menghadapi kematian. Terang Fadli.
Tapi Abang
Aku terima nikahnya Nur Hawanis binti Hamdan dengan mas kahwin sebanyak 450
ringgit tunai. Berlinangan air mata membasahi pipi bagaikan titisan hujan yang turun
membasahi bumi apabila Hawanis mendengar lafaz yang diucapkan. Hawanis tidak
tahu titisan air mata itu titisan kegembiraan atau kedukaan kerana itulah kali pertama
dia melihat lelaki yang kini sudah bergelar suaminya, Fadli Hisyam.
Anis tegur Fadli. Hawanis tersedar daripada lamunannya semasa majlis akad
nikah mereka. Pada ketika itu, Hawanis tidak ada sekelumit rasa cinta pada lelaki
43

yang dikawininya. Mereka tidak bercinta seperti pasangan-pasangan lain malah
tidak pernah kenal antara satu sama lain. Atas rasa hormat kepada orang tuanya,
Hawanis terpaksa akur dengan perkahwinan yang ditentukan oleh ibu dan ayahnya.
Itu semua, lima tahun yang lalu, sekarang Fadli adalah satu-satunya lelaki yang
dicintai, disayangi dan dihormati. Cintanya pada Fadli sedalam lautan yang
membiru. Segala suka duka, hujan ribut petir telah dilalui bersama. Hawanis
sanggup susah senang bersama suaminya.
Anis, tolong tunaikan permintaan abang. Fadli terus menyambung bicara. Abang
akan gembira kalau dapat tahu ada seseorang yang menggantikan abang untuk
menjaga Anis. Abang akan rasa tenang. Anis tunai permintaan abang ya sayang.
Pinta Fadli lagi lebih kepada memujuk Hawanis. Dengan berat hati Hawanis
mengangguk. Fadli mengukir seulas senyuman terhadap isterinya. Sekurang-
kurangnya dia tahu yang isterinya akan bahagia bersama orang lain sewaktu
ketiadaanya. Fadli menarik nafas lega kerana rahsianya juga tidak diketahui oleh
Hawanis.
Encik Fadli, kami sudah melakukan melakukan ujian sebanyak tiga kali ke atas
Encik Fadli. Hasil ujian X-Ray menunjukkan Encik Fadli menghidap kanser otak di
mana Encik Fadli berada di tahap keempat. kata Doktor Jamil, doktor yang
merawatnya pada ketika itu. Kata-kata Doktor Jamil membuatkan Fadli tersentak.
Itulah berita yang diterimanya lima bulan yang lalu. Fadli tidak memberitahu
sesiapa pun berkenaan perkara itu termasuklah Hawanis. Dia melakukan apa sahaja
yang dia boleh agar Hawanis tidak perasan akan penyakit yang dihadapinya. Fadli
sanggup membotakkan kepalanya kerana dia tahu, orang yang mengidap kanser
akan mengalami keguguran rambut yang serius. Jadi dia terus membotakkan kepala
44

agar Hawanis tidak mencurigainya. Setiap pagi, apabila mendapati mukanya
kelihatan pucat, dia akan menyalitkan bedak ke mukanya agar mukanya tidak terlalu
pucat. Segala kesakitan yang dihadapinya, Fadli tanggung seorang diri.
Bukan itu sahaja, sempena dengan bulan Ramadhan ini dia sanggup
mengambil cuti dari pejabatnya selama satu bulan. Kepada Hawanis dikatakan yang
dia mahu mempertingkatkan dan menumpukan perhatian amal ibadat. Memang
benar. Fadli sememangnya mahu mendekatkan diri kepada Penciptanya. Walau
bagaimanapun, Fadli juga mahu menyembunyikan kesakitan yang dialaminya. Sejak
akhir-akhir ini, dia sering berasa lemah, badannya sudah tidak sekuat dulu. Dia turut
merasakan kompilasi dan kesakitan dibahagian abdomen kiri. Kadang kala dia
merasakan terlalu sukar untuk bergerak, apatah lagi untuk berdiri. Semua itu Fadli
sembunyikan daripada Hawanis.
Tujuannya hanya satu, dia tidak mahu Hawanis merasa sedih. Dia tidak mahu
Hawanis menjadi susah kerana terpaksa menjaganya yang sakit. Walaupun dia tahu
yang Hawanis sanggup bersusah payah demi menjaganya, dia tidak tega melihat
insan kesayangannya menjadi susah dan penat kerana menjaganya siang dan
malam. Biarlah dia dalam keadaan macam ini. Asalkan Hawanis bahagia, Fadli juga
bahagia. Fadli terlalu sayangkan Hawanis. Bagi dia, Hawanis segala-galanya.
Hawanis merupakan temannya sewaktu semua orang benci akan dirinya. Hawanis
merupakan sahabat yang menemani tatkala, satu dunia memandang serong
terhadapnya.
Malam itu, bulan terus meninggi, tenggelam timbul dalam pintalan awan yang
membiru. Punguk di belakang rumah terus merintih, merindu bulan yang tinggi,
tetapi Si Punguk tidak pernah berputus asa, walau bulan semakin meninggi di awan,
45

Si Punguk menyelit di celah dahan, rintihnya tetap mendayu-dayu, serak suaranya,
perit rasa tekaknya. Bagi Fadli itu satu perjuangan. Seperti dirinya, dia juga sedang
berjuang untuk menulis puisi-puisi yang dapat memberikan mesej kepada
masyarakat. Berjuang untuk menterjemahkan ideanya dalam bentuk bait-bait kata
yang mudah untuk difahami.
Bagi Fadli, tujuan utama dia menulis puisi adalah untuk menyampaikan isi
hati atau pandangannya kepada masyarakat. Walaupun dia menggunakan kata-kata
atau madah-madah yang sukar difahami namun terdapat mesej tersirat yang mahu
disampaikan kepada pembacanya. Fadli tidak memandang mudah akan kualiti
bahasa yang digunakan malah dia amat menitikberatkan kualiti bahasa agar
pembaca dapat belajar sesuatu daripada lagu yang telah ditulisnya. Fadli bukannya
mengejar wang ringgit malah jauh sekali mengejar populariti. Dia cuma mahu
membentuk masyarakat menjadi insan yang bijak agar pengajaran daripada puisi
tersebut dapat dimanfaatkan.
Di suatu sudut dalam bilik utama, kelihatan Fadli sedang menunaikan solat
Asar, iaitu membaca tahiyat akhir. Dia memakai baju Melayu berwarna putih
pemberian isterinya. Dia takut sekiranya dia tidak sempat memakai baju pemberian
isterinya itu. Dia mahu isterinya tahu yang dia amat menghargai setiap pemberian
isterinya. Oleh sebab itu, dia memakai baju melayu itu agar isterinya berasa
dihargai. Usai menunaikan solat asar, Fadli berdoa ke hadrat Ilahi.
Ya Allah Ya Rabbi, tuhan sekalian makhluk dan seisi bumi, ampunkanlah dosaku
dan dosa isteriku. Pasrahkanlah aku dengan takdirmu. Sesungguhnya apa yang
telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buat ku kerana Engkau maha
mengetahui segala yang terbaik buat hamba Mu ini.
46


Seandainya telah engkau takdirkan malaikatmu datang mengambil nyawa
yang telah kau pinjamkan kepadaku, bawalah aku jauh dari pandangan isteriku,
luputkanlah aku dari ingatannya, dan peliharalah dia dari kekecewaan. Serta Ya
Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, berikanlah dia kekuatan, melontar
bayanganku jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar dia bahagia,
walaupun tanpa bersama dengan ku. Dan Ya Allah yang tercinta berilah isteriku
seorang pengganti diriku. Tumbuhkanlah kembali yang telah patah. Walaupun tidak
sama dengan diriku.
Ya Allah, cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku dan isteriku di
dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini. Selepas aku
tiada lagi sisi isteriku, jangan engkau biarkan dia sendirian, di dunia ini mahupun di
akhirat. Janganlah Engkau menjuruskan dia ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah dia penggantiku yang beriman. Supaya mereka bersama-sama
dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai dan kurniakanlah
padanya keturunan yang soleh. Amin.. Ya Rabbal Alamin. Fadli meraup mukanya
sambil mengelap air mata yang meleleh keluar dari matanya.
Dia mencuba untuk berdiri, namun secara tiba-tiba bahagian kiri kepalanya
berasa sakit. Fadli terduduk. Dia berasa seolah-olah hatinya dicucuk sesuatu.
Semakin lama rasa sakit itu semakin kuat sampaikan Fadli tidak berdaya untuk
duduk lalu terbaring di atas sejadah.
Abang! kedengaran suara Hawanis yang berlari-lari dari pintu utama menuju ke
bilik mereka. Dia membuka pintu bilik lalu ternampak akan suaminya yang terbaring
di atas sejadah. Dia duduk dihadapan Fadli dan memangku kepala suaminya.
47

Abang, kenapa abang tak bagi tahu Anis? Kenapa abang rahsiakan semua ini dari
Anis? Kenapa bang? Kenapa? soal Hawanis bertalu-talu. Air matanya mengalir
keluar bertalu-talu. Isteri mana yang tidak sedih melihat suami dalam keadaan
nazak. Dia menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak menyedari akan perubahan
suaminya. Rupanya suaminya mempunyai rahsia yang disimpan kemas dari
pengetahuan dirinya.

Abang tak nak tengok Anis nangis. Abang buat semua ni sebab abang
sayangkan Anis. Kata Fadli dengan terketar-ketar. Perlahan-lahan tangan Fadli
mengusap air mata Hawanis. Hawanis masih lagu menangis dengan teresak-esak.
Abang janganlah tinggalkan Anis. Anis tak sanggup kehilangan abang! kata
Hawanis dalam esak tangisnya.

Anis, abang kena pergi, Tuhan dah memanggil abang. Tiba masanya Anis
cari teman pengganti. Kata Fadli perlahan. Asyhaduallahilahailallah
waasyhaduanna muhamadarrasulullah. Semakin lama pandangan Fadli semakin
kabur. Matanya semakin lama semakin terpejam rapat.

Abang! Hawanis menggoyangkan tubuh Fadli. Abang bangun! Abang!!!
Walau apa pun yang dia lakukan, Fadli tetap tidak akan bangun. Fadli sudah pergi
buat selama-lamanya. Fadli sudah pergi meninggalkannya. Fadli sudah tidak ada
lagi untuk mengusap air matanya. Perlahan-lahan Hawanis mengucup dahi Ikram
buat kali yang terakhir
48


Muhammad Nurul Hafiz Bin Kamarudin
Aturan Jiwa Lazuardi
Ada budak complaint kat aku, kau tahan dia tanpa sebab. Dein angkat kepala
memandang Nita, Penolong Ketua Pelajar. Fail-fail markah Merit-Demerit disimpan
ke tempatnya kembali. Dia mematah-matahkan jari seketika. Lenguh.
Siapa? Avi?Nita mengangguk. Dia mengambil tempat di depan Dein yang sedang
menghirup secawan kopi. Bilik ni bilik pengawas. Tapi sekali tengok macam
teachers lounge dah. Siap ada Coffee maker segala. Nak buat macam mana dah
bilik ni berkongsi dengam bilik disiplin. Cikgu-cikgu disiplin pun duduk dekat bilik ni
jugak.
Mata dia warna coklat hari ni.datar suara Dein menjawab. Dia dah mengangkat
cawan ke sinki. Pili air dibuka.
Maksud kaucontact lens? kali ni Dein pula mengangguk. Bukan memang coklat
ke warna mata dia?Nita bertanya lagi.
Yelah, Tapi mata dia selama ni warna coklat biasa je. Tapi hari ni warna coklat
hazel!.Nita yang mendengar dah angkat kening.
Ooookay. I smell something fishy here. Nita tersengih-sengih memandang Dein.
Kantoi! Ketua Pelajar suka kat Avi. Hot news ni. Kejap lagi boleh canang kat orang
lain.
Apasal?
Caring nya kau pasal warna mata dia.
Apa kau merepek ni? Caring apa ni?
Taklah.. Aku rasa pelik lah pulak dalam banyak banyak orang, mata Avi jugak kau
perasan.
Mana ada. Dah dia pakai contact lens, aku perasan la mata dia.
49

Ok. Lets see. Cuba teka warna mata aku apa? Nita menutup matanya
menggunakan tangan. Dia melangkah ke belakang sedikit.

Hitam.
Tengok tu. Nampak lah kau suka Avi. Aku punya mata Dark Brown lah.Matanya
dibuka. Senyuman masih tak lekang dari bibir. Mengaku je lah, Dein.
Aku saja je. Malas nak tengok mata kau lama-lama. Dosa tengok perempuan
lama-lama ni.
Eleh.
Apa?
Tengok Avi boleh pulak.
Nita! jerit Dein pada Nita yang sudah melarikan diri ke luar bilik. Dein
menggelengkan kepada beberapa kali.

Name tag mana?soal Dein sebaik Avi melangkah masuk ke dalam pagar sekolah.
Baju baru. Ujar Avi selamba sebelum kakinya mula nak melangkah kembali.
Amboi, tiap-tiap hari kau pakai baju baru Nampak.
Dah kata orang kaya kan.
Whatever, Avia Insyirah. Nana. Ambik nama dia.arah Dien pada pengawas
tingkatan 2 yang turut bertugas menjaga pagar.
Kejap. Kejap. Kau pakai stoking adik kau ke? Avia yang baru mula nak menulis
namanya pada borang salah laku berhenti seketika. Dia memandang Dein.
Ha?Avia blur. Ni sejak bila pulak aku ada adik ni, yang dia memandai cakap pakai
stoking adik.
50

Pendek semacam.sambung Dein lagi. Kata orang kaya. Tak mampu ke nak beli
stoking panjang sikit.Dein memerli. Sinis.
Huh. Sibuk je.
Nana. Doublekan kesalahan dia.arah Dein lagi. Nana mengangguk laju. Avia dah
buat muka menyampah.

Eeee. Sakitnya hati aku. Dasar pengawas kerek. Blah la kau.mulut Avia
menyumpah-nyumpah sebaik masuk ke kelas awal pagi itu. Beg sekolah dilempar
ke atas meja. Kuat. Geram dengan Dein masih tak hilang lagi. Kalau nak tegur tu
tak boleh tegur elok-elok? Nak jugak sakitkan hati orang.
Apahal kau? Sekolah tak start lagi kau dah bising dah.Hana yang duduk
berhampiran Avia menegur.
Si Dein tu lah.
Hana yang sedang membuat latihan Bahasa Melayu yang tertangguh dah mendekati
Avia. Dia memang pantang dengar nama musuh nombor satunya tu. dein? Dia
cari pasal lagi dengan kau? Dengan aku pun sama.
Avia membuka buku latihan Bahasa Inggeris. Essay semalam tak siap lagi. Namun
mulutnya masih bertanya, Dia cakap apa kat kau?
Dia cakap,Hana, tudung kau singkat.Hana mengajuk cara percakapan Dein.
Avia meninggalkan buku essay kesayangannya dan mengelilingi Hana yang sudah
pun berdiri.
Singkat? Ok je aku tengok.
Tu lah apa yang aku cakap kat dia. Tapi dia tak dengar. Aku rasa kalau ada
pembaris panjang dekat situ, mau dia ukur dah berapa panjang tudung aku ni.
Dein tu betul-betul over lah. Ok. Fine. Dia hensem. Cerdik. Kalau bawak jumpa
mak bapak aku pun confirm diorang restu jadi menantu. Tapi tak perlu lah kan nak
51

over-over sangat. Orang lain pun jadi pengawas jugak, takde lah macam dia
tu.Avia berhenti sekejap telan liur.
Avia menyambung. Dia tu memang..
Selfish.Hana menyambung kata-kata Avia.
Annoying.Avia kembali menyun kata.
Gentleman.Masing-masing menoleh ke belakang. Siapa pulak yang kata Dein ni
gentle ni. Oh tidak. Dein! Habislah.
Kau dengar ke kitorang cakap apa Dein?Jasmin dah bertanya cuak.
Korang cakap apa?Hana dah tarik nafas lega. Dein melemparkan senyuman.
Tapi..eh, apsal bahu kiri korang senget?ujar Dein sebelum berlalu ke tempat
duduknya.
Bahu kiri kita senget ke Avi?Hana bertanya.
Dia tu peril kita je lah wei. Bahu kiri senget maksudnya, berat. Berat maksudnya
banyak dosa. Banyak dosa sebab kita mengumpat dia, faham.kali ni Jasmin
menjelaskan. Avia cuma diam. Dia memerhatikan Dein yang kini sedang berbual
dengan Arief, satu-satunya pengawas kelas diorang. Apa masalah dia sebenarnya?


Avia memerhatikan jam loceng di sebelahnya buat kali kedua. Gila! Dah lambat.
7.15? Untung dia cuti, kalau tak sah sah terbabas Subuh. Dia berlari menuju ke
almari. Mencapai baju sekolah yang sudah siap digosok. Baju kurung yang di ambil
dipakai.
Hari ni dah tak sempat nak mandi. Alah, balik karang boleh mandi. Gosok gigi? Tak
payah la, kejap lagi makan Dentyne habis cerita. Basuh muka? Kan dah pakai
bedak ni, mana ada orang tahu basuh muka ke tak, kan? Eee, serius pengotor, Avi!
Avi berlari tuirun ke bawah. Dia pergi ke ruang makan. Muka Mak Munah yang
sedang menghidang makanan dipandang.
52

Mak Munah kenapa tak kejut saya?Cara biasa jika bangun tidur lambat.
Menyalahkan orang lain.
La, Mak Munah ingatkan Avid dah bangun. Pukul 6 lagi Mak Munah dah ketuk-
ketuk bilik Avi.Avi tidak mengendahkan jawapan Mak Munah. Dia mencapai
sekeping roti, jus oren diminum sedikit. Beg sekolah digalas. Stoking dipakai.
Rambut diikat kuda. Pintu rumah dibuka.

Eh awal nya datang. Bagus. Punctual. Inilah ciri-ciri pelajar cemerlang. Patutnya
student lain kena ikut perangai kau. sapa Dein sinis sebaik Avi masuk ke pintu
pagar sekolah. Tanpa disuruh, Avia mencapai borang salah laku yang berada di
tangan pengawas yang bertugas sebelum mengisinya.
Nak buat macam mana jam loceng aku baru beli dekat Indonesia. Waktu pun ikut
waktu dekat sana. Lupa nak tukar. Itu yang terlebih awal tu.
Heh, ikut waktu dekat Indonesia konon. Cakap je lah jam kau yang takde bateri.
Itulah, kaya-kaya bukan nak beli bateri sibuk duk beli benda tak berfaedah, Avia
jeling Dein. Pagi-pagi nak buat aku panas nampak, brader?.
Kau ni kalau sehari tak cari pasal dengan aku tak sah kan?tanya Avi.
And kau ni kalau sehari tak buat kesalahan tak sah kan?balas Dein. Avi diam.
Dengan budak ni memang dia tak dapat nak lawan cakap. Ada je modal mulut tu
nak membalas.
Dah. Aku dah siap tulis. Ada apa-apa lagi kesalahan aku yang kau dapat kesan,
Dein?
Hmm, aku rasa takde dah kot. Eh kejap-kejap, cantik jam. Baru beli dekat
Indonesia jugak ke?Dein memandang jam di pergelangan tangan Avia.
Indonesia? Please, jami ni imported from Paris tahu? Guess. Limited Edition.Avia
senyum bangga. Sengaja dia mengusap-ngusap jam tangannya.
53

Wow, limited edition. Oh my god. I am sooooo jealous.sengaja Dein buat nada
teruja. Senyum Avia mati. Ni mesti ada benda yang dia tak puas hati dengan jam
aku ni.
Nurul Avia Insyirah. Aku rasa kau dah terlupa satu peraturan sekolah kita.suara
Dein kembali serius.
Peraturan apa?soal Avia. Dein ni dah hafal satu buku peraturan sekolah ke?
Semua peraturan dia ingat. Melampau!
Jam tangan yang dibenarkan di sekolah hanyalah jam tangan plain. Berwarna tidak
menonjol. Dan tidak mempunya corak yang berlebihan. Apatah lagi berbentuk
seperti bracelet.
It is not a bracelet. It is watch!:tegas Avia.
But it looks like a bracelet.
God!Avia meraup muka. Sekolah ni yang terlebih strict atau budak depan aku ni
yang terlebih disiplin?
Habis tu kau nak buat apa? Rampas jam aku ni?Avia memandang Dein tajam.
Tak. Aku takkan ambik jam kau tu. Sebab ni baru first time. Aku baru bagi
amaran.Avia menarik nafas. Sedikit lega. Kalau Dein rampas jam ni, memang aku
akan bagi free kick dekat dia. Suka suka nak rampas jam orang. Dah la jam ni aku
tak show off lagi dekat Hana and the geng semua tu. Jam baru ni!
Jangan lega sangat Avi. Nama kau still kena ambik. Demerit kau still makin
bertambah.Dein lempar senyuman maut.
Mana aci macam tu. Aku tak tahu pun pasal peraturan merepek pasal corak-corak
jam semua ni. Kau mana boleh nak amik nama aku, nak tambah demerit aku. Kau
patut bagi warning je lah.
Ooooh, tak tahu? Habis buku peraturan sekolah yang kau dapat waktu mula-mula
masuk sekolah ni kau campak mana? Nampak sangat kau tak baca.
54

Avia ketap bibir. See? Memang dia takkan menang lawan cakap dengan Dein ni.
Hai, nampaknya dia kena siap sedialah buat kerja amal sampai pengsan nanti untuk
turunkan demerit.


Dein melihat jamnya lagi. Dah pukul 7.25 pagi. Hari ni hari Isnin. Ada perhimpunan
pagi dekat tapak perhimpunan. Perhimpunan start pukul 7.20. Mana Avi ni? Tak
datang ke? Biasa dah datang waktu-waktu macam ni. Dia demam ke? Selalu Avi tu
jarang tak datang sekolah.
Abang Dein tggu Kak Avia ke? Suzana pengawas tingkatan 3 yang bertugas
memandang Ketua Pengawas di sebelahnya yang dari tadi melihat jam.
Eh mana ada. Awak ni. Pandai-pandai je. Dein cuba berdalih. Ish. Mana boleh
kantoi dengan budak lain. Malu. Malu!
Kak Avia baru je lalu kejap tadi, Abang Dein. Lagipun Kak Avia dah pakai
tudung.suara Suzana bertukar gembira sedikit. Dein memandang Suzana.
Awak biar betul?
Betul. Cantik sangat Kak Avia pakai tudung. Saya rasa sebab tu lah kot Abang
Dein tak perasan.Suzana sengih.
Dia pergi hala ke mana?
Tapak perhimpunan lah. Kan hari ni hari Isnin.jawab Suzana.
Abang Dein nak pergi mana tu?Tanya Suzana apabila melihat Dein sudah berkira-
kira hendak pergi. Selalunya Ketua Pengawas tu akan pantau pengawas lain
bertugas dekat pagar hingga pukul 7.40 pagi.
Err, abang ingat nak masuk perhimpunan dulu lah. Ada hal.


55

Avia bukak peti surat. Sampul putih itu diambil. Dibelek-belek dua tiga kali. Tiada
setem. Cuma nama dia sahaja yang terdapat di sampul itu. Siapa pulak yang
hantar ni?
Dia menutup pintu bilik.
Dibuka sampul itu. Satu kepingan puzzle. Dahi berkerut. Siapa pula ni nak main
puzzle-puzzle dengan aku ni. Apa ingat aku ada masa sangat ke nak melayan
puzzle ni. Dah la sekeping. Itu pun warna hitam pekat. Kalau banyak boleh juga
aku menguji minda, siapkan puzzle. Ni kalau sekeping jadi ape je. Kepingan puzzle
itu diletak dalam laci.


Avi, surat.Sampul surat dihulur abang kesayangan, Abang Long.
Ni siapa bagi ni?sampul surat itu bertukar tangan.
Abang Longlah yang tengah bagi ni, see? Sebab tu dia sayang gila dekat Abang
Long.
Kepingan puzzle lagi. Dia berlari menuju ke dalam bilik. Mengharap agar sekurang-
kurangnya dua kepingan puzzle yang diperolehi dapat membantu dia menyelesaikan
apa yang cuba disampaikan oleh si penghantar surat.


Kali ni dah masuk hari ke-37. Hari ni jugak dah 37 kepingan puzzle dia dapat.
Semua dia lambakkan dalam laci.
Avia tarik laci. Dia mencurah isi laci itu ke atas lantai. Dia duduk bersila. Ok, jom
kita main puzzle.
Ditenung puzzle yang sudah suku siap itu. Kemudia dia senyum sendiri. Tiap kali
dia tengok puzzle yang terbengkalai itu dia akan senyum. Perkataan WILL yang
berjaya dicantum itu sudah membuatkan hatinya berbunga-bunga.
56

Dia jadi teringat babak-babak dalam novel ataupun movie cinta. Ala, kan biasa.
Apa lagi ayat kalau dah mula dengan perkataan Will? Mesti lah Will you marry me
kan? Heh. Tak payah tunggu kepingan puzzle yang lain pun dia dah tahu. Tipikal.
So, agak-agak siapalah lelaki yang sanggup kirim satu keping puzzle tiap-tiap hari ni
eh? Diimbas kembali satu persatu nama lelaki yang pernah dia minat.

Sah! Will.I.Am. Ini tak lawak. Siapa-siapa yang dia bagi puzzle ni memang fail
dalam buat lawak. Dia tak tahu ke yang aku ni punyalah berharap ada orang
romantic melamar dia through puzzle. Tak ke sweet? Nanti dia tua-tua boleh la dia
cerita dekat anak cucu.
Atuk korang dulu lamar nenek guna puzzle. Dia tulis Will You Marry Me gitu.
Korang ada?
Takkanlah nak cakap.
Atuk korang dulu hantar puzzle kat nenek. Dia tulis Will.I.Am gitu. Sweet kan dia?
Tahu artis favourite nenek.Tak romantik langsung ok.
Ketukan di pintu menghentikan lamunan. Abang long mincul dengan baju Melayu.
Hari ni hari Jumaat. Jam pun dah nak dekat pukul 3. Baru balik sembahyang
jumaat la tu.
Kenapa?
Ada surat.
Lagi? Abang Long angguk.
Bukan ke orang dah ambik semua surat tadi? Abang Long angkat bahu. Tanda tak
tahu.
Avia seperti biasa, membuka surat itu dengan tergesa-gesa. Puzzle lagi ke? Tapi
puzzle yang ni kan dah siap. Surat itu ditulis tangan. Kemas.
Kepada : Avia Insyirah
Daripada : Dein Asyraaf
57

Ingat tak waktu sekolah dulu kau ada tampal gambar Will.I.Am atas meja? Aku pelik
jugak. Apa punya taste kau ada. Dalam banyak-banyak ahli Black Eyed Peas,
Will.I.Am jugak kau minat. Tapi tak apa lah. Aku hormat citarasa kau tu. And aku
anggap kau suka Will.I.Am. hari tu bila aku pergi jalan-jalan, aku terjumpa puzzle
tulis Will.I.Am. aku terus ingat kau. See? Baik tak aku? Aku pun decide nak bagi
puzzle ni kat kau. Tapi aku ni tak ada lah bosan sangat. Nak kasi direct macam tu
je. Tak thrill lah.
Aku hantar satu hari satu keping. Kau jangan nak terharu lebih pulak. Sebenarnya,
aku tak ada lah tak ada kerja sangat nak datang rumah kau sorok-sorok, lepas tu
seludup masuk dalam peti surat rumah kau. Lawyer macam aku mana ada masa
nak buat kerja kebudak-budakan macam tu. Ehem. Aku bagi satu puzzle ni dekat
jiran kau. Aku bagi dia satu bungkus envelop putih yang dah tulis nama kau. Tugas
jiran kau cuma perlu ambik satu keeping puzzle, letak dalam envelop, letak dalam
peti surat. Mula-mula memang lah dia tak nak. Tapi, ni Dein lah. Pandai lah aku
guna kata-kata manis aku ni dekat dia sikit. Then, dia setuju. Tengok? Mana ada
kebudak-budakan cara aku.
Well, aku dengar dari jiran kau tu. Bila dah siap puzzle ke-37 dia hantar, dia kata
kau tak habis-habis senyum sorang-sorang. Jadi aku nak tanya kau sekarang ni, kau
tak pernah anggap yang aku nak kasi puzzle ala-ala romantik macam tu kan. Kau
tak harap maksud sebenar puzzle tu tulis Will You Marry Me; kan?
Tiba-tiba Avia rasa darah menyerbu ke muka.
Come on lah Avi. Aku ni tak ada lah romantik macam tu. Aku kalau nak melamar
perempuan yang aku suka takkan guna puzzle. Orang lain maybe anggap sweet.
Tapi aku rasa pengecut. Nak sangat kahwin perempuan tu, jumpa mak ayah la woi!
Apa kelas der main hantar puzzle. Perkahwinan ni bukan macam puzzle. Tapi
tanggungjawab. So, Will You Marry Me?
Eh? Maksud aku eeeehhhhhhhh? Dia cakap melamar guna puzzle pengecut dah tu
melamar guna surat tak pengecut pulak ke?
Tak. Melamar guna surat bukan pengecut. Itu ada cara paling cool. Sebab bagi
aku puzzle tu permainan. Tapi surat tu bukan. Surat tu lambang keikhlasan.
58

Berapa orang je yang tulis surat kat kau sekarang ni? Tak ada kan? Aku sorang je
kan? Tu lah lambang keikhlasan sebenar.
Banyaklah dia punya keikhlasan. Apa-apa pun. Alhamdulillah. Kenapa? Sebab doa
aku dah termakbul. Terima kasih Ya Allah. Mata Avia sempat membaca nota kaki
di bawah surat itu.
P/S: Kau jangan pulak pergi serbu rumah jiran-jiran kau tanya siapa yang tolong aku
sebab orang tolong aku tu bukan jiran rumah kau. Tapi jiran bilik kau. Thanks to
him.
Avia kerut dahi seketika. Jiran bilik? Kalau jiran bilik tak lain tak bukan.Abang
Long!!
Avi! Jangan turun ruang tamu.Abang Long bukak pintu bilik tiba-tiba. Riak muka
nampak gelisah.
Kenapa?Avia yang pada mulanya ingin memarahi Abang Long terus melupakan
hasratnya. Wajah gelisah abangnya itu lebih mengundang rasa kurang senang.
Ada orang datang rumah kita. Nak jumpa mama dengan abah.
Siapa? Aku dah jadi risau pencuri ke? Penagih dadah? Habislah aku. Macam
mana ni Abang Long?
Dein and his family.









59

Nasyirin Fadilah Binti Mohd Yassin
Malaikat Kecil
Tik...tiktik...bunyi hujan di atas genting gumamku sambil memandang rintik
hujan yang turun semakin deras. Ya, nampaknya 2 tahun ini negeri Jamrud
Khatulistiwa akan dilimpahi hujan tiada henti. Sesekali aku menjengah keluar
jendela, udara dingin menyergap, menyelimutiku hingga terasa ke dasar ketulang-
temulangku. Keheningan di petang ini menambah suasana senja yang semakin
menjingga. Namun, tiba-tiba saja aku dikejutkan dengan suara petir yang
menghentakkan keheninganku. Lamunanku terhenti sekali gus mengembalikan
mindaku ke alam sedar.

Petang ini, seharusnya aku sudah berada di Pondok Al-Madani tempatku
berkhidmat kepada mereka yang memerlukan. Meskipun hanya sekadar ilmu yang
dapat kuberikan kepada mereka, bukan harta mahupun takhta hatiku tenang dan
gembira di sana. Ketika melihat suasana yang riuh dengan suara hujan dan petir
yang kian merenggut hati, sedikit kebimbangan ketika mulai mengorak langkah.
Sepanjang jalan, kelihatan takungan air yang menggenang bekas laluan kenderaan
berat yang melaluinya. Keraguanku semakin memuncak tatkala terdengar guruh dan
petir disertai cahayanya yang gemerlap menyambar pohon-pohon tinggi di depan
tempat ku berteduh. Tapi, kufikir, mereka di sana lebih memerlukanku. Delapan
kakiku melewati takungan air hujan di lorong-lorong kecil pinggir kota ini. Seekor
anak kucing memikat pandanganku. Kelibatnya seakan-seakan meminta satu
pertolongan. Tangkai hatiku sedikit tersentuh. Dia kupindahkan ke tempat yang lebih
selamat daripada ancaman yang tidak tahu arah hadirnya.

60

Jauh di hadapanku tersergam indah sebuah bangunan tersergam indah.
Pondok Al-Madani. Pondok kebanggaanku.

greeeeeek.. terdengar suara pintu pagar di buka.

Muncul sosok tubuh anak kecil keluar rumah. Satu dari sepuluh malaikat
kecilku. Dipeluknya aku. Dengan tatapan penuh bahagia, ia memberikanku sebuah
senyuman terindah. Ditempat ini aku berasa benar-benar bahagia. Bahagia yang tak
terungkap. Bahagia melihat mereka memperoleh apa yang seharusnya mereka
peroleh. Bahagia kerana terasa bermakna untuk mereka dan bahagia kerana
kekosongan hidupku mulai terisi kembali. Oh, bahagia yang tidak harus dimungkiri !

Aku biasa dipanggil Ana. Aku mahasiswi disalah satu Institut Pengajian Tinggi
di Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Nasibku tidak begitu baik waktu ini, ibarat kais
pagi makan pagi kais petang makan petang. Begitulah peritnya hidup di kota
metropolitan ini. Segala jenis pekerjaan telah cuba aku mohon namun jawapannya
tetap sama.

Macam mana encik, adakah saya diterima bekerja di sini? tanyaku setelah
selesai sesi temu duga. Berdebar-debar rasa hati menunggu keputusan
memang tak dapat aku sembunyikan ketika itu.
Saya tak dapat nak umumkan keputusan temu duga sekarang. Diharap cik
bersabar, tunggu saja maklum balas daripada pihak kami. Kalau ada rezeki,
insya-Allah cik akan dipanggil, maklum salah seorang panel temuduga di
situ. Tanpa berbicara banyak, mereka menekan butang intercom memanggil
calon temu duga seterusnya.

61

Aku mula dihambat resah, rata-rata teman sekuliah beranggapan aku ini
sekadar penganggur bertauliah. Kepastian yang tiada keyakinan menyebabkan aku
benar-benar meluat dengan sistem pengambilan pekerja ini. Birokrasi!

Namun segalanya berubah, setelah berbulan-bulan menganggur, aku
mengambil keputusan untuk pulang ke tempat asalku di Pondok Al-Madani dengan
harapan dapat mengabdikan diriku untuk mereka kerana aku juga seperti mereka.
Perubahan yang terjadi dalam hidupku menzahirkan kesan yang positif pada diriku.
Aku mula menanam matlamat dan tujuan hidup. Tak pernah sesekali aku sesali
ketika aku harus melalui takungan-takungan air yang kotor. Menelusuri lorong-lorong
sepi yang gelap. Kadang-kadang, pernah juga terlintas di benakku, perasaan ragu
untuk meneruskan semua ini. Tapi inilah jalan yang telah aku pilih sendiri, bukan
sesiapa memaksaku. Alah bisa tegal biasa adalah kata-kata yang paling mujarab
sebagai pendorongku. Menganggap semua pengalaman melalui hari-hari itu sebagai
perkara biasa membuatku lebih tabah dalam menghadapinya.

Adanya mereka menjadikan aku lebih kuat. Aku jatuh cinta pada mereka.
Pada kenakalan, kejujuran, senda-tawa, kerja keras dan pada usaha mereka untuk
terus maju. Tidak jemu rasanya aku memandang mereka setelah penat
menyampaikan pelajaran. Mereka seolah-olah tidak pernah tidur dan kelihatan
wajah-wajah polos itu cukup menenangkan. Wajah-wajah yang sepatutnya merasa
akan indahnya hidup dengan balutan rasa aman dan tenteram. Setidak-tidaknya,
wujud insan yang masih merasakan keadilan perlu untuk semua terutamnya insan
seperti mereka.

Kulewati hari-hariku bersama mereka. Suka-duka dikongsi bersama. Aku
ibarat kakak dan juga ibu bagi mereka. Begitu bangganya saat mereka
memanggilku ibu. Serasa melayang-layang tubuhku di udara. Sejak saat itu
kutekadkan dalam hati selagi hidupku berbaki akan kuabadikan baktiku pada
mereka.
62

************
Kenapa boleh jadi macam ni ustaz? Apa akan jadi pada nasib anak-anak
pondok ini nanti ustaz, pasti mereka sedih kalau tahu tentang perkara ini,
luah Ustaz Kamil memulakan bicara.
Betul ustaz, apa hak mereka nak ambil tanah pondok ni. Dah lebih 30 tahun
sekolah ni dibina, kenapa baru sekarang perkara ni dibangkitkan. Saya betul-
betul terkejut dengan berita ni, bantah Ustaz Amil sejurus mendengar luahan
Ustaz Kamil tadi. Masing-masing bingung dengan situasi yang sedang
dihadapi.
Sebenarnya mereka ada hak untuk ambil balik tanah ni. Sudah lama saya
rahsiakan perkara ini daripada pengetahuan kamu semua. Hanya saya dan
Ustaz Firdaus sahaja yang mengetahui tentang hal yang sebenar. Saya
sendiri masih terkejut dan tidak sangka perkara sebegini akan berlaku,
kedengaran suara sedih di hujung kata-kata Ustaz Ahad.
Saya minta diri dahulu, ada urusan yang perlu diselesaikan. Nanti saya akan
adakan mesyuarat untuk bincangkan hal ini lebih lanjut. Assalamualaikum
Waalaikumussalam, serentak dijawab Ustaz Amil dan Ustaz Kamil.

Terasa longlai lutut kakiku sejurus terdengar perbualan tadi. Tanah pondok
akan diambil? Siapakah yang bertanggungjawab atas semua ini? getusku dalam
hati. Terlalu banyak persoalan yang tidak terjawab berlegar-legar diruangan fikiranku
satu persatu. Sungguh. Berita tersebut membawa rintih pedih buat aku yang
mengerti makna kehilangan ini.

Ya Allah, Ana. Kenapa duduk DI sini? Ana sakit? sapa seorang wanita dari
belakang.
Tak ada apa-apa Ummi. Ana okey je kataku sambil berpaling ke belakang.
63

Baguslah, ummi ingat Ana sakit. Yalah, tiba-tiba duduk tepi pejabat ini, aku
sekadar tersenyum mendengar telahan Ummi Matuz. Dia sangat mengambil
berat tentangku sejak mula aku menjejakkan kaki ke pondok ini. Dia sudah
pun aku anggap seperti ibu kandungku sendiri.

Walaupun sudah berhari-hari berlalu. Perbualan ustaz-ustaz tempoh hari
masih lagi mengganggu fikiranku. Andai aku dapat membantu, pastinya perkara ini
sudah selesai, tapi apa yang patut aku lakukan. Patutkah aku minta tolong pada Pak
Long atau Pak Ngah? Tak boleh!! Hatiku menidakkan. Pasti ada cara lain yang
boleh aku lakukan. Insya-Allah aku akan cuba apa yang termampu.
**********
Tuan muda tak boleh buat macam ni sesuka hati ujar Encik Ikram.
Suka hati akulah, aku ada hak lagi pun arwah papa dah bagi amanat tu
pada aku. Apa lagi kau mahu? kata Tuan Muda Adam tidak berpuas hati.
Tapi tuan muda, tanah pondok Al-Madani tu Dato Azlan sudah asaskan
lebih 30 tahun seusia dengan usia tuan muda sekarang. Hasrat Dato untuk
membantu anak-anak yatim tersebut dengan memberi tempat perlindungan
dan pendidikan dunia akhirat kepada mereka cukup terpuji. Maka, kalau tuan
muda rampas tanah itu dari mereka, apa lagi yang ada pada mereka. Saya
harap tuan muda fikir perkara ini dalam-dalam sebelum buat keputusan.
Pujuk peguam muda itu walaupun dia tahu pujukannya itu hanya sia-sia ibarat
merenjis air ke daun keladi.
Ahhh! Kau siapa nak nasihat aku? Banyak pihak yang akan untung bila aku
bina pusat beli belah tu nanti. Tempat tu akan jadi tumpuan ramai dan ramai
orang akan dapat manfaat daripadanya. Jadi, tak salah rasanya aku ambil
balik tanah tu. Ujar Tuan Muda Adam dalam nada angkuh.

Lain benar sikap anak tunggal Dato Azlan ni dengan bapanya. Semasa hayat
Dato Azlan, beliau sangat pemurah dan baik hati. Pantang sahaja orang datang
64

minta bantuan daripadanya pasti segera beliau hulurkan bantuan. Sejak pemergian
arwah, banyak perubahan berlaku pada syarikat dan harta-harta milik arwah Dato
Azlan. Benarlah kata orang, iman seseorang memang tidak dapat diwarisi. Anak
ustaz sekalipun, kita tidak boleh katakan anaknya akan ikut jejak bapanya. Begitulah
resam dunia akhir zaman ini.

Suasana di pondok hari itu tidak seperti biasa. Hening, tiada nada-nada
keriangan seperti selalu. Mia masih di birai jendela. Masih bermenung melihat jalan
raya yang sunyi. Wajah anak comel ini tidak lagi mencerminkan ria. Di balik kelopak
mata ada kalanya terlihat sinar jernih. Aku mula menghampiri anak kecil itu
perlahan-lahan.

Mia, kenapa Mia duduk sini seorang diri. Kenapa tak turun bermain dengan
kawan-kawan? soalku memulakan bicara.
Ibu, betul ke ada orang nak ambik rumah Mia ni? Mia nak tinggal di mana
nanti? Mia sayang rumah Mia. Ibu, tolonglah cakap pada orang itu jangan
ambil rumah Mia, Mia merayu-rayu minta aku membantunya.

Tak terbayang rasanya melihat anak sekecil itu hidup dalam kesusahan di
luar sana. Sudahlah tiada ibu bapa, inikan pondok tempat dia dibesarkan pun ingin
diambil orang. Aku segera memeluk Mia cuba mententeramkan anak itu. Butir-butir
jernih mula mengalir di wajah Mia.
*********
Ustaz, apa makna semuanya ini? Kenapa baru sekarang tuan tanah itu nak
ambil balik tanah pondok ini pada hal tanah ini sudah diwakafkan khas untuk
pembinaan pondok ini 30 tahun dulu, aku menunggu reaksi balas daripada
Ustaz Ahad, ketua pondok Al-Madani.
65

Ya, saya tahu tapi kamu tahulah apa maknanya ini. Sambil menunjukkan
sepucuk surat yang sudah pun aku agak kandungannya. Ustaz meninggalkan
aku dan terus ke bilik mesyuarat.
Assalamualaikum, syukur alhamdulillah kita ucapkan kepada Allah
subhanahu wataala kerana kehadiran para muallim sekalian di sini adalah
untuk menyelamatkan pendidikan di pondok Islam pertama di tanah Naning
ini. Sekolah yang dibina atas dasar budi pekerti demi tegaknya akhlakul
karimah, akhlak yang baik. Namun demikian, seperti yang anda semua sedia
maklum tanah pondok ini akan diambil semula oleh tuan tanahnya. Saya
sudah pun cuba berbincang dengan tuan tanah tapi masih gagal mencapai
kata sepakat. Sebaiknya, semua ini kita terima dengan hati yang ikhlas dan
....

Dan ketika baru aku tersedar, aku harus segera bersuara

Sabarlah dulu Ustaz, takkan tiada cara lain yang boleh kita lakukan untuk
dapatkan semula tanah ini. Kita masih ada masa dua bulan lagi untuk
mengumpul duit bagi dapatkan semula tanah pondok kebanggaan kita ini.
Pondok ini sudah melahirkan ramai hafiz dan hafizah yang berjaya, tidakkah
ustaz sayang melepaskan pondok ini kepada mereka begitu sahaja. Kita tak
boleh duduk diam dan menunggu masa pondok ini dirobohkan, celahku
sebelum sempat ustaz menghabiskan kata-katanya.

Tidak sanggup rasanya aku mendengar butir-butir kata seterusnya, jiwaku
hampir meledak menahan kesal dengan berita itu. Aku berlalu pergi menenangkan
perasaanku sambil dikejar Ummi Mutaz dari belakang.

Anaaa...anaaa. Sabarlah Ana. Semua ini mungkin takdir yang harus kita
terima dengan hati yang terbuka. Teriak Kak Mutaz dari jauh.
66


Dalam hati yang walang seperti ini, apa-apa sahaja ungkapan sukar
mengubat hati. Dari dalam bilik mesyuarat, perjumpaan itu masih diteruskan. Tiba-
tiba, Ustaz Kamil bangun untuk menyatakan pendapatnya.

Saya fikir kita tak patut berputus asa begitu sahaja, betul juga kata-kata Ana
tadi kita tak boleh duduk diam dan tengok sahaja apa yang akan terjadi. Kita
mesti membuat sesuatu. Apa kata muallim-muallim sekalian? tegas Ustaz
Kamil menyatakan buah fikirannya.

Bilik mesyuarat senyap seketika dan tidak berapa lama kemudian masing-
masing menunjukkan reaksi positif tanda bersetuju dengan kata-kata Ustaz Kamil
tadi.

Apa kata kalau kita sediakan tabung untuk dapatkan dana dari luar. Kita
boleh jual buku-buku agama untuk penuhkan tabung tersebut. Semua pihak
akan turut sama terlibat. Kita harus bertindak segera untuk pastikan kita dapat
mengumpul dana secukupnya, bangun seorang wanita berwajah manis
lingkungan awal 50-an dengan tahi lalat di dagu memberikan pendapat.

Warga dewan sebulat suara menyatakan persetujuan mereka. Keputusan itu
menghadiahkan senyuman bahagia di wajahku dan senyum itu akan berganti-ganti
dengan banyak perkara menemani hari-hari yang akan datang, hari-hari yang
terindah yang tidak akan sesekali dilupakan.

**********
67

Jam sudah menunjukkan 5.00 pagi, aku bergegas ke bilik air untuk
membersihkan diri. Sebentar lagi azan Subuh akan berkumandang . Ketika imam
mengalunkan ayat-ayat suci kalamullah terasa begitu syahdu sekali. Alangkah
bahagianya hati ini andai dapat menghafaz Al-Quran. Sudah menjadi kebiasaan, aku
tidak kekok untuk mengaji bersama anak-anak ini, dalam pada masa yang sama aku
akan cuba mempertingkatkan hafalanku. Seusai kuliah subuh, kami akan berangkat
ke tempat-tempat yang telah ditetapkan.

Assalamualaikum encik. Saya dari Pondok Al-Madani ada menjual kitab Al-
Quran dan buku-buku agama. Harap encik sudi membantu, dana daripada
hasil jualan ini nanti akan disalurkan kepada tabung Pondok Al-Madani, ujar
Mia dengan penuh semangat untuk mempromosikan kitab-kitab dan buku-
buku agama kepada pelanggan yang lalu lalang di situ. Begitu besarnya
pengorbanan anak-anak ini, bersungguh-sungguh benar dia ingin membantu
mendapatkan semula pondok kesayangannya.

Adik buat apa di sini, adik tidak pergi sekolahkah? Soal seorang pemuda
berwajah putih kemerah-merahan tersenyum sambil menampakkan barisan
giginya yang teratur.

Kami belajar di Pondok Al-Madani, baru-baru ini ada musibah yang melanda
pondok kami dan kami di sini adalah untuk membantu apa yang terdaya.
Pondok seperti kami tidak seperti sekolah-sekolah lain, kami tidak diajar
dengan subjek-subjek akademik cuma kami perlu menghafal 30 Juz Al-Quran
untuk menjadi hafiz dan hafizah, Terang Mia kepada pemuda berkenaan
bagi membetulkan prasangka terhadap anak-anak pondok di situ.
Oh, minta maaf tapi tak sangka anak-anak sekecil ini sudah faham erti
pengorbanan, balas pemuda berkenaan dalam nada kagum.

68

Setelah menghulurkan not rm10 kepada Mia dan bertukar dengan barang
yang dibeli, pemuda tersebut pun berlalu pergi dengan meninggalkan rasa keinsafan
dalam dirinya melihat pengorbanan anak-anak sekecil itu.

Mendung menabiri siang. Mengulit semua kenangan silam yang bermain di
fikiran. Mia menghela nafas yang berat. Sesekali dia menggaru kepalanya yang
tidak gatal melihat kerenah manusia yang pelbagai lalu lalang di hadapannya. Dalam
kelekaan melihat orang ramai yang lalu lalang di situ, habis bertaburan kertas-kertas
di tangannya di atas jalan. Terkocoh-kocoh dia mengutip dan menyusun semula
kertas-kertas tersebut. Tanpa dia sedari, sebuah kereta mengundur dengan laju dan
melanggar badan Mia. Mia kini terpelosok di bawah kereta dengan kepala dan
tangannya cedera parah. Pemandu kereta tersebut keluar dan menggigil melihat
keadaan Mia. Suasana menjadi tegang, orang ramai mulai berpusu-pusu datang
untuk melihat apa yang berlaku. Hanya tinggal beberapa helai kertas lagi perlu Mia
kutip. Namun, ajalnya sudah disuratkan takdir. Ustaz Kamal yang menyampaikan
berita duka ini berlalu dengan hati yang pedih. Kerana takdir itu, aku kehilangan
seorang malaikat kecilku yang dulunya pernah mengisi ruang hatiku. Bukan
sementara tetapi untuk selamanya bersama kembali kepada Maha Pencipta. Kerana
takdir itu, tangisan ini akan terus mengisi ruang hati. Sayangnya aku kepada Mia
tiada tara dan gantinya.

Ana, kerana takdir itu relakan Mia pergi dengan aman dan tenang. Relakan
ia bersemadi bersama merdu alunan doa dan kalam suci Allah yang pernah
ummi ajarkan kepada Ana dahulu. Relakan segalanya dalam bahagia. Ana,
Mia sentiasa ada bersamamu. Di sini, Bicara Ummi Mutaz mematikan
lamunan dan air mata.

Genap setahun pemergian Mia. Mia terkorban demi menyelamatkan pondok
dan kami semua. Kerana takdir itu, aku masih di sini. Di pondok kebanggaanku.

69

Nik Noradila Binti Zakaria

Putih, Merah Dibumi Eropah

Nukilan yang bertarikh 1/3/1989 oleh seorang bapa yang sangat mencintai puterinya
kepada seorang lelaki yang bakal menjadi imam anaknya telah lama terpahat indah
di belakang gambar perkahwinan arwah ayah dan ibu. Sehingga aku lupa, telah
berapa ratus kali aku ulang membacanya. Rangkap demi rangkap, kata demi kata
yang indah membentuk sebuah puisi telah ku hadam semenjak umurku 5 tahun,
lebih tepat lagi semenjak aku pandai membaca. Ironinya diwaktu kecilku itu, aku
masih tidak faham akan maksud disebalik bait-bait kata itu namun lancar sahaja
bibirku mengalunkan baris demi baris pesona ayat tersebut. Tidak kutahu mengapa
aku terlalu suka sekali membaca puisi atok untuk ayah. Setiap kali aku
membacanya pasti aku akan merindui kedua orang tuaku yang tidak pernah kutemu,
hanya gambar-gambar lama menjadi pengubat rindu atau kadang-kadang
mengundang sendu.

Aku tidak pernah merasa bagaimana mempunyai seorang ayah dan ibu
namun pastinya amat membahagiakan jika aku punya keduanya. Takdir telah
tertulis aku menjadi yatim piatu semenjak tangisan pertamaku bergema menjengah
dunia namun tidak sedikit pun kekesali suratan takdir dari Illahi meskipun aku
terpaksa berperang dengan gelodak perasaan ku setiap kali ibu bapa rakan-rakan
hadir di majlis anugerah cemerlang mereka, hari sukan sekolah dan hari-hari
penting sebagai seorang pelajar. Aku? Aku hanya ditemani oleh mak Mah dan Pak
Din. Kedua orang tua yang tidak pernah ku anggap sebagai orang gaji di rumah ini
tetapi lebih daripada itu, merekalah yang banyak menabur bakti dan budi serta kasih
yang tidak bertepi untuk anak ini. Anak yang tidak pernah mengenali erti kasih dan
sayang. Pada merekalah aku menumpang secebis simpati dan perhatian melalui
hari-hari yang dibayangi puan besar

Zara!!! Zara!! Where are you? Suara lantang puan besar itu mengejutkan
lamunan ku, pantas ku seka air mata dan menyimpan gambar-gambar arwah ayah
70

dan ibu di dalam laci. Kubuka pintu bilik, terpancul wajah wanita itu, garang, tiada
sebaris senyuman, umpama singa lapar yang akan menerkamku bila-bila masa
sahaja. Aku melihatnya tanpa perasaan, selamba mempamerkan muka yang amat
dibencinya. Kau ingat kau raja dalam rumah ni?? Bersenang-lenang dalam bilik je?
pertanya sinis itu tidak ku hirau, sudah menjadi makananku sehari-hari. Zara dah
siapakan semua kerja, puan. Dari mencuci stor sampailah ke basuh pinggan, gosok
baju, vacuum ruang tamu dan cuci toilet. Semua dah beres, sekarang masa untuk
Zara buat kerja sekolah, Gud night puan kata ku selamba kepadanya. Laju dan
lancar sahaja aku menjawab, namun dia lagi laju menarik pintu bilikku sewaktu aku
cuba untuk menutupnya. Degan rakus dia menarik daun pintu itu sambil tangannya
memegang tanganku Pandai menjawab eh kau sekarang, macam mak kau yang
mandul tu!, dalam hidup aku, aku paling pantang orang menyentuh 3 perkara.
Pertama tentang kemuliaan agamaku, jika ada yang lidah yang lancang
mempersoalkannya, pasti aku sanggup syahid untuk membela agamaku, kedua
tentang ayahku dan ketiga adalah tentang ibuku. Meskipun keduanya tidak pernah
kutemu namun dari benih ayahlah aku menjadi seorang manusia pada hari ini dan
dari rahim ibulah aku lahir kedunia. Pantang aku apabila ada manusia yang
mempermainkan maruah kedua arwah dan sekarang emak tiri ku sedang melakukan
hal yang bagiku amat tidak boleh ditoleransi lagi. Kalau ibu mandul, Zara takkan
ada kat sini, and for your information you have no right to label her. She is my mom
and no one cant step on her dignity! tegas, lancar dan mantap ayat yang terkeluar
dari kedua bibirku itu, setelah habis perkataan terakhir aku segera menghempas
pintu bilik. Dari reaksinya dapat ku lihat mimik muka terkejut, marahnya bagaikan
helang yang ingin menyambar anak ayam namun tanganku lebih pantas.
Terselamat aku untuk hari ini, namun esok hari tidak ku tahu bagaimana untung
nasibku.

Puan Maria Mohamad ialah ibu contoh bagi mata masyarakat. Di usia muda
telah kehilangan suami tercinta dan terpaksa membesarkan dua orang anak gadis
sendirian sambil meneruskan legasi keluarga. Berasal dari kalangan orang berada
menempatkan puan Maria dalam kelasnya yang tersendiri. Channel, Louis Vuitton,
Gucci dan Prada adalah barisan jenama kelengkapannya. Elegan dan sofistikated
menjadi gayanya, begitu dia di luar begitu juga di rumah, sentiasa menjaga
71

penampilan bak artis yang sentiasa diburu paparazzi. Sikapnya yang cerewet dan
suka mengarahkan orang menjadi sebab dia tidak begitu disukai oleh staf-staf di
syarikat gergasi milik keluarganya. Ah, aku tidak peduli sama ada dia dibenci atau
disayangi orang, hanya kaki ampu sahaja yang akan berkepit dengannya. Dia
mempunyai seorang anak gadis, sebaya denganku atau lebih tepat lagi gadis itu
ialah adik kandungku, tapi berlainan ibu, beza umur kami hanyalah empat bulan,
lahir pada tahun yang sama. Lisa nama adikku, berbeza dengan ibunya Lisa
seorang anak yang baik, lemah lembut dan penyayang. Berkulit putih bersih,
berhidung mancung, berbibir merah dan bermata coklat, rupa kami saling tak
tumpah namun bezanya kasih sayang ibunya pada lisa melimpah ruah sementara
aku, anak tirinya kasihnya tidak pernah tumpah, bagaikan kisah bawang putih dan
bawang merah. Bezanya kisahku dengan kisah dongeng rakyat itu adalah adik ku
tidak pernah jahat kepadaku, meskipun ibunya memperlakukan aku persis hamba di
banglo ini namun Lisa amat baik, malah sering membantuku. Kasihku kepadanya
tidak terbatas tetapi seringkali juga ibunya memisahkan aku daripada Lisa, seakan
pantang baginya aku rapat dengan permata hatinya itu. Lisa banyak menghabiskan
masanya di rumah keluarga Puan Maria, dek kerana puan Maria enggan aku rapat
dengan Lisa, hanya sesekali dia akan pulang kerumah ini. Tidak seperti diriku, Lisa
bersekolah di sekolah elit manakala aku hanya di sekolah harian biasa. Entah
mengapa aku juga kurang mengerti kenapa hak penjagaanku jatuh ke tangan ibu tiri,
bukan pada keluarga ibuku. Melalui Mak Mah, aku difahamkan bahawa terdapat
konspirasi antara ibu tiriku degan peguam untuk menjauhkan aku daripada keluarga
sebelah ibuku. Namun atas bantuan Mak Mah dan Pak Din, aku masih boleh
berhubung dengan datuk sebelah ibu iaitu datuk Rahman yang ku panggil atok.
Atok seorang pengarah di kolej Matrikulasi Pulau Pinang, seorang yang
bertanggungjawab dan juga penyayang. Selalu atok berjumpa denganku tanpa
pengetahuan puan besar itu. Secara sembunyi, dengan bantuan Mak Mah dan Pak
Din dapatlah aku merasa kasih sayang seorang datuk.

Atok selalu memantau prestasi akademikku, dia juga banyak menolongku
dalam pelajaran. Oleh kerana atok seorang pensyarah Matematik sebelum dilantik
menjadi pengarah, pengetahuanku dalam matematik dan subjek sains adalah lebih
satu tahap daripada rakan-rakanku. Hal ini memudahkan aku mendapat tempat
72

pertama dalam kelas setiap kali ujian. Meskipun waktuku untuk mengulangkaji
dirumah adalah sangat terhad kerana bebanan kerja rumah yang sepatutnya bukan
tugasku namun aku bersyukur kerana dikurniakan otak yang cerdas dan ingatan
yang kuat untuk belajar. Disebalik kelebihan ku itu rupanya ada hati yang tidak
senang dan sentiasa mencari jalan agar aku terungkur. Allah maha kuasa, ibu tiriku
hanya mampu menyakiti fizikalku dan tidak dapat menyentuh ilmu didadaku. Masih
tinggal beberapa bulan lagi sebelum SPM berlangsung, peperiksaan yang akan
menentukan masa depanku dan hala tuju hidupku. Semakin dekat dengan SPM,
semakin banyak bebanan kerjaku dirumah, aku diperlakukan tidak ubah seperti
orang gaji walaupun di banglo ini sudah ada 3 orang gaji yang mampu menjalankan
tanggungjawab mereka dengan sempurna, ironinya berlambak juga kerja-kerja
rumah yang ditinggalkan untukku dari ruangan dapur sehingga ke ruang tamu,
kadang-kadang mengemas stor dan membasuh kereta juga sebahagian tugasku.
Mungkin ibu tiriku suka akan hasil kerjaku melebihi apa yang dilakukan oleh ketiga-
tiga orang gaji tersebut. Ahh perasan saja!, bentakku dalam hati, realitinya ibu
tiriku hanya ingin melihatku susah, terkejar sana sini sehingga kadang-kadang
terpaksa meninggalkan sekolah. Satu hal yang membezakan antara kisahku
dengan kisah tipikal anak dan ibu tiri adalah aku bukan anak yang lemah dan hanya
tahu menangis walaupun kadang-kadang aku dilayan tidak ubah seperti seorang
hamba, makan minumku tidak dijaga dan hinaan serta jelingan sinis menjadi
makanan harian sehingga aku sudah lali. Satu hal yang amat nyata, aku berani
mempertahanku diriku. Tidak semua benda yang diarahkannnya aku hanya
menurut dengan taat tetapi aku berani mempertahankan diriku walaupun tangannya
singgah di pipiku sebagai habuan sopannya aku. Spontan tangan meraba pipi
kanan, walaupun bekasnya tidak kelihatan dan sakitnya tidaklah seperit mana
namun cukup untukku mengingati kejadian itu.

*************************************
Zara!! Kau nak pergi mana hah? Kat dapur tu berlambak lagi pinggan
mangkuk, kau tak boleh pergi mana-mana selagi rumah ni tak berkemas!. Nyaring
suaranya mengarahkan, garang mukanya dipamerkan, matanya dijegilkan,
tangannya mencekak pinggang. Aku? Sebagai makhluk yang agak keras kepala
73

dan berhati batu terus aku menyumpah seranah berbakul-bakul didalam hati.
Masakan sudah pukul 7.15 pagi, waktuku untuk ke sekolah masih perlu membuat
kerja rumah, Habis apa yang aku lakukan semalam sehingga tidur pada jam 3 pagi
jika tidak melakukan kerja-kerja rumah yang sengaja ditinggalkan khas untukku,
gumamku dalam hati. Puan besar itu terus datang menghampiri sebaik aku selesai
mengikat tali kasut sekolahku. Sejak bila kau dah jadi pekak ni?, aku ni bercakap
dengan kau bukannnya dengan tunggul kayu! Amboi, banyak cantik muka kau,
bangun tido, makan minum, pergi sekolah. Ingat free ke nak tanggung kau? Tak
reti-reti nak menolong kat rumah ni?, sinis dan pedas kata-katanya, menikam lubuk
hati yang paling dalam, jika jiwa tidak kental pasti tumpah empangan air mata. Aku
bangun, berdiri tegak dihadapannya sambil lancar, kemas dan bersahaja
menuturkan ayat-ayat sentap untuk jamuan telinganya. Saya makan, minum di
rumah ini dengan menggunakan DUIT arwah AYAH SAYA, belajar dan perbelanjaan
harian pun menggunakan DUIT arwah IBU SAYA dan saya bukanlah orang gaji
seperti yang puan sangkakan! sengaja aku menekankan perkataan duit, ayah saya
dan ibu saya. Serentak dengan itu juga satu tamparan singgah di pipi kananku. Aku
tersenyum sinis padanya dan melangkah angkuh kesekolah tanpa
menghiraukannya.
************************************
Kring!!!!! Loceng menandakan waktu rehat telah berbunyi. Aku memegang
perut, terasa sakit, memulas, gastrik barangkali. Ku seluk poketku. Hanya not
seringgit yang tinggal setelah membayar buku rujukan SPM yang telah lama
tertangguh. Guru-guru juga seakan tidak memahami pelajar miskin sepertiku.
Kebanyakan mereka selalu mendesak dan memerli dikelas, rangkap kata yang
seringkali menjadi halwa telingaku ialah Hai, muka sama je yang selalu meminjam
ni, tak reti-reti nak membeli ke. Pedas kata-kata guru Biologi itu. Jika dikira
hatiku yang panas ini ingin saja ku katakan padanya bahawa semua silibus tingkatan
lima itu telah ku hadam, lebih daripada itu aku sudah pun menguasai silibus
peringkat matrikulasi. Jika diikutkan amarah dan godaan syaitan itu, ku rasakan
pasti aku akan mendapat kad disiplin gara-gara bertindak kurang ajar terhadap
seorang guru, mujur iman dan kewarasan ku melebihi kegoan dan keras kepala ku.
Setiap kali ditebak dengan kata-kata yang menyakitkan seperti itu, aku akan
meminta maaf daripada guru tersebut dan meminta tempoh untukku mengumpul duit
74

sebelum dapat membeli buku rujukan. Duit yang dikirim oleh atok dan duit
simpanan peninggalan arwah ayah dan ibu tidak dapat ku nikmati sepenuhnya gara-
gara menteri kewangan yang salah menggunakan kuasa. Wang yang sepatutnya
menjadi hakku digunakan oleh ibu tiriku untuk keperluan dirinya dengan sewenang-
wenangnya. Aku bernasib baik kerana atok memahami keadaanku, dia sering
datang berjumpaku di sekolah untuk memberi wang saku, alhamdulilah, masih
cukup untukku meneruskan keperluan hidup.

Peperiksaan SPM hanya berbaki beberapa hari lagi, debaran kian terasa
walaupun keyakinan ku amat tinggi. Seperti biasa aku memohon kepada Ilahi
supaya dipermudahkan segala urusanku nanti. Solat hajat, solat taubat dan tahajud
seistiqomah mungkin ku lakukan. Latihan dan ulangkaji semakin giat hari demi hari.
Hari-hari dilalui di banglo itu bertambah manis apabila Lisa turut menemani dalam
ulangkaji, kebetulan yang membawa seribu kemujuran kerana ibu tiriku keluar
outstation jadi bolehla Lisa datang ke rumah dan menemaniku. Kesemua silibus
matapelajaran SPM telah ku hadam, semuanya kini telah berada di hujung jari.
Alhamdulilah, aku megharapkan agar ilmu yang ku raih selama ini dapat
menolongku pada hari esok. Kring!!! jam loceng berbunyi menandakan pukul 6
pagi, aku bangun dan membersihkan diri, selepas itu kuabdikan diriku pada Yang
Maha Berkuasa dalam dua rakaat solat subuh dan diikuti dengan solat hajat
memohon Allah memberikan aku kebijaksanaan semasa menjawab soalan nanti.
Hari ini adalah hari perjuangan, perjuangan untuk masa depanku. Jika aku
memperoleh keputusan yang cemerlang, aku layak mendapat biasiswa untuk
meneruskan pengajian serta tidak lagi perlu menghuni rumah ini. Usai solat aku
sempat membaca sepintas lalu nota-nota kecil sambil brsiap untuk kesekolah.
Hatiku tiba-tiba menjadi gundah, entah kenapa rasa tidak sedap hati muncul waktu
itu. Aku terus memulas tombol pintu bilik, astaghfirullah hal azim, pintu bilikku
dikunci dari luar!. Aku menjerit meminta tolong namun tiada satu suara pun yang
menyahut, siapalah hamba Allah yang membuat onar kepadaku itu, disaat-saat
genting ini mindaku ligat meneka. bayangan seseorang yang amat kukenali terus
menerpa. Aku menarik nafas dalam-dalam, cuba untuk bertenang dan mencari
jalan. Jam sudah menghampiri 7.15 pagi debaran didada kian terasa. Pintu bilik
tidak berjaya dibuka aku terus membuat bising bagi menarik perhatian orang lain.
75

Aku menuju ketingkap, kelihatan Pak Din sedang membersihkan laman, aku cuba
membuat isyarat namun tidak berjaya menarik perhatiannya, jalan terakhir aku
sengaja menjatuhkan kotak kasutku, alhamdulilah Pak Din mendongak keatas dan
dapat melihat aku. Oleh kerana kedudukan bilikku di tingkat dua agak sukar untukku
meloloskan diri, mahu tidak mahu aku perlu mencari jalan agar aku boleh keluar
melalui tingkap. Ikatan yang dipelajari smasa aktiviti kokurikulum disekolah aku
praktikkan pada saat ini, tiada guna mahu menangis atau meratapi nasib diri,
matlamatku adalah mahu tiba kesekolah dengan selamat untuk menjawab
peperiksaan. Selimut dan cadar kuikat kemas untuk dijadikan sebagai tangga untuk
meloloskan diri, Pak Din dibawah bersiap sedia dibawah untuk menyelamatkanku.
Alhamdulilah akhirnya aku berhasil menyelamatkan diri dan tiba disekolah dengan
selamat.

Walaupun melalui hari yang amat memeranjatkan pada hari pertama aku
menjawab peperiksaan namun hari-hari seterusnya tidak kurang mencabarnnya
juga. Syukur, aku berjaya mengatasinya, mungkin juga kerana bantuan dari Allah
Taala yang menghadirkan insan-insan yang berhati mulia untuk membantu anak
yatim seperti ku.
Masih kuingat, pada hari terakhir perjuangan ku dalam dewan peperiksaan, aku
telah disabotaj. Tidak mahu membuat tuduhan melulu namun siapa lagi yang akan
melakukannya jika tidak orang yang sama? Menggigil lututku apabila hampir-hampir
menjadi mangsa nahas jalan raya. Ketika aku melintas jalan menuju keskolah,
sebuah kereta telah dipandu dengan laju dan hampir-hampir melanggarku, mujur
saja aku hanya cedera ringan, jika lambat seminit dua pastinya nyawaku menjadi
korban. Dalam kesamaran pagi yang hening aku tidak ampak muka si pemandunya
kerana dilindungi dengan kaca mata hitam dan topi, agak sukar untuk
mengecamnya lebih-lebih lagi dipandu dengan laju, mujur ada seorang pakcik yang
membantuku. Alhamdulilah, selesai juga kertas terakhir itu walaupun nyawaku
menjadi taruhan.

76

Hari ini genap umurku 18 tahun dan secara rasminya aku boleh memilih untuk
tinggal dengan sesiapa pun yang aku mahu. Kerana sifat juang atok yang tidak
mahu mengalah dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan aku akhirnya hak
penjagaan ibu tiriku ke atasku dilepaskan. Alhamdulilah sesungguhnya akulah insan
yang amat gembira sekali, atok merangkul diriku dengan erat, sambil mencium
dahiku tanpa kusedar laju sahaja airmata mengalir bagaikan sungai yang tiada
halangan, begitu juga dengan atok, diperkarangan mahkamah itu kelihatan ibu tiriku
menjeling sambil memasuki kereta mewahnya manakala Lisa pula hanya tersenyum
kearahku kemudian kereta mereka memecut laju meninggalkan aku atau dengan
tepatnya melepaskan aku. Atok tanpa sedar kudengar membisikkan sesuatu disaat
dia memeluk erat tubuhku Harlina, ayah rindu kamu nak, Ina anak ayah aku
hanya membiarkan sahaja perlakuan atok, mungkin dia melihat aku sebagai Harlina,
anak kesayangannya iaitu arwah ibuku, mubkin juga wajah kami seiras atau
mungkin itu tanda betapa atok amat merindui arwah ibu walaupun sudah 18 tahun
ibu telah meninggalkan kami.

Pada hari itu juga aku berhasil memberikan hadiah yang cukup bermakna
buat atok kesayanganku, alhamdulilah syukurku ke hadrat Ilahi kerana dengan
izinnya aku berjaya memperoleh 10A1 walaupun banyak halangan dan ranjau
sepanjang perjuangan ku dalam menuntut ilmu. Atok kulihat banyak tersnyum dan
tersrlah bahagia diwajahnya, selepas pulang dari mahkamah kami kesekolahku
untuk mengambil keputusan SPM ku dan terus pulang kerumah atok di Bukit
Mertajam. Banglo dua tingkat yang tidak pernah kujejak sebelum ini menggamit
pandanganku. Kami disambut oleh pembantu rumah atok iiatu Mak Jah yang
sungguh ramah dan baik. Menyelusuri kedalam teratak mewah itu, jelas terpancar
disegenap sudut tata rias gaya Inggeris dengan paduan awarna putih dan biru
lembut, bingkai gambar arwah nenek dan ibu menghiasi segenap ruang rumah.
Mungkin itu cara atok untuk memelihara memori bersama mereka yang dicintai. Aku
diberikan bilik arwah ibu, hiasannya dan susun atur perabotnya masih kekal sama,
gambar-gambar arwah ibu menghiasi ruang bilik. Ku tatap, ku tenung wajah itu, ku
raba pipiku, ya darahnya mengalir dalam tubuhku dan wajah kami juga saling tak
tumpah, patutlah atok tersasul memanggilku Harlina beberapa kali tadi.
77


Zara dah buat keputusan nak sambung belajar kat mana? kata atok kepada
ku. Zara ingat nak masuk matrik pulau pinang boleh atok? Boleh selalu bersama
dengan atok kataku sambil tersenyum manja. Atok hanya tersenyum lalu
menganguk dan bersetuju. Aku berazam akan menebus masa-masaku yang telah
hilangbersama atok yang tersayang. Moga-moga impian ku untuk menjadi doktor
seperti arwah ibu dan ayah akan tercapai. Malam itu aku tersenyum sendirian,
merasakan bahagia yang berlegar disetiap hujung nafas. Tiada lagi layanan seperti
hamba yang kuterima, tiada lagi cacian dan makian yang tidak enak didengar
telinga, semuanya disini indah-indah belaka. Meneruskan pengajian asasi di
matrikulasi Pulau Pinang dalam jurusan sains hayat amat membahagiakan. Subjek
matematik dan biologi yang menjadi kegemaran merupakan laluan mudah buatku
untuk mengambil jurusan perubatan nanti. Semester demi semester berlalu sebagai
seorang pelajar amat bermakna kerana aku berjaya mendapat 4flat, sekaligus
membahagiakan atok. Kutatap majalah kolej tahun-tahun sebelumnya, terpampang
gambar ibu dan ayah sewaktu mereka berusia 19 tahun, kedua-duanya adalah
pelajar terbaik 4flat dan sekarang gambarku pula turut diabadikan di majalah kolej.
Sekali lagi bahagia singgah menjelma dilubuk hati yang paling dalam. Aku semakin
pasti hala tuju hidupku. Dokor Harlina, Doktor Harris, nantikan doktor Izzara
meyumbang tenaga dan jasa kepada bangsa dan Negara seperti yang kalian
lakukan azam smakin bulat di dalam hati. Ijazah kelas pertama dalam bidang
perubatan semakin jelas dihadaapan mataku sekarang.

Sedang aku berkemas-kemas kain bajuku, dengan tidak sengaja aku
terjumpa diari lama, diari mama rupanya. Aku tatap satu persatu, helaian demi
helaian, kata demi kata yang tertulis kemas. Aku berlari mendapatkan atok yang
sedang leka membaca surat khabar, dengan juraian air mata aku tunjukkan atok
diari lama itu. Jumpa di mana? Tanya atok sepatah. Aku tidak terus menjawab
pertanyaannnya itu tetapi terus melutut dan menyembamkan mukaku di ribaannya,
sedu sedan masih kedengaran dari tengorokanku, catatan tangan yang bertarikh 18
tahun lampau bagaikan filem yang berputar memainkan ceritanya.

78

**********************************************
Alhamdulilah syukur pada Allah, aku dipertemukan dengan seorang lelaki
yang baik agamanya, baik akhlaknya dan baik rupa parasnya. Bekerja dibawah satu
bumbung di Royal London Hospital, United Kingdom, mengenalkan aku dengan
Doktor Harris. Dia seorang doktor Muslim yang baik, yang menjaga ikhtilatnya juga
dirinya di tengah-tengah kota London. Bukan sahaja sebagai seorang doktor tetapi
juga berupaya mentarbiah dan menyebarkan keluhuran islam. Aku terpaut padanya
semenjak pertama kali melihat dia mendukung seorang bayi yang juga pesakitnya,
terserlah aura seorang bapa, walaupun dia masih bujang . Tanpa mengira bangsa
dan agama, jasa terus ditabur, dia disenangi ramai di hospital tersebut, terkenal
dengan gelaran Mr Nice Doctor, dia menjadi pujaan bgi gadis-gadis Malaysia yang
belajar di fakulti perubatan Universiti Of Dublin. Mr Anderson, pesakit yang amat
cerewet untuk ditangani, baran setiap masa dan akan memarahi sesiapa sahaja
termasuklah doktor dan jururawat namun Doktor Harris mengejutkan semua pihak,
bukan sahaja Mr Anderson bersifat lebih tenang dan senang dikawal tetapi juga
telah memeluk islam!. Aku sendiri begitu kagum dengannya. Dalam diam aku
menyukainya namun kerana takut perasaan itu merosakkan imanku, aku berdiam
diri, menyerahkan sahaja kepada Allah kerana jika benar dia yang tertulis di Luh
Mahfuz untukku pastinya akan menjadi milikku juga suatu hari nanti jika tidak pasti
perancangan Allah itu adalah lebih baik.

Istikharah kali ketiga ini menemui jawapan yang sama. Telah ku khabarkan
keputusanku kepada ayah dan ibu di Malaysia. Pinangan telah diterima, cincin
sebagai tanda, namun aku sendiri tidak pernah tahu siapa yang datang
menyuntingku. Kata ayah dan emak, orang itu seorang doktor, sama seperti diriku,
juga berkhidmat di kota London dan bernaung dibawah WHO iaitu pertubuhan
kesihatan Malaysia dan menjadi sukarelawan di beberapa buah Negara. Aku kaget,
sepertinya orang itu adalah Dr Harris, jika benar akulah perempuan yang paling
bahagia saat ini kerana disunting oleh jejaka idaman hati namun belum sempat aku
berangan lebih jauh, emak menerusi panggilan telefon mengatakan bahawa nama
bakal suami aku ialah doktor Hakim ,entah mengapa kekecewaan tiba-tiba muncul,
namun aku optimis kerana segalanya merupakan perancangan Allah s.w.t, mungkin
79

aku ditakdirkan dengan orang lain. Emak menyuruh aku kembali ke tanah air
dengan segera kerana keluarga pihak lelaki akan datang melihatku. Aku
meninggalkan bumi England dengan perasaan yang bercampur baur.

Apa yang doktor buat disini? aku bertanya kehairanan. Kenapa pula dr
Harris berada dirumahku bersama tetamu-tetamu yang lain, mungkinkah abang, adik
atau saudaranya yang datang menyuntingku? Aku bingung. Dia lalu tersenyum dan
berkata takkan bakal suami sendiri tak kenal, doktor Harlina? .hah! bakal suami?
Diakah orangnya, biar betul, kan emak cakap nama bakal suamiku dr Hakim
bukannya dr Harris! aku bermonolog sendirian. eer, bukanke nama bakal suami
saya dr hakim, bkn dr harris tergagap-gagap aku menerangkan padanya namun dia
hanya tersenym dan kelihatan ketawa kecil, yelah dua-dua pon nama saya, di sini
orang paggil saya hakim, disana orang panggil saya Harris. Aku menjadi semkain
bingung, masakan ada dua nama sedangkan dia hanya kukenali sebagai Harris.
Sebab nama saya, Ahmad Harris Hakim katanay sambil tersenyum. Tidak sangka
perbualan dan gelagat kami disaksikan kedua-dua keluarga, habis kami
diketawakan, malunya aku bukan main. Rupa-rupanya orang yang selama ini aku
harapkan menjadi imamku lebih pantas menyuntingku untuk menjadi suri hidupnya.

Janji telah dimeterai, akad telah dilafaz dan cincin telah pun disarung. Aku
kini sah menjadi isteri dr Harris hakim. Bersama-sama, kami menjalankan
tanggungjawab kepada nusa dan bangsa membantu selagi terdaya. Benua Eropah
yang menjadi saksi pertemuan kami ditinggalkan dengan seribu kenangan, biarpun
bunga-bunga daisy kembang harum di sepanjang sungai Thames yang indah, Istana
Buckhingham yang tersergam indah ataupun melewati avenue street di Nottingham
semasa musim sejuk amat mendamaikan tetapi tiba masanya semua keindahan di
perantauan terpaksa dilepaskan kerana khidmat kami diperlukan di tanah air sendiri.
Satu hari nanti akanku lawati lagi Eiffel tower bersama suami tercinta untuk bulan
madu kali kedua, masih terbayang keseronokan menaiki eurostar yang memakan
masa hanya 2 jam dari London untuk sampai ke kota Paris. Tersedar ketika
pesawat mendarat di lapangan terbang antarabangsa kuala Lumpur pada jam 4.30
petang membuatkanku sedikit pening, mujur ada suami menemani. Perjalanan
80

selama 12 jam dari lapangan terbang Heathrow ke KLIA benar-benar melelahkan.
Sesampainya dirumah kami terus tidur keletihan, mungkin jetlag, pening dan sakit
kepala masih terasa. Pagi-pagi esok perlu melaporkan diri di Hospital Kuala Lumpur
sebagai doktor bertugas.

Dua tahun berlalu,hidup kami sungguh ceria dan bahagia biarpun tanpa
kehadiran cahaya mata. Suami juga tidak kisah kerana dia percaya qada dan qadar
dan luasnya rezeki Allah, Cuma aku, kadang-kadang berasa rendah diri kerana
sebagai seorang isteri, aku tidak mampu memberikan zuriat buat suami yang
kucintai. Satu malam, selepas pulang dari oncall, ku lihat suami masih tidak tidur,
membelek-belek majalah yang memaparkan banyak ambar-gambar bayi, sengaja
aku menduganya Abang mahu bayi, dia tersenyum amnis kepadaku lalu berkata
sayang sudah lebih dari cukup. Aku tahu dia tidak pernah mendesak apatah lagi
memarahiku namun sudah terdengar cakap-cakap di pihak keluarganya yang
mahukan zuriat secepat mungkin, persaanku jadi tidak enak. Tersepit antara
kehendak dan kelemahan diri. Ku katakan padanya, abang , nanti kalau kita ada
anak, abang mahu dia jadi apa? Doktor macam kita?, dengan mata yang bersinar-
sinar dia menerangkan. Demi Allah, abang mahu kita infakkan seluruh zuriat kita
pada perjuangan menegakkan agama Allah ini. Abang tidak impikan zuriat ini
memberikan harta kekayaan pada kita, bukan pula nama dan kedudukan. Apa yang
abang mahu, zuriat-zuriat kita membesar dengan sihat, kuat, mempunyai pemikiran
yang matang, berilmu luas dan soleh, itulah impian abang panjang lebar dia
menerangkan tentang impiannya, aku cuma mengangguk dan tersenyum, jauh
disudut hati aku berdoa semoga kami dikurniakan zuriat secepat mungkin.

Hari ini merupakan hari yang sungguh bermakna buat diriku, hari yang paling
gembira kerana doaku telah dimakbulkan, tidak sabar-sabar rasanya aku mahu
pulang kerumah dan memberitahu suami berita gembira ini. Setibanya aku dirumah,
ku lihat ibu dan bapa mertua turut ada diruang tamu, srius perbincangan barangkali.
Muka suami tampak sugul. Penat kerja masih tidak hilang lagi namun ku cuba
bermanis muka, menyalami ibu dan ayah mertua. Namun begitu hambar sekali ibu
mertuaku, dinginnya sedingin ais yang membeku. Ku minta diri untuk kedapur,
81

belum sempat kkaiku mencecah ruang dapur kudengar ayat ini Mak tak mahu kau
bagi apa-apa alasan lagi. Ingat Haris syurga kau tu kat bawah tapak kaki mak jadi
kau kena taat, apa-apa pun minggu depan kau kna kahwin jugak dengan Maria, mak
dah pinangkan. Nak harapkan bini kau? Sampai matilah aku tak bercucu!
jantungku seakan berhenti berdegup kemudian terdengar suara suami bagaikan
merayu meminta simpati mak tolonglah mak, janganlah buat kami macam ni mak,
saya sayangkan harlina mak, saya takkan duakan dia, bagi masa untuk kami mak,
mungkin ni bukan rezeki kami lagi sedih kedengaran suaranya. air mata yang cuba
kutahan gugur akhirnya. Syurga kau kat bawah tapak kakai aku!. Lantang suara
emak mertuaku berkata, kemudian mereka pulang tanpa sempat aku salami
keduanya.

Abang kahwin lagi satu ye, ina izinkan kataku sambil tersenyum kepada
suami. Suami hanya mampu menangis diribaanku. Pregnant test kit yang
menunjukkan keputusan positif ku sembunyikan dalam beg tangan, biarlah dia tidak
tahu bahawa dalam rahim ini, benihnya mula bercambah. Kerana cintaku padanya,
kerana aku tidak mahu menyebabkan suamiku dihumban kedalam neraka kerana
drhaka kepada ibunya, aku korbankan diriku. Aku tahu, bukan sebab zuriat sahaja
yang menyebabkan emak mertuaku menyuruh suami berkahwin lain tetapi kerana
dari awal lagi dia tidak menyukaiku, ditambah pula soal zuriat yang agak lambat,
maka berapilah kebenciannya padaku. Namun aku tidak pernah membencinya jauh
sekali menderhaka, sehabis baik aku pastikan aku melayannya seperti ibu
kandungku sendiri.

Handsome abang harini, sama seperti masa kita kahwin dulu kataku
mengusiknya. Deraian air mata dipipi suami mencemaskanku kenapa abang
nangis? soalku. Kenapa sayang tak beritahu abang yang sayang mengandung?
Kenapa! dia menggoncangkan tubuhku, terlihat kekesalan diwajahnya. Dengan
senyuman hambar aku memberitahunya kerana saya sayang abang, saya mahu
abang ke syurga, saya tidak mahu abang menjadi anak yang derhaka . Tangisan
suami semakin menjadi-jadi, tubuhku dirangkul erat, kemas sambil membisikkan
kalimah yang akan kuingat selama-lamanya doakan rumah tangga kita bahagia
82

sampai kesyurga. Selepas itu, dengan sekali lafaz, suamiku sah menjadi suami
Maria Mohamad. Bermulalah fasa hidupku yang baru, bermadu.

Usia pernikahan kedua suamiku tidak sampai satu bulan tetapi Maria sudah
hamil 2 bulan, ternyata salah dia menikahi dan bermadu dengan seorang doktor
yang sememangnya arif tentang anatomi manusia. Rupa-rupanya kami dapat tahu
bahawa Maria sudah terlanjur dengan lelaki lain, dan suamiku pula yang harus
bertanggungjawab. Dia menafikan sekeras-kerasnya dan brkata itu memang anak
suamiku namun masakan kahwin satu bulan sudah hamil dua bulan?. Kami hanya
menyoalnya tetapi dia bertindak lebih ganas apabila suamiku tidak percaya kata-
katanya, terus ditolaknya aku, dan keluar dengan menghempas pintu sekuatnya,
suami berlari mendapatkan aku. Aku cuba bangun namun cairan hangat seakan
mengalir menuruni kaki, ku lihat ke lantai, darah! Selepas itu aku sendiri tidak sedar
apa yang berlaku.

Mataku terbuka apabila mendengar suara perbualan disekitarku. Kedengaran
sayup-sayup suara seseorang berkata Kandungan puan selamat, jangan risau
doktor Harris. Hanya air mata yang mengalir di saat itu, suami mencium dahiku,
kemudian dia melakukan sujud syukur kerana tuhan telah menyelamatkan
kandungan ini. Pengalaman itu membuatkan kami semakin berhati-hati dengan
Maria, lebih-lebih lagi aku semakin sarat, suami setia menemani setiap masa
manakala Maria aku tidak tahu apa yang terjadi padanya, dia mendambakan cinta
suamiku tetapi telah terlanjur dengan lelaki lain, suamiku pula tidak sanggup menjadi
pak sanggup kepada anak yang tidak sah taraf itu. Menjengah usia kandunganku 7
bulan, pergerakan bayi semakin aktif, tendangannya membahagiakan kami,
walaupun penat dengan tugas di hospital tetapi pengalaman mngandung amat
indah, seakan ada ikatan kuat antara ibu dan anak. Tidak kuduga rupanya panas
sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Maria datang ke rumah kami sambil
memaki hamun, mujurlah suamiku cepat pulang, jika tidak aku tidak tahu apa yang
akan berlaku kepadaku. Suami menenangkan Maria dan menyuruhnya pulang,
mujurlah berhasil, jika tidak pasti kacau bilau jadinya.
83


******************************

Pembacaanku terhenti apabila tiba di helaian terakhir, tulisan ibu bagaikan
menitipkan suatu pesan Bilik sudah kukemas, katil sudah kurapi, cincin dan dompet
ada didalam laci, ada sedikit wang, ada sedikit baki mudah-mudahan han cukup
untuk majlis tahlilku nanti, manakala di mukasurat belakangnya pula tercatat
beberapa rangkap kata yang bgitu menusuk kalbuku.

Saya pun, ada benda saya mahu, Allah tidak beri.
Saya pun, ada benda yang saya inginkan keadilan, saya tidak perolehi.
Saya juga dicerca, dan tiada pula yang mohon kemaafan dan menebus salah.
Saya juga difitnah, dan tiada pula yang mohon kemaafan membersihkan
tanggapan yang salah.
Memanglah saya bukan orang yang rapat dengan kalian, hanya mampu
berpesan: "Sabarlah, Yakinlah." Tetapi janganlah menyangka saya tidak
memahami, apa yang kalian lalui.
Kalaulah kalian tahu apa yang saya hadapi, apa yang saya minta dan Allah
tidak beri, pasti tangisan kalian akan terhenti. Kerana kecilnya ujian yang
kalian hadapi.
Tetapi saya masih sabar dan percaya. terus berusaha dan berusaha.
Mengapa kalian boleh pula, memilih untuk berputus asa? Ja
ngan mudah melafaz: "Allah sudah tidak sayangkan kita." Apalah yang kalian
tahu akan luas kasih sayangNya?
Memang Dia tidak berjanji bahawa hidup itu mudah namun Dia selalu ada
menghamparkan jalan untuk kita terus melangkah.

Kedua-dua catatan ibu itu bagaikan sudah tahu bahawa ajal akan
menjemputnya, aku lencun dengan air mata di sisi atok. Atok juga kelihatan
84

menitiskan air mata apabila suaraku membaca baris demi baris catatan peribadi
milik puterinya itu. Menurut Atok, ibu dan ayah kemalangan semasa dalam
perjalanan ke hospital. Waktu itu ibu mngalami kontraksi bersalin, ayah bergegas
membawa ibu ke hospital tetapi malangnya mereka kemalangan sewaktu dalam
perjalanan kerana masalah brek. Polis mengesyaki terdapat perbuatan khianat
tetapi tidak dapat menangkap suspeknya. Atok mengesyaki seseorang yang
melakukan perkara itu, namun tiada bukti kukuh untuk mengaitkannya.



Sehari selepas aku tiba diUnited Kingdom untuk menyambung pelajaran
dalam bidang perubatan, aku dikhabarkan bahawa ibu tiriku telah ditangkap polis
kerana menyebabkan kematian arwah ayah dan ibuku srta didakwa menyalah
gunakan wang syarikat keluarganya manakala brita yang paling mengejutkan aku
ialah orang yang berniat cuba membunuhku dengan melanggar aku dengan kereta
semasa hari terakhir SPM adalah Lisa! Lisa adikku! Melalui atok, aku diberitahu
bahawa Lisa selama ini hanya berpura-pura baik denganku sahaja kerana ingin
mnjeratku. Matlamat utamanya sama seperti ibunya iaitu mahu menghapuskan aku,
astaghfirullahhaladzim, mengucap panjang apabila aku mendengar cerita atok.
Sebenarnya Lisa marah apabila mengetahui dirinya adalah anak tidak sah taraf dan
bukan anak kandung ayahku, hasil hasutan ibunya yang mngatakan bahawa akulah
yang menyebabkan kematian arwah ayahku telah menyebabkan Lisa berdendam
denganku. Aku hanya mengharapkan ibu tiriku serta Lisa akan berubah suatu hari
nanti, segala dosa mereka kepadaku telah kuampunkan setulusnya.

Musim bunga disini amat indah, sgalanya amat cantik. Selesai sesi skype
bersama atok, aku keluar untuk menghirup udara petang, kehidupan sebagai pelajar
perubatan disini benar-benar mengujiku. Bersiar-siar ditaman salah satu cara
merehatkan minda. Aku duduk pada sebuah bangku, dikananku kelihatan seorang
lelaki Melayu sedang menolak kerusi roda sorang kanak-kanak, terserlah aura
kebapaan disitu. Masih lengkap dengan steteskop di leher dan lab coat putih, dia
85

dengan penyayang berbual mesra dengan anak kecil itu. Tertera tag nama Haziq
Darius, rupanya seniorku sedang menjalani housemanship di Royal London
Hospital. Aku mendekatinya dan berbual mesra. musim bunga telah bertukar
kepada musim luruh dan persahabatan kami makin utuh. Mungkin musim panas
tahun depan kami akan berkhidmat bersama sebagai pasangan doktor di hospital
ini. Sekali lagi, Royal London Hospital, melakar memori, menruskan legasi.


















86

Wan Nur Aida Sakinah Binti Wan Jusoh
Awan Terpilu
Panas terik cahaya matahari ibarat hanya sejengka di kepala, memanah tepat di
atas kepala. Amat panas, mahu saja menggelegak otaknya. Hassan baru saja
pulang dari sekolah. Setibanya di rumah, dia amat kehausan, lalu terus dia terduduk
di tangga usang rumahnya. Wajahnya merona kemerahan dibakar mentari yang
hangat memancar sinarnya. Perjalanan dari sekolah ke rumahnya agak jauh, dalam
satu kilometer jauhnya untuk sampai ke rumah.
Mak, ambilkan Hassan air, mak. Hauslah, keluh Hassan meminta simpati ibunya.
Yela, mak ambilkan. Eh, mana kakak kamu?, patutnya dia dah balik ini. Kamu tak
jumpa dengan kakak kamu balik sekolah tadi? ibunya seperti kerisauan.
Ada, katanya nak pergi rumah Kak Tipah sekejap.
Laa, pergi merayau pulak budak ni. Mak nak minta tolong kakak kamu memasak
tengahari ini, mak nak buat kuih kejap lagi,. terang ibunya.
Ibunya seorang yang lembut, tidak berkasar dengan anak-anaknya. Baginya, anak-
anaknya kini sudah besar, jika digunakan kekerasan,lama-kelamaan jiwa mereka
akan memberontak. Tetapi, kerenah anak-anaknya juga kadang-kala menguji
kesabarannya.
Emm, tak apalah, mak. Nanti biar Hassan tolong mak memasak. Nanti lepas
memasak, Hassan pergi tolong Abang Sani di bendang dan jual kuih. Kalau
harapkan kakak itu, sampai esok lusa pun dia tak masak, alamatnya kebulurlah kita
luah Hassan dengan geramnya.
Tak mengapalah, Hassan. Nanti mak pergi menjaja kuih. Lepas Hassan makan,
dan tolong abang dekat sawah, buat kerja sekolah ye. Kalau tak, susah nak buat
kerja sekolah malam-malam ujar ibunya dengan lembut.

87

Hassan mengangguk saja tanda setuju dengan kata-kata maknya. Jikalau dia tidak
ada kelapangan, selalunya dia akan mencari pekerjaan di pekan dengan mengambil
upah membawa guni beras atau menjaja ais ketul.
Dalam era 60-an itu, kebanyakan orang ketika itu, masih lagi menjual ais ketul
sebagai pendapatan tambahan. Biasanya akan meletakkan ais tersebut di dalam
guni dan dimasukkan ke dalamnya habuk-habuk kayu bagi menghalang ais ketul itu
daripada cepat mencair. Hassan terpaksa mencari wang sendiri, menampung
perbelanjaan harian dan perbelanjaan untuknya ke sekolah. Jika tidak, masakan dia
boleh ke sekolah. Dalam mencari pekerjaan yang halal, terdapat juga segelintir
majikan tempat dia bekerja yang tamak, diberinya upah yang tidak setimpal dengan
apa yang telah dikerjakan. Anak yatim sepertinya ditindas habis-habisan. Tetapi dia
tetap bersyukur. Dengan wang yang dia peroleh itulah yang menjadi wang sakunya
saban hari untuknya ke sekolah.

Begitulah rutin harian Hassan setelah dia pulang ke rumah. Kemiskinan hidupnya
keluarganya sejak kecil lagi membuatkan dia perlu berdiri di atas kaki sendiri tanpa
mengharap bantuan sesiapa pun. Tambahan pula, dengan ketiadaan ayah sejak dia
berusia dua tahun lagi, telah menjadikan dirinya lebih matang dan cekal. Hidupnya
tidak ubah seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Setiap hari,
hanya menjamu nasi dan ikan yang ditangkap di bendang sebagai menu makanan
seharian. Kadang-kala, terlintas jua di hatinya apabila melihat rakan-rakannya yang
mempunyai bapa, hidup mereka tidaklah seperit kehidupan yang dilaluinya.
Walaupun Hassan mempunyai adik beradik seramai tujuh orang dan mempunyai
kakak-abang yang sudah bekerja, tetapi mereka sedikit pun tidak prihatin tentang
keluarga dan adik-beradiknya yang lain. Masing-masing mempunyai haluan sendiri.

Kerinduan kasih sayang seorang bapa amat terkesan buat dirinya. Ayahnya
meninggal ketika dia masih kecil lagi, masih belum mengenal erti kehidupan yang
sebenar. Kadang-kala, menitis jua air matanya mengenangkan nasib diri yang tiada
berbapa,namun dia sentiasa ingat lagi pesanan ibunya sewaktu kecil-kecil dahulu.
88

Hassan, walaupun ayah dah tiada, Hassan janga patah semangat yer, ibu
sentiasa ada untuk Hassan dan anak-anak mak yang lain
Masih terngiang-ngiang pesanan ibunya di telinga. Tersenyum dia sendirian. Lantas
dia menanamkan azam dalam dirinya untuk meneruskan kehidupan dengan
berbekalkan semangat serta kudrat yang ada. Baginya, ibunya adalah sebagai idola
untuknya. Insan yang sentiasa menemaninya tika duka dan lara, insan yang banyak
bersusah payah membesarkan dirinya dan adik-beradiknya yang lain selama ini.
Ya! Itulah yang menjadi pencetus semangat buat dirinya.
************************************************************************************************
2
Kring!...kring!...kring!..
Tepat pukul 7.30 pagi, loceng sekolah berbunyi dengan nyaringnya, mengesa murid-
murid sekolah Sekolah Kebangsaan Tanjung Titi masuk ke kelas kerana sebentar
lagi sesi pembelajaran akan bermula. Hassan masuk ke kelasnya dengan tenang.
Tidak seperti murid lain, masih berlegar-legar di luar kelas. Dalam lima minit
kemudian, kelihatan kelibat Cikgu Shamsiah dengan lenggang-lengguknya dari jauh
menuju ke kelas 5 Orkid. Riak wajahnya agak serius membuatkan sesiapa sahaja
menjadi takut padanya.
Cikgu dah datang!! jerit seorang murid lelaki.
Semua murid bertempiaran lari masuk ke kelas. Setelah Cikgu Shamsiah masuk,
semua murid berdiri sebagai tanda menghormati Cikgu Shamsiah.
Assalamualaikum semua! Cikgu Shamsiah memulakan bicara.
Waalaikumussalam cikgu!
Baiklah, semua duduk. Kamu sihat hari ini?
Sihat, cikgu! jawab murid kelasnya jujur. Murid Kelas 5 Orkid mulai kehairanan.
Tiba-tiba seorang murid bangun dan menanyakan soalan kepada Cikgu Shamsiah.
Cikgu, sekarang waktu kelas Matematik Cikgu Munirah
89

Cikgu Shamsiah tersenyum. Beliau menunjukkan tangannya kepada murid itu
sebagai tanda diminta duduk. Cikgu Shamsiah merupakan guru Bahasa Melayu
kelas merangkap sebagai guru kelas 5 Orkid.
Beliau masih baru mengajar di sekolah itu tetapi kemahirannya dalam pengajaran
mata pelajaran Matematik tidak kurang hebatnya. Bak kata orang, beliau merupakan
seorang guru yang serba boleh.
Sebenarnya, sekarang cikgu hanya menggantikan Cikgu Munirah yang cuti sakit
hari ini. Baiklah. Kamu sudah belajar bab ke berapa sekarang? sambil membelek-
belek buku di tangannya.
Emm, bab ke-4, cikgu. balas seorang murid perempuan yang berada
dihadapannya.
Ok, Hari ini cikgu akan masuk bab 5 iaitu fractions atau lebih dikenali sebagai
PECAHAN. Buka buku teks kamu muka surat dua puluh empat. Cuba kamu lihat
bagaimana bentuk pecahan. Pecahan terdiri daripada satu pengangka dan satu
penyebut sambil Cikgu Shamsiah menunjukkan bentuk pecahan di papan hitam.

Sedang cikgu mengajar dihadapan, Hassan sudah mulai mengantuk. Perlahan-
lahan diletakkanya lengan sebagai pengganti bantal untuk melelapkan matanya
sebentar. Selesai Cikgu Shamsiah mengajar, ditulisnya soalan di papan hitam, dan
diajukan soalan tersebut kepada anak-anak muridnya.
Sementara Cikgu Shamsiah sedang asyik bertanyakan soalan, tiba-tiba beliau
terlihat seorang murid yang tunduk wajahnya di atas meja. Baru dia tersedar, ada
seorang murid lelaki sedang tidur dalam kelasnya. Disebabkan murid kelas itu terlalu
ramai, Cikgu Shamsiah terlepas pandang kepada seorang murid lelaki yang berada
di belakang kelas.
Cikgu Shamsiah mulai berang. Merona kemerahan wajah Cikgu Shamsiah menahan
marah. Kesabarannya sudah sampai di tahap kritikal. Dihampirinya ke meja Hassan.
PANGG!
Satu hentakan tangan diberi oleh Cikgu Shamsiah di atas meja Hassan.
90

Hassan!!. Masa saya mengajar kamu tidur!. Apa nak jadi kamu ni, haa?? Haah!,
jawab soalan saya di papan hitam! teriak Cikgu Shamsiah.
Hassan tersentak dari lena tidurnya, terus berdiri. Berdengung telinganya sebentar
Hentakan tangan Cikgu Shamsiah bak halilintar yang singgah ke telinganya, terus
menusuk jantung. Seperti mahu pecah sahaja jantungnya sebaik sahaja hentakan
itu singgah di mejanya. Dipegangnya kepala yang agak pening-pening lalat itu.
Terkebil-kebil Hassan melihat Cikgu Shamsiah yang tercekik pinggang di
hadapannya sambil meraup wajahnya yang masih berbekas-bekas dek kerana tidur
beralaskan lengan. Matanya yang kemerah-merahan bak biji saga. Semua mata
menuju padanya. Hassan mulai bangun dan terus ke papan hitam tanpa banyak
soal. Tenang sahaja langkahnya diatur. Sambil berjalan dia merenung soalan yang
tertera di papan hitam.
Hassan berfikir sejenak. Emm..susahnya soalan ini!..
Sengaja diberikan oleh Cikgu Shamsiah soalan sebegitu untuk menguji tahap
kebolehan anak-anak muridnya menjawab soalan tersebut. Belum sempat tiba di
hadapan. Hassan mulai mendapat akal.
Haa! aku dah tahu dah jawapan dia!!,
Kapur putih di tangan Cikgu Shamsiah terus dicapai apabila dia di hadapan dan
terus membuat jalan pengiraan. Sebentar sahaja. Pengiraanya hanya dicongak di
kepala. Hanya untuk ditulis sahaja. Pengiraannya juga cepat, ringkas dan padat.
Amat mengagumkan! Jawapan yang diberikan tepat sekali!.
Cikgu Shamsiah terkesima. Terkejut. Direnungnya jawapan Hassan dari mula
sehingga akhir untuk mencari kesalahan di setiap langkah pengiraannya, tetapi satu
pun tidak ada tercalit di papan hitam itu. Jalan pengiraannya juga lebih mudah untuk
difahami. Bukan itu sahaja, setelah selesai membuat pengiraan untuk mendapatkan
jawapan, dibuatnya lagi satu jalan pengiraan untuk mencari kembali soalan tersebut
berdasarkan jawapan yang diberi.
Baru Cikgu Shamsiah teringat sesuatu. Beliau ada mendengar khabaran daripada
guru-guru lain mengenai Hassan. Kepandaiannya dalam mata pelajaran Matematik
cukup mengkagumkan. Ternyata, segala perkhabaran itu benar sama sekali. Beliau
91

kehairanan. Direnungnya lagi jawapan yang diberi oleh Hassan di papan hitam.
Agak lama juga. Belum pernah beliau menemui murid yang sebegini pintarnya.
Kenapa, cikgu? Jawapan saya salah ke? tanya Hassan setelah melihat riak
wajahnya berubah.
Emmm, betul. Pergi duduk. jawab Cikgu Shamsiah.
Di minda Cikgu Shamsiah masih tertanya-tanya. Sarat dengan pelbagai persoalan
dan kagum dengan kebolehan anak muridnya itu. Dilihat sekilas, muridnya itu biasa
sahaja seperti anak muridnya yang lain. Cuma agak comot sedikit pakaiannya
dengan kasutnya yang koyak-rabak menampakkan kakinya yang terjelir keluar tanpa
dialasi dengan stokin kaki.
Hassan, nanti dalam pukul 1.00 tengahari, jumpa saya di bilik guru, Serius wajah
Cikgu Shamsiah memandang tepat pada Hassan.
Baiklah, cikgu.
Hassan terdiam. Perkhabaran itu seolah-olah besar sekali kesalahannya di mata
Cikgu Shamsiah. Tetapi, dihatinya tiada sekelumit gentar pun dengan apa yang
dibicarakan oleh gurunya itu. Baginya, perkara itu tidak menjejaskan sedikit pun
pendiriannya. Asalkan dia datang ke sekolah, dan dapat belajar dengan baik itu pun
sudah memadai. Sama ada tidur dalam kelas atau tidak itu hak masing-masing.
Setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri.
Waktu pembelajaran sudah tamat. Apabila loceng sekolah berbunyi, semua murid
bersorak kegembiraan. Murid berpusu-pusu keluar dari sekolah. Sementara itu,
Hassan perlu berjumpa dengan Cikgu Shamsiah. Pergerakan kakinya longlai sahaja.
Aduiii.., malasnya nak pergi jumpa cikgu, mesti kena marah ni.rungut Hassan.
Setibanya dia di bilik guru, kelihatan Cikgu Shamsiah sedang menulis sesuatu di
mejanya. Hassan menjadi liat untuk berjumpa dengan Cikgu Shamsiah. Bukan
kerana takut dengan Cikgu Shamsiah, tetapi telinganya malas untuk mendengar
leteran daripada Cikgu Shamsiah. Jika tidak pun, mungkin dia akan didenda
mencuci tandas sekolah.

92

Tiba sahaja di muka pintu, Cikgu Shamsiah terpandang Hassan di pintu bilik guru.
Hassan, masuklah. Kenapa tercegat disitu?pelawa Cikgu Shamsiah. Hassan
menurut sahaja.
Persilakan duduk, Hassan ujar Cikgu Shamsiah lembut.
Ada apa cikgu panggil saya, Cikgu? pasal dalam kelas tadi ke? tanya Hassan.
Ya. Saya amat tak suka kalau ada murid tidur dalam kelas saya.!
Saya minta maaf cikgu. Saya tak ada niat untuk buat cikgu marah. Saya mengantuk
sangat dalam kelas tadi tapi cikgu, saya dengar apa yang cikgu ajar di depan. Saya
hanya tidur-tidur ayam je di belakang. I just want rest my eyes for a minutes lembut
sahaja bicara Hassan serta dibuatnya wajah yang tersenyum bak kerang busuk.
Sesiapa sahaja yang terlihat pasti akan tergelak. Selamba sahaja. Riak wajahnya
lucu sekali. Cikgu Shamsiah tidak dapat menahan geli hatinya melihat wajah Hassan
dan dia terus tergelak. Terpadam terus segala api amarahnya. Kebetulan di sebelah
Cikgu Shamsiah, Cikgu Zainab turut melihat telatah Hassan yang lucu itu. Mereka
berdua terus ketawa.
Awak ni, memanglah. Kalau tak buat muka macam tu, memang tak sah!,
Emm..Baiklah, saya maafkan kamu. Tetapi kamu kena janji dengan saya, yang
kamu tidak akan tidur lagi dalam kelas semasa cikgu mengajar, termasuk juga waktu
pembelajaran subjek lain nasihat Cikgu Shamsiah.
Eeemm...Baiklah, Cikgu, .
Cikgu Shamsiah terus tersenyum. Niat Cikgu Shamsiah bukan sahaja untuk
menanyakan hal tersebut, tetapi sebenarnya beliau ingin mengetahui rahsia sebenar
bagaimana Hassan belajar, beliau mengetahui bahawa Hassan sebenarnya adalah
murid yang miskin, tiada berbapa, dan tidak mengikut mana-mana kelas tambahan
di luar, tetapi dia amat bijak sekali. Amat menghairankan!

Di sekolah tersebut, terkenal dengan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan
murid-muridnya. Hassan juga tidak terkecuali. Sejak kecil lagi, budaya di sekolah itu,
telah melatih anak-anak muridnya bertutur dalam Bahasa Inggeris.
93

Tidak hairanlah, jika perbicaraan antara guru dan murid menggunakan Bahasa
Inggeris kerana pengamalan serta budaya sekolah itu memang sebegitu.
Dan Hassan juga turut petah dalam menuturkan Bahasa Inggeris. Tetapi satu saja
yang membuatkan Hassan tidak disukai, iaitu kenakalannya membuatkan
kebanyakan guru pening melayan kerenahnya. Cikgu Shamsiah menutur
perbicaraannya kembali.
Saya hendak tahu, bagaimana awak belajar?, Awak ada belajar dengan sesiapa
ke? Saya banyak dengar cerita awak dari cikgu-cikgu lain tentang awak, saya nak
tahu serba sedikit bagaimana cara awak belajar, dalam kelas tidur, tapi bila suruh
jawab soalan, boleh pulak,hairan saya! Berkerut dahi Cikgu Shamsiah memikirkan
keajaiban itu.
Hassan terdiam. Kebisuan itu menimbulkan pelbagai pertanyaan di fikiran Cikgu
Shamsiah.
Kenapa diam je, Hassan?
Hassan seperti buntu untuk menjawab segala pertanyaan itu
Kalau cikgu nak tahu, tempat saya mencari ilmu hanya di sekolah.
Di sambungnya lagi perbicaraannya. Cikgu, saya hanya saya belajar sendiri saja.
Untuk pergi belajar tambahan seperti murid-murid lain,saya tak mampu, cikgu.
Mungkin itu kelebihan yang Allah telah bagi pada saya, bukankah Allah itu Maha
Adil? Walaupun saya tiada berbapa, tapi Dia beri saya kelebihan di sisi yang lain.
Cikgu, saya sebenarnya amat minat dengan subjek Matematik sejak dari 4 tahun
lagi . Bila saya tengok buku abang-abang saya, saya cuba belajar sendir, dari situ
saya belajar, cikgu. beritahu Hassan jujur dan wajahnya menunduk saja.
Disebabkan desakan hidup yang mencengkam dirinya, membuatkan dia sentiasa
ingin bersungguh-sungguh untuk belajar, tidak cukup belajar di sekolah, di
sambungnya pembelajaran di rumah. Baginya, dia perlu membantu dirinya sendiri,
dan tidak boleh menyamakan dirinya dengan anak-anaknya yang lain. Mereka
semua dibantu oleh keluarga, tetapi dirinya hanya bergantung pada usaha dirinya
sendiri.
94


Oo, tapi saya hairan. Bagaimana awak belajar, tidak seperti murid lain, mereka
melihat saya mengajar, tapi belum tentu lagi mereka dapat apa yang saya ajar, awak
lain dari yang lain, tanya Cikgu Shamsiah lagi
Jam sudah tepat pukul 1.45 petang, Hassan baru teringat bahawa hari ini dia perlu
pulang segera kerana dia sudah janji dengan Abang Sani untuk pergi mengangkut
guni beras di rumah Haji Daud. Belum sempat Cikgu Shamsiah mahu bertanyakan
secara lebih lanjut lagi, dia sudah meminta izin untuk pulang. Tidak sempat untuk
mereka berbual lebih lama. Mengeluh panjang Cikgu Shamsiah. Niatnya untuk
bertanya lebih terperinci tidak kesampaian.

************************************************************************************************
3
Hassan cepat-cepat berlari keluar dari sekolah. Dibimbangi akan dikejar oleh Cikgu
Shamsiah. Nasib Hassan cukup baik hari ini. Hanya dengan membuat tingkah laku
yang lucu sahaja, dia terlepas daripada dimarahi oleh Cikgu Shamsiah. Dia berlari-
lari hingga ke hujung sekolah, barulah dia berjalan seperti biasa.
Huh!!, nasib baik. Kalau tak, memang dah kena denda dah tadi.
Terukir senyuman dibibir Hassan apabila teringat kembali tingkah lakunya yang
tersenyum di hadapan Cikgu Shamsiah itu tadi. Akhirnya, dia tergelak sendirian
mengenangkan hal itu.
Disebabkan Hassan sudah lewat pulang ke rumah, dia mengambil keputusan untuk
menggunakan jalan pintas, terus menuju ke rumahnya, tetapi jalan itu agak sunyi
kerana jarang digunakan oleh penduduk kampung. Dalam perjalanan pulang,
dilihatnya di tepi jalan itu, ada satu pohon rambutan yang sedang berbuah lebat,
kemerah-merahan buahnya. Seperti menandakan buah-buah itu sudah masak
ranum di pohon.
Huh!, banyaknya rambutan! Tiba-tiba, perut Hassan berbunyi, sepertinya meminta
untuk diisi.
95

Aduh, laparnya aku.
Sudah seharian dia tidak makan, terliur rasanya melihat buah rambutan yang
melebat itu. Dilihat sekeliling tempat itu, sepertinya tidak ada kelibat tuan punya
pohon itu. Emm, mungkin pokok ini tak bertuan kot
Hassan mulai memanjat pokok rambutan itu. Belum sempat Hassan mengambil
buah dari pokok tersebut, datang seorang lelaki tua dengan bertongkat dari jauh
menjerit.
Oooiii!..jangan ambik buah pokok aku!!
Tergopoh-gapah pak cik tua itu berjalan, sehingga tiba di bawah pohon itu dan
mendongak ke atas melihat Hassan. Termengah-mengah pak cik tua itu dibawah
pokok. Seperti sudah tidak dapat bernyawa dengan baik. Tercungap-cungap
keletihan.
Minta maaf, pak cik. Saya ingat pokok ini tak bertuan. Saya cuma nak ambik sebijik
dua aje buah pokok pak cik, boleh la pak cik, saya lapar sangat.
Turun!, aku kata turun!. Hassan terkejut. Belum pernah dia menjumpai orang tua
seperti ini. Diturun perlahan-lahan sehingga kakinya menjejak bumi.
Aku tak izin sesiapa pun ambik buah pokok aku, tahu!. Jangan kau sentuh pokok
aku, kalau kau nak jugak, ambik buah yang jatuh tu, teriak pak cik itu dengan lebih
kuat lagi. Ditunjuknya buah-buah yang sudah busuk dimakan ulat itu kepada
Hassan.
Pak cik!, buah itu dah buruk, macam mana nak makan, pak cik?.
Pak cik tua itu mencebik. Aku tak kira, buruk ke masam ke, kau boleh ambik buah
yang jatuh je, yang lain tak boleh! tegas pak cik tua itu lagi.
Huh!, kedekut betul pak cik tua ini. rungut Hassan dalam hatinya
Ok, tak apa, pak cik tak bagi saya makan buah pokok pak cik ni, tapi tengoklah
nanti, saya akan tebang pokok pak cik!! marah Hassan. Dia tekad, dia akan tebang
pokok rambutan itu.
96

Kau nak tebang pokok aku?, Hahaha, jangan nak mengarut, pergi balik! arah pak
pak cik tua itu.
Hassan tekad, dalam hatinya Huh!, kedekut nak mampus, sombong pulak tuh!, tak
apa, jagalah pak cik, malam ni aku tebang pokok pak cik betul-betul, baru padan
muka! getus hatinya geram.
Geram hatinya melihat perangai pak cik tua yang busuk hati itu. Buah-buah
rambutannya di pohon itu terlalulah banyak sehingga menjadi terlalu masak dan
akhirnya jatuh bertaburan di atas tanah, tidak termakan olehnya tetapi masih lagi
kedekut. Umur pula sudah menjangkau 90 tahun tetapi sifat tamak itu masih
bermaharajalela. Hassan terus pulang ke rumah dengan wajah yang masam
mencuka. Ditanamnya dalam hati satu tekad, dia ingin menebang juga pokok itu
malam ini juga!
***********************************************************************************************
4
Suasana tengah malam sungguh tenang dan damai, dibayangi sinar cahaya terang
bulan. Angin malam bertiup merdu ditemani dengan suara cengkerik sesekali
menambahkan keenakan sunyi malam. Kata sudah diluah, sudah tiba masa untuk
dilaksana. Hassan sudah tekad dalam hatinya. Malam itu juga, dia ingin menebang
pokok pak cik tua kedekut itu. Hassan bukan seorang yang hanya berbicara kosong,
jika niat hatinya ingin melakukan sesuatu, pasti akan dilakukannya jua. Dicarinya
jalan, disusunnya strategi bagi memastikan rancangannya berjalan dengan lancar.
Malam itu, Hassan adalah orang yang paling terakhir masuk ke kamar tidurnya.
Hassan, mak masuk tidur dulu ya. Mak dah mengantuk sangat dah ni
Ya, mak.
Setelah semua ahli keluarga tidur, Hassan mengatur langkahnya, keluar rumah
melalui jendela dari kamarnya. Dibawah rumah, sebilah kapak sudah pun tersedia
dibalik timbunan kayu-kayan yang sengaja disorokkan dan disediakannya juga
sebuah pelita kecil.
97

Perlahan sahaja langkahnya meninggalkan rumah, terus menuju ke pohon rambutan
itu. Sampai sahaja di pohon itu,terus dihayunkan kapak pada pokok tersebut.
Sekejap sahaja, akhirnya pokok itu tumbang menyembah bumi, dan buah-buah yang
ada semuanya berguguran bersama dahan pokok itu. Semuanya habis ditebang,
hanya tinggal tunggul pokok sahaja.
Hatinya cukup puas. Rancangannya itu akhirnya dapat dilaksanakan juga. Hah!,
baru puas hati aku
Dilihatnya terdapat sebuah rumah tidak jauh dari pohon itu. Ohh, mungkin ini rumah
pak cik tua kedekut itu..
Hassan mula mendapat idea. Emm, aku nak letak dahan pokok ini atas tangga
rumah dialah, haa, kedekut lagi dengan aku, sombong pulak tuh!. Sekarang baru
dia tahu, sapa Hassan, hahaha!!, omongnya perlahan.
************************************************************************************************
5
Pagi yang cerah dan damai itu menyinari seluruh pelusuk Kampung Tanjung Titi
dengan terangnya. Udara nyaman pada waktu pagi akan membuatkan sesiapa
sahaja akan berasa tenang dan aman. Tiba-tiba, suasana pagi yang damai itu
bertukar menjadi bingit.
Ahhhhh!...pokok aku!!!!!...pokok aku!!!..sapa punya kerja nih!.. teriak pak cik itu
sebaik saja melihat pokoknya habis ditebang.
Monyet dan kera yang sedang enak menjamu selera memakan buah dari pohon itu
terperanjat mendengar pekikan orang tua itu terus bertempiaran lari masuk ke hutan.
Pekikan suara pak cik tua itu memeranjatkan semua haiwan yang ada disitu
termasuklah burung-burung. Semuanya habis berterbangan. Terbeliak matanya,
dilihatnya semua buah rambutannya gugur jatuh ke tanah.
AaaaaaHHHHH!!!
Seperti sudah hilang kewarasan akalnya. Dia mula teringat pada seorang budak
yang mengugut untuk menebang pokoknya itu.
98

Ahh!!, Ni mesti kerja si budak Hassan tuh, geramnya aku!!. teriak pak cik tua itu.
Tanpa lengah-lengah lagi, terus dia pergi ke rumah Hassan dengan membawa
sebilah parang.
Hassan, keluar kau!. Berani kau tebang pokok aku! teriak pak cik itu sekuat
hatinya. Hassan yang masih lena tidur, seperti dipekikkan di gegendang telinga
apabila mendengar suara pak cik itu.
Adui, sapa pulak pagi-pagi buta memekak ni,rungut Hassan. Hassan mengintai
dari jendela rumahnya. Eh, pak cik itu! Hassan terkejut. Lalu d ia terus keluar dari
rumah melalui pintu rumah belakang.
Keluar kau, Hassan!. Kalau kau berani dengan aku, keluar kau Hassan!!!!, aku dah
hilang sabar dengan kau, berani kau tebang pokok aku!! teriak pak cik tua itu.
Orang kampung yang melihat kejadian itu datang mengerumuni rumah Hassan dan
cuba memujuk pak cik itu supaya bertenang. Aku tak kira, kau keluar Hassan!!!.
Pak cik tua itu seakan-akan sudah gila. Ketika pak cik tua itu mengugut Hassan
dengan parang, tiba-tiba.....
Ahhhh!!! pak cik itu mengerang kesakitan dan tangannya memegang dadanya dan
terus terjelepuk di atas tanah. Salah seorang penduduk kampung berteriak
Cepat!..cepat!, kita bawa pak cik ni ke klinik . Beberapa orang kampung terus
mengangkat pak cik itu dan membawanya ke klinik desa yang berhampiran.

Dengar cerita penduduk, pak cik tua itu telah meninggal dunia disebabkan penyakit
jantung. Sejak hari itu, orang kampung takut pada Hassan. Tiada siapa yang berani
membuat jahat padanya. Tetapi ada juga terdengar tohmahan serta fitnah yang
menyatakan bahawa Hassan pembawa malang, pencuri, anak sial tetapi Hassan
tidak peduli itu semua. Hassan tetap meneruskan hidupnya walaupun dicaci dan
dihina penduduk kampung. Hassan juga telah dicop orang kampung sebagai
pencuri. Kebetulan, akhir-akhir, kes kecurian berlaku setiap hari. Terus Hassan
dituduh sebagai dalang kepada semua kes kecurian yang berlaku di kampung itu,
tetapi semua tohmahan itu tidak berasas. Hanya perbualan penduduk kampung
sahaja. Tiada bukti yang kukuh mengaitkan Hassan dengan semua kerja-kerja itu.
99

************************************************************************************************
6
Hari berganti hari, Hassan pun semakin meningkat remaja. Setelah tamat tahun 6,
Hassan berganjak pula ke sekolah menengah. Dia mendapat tawaran ke sekolah
beraliran Inggeris. Walaupun usianya semakin meningkat saban tahun, tohmahan
fitnah masih lagi berlarutan. Lama-kelamaan, Hassan tidak tahan lagi. Hassan
seorang yang keras hatinya. Hassan ambil keputusan tekad. Kesabarannya sudah
berada di puncak.
Aku tak kira, semua orang dah benci aku sangat, eh!, aku bukan pencuri itulah!.
Digenggam-genggam tangannya, sambil berbicara sendirian. Geram Hassan
dengan mulut orang kampung suka membawa fitnah dan menuduh orang tanpa usul
periksa sejak dia masih kecil hinggalah kini. Masih tidak henti-henti mulut manusia
melemparkan fitnah ke atas dirinya. Ada sahaja manusia yang menjadikan dirinya
sebagai subjek perbualan di kedai kopi, di warung-warung bahkan di masjid dan di
surau juga tidak terkecuali. Mulut manusia sukar ditutup. Mahu sahaja Hassan
menjahit kesemua mulut-mulut manusia yang keterlaluan itu.
Tak apa!, Semua orang dah tuduh aku pencuri, mentang-mentanglah aku anak
yatim, sedap mulut je orang kampung tuduh aku pencuri, dah orang tuduh aku
pencuri lebih baik, aku mencuri terus! getus hatinya geram.
Sejak daripada itu, Hassan mulakan niatnya. Tekadnya bulat. Tidak akan berganjak
dari pendiriannya. Setiap malam, dia akan keluar secara sembunyi-sembunyi bagi
mengelakkan daripada diketahui oleh sesiapa terutama sekali ibunya. Kadang-kala,
dia turut berpakat dengan Abang Sani untuk keluar bersama. Abang Sani juga tidak
terkecuali, turut terkena tempias hamburan fitnah orang kampung. Bagi memastikan
perjalanan rancangannya berjalan dengan lancar, Hassan akan meninjau dahulu
keadaan pada sebelah siangnya.
Eh, Hassan, malam ni kita nak ke mana?tanya Abang Sani.
Kau ikut je aku.

100

Sambil merayau-rayau, Hassan terlihat ada kelibat orang di tanah perkuburan.
Hassan menarik abangnya supaya menyorok dibalik semak. Hassan terlihat ada
makanan di pondok usang berhampiran tempat beberapa orang pemuda menggali
kubur.
Hassan tersenyum. Aku ada satu idea. Jom!. Ajak Hassan.
Pak Jamal dan Sudin sedang sibuk menggali kubur. Pada malam itu, seorang Pak
Lebai meninggal dunia kerana sakit tua. Mereka berdua diberi upah menggali kubur
pada tengah malam itu. Jenazahnya perlu disempurnakan selepas azan subuh
menjelang.
Eh, belum pernah aku gali kubur tengah-tengah malam ni, kalau tak kerana Pak
Lebai itu, aku dah sedap tidur ini tau, hari ini pun aku dah menggali satu kubur Mak
Jenah, malam ni ada lagi. Tengah-tengah malam pulak tuh! Aduhh! keluh Sudin.
Aissh, Sudin. Tak baik kau mengeluh. Buat kerja itu, biarlah ikhlas. Lagipun bila lagi
kita nak berbakti dengan Pak Lebai itu. Pak Lebai itu pun dah banyak berjasa untuk
kampung kita ini.nasihat Pak Jamal.
Yelah, yelah.sambung Sudin.
Dalam asyik mereka menggali kubur, tiba-tiba mereka berdua terdengar seperti ada
suara orang sedang menangis teresak-esak. Suara itu seperti amat hampir dengan
mereka.
Sudin mula ketakutan. Pak Jamal!, Pak Jamal!, dengar tak apa yang saya dengar?
tanya Sudin ketakutan. Dia sudah mulai menggigil.
Apalah kau Sudin. Nama je penggali kubur, tapi penakut. Kau tengok aku ni haa,
walaupun aku ni tak pernah menggali kubur, tapi berani jawab Pak Jamal dengan
bangga sambil mendabik dadanya. Disambungnya kerja menggali kubur itu.
Satu lemparan batu tepat mengena pada Pak Jamal. Pak Jamal mula naik marah.
Sudin, kau jangan melampau!, sakit aku! sambil menggosok-gosok kepalanya.
Sudin tercengang. Apa benda pulak nyer, Pak Jamal. Saya tak buat apa-apa pun,
Pak Jamal. Jangan sembarangan tuduh-menuduh yamarah Sudin.
101

Lemparan batu yang kedua pula tersasar pula di belakang Sudin. Mereka berdua
saling tuduh-menuduh dan bergaduh antara satu sama lain. Dalam asyik bergaduh
itu, tiba-tiba...
Satu lembaga putih datang menerpa mereka. Aaaaaaa, berani kau datang tempat
aku!!! suara lembaga itu amat menakutkan sekali. Lembaga itu terus meluru kepada
mereka dengan lajunya.
Aaaaaaa....HANTU!!!.....Pak Jamal dan Sudin berteriak. Mereka bertempiaran lari
dan terus meninggalkan tanah perkuburan begitu sahaja. Liang lahad masih belum
sempurna digali.
Kahkahkah!!, takut jugak Pak Jamal dan Sudin itu. Gelak Hassan.
Mereka berdua ketawa dengan terbahak-bahak sekali. Terasa seperti mahu pecah
saja perut mereka berdua melihat Pak Jamal dan Sudin bertempiaran lari.
Ok, jom cepat kita ambil makanan cepat sebelum mereka datang ke sini balik!arah
Hassan.
Segala makanan dan minuman habis dikebas oleh mereka. Malam itu, mereka
berdua kekenyangan sampai mereka mengantuk keletihan dan pulang ke rumah.
************************************************************************************************
7
Malam seterusnya mereka membuat operasi lagi. Malam ini, sasaran mereka di
rumah Pak Harun. Hassan sudah meninjau rumah Pak Harun pada petang itu.
Malam ini kita pergi rumah Pak Harun, kau dah ambik bawang merah? tanya
Hassan. Dah, tapi nak buat apa dengan bawang ni? Takkan nak pergi mencuri nak
kena lempar bawang pulak. tanya abangnya kehairanan.
Adalah, itu strategi rahsia aku. Nanti kau tahulah. Malam ni kita pergi curi ayam Pak
Harun. Beritahu Hassan.
Haa??ayam?, nak buat apa dengan ayam, takkan nak mencuri ayam Pak Harun
guna bawang kot. Dahlah ayam dia banyak, macam mana nak curi ayam dia?,
semua ayam dia dalam reban. Abangnya menggaru kepala yang tidak gatal.
102

Hassan tersenyum. Alah, taulah aku macam mana nak buat, kau ikut je aku. Abang
Sani hanya menurut sahaja. Dia tahu, segala rancangan adiknya itu, semuanya
menjadi. Otaknya yang geliga itu sentiasa tidak kering dengan idea-idea baharu lagi
bernas.
Hassan menyorok di dalam semak. Melihat sekiranya terdapat kelibat manusia yang
mundar-mandir meronda kampung. Dilihatnya sekeliling kawasan tersebut dengan
teliti dan berhati-hati. Langkah pertama dimulai. Hassan dan abangnya berpecah,
mereka berdua melakukan langkah mereka dengan perlahan sekali. Kedengaran
tuan rumah tengah asyik lena berdengkur.
Hehehe, nyenyaknya dia tidur, bagus, hehehe. Hassan bermonolog dalam hati.
Kelihatan reban ayam Pak Harun aman sahaja seperti tuan rumahnya yang sedang
ketiduran di rumah. Tanpa membuang masa, Hassan memberi arahan dengan
bahasa isyarat menandakan LINE CLEAR.
Ok, kau penyekkan bawang itu sekeliling reban itu, aku ke sebelah kanan, kau ke
sebelah kiri.arah Hassan.
Pada mulanya ayam dalam reban itu hendak berkokok juga, tetapi dengan tindakan
pantas mereka, semua ayam tersebut duduk diam sahaja. Mata ayam-ayam dalam
reban itu semua kepedihan dan tertutup rapat. Strategi mereka berjalan lancar.
Ok, kau tolong aku, angkat reban ayam ni, cepat!!arah Hassan lagi.
Eh, kau gila!, beratlah.Kita nak bawa ke mana reban nih? Abangnya semakin
hairan. Jangan banyak soallah, ikut je cakap aku. Kita bawa pergi ke dalam semak
itu. Semak itu tak ada orang. Tegas Hassan.
Reban ayam itu segera diangkat ke dalam semak. Terus dibukanya reban itu, tetapi
yang peliknya, hanya dua ekor ayam sahaja yang diambil. Ayam-ayam itu terus
disumbat ke dalam guni. Abang Sani kehairanan melihat tingkah adiknya itu. Dia
berfikiran, adiknya itu mahu mencuri kesemua ayam-ayam itu. Tetapi, sangkaannya
meleset sama sekali. Mahu bertanya, bimbang akan dimarahi lagi.

103

Kita tak boleh bawak balik ayam-ayam ini, bahaya!, kita kena terus makan di sini!
beritahu Hassan. Haa?? Terus makan?? Kau ni buat aku makin peninglah. Nak
makan macam mana ayam ni??. Ayam ini pun hidup lagi, lainlah kalau ada pisau,
bolehlah sembelih, leter abangnya
Hassan tersenyum sinis. Alah, macam tak biasa pulak abang nih. Senang aje,
ayam-ayam ini kita kepak aje, dan terus makan, lagipun kita sudah lama tak makan
ayam kan? Mesti sedap ni, kata Hassan sambil tersengih.
Abangnya tercengang. Eh, biar betul!. Takkan tak ada sembelih sedikit pun. Paling
kurang pun, sembelihlah sedikit,rungut abangnya.
Masalahnya macam mana nak sembelih, pisau pun tak ada. Abangnya mula
mencari sesuatu. Aku ada pisau lipat ja, bolehlah kita sembelih sedikit ayam ni,.
Abangnya memberikan cadangan. Baiklah, jom Hassan setuju.
Mereka berdua melapah ayam tersebut dengan gembira sekali. Akhirnya, ayam
tersebut mereka bakar. Malam itu mereka makan dengan lahap sekali. Sudah lama
mereka tidak merasa ayam dalam beberapa tahun ini. Hidup mereka dari kecil amat
susah.
Ahhh!, kenyangnya makan ayam!. Best!. Tersenyum abangnya sambil mengusap-
usap perutnya yang sudah kekenyangan seperti ular sawa.
Haa, bestkan?. Lain kali jangan banyak tanya kalau nak ikut aku. Ikut aje rancangan
aku, kau juga yang senang
Setelah selesai melapah ayam yang dicuri oleh mereka itu, mereka berdua pulang
ke rumah. Mak dan adik-beradiknya yang lain masih nyenyak tidur. Seperti biasa,
Hassan dan abangnya menyelinap masuk ke rumah dengan perlahan sekali, dan
terus ke kamar masing-masing.




104

************************************************************************************************
8

Pagi itu kecoh satu kampung mendengar berita kehilangan reban ayam Pak Harun
bersama ayamnya sekali. Maknya mulai bimbang.
Hassan, kau ada curi ayam Pak Harun tak?tanya maknya. Tak adalah mak. Kan
Hassan ada di rumah semalam. Pagi tadi pun mak yang kejutkan Hassan tidur.
bohong Hassan. Abangnya hanya diam membisu. Bimbang juga jikalau perkara ini
terbongkar.
Sementara itu, Pak Harun sedang sibuk mencari ayamnya. Sedang dia mencari
ayamnya, dia teringat pada Hassan.
Ah, mesti budak ini yang mencuri ayam aku!, tak ada orang lain dah! marah Pak
Harun.
Pak Harun terus menuju ke rumah Hassan. Setibanya di rumah Hassan, Pak Harun
terus memaki hamun Hassan. Jiran tetangga hanya melihat sahaja Pak Harun
seperti terkena sampuk itu. Nafsu amarahnya membuak-buak di dalam hati. Sayu
hati maknya melihat semua ini terjadi, tetapi dia tabahkan hati jua. Dia faham benar
dengan tingkah laku anaknya itu. Hassan tidak akan melakukan sesuatu itu
sekiranya dia tiada yang mengganggunya.
Sedang Pak Harun melepaskan amarahnya di hadapan rumah Hassan, tiba-tiba
datang seorang budak lelaki menghampiri Pak Harun.
Pak Harun!, dah jumpa dah!. Dari jauh orang itu memekik kepada Pak Harun. Pak
Harun terdiam. Tiada pekikan lagi darinya. Pak Harun teruns membisu.
Pak Harun, reban Pak Harun ada dekat belakang semak rumah Pak Harun dengan
ayam-ayamnya sekali. beritahu penduduk kampung itu. Tercungap-cungap budak
itu memberitahu Pak Harun, lalu Pak Harun terus pergi pulang ke rumahnya dengan
tergopoh-gapah sekali. Merah padam wajah Pak Harun. Malunya bukan kepalang.
105

Akhirnya, Pak Harun menjumpai ayamnya di semak belakang rumah. Semua
ayamnya ada di reban. Ayamnya banyak sehinggakan tidak diketahui olehnya
berapa jumlah bilangan ayam yang sebenar. Hassan tahu, Pak Harun tidak akan
mengetahui bahawa dia yang telah mencuri ayamnya.
Di hati Pak Harun, terdetik jua rasa kesal dan malu dengan perbuatannya menuduh
orang tanpa usul periksa. Tetapi disebabkan egonya terlalu tinggi, tidak sanggup dia
meminta maaf pada Hassan. Orang kaya berpangkat sepertinya tidak memandang
orang miskin. Ibarat burung pipit dengan enggang. Begitulah perumpamaannya. Pak
Harun terkenal dengan gelaran yang dimilikinya serta harta kekayaan yang
melimpah ruah. Dia menggelarkan dirinya sebagai Orang Kaya-Kaya Kampung
Tanjung Titi, tetapi terlalu bakhil. Tetapi disebabkan sifat egonya yang tinggi, Pak
Harun tidak mempedulikan semua itu. Dia tetap dengan pendiriannya. Kegilaan
harta dunia membuatkan Pak Harun masih lagi mengejar itu semua, sedangkan
usianya semakin hari semakin bertambah, langsung tidak memberi kesedaran apa-
apa baginya. Niat Hassan adalah untuk memberi pengajaran buat Pak Harun. Kalau
bukan kerana mulutnya yang cabul, memfitnahnya ke sana-ke mari, kedekut serta
sombong tiada juga niat Hassan untuk mencuri ayamnya. Pak Harun jugalah yang
menjadi jarum penyucuk, menghasut orang kampung mempercayai bahawa
dirinyalah pencuri yang sering membuat onar di kampungnya itu.

************************************************************************************************
9

Setelah perkara itu berlaku, Hassan memberhentikan niatnya buat sementara waktu.
Peperiksaan akhir tahun semakin hampir membuatkan Hassan ingin memberikan
tumpuannya lebih sedikit untuk pelajaran. Namun hatinya masih kebimbangan.
Cikgu Rasdi sudah banyak kali meminta Hassan membayar yuran untuk melayakkan
dirinya menduduki peperiksaan. Itu membuatkannya menjadi serba salah.
Hassan, bila kamu hendak bayar yuran peperiksaan?, murid lain semua sudah
bayar, kamu bila lagi nak bayar, Hassan? tanya Cikgu Rasdi dengan lembut.
106

Agak risau juga Cikgu Rusdi melihat Hassan yang masih belum membayar yuran
peperiksaan. Peperiksaannya sudah semakin hampir.
Tak mengapalah, cikgu. Saya bukan tak mahu bayar, tapi saya betul-betul tak ada
duit nak bayar yuran peperiksaan itu. Cikgu tak perlu susah hati. Tahun ini, saya tak
akan datang peperiksaan.ujar Hassan dengan lemah.
Eh, Hassan!, jangan begitu, Hassan. Ini melibatkan masa depan kamu, Cikgu
Rasdi sedikit terperanjat. Hassan merupakan murid cemerlang sekolah ini. Beliau
tidak sampai hati membiarkan masa depannya hancur begitu sahaja.
Macam inilah, yuran peperiksaan ini saya akan bayar untuk awak kali ini, buat yang
terbaik untuk peperiksaan ini ya. Inilah peperiksaan kamu yang terakhir di sekolah
ini. pesan Cikgu Rasdi. Hassan terharu. Terus dipeluk erat Cikgu Rasdi sambil
menitis air matanya. Sebak hatinya tidak dapat tertahan lagi. Pengorbanan Cikgu
Rasdi kepadanya cukup besar dan akan dikenang selagi nyawa dikandung badan.
Walaupun Hassan pernah menyakitkan hatinya, tetapi beliau tidak menyimpan
semua itu dalam hati. Niat beliau hanya ingin melihat anak murid harapannya
berjaya sehingga ke menara gading. Tahun ini, Hassan bakal menduduki
peperiksaan MCE atau lebih dikenali sebagai Malaysia Certificated Education.
Dengan berbekalkan semangat serta usaha yang gigih, dia berusaha bersungguh-
sungguh untuk berjaya. Dia juga ingin membuktikan kepada penduduk kampung
bahawa dia juga boleh berjaya!
************************************************************************************************
10
Musim buah-buahan sudah tiba. Pokok buah-buahan penduduk kampung mulai
berbuah dengan lebatnya. Buah-buahan yang ada itu akan menjadi sumber
pendapatan sampingan buat penduduk kampung. Ada yang menjual kepada peraih,
ada juga yang jual sendiri. Masing-masing dengan cara mereka.
Fikiran Hassan mulai ligat memikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang. Akhir-
akhir ini juga, permintaan terhadap buah-buahan semakin meningkat terutamanya
buah durian.
107

Hassan mendapat akal lagi. Seperti kebiasaannya, kerja yang biasa dilakukannya
bermula pada tengah malam. Dengan hanya bermodalkan guni beras yang
diambilnya di bawah rumah, dia terus pergi mencari kebun buah durian. Kebun buah
durian ini sudah lama tiada pemiliknya kerana tuannya sudah lama meninggal dunia.
Malam ini aku mesti dapatkan seguni buah durian, boleh jual di pasar esok pagi.
Tekad Hassan. Hassan hanya pergi sendirian. Mukanya ditutup dengan topeng
muka. Kali ini dia lebih berhati-hati. Sambil berjalan dalam kebun durian,
dileretkannya guni di atas tanah dengan perlahan sekali. Jika dia bernasib baik,
mungkin akan ada durian yang melekat di guni Hassan. Tetapi dalam waktu yang
sama, Hassan merasakan seperti ada sesuatu yang mengekorinya di belakang.
Tiba-tiba...
Suatu lembaga hitam yang besar di hadapannya. Hassan terperanjat. Namun,
Hassan sedikit pun tidak berganjak dari tempat itu. Kelibat lembaga itu seperti tuan
punya kebun itu, tetapi yang menghairankannya, tuan punya kebun itu sudah lama
meninggal. Hassan selamba sahaja
Eh, aku cuma nak seguni buah durian saja, lepas ini aku takkan datang ke sini lagi.
Lembaga itu terus menghilang. Hassan meneruskan niatnya kembali. Setelah penuh
satu guni buah durian, Hassan terus pulang ke rumah. Disoroknya buah durian itu di
bawah rumah. Khuatir juga diketahui ibunya.
Azan subuh kedengaran mendayu-dayu di segenap kampung. Selepas azan subuh,
Hassan terus keluar untuk membawa buah durian ke pasar. Dalam perjalanan ke
pasar, Hassan berjumpa dengan Ramu.
Ramu, saya mahu minta tolong kamulah. Kamu mahu saya bantu apa?
Saya mahu pinjam kamu punya basikal, boleh?Boleh, tapi sekejap saja ya.
Ok, nanti saya pulangkan ke rumah kamu.
Hassan mengayuh basikal sambil memegang guni yang sarat dengan buah durian
itu. Hampir kempis tayar basikal Ramu. Dalam perjalanan ke pasar, Hassan melihat
ada sebuah gerai kosong ditepi jalan. Hassan tersenyum girang.
108

Pada awalnya, niatnya hanya ingin menjualnya dipasar, tetapi apabila melihat
terdapat gerai kosong, terus dia matikan niatnya itu. Hassan pun memulakan
perniagaan BUAH DURIANnya.
Durian!...Durian!....mari beli. Murah, murah!. Satu tompok durian, tiga puluh
posen!!..Hassan berteriak di gerai itu. Ramai yang mengerumuni gerai Hassan.
Ketika ramai yang membelek buah durian yang dijual Hassan, tiba-tiba ada seorang
pelanggan bertanya.Eh, kenapa banyak sangat tanah kat durian ini?
Oh, biasalah itu akak. Semalam kat kampung ini hujan lebat, habis tanah melekat
pada durian, saya tak sempat nak buangkan tanah pada durian itu, tapi akak! Saya
durian saya semuanya elok-elok.bicara Hassan dengan yakin.
Oo, ye ke?, emm..tak apalah. Akak nak satu tompok durian ya.
Seronok hati Hassan bukan kepalang. Hari ini rezeki aku melimpah-ruah, hehe,
akak, minta maaf lah kerana terpaksa menipu akak ya. bisik hatinya..
Dalam perjalanan pulang ke rumah, Hassan ternampak ada kelibat beberapa orang
pemuda, lagaknya seperti penyamun, kesemuanya bertopeng. Hassan terus
bersembunyi di dalam semak sambil memerhatikan mereka sedang cuba
menyamun sebuah kedai runcit. Hassan memerhati seorang demi seorang
penyamun tersebut.
Sah!, aku dah agak dah. Ni memang kerja mamat-mamat ini. Selama ini aku diam!.
Jaga kau, aku akan bongkarkan kerja kau semua pada tok penghulu!. Marah
Hassan dalam hati. Kemarahan Hassan makin membuak-buak kerana selama ini
yang mereka juga bersubahat menuduh Hassan sebagai pencuri, dan mereka
jugalah yang menyebarkanya kepada orang kampung. Mereka ini anak buah Pak
Harun. Mereka hanya berlagak alim-alim kucing di mata orang kampung.
Hassan pulang ke rumah. Dia sudah merencanakan suatu idea bagi memerangkap
penyamun-penyamun itu. Biar seluruh penduduk kampung tahu bahawa siapa
pencuri yang sebenarnya.
109

Di tengah malam yang cukup dingin, sunyi sepi, hanya unggas mengisi kekosongan
malam yang begitu tenang dan damai sekali. Dalam nyenyak dibuai mimpi, tiba-tiba
Hassan dikejutkan ketukan pintu oleh beberapa orang di luar rumahnya.
Tok..tok..tok...tok,
Hassan!...Hassan!!, bunyi ketukan pintu bertalu-talu diiringi suara daripada orang di
luar rumah. Setelah beberapa lama, akhirnya Hassan terjaga dari lenanya.
Terganggu tidurnya dek kerana ketukan pintu yang agak kuat di luar. Ibunya tiada di
rumah. Malam itu, semua adik-beradik Hassan tidur di rumah saudara yang bakal
mendirikan rumahtangga keesokan hari.
Ye, ye. Sekejap, sekejap, Hassan bukak pintu Hassan menyahut panggilan, sambil
menggosokkan matanya, perlahan sahaja pergerakannya. Mungkin dia terlalu
mengantuk.
Krekkkk...
Eh, tok penghulu, ada apa malam-malam datang rumah saya ni, tok?Hassan
kehairanan.
Tok nak kamu ikut tok, pergi ke balai raya, kita perlu pergi berbincang sesuatu di
sana, beritahu tok penghulu. Kali ini, wajahnya kelihatan serius sekali.
Baiklah, saya pergi pakai baju sekejap.Hassan meminta izin.
Sesampai sahaja Hassan bersama tok penghulu dan beberapa orang kampung,
Hassan dimaki hamun oleh seorang pemuda.
Oooi, Hassan!!. Kau tak serik-serik lagi ke nak mencuri, haa?!?! tengking pemuda
itu. Pemuda itu adalah tuan punya kedai runcit di seberang jalan berhampiran
dengan rumah Hassan, iaitu Latiff.
Hassan tenang sahaja. Dia sudah mengagak perkara ini akan berlaku ke atas
dirinya, sama ada cepat atau lambat sahaja. Eh, kau main-main tuduh aku!, mana
bukti yang aku mencuri di kedai kau?.

110

Eh, Hassan. Kau tak payah berdolak-dalih lagi lah!. Semua penduduk kampung
sudah tahu, ini kerja kau. Dari kecil lagi kau memang suka mencuri, entah-entah
bapak kau pun sama dua kali lima macam kau jugak!!, suka mencuri! dihamburnya
segala tohmahan kepada Hassan. Kemarahan Latiff semakin membara. Dia sudah
tidak dapat menahan amarahnya kepada Hassan.
Eh, Latiff. Mulut kau jaga sikit eh!, jangan kau libatkan ayah aku pulak dalam
perkara ni. Tok!, kenapa tok diam saja!, Dimana perbincangan seperti yang tok
beritahu saya tadi?, Adakah ini satu perbincangan?? Mana peranan tok sebagai
pengadil dan pembela nasib orang kampung??. Kenapa hal ini tidak disiasat terlebih
dahulu??, Dimana hak saya untuk saya membela diri saya, tok??. Saya dituduh
orang tanpa usul periksa!!. Tunjukkan bukti sekiranya saya bersalah!!.panjang lebar
penerangan Hassan.
Hassan sudah tidak tahan lagi dengan tuduhan orang kampung yang berfikiran
sempit, banyak mendengar buah mulut orang sahaja. Itulah kelemahan orang
bangsa sendiri dan itu jugalah realiti yang perlu dihadapi oleh Hassan.
Eh, Hassan, kau jangan nak banyak cakaplah!, jom Tok!, kita bawak pencuri ini ke
Balai Polis. Latiff seperti sudah naik hantu. Tok Penghulu menyekat Latiff daripada
terus mendesak.
Nanti dulu, Latiff. Betul juga kata Hassan. Kita duduk dulu berbincang secara baik.
Lagi pula, hal ini tak kan selesai sekiranya kita membawa sifat amarah dalam apa
juga perbincangan sekalipun. Kalau diikutkan hati yang marah, kita menjadi tak ubah
seperti setan!. Ikut perangai syaitan.Latiff terdiam. Dia cuba menahan sabar.
Dalam situasi tegang itu, tiba-tiba datang sekumpulan orang kampung membawa
beberapa orang pemuda yang sudah kelihatan tidak bermaya. Mereka dibawa ke
balai raya. Keadaan menjadi kacau-bilau. Ramai penduduk kampung datang untuk
melihat peristiwa itu termasuk mak dan adik-beradik Hassan yang baru sahaja
mengetahui perkara ini.
Tok!..tok!...sebenarnya inilah pencuri yang selalu membuat onar di kampung kita.
Kami tangkap mereka semasa mereka hendak pecah masuk rumah Pak Leman
tadi.beritahu seorang pemuda.
111

Oh, selama ini kerja kamu la yer!. , Seman, bukak topeng muka mereka semua
ini.!arah tok penghulu. Topeng muka semua penyamun itu dibuka.
Hahhh!, kamu rupanya, Daud, Karim, Amin. Tok tak sangka kamu sanggup buat
kerja ini semua!. Tok kesal!, tok kesal. Selama ini, tok percaya pada kamu bertiga,
ini balasan kamu pada tok. Harapkan pagar, pagar makan pagi.luah Tok Penghulu.
Mereka bertiga ini sebenarnya adalah pemuda rukun tetangga yang telah
diamanahkan untuk turut sama membantu menjaga keamanan kampung. Hassan
berasa amat bersyukur. Bersyukur kehadrat Illahi kerana akhirnya penjenayah yang
sebenar sudah diketahui. Tidak perlu Hassan mencari jalan untuk memerangkap
mereka.
Sekarang semua sudah jelas??!?Hassan memerli Latiff dan penduduk kampung.
Semua penduduk kampung terdiam. Mak Hassan tersenyum, lalu dia meninggalkan
tempat itu. Dia mengetahui benar perangai anak-anaknya. Dia tahu anaknya tidak
bersalah. Semua penduduk kampung berasa bersalah terhadap Hassan.
Selama ini, fitnah yang dilontarkan oleh sesetengah pihak sebenarnya tidak benar.
Bertahun-tahun dirinya difitnah, akhirnya keadilan terpancar jua. Mungkin kenakalan
Hassan menyebabkan Hassan difitnah.

Tok Penghulu mendekati Hassan. Dipegang tangan Hassan dengan erat.
Hassan, Tok sebagai wakil ketua kampung, amat berasa bersalah kepada kamu.
Tok nak minta maaf kepada kamu. Mungkin salah Tok juga kerana tidak menyiasat
perkara ini sedalam-dalamnya. Tok minta maaf. Tok wakil semua orang kampung,
minta maaf pada kamu,jelas Tok Penghulu.
Hassan berfikir sejenak. Melihat semua penduduk kampung menantikan jawapan
daripadanya.
Baiklah, Hassan maafkan, tetapi ada syaratnya.
Apa dia, Hasssan? Tok Penghulu tertanya-tanya.
112

Hassan nak minta Tok Penghulu cari jalan, berusaha membela nasib anak-anak
yatim di kampung kita ini, bukan untuk Hassan. Hassan tak perlukan semua itu.
Hassan akan cuba berdikari sendiri untuk menyara hidup Hassan dan keluarga
Hassan, Hassan tak mahu ada yang senasib dengan Hassan, terpaksa meminta
belas kasihan orang. minta Hassan dengan penuh pengharapan. Dalam masa
yang sama, turut menyindir segelintir manusia yang sering tamak dengan harta
dunia.
Baiklah, Hassan. Tapi Tok sedar. Salah Tok juga kerana tidak prihatin dengan
keadaan orang kampung kita. Itu tanggungjawab Tok untuk membela nasib orang
kampung ini. Insya-Allah, Tok akan cuba usahakan.
Baiklah tok, Hassan minta diri dulu. Esok, Hassan akan pergi melaporkan diri untuk
menjalani latihan tentera udara di Sebatang Kra, Butterworth. Keputusan
peperiksaan MCE saya baru-baru ini dapat melayakkan saya ke sana terang
Hassan lagi.
Tok Penghulu terperanjat. Kamu minta untuk masuk askar? Kenapa? Disebabkan
hal ini kamu masuk askar? tanya Tok Penghulu dengan rasa bersalah.
Tidak, Tok. Hassan sudah tak ada pilihan lain lagi selain masuk untuk menjadi
askar, Tok. Tok pun tahu, keluarga saya tidak mampu untuk menampung saya untuk
melanjutkan pelajaran ke bidang lain,jawab Hassan.
Oo, begitu. Tok doakan kamu berjaya suatu hari nanti. jawab Tok Penghulu
dengan bangga sambil berjabat tangan dengan Hassan. Hassan meninggalkan Tok
Penghulu dan semua penduduk kampung yang masih ada di balai raya itu. Mereka
semua masih menyimpan perasaan bersalah terhadap Hassan dan keluarganya.
Hassan pulang dengan rasa bersyukur sekali. Akhirnya, maruahnya terbela. Setelah
beberapa tahun kemudian, dikhabarkan bahawa Hassan telah melanjutkan
pelajarannya di Asian Institute Management Makati Metropolitan, Manila di Filipina.
Pengajiannya telah dibiaya oleh Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia Setelah
sekian lama menuntut di sana, Hassan terus pulang ke Malaysia.. Setibanya
Hassan di Malaysia, Hassan terus dilantik menjadi juruterbang dalam Angkatan
Tentera Udara Malaysia.
113

Perjalanan hidup yang penuh ranjau duri itu akhirnya berbalas jua dengan sebuah
kejayaan yang penuh erti baginya. Itulah sebuah percaturan kehidupan yang
bergelar insani.





















114

Siti Nor Syahirah Binti Kauzi
Menanti Kasih

Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaan-Mu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.
Damya menghayati lagu Andainya Hatiku Bersuara yang dinyanyikan oleh Chomel
dengan begitu khusyuknya. Tersentuh hatinya dengan lirik lagu tersebut. Hati yang
lara dibawa lari ke sungai di hujung kampungnya. Cuba mencari kedamaian dan
merawati hatinya yang terluka. Suasana damai di tepian sungai ini membuatkan
Damya Qalesya berasa tenang seketika dan masalah yang dihadapi dengan kawan
baiknya Aisy Iskandar, yang juga merupakan insan yang dicintainya dalam diam
lenyap buat seketika. Ada kesayuan terpamer di wajahnya. Matanya dipejamkan
rapat-rapat, masih terngiang-ngiang kata-kata Aisy Iskandar yang kasar dilontarkan
kepadanya. Suara kanak-kanak perempuan menangis menyentaknya dari
lamunan.
Intan, janganlah menangis pujuk budak lelaki itu sambil tangannya mengangkat
kembali basikal yang telah jatuh itu.
Awie mintak maaf, Awie tak sengaja tolak Intan ujar budak lelaki itu. Lalu budak
lelaki itu memimpin tangan budak perempuan itu lalu berlalu pergi.
Damya Qalesya memandang kanak-kanak tersebut yang semakin jauh
meninggalkan kawasan tersebut. Kenangan lama datang semula menerjah
membawa bersama-sama garis luka sebuah kenangan berwarna merah.
************************************************************************************************
115

Aisy, Aisy! Aku nak naik basikal baru tue! ujar Damya, sambil tangannya
menunjukkan ke arah basikal baru kepunyaan Aisy yang megah tersergam di laman
rumah banglo dua tingkat milik keluarga Aisy Iskandar.
Aisy memandang basikal kesayangannya itu yang dihadiahkan oleh papanya
sempena hari jadinya. Papa dan mamanya akan mengikuti apa saja kehendaknya
disebabkan dia merupakan anak tunggal dalam keluarga itu. Papanya merupakan
seorang ahli perniagaan yang berjaya manakala mamanya seorang doktor.
Kesibukan papa dan mamanya menyebabkan dia menumpang kasih dengan Mak
Mah, iaitu Ibu Damya yang merupakan pembantu di rumahnya.
Basikal tu baru lagi la Damya. Aku mana boleh bagi kamu naik basikal tu Jawab
Aisy sambil menggaru-garukan kepalanya. Rambutnya yang pendek itu tegak sahaja
seumpama duri-duri landak walaupun digaru berkali-kali.
Alaa....bagilah aku naik. Aku teringin nak naik basikal tu. Kaukan kawan baik
aku.Takkan kau tak sayang kat aku. Bolehlah! Pinta Damya lagi sambil tangannya
diletakkan di bibir meminta belas kasihan.
Aisy memandang dengan mata kasihan ke muka Damya. Wajah Damya yang putih
kemerah-merahan terkena pancaran matahari. Rambutnya panjang mencecah bahu
diikat dengan seutas getah pengikat. Dilihat perut Damya yang begitu besar sekali.
Aisy tersenyum menampak giginya yang kemas tersusun. Perut Damya memboyot,
jauh lebih besar dari bola getah sebesar kepala lelaki dewasa yang sering
digunakan untuk bermain bersama teman-temannya di sekolah.
Besarnya perut kau. Dah macam gajah bunting je!!.Hahhahahha!! Gelak Aisy
dengan mulut sedikit terbuka sambil tangannya menepuk-nepuk perut Damya yang
memboyot itu.
Damya memuncungkan mulutnya, kecewa dengan sikap acuh tak acuh, Aisy.
Bantal busuk Damyalah!! Ala Aisy, inikan main pondok-pondok je. Kaukan laki Mia.
Kau kenalah buat apa yang Mia minta. Tak syok la main kahwin-kahwin kalau
macam ni. Bungkam Damya.
Aisy serba salah. Dia memang sukakan Damya. Kalau boleh apa yang Damya
ingin, semua ingin diturutkan. Damyalah yang mengajaknya bermain pondok-
116

pondok. Walaupun Aisy serba salah menerima ajakkannya, tapi bila Damya
mendesak, Aisy akur juga. Aisy sememangnya tahu perangai Damya, rakan
sepermainan dia yang paling rapat. Mereka sama umur dan bersekolah di sekolah
yang sama. Mereka akan ke sekolah bersama-sama dihantar oleh pemandu
keluarga Aisy.
Ala, Mia. Mana boleh naik basikal tu. Nanti kau rosakkan basikal tu. Aku sayang
basikal tu. Kita main pondok-pondok ni je la ye. Ujar Aisy semula.
Dilihat Damya hanya diam. Mukanya mencebik. Dia berlari-lari anak menuju ke
kerusi rehat yang terdapat di laman rumah itu. Aisy tahu Damya merajuk. Perasaan
Aisy serba salah. Pasti selepas ini Damya tak akan menegurnya lagi. Dia tahu
sangat, kalau mereka bergaduh, dua tiga hari Damya tak akan menegurnya.
Okla. Ni ambil ni. Bawa basikal ni baik-baik ye Akhirnya Aisy bersetuju juga.
Terima kasih Aisy. Tapi Mia tak pandai tunggang basikal ni. Aisy ajar Mia ye
sahut Damya kembali tersenyum.
Setelah mencuba beberapa kali, Damya masih gagal untuk mengimbangi dirinya
menunggang basikal. Berkali-kali basikal baru Aisy jatuh tersemban bumi. Habis
bercalar basikal itu. Penat Aisy mengajar Damya, namun hampa, Damya masih
tidak pandai menunggang basikal itu. Gara-gara penat mengajar Damya, timbul niat
jahat Aisy untuk mengusik Damya. Semasa Damya menaiki basikal itu, dan dia
menolaknya dari belakang bagi membantu Damya mengimbangkan diri, Aisy
sengaja menolak basikal itu laju lalu melepaskannya. Damya tidak dapat
mengimbangi dirinya lalu jatuh. Kepalanya terhantuk batu besar yang ada di laman
itu.
Dummmbbb.....!
Mia....!!! Jerit Aisy terus menerkam ke arah Mia yang terbujur kaku dengan muka
tersembam di batu.
Mia mengangkat sedikit mukanya. Terasa sakit yang amat. Matanya dipejamkan
sambil menahan sakit di kepalanya.
117

Mia! Mia! Bangunlah, bangunlah Mia! Rayu Aisy sambil mengerakkan-gerakkan
badan Mia.
Papa!!!!Mama!!!! Mia jatuh basikal Mia pengsan!!! Jerit Aisy dalam esakan.
************************************************************************************************
Awan hitam mula berarak lambat memberi tanda hujan mahu turun selebat-lebatnya.
Bunyi guruh mengejutkan Damya dari lamunan. Dia meraup wajahnya yang lembut
itu. Tangannya terhenti seketika apabila tersentuh parut yang ada di wajahnya.
Peristiwa Damya jatuh basikal 8 tahun dulu, telah meninggalkan parut dimukanya
sepanjang jari manis orang dewasa. Parut ini telah membuatkan wajahnya tidak lagi
licin seperti dulu. Masih lagi dia ingat, papa dan mama Aisy telah berjanji dengan
ibunya yang bila dewasa nanti, Aisy akan dikahwinkan dengan Damya untuk
menebus kesalahan Aisy yang telah menyebabkan Damya mendapat parut
dimukanya.
Lamunannya tersentak lagi apabila kedengaran seseorang memanggil namanya.
Ditoleh badannya. Aisy Iskandar. Lelaki itu telah membuatkan hatinya tiba-tiba
berdebar. Diakuinya, persahabatannya dengan Aisy yang terlalu rapat telah
menimbulkan bait-bait cinta di hatinya. Namun terpaksa dipendamkan perasaan
cinta itu kerana Damya takut dirinya hanya bertepuk sebelah tangan.

Aisy, apa kau buat kat sini Tanya Damya sambil membetulkan tudungnya yang
senget akibat tiupan angin yang kuat.
Aku nak jumpa kau la..Wei, aku bengang sekarang ni. Kawan-kawan kau, Sara
dan Lia kata, kau dan aku bercinta. Agak-agak la wei. Tak kan aku nak bercinta
ngan anak pembantu rumah aku. Lagi-lagi muka kau yang berparut tu. Jatuhlah
saham aku. Aku, Aisy Iskandar, lelaki paling kacak, bergaya dan kaya tak akan
sama sekali jatuh hati kat kau, Damya Qalesya. tengking Aisy dengan mukanya
yang merah padam menahan geram lalu beredar meninggal Damya keseorangan.
Terdiam Damya mendengarnya. Air mata mula bertakung di birai matanya. Hatinya
sedih mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Aisy, sahabat baiknya.
Bertambah lagi luka di hatinya. sedangkan luka semalam masih belum terubat lagi.
118

Peristiwa di sekolah semalam terimbas kembali. Peristiwa itu menyebabkan
hubungannya dengan Aisy menjadi tidak rapat seperti dulu lagi.
************************************************************************************************
Di bilik disiplin, Aisy, Haikal dan Ikram telah dimarahi oleh Cikgu Zamri yang
merupakan guru Disiplin di sekolah itu. Mereka bertiga ini ditangkap semasa
sedang merokok di belakang tandas.
Apa nak jadi dengan kamu semua ini marah Cikgu Zamri. Satu pukulan rotan di
meja menyebabkan Aisy, Haikal dan Ikram terkejut . Mereka diam seribu bahasa.
Mereka berasa hairan bagaimana mereka boleh tertangkap dengan Cikgu Zamri
sedangkan selama ini tidak sesiapa pun mengetahui kegiatan haram mereka di
sekolah itu.
Kenapa kamu semua diam?, Kenapa berani buat hal? Kamu tahu tak tahun ni
kamu semua akan menduduki peperiksaan SPM? Tapi berani buat hal kat sekolah.
Langgar peraturan sekolah. Saya akan pastikan kamu bertiga akan mendapat
hukuman yang sewajarnya atas perbuatan kamu semua ini. Esok saya akan panggil
ibu bapa kamu semua . Ingat tu. ujar Cikgu Zamri dengan nada yang tegas.
Setelah mereka bertiga keluar dari bilik disiplin, mereka menuju ke kafe. Setelah
selesai mengambil makanan, mereka memilih tempat yang berdekatan dengan pintu
masuk untuk menjamu selera.
Wei bro, agak-agak sapalah yang report kat cikgu Zamri? Tanya Haikal tidak
berpuas hati sambil meneguk air laici.
Matilah aku, Aisy, kalau parents aku tahu hal ni. Tak kuar malam la aku
gamaknya. sambung Ikram pula.
Tiba-tiba pintu kafe ditolak dari luar. Kelihatan Nadia dan rakan-rakannya berjalan
menghampiri meja Aisy. Nadia, gadis yang cantik dan kaya. Sikapnya yang manja
membuatkan ramai lelaki yang jatuh hati dengannya namun sikapnya itu juga
membuatkan ramai kaum wanita di sekolah itu tidak menyukainya.
119

Aisy, you nak tahu tak, i rasa i tahu siapa yang report kat cikgu Zamri tue pasal kes
korang smoking kat belakang toilet tue. ujar Nadia dengan suara yang manja sambil
tangannya bermain-main dengan rambutnya yang panjang itu.
Siapa??? Tanya Aisy dengan matanya yang membulat.
Aisy mencari Damya. Dia amat marah kerana mengetahui Damya punca dia dan
rakan-rakannya tertangkap oleh Cikgu Zamri.
Mia, kenapa report kat cikgu Zamri aku smoking? bentak Aisy sambil membetulkan
rambutnya.

Apa Aisy cakap nie. Bukan Mia yang report kat cikgu pasal hal tu. Aisy jangan
tuduh Mia tanpa usul periksa ok. jawab Mia lembut tapi nadanya tegas.
Tipu! Semua kau punya kerja. Kau nak tahu tak aku digantung sekolah seminggu.
Dulu pun kau yang report kat cikgu pasal aku ponteng sekolah. Jadi, pasal hal ni,
kau la juga yang report Suara Aisy mula menengking.
Ok. Mia mengaku, dulu memang Mia yang bagitau Cikgu Zamri yang Aisy nie
ponteng sekolah. Tapi Mia buat tu sebab Mia sayang kawan Mia. Mia tak nak Aisy
jadi kaki ponteng, lepak tak tentu pasal kat luar tu. Aisy kawan Mia, jadi
tanggungjawab Mia betulkan kesalahan Aisy. balas Mia.
Oooo, kawan. Ok.lepas nie aku nak putus kawan dengan kau. Menyusahkan ada
kawan macam kau nie. Lagipun aku tak nak la kawan-kawan aku anggap aku ni
suka kat kau pulak. Yela, aku kan rapat dengan kau. Mana aku ada, mesti kau ada.
Wei, aku malulah ngan kawan-kawan aku ada kawan macam kau ni. ujar Aisy lalu
beredar meninggal Damya.
Tergaman Damya seketika. Malu mula menerjah dirinya apabila kawan-kawan
sekelas mentertawakannya. Pedih hatinya apabila kawan seperjuangan sejak kecil
menuduh dirinya dan memutuskan kawan begitu sahaja. Air mata mengalir laju
membasahi pipinya.
************************************************************************************************
120

Damya menyapu air mata yang mengalir dipipinya. Hujan mula turun dengan
lebatnya. Damya tidak berganjak dari tempatnya seakan-akan mahu menikmati
hujan yang turun itu. Dia mengumpamakan hujan yang lebat itu interprestasi hatinya
yang sedang juga lebat dengan air mata.
Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, akhirnya Damya dan Aisy berjaya
menduduki peperiksaan SPM dengan baik. Hubungan mereka juga masih belum
pulih. Mereka membawa diri masing-masing. Tidak lama kemudian, keputusan
SPM diumumkan. Aisy amat gembira apabila dia ditawarkan untuk melanjutkan
pelajaran di luar negara dalam bidang perubatan. Manakala Damya melanjutkan
pelajaran di universiti tempatan dalam bidang guaman.
Suasana di rumah banglo milik keluarga Aisy amat meriah sekali dengan
kedatangan saudara-mara. Mama Aisy telah mengadakan satu majlis meraikan
keberangkatannya ke Ireland minggu hadapan.

Aisy, mama dan papa, ada satu perkara nak bincang dengan kamu sebelum kamu
pergi kata Datin Ruzana. Kami dah berbincang dengan Mak Mah, dan kami
bersetuju untuk menjodohkan kamu dengan Damya. Lagipun mama dah berkenan
dengan Damya. Baik, lemah-lembut, hormat orang tua, yang penting pandai jaga
aurat. Sesuai untuk menjadi menantu mama. Ingat tak dulu waktu Damya sakit
gara-gara kamu tolak dia sewaktu naik basikal, kamu pun dah janji nak kahwin
dengan dia walaupun muka Damya berparut sambung datin Ruzana lagi.
What, kahwin? Mama, papa, Aisy masih muda. Baru 18 tahun. Mama, masa tu Aisy
kan masih budak-budak. Mana boleh pakai janji tu. Aisy pom dah lupa janji Aisy.
jawab Aisy.
Mama dan papa tidak kira, kamu mesti bertunang dulu sebelum kamu berangkat ke
Ireland. tegas mamanya.
***********************************************************************************************
Lima tahun kemudian.
Aisy Iskandar : Esok Aisy pulang ke Malaysia, Mia.
121

Damya Qalesya : Mia menanti kepulangan Aisy, wahai tunangku.
Bibir Mia menguntum senyum lagi. Tetikus Mia larikan sedikit hendak menatap
pesanan yang baru saja Mia terima. Sambil menongkat dagu, Mia lebarkan
senyuman. Hatinya sungguh bahagia tatkala Aisy kawan baiknya merangkap
tunangnya akan pulang ke tanah air setelah lima tahun berada di negara orang.
Rindunya pada Aisy tidak dapat dibendung lagi. Masih dia ingat saat dia
ditunangkan dengan Aisy sebelum Aisy berangkat ke Ireland. Walaupun tiada riak
gembira yang digambarkan oleh Aisy namun kata-kata Aisy di KLIA masih diingat
hingga kini.
Aisy pun tidak pasti dengan perasaan Aisy kat Mia. Tapi Aisy senang dan suka
berkawan dengan Mia. Aisy nk mintak maaf atas kesalahan Aisy tempoh hari.
InsyaAllah andai ada jodoh antara kita, Mia pasti jadi milik Aisy dan Aisy jadi milik
Mia. Tunggu kepulangan Aisy yer Damya Qalesya ujar Aisy sebelum dia berangkat
ke Ireland.

***********************************************************************************************
Ireland
Aisy merenung jauh ke langit malam. Melihat bulan dan bintang yang saling
berkasihan, bermesra dan bergandingan terpamer dalam satu susunan bentuk buruj
sang kambing biri-biri betina. Indahnya malam anugerah tuhan. Betapa kerdilnya
dia berbanding luasnya alam semesta. Alam sekeliling tenang. Namun ketenangan
itu tidak singgah dihatinya.
Wajah Dhurra Aisya muncul dibenaknya. Kehadiran wanita ini dalam hidupnya
membuat dia serba salah. Perkenalan Aisy dan Dhurra bermula sewaktu mereka
belajar di universiti yang sama. Pertemuan pertama mereka telah membuatkan Aisy
telah terjatuh hati dengan Dhurra yang memiliki sepasang mata hazel yang mampu
memukau sesiapa sahaja yang memandang. Dhura Aisya, anak seorang Tan Sri
yang mempunyai rangkaian perniagaan yang besar di seluruh negara. Orangnya
cantik dan menawan. Budi bahasanya pun baik tidak seperti anak-anak orang kaya
yang lain. Aisy membandingkan Dhurra dengan Damya. Baginya kedua-dua amat
122

istimewa di hatinya. Cuma yang membezakannya adalah cinta. Baginya sayangnya
kepada Damya hanya sebagai kawan, manakala sayangnya kepada Dhurra kerana
cinta. Pening kepalanya memikirkan hal itu. Antara cinta, janji, kasihan dan hasrat
mama dan papanya, dia tersepit di tengah-tengah.
****
Akhirnya Aisy selamat menjejaki tanah airnya. Dia segera pulang ke rumah untuk
berjumpa mama dan papanya. Rindu kepada mereka amatlah menggunung.
Namun, kepulangannya hampa apabila mama dan papanya tiada di rumah. Hanya
tinggal Mak Mah, ibu Damya. Kesempatan yang ada ini, dia menceritakan segala
kepada Mak Mah berkenaan soal hatinya. Mujurlah wanita tua ini memahaminya.
Aisy, makcik tak pernah paksa kau untuk menerima Mia. Makcik tahu anak makcik
tidak setanding untuk berganding dengan Aisy. Kau buatlah keputusan kau sendiri
tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Mak Mah nasihatkan kau beristikarahlah kepada
Allah Taala, moga diberikan jawapan. Mak Mah terima sahaja apa keputusan yang
Aisy buat. ujar Mak Mah, ada rasa simpati di wajahnya.
Sukarnya untuk Aisy membuat keputusan. Antara Mia dan Dhurra. Kalau dia pilih
Dhurra, bagaimana nanti perasaan Mia . Kalau dia pilih Mia, apakah dia benar-
benar mencintainya, atau hanya kerana dia sahabat baik? Aisy tidak mahu tersilap
dalam membuat keputusan. Ini adalah masa depannya sendiri. Kalau tersilap dia
akan menyesal nanti.
Dia memutuskan untuk menyerahkan segalanya kepada Maha Pencipta. Dicapai
tuala yang tersangkut di dinding, lalu meluru ke bilik air. Dimulakan dengan
Bismillah, lalu dipasangkan niat, air yang sedia tercurah disapukan ke muka,
kemudian satu persatu pulak diratakan air ke seluruh anggota wuduknya yang lain.
Selepas berwuduk, sejadah dihamparkan. Takbir memuji kebesaran Allah
dilafazkan. Dia mahu berbicara sepuas-puasnya dengan Maha Pencipta.

Walaupun pagi tadinya hujan telah turun agak lebat, namun telah reda menjelang
tengahari. Majlis walimatulurus itu dapat dijalankan seperti yang dirancangkan.
Begitu meriah sekali perkahwinan dua mempelai ini. Semua saudara mara, sahabat
123

handai datang bertamu. Ucapan tahniah tidak putus-putus meniti di bibir mereka.
Tetamu yang datang tak pernah surut, malah silih berganti. Kanak-kanak riang
bermain dan bergelak tawa. Haruman nasi minyak begitu menyelerakan hingga
membuatkan semua yang kenyang kembali lapar. Dari kejauhan bunyi kompang
dipalu, petanda pengantin lelaki telah tiba. Mak Andam segera membawa pengantin
perempuan turun dari rumah hingga ke hujung laman. Sesaat mempelai
bertentangan mata, bunga mangga yang mengiringi pengantin lelaki menjadi
rebutan kanak-kanak baik lelaki mahupun yang perempuan, berebut bertarik-tarik
menambah keriuhan suasana.
Aisy tersenyum gembira sepanjang majlis berlangsung. Hari ini adalah hari paling
bahagia dan istimewa bagi dirinya. Akhirnya gadis yang disayanginya telah sah
menjadi isterinya. Terlerai sudah segala keresahan yang ditanggung selama ini.
Dengan berpakaian songket hijau sedondon, pasangan ini berarak perlahan
bergandingan tangan menuju ke pelamin. Bunga rampai ditabur. Bunyi kompang
menyanyikan lagu Pengantin Tiba bergema mengiringi sepasang mempelai.

************************************************************************************************
Baju kurung yang tersarung elok di tubuh Damya berterbangan apabila ditiup angin
yang kuat menyapa. Air sungai mengalir deras, menghempas batu-batu sungai yang
bertaburan di situ. Hujan lebat pagi tadi menjadikan air sungai yang selalunya jernih
itu keruh sekeruhnya. Air mata yang mengalir di pipinya juga selaju air sungai yang
mengalir. Damya terpaksa menerima hakikat Aisy Iskandar bukan miliknya lagi.
Ternyata tiada jodoh antara mereka. Damya mengingati kembali pertemuannya
dengan Aisy beberapa hari yang lalu. Tidak disangka pertemuannya dengan Aisy
setelah lima tahun tidak berjumpa di tempat di mana meninggalkan kesan di wajah
mulusnya itu, diakhiri dengan titisan air mata.
Mia, Aisy nak minta maaf kat Mia, Aisy rasa Mia bukan jodoh Aisy. Aisy sayangkan
Mia, tapi sayang sebagai kawan, bukan sebagai kekasih. Aisy rasa amat bersalah
pada Mia, tapi maafkanlah Aisy. tutur Aisy dengan rasa bersalah.
Aisy, Mia sejak dulu lagi suka kat Aisy. Dan Mia amat berharap Aisy menjadi milik
Mia, tapi andai ini takdirnya, Mia pasrah. Mia tidak rela memutuskan pertunangan
124

ini, tapi andai ini kehendak Aisy, Mia reda jawab Mia sambil tangannya perlahan-
lahan menanggalkan cincin di jari manisnya.
Damya terus melayan perasaan keseorangan. Tiba-tiba dia merasakan dirinya
hampir tergelincir ke dalam sungai. Namun mujurlah ada seseorang yang cepat
memegangnya. Mata mereka bertentangan. Naufal Haris ujar lelaki itu.

************************************************************************************************

Kesepian...kehampaan...kerinduan...
bagaikan teman saban hari
tiada siapa yang mengerti
Hati nan terluka
sentiasa tercari-cari
apakah sebenarnya yang tersirat
apakah itu telah tersurat

Air mata Damya jatuh tatkala menghabiskan coretan puisi di diarinya. Damya hanya
membiarkan sahaja dengan harapan air mata itu, air mata yang terakhir jatuh
mengalir, dan dia mengharapkan esok dia mampu menjadi seorang wanita yang
mampu melupakan cinta pertamanya. Dia hanya mampu untuk mendoakan
kebahagiaan insan yang dicintainya itu. Bagi Damya, melihat orang yang dicintainya
bahagia, sudah mampu membuatkan dirinya bahagia. Ternyata jodohnya bukan
dengan Aisy. Gambar pertunangannya dengan Aisy ketika dulu diambil dan ditatap
dengan penuh kesayuan, lalu perlahan-lahan gambar itu dikoyak perlahan-lahan.
Aisy, semoga kamu bahagia dengan orang yang kamu cintai. Bisik hati kecilnya.

Buzz.
125

Damya tersentak apabila seseorang menyapanya di yahoo messager.
Prince Charming : Hye, Damya Qalesya. Saya sudah lama meminati awak. Harap
awak sudi berkawan dengan saya.
Betty Ugly : Awak siapa?
Prince Charming : Naufal Haris. Kenal tak lagi saya? Saya yang selamatkan awak
dekat sungai pagi tadi. Saya senior awak. Saya ambik jurusan perubatan di
universiti yang sama tempat awak belajar, Damya Qalesya.

Damya Qalesya hanya membiarkan sahaja pertanyaan Naufal Haris di yahoo
messager itu tanpa balasan. Dia terus merebahkan badannya di katil. Dia cuba
melelapkan mata. Wajah Naufal Haris bermain diingatannya. Renungan tajam dari
lelaki itu pagi tadi sedikit membawa debar di hatinya. Adakah itu petanda dia jatuh
hati dengan lelaki itu? soalnya dalam hati. Damya Qalesya memejamkan matanya
rapat-rapat. Biarlah hari yang akan mendatang akan membawa seribu sinar
kepadanya. Ya Allah, temukanlah aku dengan jodoh yang baik buatku.

*************************************************************************
***Tamat***








Nur Izzati Binti Shukri
126

Itulah Aku
KRINGGG!!..... Gadis mulus berusia 20-an itu tersentak dari lamunannya.
Masyallah, loceng dah berbunyi!, ucap gadis itu tiba-tiba. Dia bingkas bangun
membetulkan baju kurungnya dan terus mencapai tas tangan berjenama COACH lalu di
biarkan bergayut dibahu kanannya. Di tangan kirinya pula dipegang buku rancangan
mengajarnya dan beberapa bahan bantu mengajar yang lain. Aisyah terus melangkah laju
menuju ke kelas 4 Anggerik tanpa menyedari dirinya diperhatikan oleh sahabat baiknya,
Zara. Zara mengeleng-gelengkan kepalanya sambil menyebut-nyebut nama Aisyah setelah
melihat tingkah sahabatnya itu. Zara merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Aisyah.

Langkah Aisyah kian laju,..namun masih kelihatan sopannya. Aisyah tidak mahu terlambat
walaupun dia terpaksa memanjat bangunan tingkat tiga tersebut. Dia tidak boleh terlewat
untuk mendidik anak bangsanya. Itu amanahnya!. Derap kasut bertumit tingginya itu
mendebarkan semua murid 4 Anggerik .

Cikgu Aisyah dah datangggg!!, tempik Aiman, ketua kelas 4 Anggerik sebaik sahaja
melihat Aisyah sedang menaiki tangga menuju ke kelas mereka.

Semua murid kelas itu berlari-lari ke tempat masing-masing. Suasana yang dari tadi hinggar-
bingga walaupun cuba dikawal oleh ketua kelas itu kini bertukar menjadi sunyi sepi. Semua
murid kelas itu menanti kedatangan guru Bahasa Melayu mereka dengan penuh debaran.
Cikgu Aisyah sememangnya guru yang begitu digeruni dan dihormati oleh murid-murid
Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau. Wanita berkulit cerah yang berasal dari Pantai Timur itu
begitu tegas namun wajahnya tidak pernah lekang dengan senyuman.

Cikgu Aisyah memulakan pengajarannya dengan penuh semangat. Meskipun Cikgu Aisyah
begitu digeruni namun murid-muridnya sangat bersemangat dan ternanti-nanti waktu dia
memasuki kelas untuk menyampaikan ilmu. Sangat kreatif dan menyeronokkan!. Setelah dua
127

puluh minit mengajar, Cikgu Aisyah menjeling jam Armani Exchange ditangan, masa masih
bersisa 10 minit lagi lalu dia memberikan latihan kepada murid-murid sebagai pengukuhan.
Sewaktu semua murid sedang asyik dan tekun membuat latihan yang diberikan, telinganya
tiba-tiba menangkap satu bisikan daripada salah seorang muridnya.

Siti..SitiBoleh tak awak ajar saya?. Saya tak tahulah nak buat macamana ni bisik
seorang murid perempuan di penjuru belakang bilik darjah bernama Mira kepada seorang
rakan disebelahnya. Namun bisikan Mira sama sekali tidak diendahkan Siti. Kasihan Mira.
Dia sememangnya seorang murid yang agak lemah dalam kelas tersebut, namun dia murid
yang paling rajin walaupun sedikit pemalu. Terlintas di hati Cikgu Aisyah, Mira seakan-akan
cerminan dirinya suatu ketika dahulu di saat dia masih di bangku sekolah. Sememangnya
persis!.

Cikgu Aisyah bingkas bangun dari meja guru. Dia tidak segera menuju ke arah Mira kerana
dia tidak mahu murid-muridnya yang lain menganggap dirinya pilih kasih. Dia melangkah
dari satu meja ke satu meja sambil melihat hasil kerja muridnya sehinggalah dia tiba di meja
Mira. Cikgu Aisyah geli hati melihat tingkah lucu Mira yang cuba menyembunyikan hasil
latihan yang sedang diusahakan. Cikgu Aisyah tahu Mira takut jika ketidakupayaannya
untuk melaksanakan latihan itu dibongkar cikgu tegas itu. Mira cuba menutup muka surat
buku latihan itu dengan lengannya tetapi agak terlambat kerana cikgu Aisyah sudah dapat
mengagak.

Mira, alihkan tangan kamu dari buku tu, arahan dari mulut cikgu Aisyah menggegarkan
jantungnya.

Dalam keterpaksaan, Mira akur juga. Melihat akan ruang jawapan yang kosong, Cikgu
Aisyah menggelengkan kepalanya. Perasaan kecewa dan sedih bercampur baur mula muncul
disanubarinya. Sayang sekali, dia sangat rajin tetapi sedikit terkebelakang, bisiknya di
dalam hati. Dia lantas membongkokkan badannya sedikit ke arah Mira seraya berkata,
Jumpa cikgu di bilik guru pukul 1.30 petang nanti.
128


Kertas-kertas peperiksaan, buku-buku latihan, buku rujukan dan juga buku teks berselerakan
memenuhi lantai marmar salah sebuah kamar bacaan kediaman Encik Saad dan Puan Rozita.
Abang Long, Kak Syida, Abang Sufi dan Aisyah diam duduk menghadap ibu mereka. Puan
Rozita merupakan seorang suri rumah yang memiliki taraf pendidikan yang tinggi hingga ke
peringkat PhD (Doktor Falsafah). Namun, dia meminggirkan kerjayanya demi anak-anak.
Encik Saad pula merupakan salah seorang pensyarah di universiti terkemuka tanah air. Kerna
itu, Puan Rozita dan Encik Saad amat tegas dan mementingkan perihal pendidikan anak-
anaknya.

Puan Rozita bersungguh-sungguh memadam jawapan yang tercatit pada kertas peperiksaan
lepas. Ida, jawab soalan-soalan ni, ujar ibunya sambil memberi kertas soalan tersebut
kepada Kak Syida. Baik ibu, jawab Kak Syida akur. Long, Sufi dan Aisyah buat semula
latihan dalam buku-buku ni. Jangan main-main, ujian dah dekat! tegas Puan Rozita sambil
memandang ketiga-tiga anaknya itu. Ketiga-tiga mereka mengangguk serentak!.

Begitulah rutin hidup mereka, apabila hari minggu sebelah paginya mereka akan dihantar ke
pusat tuisyen berbayar, tengahari ke kelas agama, di sebelah malamnya pula mereka perlu
mengulangkaji pelajaran di hadapan ibu dan bapa mereka. Along, Kak Syida dan juga Abang
Sufi merupakan anak kesayangan Encik Saad, tahap pencapaian mereka amat
membanggakan. Berbeza pula anaknya, Aisyah, walaupun dihantar ke pusat tuisyen, guru
pakar dan lain-lain prestasi Aisyah tetap mendukacitakan. Aisyah sering diperlekehkan dan
dimarahi oleh ibu bapanya sendiri.

Aisyah!!..oh Aisyah!!, pekik Encik Saad dengan muka yang menyinga dengan sebatang
rotan sedepa panjangnya digenggaman.
Kediaman banglo dua tingkat itu bergema dengan suara Encik Saad. Kak Syida, Long, dan
abang Sufi terhendap-hendap melihat tingkah Encik Saad dari bilik masing-masing. Aisyah
membuka pintu kamarnya. Dia seakan-akan dapat meneka mengapa dia dipanggil. Jantung
Aisyah mulai berdegup kencang tidak seperti langkahnya yang perlahan. Perlahan-lahan dia
129

berjalan ke arah Encik Saad, dia hanya mampu menunduk kaku sambil matanya menjalar ke
atas corak karpet yang teralas di atas lantai ruang tamu itu. Dia tidak berani mengangkat
muka untuk menatap wajah bengis bapanya itu. Suasana kediaman Encik Saad menyepi,
ibunya tidak berkata-kata. Hanya sekadar memerhati.

Ape ni Cyah?! Bahasa Melayu C, Matematik Dsemuanya merah?, Apa yang kamu
belajar dekat sekolah tu, hah? Ikut siape la sampai lembab macam ni? bentak ayahnya
sambil menonyoh-noyoh kuat jari telunjuknyanya di dahi Aisyah. Ayah hantar kamu pegi
tuisyen beratus-ratus ringgit, ape yang kamu belajar?!, Ni..mesti kamu ponteng kelas
tuisyen tu kann?!, tuduhnya tanpa usul periksa.

Dengan perasaan geram Encik Saad mengoyak-ngoyakkan buku rekod pencapaian Aisyah
dan melemparkan ke muka Aisyah. Aisyah tergamam seketika. Kaki dan tangannya mula
menggeletar seperti mengalami penyakit saraf (Parkinson). Rotan buluh diangkatnya setinggi
mungkin dan hinggap deras di betis gebu Aisyah. ZAPP!!.Arghh..sakit!!!

Ruangan kediaman Encik Saad bertukar menjadi ruang bilik guru sebaik sahaja menyedari
lengannya dipegang. Aisyah kembali ke alam realiti. Aisyah meraut wajahnya sambil
beristighfar. Zara mengejutkannya dari lamunan. Dia termangu seketika seakan-akan cuba
mengingati apa yang sedang berlaku.

Loceng sekolah berbunyi sekali lagi memeranjatkan Cikgu Aisyah. Dia teringat akan sesuatu.
Dia meminta Mira datang berjumpanya di bilik guru namun muridnya itu masih tidak
muncul-muncul. Guru-guru lain seorang demi seorang keluar untuk pulang ke rumah masing-
masing.

Hisshh.. mana si budak Mira ni, sekarang dah pukul satu empat puluh masih tak muncul-
muncul lagi, Cikgu Aisyah mengomel sambil melihat jam Armani Exchange yang baru
dibelinya.
130


Lantas dia bingkas bangun untuk pulang kerana waktu persekolahan sudah tamat tambahan
pula Mira tidak kunjung tiba di mejanya. Namun sangkaannya yang Mira tidak akan datang
ternyata meleset. Sejurus sahaja dia menoleh ke belakang, Mira tercegat berdiri kaku sambil
matanya merenung lantai. Ada tona ketakutan di dalam manik matanya yang berwarna coklat
itu. Cikgu Aisyah sedikit terkejut kerana dia sendiri tidak perasan akan kehadiran Mira yang
tiba-tiba sahaja muncul di belakangnya.

Isk, isk, isk kamu ni Mira, terkejut cikgu. Hah! Kenapa lambat? Cikgu Aisyah menyoal
sambil matanya tajam melihat Mira.Emmmlepas habis kelas tadi, Mira ke perpustakaan
sementara menunggu pukul 1.30 tengahari. Lepas tu, bila tengok jam pukul 1.20 Mira cepat-
cepat datang sini sebab takut lewat jumpa cikgu, jawab Mira tulus.

Mendengar jawapan Mira, Cikgu Aisyah bertanya dengan lembut, Laa..dah sampai, kenapa
tak panggil cikgu?. MiraMiraMira takut, cikgu. Nanti kalau Mira ganggu cikgu, Mira
takut cikgu marah, jawab Mira dengan nada perlahan sambil matanya kaku memandang
lantai bilik guru. Entah apa yang ada dilantai itu, hanya Mira yang tahu.

Di dalam hati Cikgu Aisyah terdetik rasa kasih. Naif sungguh budak ini, monolognya
sendirian. Kenaifan yang ada pada Mira seakan-akan seperti dirinya sewaktu di bangku
sekolah dahulu. Lantaran itu, Cikgu Aisyah nekad ingin mengenali anak kecil mulus itu
dengan lebih dekat. Setiap kali dia melihat Mira, kenangan lampau pasti akan kembali
menerjah dalam kotak fikirannya.

Eh dah lewat rupanya. Selalunya Mira balik dengan apa?, soalnya sambil melihat
sekeliling bilik guru. Dia tidak sedar semua guru lain sudah pulang hanya dirinya dan Mira
sahaja berada di bilik guru itu. Mira jalan kaki je cikgu, balas Mira bersahaja. Kalau
macam tu, marilah cikgu hantarkan kamu balik, pelawa Cikgu Aisyah. Mira akur dengan
pelawaan Cikgu Aisyah.
131


Kereta Pesona hitam metallic dipandu perlahan oleh Cikgu Aisyah. Kereta itu bergerak
perlahan di atas jalan merah sempit yang membelah hamparan sawah kekuningan mewarnai
landskap kampung Mira. Sesekali Cikgu Aisyah melemparkan pandangan Aisyah yang diam
kaku disisinya.

Cantiknya kampung Mira, ujaran Cikgu Aisyah memecah sepi sedangkan Mira kaku di
sepanjang jalan sejak dari sekolah. Terima kasih, cikgu. Inilah tempat Mira bermain-main
pada waktu petang. Semalam Mira dan abang datang tangkap ikan kat sini. Dapat banyak
ikan..ada ikan keli, ikan puyu, ikan haruan, ikan sepat pun ada cikgu. Saya suka makan ikan
sepat tambah-tambah kalau dibakar dalam daun pisang. Sedap..Cikgu suka ikan sepat ?,
celoteh Mira membuat Cikgu Aisyah tersenyum. Dia mula menyedari Mira merupakan
seorang kanak-kanak yang petah berkata-kata. Berbeza sekali perwatakan anak itu ketika di
sekolah.


Mesti seronok main kat sawah, tapi kat sawah kan banyak lintah. Mira tak takut lintah?,
soal Cigu Aisyah yang sememangnya takut akan haiwan penghisap darah itu.
Takut juga, kalau ada lintah..Mira jerit la nanti abang akan datang dan buang lintah tu
untuk Mira. Cikgu, belok ke selekoh depan tu. Itulah rumah Mira, jawabnya gembira.

Perbualan mereka terhenti apabila Mira menunjukkan selekoh untuk memasuki halaman
rumahnya. Dari bebola matanya, dia melihat sebuah rumah papan beratap rumbia. Binaannya
sederhana besar dan dipagari aneka pepohon buah-buahan dan bunga-bungaan renek menjadi
hiasan. Indah dan mendamaikan!. Sewaktu memberhentikan keretanya dibawah pohon Kuini
di hadapan rumah itu, dari dalam kereta lagi Cikgu Aisyah dapat melihat seorang wanita
separuh abad berkain batin dan berbaju kurung Kedah keluar menuruni tangga usang rumah
kayu tersebut. Berkerut dahi wanita itu cuba meneka siapa yang mengunjungi rumahnya pada
hari ini.
132


Assalamualaikum mak.., jerit Mira sambil menguak pintu kereta Cikgu Aisyah sebelum
mendapatkan maknya itu.

Setelah itu, Mira memperkenalkan Cikgu Aisyah kepada ibunya. Dengan rasa rendah diri,
Mak Cik Leha mempelawa Cikgu Aisyah masuk ke dalam rumahnya. Cikgu Aisyah
memerhati keadaan rumah Mira sebaik sahaja melangkah masuk ke teratak itu. Kemas
walaupun serba sederhana. Tidak sampai lima minit kemudian, kedengaran deruan enjin
motosikal dari luar rumah menandakan bapa Mira telah pulang.

Pak Mail masuk ke dalam rumah. Mukanya agak bengis seperti bapa Aisyah. Keringat masih
lagi kelihatan di dahi Pak Mail, mukanya jelas terpancar keletihan. Namun, Pak Mail masih
lagi duduk bersila melayani tetamunya itu dengan penuh mesra. Pak Mail merupakan seorang
penoreh getah di kawasan hujung kampung yang berhampiran dengan kaki bukit. Dia
bekerja keras untuk memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang secukupnya.

Pak Mail dan Mak Cik Leha begitu mementingkan pendidikan walaupun keadaan hidup
mereka dalam serba kekurangan. Ditambah pula Mira merupakan anak kedua bagi keluarga
itu, harapan Pak Mail dan Mak Cik Leha tinggi menggunung terhadap anak kecil itu. Pak
Mail ada menyuarakan hasratnya untuk menghantar anaknya itu ke pusat tuisyen namun
keadaan ekonomi keluarganya tidak mengizinkan.

Hati Aisyah meronta-ronta berkata ingin membantu anak kecil itu. Tanpa berlengah Aisyah
menawarkan perkhidmatannya untuk mengajar Mira secara percuma di rumahnya selepas
waktu persekolahan. Terpana Pak Mail dan Mak Cik Aisyah mendengar pelawaan itu. Mata
mereka berkaca-kaca, tawaran Cikgu Aisyah bagaikan bulan jatuh ke riba. Mereka tidak
putus-putus mengucapkan terima kasih atas pelawaan Cikgu Aisyah itu. Sinar kegembiraan
jelas terpancar di wajah mereka. Cikgu Aisyah menanam azam di dalam hatinya untuk
membantu anak muridnya itu. Dia tidak mahu mengulangi kesilapan sama yang dilakukan
133

oleh guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakannya terdahulu yang bertindak menghukum dirinya
hanya kerna tahap IQnya rendah. Dia mahu pastikan Mira berjaya!.




*********************************************************


15 TAHUN LALU

Sepi. Masih tiada siapa di kawasan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau Kuantan, Pahang itu.
Hanya seorang kanak-kanak kecil bernama Aisyah berada di sana. Tidak hairanlah masih
tiada siapa di sana pada hujung minggu sebegini, tambahan pula jam baru menunjukkan pada
pukul 7.10 pagi. Aisyah menghirup udara segar pagi itu, kabus masih lagi berlabuh di
kawasan bukit tersebut. Aisyah kembali masuk ke dalam kelas 4 Seroja setelah 10 minit
berada di koridor aras dua bangunan sekolah tersebut. Kanak-kanak mongel itu memeluk
tubuhnya, terasa dingin mencengkam ke tulangnya.

Pagi ini merupakan kelas tambahan bagi mata pelajaran Matematik. Seperti biasa, Aisyah
begitu bersemangat untuk menimba ilmu walaupun dia kurang pintar dalam pelajaran. Dia
tidak seperti kanak-kanak lain, dia bangun seawal enam pagi sedang kanak-kanak seumur
dengannya masih lagi lena dibuai mimpi. Usai sahaja mengerjakan solat fardu subuh, dia
bersiap-siap untuk ke kelas tambahannya di sekolah. Aisyah seorang kanak-kanak yang
begitu mandiri, dia tidak pernah meminta ibu bapanya menghantarnya ke sekolah walaupun
tubuh kecilnya itu terpaksa meredah jalanraya yang begitu sesak dengan kenderaan pacuan
empat roda.
134


Sengaja Aisyah datang awal ke sekolah supaya dia dapat membuat persiapan sebelum
pembelajaran bermula. Aisyah terpaksa mengambil tempat duduk di bahagian belakang
kerana tempat duduk barisan hadapan dimonopoli oleh murid-murid yang pintar sahaja, tidak
untuk murid sepertinya. Pernah sebelum ini dia duduk di barisan hadapan supaya dia
mendapat menumpukan lebih perhatian apa yang diajari oleh guru, tambahan pula saiz
tubuhnya yang kecil menyebabkan guru tidak begitu sedar akan kewujudannya. Dia masih
ingat pada waktu itu, Nabila iaitu murid yang paling pintar bagi tahun empat berpura-pura
menangis sebaik sahaja guru masuk ke dalam kelas. Dia mahukan tempat yang diduduki oleh
Aisyah. Aisyah kaget dan pelik dengan kelakuan Nabila. Berubah tiga ratus enam puluh
darjah walhal sebelum gurunya itu masuk ke kelas Nabila sedang bergelak ketawa dengan
rakan-rakannya yang lain.

Cikgu, saya nak balik. Saya tak nak belajar kalau Aisyah tak nak tukar tempat duduk
dengan saya, tangis Nabila dalam kepura-puraan sedangkan Nabila datang lambat
sepatutnya duduk di bahagian belakang. Gurunya itu berusaha memujuk Nabila daripada
menangis.

Oleh kerana Nabila adalah murid kesayangan gurunya, tanpa berfikir panjang gurunya itu
mengarahkan Aisyah menukar tempat duduk dengan Nabila dibahagian belakang sekali.
Nabila berpura-pura mengesat air matanya dan bergerak ke tempat duduk belakang sambil
mengheret begnya. Apabila tiba di tempat duduk hadapan yang diinginkan, Nabila menoleh
ke belakang ke arah Aisyah dan menjelir-jelirkan lidahnya kemudian menjelingkan matanya
sambil berpaling ke depan. Timbul rasa sedih, hina dan hiba di hatinya. Kolam matanya kian
berkaca-kaca namun air matanya hanya mengalir ke kolam hati yang sayu. Hanya Tuhan
sahaja yang tahu.

Tepat pada pukul 8.00 pagi, kelas Matematik pun bermula. Cikgu Zaki memulakan
pengajaran dengan latihan untuk menguji kefahaman dan tahap penguasaan murid. Semua
murid tekun menyalin soalan yang ditulis di papan hitam tersebut. Masa yang diberi hanyalah
135

sepuluh minit. Aisyah sememangnya lemah dalam mata pelajaran Matematik sejak awal lagi.
Terkial-kial Aisyah menjawab soalan tersebut sedang murid-murid lain dapat menjawabnya
hanya dalam masa beberapa minit sahaja. Aisyah meminta rakan-rakannya yang lain
membantunya menjawab soalan tersebut, namun permintaannya langsung tidak diendahkan.

Mata Cikgu Zaki melilau-lilau di segenap ruang kelas tersebut. Matanya tertumpu ke arah
anak kecil di bahagian belakang kelas. Nama Aisyah dipanggil. Bagai nak luruh jantungnya
sebaik sahaja namanya disebut. Dia diminta menunjukkan jalan pengiraan di papan hitam.
Jari-jemarinya sejuk seakan-akan aliran darahnya terhenti. Dengan kalimah
Bismillahirahmanirrahim dia menulis jalan pengiraan di papan hitam. Ada suara-suara kecil
mentertawakan dirinya dari belakang, dia tidak pasti sama ada jalan pengiraannya betul atau
tidak tapi dia sedaya upaya menyelesaikannya. Sebaik sahaja selesai, dia memandang ke arah
Cikgu Zaki dengan ketakutan. Cikgu Zaki tersenyum sinis.

Kelas, betul tak pengiraan Aisyah ni?, laung Cikgu Zaki tiba-tiba. SALAAAH.., serentak
disahut rakan-rakan sekelas yang lain. Aisyah, soalan macam ni pun kamu tak boleh jawab?
Lain kali masa cikgu ajar kat depan ni bukak mata tu luas-luas, ujar Cikgu Zaki kasar
sambil jari telunjuknya menunding ke arah mata Aisyah. Aisyah hanya menunduk, terasa
dirinya begitu kecil dan hina di hadapan mereka. Kamu dengar tak ni, Aisyah?!, pekik
Cikgu Zaki dengan kuat. Aisyah mengangguk, dia benar-benar tidak berani untuk
mengangkat muka memandang gurunya yang sedang menyinga itu.

Sejak peristiwa itu, rakan-rakan sekelas Aisyah gemar mengejek-ejek dirinya. Setiap apa
yang dilakukan oleh Aisyah pasti diherdik dan ditertawakan. Guru-guru Aisyah pula
bukannya mahu membantunya, tapi merendah-rendahkan kemampuannya. Aisyah sering
dimarahi di hadapan murid-murid lain membuatkan murid-murid lain turut melakukan hal
yang sama. Jika Aisyah dapat melakukan sesuatu dengan baik misalnya sekiranya Aisyah
mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan pasti akan dipertikaikan. Walhal Aisyah
berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pembelajarannya. Jika dulu dia
masih lagi mempunyai teman yang mahu berbual-bual dengannya. Namun, kini semuanya
bagaikan jijik untuk menjadi temannya dan mula bertindak memulaukan Aisyah.
136


Keyakinan yang ada pada dirinya sifar. Personalitinya jauh semakin berubah, dia tidak lagi
cuba berbual-bual dengan rakan sekelasnya yang lain. Aisyah lebih gemar menyendiri. Jika
dulu, Aisyah begitu gemar dalam aktiviti sukan namun kini dia tidak lagi melibatkan dirinya
kerana berasa begitu rendah diri. Dia semakin pasif. Apa-apa aktiviti yang dianjurkan di
sekolah, pasti dia akan mencari alasan untuk menghindarinya. Aisyah bukanlah sengaja
melakukan demikian, akan tetapi dia tidak yakin dia mampu melakukannya. Aisyah
merasakan dirinya begitu terhina.

Namun demikian, segala penghinaan itu, ibarat minyak petrol kepada enjin yang
menyemarakkan lagi azam di hati Aisyah. Semua itu menjadi bahan bakar bagi semangat
Aisyah untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Tanpa jemu dia menelaah pelajaran tidak
kira masa pagi, petang, siang dan juga malam. Timbunan buku seakan-akan menjadi teman
setiannya. Dia juga tidak putus-putus berdoa kehadrat Illahi memohon kekuatan dan
ketabahan agar dia memperoleh kerjayaan dalam hidupnya. Itulah resepi kejayaannya.

Hari demi hari prestasi pelajaran Aisyah kian meningkat. Dari mula dia bertatih, merangkak,
berjalan seterusnya berlari. Itulah perumpamaan yang boleh mengambarkan diri Aisyah. Dia
menjadi seorang pelajar yang kian cemerlang. Bermula dari bangku sekolah rendah ke
sekolah menengah. Azam, semangat dan ketekunannya tidak pernah luntur malah semakin
membuak-buak. Orang disekelilingnya seperti guru, rakan-rakan dan juga ibu bapanya sendiri
kaget akan perubahan dirinya yang begitu drastik. Setelah tamat sekolah menengahnya, dia
mendapat tawaran ke Institusi Pengajian Tinggi dalam bahagian Pendidikan. Kejayaan
Aisyah mengatasi rakan-rakannya yang dahulunya gemar mengejeknya.

***************************************************

"Hoi..kuatnya kau mengelamun!," sergah Zara dari belakang mematikan lamunan Aisyah.
Hampir setengah jam Zara memerhatikan Aisyah mengolek-golekkan cucur pisang di dalam
137

piringnya. Satu pun tidak dimakannya."Aku tengok kau sejak kebelakangan ni banyak
termenung. Kau sakit ke Cyah?," soal Zara sambil tangannya meraba-raba dahi Aisyah.

Aisyah tersenyum, dia mengerti bahawa sahabatnya itu begitu mengambil berat tentang
dirinya. "Tak adalah Zara Aku tak sakit pun. Cuma sejak akhir-akhir ni aku asyik fikirkan
seorang murid aku ni, Mira," jelas Aisyah untuk meredakan kebimbangan sahabatnya itu.
"Mira?? Kenapa dengan dia?, tanya Zara dengan nada ingin tahu.

Aisyah menjawab dengan panjang lebar, "Aku tengok Mira tu macam diri aku semasa aku
kecil. Cerita hidupnya seakan-akan sama dengan kisah aku di bangku sekolah dulu.
Sepertinya, Mira itu adalah aku dan aku adalah Mira.

Dengan nada sedikit terkejut, Zara bertanya lagi, "Ape yang kau merepek ni, Cyah?. Aku tak
paham la apa yang kau cakapkan ni".
"Hahaha..aku tak merepek la, Zara. Maksud aku, Mira tu naif sangatsebijik macam aku
mase kat sekolah dulu. Dia tu selalu kena buli sampai hilang keyakinan diri. Kisah dirinya
sama dengan kisah aku dulu, terang Aisyah lagi.
Oksekarang ape rancangan kau, Cyah?, tanya Zara. Aku rasa betul-betul nak tolong si
Mira tu sampai dia berjaya macam aku sekarang. Aku tak nak biarkan kawan-kawan, guru-
guru lain terus perlekehkan dia macam aku dulu. Kau fahamkan ape maksud aku? terang
Aisyah tentang apa yang bermain-main dibenaknya. Di sisinya, Zara tersenyum dan
mengangguk perlahan tanda menyokong dengan apa yang ingin dilakukan sahabatnya itu.

Aisyah tekad ingin meneruskan misinya.Ya.. aku akan tolong Mira! bisik hati Aisyah
Siti Hajar Binti Zainuddin
Satu Harapan
138

Masih aku terbayang-bayang lagi di rizab kereta api ini berdiri teguhnya perumahan
setinggan tempat aku mengerti apa itu kehidupan. Ayah dan ibu berhijrah ke Kuala
Lumpur berbekalkan cinta dan janji mereka untuk terus hidup bersama.

Ayah hanya sebatang kara dan tidak mempunyai apa-apa menjadi punca nenek
menghalau ayah dan ibu pergi. Walau perit di hati mereka diperlakukan seperti
binatang oleh ibu kandungnya sendiri. Ibu tetap cekal membawa hati yang lara
bersama suaminya yang tercinta.

Kuala lumpur, kota metropolitan penuh dengan manusia yang berbagai darjat.
Susah bagi ibu dan ayah untuk berjuang berbekalkan tangan kosong. Hanya
perumahan setinggan yang mampu ayah dan ibu berikan kepada aku dan bakal adik
aku yang baru berusia enam bulan dalam kandungan ibu.

Aku bangga dengan ibu. Dia tak pernah merungut. Begitu juga Ayah. Ayah selalu
berpesan kepadaku, Iman, jadilah anak yang berguna dan jangan jadi seperti
ayah. Ketika itu, aku berusia empat tahun dan kata-kata itu sentiasa terngiang-
ngiang di cuping telingaku.

Ayah bekerja sebagai buruh binaan di tapak pembinaan. Apabila siap tapak itu, akan
tersemburlah satu bangunan pencakar langit yang akan menjadi kebanggaan rakyat
Malaysia. Ayah seorang yang gigih bekerja. Keluar selepas solat subuh dan ibu tak
pernah lupa untuk membungkus bekalan untuk ayah. Pergi dan balik mengayuh
basikal yang diberikan oleh majikan.

Itulah rutin harian ayah, dengan berbekalkan tulang empat kerat, ayah sentiasa
tabah mencari rezeki untuk memberikan aku dan ibu sesuap nasi. Aku tahu, ayah
bekerja untuk aku dan ibu. Harapan ayah, agar adik dapat dilahirkan dengan
selamat dan selesa di hospital swasta. Ayah sudah serik dengan keadaan kelahiran
songsang aku dahulu hingga menimbulkan kemarahan nenek.

Nenek maki ayah, Dasar menantu miskin, nak hantar anak aku ke hospital pun tak
mampu, selamat anak aku tak mati, kenapalah anak aku kahwin dengan kau. Tiada
139

masa depan. Tak dapat berikan segalanya untuk anak aku. Anak aku pun bodoh.
Kenapalah tak kawin je dengan pilihan aku. Mesti sekarang dah kaya-raya. Ada
rumah besar, kereta mewah. Tak ada lah nak merempat macam ini.
Makian itu membuatkan ayah berusaha bermati-matian untuk kami sekeluarga.
Kadang-kadang, ayah balik pukul tiga pagi. Katanya, ambil overtime kat tempat kerja
dan tak pernah nak ambil cuti kerja.

Harapannya, hasilnya dapat memberikan kemewahan kepada kami. Aku bangga
dengan ayah. Walaupun dia kuat bekerja, dia masih ada masa memberi kasih
sayang kepada aku dan ibu. Ada saja jenakanya membuatkan kami sekeluarga tak
pernah kering gusi. Aku sayang ayah.

Suatu hari, ayah berkata kepadaku, Iman, jika ayah sudah tiada. Harap kau
bersekolah ya. Ayah mahu sangat tengok kau bersekolah. Ayah harap kau bantu
ayah menolong keluarga. Ingat, walaupun apa yang terjadi. Terus bersekolah dan
jangan menoleh ke belakang yaa.

Aku yang duduk di sebelah ayah mendengar sambil bermain boneka kayu dikutip
ayah di longgokan sampah. Ibu di dapur juga turut mendengar perbualan aku dan
ayah satu per satu. Rumah kecil sahaja. Di situ dapur, di situ kamar tidur, di situ
tempat mandi dan di situ segalanya. Tapi cukuplah untuk melindungi kami dari
panas dan hujan. Sungguh bahagia aku ketika itu.

Aku ingat lagi saat itu, kandungan ibu hanya mengira masa untuk keluar. Waktu itu,
aku tengah bermain-main di luar rumah. Datang satu berita yang telah mengubah
kehidupan kami sekeluarga selepas itu. Seorang anggota polis telah menemui ibu di
depan rumah. Aku hanya mendengar dari jauh. Aku tahu, ada yang tak kena.

Ini rumah Puan Normala ke?tanya pegawai polis tersebut.
Yaaa, sayalah Puan Normala. Kenapa encik? Ibu menjawa dengan cemas.
140

Saya harap, puan bersabar dengan berita yang saya ingin sampaikanJawab
pengawai polis lagi.
Berita apa encik?Ibu tak sabar untuk mengetahui. Muka ibu makin cemas.
Suami puan, Sabri Bin Manaf telah meninggal dunia akibat kecelakaan di tempat
kerja.Jawab pegawai polis itu
Ya Allahhhhhhhh. Ibu mengucap setelah dengar berita tersebut dengan perlahan-
lahan rebah ke lantai.

Polis beredar dari rumah kami. Aku nampak ibu pucat lesi dan aku terus berlari dan
terus memegang ibu yang sudah terduduk di lantai pintu rumah. Aku tahu ada berita
kurang enak. Ibu tak dapat kata apa-apa. Bibir ibu terketar-ketar dan deras air mata
ibu mengalir tanpa sempat diseka. Aku hanya melihat ibu dengan linangan air mata
yang tak dapat diseka lagi.

Maghrib itu, jenazah ayah dibawa ke rumah. Atas permintaan ibu, jenazah ayah
dibawa balik ke kampung untuk dikebumikan. Aku dan ibu duduk bersama jenazah
ayah di dalam van jenazah. Baru aku mengerti kenapa ibu hampir pengsan tadi. Aku
nampak jenazah ayah masih ada tompokan darah. Badan ayah penyek seperti
dihempap sesuatu. Tapi aku hanya membisu di sisi ibu. Ibu dengan sarat
mengandungnya hanya terdiam lesu dan merenung jauh.

Ibu meminta jasa orang kampung mengebumikan jenazah ayah. Aku nampak segala
kejadian pengebumian ayah. Aku sedar, lepas ini aku takkan dengar suara nasihat
ayah. Takkan ada, ayah mendukung aku balik dari kerja. Waktu itu, aku nampak
ayah diletakkan di dalam lubang. Mereka mengambus ayah dengan tanah. Mereka
pacakkan batu menandakan itu kubur ayah.

Nenek tahu ayah dah mati tapi dia tidak jenguk ayah untuk kali terakhir dan untuk
menerima kembali ibu jauh sekali. Dia mahu melihat ibu merana kerana tidak
mengendahkan perintahnya dahulu. Nenek kejam. Aku benci nenek.

141

Pagi itu, berangkat aku dan ibu pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan hidup
tanpa ayah di sisi. Sangat hiba hati aku ditambah pula, ibu kerap kali menjatuhkan
air mata walaupun dia cuba mengelak daripada aku nampak. Aku berkata dalam hati
Ibu, ibu masih ada Iman. Iman akan jaga ibu. Itu janji Iman.

Kehidupan ibu dan aku diteruskan seperti biasa. Hari itu, aku nekad mahu menolong
ibu dengan mengutip besi-besi di sekitar bandar Kuala Lumpur bersama Pak Mail.
Mulanya Pak Mail membantah kerana aku terlalu kecil untuk melakukan kerja
sedemikian. Tapi selepas aku merayu barulah dia setuju. Aku susah hati.
Pendapatan ibu tidak dapat menampung segala perbelanjaan hidup selepas Ayah
pergi.

Seharian aku keluar bekerja dengan Pak Mail, letihnya tidak dapat digambarkan tapi
kegembiraan mengatasi segalanya. Dengan berbekalkan duit rm20 hasil titik peluh
hari itu aku pulang dengan girang. Ya, jika bekerja sebulan dengan pendapatan
sebegini semestinya dapat membantu ibu. Aku senyum puas.

Sampai di rumah, aku terus mencari ibu di dapur. Alangkah terkejutnya, aku melihat
ibu berlumuran darah. Aku kelu. Aku keluar meminta bantuan. Aku menjerit
Tolong!, tolong! Ibu saya nak melahirkan adik. Usaha aku hanya nihil.

Alangkah bongkaknya kejiranan setinggan. Hidup di situ bagai hidup di dalam gua.
Masing-masing buat hal sendiri. Mereka tidak mengendahkan pertolongan aku. Aku
tak dapat melakukan apa-apa. Aku kembali dapatkan ibu. Ibu dengan sakitnya
berkata Tak apa Iman, ibu boleh melahirkan sendiri adik kau ni. Suara ibu
tenggelam timbul dengan usaha ibu meneram adik keluar.

Aku nampak usaha ibu bermatian untuk keluarkan adik. Darah membanjiri separuh
rumah. Aku hanya mampu melihat di penjuru rumah. Aku berdoa agar ibu dan adik
selamat. Terdetik di hati Kalaulah ayah ada, mak takkan terseksa sebegini rintih
aku. Tiba-tiba, air mata menitis ke pipi.

142

Selang beberapa ketika, tangisan adik kedengaran. Ibu menarik nafas panjang dan
aku dengar ibu mengucapkan Alhamdulillah . Ibu meminta aku mengambil kain
batik untuk membalut adik. Perasaan berbaur ketika itu, Aku hanya menurut perintah
ibu. Ibu membalut adik. Ibu berkata padaku Iman, ambik adik, ibu nak berehat. Ibu
penat Ibu terus melelapkan mata.

Aku melihat adik. Adik comel sangat. Kulitnya putih. Matanya bulat. Bibirnya tebal.
Geram aku mahu menciumnya. Tidak seperti aku. Gelap. Mata sepet. Dahi suak.
Adik ikut mak. Aku ikut ayah. Tiba-tiba, hati menjadi sebak. Mesti ayah gembira jika
tengok adik secomel ibu. Tentu ayah bangga dapat adik. Tidak tercapai hasrat ayah
untuk azankan adik.
Ayah, Iman rinduuu ayah , kata aku dalam hati dengan perasaan sebak.

Dua tahun sudah berlalu,umur aku sudah cukup ke sekolah. Ibu berkeras mahu
menyekolahkan aku. Aku berkeras dan membantah. Aku tak mahu membebankan
ibu dan adik. Tapi, aku tidak dapat membantah kedegilan ibu untuk menghantar aku
ke sekolah. Ibu nekad mahu menunaikan hasrat arwah ayah. Dia mahu melihat aku
berjaya.
Ibu, Iman tak nak sekolah, pujuk aku.
Tak boleh Iman, Ibu dah janji dengan arwah ayah, ibu berkeras.
Baiklah ibu jika itu ibu mahukan, jawab aku dengan perlahan.

Pagi itu, hari pertama aku ke sekolah. Ibu pakaikan aku baju sekolah rendah. Ibu
juga pakaikan aku kasut. Adik dibiarkan di dalam buaian. Riak muka ibu lain dari
yang lain hari itu. Aku tahu ibu bangga dapat sekolahkan aku. Aku tahu sangat.
Ibu, baju dan kasut ini siapa yang bagi?, tanya aku tanpa selindung.
Arwah ayah belikan untuk kau Iman masa dia masih hidup. Dia nak sangat tengok
kau ke sekolah. , jawab ibu dengan suara mendatar.

143

Tingginya harapan ayah pada aku. Aku hiba mendengar jawapan ibu. Tak sangka,
begitu bersemangat ayah mahu aku bersekolah. Sebelum pergi, aku bersalaman
dengan ibu dan mencium dahi adik. Ibu juga tidak lupa membungkuskan aku
bekalan seperti ibu lakukan terhadap ayah dahulu.

Sekolah hanya di depan perumahan sahaja. Aku berjalan kaki ke sekolah. Aku
bertekad yang aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi orang yang
berjaya. Aku tidak akan hampakan harapan ayah dan ibu serta adik aku. Ya, kelak
aku akan menjadi insan yang berjaya!. Di sekolah, aku dikenalkan di hadapan kelas
oleh Cikgu Aisyah.
Murid-murid, kita ada pelajar baru laung Cikgu Aisyah. Dia terus meminta aku
memperkenalkan diri di hadapan kelas.
Saya Muhamad Iman Bin Sabri. Saya tinggal di belakang sekolah dekat
perumahan setingganberkata aku dengan bangganya.

Suasana tiba-tiba menjadi bising dengan gelak ketawa murid-murid. Mereka gelak
aku yang tinggal di rumah setinggan. Aku terguris dengan hilai tawa mereka. Tapi
aku kuatkan semangat di hati Tak apa, sekarang korang ketawakan aku. Tengoklah
suatu hari nanti akan aku buktikan..

Waktu persekolahan berlalu dengan cepat. Tiada kawan. Siapa nak berkawan
dengan budak kotor seperti aku. Setiap kali aku berjalan dalam kalangan mereka.
Mereka melihat aku dengan jijik seperti aku ini bangkai busuk. Aku tempuh detik-
detik persekolahan dengan tabah. Aku hanya berbekalkan nasihat ayah dan
harapan ibu sepanjang tahun itu. Aku tidak boleh cepat mengalah. Aku kuat.

Sering kali aku mengadu kepada ibu. Aku tidak tahan dengan usikan nakal budak-
budak kaya di sekolah. Mahu saya aku menumbuk mereka. Apakan daya, aku
menahan sahaja. Aku tak mahu cari pasal.
Ibu, di sekolah Iman kena buli. Iman geramlah ibu, adu aku kepada ibu.
144

Iman nak berjaya kena sabar. Itu dugaan Iman. Anak laki mak sorang ini kan kuat.
Tak payah hiraukan mereka, nasihat ibu.

Kata-kata itu aku sebatikan dalam jiwa menjadi perisai untuk berjaya. Ibulah tempat
aku mengadu. Aku bangga dapat ibu seperti dia. Sesusah mana pun dia menyara
aku dan adik. Dia masih mampu menggembirakan seperti arwah ayah.

Dinihari itu embun dingin belum mengering lagi, aku nampak ibu tekun membungkus
nasi lemak untuk dijual. Nasi lemak ibu sangat sedap. Aku selalu memuji ibu atas
keenakkan masakannya. Ibu hanya tersenyum. Ibu mula menjual nasi lemak masa
ayah masih hidup lagi. Ibu mahu tolong ayah. Ibu sayang ayah. Jadi dia mahu
berkorban juga untuk kesejahteraan keluarga. Hasil jualan nasi lemak itu, ibu dapat
sekolahkan aku dan juga insuran ayah yang mendapat kecelakaan di tempat kerja
serba sedikit dapat menampung hidup kami tiga beranak.

Adik pula makin hari makin galak. Dia dah mula nak merangkak. Mak selalu bawa
adik apabila keluar menjaja nasi lemak di bandar Kuala Lumpur. Jika tinggal di
rumah, tiada orang menjaga. Aku pula pergi ke sekolah. Hanya waktu cuti sekolah
aku menjaga adik. Adik tak banyak telatah. Dia seperti faham penderitaan keluarga.
Terima kasih adik. Aku sayang adik.

Hari-hari yang mendatang, aku lalui dengan semangat yang membara dengan
dorongan kuat ibu dan adik. Aku harus membantu mereka. Hanya dengan
pendidikan, dapat menolong aku saat ini. Hari persekolahan aku berjalan seperti
biasa.

Di sebalik alam persekolah itu, banyak pahit yang aku telan dan manis juga ada
sedikit. Apakan daya, pahit itu sudah kebal dalam diri aku. Kadang-kadang aku
mencemuh pahit itu dan ibulah tempat aku mengadu. Demi ibu, aku terus bangun
untuk terus melakar kehidupan yang ibu dan adik harapkan dalam mimpi.

10 tahun berlalu.
145

Ibu, adik dan aku masih berjerih perih melewati kehidupan yang semakin hari
semakin sampai pengakhiran. Usia ibu semakin dimamah waktu dan mula sakit-
sakit. Aku sering mendengar dia batuk-batuk dan jalannya dah mula berpaut pada
dinding rumah. Apa aku boleh buat? Aku tak punya apa-apa. Aku juga turut
menolong ibu selepas waktu sekolah. Sekarang, aku sudah belajar di sekolah
menengah atas.

Aku mendapat tawaran di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Berang selepas
keputusan cemerlang dalam UPSR. Tapi apakan daya, aku tidak dapat pergi akibat
kekangan dari semua segi. Aku tidak mahu ibu susah kerana aku, tempat belajar itu
sangat jauh dari Kuala Lumpur.

Tapi, hasrat arwah ayah untuk melihat aku berjaya masih terngiang-ngiang di
telingaku. Aku tidak mahu menghancurkan satu-satunya harapan ayah kepada aku.
Ayah ingin melihat aku berjaya dalam pelajaran supaya aku dapat membantu ibu
dan adik untuk membaiki kehidupan di dunia penuh pancaroba ini. Adik semakin
juga meningkat dewasa.

Perasaan aku berbelah bahagi. Sama ada ingin menerima tawaran itu atau tidak.
Aku takut apabila aku menerima tawaran itu, kejadian aku dibuli seperti di sekolah
akan berulang atau menjadi lebih teruk. Aku sudah tidak sanggup lagi. Biarlah aku
menyambung persekolahan di sekolah menengah kerana kejadian itu seperti sudah
sebati dengan diri aku. Jika aku di sini, aku lebih dekat dengan ibu dan adik.
Tambahan lagi dengan keadaan ibu yang tak sihat aku boleh tengok-tengokkan
keadaan ibu dan membantunya.
Ibu, Iman terus bersekolah di sini ye aku memberitahu ibu.
Ibu terus memandang aku. kenapa Iman tak terima saja tawaran itu? tanya ibu.
Iman lah satu-satunya harapan ibu sambung ibu lagi.
Tak apa lah ibu, tak ada bezanya belajar di sana dengan di sini. Sama sahaja.
Lagipun, kalau Iman ada disini, Iman boleh tengok-tengokkan ibu dan adik aku cuba
meyakinkan ibu.
146


Ibu menundukkan mukanya dan tidak berkata apa-apa. Aku tahu jauh di sudut
hatinya ingin melihat aku meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tapi
aku tidak boleh biarkan ibu sendiri memandangkan adik masih belum boleh
membantu ibu. Akhirnya ibu akur dengan keputusanku untuk tidak melanjutkan
pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara.

Tetapi aku berjanji kepada diriku sendiri serta ibu yang aku akan terus berusaha
untuk berjaya dalam pelajaran walau apapun dugaan dan cabaran yang datang cuba
menghalang aku sebab itu adalah harapan oleh arwah ayah.

Tik tok, tik tok
Aku hanya mendengar bunyi detikan jam usang di dinding rumah. Hari berganti hari,
minggu berganti minggu, tahun berganti tahun, aku masih berdiri teguh disini. Pergi
sekolah setiap hari untuk mencapai impian yang tiada henti. Hari-hariku aku tempuh
dengan kekuatan yang semakin menebal dalam diri.

Aku melihat Ibu. Semakin hari semakin kelihatan garis-garis halus dan kedut di
wajah orang tua itu. Namun, itu bukan penghalang bagi ibu untuk mencari sesuap
nasi untuk dijamah oleh kami setiap hari. aku akan membantu ibu menjual nasi
lemak selepas waktu persekolahan.

Kadang-kadang aku akan membantu ibu menjual nasi lemak di sekolah. Seperti
biasa anak-anak nakal tidak habis mengejek aku anak miskin. Aku tepis semua rasa
malu untuk membantu menambah pendapatan ibu. Walaupun tidak banyak tapi itu
sudah cukup untuk kami.

Duit hasil menjual nasi lemak ibu simpan untuk kegunaan menampung pelajaran aku
dan juga adik yang tidak lama lagi akan memulakan persekolahan. Adik lambat
masuk sekolah kerana ibu tiada duit untuk menyekolahkan adik. Aku tidak mampu
buat apa-apa. Kadang-kadang aku mahu mengalah tetapi ibu berkeras supaya aku
menamatkan apa yang dimulakan.
147


Aku mengalihkan pandanganku ke arah beranda rumah. Kelihatan adik sedang leka
bermain dengan patung yang dijahit sendiri oleh ibu. Adik semakin hari semakin
semangat untuk pergi ke sekolah. Kadang-kala dia hendak mengikut aku pergi ke
sekolah. Tetapi aku menyuruh dia duduk di rumah atau pun menemani ibu menjual
nasi lemak.

Aku tahu dia teringin sangat pergi sekolah kerana dia juga ingin berjaya dalam
pelajaran seperti. Dia juga hendak membantu untuk meringankan beban ibu yang
selama ini menampung kehidupan kami dengan membanting tulang menjual nasi
lemak di tengah kota.

Aku masih menghadap lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Ah! tahun ini aku
akan menduduki peperiksaan SPM jerit hati kecilku. Aku terus bersandar di bangku
kayu yang dibuat oleh arwah ayah untuk kegunaan aku.

Adik pula akan memulakan persekolahannya pada minggu hadapan. Aku lihat dia
sudah tidak sabar ingin berjumpa kawan-kawan baru kerana selama ini dia tidak
mempunyai kawan sepermainan di kawasan setinggan perumahan kami. Tetapi
timbul perasaan tidak senang di hati. Aku berfikir mungkin adik akan mengalami
situasi yang sama seperti aku. Di buli, di ejek, di hina seperti apa yang ku lalui
sebelum ini. Masalah itu, sering kali hadir dan menganggu fikiranku.

Aku tidak mahu adik mengalami perkara yang aku lalui sebelum ini. Aku takut
perasaan terujanya ingin bersekolah bertukar sedih kerana tidak mampu menerima
cacian dan hinaan yang diterimanya di sekolah. Tetapi aku juga tidak sanggup
melihat masa depan adik musnah begitu sahaja. Aku tetap akan menyekolahkan
adik sebab itu sahaja cara aku membantu adik. Aku tahu adik seorang yang kuat
kerana dia sudah biasa hidup susah. Dia boleh menepis semua cabaran yang
datang kepadanya.

Iman, bangun solat subuh ibu menjerit dari luar bilikku. Aku tersedar lalu
menggapai tuala dan menuju ke bilik air. Adik pula masih berselimut . Aku tatap
148

wajahnya hingga menitis air mataku. Adik, nanti kalau dah sekolah belajar sungguh-
sunguh ye aku bersuara kecil.

Sesudah mandi, aku mengejutkan adik untuk solat berjemaah bersama ibu. Pagi itu
suasana sungguh hening sekali. Aku menjadi imam menggantikan arwah ayah yang
selalu mengimamkan kami solat berjemaah. Aku tidak berhenti berdoa
kesejahteraan ayah di sana.

Selesai solat subuh. Aku bersiap kemas untuk pergi sekolah. pakaian yang lusuh itu
ku kenakan ke tubuhku. Kalau dapat pakai baju baru bagus juga, aku berkata
sambil tergelak kecil. Aku sedar aku tidak mampu untuk membeli baju yang baru.
Tapi tidak mengapa, dengan baju yang lusuh ini akan aku buktikan aku juga boleh
berjaya.

Selepas menyantap sarapan yang disediakan oleh aku bersedia berangkat ke
sekolah. Ibu, Iman nak pergi sekolah dah ni jeritku memanggil ibu. Ibu datang
kepadaku dan aku terus mencapai tangan ibu. Ku kucup tangan ibu yang semakin
kasar itu.

Iman, ambik duit ni. Nanti petang selepas balik sekolah pergi ke bandar beli baju
sekolah untuk adik. Adik kan nak mendaftar minggu hadapan kata ibu sambil
menghulur duit kepadaku.

Baik ibu jawabku.
Adik tunggu abang balik ye. Nanti petang kita pergi ke bandar beli baju sekolah
untuk adik. Aku memberitahu adik.
Adik kelihatan gembira sekali. Suasana di rumah pada pagi itu sungguh gembira.

Aku belajar di sekolah seperti biasa. Malah semakin tekun memandangkan hari
peperiksaan PMR semakin hampir. Kerja yang diberikan oleh guru aku siapkan.
149

Tapi suara-suara sumbang menghinaku masih kedengaran. Aku tidak
mengendahkan mereka. Yang penting aku berjaya.

Kringggggg
Loceng sekolah berbunyi tepat pukul 1.30 petang menandakan waktu sekolah sudah
tamat. Aku menggangkat beg galasku dan terus berjalan kaki pulang ke rumah.
Mesti adik tengah tunggu aku di rumah aku melajukan langkahku menuju kawasan
perumahan setinggan yang aku tinggal. Aku lihat adik sedang duduk di tangga
menuggu kepulanganku. Adik melompat keriangan melihat kelibat aku sampai ke
rumah.

Adik, pergilah bersiap suruhku kepada adik.
Tanpa berlengah adik terus meluru ke bilik menggantikan pakaiannya.

Aku dan adik pergi ke bandar dengan hanya berjalan kaki kerana kawasan rumah
tidak jauh dari bandar. Walaupun kawasan bandar dekat dengan rumah, namun
ianya umpama satu lukisan yang terbentang luas dari pandangan ku dan adik. Inilah
kali pertama adik pergi ke bandar, terpancar cahaya kegembiraan di raut wajahnya.

Aku hanya tersenyum melihat telatah adik yang tidak berhenti bercakap tentang
kecanggihan dan bangunan pencakar lagit yang semakin pesat membangun
umpama cendawan yang baru tumbuh.

Abang, adik tak sabar nak beli baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah. Adik nak
sekolah macam abang, adik nak sangat bantu mak dan abang kata adik dengan
nada gembira.
InsyaAllah dik, kamu pasti akan berjaya kelak kataku kepada adik sambil
mengusap kepala kecilnya itu.
Jauh lagi ke nak ke kedai baju tu bang?
Sikit je lagi nak sampai dik
150


Setelah hampir 10 minit berjalan akhirnya aku dan adik sampai ke destinasi yang
ingin dituju. Seronok dapat melihat telatah adik yang kelihatan ligat memilih pakaian
sekolahnya. Jauh di sudut hatiku, biar aku sahaja yang menelan tiap pahit getir
kehidupan kami sekeluarga. Ku titipkan tiap-tiap kalimah doaku agar bahagia dan
berjayalah adik menggapai impiannya.

Hampir setengah jam juga adik memilih pakaian sekolahnya. Katanya rambang mata
sebab tidak tahu hendak pilih yang mana sesuai untuknya. Sebagai abang yang
bertanggungjawab, aku layan juga karenah adik untuk memilih pakaian sekolah
yang sesuai untuknya. Di tengah kesibukan aku memilih pakaian, adik sudah tidak
kelihatan di bangunan kedai itu. Mataku mula melilau mencari adik kalau-kalau adik
menuju ke tempat lain. Panik, risau, cemas. Semua perasaan bercampur baur.

Kedengaran suara orang ramai tengah riuh sekampung hadapan bangunan kedai
tempat aku dan adik mencari pakaian sekolah. Hatiku seolah-olah berkata sesuatu
yang membisikkan bahawa aku harus melihat apa yang sedang berlaku di luar sana.

Sungguh tidak kuduga dan tidak ku sangka hari ini hatiku mula pecah berderai lagi.
Adik ku lihat sudah terlantar di jalanan dengan pakaian yang berlumuran darah. Kata
orang, adik dilanggar sebuah lori sewaktu hendak melintas jalan. Aku dengan
perasaan yang tidak tentu hala menjerit dan memohon pertolongan orang ramai
untuk menghantar adik ke hospital berdekatan.

Hari itu juga nafas adik terhenti buat selamanya. Nadiku seolah-olah hilang bersama
adik. Hatiku sakit sekali lagi untuk merelakan kepergian adik setelah kehilangan
ayah.

Sebaik sahaja berita kematian adik sampai ke pengetahuan ibu, badan ibu berketar
terus rebah ke lantai rumah. Ibu pengsan kerana terkejut dengan berita tersebut.

Keesokannya harinya jenazah adik di bawa pulang ke kampung untuk dikebumikan.
Jenazah adik dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah ayah. Selepas ini
151

tiada lagi aku dengar ngilai tawa adik. Tiada lagi suara adik mengisi setiap ruang
penjuru rumah kami. Harapan aku untuk melihat adik bersekolah musnah akibat
kejadian itu.

Kini aku hanya ada ibu, dan ibu hanya ada aku. Aku melihat ibu sudah tidak
bermaya lagi. Ibu kelihatan semakin sugul. Kerut di dahinya semakin hari semakin
bertambah. Aku tidak sanggup melihat ibu terus bersedih. Kini, tinggal aku satu-
satunya anak ibu dan harapan ibu. Aku berjanji akan lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaaan SPM yang bakal ketempuhi tidak lama lagi.

10 tahun sudah berlalu. . . .

Namun kejadian itu masih segar dalam fikiranku. Abang rindukan adik kataku
dalam hati. Aku yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan dan kini aku
sudah berada di puncak kejayaan dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat
universiti. Aku sudah sampai ke menara gading. Pasti adik menjadi pelajar
cemerlang jika dia masih ada. Tapi itu hanya imagnisi yang tidak akan menjadi
realiti.

Aku sedang belajar di Universiti Malaya dalam bidang perniagaan. Aku yakin
selepas aku tamat pengajian aku mampu mengubah hidup aku dan ibu. Aku mahu
dunia melihat anak miskin seperti aku boleh berjaya walaupun dibesarkan dalam
keluarga yang daif.

Kedaifan bukanlah penghalang aku untuk menggapai setiap impian yang ku cipta di
dalam hati. Ku kenang kembali kisah hidupku yang terpaksa kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang. Kenangan ini sedikit mengusik kalbuku. Aku tersenyum
seketika.


Tiga tahun bersusah payah akhirnya aku sudah tamat pengajian di peringkat
Universiti. Segulung ijazah kini berada dalam genggamanku. Aku mencium tangan
ibu yang banyak membantu aku.
152

Terima kasih ibu, kataku sambil mengalirkan air mata.

Pasti ayah gembira jika melihat Iman sekarang kan kata ibu kepadaku. Aku
tersenyum lantas mengalir air mataku membasahi pipi seperti hujan renyai jatuh ke
bumi. Aku kucup pipi lembut ibu dengan harapan aku bisa memberi kegembiraan
dan makna hidup yang sebenarnya buat ibu.

Kini, aku sudah mempunyai perniagaan sendiri. Ibu tidak perlu lagi menjual nasi
lemak. Aku sahaja boleh menampung kehidupan kami dua beranak. Tiap perjalanan
dan jerih menuju kejayaan tidak akan aku lupa. Tidak semua orang boleh menilai
apa itu kehidupan yang hakiki.

Tidak juga semua orang boleh bangkit melihat apa sebenarnya permata
kebahagiaan yang dicari-cari. Hidup ini cukup indah meski hanya aku dan ibu
menghiasi senda gurau di rumah. Namun, adik dan ayah tetap bersemadi dan
tersemat jauh di dalam lubuk hati kami.







Siti Nazirah Binti Mustapar Kamal
Pelengkap Hidupku
Pagi rabu yang cerah dan mendamaikan segenap jiwa khalifah Allah SWT yang
berada di muka bumi ini. Anginnya yang bertiup sepoi-sepoi bahasa seakan-akan
menyapa lembut penghuni kota yang begitu leka menjalankan aktiviti seharian.
153

Burung-burung berterbangan megah membelah langit biru. Awan redup
menyembunyikan matahari yang membahang bagi memberi ruang kepada manusia
untuk merasa kenyamanan di pagi hari.

Akan tetapi, kedamaian pagi itu tenggelam dek kesibukan kota. Manusia mula
bertempiaran mengejar masa bagi mencari rezeki yang halal dan ada juga yang
sebaliknya. Nauzubillah. Sesungguhnya Allah SWT Maha mengetahui lagi Maha
bijaksana. Manusia bersesak-sesak antara satu sama lain, bersaing untuk sampai
ke detinasi yang mereka tujui. Enny seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) kelihatan ligat mencelah-celah bagi memboloskan dirinya yang kecil
molek itu. Penampilannya yang bertudung litup bertambah anggun apabila
mengenakan busana muslimah berwarna hijau muda. Walaupun Enny mengenakan
busana muslimah moden, itu tidak menghalangnya dari menjaga aurat daripada
dilihat oleh kaum adam yang bukan halal baginya. Langkah Enny semakin kencang.
Dia juga acapkali melihat jam tangannya.
Ya Allah. Aku dah lambat ni. Harap-harap Sarah tak marah dengan aku. Ya
Allah, Engkau permudahkanlah urusan ku Ya Allah. Bisik hati kecil Enny.

Dia teringat akan janjinya kepada Sarah untuk berjumpa di perpustakaan
Gemilang pada jam 8 pagi. Sekarang jam menunjukkan 8.30 pagi. Enny sudah
terlambat setengah jam. Ini semua gara-gara perlanggaran kecil antara Enny
dengan seorang pemuda semasa di stesen kereta api Sentral Kuala Lumpur.
Mindanya mula memutarkan babak-babak insiden yang berlaku pagi tadi.
* * * * *
Kak, tiket ke hentian UKM untuk seorang.
RM 3.30, ye dik.
Enny menyeluk saku sisi begnya dan mengeluarkan not RM5 yang memang
disediakan untuk membayar tiket.
154

Syiling ada tak dik? Kami pon kekurangan syiling ni.
Emm ada rasanya. Sekejap ya kak. Balas Enny
Nota ditangan diletakkan di atas kaunter. Dia segera mencari dompetnya di
dalam beg untuk membayar baki wang lagi 30 sen. Enny segera membuka bahagian
syiling. Alhamdulillah, mujur dia tidak memasukkan syiling lebihan membeli kuih
semalam ke dalam tabung. Sudah menjadi kebiasaan bagi Enny, sekiranya dia
mempunyai wang syiling pasti akan dimasukkannya ke dalam tabung. Semalam dia
lupa melakukan rutin itu mungkin kerana leka hendak menyiapkan tugasan.
Ini tiketnya dan baki adik RM2. Tunggu di platform 1 ye dik.
Terima kasih kak. Assalammualaikum.
Enny terdengar bunyi pengumuman kereta api yang akan menuju ke UKM
telah tiba. Notanya tadi dicapai dengan pantas. Tangannya sudah penuh. Tangan
kanan memegang nota, kiri pula memegang dompet dan tiket. Dalam keadaan
kelam kabut, Enny beredar meninggalkan kaunter.
Kekalutannya mengundang musibah. Dia terlanggar seorang pemuda
semasa menuju ke platform 1. Salahnya juga kerana berjalan tidak memandang ke
hadapan. Dirinya sibuk memasukkan dompet ke dalam beg sambil bibirnya pula
diselitkan tiket.
Astaghfirullah hal azim. Laju saja perkataan itu keluar dari bibirnya.
Habis semua nota-notanya tercampak lalu berselerak. Enny segera mengutip
nota-notanya dengan bantuan pemuda itu. Mata mereka bertetangan. Pemuda itu
melemparkan senyuman sambil menghulurkan nota kepunyaan Enny.
Ya Rabbi. Hensem betul laki ini. Detik hati Enny.
Jiwanya bergetar. Enny mula menyedari itu semua godaan syaitan
laknatullah. Dia segera mengalihkan pandangannya. Hatinya berzikir dan
beristighfar mengingati Allah agar dirinya terhindar daripada perkara yang mungkar.
Maaf ya and terima kasih atas bantuan.
155

Enny segera mengambil nota yang dihulurkan dan berlalu pergi untuk
mengejar kereta api yang telah lama tiba. Enny tidak mahu berlengah lagi.
Saudari! Tiketnya. Enny berpaling. Langkahnya dimatikan. Dia berpatah
balik ke arah pemuda tadi. Sepantas kilat, tiket itu bertukar tangan.
Terima kasih sekali lagi. Assalamualaikum.
* * * * *
Dari jauh Enny terlihat kelibat seorang wanita berdiri dihadapan perpustakaan
Gemilang sambil menggalas beg jenama Lacoste berwarna merah.
Ahh itu pasti Sarah. Gumam hati Enny.
Susuk tubuh wanita itu yang tinggi lampai, berkulit sawo matang, bibir yang
kemerah-merahan bak delima dan juga mempunyai sepasang mata yang menawan
menyakinkan lagi Enny bahawa itu sahabat karibnya, Sarah Batrisya. Tidak
dinafikan Sarah merupakan mahasiswi yang sering menjadi igauan mahasiswa di
UKM. Penampilannya yang menarik dan petah berkata-kata menjadi tarikan kepada
semua orang. Sarah juga seorang wanita solehah yang sentiasa menjaga batas-
batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Enny sungguh beruntung mempunyai
sahabat seperti Sarah.
Assalamualaikum. Sapa Enny kepada Sarah yang membelakanginya.
Waalaikumussalam. Alhamdulillah Enny dah sampai. Enny dari mana ni?
Kenapa lambat sangat. Tak bawa handphone kew? Puas Sarah kol tak dapat-
dapat. Risau tau tak? Sarah cemas. Risau kalau-kalau terjadi sesuatu
kepada sahabatnya itu.
Enny mintak maaf Sarah. Tadi masa kat stesen kereta api, Enny terlanggar
orang. Pastu Enny terlepas kereta api. So Enny kena lah tunggu kereta api
yang seterusnya. Im really sorry. Enny menjelaskan hal yang sebenarnya.
Its okay. Yang penting Enny selamat sampai. Haa handphone?
Astaghfirullah hal azim. Enny terlupa bawa la. Tadi kalut sangat keluar
rumah. Lupa nak ambil kat atas meja study.
156

Patut la orang kol tak berangkat. Tak bawa handphone rupanya. Dah la jom
masuk. Lenguh dah kaki Sarah ni berdiri. Rasa macam nak patah dah.

Mereka berdua beriringan masuk ke dalam perpustakaan. Seperti biasa sudut
terpencil di hujung perpustakaan menjadi pilihan mereka untuk melakukan
perbincangan. Enny dan Sarah sering ke perpustakaan untuk menyiapkan tugasan.
Bagi mereka, pustakaan adalah tempat yang sesuai untuk memerah otak
menghasilkan tugasan yang berkualiti. Tambahan pula, bahan rujukan juga mudah
diperolehi bagi memantapkan lagi penulisan yang berbentuk ilmiah.
* * * * *
Suasana di dalam perpustakaan agak lengang berbanding di luar. Tidak ramai
mahasiswa mahupun mahasisiwi yang berada di sana. Mungkin waktu itu ramai
yang menghadiri kuliah. Tunggu sahajalah jam 10.30 pagi. Pasti berduyun-duyun
penuntut UKM memenuhi segenap ruang di perpustakaan. Lumrah hidup sebagai
seorang penuntut universiti. Selain asrama mahupun rumah, perpustakaan
merupakan tempat tinggal ke dua bagi penuntut-penuntut.

Enny dan Sarah sedang asyik mencari bahan rujukan yang sesuai dengan
tugasan mereka. Kali ini pensyarah kesayangan mereka Encik Ayob bin Salleh
memberikan tugasan berkaitan dengan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan
generasi muda.
Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama dalam kalangan remaja
yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa
Melayu yang betul. Baru-baru ini kerajaan Malaysia memutuskan hendak
melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor
swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak. Sebagai
contoh, TV 3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom
Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai. Penggunaan bahasa rojak ini
yang secara tidak langsung mengikis identiti Bahasa Melayu yang indah
diburukkan lagi dengan perkembangan teknologi moden menerusi telefon
157

bimbit seperti penggunaan khidmat Short Message Service (SMS) dan sistem
mesej Blackberry (BBM). Faktor penyumbang gejala penggunaan bahasa
rojak dan singkatan ini mungkin disebabkan golongan muda tidak lagi
didedahkan dengan penulisan Bahasa Melayu formal atau aktiviti komunikasi
di peringkat sekolah rendah dan menengah. Enny membaca rencana yang
terdapat pada keratan akhbar.

Sedikit sebanyak Enny turut terasa dengan apa yang dibaca olehnya. Dia
juga merupakan salah seorang pengguna tegar bahasa rojak.
Astaghfirullah hal azim. Ya Allah, semoga hambamu ini dapat memperbaiki
diri agar tidak menggunakan bahasa rojak semasa di dalam majlis rasmi dan
jadikanlah hambamu ini contoh tauladan yang baik kepada anak didik hamba
kelak. Amin. Hati Enny memanjatkan doa.
Enny tidak mahu kebiasaannya menggunakan bahasa rojak akan menjadi
ikutan kepada anak muridnya nanti. Bak kata pepatah, guru kencing berdiri, anak
murid kencing berlari. Sebagai penuntut tahun akhir dalam jurusan pendidikan
Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Enny perlu mempersiapkan diri untuk menjadi
seorang pendidik yang berwibawa. Dia ingin mencontohi sikap Rasulullah S.A.W
dalam menyampaikan dakwahnya. Rasulullah sering mempersiapkan diri sebelum
menyampaikan sesuatu dakwah. Sikap baginda yang sabar dalam menyebarkan
ajaran islam menjadi pendorong kepada Enny. Baginya, sebaik-baik idola ialah
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Enny masih khusyuk membaca rencana yang dijumpainya sambil menuju ke
tempat duduk. Rencana itu boleh menjadi bahan untuk tugasannya kali ini.
Hati Enny berbunga riang. Allah mempermudahkan urusannya dalam
menyiapkan tugasan.
Astaghfirullah hal azim.
Sekali lagi Enny terlanggar seseorang. Mujurlah tidak terlalu kuat. Dia sedikit
mendongak untuk memohon maaf atas kesalahannya. Malunya bukan kepalang
158

kerana ini kali kedua dia melanggar seseorang. Wajah pemuda itu diamati. Lidahnya
kelu. Raut wajah pemuda itu sungguh Enny kenal. Hatinya berdetak kencang setiap
kali bertemu pandang dengan jejaka pujaan hatinya. Enny segera menundukkan
pandangannya. Bimbang akan panahan yang bakal berlaku kepada Enny andai dia
terus memandang jejaka itu. Sungguh sudah lama dipendamkan rasa hati terhadap
jejaka itu namun untuk meluahkan Enny tidak berani.
Ya Allah. Ennimuslina rupanya. Awak okay? Fakri melemparkan senyuman.
Maaaaaf Fakri. Saaya tak perasan tadi. Tiba-tiba Enny menjadi gagap.
Its okay. Yang penting awak tak apa-apa. Hati-hati bila berjalan tu. Fakri
berlalu meninggalkan Enny.

Perasaan malu mencengkam diri. Mukanya yang putih melepak menjadi
kemerah-merahan kerana menahan malu yang teramat sangat. Enny berkenalan
dengan Fakri sewaktu sama-sama mengendalikan Program Maulidur Rasul tahun
lalu. Fakri merupakan ketua projek dan Enny pula bertugas sebagai setiausahanya.
Mereka sering berhubung untuk mendapatkan kelulusan dekan sebelum
menjalankan program tersebut. Sejak itu Enny telah lama menyimpan perasaan
kepada Fakri. Tetapi Enny tidak mahu melayan perasaannya. Bisikan syaitan harus
dihindarkan agar dirinya tidak terjebak dengan ikhtilat iaitu percintaan yang
mengabaikan syariat agama. Enny sempat memandang pemuda disebelah Fakri.
Sepertinya Enny kenal dengan pemuda itu. Wajahnya bermain-main di kotak fikiran
Enny. Dia ligat memikirkan siapakah gerangan lelaki itu. Perasaan ingin tahu
membelenggu diri. Mindanya tidak dapat berfikir. Akhirnya Enny mengalah. Dia
kembali ke tempat duduk di mana Sarah setia menanti.
* * * * *
Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari. Hampir lima jam juga Enny dan Sarah
berada di perpustakaan. Naik kematu punggung mereka. Enny mula berasa tidak
selesa dengan dirinya. Mungkin kerana terlalu penat dan badannya juga sudah
berpeluh-peluh.
159

Sarah, jom la kita balik. Enny rasa tak selesa la. Badan dah mula melekit-
lekit ni. Mungkin sebab tadi Enny tergesa-gesa datang sini kot. Rasa macam
nak mandi je. Enny mengajak Sarah untuk beredar pulang ke rumah.
Emm okay jugak tu. Sarah pon dah tak larat sebenarnya. Perut ni plak dah
mula main lagu dondang sayang lagi mintak di isi. Balas Sarah sambil
mengusap-usao perutnya yang kelaparan.
Mereka mula berkemas-kemas untuk meninggalkan perpustakaan. Tiba-tiba
Sarah meminta agar Enny menunggunya sebentar kerana dia ingin ke tandas.
Sementara menunggu Sarah, Enny bercadang untuk meminjam beberapa buah
buku untuk dibawa pulang.

Segala nota dan peralatan menulis yang telah dikemas Enny tinggalkan saja
di atas meja. Dia segera menuju ke kaunter pinjaman buku. Sekembalinya dari
kaunter, kelibat Sarah masih tidak kelihatan. Enny duduk semula sambil membelek-
belek majalah Keluarga yang di ambil berdekatan dengan tempat duduknya. Dia
terus membuka bahagian resepi masakan. Mencuba masakan baru merupakan hobi
Enny di masa lapang. Berpegang kepada pesan ibunya, untuk menjadi isteri yang
baik perlulah menjaga makan dan minum suami. Sejak itu Enny tekad untuk belajar
memasak. Enny terlihat resepi Ketam Masak Lemak Cili Api kegemarannya. Kotak
pensel Enny segera dicapai untuk mencatat resepi kegemarannya itu.

Janggal rasanya melihat isi di dalam kotak pensel itu. Beberapa kali Enny
melihat kotak pensel itu takut-takut ia bukan miliknya. Memang tidak syak lagi itu
memang kotak pensel miliknya. Berwarna merah dan tergantung sebuah keychain
strawberi yang dibelinya semasa bercuti ke Cameron Highland bulan lalu. Enny
mula berasa curiga. Terdapat sekeping kertas didalamnya. Sejak bila kertas itu
berada di dalam kotak pensel miliknya. Perasaan ingin tahu menyelubungi diri.

Kepingan kertas yang dilipat kemas itu perlahan-lahan dibuka. Tulisannya
agak kemas dan tersusun. Enny mengamati isi yang tertulis pada nota tersebut.
160

Matanya menjadi bundar. Terkejut bukan kepalang. Siapakah gerangan yang
memberi surat layang ini kepadanya. Dia segera bangun dan menuju ke tandas.
Mukanya kembali kemerah-merahan menahan malu. Malang sungguh nasibnya
pada hari ini. Pagi tadi dia terlanggar seorang pemuda semasa di stesen kereta api,
kemudian semasa di perpustakaan dia melanggar lelaki pujaannya, Fakri dan kini
dia mendapat surat layang yang isinya lebih memalukan jika hendak dibandingkan
dengan insiden-insiden yang berlaku sebelumnya. Enny jadi penasaran siapakah
pengirim surat itu.
Assalamualaikum saudari Ennimuslina,
Keberatan rasanya untuk saya katakan hal ini. Tetapi percayalah demi Allah
ini adalah untuk kebaikan diri saudari juga. Saya rasa mungkin saudari tidak
sedar bahawa saudari telah datang bulan. Lebih baik kiranya saudari mencuci
kesan darah yang berada pada pakaian saudari itu sebelum dilihat oleh orang
lain.
* * * * *
Insiden yang berlaku tempoh hari benar-benar mengajar Enny supaya sentiasa peka
dengan jadual datang bulannya. Walaupun insiden itu telah tiga bulan berlalu, tetapi
Enny tetap berasa insiden tersebut baru semalam terjadi. Sungguh memalukan.
Enny masih tertanya-tanya siapakah gerangan yang memberi dia surat layang itu.

Kini, masa yang dinantikan telah pun tiba. Setelah tiga tahun bergelut sebagai
seorang pelajar universiti, Enny akhirnya berjaya bergraduasi dengan cemerlang.
Ibu dan ayah tersenyum bangga melihat kejayaan Enny. Itulah hadiah terbaik untuk
ibu dan ayahnya. Universiti kini ditinggalkan. Lambaian rakan-rakan semakin jauh
daripada pandangan mata. Banyak sungguh kenangan yang di sulam sepanjang tiga
tahun bersama dengan mereka semua. Pahit manis dikongsi bersama-sama. Bagi
Enny mereka semua rakan terbaik dunia dan akhirat. Enny berdoa agar rakan-
rakannya akan sentiasa dirahmati oleh Tuhan dan berjaya dalam bidang masing-
masing pada masa akan datang. Sedang asyik Enny melambai rakan-rakannya
daripada dalam kereta, matanya tertancap kepada susuk tubuh seorang pemuda.
161

Pemuda itu kelihatan begitu bahagia dapat bersama-sama ahli keluarganya
berkongsi kegembiraan dengan kejayaan yang dimiliki.

Enny masih memendam perasaan terhadap jejaka itu. Enny tidak mahu
gopoh dalam mencari pasangan. Dia mengakui, memiliki pasangan adalah fitrah
semulajadi manusia dan Enny sentiasa berdoa semoga Allah mengurniakan seorang
suami yang mampu membimbingnya ke jalan syurga. Enny menyimpan rapi
perasaan itu sendiri. Dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan daripada
jejaka itu. Enny khuatir, andai hatinya terlalu berharap, dia bakal kecewa suatu hari
nanti.
Ya Allah jika hamba salah mengharapkan dia, maka pupuslah harapan ini.
jika hamba benar mengharap dia dan Kau redhainya maka aku serahkan
semuanya kepada rencana-Mu. Engkau zat yang Maha kuasa dan Maha
tahu. Enny bermonolog sendirian.

Allah pengatur segalanya. Dia pasrahkan apa sahaja qada dan qadar Allah
terhadapnya. Sementelah dirinya belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga,
adalah molek sekiranya diabaikan dahulu perasaan yang sekian lama menghuni
hatinya. Jika dia memang telah ditakdirkan untuk Enny, sejauh mana kami terpisah
InsyaAllah Allah pasti akan ketemukan kami di jinjang pelamin. Pada pandangan
Enny, jejaka itu sangat baik pegangan agama dan akhlaknya.
Fakir selamat tinggal, insyaAllah semoga bertemu lagi, bisik Enny
perlahan.

Kereta milik ayahnya berlalu pergi meninggalkan perkarangan dewan
konvokesyen. Perasaan sayu menggayuti hati. Air matanya dikesat perlahan. Dalam
diam, ibu memerhatikan perlakuan Enny. Cepat-cepat Enny mengalihkan
pandangan ke luar tingkap kereta. Perasaan sedih masih menyelubungi dirinya.
Sedih kerana meninggalkan rakan-rakan dan dunia universitinya. Tidak lama lagi dia
bakal menjadi pendidik dan mendidik anak bangsa. Mampukah Enny memikul
162

tanggungjawab yang begitu besar bagi dirinya? Hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Enny hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal agar semuanya akan
dipermudahkan oleh yang Maha Esa.
* * * * *
Enny kini seorang guru yang berwibawa. Sering menjadi guru kesayangan murid-
muridnya. Walaupun sikap Enny tegas dalam sesi pengajaran tetapi hal itu tidak
menjejaskan kelembutannya dalam melayani karenah anak murid. Sikap prihatin
yang Enny ditunjukkan kepada semua guru dan juga murid-murid Sekolah
Kebangsaan Wira membuatkan mereka senang untuk berurusan dengan Enny.
Enny tidak sombong. Rajin bertanya apabila tidak faham dan sering menyahut
cabaran apabila diberikan tugasan baru oleh Guru Besar. Terasa tidak menang
tangan juga Enny melakukan semua tugasan tersebut. Selesai satu tugasan,
tugasan lain pula yang menanti. Begitulah lumrah seorang guru baru. Enny sudah
sedia maklum dengan hal sebegitu. Senior-seniornya sebelum ini ada menceritakan
pengalaman pertama mereka setelah posting ke sekolah. Ada yang dihantar
menghadiri kursus, menyiapkan mural, menjadi setiausaha olahraga dan
sebagainya. Bak kata guru-guru lama, masa muda inilah masa yang sesuai untuk
menimba pengalaman. Enny tidak kesah semua itu. Segala tugasan yang diberikan,
Enny terima dengan hati yang terbuka. Tidak dinafikan semua itu diluar kemampuan
Enny, tetapi Enny tetap harus mencuba.

Dalam kesibukkan menjadi guru, Enny mula terasa dirinya sunyi dan
kekosongan. Tiada tempat mengadu kasih apatah lagi ingin berkongsi masalah. Ibu
dah ayah? Ah, terasa seperti budak kecil pula ingin mengadu kepada mereka. Sunyi
di hati Enny kerana mendambakan teman bernama suami. Enny sudah bersedia.
Dia yakin mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada
anak-anaknya kelak. Oleh kerana Enny tidak mempunyai kekasih, hal itu disuarakan
kepada kedua ibu bapanya. Niat hati Enny disambut baik oleh kedua ibu bapanya.
Gembira bukan kepalang apabila mendapat berita tentang hajat anak daranya itu.
Mana tidaknya, ibu bapa Enny sudah lama menginginkan anak sulungnya itu
berumah tangga tetapi setiap kali hal itu dibahaskan pasti Enny akan mengelak.
163

Pelbagai alasan yang Enny berikan. Maklum sahajalah, seorang guru memang
pandai bermain kata.

Kali ini mereka ingin mencari jodoh untuk Enny dengan segera. Takut juga
tiba-tiba Enny berubah fikiran. Akan tetapi mencari jodoh bukan suatu yang mudah.
Oleh itu, ibu bapa Enny sangat berhati-hati dalam memilih pasangan untuk Enny
agar kelak anak perempuannya bahagia dengan pasangan pilihan mereka. Mereka
berharap agar masjid yang bakal dibina nanti kukuh dan teguh berlandaskan syariat
islam serta menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrahmah. Enny redha
akan pilihan ibu dan bapanya, pasti mereka akan mencari seseorang yang sesuai
untuk dirinya. Sesekali Enny teringat akan jejaka idamannya masa di universiti
dahulu. Enny tersenyum sendiri mengenangkan kisah lalu. Sekian waktu telah
berlalu, kini dia sudah bergelar tunangan orang. Tunang kepada sahabat baiknya
sendiri, Sarah. Sungguh beruntung Sarah kerana bakal menjadi suri kepada seorang
pemuda yang elok pegangan agamanya.

Suatu hari, ibunya membawa perkhabaran bahawa seseorang telah datang
mengkhitbah Enny. Alhamdulillah, Enny mengucapkan syukur. Enny sangat percaya
akan pilihan kedua orang tuanya. Enny hanya mengetahui sedikit tentang calon
suaminya. Itu sudah memadai untuk Enny. Enny segera beristikharah meminta
ketetapan hati di dalam membina sebuah sebuah rumah tangga. Setiap kali usai
menunaikan solat istikarah, Enny memanjatkan doa,
Ya Allah, sebaik-baik rencana, tetap rencana-Mulah yang terbaik dan sebaik-
baik pilihan tetap pilihan-Mulah yang terbaik. Maka anugerahkanlah hamba
rencana dan pilihan terbaik-Mu untuk hamba-Mu ini. Rabbana Taqabbal
Minna Innaka Antas Samiiul Aliim wa tub Alaina innaka Antat Tawwaabur
Rahim.
Semoga semuanya di dalam redha Allah SWT. Setelah beberapa kali
beristikarah, Enny menemui jawapan. Ia tidak hadir melalui mimpi seperti mana
biasa namun Enny merasai ketenangan dan kelapangan hasil daripada istikarahnya.
164

* * * * *
Majlis pertunangan telah ditetapkan tarikhnya. Sebulan dari sekarang. Akan tetapi,
kebelakangan ini fikiran Enny sering terganggu. Bayangan seorang jejaka sering
menghantui fikirannya. Enny meluahkan hal itu kepada ibu. Ibu hanya berdiam.
Memarahinya tidak, menasihatinya pun tidak. Enny binggung akan reaksi ibu.
Ibu, adakah syaitan sedang menghasut Enny bu? Atau Allah hendak
menduga Enny? Tolong Enny bu. Enny tak mahu memikirkan tentang lelaki
lain sedangkan tak lama lagi Enny bakal jadi tunangan orang. Soal Enny
bertalu-talu meminta penjelasan dari ibunya.
Mendengarkan persoalan Enny, ibu segera ke biliknya dan kembali dengan
membawa sekeping foto bersaiz 4R. dihulurkannya kepada Enny.
Gambar bakal tuning Enny ye bu? Ibu simpan sajalah. Enny tahu, ibu dan
ayah mesti pilihkan yang paling beriman untuk Enny kan?
Cuba tengok dulu Enny. Balas ibu.

Diambilnya foto di tangan ibu dengan hati yang berat. Dia belum bersedia
untuk melihat wajah bakal tunangnya. Bagi Enny, paras rupa tidak penting dan dia
tetap akan mengenali bakal tunangnya itu apabila sudah sah menjadi pasangan
suami isteri kelak. Foto tersebut ditenung lama. Subhanallah, wajah yang cukup
dikenali Enny. Persis dalam mimpinya kebelakangan ini. Enny memanjatkan
kesyukuran. Rupa-rupanya Allah ingin memantapkan lagi pilihan Enny. Sekarang
Enny bertambah yakin dengan pilihannya untuk menjadi suri kepada jejaka tersebut.
mungkin inilah yang telah direncanakan oleh yang Maha Esa.
Dia bakal menjadi imamku. Pelengkap hidupku. Enny bermolog sendirian
sambil matanya masih tertancap pada foto tersebut.
Ini ada surat dari bakal tunang Enny. Umi dia yang sampaikan ke ibu. Dia
minta ibu sampaikan ke Enny. Ibu menyerahkan surat yang dilipat kemas
kepada Enny.
165

Enny terkejut menerima surat tersebut. Cara lipatannya membuatkan Enny
teringat pada surat yang diterimanya masa insiden di perpustakaan Gemilang 3
tahun dahulu. Mungkin itu hanya perasaan Enny sahaja. Dia segera membuka
lipatan surat itu untuk mengetahui isi kandunganya.
Bismillah hir rahmanirrahim,
Sungguh aku bersyukur dengan jalan jodoh kita, Enny. Mungkin kau tidak
mengenali ku, tetapi wajahmu telah mula mendapat tempat di hati ini sejak
pertama kali kita bertemu semasa insiden di stesen kereta api. Kemudian, kita
bertemu pula di perpustakaan. Aku mendapat tahu serba sedikit tentang
dirimu dari sepupuku Fakri dan juga tunangannya Sarah. Aku jugalah
pengirim surat layang di dalam kotak pensil mu dulu. Sebenarnya, dalam
diam aku mengagumimu, seorang yang sentiasa menjaga batas pergaulan
dan auratmu. Agak lama aku mengumpul kekuatan untuk mengkhitbahmu.
Tidak kusangka lamaranku kau terima. Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana
Allah telah menetapkan Enny untukku, sebagai pelengkap rusuk kiriku.
Izinkanku membimbingmu hingga ke Jannah.
-Ikhwan Hibatullah-

-TAMAT-


Wan Muhammad Hafiz Bin Wan Raghali
Aku Tak Sama
Suasana suram dan sunyi menyelubungi setiap lorong-lorong, wad-wad dan bilik-
bilik yang terdapat di setiap tingkat Hospital Bersalin Pulau Pinang. Di bahagian
Obstetric & Gynae, jururawat-jururawat untuk labor room sudah mula mengambil
tugas masing-masing setelah bermulanya shift untuk malam itu tepat pada pukul 9
malam. Ana, salah seorang jururawat berpangkat sister, berumur 44 tahun ,
166

mempunyai empat orang anak lelaki, kebetulan menghabiskan hari terakhir shift
malamnya sebelum bercuti. Sedang semua jururawat masing-masing menggalas
tugas yang telah ditetapkan, kedengaran bunyi teriakan kesakitan daripada salah
seorang pesakit di katil C12. Ana sebagai ketua jururawat bergegas ke katil C12, di
mana Zarina, seorang gadis berumur 18 tahun meraung memanggil jururawat sambil
mencuba untuk mengawal pernafasannya yang kedengaran sedikit terganggu
dengan kesakitan yang dialaminya.
Misi-misitolong saya sakit. Pekikkan Zarina kuat tapi tersekat-sekat dek
menahan kesakitan, mungkin sudah bersedia untuk bersalin.
Adik,tahantahan dulu. Ikut saya, tarik nafas. Lepas, tarik nafas,lepas. Ana
mengajar Zarina untuk bernafasdengan cara baik bagi mengurangkan paniknya
Zarina.
Doktor,doktor. Pesakit C12 sudah mengalami sudah mengalami kesakitan.
Saya sudah periksa, nampaknya sudah terbuka 6 cm. Ana bergegas berjumpa
Doktor Anita, sambil melaporkan kepadanya keadaan Zarina yang sudah bersedia
untuk bersalin.
Zarina dibawa masuk ke bilik pembedahan. Selepas dua jam,kedengaran suara
bayi berteriak memenuhi seluruh ruangan labor room. Ana juga terlibat di dalam bilik
pembedahan. Sedang jururawat lain membersihkan bayi Zarina, dia dalam keadaan
sangat lemah memegang tangan Ana, sambil berkata.
Kak,tolong hubungi keluarga saya. Saya nak balik.
Eh, adik belum boleh balik. Adik lemah lagi. Saya boleh tolong hubungi
keluarga adik, tapi untuk melawat sahaja. Adik kena tahan di sini dulu, sehinggalah
adik stabil. Balas Ana tegas dalam kehairanan dengan sikap anak gadis itu.
Setelah keluarga Zarina dihubungi. Ibu dan ayahnya datang dalam keadaan
bimbang akan keadaan anak gadis mereka. Tepat pukul 11 malam, ibu bapa Zarina
adalah anak gadis mereka yang masih belum berkahwin, akibat keterlanjuran
bersama teman lelaki yang tidak dikenali oleh keluarganya, dia mengandung dan
telah melahirkan seorang bayi perempuan pada hari itu. Di satu sudut, bahagian
tempat menunggu untuk pelawat, kelihatan ibu dan ayah Zarina duduk sambil
167

bertelingkah dalam nada suara yang rendah. Ana pada mulanya, tidak berasa mahu
untuk mencampuri urusan mereka tetapi lama-kelamaan ibu Zarina mula menangis
dan merayu-rayu pada suaminya sehingga tidak terkawal, membuatkan Ana
terpaksa untuk masuk campur hanya sekadar untuk menenangkan keadaan.
Misi, ada tak rumah kebajikan di kawasan ini, yang boleh mengambil bayi
kami malam ini juga? Soal ayah Zarina kepada Ana. Dalam keadaan tercengang,
Ana menjawab sambilmenyoal semula.
Pakcik, boleh kita berbincang dulu?
Saya sudah tenggelam punca, saya tidak tahu bagaimana nak
menyelesaikan masalah ini. Rungut ayah Zaria dalam keadaan seolah-olah mahu
dan benar-benar mengharapkan pertolongan dar Ana. Sedang Ana, mencuba
menenangkan mereka berdua. Tiba-tiba, Ana tersentak diam dan terkedu dengan
apa yang terlintas di fikirannya ketika itu. Setelah beberapa seketika saat sunyi dan
terkedu mengambil alih perbualan mereka. Ana memberanikan diri menyusul apa
yang berada di dalam fikirannya.
Pakcik, kalau saya sahaja yang mengambil dan menjaga dia. Boleh tak?
Soal Ana dalam girang bercampur simpati atas nasib bayi perempuan itu.
Lagipun, saya sudah berkahwin, dan mempunyai empat orang anak. Tetapi
semuanya lelaki. Saya teringin sangat nak ada anak perempuan. InsyaAllah, saya
dan suami akan menjaganya lebih daripada apa yang kami ada. tambah Ana,
dalam tegas dan sedaya - upaya menunujukkan keseriusannya. Ayah Zarina,
mengesat air mata jantannya dan berdiri, seolah menarik nafas lega lalu
menganggukkan kepalanya kepada isterinya.
Kami bersedia untuk menyerahkan segala-galanya. Kami amat terhutang
budi pada kamu sekeluarga. Ujar ibu Zarina dengan keadaan tenang dengan
keputusan yang diambil.
Selepas tiga hari, Zarina sudah stabil, dia dan keluarganya sudah bersedia untuk
membawanya pulang ke rumah. Sekali lagi, pertemuan Ana dan keluarganya cukup
membawa seribu makna buat Ana. Di mana pada hari tersebut, Ana dan suaminya,
Ismail dianugerahkan bayi perempuanyang dilahirkan oleh Zarina kepada mereka.
168

Ayah Zarina dan suami Ana berbual mesra di perkarangan tempat meletakkan
kenderaan di luar hospital. Hubungan kekeluargaan mereka cukup erat seperti
sudah kenal bertahun lamanya. Selesai penyerahan, Ana dan Ismail pulang ke
rumah kerajaan yang diberikan oleh pihak hospital kepada mereka dengan perasaan
teruja dengan kelahiran baru itu. Mereka berjanji akan membesarkan bayi itu seperti
anak mereka sendiri dan mereka sepakat untuk menceritakan hal sebenar hanya
apabila bayi itu sudah berusia 18 tahun.
Usia Ana ketika itu sudah 40-an, dia sudah tidak menyusukan bayi. Anak kecil itu
disusukan dengan susu formula yang sedia ada. Cukup segala kelengkapan untuk
anak kecil itu sudah tersedia sederhana. Setaralah dengan kemampuan mereka
ketika itu. Ana runsing untuk memberikan nama yang sesuai kepada anak kecil itu.
Dia dan Ismail berbincang, tidak kurang dengan bertanyakan pendapat kawan-
kawan. Selepas seminggu, mereka akhirnya mereka mendapat nama yang sesuai
untuk anak perempuan tunggal mereka itu.
Ana,abang rasa Ainun Mardiah adalah yang paling menyerlah dalam semua
nama yang ada. Ujar Ismail kepada isterinya.
Ya lah abang. Ana pun rasa begitu. Tapi kan bang, bagaimana dengan
bintinya nanti? Risau Ana.
Abang nak bintikan Ainun Mardiah dengan nama abang. Niat kita baik. Ana
jangan risaulah. Jelas Ismail sambil menenteramkan isterinya.
Masyarakat melayu ketika itu, tidak terlalu terdedah dengan ilmu agama yang
syumul. Asal baik,pada fikiran mereka semuanya halal. Ainun Mardiah dibesarkan
seperti menatang minyak yang penuh oleh kedua ibu dan ayahnya. Kadang-kadang
ada juga dijentik dinakali abang-abangnya. Tetapi Ismail tidak member muka kepada
anak-anak lelakinya. Ainun Mardiah sangat dimanjakan. Tidak kurang pula ajaran
agama yang diterapkan,walaupun ketika itu Ana dan Ismail juga masih sama-sama
mendalami ilmu agama. Mereka mengkhuatiri akan hal yang terjadi kepada Zarina
berulang kembali kepada anak perempuan mereka, jadi mereka mendidik Ainun
Mardiah sebaik mungkin. Ismail juga pernah berjanji untuk tidak memutuskan
hubungan antara Ainun Mardiah dengan keluarga asalnya. Pada setiap tahun pada
perayaan aidilfitri Ismail akan menziarahi keluarga itu bersama anak perempuannya
169

hanya sebagai kenalan rapat mereka. Ayah dan ibu Zarina sahaja yang selalu
mengambil berat dengan setiap tumbesaran,prestasi, pendidikan, dan setiap
peningkatan yang berkaitan dengan Ainun Mardiah. Tetapi berlainan pula dengan
Zarina, mungkin kerana keadaan tertentu yang memaksa dia melakukan sedemikian
bagi menutup keaiban semua pihak.
Ana dan Ismail menjalani kehidupan seperti biasa. Ketika Ainun Mardiah sudah
berusia lima tahun, Ana nekad untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk
anak perempuannya. Abang-abang Ainun Mardiah tidak mendapat peluang
sepertinya. Mereka hanya bermula persekolahan di darjah 1, kerana kesempitan
hidup yang dialami ketika itu. Selepas dianugerahkan Ainun Mardiah, rezeki berlipat
ganda. Dulunya, Ismail hanya berkerja sebagai tukang kebun. Dia bertukar menjadi
kontraktor kecil-kecilan. Permulaannya, dia hanya membaik pulih rumah-rumah
saudara mara mereka. Kemudian, dengan limpah kurnia dari Allah SWT, rezeki
mereka sekeluarga makin bertambah sehingga mereka mampu memiliki rumah
sendiri. Pada ketika itu, Ana mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan
menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangganya. Mereka sekeluarga
pulang ke kampung di mana Ismail sudah membeli sebidang tanah untuk membuat
rumah mereka sekeluarga. Rumah baru mereka berdekatan dengan rumah ibu Ana.
Ketika itu Ainun Mardiah sudah menamatkan prasekolahnya selama dua tahun di
Pasti Abim Nusantara di mana tadika itu banyak memberi penekanan di dalam bab-
bab agama. Ainun Mardiah banyak menunjukkan minat di dalam setiap pelajaran
baru yang dipelajarinya. Selepas bersetuju untuk pulang tinggal di kampung, Ana
dan Ismail sudah bersedia untuk mengadap Hajah Che Piah, kerana dari awal lagi
ibu mereka itu tidak bersetuju dengan keputusan mereka untuk mengambil Ainun
Mardiah sebagai anak mereka. Hal ini adalah kerana Ainun Mardiah dilahirkan
dengan cara yang tidak digemari rata-rata masyarakat ketika itu. Hajah Che Piah
adalah seorang yang disegani di kampung mereka. Dia mempunyai kesenangan
dengan setiap hasil daripada kebun-kebun buah dan rumah-rumah sewa yang
dimilikinya. Sebagai seorang yang disegani, dia bersifat tegas dalam menjaga
martabat keluarganya kerana tidak mahu dipandang hina masyarakat luar. Susah
baginya untuk menerima anak kecil itu sebagai cucunya, kerana beranggapan anak
hasil yang sedemikian hanya akan membawa malang untuk keluarga mereka.
Pernah sekali, Ainun Mardiah cuba untuk mendekati neneknya, mungkin kerana
170

cemburu dengan kasih sayang yang diperoleh abang-abangnya dari nenek
mereka,tetapi ditolak keras oleh Hajah Che Piah.
Terima kasih nenek. Ucap Ainun Mardiah dengan gaya keanak-anakkan
kepada neneknya sambil mengambil lempeng kelapa yang diberi oleh Hajah Che
Piah.
Tak usah kau nak berterima kasih dengan aku. Ini bukan untuk kau. Ini untuk
abang-abang kau!.Tegas Hajah Che Piah.
Walaupun pada ketika itu usianya baru tujuh tahun, tetapi hati kecilnya cukup besar
untuk merasa sedih bercampur kecewa dengan sindiran yang diterimanya. Ismail
menyaksikan kejadian hari itu. Dan untuk pertama kalinya, Ismail menitiskan airmata
kerana anak kecilnya itu akibat mengenangkan dugaan yang harus diterima Ainun
Mardiah. Ismail nekad untuk selalu ada dengan anaknya bagi membuatkan dia
semakin kuat dari masa ke semasa. Allah itu Maha Kuasa, berkat kehidupan mereka
yang walaupun sederhana, Ainun Mardiah dididik sempurna. Prestasinya di sekolah
cukup membanggakan ibu dan ayahnya. Di darjah tiga, dia terpilih untuk PTS. Dan
dia berjaya melangkah ke darjah lima dengan keputusan yang cemerlang. Minatnya
hanya tertumpu kepada pelajaran tidak seperti abang-abangnya. Bukan sahaja
cemerlang di dalam akademik, minatnya di dalam bidang sukan juga mula mencorak
langkah di mana dia terpilih untuk menyertai pasukan bola jaring di sekolahnya. Dia
juga dinasihatkan oleh guru kelasnya untuk juga aktif di dalam kokurikulum. Dia
berusaha gigih untuk terpilih di dalam pasukan itu tanpa pengetahuan ibu dan
ayahnya. Potensinya cukup untuk membuatkan dia layak bermain sebagai pemain
tengah di dalam pasukannya. Malangnya, ketika dia membawa pulang borang
kebenaran ibu bapa untuk ditandatangani oleh ibu dan ayahnya, neneknya
mendapat tahu hal itu. Neneknya tidak membenarkan dia turut serta di dalam sukan
itu kerana berpendapat sukan itu hanyalah sesuatu yang melalaikan dan tidak
mendatangkan apa-apa faedah. Baginya cukuplah anak gadis itu mempunyai ilmu
dalam membaca, menulis dan boleh membezakan yang baik dan yang buruk sahaja.
Sebagai seorang perempuan ilmu lain tidak menampakkan apa-apa manfaat
kepadanya kerana akhirnya perkahwinan akan menghadkan segala-galanya.
Ana dan Ismail sama sekali tidak bersetuju dengan pemahaman itu. Mereka mahu
anak perempuan mereka berjaya. Tanpa pengetahuan mereka, Ainun Mardiah tetap
171

menyertai pasukan bola jarring sekolahnya sehingga ke peringkat negeri.
Sehinggalah suatu hari, pada perlawanan akhir bola jaring untuk peringkat negeri itu,
yang diadakan di Sekolah Westlands, Georgetown, Cikgu Ummu selaku jurulatih
pasukan bola jaring telah menghubungi ibu dan ayahnya untuk memberitahu yang
Ainun Mardiah telah mengalami kecederaan ketika dalam perlawanan. Mereka
sangat terkejut, kerana difahamkan ketika itu sepatutnya anak gadisnya itu
menghadirkan diri ke kelas tambahan anjuran pihak sekolah. Mereka bergegas ke
hospital untuk memastikan keadaannya. Melihat keadaan anak gadis mereka itu,
perasaan marah langsung tidak wujud malah bangga dan gembira kerana kondisi
Ainun Mardiah yang cukup kuat.
Ainun minta maaf ayah. Ainun tak bermaksud nak tipu ibu dan ayah. Ainun
minat sangat bola jaring. Ainun nak kumpul sijil. Ainun nak senang masuk universiti.
Cikgu Ummu cakap kalau aktif dalam sukan dan cemerlang dalam akademik, masa
depan Ainun cerah. Ainun nak buat yang terbaik untuk ibu dan ayah. Ainun minta
maaf. Alasan anak polos itu kepada ibu dan ayahnya.
Ayah dan ibu faham sayang. Cuma ayah harap apa-apa keputusan yang
Ainun nak buat lepas ni tolong bagitahu ibu dan ayah dulu. Bukan apa,untuk
keselamatan anak ayah ni. Jawab Ismail sambil memeluk erat anak gadisnya.
Pengaktifan Ainun Mardiah di dalam sukan, tidak langsung menjejaskan prestasinya
di dalam pelajaran malah sedikit sebanyak membantu dia untuk lebih meningkat di
dalam setiap pencapaian cemerlangnya. Kini, keputusan UPSRnya telah diperoleh.
Keputusan 4A 1B telah mengejutkan neneknya yang selama ini tidak mempercayai
kemampuannya. Dia terpilih untuk ke sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah
Menengah Abdullah Munshi, tetapi dia nekad untuk tidak pergi kerana mahu
sentiasa berada dekat bersama ibu dan ayahnya. Pada awalnya, ayahnya tidak
bersetuju, tetapi apabila diyakinkan olehnya, ibu dan ayahnya terpaksa akur dengan
keputusannya untuk hanya bersekolah di kampung mereka, Sekolah Menengah
Kebangsaan Teluk Kumbar. Permulaan untuk tingkatan 1, sudah menunjukkan hasil
apabila dia telah terpilih untuk menjadi ketua tingkatan perempuan di dalam
kelasnya. Mungkin kerana prestasinya yang cukup membanggakan ketika di sekolah
rendah lagi. Dia dikenali dengan dengan sikap yang rendah diri dan aktif di dalam
bidang sukan. Sehinggakan, pergaulannya juga menjadi semakin luas.
172

Ainun, Ainun, Ainun! Pekikkan ana memanggil anaknya yang ketika sedang
nyenyak tidur dibuai mimpi. Pekikkan itu seolah-olah menembusi ruang mimpi Ainun
Mardiah yang sedang keliru dia dalam mimpi dan tidurnya.
Ainuntolong ibu! Pekikkan Ana yang semakin lemah.
Ainun Mardiah terdengar, dan tersentak lalu terus bangun dan sedar akan jeritan itu
adalah di dunia realiti. Dia meluru berlari ke arah suara ibunya dan melihat ibunya
ketika itu sedang merangkak di dalam air yang membanjiri ruangan dapur rumah
mereka. Kaki sehingga ke lutut dan tapak tangan Ana kelihatan merah dan seolah-
olah tersiat.
Apa yang terjadi ibu? Soal Ainun kepada ibunya.
Ibu masak air, ibu angkat, nak bancuh air. Kaki ibu tersandung tikar. Ibu
terlepas cerek. Jawab Ana yang menahan kesakitan.
Ainun Mardiah memapah ibunya dan membawa Ana ke dalam bilik. Dia memanggil
neneknya dan menghubungi ayahnya yang ketika itu tidak berada di rumah mereka.
Ismail bergegas pulang dan membawa isterinya ke hospital. Ainun Mardiah
dipertanggungjawabkan untuk menjaga rumah dan membersihkan air panas yang
mencederakan ibunya yang ketika sudah pun sejuk. Selepas seharian menunggu
kepulangan ibu dan ayahnya. Dia mendapat panggilan dari ayahnya untuk
mengambilnya dan kembali semula ke hospital. Ternyata keadaan ibunya tidak
seperti yang dijangkakan. Ketika tiba di hospital, difahamkan isi-isi di kaki Ana sudah
masak akibat suhu air ketika itu terlalu panas. Selepas dua minggu penahanan,
Ana tiba-tiba koma, dan menurut doctor darah anak telah dijangkiti kuman sehingga
menyebabkan beberapa organ dalamannya tidak dapat berfungsi. Sungguh tidak
disangka kesan daripada lecuran air panas tempoh hari telah mengakibatkan Ana
kepada komplikasi yang lain.
Selepas seminggu ibunya terlantar di hospital, mereka diberitahu yang Ana sudah
tidak mempunyai harapan lagi untuk hidup. Keadaannya ketika itu bernafas dengan
bantuan alat pernafasan. Melihatkan keadaan itu, ia cukup memilukan Ismail
sehinggakan dia terpaksa membuat keputusan untuk melepaskan isterinya pergi.
Setelah mendapat persetujuan, doktor menghentikan bantuan alat pernafasan dan
Ana dengan redhaNya telah kembali bertemu illahi. Ismail sempat mengajar kalimah
173

syahadah kepada isteri tersayangnya dan berdoa semoga Ana sejahtera dengan
keputusan yang dibuatnya. Jenazah Ana dibawa pulang ke rumah untuk diuruskan.
Ketika semua keluarga berkumpul, Ainun Mardiah hanya duduk lemah di hujung kaki
ibunya dan menangis. Kelihatan seperti berat untuknya menerima kenyataan yang
sudah ditetapkan illahi.
Selepas seminggu pemergian arwah ibunya, Ainun Mardiah mula kembali
bersekolah. Asmil Nizam, pelajar lelaki dari kelas ketiga di tingkatan yang sama
telah memberi sepucuk surat kepada gadis itu dengan harapan untuk
menyampaikan takziah di atas pemergian Ana dan berhasrat untuk berkawan rapat
dengan Ainun Mardiah. Perasaan yang tidak pernah dirasai Ainun Mardia ketika itu
timbul sehinggakan membuatkan dia terlupa sejenak dengan kesediahan yang
dialaminya sebelum itu. Surat itu dibalas nya dan hubungan mereka menjadi
semakin rapat hari demi hari. Hal ini, diketahui oleh abang-abangnya yang ketika itu
cukup menentang kerana Ainun Mardiah masih terlalu muda untuk melalui fasa itu.
Mereka sepakat untuk menceritakan hal itu kepada ayah mereka. Ismail ketika itu
bercampur baur perasaannya. Dia takut, kalau-kalau tegurannya akan membuatkan
anak gadisnya memberontak dan mungkin membuat apa-apa keputusan yang tidak
diingininya. Selepas sembilan bulan pemergian Ana, Ainun Mardiah mula
menunjukkan perubahan yang negatif. Pelajarannya semakin merosot. Dia seolah-
olah menyalahkan takdir akan ketetapan yang ditetapkan ke atasnya. Keadaan
kesihatan Ismail ketika itu juga sedikit terganggu dek kerana tekanan selepas
pemergian isteri tercinta. Dia disahkan menghidap sakit jantung yang berada di
tahap yang ketiga.
Berikutan perubahan negatif yang di alami anak gadisnya, Ismail membuat
keputusan untuk menceritakan hak sebenar kepada Ainun Mardiah. Dia membawa
anaknya ke kubur arwah isterinya walaupun ketika itu keadaannya sangat lemah.
Ainun, ayah harap Ainnun tenang dan sabar dengan apa yang ayah nak
beritahu ni. Pujuk manja Ismail kepada anak gadisnya yang ketika itu duduk rpat di
sisinya di hadapan kubur ibunya.
Apa yang ayah nak beritahu ni bukan untuk beza-bezakan Ainun. Ayah nak
semua ni jadi teladan untuk anak ayah. Ayah sayang kamu. Tapi ayah bukan ayah
kandung kamu. Ayah dan ibu ambil kamu dulu. Ayah sayang kamu macam anak
174

ayah sendiri. Sumpah, ayah tak pernah beza-bezakan kamu. Ibu kandung kamu
dulu pernah tersilap langkah. Ayah tak mahu benda yang sama berlaku. Ayah harap
sangat kamu faham dan buatlah ayah dan ibu bangga mempunyai anak seperti
kamu,sayang. Cerita Ismail.
Ainun Mardiah seakan-akan tidak boleh mempercayai apa yang diceritakan
ayahnya. Mereka langsung tidak pernah putus memberikan sebanyak mungkin kasih
sayang kepadanya. Hal itu membuatkan dia terfikir kembali setiap curahan kasih
sayang yang diberi mereka kepadanya adalah dengan harapan supaya dia menjadi
yang terbaik. Tujuan Ismail menceritakan hal tersebut juga untuk membuka mata
anaknya untuk tidak tersilap langkah akan hukum karma yang telah ditetapkan.
Lantas mendengar luahan ayahnya, dia mengambil keputusan untuk memutuskan
hubungan dengan Asmil Nizam dan kembali menumpukan perhatian kepada
pelajarannya. Dia mahu membuktikan berkat kasih sayang yang dilimpahkan kedua
ibubapanya dia mampu berjaya dan berlawan dengan anggapan ornag terhadapnya.
Selepas dua bulan perubahan positifnya,dia digemparkan dengan suratan takdir di
mana Ismail pula kembali kerahmatullah. Hilang sudah tempatnya bergantung,
memperoleh kasih sayang dan sebagainya. Namun, berkat apa yang diajari oleh
arwah Ana dan Ismail, dia tabah dan sabar menghadapi ujian itu. Mungkin kerana
inilah arwah Ismail mengambil keputusan untuk mencerikan hal sebenar lebih awal
daripada waktu sebenar. Ismail seolah-olah sudah tahu yang dia tidak sempat untuk
bersama anak gadisnya sehingga umur 18 tahun. Walaupun demikian, Ainun
Mardiah menerima apa yang telah ditetapkan dengan penuh kematangan. Dia tidak
menyalahkan takdir lagi malah sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan Ana
dan Ismail dan keluarganya.
Tiba waktu untuk memfaraidkan sedikit harta peninggalan arwah kepada anak-
anaknya. Ainun Mardiah mengambil keputusan untuk tidak menyertai pembahagian,
kerana dia sedar akan ikatan pertalian darah mereka untuknya mewarisi apa-apa
harta. Abang-abang menghormati keputusannya itu, tetapi mereka tetap nekad
bersetuju untuk menghadiahkan moto buruk peninggalan ayahnya kepadanya.
Selepas tamat persekolahan, dia mengambil keputusan untuk berkerja sambilan
sambil menunggu keputusan SPM nya. Ketika itu, motor buruk peninggalan arwah
ayahnya, Vespa Sprint V juga memerlukan sedikitwang untuk diperbaiki. Berkat hasil
usaha titik peluhnya sendiri dia berjaya mendapatkan lesen memandu dan
175

memperbaiki vespa itu. Bukan susah untuknya mempelajari segala hal, kerana dia
seorang yang mudah menerima pelajaran baru.
Keputusan SPM sudah diperoleh. Prestasinya cukup cemerlang seperti selalu. Dia
mendapat tawaran untuk sambung belajar ke peringkat diploma di UiTM Arau, Perlis
dalam bidang Diploma Analisis Pelaburan. Setiap perjalanan hidupnya, dia
menempuh dengan kesabaran dengan semangat yang ditinggalkan ayahnya dengan
bertemankan vespa peninggalan arwah ayahnya. Selepas tiga tahun, dia
menamatkan diploma dan berjaya untuk menyambung ijazah ke peringkat ijazah
sarjana muda di dalam jurusan ekonomi perniagaan. Hidupnya yang sederhana
membuka mata banyak pihak. Dia bergiat aktif dalam minatnya akan dunia
permotoran. Mungkin kedengaran sedikit janggal untuk seorang perempuan
mempunyai minat di dalam bidang itu. Tetapi pengaktifannya adalah untuk
menghidupkan semangat cinta akan barangan yang antik, iaitu vespa milik ayahnya
dulu. Di Malaysia, terdapat persatuan-persatuan yang ditubuhkan untuk
memudahkan para penunggang vespa mudah berinteraksi dan menolong antara
satu sama lain. Dari situ, dia seolah-olah mempunyai sebuah keluarga yang besar
untuk berkongsi segala pengalaman yang ada.
Pelajarannya tidak diabaikan. Di mana dia sekarang, sedang menghabiskan
ijazahnya dan mungkin akan ke peringkat seterusnya agar impiannya untuk menjadi
seorang pendidik tercapai.
Nur Syahirah Binti Arop
Kerana Takdir Itu
Air mataku deras mengalir tatkala kisah silam kembali mengetuk kotak fikiranku.
Memang sudah kuusahakan untuk melupakan apa yang terjadi, tetapi apakan
dayaku, aku seorang gadis berusia 14 tahun ketika itu yang baharu sahaja mahu
mengenali dunia kehidupan yang semakin hebat ini terpaksa mengharungi semua
dugaan ini. Aku juga bisa menangis jika suasana sedih ini kerap menyelubungi hati
ini.

176

Sekarang aku bergantung sepenuhnya dengan Kak Eryna untuk
menguruskan diri aku. Ayah dan ibu telah lama meninggalkan kami berdua. Pergi
yang tidak akan kembali lagi. Pergi yang meragut kebahagiaan yang dikecapi
selama ini. Dunia terasa gelap, segelap cuaca pada hari itu. Mereka maut dalam
kemalangan ngeri dan tidak mungkin akan aku lupakan daripada kotak kenangan ini.
Dalam kemalangan itu, secara kebetulan, aku dan Kak Eryna ditinggalkan di
kampung Mak Su. Pemergian mereka setelah menghantar kami, seolah-olah
mereka tidak akan mengambil kami kembali. Mereka pergi untuk selama-lamanya.
Walaupun kemalangan tersebut telah lama berlalu, namun masih segar dalam
fikiranku ini. Selepas kemalangan itu, Mak Su tidak sanggup untuk menjaga kami
kerana mereka juga mempunyai sepuluh orang anak yang masih kecil untuk dijaga.
Kehidupan Mak Su juga ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Ibu dan ayahku outstation ke negeri Sabah atas urusan kerja dan telah meminta
Mak Su menjaga kami selama tiga hari. Namun, permergian mereka adalah
pemergian yang tidak akan kembali lagi. Sebak dada ini mengenangkan pemergian
ibu dan ayah yang dikasihi selama ini.

Qairina, sudah-sudahlah tu. Jangan ditangisi lagi apa yang dah berlaku.
Sudah tiga tahun peristiwa itu berlaku tetapi Rina tidak mampu untuk melupakan
peristiwa itu. Kamu janganlah begini. Sampai bila kamu nak bersedih, murung
begini? Tengok mata tu, sembab je terlampau banyak menangis. pujuk Kak Eryna
padaku.
Kak Eryna tidak pernah puas memujukku untuk bersabar dan tabah menjalani
liku-liku kehidupan yang mendatang ini. Memang aku akui, hidupku berubah 360
darjah sejak daripada peristiwa itu. Manakan tidak, peristiwa itu telah menyebabkan
aku dan Kak Eryna menjadi yatim piatu. Peristiwa tersebut memang telah meragut
keceriaan aku. Memang aku menjadi murung dan sering mengurungkan diri apatah
lagi dalam keadaan diri aku yang tidak sempurna ini. Aku telah mengalami
kecacatan yang kekal kerana aku pernah mengalami kecederaan semasa aku
berusia tiga tahun.

177

Ketika berusia tiga tahun, kaki aku terpijak paku berkarat dan telah
menyebabkan kakiku mengalami luka yang sangat serius. Bakteria-bakteria yang
berbahaya telah menyerang kakiku dan tanpa belas kasihan, bakteria tersebut
bertapa di kakiku dan menyebabkan kakiku kian busuk dan bernanah. Doktor
memberitahu ibu dan ayahku bahawa kakiku perlu dipotong. Ibu dan ayahku sedih
mengenangkan diriku yang tidak berkaki itu. Kakiku dipotong sehingga ke buku lali.
Aku yang masih kecil ketika itu masih tidak mengerti apa yang telah berlaku.

Ibu dan ayahku rasa bersalah kerana membiarkan aku berseorangan bermain
di luar rumah tanpa menjagaku. Aku menjerit kesakitan dan darah semakin
membuak-buak keluar daripada luka itu. Ibu dan ayahku bergegas mendapatkanku.
Ibuku hampir sahaja pengsan melihat keadaanku yang tidak bermaya ketika itu
akibat pendarahan yang banyak. Tiada tangisan aku selepas itu, aku pengsan
dalam dakapan ayahkuku. Lantas, ibu dan ayahku bergegas membawaku ke
hospital. Kak Eryna yang ketika itu berusia lima tahun termanggu-manggu melihat
kejadian itu. Dia masih kecil untuk mengerti kejadian itu.

Usiaku semakin meningkat dan aku melihat perubahan dalam diri ini. Kakiku
tidak seperti orang lain dan aku sering bertanya kepada ibu bapaku tentang kakiku.

Mengapa kaki Rina tak sama dengan kaki Kak Eryna? Susahlah nak jalan
dengan kaki macam ini. tanyaku dengan muka yang penuh kesedihan. Ketika itu
aku baru menjangkau usia lima tahun. Ibu bapaku terkesima dengan pertanyaanku.
Aku petah berbicara tidak padan dengan usiaku yang baru menjangkau lima tahun
itu.

Ibu menangis semahu-mahunya apabila aku bertanyakan sebegitu. Ibuku
menyalahkan dirinya kerana tidak menjagaku dengan baik. Begitu juga dengan
ayahku. Seminggu ibu tidak mahu makan kerana menghukum diri sendiri. Mujurlah
sikap ayah yang penyayang berjaya melembutkan hati ibu.
178


Sudahlah, semua ini terjadi bukan salah sesiapa. Takdir telah menentukan
segalanya. Ikhlaskanlahini adalah tanda kasih sayang Tuhan pada kita semua,
bicara ayah.

Tapi bagaimana dengan masa depannya? Bagaimana kalau nanti dia
bertanya tentang ini? Apa yang saya nak jawab nanti? Persoalan demi persoalan
ibu lontarkan kepada ayah. Ayah termangu.

Ibuku terkesima dengan soalan yang dilontarkan olehku. Kelopak matanya
bergenang dengan air mata. Ibu cuba untuk menahan air matanya daripada
berguguran tetapi air mata itu mengalir juga meleleh membasahi pipinya yang gebu
itu.

Ibu tidak sangka akan jadi begini sayangIbu minta maaf sebab ibu tak jaga
Rina dengan baik. Ibu janji ibu akan selalu disamping Rina sampai bila-bila dan ibu
akan jaga Rina dengan sungguh-sungguh! bersungguh-sungguh ibu
membicarakan. Cecair jernih yang mengalir itu kian laju dan membasahi baju
kurungnya. Lantas, aku dipeluk semahu-mahunya seperti tidak mahu melepaskan
diri ini. Ayah hanya melihat perlakuan ibu lalu memeluk tubuhku yang kecil. Mereka
sama-sama menangis mengenangkan kisah itu.

Ketika aku berumur 10 tahun, rakan-rakan sekolah sering mengejek aku
dengan kata-kata yang tidak enak. Mereka menganggap aku seperti alien yang
datang menyerang bumi.

Kaki kau mana? Terkedek-kedek jalan tu! Lembab betullah! Dah macam
alien kaki satu! jerkah Zamir sambil menolak aku. Aku tersembam ke tanah dan
179

bibirku sedikit berdarah akibat ditolak oleh Zamir. Zamir merupakan anak orang
kaya dan berkawan dengan anak-anak orang kaya sahaja.

Aku menangis teresak-esak diperlakukan seperti itu. Kebetulan Cikgu
Syarifah melihat kejadian itu. Cikgu Syarifah segera mengangkat aku dan menepuk-
nepuk bajuku yang kotor itu. Kemudian, dia memujukku dan mengeluarkan
sekeping tisu lalu di sentuh bibirku yang mengeluarkan ceair merah pekat itu.

Jangan menangis lagi Qairina, awak seorang yang kuat. Awak mesti tabah
dengan kehidupan yang awak lalui ini, lebih-lebih lagi dalam keadaan awak yang
tidak sempurna ini. Tapi awak jangan bersedih lagi, awak mesti bangkit dan
buktikan bahawa awak boleh berjaya dalam pelajaran walaupun keadaan awak tidak
sempurna. Awak tunjukkan satu dunia yang awak boleh berjaya walaupun fizikal
awak sedikit tidak sempurna. begitulah kata-kata semangat Cikgu Syarifah yang
aku ingat sehingga ke hari ini. Aku berhenti menangis dan memeluk Cikgu Syarifah.
Cikgu Syarifah membalas pelukanku sambil mengusap-usap kepalaku.

Zamir! saya hendak berjumpa awak selepas ini! Keras nada Cikgu Syarifah
memanggil nama itu. Zamir hanya menganggukkan kepala dan menjeling hebat ke
arahku. Kelihatan dia memarahiku dan aku hanya menundukkan kepala tanpa
mempedulikannya.

Sejak daripada peristiwa itu, Zamir tidak pernah mengganggu hidupku lagi.
Tenang rasanya. Walau bagaimanapun, dia tetap menunjukkan riak ketidakpuasan
hatinya kepadaku. Namun, aku tidak mempedulikannya. Aku meneruskan kehidupan
dengan sebelah kaki sahaja sehingga kini. Masih ada juga murid-murid lain yang
tidak suka berkawan kepadaku dek kerana kakiku yang cacat.

180

Hidupku ibarat jatuh ditimpa tangga. Aku sudah kehilangan sebelah kaki.
Sekarang hidupku semakin tidak terurus apabila kehilangan ibu bapa yang disayangi
selama ini. Mak usu menghantar aku dan Kak Eryna ke rumah anak yatim. Di rumah
anak yatim itulah tempat kami menumpang kasih. Kata Mak Usu, tiada siapa yang
hendak menjaga kami adik beradik. Memandangkan ayahku merupakan anak
tunggal dalam keluarga, manakala ibuku mempunyai dua orang adik beradik sahaja
iaitu mak usu. Mak Usu pula tidak mampu hendak menjaga kami berdua. Dia
mengambil keputusan untuk menghantar kami adik beradik ke Rumah Kasih, di
mana tempat kami menumpang teduh. Aku menangis semahu-mahunya apabila
kehidupan sebegini yang harus aku lalui. Aku tiada kekuatan menghadapi semua ini.

Aku hanya ada Kak Eryna, satu-satunya tempatku bergantung dan mengadu.
Ibu bapaku hanya meninggalkan sedikit simpanan kepada aku dan Kak Eryna. Encik
Zainal merupakan peguam yang bertanggungjawab melaksanakan amanah yang
telah diberikan oleh ayah. Encik Zainal membacakan pembahagian harta di hadapan
kami adik beradik. Duit simpanan yang ditinggalkan itu untuk kami gunakan pada
masa hadapan kelak. Nilainya juga tidak banyak hanya cukup-cukup makan sahaja.
Aku dan Kak Eryna perlu berusaha mencari wang lagi pada masa hadapan kelak.

Sekarang, kehidupan kami di Rumah Kasih. Kami menerima layanan yang
baik daripada penghuni rumah tersebut. Aku merasakan ramai lagi yang masih
kurang bernasib baik dan aku juga berasa bersyukur kerana tidak merempat di tepi
jalan menagih simpati orang ramai untuk mencari sesuap nasi.
************
Tahun berganti tahun. Sedar tidak sedar, sudah lima tahun berlalu. Kini, aku
dan Kak Eryna tinggal di rumah sederhana luasnya. Kak Eryna kini memegang
jawatan kerani di sebuah syarikat kosmetik ternama, Zafira Holdings. Manakala, aku
menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di ibu kota. Dengan
kecacatan yang ada pada anggota kaki ini, aku sukar untuk mendapatkan rakan.
Rata-rata hanya memandang serong kepada diri ini. Walau bagaimanapun, ada
seseorang yang begitu berminat untuk berkawan denganku.
181


Kenapa awak hendak berkawan dengan saya? Gadis yang berbaju kurung
rona hijau muda pucuk pisang dengan aneka corak itu mengukir senyuman
mendengar pertanyaan itu. Bibir itu tidak pernah letih menguntum senyuman yang
menjadi igauan anak-anak muda kampus. Terserlah lesung pipitnya yang manis
ditambah dengan sepasang mata yang redup itu, cukup membuatkan si jejaka tidak
duduk diam. Ada sahaja siulan nakal yang diterimanya. Gadis itu tidak
mempedulikan mereka.
Kenapa pula saya harus malu? Soalnya dibalas dengan pertanyaan.
Saya tidak sempurna macam orang lain. Aku bersuara dengan hanya
melihat kakiku.
Qairina, tiada manusia yang sempurna. Sempurna itu hanya milik Allah. Kita
hanya hamba-Nya yang banyak kekurangan.

Sejaka dari bangku sekolah lagi aku sudah biasa dicemuh dan dihina.
Telingaku sudah lali mendengar cacian mereka dan aku hanya beranggapan cacian
itu sebagai muzik yang beralun dengan merdu. Aku tidak meminta untuk jadi begini.
Namun, takdir Tuhan siapalah aku untuk menidakkannya.

Awak harus yakin dengan diri sendiri. Terima kekurangan dalam diri itu
sebagai pembakar semangat awak untuk meneruskan kehidupan. Berusaha untuk
mencapai apa yang awak hajati. Sempurnakan impian awak, tambah Balqis yang
bertudung rona serupa dengan baju kurung yang dipakainya.

Aku mendongak sedikit, mencari anak mata yang dimiliki oleh gadis yang
baharu sahaja dikenali itu dan telah menganggap diriku ini menjadi kawannya. Gadis
yang pertama yang sudi menghulurkan salam perkenalan kepadanya. Sepanjang
hampir 19 tahun aku bernafas, inilah insan pertama yang dirasakan ikhlas mahu
berkawan dengannya.
182


Kenapa awak hendak berkawan dengan saya?

Bibir gadis yang bernama Balqis itu sekali lagi mengukir senyuman.
Semalam, gadis inilah yang disapanya sejurus menjejakkan kaki ke kampus ini. Dia
yang tersesat jalan mahu ke kolej kediaman, tidak tahu mahu bertanya kepada siapa
kerana rata-rata yang hadir pada hari itu merupakan pelajar baharu sepertinya.

Balqis menegur aku yang sedang duduk berehat keseorang di bawah pokok
itu, nalurinya tergerak untuk menyapa aku ketika itu.
Tumpang tanya, di manakah kolej kediaman Meranti?
Saya pun hendak ke kolej kediaman itu. Aku dengan ramah menyatakan
tujuannya. Tanpa berkata apa-apa aku mengajaknya ikut di belakang. Lalu, aku dan
Balqis bergerak ke destinasi yang dituju.
Qairina..
Teguran Balqis membuatkan lamunannya terhenti. Sempat dia berangan
sebelum menjawab soalan gadis itu tadi.
Sebab awak dah tolong saya semalam. Lagipun, saya rasa awak seorang
yang baik, jawab Balqis, tenang.
Tapi orang lain tak anggap begitu, aku menjawab dengan nada yang hiba.
Awak perlu tanamkan kayakinan dalam diri. Sampai bila awak nak terus
dipandang rendah oleh orang lain? Awak tak rasa marah?
Mendengar persoalan yang diujarkan oleh Balqis, aku tertawa. Dulu ya, saya
memang marah. Tapi, lama-kelamaan, saya dah lali dengan semua itu.
Cukuplah saya cuma ada kakak. Hanya dia yang menyayangi saya dengan
seikhlasnya.
183

Tapi sampai bila awak nak bergantung pada kakak awak tu? Kita tidak boleh
hidup sendirian Rina. Kita harus ada teman. Mereka akan ada bila diperlukan. Yang
akan ketawa dan menangis bersama-sama ketika susah dan senang.
Tapi kita berbeza Balqis. Sangat berbeza! Kaki awak tak tempang! Tinggi
nada suaraku lalu aku bangkit dari duduk dan melangkah pergi meninggalkan
Balqis. Aku menghamburkan keluhan.
************
Perpustakaan waktu tengah hari itu sangat lengang. Tidak ramai pelajar yang
berkunjung. Mungkin kerana semester baru dibuka, belum ada bahan bacaan yang
perlu dipinjam.

Semalam, aku tidak pergi ke bilik Balqis. Bukan kerana aku marah kepadanya
dan tidak terkilan padanya tetapi aku kecewa dengan diri aku sendiri. Aku
merasakan seakan tidak layak bagiku untuk berkawan dengan seorang gadis
secantik Balqis.

Ya, gadis itu memang cantik persis seorang model. Kulitnya putih kemerahan
dan matanya bundar seperti anak patung. Hidungnya mancung dan mukanya dihiasi
dengan bibir yang merah bak delima merekah. Dan, sekarang pun, aku melihat
seorang lelaki yang duduk meja bertentangan begitu asyik memandang Balqis.
Assalamualaikum, aku menegurnya.
Salamku dijawab dengan senyuman Balqis yang menawan. Balqis
mempersilakan aku duduk.
Maaf pasal semalam,Balqis membuka bicara.
Tak, saya yang perlu minta maaf daripada awak. Saya terlalu ikutkan
perasaan, aku membalasnya.
Tapi saya dah buat awak marah.
184

Saya tak marah pun. Saya marah dengan diri sendiri. Dahla, lupakan saja
pasal semalam. Aku membalasnya.
Awak dah makan? Balqis bertanya kepadaku, tidak mahu memanjangkan
isu tadi.
Belum lagi.
Kalau macam tu, jomlah kita pergi makan. Nanti pukul 2.30 petang ada
kuliah, ajak Balqis.
Jom! aku menjawab dengan penuh semangat.
*****************
Bunyi pinggan yang berdenting jatuh membuatkan Balqis terpaling ke belakang.
Bulat matanya memandang mi goreng yang bertaburan di atas lantai. Dia cemas
melihat aku yang menundukkan wajah di hadapan dua gadis yang sedang
merenung tajam kepadaku.


Ma.maafkan saya, aku berkata dengan nada yang tergetar-getar. Semua
mata yang berada di kafeteria tertumpu kepadaku.
Ivon, look at your shoes! teriak gadis yang seorang lagi.
Hah? Habis kasut I. I baru pakai sekali. Hei, perempuan! You Nampak tak
apa yang jadi pada kasut I ni?Eeigeramnya! Dahlah jalan terkedek-kedek! You
memang nak kena! jerit gadis yang berambut perang itu lalu mengangkat
tangannya untuk menolak aku tetapi terhenti apabila terasa tangannya dipegang
seseorang.

Cukuplah cik. Dia tak sengaja. Suara garau seorang lelaki menyapa
pendengaran aku yang ketika itu masih tidak berani memandang gadis itu.
185

Tak sengaja?Habis, kasut I ni? You tahu berapa harga kasut yang I beli ni?
Mahal tau! Nada suara gadis itu semakin meninggi.
Kasut tu boleh dicucikan? Atau awak nak saya belikan kasut yang lebih
mahal?
Gadis tersebut menjegilkan matanya. Rakannya berbisik sesuatu. Beberapa
saat kemudian gadis tersebut menguntum senyuman.
Oh, jadi youlah Zafril anak Tan Sri Ridzuan tu, ya? Well, Im Ivon. Nice to
meet you. Ucap Ivon sambil menghulurkan tangan kepada lelaki itu.
Zafril buat-buat tak Nampak huluran tangan gadis itu dan seterusnya
melangkah ke arahku. Ivon membulatkan mata dengan tindakan lelaki itu dan
segera berpaling, melangkah keluar dari kafeteria.
Awak tak apa-apa?
Aku menggelengkan kepala sebagai jawapan dan terus melangkah menuju
ke arah Balqis yang kaku tidak bergerak.
Saya nak balik, aku berbicara.
Sekejap, saya nak bungkus makanan ni. Balas Balqis lalu bergerak ke
kaunter. sempat dia kerling ke arah Zafril yang hanya memandang kami berdua.
*******
Berhenti menangis Qairina, pujuk Balqis.
Setelah menjejakkan kaki ke bilik, aku terus menghamburkan tangisan di
bahu Balqis. Balqis hanya membiarkannya. Balqis tahu, hati kawannya itu tercalar
luka.
Saya dah tak tahan lagi. Saya dah penat aku memberitahu Balqis dalam
esakan.
Awak dah lama bersabar dan teruskanlah bersabar. Cuma, awak harus
tanamkan keyakinan dalam diri awak. Awak tak boleh terus begini.
Banyak kelemahan dalam diri saya ni.
186

Saya juga ada kelemahan. Malah setiap manusia ada kelemahan masing-
masing. Tetapi, kelemahan boleh dijadikan kelebihan kalau awak mahu
mengubahnya. Belajar jadi berani. Jangan difikirkan perkara yang negatif. Jelas
Balqis.

Pantas, manik-manik putih yang berjuraian di pipinya diseka dengan jemari.
Benar, aku tidak boleh merasa rendah diri lagi, aku mesti bangkit! Aku ada impian
yang perlu dicapai. Aku perlu mengejar cita-cita aku. Aku tidak boleh terus
mendengar cacian daripada orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku mesti
bangun untuk meraih impian yang selama ini ingin dikecapi. Aku perlu menolong
Kak Eryna yang tidak pernah putus-putus mengambil berat tentang diri ini. Aku perlu
buktikan pada mereka-mereka yang orang cacat seperti aku tidak mudah putus asa
dan tidak lagi mengharapkan pada orang lain lagi. Bagitu membara semangat aku
ketika itu.

Sudah seminggu aku tidak berjumpa dengan Balqis. Aku mendapat tahu
bahawa dia pulang ke kampung. Dengar kata ada urusan keluarga yang perlu
diselesaikan dengan segera. Aku menghantar pesanan ringkas melalui telefon
bimbit semasa dia berada di kampung halaman.
Cepat pulang ye..Tak seronok la tak ada awk. Jaga diri baik-baik. pesanku.
Namun, pesanan tersebut tidak dibalas. Aku menganggapkan dia sibuk
menguruskan hal-hal peribadinya. Aku teringat kata-kata semangat Balqis yang
dilontarkan kepadaku. Tidak dinafikan, usia perkenalan antara aku dan Baqis masih
hijau lagi, namun padaku, Balqis seorang yang berfikiran positif dan optimis. Jarang
sekali aku melihat mukanya muram atau bersedih. Cuma sesekali mukanya
kelihatan pucat sedikit. Mungkin banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Biasalah
menjadi anak kampus, banyak tugasan yang diberi.

187

Setelah dua minggu aku tidak mendengar khabar berita daripada Balqis, aku
mendapat satu panggilan daripada nombor telefon bimbit Balqis. Tetapi bukan suara
Balqis yang kedengaran di telinga ini.

Assalamualaikum. Aku memulakan bicara.

Salam aku dijawab. Pemanggil tersebut memperkenalkan dirinya sebagai
penjaga kepada Balqis. Aku mendengar dengan teliti butir-butir bicara yang
dituturkan oleh si pemanggil.

Aku yang sedang berdiri di bawah pokok yang rimbun daunnya terjelepok ke
atas tanah. Aku terasa diri ini berada di awanan. Terapung-apung mencari tanah
untuk berpijak. Tidak! Aku terus meraung dengan sepenuh hati tanpa mempedulikan
mata-mata sekeliling yang memandang. Aku terus bangkit. Butir-butir jernih yang
jatuh semakin laju itu tidak dipedulikan. Aku mesti berjumpa dengannya. Aku tekad.

Aku terus menaiki bas untuk pergi ke Hospital Klang. Dengan kaki yang
terhenjut-henjut, aku terus berjalan laju tanpa mempedulikan bisikan-bisikan
sekeliling yang kurang menyenangkan. Hasrat aku perlu dipenuhi. Berjumpa Balqis.
*******
Tubuh pucat yang tampak tidak bermaya di atas katil itu ditatap dengan perasaan
yang berbaur. Kelihatan tompok-tompok hitam nipis pada kepala yang selama ini
dilitupi tudung. Hampir botak. Aku mahu sahaja mendapap tubuh itu. Semua berlalu
dengan pantas. Ketika aku sampai di wad itu, aku melihat seorang perempuan tua
sedang khusyuk membaca surah Yassin di sisi Balqis.

Wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Bonda Qaisara, penjaga Rumah
Anak-anak Yatim Qaisara. Butir-butir kata Bonda Qaisara didengar dengan teliti,
188

menceritakan hal sebenar yang menimpa sahabatnya, Balqis. Kelihatan wajah
Balqis yang masih gagah untuk melemparkan senyuman. Rupanya Balqis lebih
hebat menanggung derita daripada diri aku sendiri. Gadis yang cantik itu sudah
kehilangan ibu bapanya pada usia yang kecil. Dia dibesarkan di rumah anak yatim.
Bertambah rawan hatiku, apabila mengetahui dia seorang penghidap barah otak.
Patutlah dia kerap mengadu sakit kepala.

Saya nampak awak kerap sangat sakit kepala. Saya teman awak pergi
jumpa doktor. Aku berkata.

Eh, tak payah susah-susahla. Saya ok je ni. Nanti lepas makan ubat, baikla
tu. Terima kasih sebab awak ambil berat tentang saya. Saya sayang sangat pada
awak. Awaklah sahabat saya yang paling baik. Balqis membalas dengan senyuman
yang manis.

Aku termenung mengingatkan peristiwa itu. Air mataku pantas mengalir.
Tidak disangka-sangka. Lakonan Balqis tidah Nampak cacat celanya. Gadis itu
berpura-pura tabah di hadapan semua orang termasuk diri aku. Senyumannya yang
tidak pernah lekang dari bibir itu menutup segala penderitaan yang dialami. Sungguh
aku mengangumi ketabahanmu, Balqis.

Aku tidak mahu kehilangan sahabat baik yang selama ini selalu memberi
dorongan dan semangat ketika aku dilanda masalah. Banyak lagi yang ingin lakukan
bersama-sama gadis ini. Aku belum puas untuk mengenali gadis yang luar biasa ini.
Aku tidak sanggup kehilangannya. Aku sudah kehilangan kaki, aku juga kehilangan
ibu dan ayah. Kini, adakah aku perlu kehilangan seorang sahabat yang baik? Butir-
butir jernih yang berjuraian kian laju mengalir membasahi pipi.

Qairina.Balqis memanggil namaku. Aku tersentap dari lamunan.
189

BalqisKenapa awak rahsiakan semua ini daripada saya? Kenapa awak
juga nak tinggalkan saya? Perlu ke awak tinggalkan saya? Aku mengajukan soalan
demi soalan. Aku tidak dapat menahan tangisan ini. Aku menangis mahu-
semahunya dalam dakapan Balqis.
Saya minta maaf, Rina. Bicara Balqis dengan perlahan.
Balqis! Awak mesti kuat. Awak selalu berpesan kepada saya agar kuat dan
semangat untuk teruskan hidup. Awak yang ajar saya agar sentiasa semangat.
Mana semangat awak? Tolonglah, kuatkan semangat awak! Aku merayu
kepadanya.
Awak kena hidup Balqis! Awak kena hidup! Saya tak boleh hidup tanpa
awak! Tak puas saya mengenali awak. Tolong jangan tinggalkan saya Balqis.
Qairina..Ujar Balqis.
*********
GEMBURAN tanah yang masih merah itu aku pandang tanpa berkedip. Perasaan
yang sayu menyelubungi hati aku. Hanya aku masih duduk bertelingkuh di tanah
perkuburan itu. Balqis juga pergi meninggalkan aku. Tinggal aku keseorangan tanpa
kehadiran senyuman tawa Balqis lagi. Aku rindu pada senyuman manis itu. Aku
rindu suaranya. Namun, gadis itu yang mengajar aku untuk terus bersemangat
menghadapi liku-liku kehidupan yang mendatang ini. Gadis itu juga yang tidak putus-
putus memberi kata-kata semangat supaya aku lebih tabah. Balqis, awak akan
sentiasa berada dalam hati saya. Walaupun perkenalan aku dan Balqis hanya
sekejap sahaja, perkenalan itulah yang terbaik dalam hidupku ini. Akan aku ingat
sampai bila-bila perkenalan kita itu.

Kini, semuanya telah berubah. Aku bukan lagi Qairina yang dulu lagi. Aku
telah berubah. Kini, aku lebih bersemangat mengharungi hidup. Aku berjaya dalam
hidup. Aku merupakan pelajar cemerlang di kampus. Aku tidak mengaggap
kecacatan pada diriku ini penghalang untuk aku menggapai kejayaan. Kak Eryna
juga berjaya dalam bidangnya. Kini, dia seorang pengusaha kosmetik yang
190

terkemuka di Malaysia. Aku telah berjaya untuk membuatkan ibu dan ayahku
bangga dengan kejayaan yang aku gapai sekarang.
*******
Sedang aku mengulangkaji untuk peperiksaan semester, kelihatan sepasang kaki
sedang berdiri di hadapanku. Aku mengangkat muka untuk melihat siapa
gerangannya. Bulat mataku memandang sepasang mata yang redup sedang berdiri
di hadapanku. Terkesima aku sebentar, terkejut dengan kehadiran jejaka yang
tampan.
AssalamualaikumQairina. ucap Zafril dengan lembut. Dia menghadiahkan
sebuah senyuman yang tidak pernah aku lihat sebelum ini.
WaalikummussalamBalasku dengan hati yang berdebar-debar. Aku
mempersilakan dia duduk. Agak kekok dalam situasi begini. Banyak mata-mata yang
memandang kami. Manakan tidak, jejaka yang menjadi igauan gadis-gadis kampus
duduk bersama seorang gadis yang cacat mencuri tumpuan ramai.

Arwah Balqis ada berpesan kepada saya, agar menjaga awak selepas
ketiadaannya. Ujar Zafril.

Aku hanya mengangguk lesu. Ingatanku berputar mengingati Balqis. Ternyata
Balqis tidak meninggalkan aku bersendirian. Gadis itu telah menghadirkan
seseorang sebagai pengganti dirinya. Air mataku jatuh berlinangan mengenangkan
Balqis.

Kerana takdir itu, tangis ini akan terus mengisi ruang hati. Sayang aku kepada
ibu bapaku dan Balqis tiada tara dan gantinya. Aku kehilangan ibu bapaku. Kini, aku
juga kehilangan Balqis, pendamping terbaikku di kampus ini. Allah telah mengatur
segala yang terbaik untuk hamba-Nya. Aku pasrah dengan segalanya. Sekarang,
aku mengharap ada sinar disebalik kesedihan ini. Ada hikmah disebalik semua ini.
Aku menunggu khabar gembira dari-Mu ya Allah.
191


Qairina, kerana takdir itu relakan ibu bapa dan Balqis pergi dengan aman
dan tenang. Relakan ia bersemadi bersama merdu alunan doa dan kalam suci Allah.
Relakan segalanya dalam bahagia. Rina, mereka akan sentiasa ada bersamamu. Di
sini. Di dalam hati. Bicara Zafril mematikan lamunan dan air mata.

Terima kasih Zafril.Bisikku.
********

Cinta takkan datang kalau tidak dicari, cinta takkan dapat kalau tak memberi, hidup
tanpa cinta seperti hidup tanpa cita-cita...

Sekeping nota kecil terselit di dalam buku yang dipulangkan oleh Zafril. Nota
itu tertulis namaku. Aku hanya tersenyum sendiri. Aku berharap ada sinar
kegembiraan pada keesokkan hari. Tidak sabar hati ini untuk membalas nota kecil
itu.
******************************************************************








192












Nur Dalila Binti Rosli
Wasiat Air Mata Malam Pertama

Di saat ini dan di tarikh ini,
Hidupku menjadi lebih bermakna,
Bukan hanya sebagai insan biasa,
Tapi sebagai seorang insan..
Yang harus menjadi lebih bertanggungjawab,
Yang harus menjadi lebih prihatin...
Bukan kerana terpaksa..
Bukan kerana dipaksa..
193

Tetapi kerana dia..
Kerana dia yang telah menjadi hidupku,
Kerana dia yang telah menjadi pendorongku,
Kerana dia telah menjadi cahayaku,
Dan kerana dia juga telah menjadi nyawaku,
Tanpanya hidupku tidak bermakna,
Tanpanya hidupku tidak berarah tuju,
Dan tanpanya hidupku ibarat layang-layang,
Di saat ini juga bermulanya erti kasih sayang,
Bermulanya satu impian yang sama,
Dan cuba dikecapi bersama,
Hanya bersaksikan janji dan kata-kata,
Dan di saat ini juga terdetiknya waktu bahagia,
Yang akan kekal sampai bila-bila,
Walau apa pun terjadi,
Semuanya kerana dia.....

Menitis mataku membaca ungkapan manis ini di belakang gambar ibu yang ditulis
oleh ayah suatu masa dahulu. Itulah hobi ayah, dia suka menulis setiap apa yang
terlintas di fikiran. Hobi ini lah menjadi tarikan ibu terhadap ayah semasa zaman
belajar mereka dulu. Ibu dan ayah selalu menceritakan kepada kami semua
mengenai sejarah hidup zaman belajar mereka di Maktab Perguruan Temenggung
Ibrahim, Johor Bahru.
Tapi kini, hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu
sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku
194

sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan tok imam.Hari ini
adalah hari yang cukup bermakna bagi ayahku. Ayahku akan diijab kabulkan dengan
seorang perempuan yang dikenalinya setelah pemergian ibuku sejak 2 bulan yang lalu. Aku
pasrah dengan apa yang berlaku.

Semoga dengan pilihan ayah, dia bahagia bersama bakal ibu tiriku. Walaupun pada
hakikatnya penerimaan kami sekeluarga tidaklah setuju dengan keputusan ayah.
Tetapi apakan daya bila hati mula menyatakan rasa cinta, mulut mula berbicara ,
madah juga keluar tanpa dipinta. Ayahku kelihatan tenang mengadap tok imam dan
bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar
butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan
itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan oleh ayah.

Kakak,ayah dah kahwin lain , bisik adikku yang bongsu sewaktu aku menadah
tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga
hiba walaupun aku gembira kerana kebahagiaan ayah. Hiba oleh kerana ayah sudah
mempunyai tanggungjawab lain selain kami. Keluarga terpaksa menerima
keputusan ayah kerana dia sudah tekad dengan keputusannya. Ya Allah!
Bahagiakanlah hidup kami. Berilah kebahagian sebaiknya kepada keluarga baharu
kami Doaku perlahan.

Pengantin perempuan sudah bersedia bersama-sama ahli keluarganya. Ayah
menghampiri bakal ibu tiriku untuk menyarungkan cincin perkahwinan mereka. Hati
ini sayu dan sedih apabila teringatkan arwah ibu. ibu, aku tidak akan pernah
melupaimu ibu. Tiada siapa dapat menggantikan tempatmu di sudut hati kecilku ini.
Ibu, kau adalah ibu terbaik milikku.Kenduri di rumah diadakan secara kecil-kecilan
sahaja, ayah hanya menjemput rakan-rakan baiknya dan sanak saudara bagi
memenuhi ruang rumah dan memeriahkan majlis perkahwinan kali kedua nya.
******************************************************************************
195

Aku tidak dapat menipu diri ini yang sedih dengan keputusan ayah. Masih teringat
lagi kata-kata ayah kepada kami apabila dia membuat pengakuan yang sudah
mendapat pengganti ibu. Ketika itu, hati ini terlalu sedih kerana ayah seolah-olah
begitu mudah membuat keputusan tanpa berbincang dengan kami sekeluarga dan
tanpa memikirkan perasaan kami. Ayah sudah mengenali wanita itu sejak kami mula
berpindah ke Kuala Lumpur dari Pahang. Wanita itu merupakan jururawat di hospital
yang sama tempat ayah bekerja. Mereka mula berkawan rapat sejak ibu sudah
meninggal. Pada mulanya, ayah selalu bercerita kepadaku mengenai wanita itu yang
merupakan tempat dia berkongsi masalah dan kesedihan dikala baru saja
kehilangan insan yang sangat bermakna dalam hidup ayah, tapi ketika itu aku tidak
pernah terlintas dihati ini yang ayah akan mengambil wanita itu sebagai isteri pada
suatu hari.

Sejak hari itu, fikiranku mula terganggu dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh
ayah mengenai keputusannya untuk berkahwin lagi selepas ibu. Aku tidak dapat
menerima kenyataan ini. Aku tidak sanggup untuk melepaskan ayah kepada orang
lain kerana ayah tetap milik kami adik beradik dan selamanya milik ibu seorang.

Natrah! Kamu ni kenapa? Dari tadi cikgu tengok kamu asyik termenung saja, kamu
baru putus cinta ka? tersentap aku dengan suara cikgu Murni yang nyaring lagi
bingit itu. Maafkan saya cikgu, saya tak fikirkan apa-apa, jawabku sopan. Pada
hakikatnya dalam hati ini Allah sahaja yang tahu betapa diri ini seperti tidak mahu
hidup lagi. Apa guna hidup dengan rasa yang tidak pernah sempurna, rasa yang
tidak pernah bahagia dan rasa yang tidak pernah tenang ini. aku benci rasa ini!,
dengusku perlahan. Sejak dari itu juga, aku sudah mula lalai dengan tanggungjawab
aku sebagai pelajar sekolah. Kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu tidak lagi aku
siapkan seperti dahulu, penampilanku sebagai pengawas juga teruk sehingga ada
beberapa orang guru menegur tentang perubahanku kini tetapi jawapanku hanyalah
tiada apalah cikgu, saya tidak berasa sihat sedikit sejak kebelakangan ini. Cikgu
menerima sebulat-bulatnya jawapanku tanpa menanya dengan lebih panjang.
196

****************************************************************************
Peperiksaan SPM sudah tidak lama lagi. Kalau dulu, ibu selalu akan jadi penemanku
setiap malam untuk mengulangkaji pelajaran kerana ibu sentiasa memahami sifat
anaknya yang seorang ini. Aku tidak berani untuk mengulangkaji berseorang di
tengah malam kerana memang sejak azali aku dilahirkan sebagai seorang yang
penakut. Aku takut akan kegelapan, takut akan cabaran dan kini aku takut akan
kenyataan hidupku. Rakan-rakan juga cuba membantu aku untuk kembali seperti
dulu tapi apakan daya diri ini tidak pernah merelakan rasa ini untuk terus pergi hilang
dan lenyap tanpa kesan. Aku masih mempunyai ego aku sendiri. Aku tetap tidak
bersetuju dengan keputusan ayah. Benda ini yang menjadi gangguan fokus dan
matlamatku dalam pelajaran.

Anak ibu yang seorang ni, bila dah besar nanti kakak nak jadi apa?, tanya ibu
kepadaku semasa aku sedang leka bermain permainan legoyang ayah belikan
sebagai hadiah hari jadiku tahun ini. Ibu..kakak nak jadi doktor boleh tak? Kakak
nak cucuk orang bagi orang tu tak sakit lagi, jawabku dengan pelatku sendiri. Ibu
seraya menjawab Mestilah boleh sayang, nanti kalau ibu sakit boleh kakak yang
ubatkan ibu kan?, bagus anak ibu ni. Tapi kalau nak jadi doktor, kena belajar pandai-
pandai macam maksu taw. Kena dapat semua A, dapat belajar kat luar Negara,
lepas itu baru kakak dapat jadi doktor yang berjaya dan banyak berjasa dekat rakyat
Malaysia, bolehkan sayang ibu ni? aku mengangguk laju tanda faham dengan
penerangan ibu.
*************************************************************************
Beb! Bangunlah, cikgu nak keluar dah tu. Kau ni dari tadi lagi macam ni, tak faham
betullah aku apa masalah kau ni. Kena masuk hantu ke apa?, terkejut aku diciut
Fadillah disebelah. Ya Allah aku mengelamun lagi!dengusku perlahan.


197

Masa rehat yang diperuntukkan aku gunakan dengan sebaiknya. Aku membawa diri
ke belakang surau kerana di situlah satu-satunya tempat yang paling tenang bagi
aku yang sedang serabut dengan segala perkara di kepala. Aku duduk bersama
sebatang pen dan sebuah buku di tangan. Aku juga seperti ayah, seorang yang suka
mencatat segala peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. Bagiku peristiwa yang
dicatat menjadi suatu kenangan yang tidak boleh diukir kembali dan tidak boleh
membawa diri ini ke suasana yang telah menjadi kenangan dan pengalaman
hidupku. Kotak fikiranku masih memikirkan nasib diriku dan adik beradik bila tiba
masanya kami perlu menerima ahli keluarga baru dalam hidup kami. Suatu perkara
yang tidak pernah terfikir dek akal ini sepanjang umurku 17 tahun ini. macam mana
aku nak berdepan dengan perempuan tu?, macam mana hidup kami lepas ni?,
boleh ke aku terima dia sebagai pengganti ibu?, bermacam-macam persoalan
bermain di kepalaku. Aku stress memikirkan semua ini. Walaupun secara sifat
fizikalnya aku memang seorang yang mudah mesra dengan orang baru tetapi dalam
situasi ini sedikit berbeza kerana orang baru yang hadir ini akan menjadi salah
seorang orang penting dalam hidup ayah selain kami bertiga. Aku menangis lagi
memikirkan semua ini.

Kadang-kadang aku seperti tidak boleh menerima takdir yang berlaku dalam hidupku
ini. Aku tidak boleh menerima takdir bahawa ibu sudah tiada bersama kami kerana
kami masih perlukan ibu disisi. kenapa terlalu awal kami ditinggalkan? ibu..kami
masih perlukan ibu. Kakak dan adik-adik mahu ibu bersama kami, hatiku menangis
sedu. Tidak semena-mena air mata jernih ini mengalir lagi. Kenangan bersama ibu
tidak akan pernah hilang dari ingatan ini. Ibu segalanya buatku. Tanpa disedari lantai
berdekatan denganku sudah diukir penuh dengan pelbagai nama dan gambar. Habis
tercemar lantai tu dek kekreatifan aku sendiri. Aku ketawa kecil melihat lukisan yang
terukir. hakikatnya akulah manusia yang tiada nilai seni dalam diri. Kalau waktu
kelas seni, aku akan jadi pelajar yang paling pasif kerana aku tidak berminat untuk
berseni bersama rakan-rakan lain. Aku hanya duduk diam di belakang kelas dan
menjadi lebih teruk apabila aku mula bosan dengan pelajaran hari itu, aku akan mula
mengganggu rakan sekeliling. Itulah hobiku dikala otak aku tidak berfungsi untuk
mengikuti pelajaran pada hari itu.
198

Lain pulak situasinya ketika aku mengikuti kelas matematik kerana aku suka
mengira dan bermain dengan nombor, tambah lagi aku sudah jatuh cinta dengan
cikgu matematik kelasku yang sangat dedikasi dalam penyampaian ilmunya. Aku
kagum dengan cikgu Asiah. Beliau tidak pernah bosan untuk memastikan kami satu
kelas dapat setiap input pelajarannya. Pernah suatu ketika, cikgu dipanggil oleh
pengetua bagi menjawab permasalahan subjek matematik yang merosot peratusan
pencapaiannya pada peperiksaan awal penggal untuk batchkami. Pengetua
memerlukan penjelasan yang jelas dari cikgu Asiah selaku guru panitia tingkatan 5
memandangkan tahun ini merupakan tahun peperiksaan SPM kami. Sejak itu cikgu
Asiah mengambil inisiatif untuk kami semua. Kelas tambahan pada setiap petang
dan kelas intensif bagi pelajar terpilih sesudah subuh. Itulah rutin yang kami buat
sampai sekarang sebelum tiba peperiksaan SPM sebenar yang bakal menjelma lagi
dua minggu.
Natrah! Kamu buat apa kat sini? Kenapa tak masuk kelas ni?, soal cikgu Razi buat
aku tersedar daripada mimpi disiang hariku. Aku blur sekejap. alamak! matilah aku,
bisik hati ini. kamu ikut saya pergi bilik kaunseling sekarang, tegas cikgu Razi.
Terkedek-kedek aku ikut beliau ke bilik kaunseling. Kali ni memang aku tak dapat
lepaskan diri. Aku tidak sedar yang waktu rehat sudah tamat sejam yang lalu dek
terlalu melayankan mimpi anganku. Aku terlalu leka dengan diri ini tanpa memikirkan
orang sekeliling. aduhh, apa aku nak jawab ni?, mengeluhku perlahan memarahi
diri sendiri.

Di bilik kaunseling, aku terpaksa bertentang mata dengan cikgu Hajar, seorang guru
yang dikenali semua pelajar di sini sebagai harimau. Berdebar hati ini tidak terkata.
Kotak fikiran ligat menyusun ayat yang sesuai untuk aku jawab kepada cikgu Hajar
tentang masalah aku ponteng kelas tadi. tak kan nak jawab tidak sedar rehat dah
habis? Ish! Jawapan tu tidak logik sebab loceng sudah pun dibunyikan tetapi aku
sahaja yang masih bermimpi di siang hari ini. Selama sejam aku diberi tazkirah dan
bermacam-macam nasihat, aku menelan sahaja segala kata-kata cikgu Hajar
kepadaku kerana aku tahu salah aku sendiri walaupun pahit. Setelah tamat aku
diminta untuk kembali ke kelas dan bersedia untuk pulang kerana jam sudah
199

menunjukkan pukul 2 petang. Aku balik rumah dengan rasa yang bercampur baur.
Bertambah pula masalah di kepala ini dan aku semakin stress.
*****************************************************************************
kakak, kakak,.. panggilan itu mematikan lamunanku. Adik kecilku merupakan
salah seorang antara kami yang tidak dapat menerima keputusan ayah. Walaupun
dia baru berusia mencecah 5 tahun, tapi sudah mula memahami situasi sebenar
yang telah berlaku. Hari sebelum majlis perkahwinan ini berlangsung, adik tidak
berhenti-henti menangis kerana dia beranggapan yang ayah kesayangannya akan
diambil oleh orang lain. Penat ayah memujuk adik supaya tidak menangis dan ayah
cuba memberi penjelasan yang terbaik untuk adik dan kami berdua, aku dan adik
lelakiku. Ayah juga berjanji tidak akan melupakan tanggungjawabnya sebagai ayah
walaupun dia sudah berkahwin lain. Sekali lagi aku termenung mengenangkan apa
yang berlaku dalam keluargaku. Lamunan terhenti apabila adik menarik bajuku dan
meminta aku menemaninya ke tandas. Aku mengikut kehendak adik kesayanganku
itu.

Majlis pada hari itu berlangsung dengan baik dan lancar. Kehadiran rakan-rakan
ayah dan mama serta sanak saudara memeriahkan lagi majlis. Ayah meminta kami
untuk membiasakan diri untuk memanggil makcik Ros umi walaupun pada mulanya
amatlah kekok dengan panggilan itu. Kami bertiga memerlukan masa untuk
membiasakan diri.

Azan isyak mula kedengaran, kami sekeluarga sudah bersiap sedia dengan telekung
dan sejadah masing-masing kerana kebiasaan kami akan menunaikan solat jemaah
bersama-sama. Setelah selesai memberi salam akhir dan berdoa. Aku menghulur
tangan kepada ayah dan mengucup tangannya dengan penuh rasa kasih sayang.
Ayah memeluk tubuhku erat dan meminta maaf kepadaku dengan segala yang telah
berlaku.kakak jaga adik-adik sebaiknya ya bila ayah dah tiada nanti, ayah berbisik
perlahan di telingaku. Tanpa kusedari butir-butir air mata ini jatuh membasahi baju
200

melayu ayah. Ayah menenangkanku. Aku bersalam dengan mama, perkara yang
sama dilakukan, mama juga memelukku. Selepas itu, aku terus masuk ke bilik
dengan perasaan yang sangat sedih. Aku terlalu rindukan ibuku. ibu.., ibu..., kakak
rindukan ibu... aku menangis di atas katilku dan tanpa kusedar, adik kecilku sudah
berada di belakangku. Kami berpelukan dan menangis.
****************************************************************************
Hello, assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Encik Efmuhardee, waris
kepada Natrah Syazana tingkatan 5 Bestari, ujar seorang guru SMK Bukit Jelutong.
Ya saya bercakap, ada apa ya puan?, balas ayah dalam panggilan telefon yang
baru sahaja diterima ketika sampai di Hospital Sungai Buloh tempat ayah bertugas.
Hospital ini merupakan tempat bertugas ayah yang ketiga setelah berpindah randah
dari Pahang dan Johor. Pertempatan kami berubahan 5 tahun sekali apabila ayah
terpaksa bertukar tempat bertugas kerana kenaikan pangkat. Kami baru sahaja
brpindah ke Sungai Buloh ini setelah kematian ibu dua bulan yang lalu. Sungai
Buloh merupakan kampung asal tempat kelahiran ayah. Ayah mengambil keputusan
tekad untuk kembali pulang ke kampung apabila ayah merasakan hidup dia dan
anak-anak seperti kosong tanpa makna setelah kehilangan isteri tercinta jika di
masih tinggal di Pahang. Permohonan pertukaran ayah diluluskan seminggu
kemudian dan kami terus bersiap sedia untuk berpindah petempatan lagi untuk kali
ketiga. Mungkin inilah penghijrahan kami yang terakhir kerana ayah seperti sudah
tekad untuk tinggal berdekatan dengan ahli keluarganya di Sungai Buloh seumur
hidupnya. Di sini lebih tenang kerana dia sudah biasa dengan kawasan sekitar dan
lebih ramai kenalannya di sini. Seandainya berlaku sebarang masalah, mudah untuk
kami adik beradik meminta bantuan daripada ahli keluarga terdekat kerana rumah
yang kami diami ini berdekatan dengan rumah atok dan adik beradik ayah yang lain.

Maaf ya encik mengganggu, saya Puan Murni guru kelas kepada anak encik,
Natrah Syazana tingkatan 5 Bestari ingin meminta encik menghadirkan diri ke
sekolah bagi berbincang mengenai anak encik. Kami pihak sekolah dapat mengesan
perubahan yang mendadak terhadap pelajaran dan tingkah lakunya sejak
kebelakangan ini. Kami risaukan prestasi Natrah memandangkan peperiksaan SPM
201

sudah tidak lama lagi. Boleh encik hadirkan diri ke sekolah pada hari ini?, tanya
guru kelasku dalam nada yang tenang dan penuh sopan.

Kehadiran ayah ke sekolah mengejutkanku apabila aku sendiri bertembung dengan
ayah di kantin sekolah semasa waktu rehat. Apa pulak orang tua ni buat dekat
sini?, tanya ku sendiri. Muka ayah seriustanpa senyuman. Aku bingung seolah-olah
aku melakukan masalah disiplin besar yang tiada maaf bagiku lagi. Aku terus
mengikut ayah ke bilik mesyuarat apabila ayah memberitahuku bahawa ada perkara
yang perlu dibincangkan tentang diriku. Aku bertambah bingung dengan penyataan
ayat. Apa pulak salah aku?, aku bersengketa sendiri tanpa sedar perubahanku
yang terlalu mendadak kebelakangan ini telah dikesan oleh beberapa orang guru.

Di dalam bilik mesyuarat ada beberapa orang guru termasuk cikgu Murni, guru
kelasku, pengetua sekolah dan cikgu harimau, cikgu Hajar. Melihat muka-muka
yang berada di hadapanku sudah cukup membuatkan aku kecut perut sebentar
dengan suasana bilik yang suram tanpa bunyi. Hanya bunyi angin aircond yang
mengisi kekosongan bilik itu. Aku disuruh duduk dihadapan mereka supaya
memudahkan aku disoal siasat seperti seorang banduan yang bakal dikenakan
hukuman gantung sampai mati beberapa minit lagi.

Masihku ingat saat aku mula disoal siasat oleh guru dengan bermacam-macam
soalan, ayah duduk terdiam di satu sudut bilik mesyuarat itu dan hanya
memerhatikan dari jauh setiap ayat yang aku keluarkan. Dalam hati, aku
memberontak sendiri. Masalah ini masalah ayah yang melibatkan diriku tetapi aku
yang perlu menanggung kesannya. Aku tak suka ayah kahwin lain. Aku benci! Aku
benci! Sejak itu, hubungan aku dan ayah semakin keruh dek egoku yang tidak mahu
menegur ayah selagi ayah tidak memulakan perbualan antara kami. Kadang-kadang
aku sendiri melarikan diri untuk berkomunikasi dengan ayah. Hati ini terlalu sakit
untuk menatap wajah itu. Aku seolah-olah berdendam dengan ayahku sendiri.
202

Suasana rumah semakin hari, semakin sunyi tanpa keriuhan perbualan kami semua.
Aku sendiri memusnahkan kebahagian keluargaku kini. Aku gagal kerana rasa sakit
di hati ini lebih menguasai diri. Aku gagal! Ya aku gagal!.

*******************************************************************************
Tidurku terganggu, kedengaran bunyi batukan yang kuat dari arah bilik ayah. Pada
ketika itu, baru kusedar aku terlelap bersama-sama adik dalam keadaan aku masih
bersama telekungku. tok..tok kedengaran bunyi pintu diketuk. kakak, kakak,
bangun nak, mari tengok ayah ni.. suara umi yang dapat kukesan. ya Allah sampai
terbawa ke mimpi rasa sakit di hati ini, bersuaraku perlahan. sampai bila akan
begini Natrah?, hati kecil ini mengeluh lagi.

Lantas itu aku bangun dan menanggalkan telekung yang juga tidur bersama-sama
aku dan adik semalam. Aku menuju ke bilik ayah, kelihatan ayah terbatuk-batuk dan
muka ayah mulai pucat. Aku terus menuju ke bilik angah, adik lelakiku dan
mengejutkannya bangun. Ayah kelihatan sangat letih dah batuknya menjadi semakin
teruk.

Umi mengambil keputusan untuk membawa ayah ke hospital. Mama mula mencapai
tudung kepala dan lantas mencari kunci kereta. Aku serta merta balik ke bilik untuk
mengejutkan adik. Ayah dipimpin masuk ke dalam kereta. Aku yang menjadi
pemandu menuju ke hospital. Sepanjang perjalanan itu, ayah tidak berhenti batuk
dan menjadi semakin teruk apabila batuknya menjadi batuk berdarah. Seingat aku,
ayah tidak pernah menceritakan apa-apa mengenai penyakitnya. Ayahku adalah
seorang yang aktif bersukan. Mustahil ayah akan mempunyai penyakit.

203

Setibanya kami di hospital, kami diarahkan untuk mendaftarkan pengenalan diri
ayah di kaunter dan diminta untuk tunggu di ruang menunggu. Adik tidak berputus-
putus bertanya mengenai ayah. Lebih kurang setengah jam kemudian, umi dipanggil
oleh doktor dan kelihatan perbualan mereka seolah-olah suatu perkara yang penting
dan tidak dapat diterima oleh umi kerana gerak balas dari mama menunjukkan
sesuatu yang kurang baik. Aku lantas bangun dan menghampiri umi dan doktor.
Tanpa ku duga, doktor menyatakan bahawa ayah sudah tidak dapat diselamatkan
lagi. Pada saat itu, badanku menjadi lemah dan aku mula rebah. Aku sudah tidak
bermaya. Aku tidak sanggup untuk mendengar semua itu. Aku seolah-olah tidak
percaya apa yang diberitahu oleh doktor tadi. Nabil, adik lelakiku bersama-sama
Nabila menghampiriku. Mereka seperti sudah dapat menjangka apa yang
dimaksudkan dengan reaksi aku setelah mendengar penjelasan doktor tadi. Kami
berpelukan erat sesama sendiri. Kami menangis. Kami sekali lagi kehilangan orang
yang kami sayang. Doktor menyatakan bahawa ayah sebenarnya mempunyai barah
paru-paru yang sudah sampai ke tahap kritikal. Penyakit ini tidak pernah diberitahu
kepada kami. Kami sedih. Umi cuba menenangkan kami.
Proses pengkebumian selesai dengan baiknya. Sekarang baru aku sedar kehadiran
umi dalam hidup kami sebenarnya sungguhlah bermakna dan mempunyai hikmah
disebalik perkahwinan kedua ayah. Ayah sudah menyediakan pengganti sebaik umi
kepada kami sebelum dia pergi meninggalkan kami tiga beradik. ayah, kakak minta
maaf segala apa yang terjadi. Kakak janji akan jaga adik-adik sebaik mungkin. Aku
teresak dalam dakapan umi setelah sampai di rumah. Hari kebahagian ayah dan
mama merupakan yang pertama dan terakhir buat umi, dan suasana itu diselebungi
dengan kesedihan pemergian ayah. Semoga roh ibu dan ayah selamat dan
berbahagia di sana serta ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.
Amin....
***********************************************************************
Aala,aala.. eh kenapa nangis ni sayang?, mama ingat Aala tengah tengok TV ni.
Kenapa pulak ni? . Persoalan mama datang tiba-tiba membuatkan aku tersedar dari
lamunan yang entah bila permulaannya. Cerita ni sedih la mama, dia cerita pasal
ayah dia dah meninggal,jawab aku sebak. Mama terdiam seketika, pasti mama
sudah faham maksud aku.Ya.itu hanya cerita di TV semata-mata, tiada kaitan
204

denganku, tapi kemuncak cerita tentang kematian seorang ayah itu sangat
menyentuh hati kecil ini kerana aku juga mengalami perkara yang sama. Watak
dalam cerita tersebut lebih perit tanggungannya kerana dia sudah kehilangan kedua
ibu bapanya iaitu harta dunia akhiratnya. Aku masih bertuah mempunyai mama yang
sentiasa berada di sisiku tanpa rasa penat dan letih. Mama sumber kekuatanku kini.
Tanpa mama, tidak dapat kubayang hidup kami lima adik beradik.

Bulan ini genap Sembilan bulan abah tinggalkan kami sekeluarga dan aku masih
belum kuat untuk menghadapi situasi hidup ini tanpa abah. Saat minda ini
memikirkan telatah abah ketika bersama kami, hati ini terkenangkan suara abah,
mata ini akan mula mengalirkan mutiara jernih tanpa dipinta. Aku tidak boleh menipu
diri ini kerana aku sendiri merasa situasi kehilangan seorang insan yang dicintai dan
disayangi. Abah lelaki pertama hadir dalam hidupku. Masih ku ingat ayat abah
kepadaku, aala hak abah. Selagi aala tidak berkahwin, aala tetap hak abah. akan
ku ingat kata-kata itu, ya selamanya aku milik abah. Abah,anakmu merinduimu,
semoga abah tenang di sana. Al-Fatihah










205












Mutiara A/p Megat
Naluri Kaabah

Sedang aku berjalan sendirian tiba- tiba tumit kasut tinggiku patah. Klek!.
Adoi,sakitnya!, aku cuba bangun tetapi kaki kiriku sangat sakit. Perlahan lahan
aku cuba berdiri namun kaki kiriku tidak dapat bergerak. Kemungkinan aku
mengalami kecederaan dalaman. Alamak, macam mana ini? Hari ini Tina bentang
mesti Puan Tan marah Tina lagi sebab lewat, perasaan gelisah mula menghinggap
diriku. Sekali lagi aku cuba berdiri tetapi kali ini aku berjaya berdiri. Walaupun sakit,
aku gagahkan diri untuk berjalan. Semangat untuk ke kelas Puan Tan tidak dapat
dinafikan.

Harap berjenama tapi macam sampah, geram betullah!, runggut diriku
seorang. Aku terpaksa berjalan terhinjut hinjut sambil berkaki ayam. Sikit lagi
206

Tina, sabar ye sikit lagi, kita dah nak sampai, pujuk hatiku sendirian. Dari jauh lagi
kedengaran suara Puan Tan memberi kuliah, kali ini mungkin Puan Tan marah lagi
diriku. Jam menunjukkan pukul 8.15 pagi, aku lewat lima belas minit. Aku cuba
beranikan diri untuk ketuk pintu. Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini amiin, aku
berdoa dalam hati. Aku cuba beranikan diri untuk mengetuk pintu sambil tarik nafas
dalam-dalam. Belum sempat aku berbicara, tiba- tiba Puan Tan menyebut namaku
di hadapan semua orang. Malunyaku, bisikku sendirian.

Look at there, you know her? She name Nurul Saidatina. Nurul Saidatina
from Kuala Lumpur, KL. No wear shoes. She always late. I dont know how she want
to become the future teacher. Future teacher for our genaration., Puan Tan mula
memerli diriku di depan semua orang. Semua orang di hadapanku ketawakan diriku.
Aku malu sebab kelas Puan Tan kelas gabung dua buah kelas. Kelas sastera
gabung dengan kelas agama. Aku terdiam sahaja sambil betulkan rambutku tanpa
berkata apa- apa. Saidatina, awak boleh duduk. Lain kali datanglah lewat lagi,
sindiran tajam daripada Puan Tan. Im sorry miss, aku cuba minta maaf.

Semua tempat duduk penuh kecuali di hadapan terdapat satu tempat duduk
kosong. Maaf, boleh Tina duduk sini?, aku cuba minta kebenaran untuk duduk
disebelah jejaka yang agak alim personalitinya. Dia memandang diriku seolah- olah
aku telah melakukan kesalahan yang besar. Tanpa mengambil peduli hal itu, aku
terus duduk dengan muka yang selamba sahaja. Aku cuba lemparkan senyuman
manis pada jejaka itu. Tina, aku perkenalkan diri. Tau, Nurul Saidatina. Minah
yang selalu datang lewatkan. Nama indah sayang free hair orangnya, perli jejaka
itu. Narqib, giliran dia pula memperkenalkan dirinya. Aku terdiam sahaja. Tanpa
berkata apa- apa aku terus fokus pada pengajaran Puan Tan. Sebenarnya aku
terasa dengan kata- kata yang dilemparkan Narqib tadi tetapi aku cuba tidak
mengambil hati dengan kata-kata itu. Setiap orang memiliki alasan sendiri. Tidak
mustahil suatu hari nanti mungkin aku berubah menjadi lebih baik dari hari ini.

207

Aku cuba pujuk diriku dengan senyuman sahaja. Kini giliran aku pula untuk
memulakan pembentangan. Pembentangan kali ini secara individu dan
pembentangan ini sangat penting kerana Puan Tan akan menilai hasil
pembentangan kami. Tanpa segan silu, aku menuju ke hadapan. Dengan berkaki
ayam, aku telah memulakan sesi pembentangan dengan baik sekali. Aku tidak
mempedulikan gelak tawa orang di hadapanku. Mungkin mereka ketawakan diriku
disebabkan aku berkaki ayam. Tapi mereka tidak pernah bertanya sebab aku
berkaki ayam. Mengapa manusia di dunia ini begitu? Suka mentertawakan
kelemahan orang. Aku cuba menahan kesakitan akibat terseliuh tadi. Lama lagi ke?
Tina tak tahan ini kaki tina sakit. Tina kuat sikit lagi, aku memujuk diri sendiri.
Mungkin aku berdiri terlalu lama atau aku banyak bergerak. Tiba tiba semasa sesi
soal jawab, aku rebah di hadapan. Kali ini aku tidak boleh berdiri. Kaki kiriku sakit.
Kaki kiriku tidak boleh menongkat bumi. Aku menangis mengerang kesakitan.
Semua orang mula kelihatan cemas melihat keadaan diriku.

Ya Allah, Tina!, jerit salah seorang pelajar di situ. Mereka cepat- cepat
membantu diriku. Akhirnya aku terlantar di hospital tiga hari. Doktor menasihati diriku
supaya banyak berehat dan tidak banyak bergerak. Semoga cepat sembuh, Tina
pujuk diriku sendirian. Selama tiga hari aku di hospital, aku rindukan Anis dan
Kamariya. Aku sengaja tidak memberitahu keluargaku kerana aku khuatir mama
pasti marahkan aku. Aku mula bosan melihat persekitaran hospital. Hampir seluruh
hospital telah aku jelajah. Rindunya korang, aku merindui kawan- kawan sekelas
dan sahabat baikku, Anis dan Kamariya.

Tina apa khabar?, tiba- tiba kedengaran suara seorang lelaki menyapa
diriku. Pandanganku beralih pada lelaki itu. Awak? Awak buat apa dekat sini?,
persoalan yang tidak sepatutnya aku persoalkan. Selamat Hari Lahir Nurul
Saidatina,tiba- tiba lelaki itu menghulurkan hadiah kepada diriku. Eh, apa ini! Hari
jadi siapa pula awak ini? Awak silap oranglah Narqib, aku cuba mengelak daripada
menerima hadiah. Setahu aku hari jadi aku lambat lagi. Bukan ke hari jadi awak
hari ini?, persoalan yang tiba- tiba muncul dari mulut Narqib. Aku ketawa sendirian.
Siapa cakap?, aku berpura- pura tidak mengetahuinya.
208


Saya tengok dalam Facebook awaklah,Narqib cuba memberi penjelasan.
Oh begitu, kalaulah hari ini hari jadi saya? Awak nak buat apa pun?, aku sengaja
kenakan Narqib. Saya nak wishlah. Selamat Hari Jadi Nurul Saidatina, sekali lagi
Narqib mengucapkan selamat hari lahir pada diriku. Tapikan hari jadi saya lambat
lagi bulan enamlah awak, yang awak tengok itu hari jadi FB saya. Apa pun terima
kasih la ye, puas hati aku kenakan budak Narqib ini. Aku ketawa kuat sebab ini kali
pertama aku berjaya kenakan pelajar jurusan agama yang sombong, ego dan paling
aku benci. Saya tak suka kawan dengan awak! , manis bila melihat Narqib
merajuk.

Saya lagi gembira awak kalau awak tak suka kawan dengan saya, aku
sengaja sakitkan hati Narqib. Maaf Encik, waktu melawat dah tamat, seorang
jururawat datang menghampiri kami berdua. Narqib balik dulu la ye, jaga diri okey,
Narqib mohon diri untuk pulang. Nampaknya masa mencemburui kami berdua. Aku
cuba lelapkan mata. Walau pun aku telah menelan beberapa biji pil penenang tapi
aku masih tidak dapat tidur dengan nyenyak. Aku teringat hadiah yang Narqib
berikan tadi. Aku cuba buka bungkusan hadiah tersebut. Buku agama. Nice gift,
bisik hatiku. Bila Allah Menduga Kita. Nice title, aku terdiam sahaja. Belum sempat
aku membacanya, aku terdengar seseorang menangis. Kelihatan seorang
perempuan tua menangis di atas katilnya. Aku menghampiri perempuan tua itu.
Puan are you okey?, persoalan yang muncul daripada bibirku. Hatiku sebak
melihat perempuan tua itu. Aku cuba menenangkan beliau dengan membaca buku
agama yang dihadiahkan oleh Narqib petang tadi. Bila Allah Menduga Kita, aku
bacakan tajuk buku tersebut dengan nada yang riang. Mungkin ini satu-satunya cara
aku menenangkan beliau. Aku tidak berani untuk bertanya lebih- lebih. Bila Allah
menduga kita. Setiap manusia memiliki kelemahan dan setiap manusia memiliki
kelebihan. Tatkala kita diduga dengan dugaan yang besar jangan sesekali
persalahkan orang lain. Kembalilah pada Allah kerana Allah sentiasa bersama kita.
Allah sentiasa disisi kita, kami saling tersenyum tatkala aku berhenti membaca.
Tina masih muda lagi perjalanan Tina jauh. Mungkin suatu hari nanti Tina akan jadi
lebih baik dari hari ini. Tidak mustahil mak cik percaya., sambil mengusap rambut
209

aku. Aku sekadar senyum sahaja. Kata- kata beliau mengingatkan aku pada
seseorang. Seseorang yang aku terlalui merindui. Arwah abang. Banyak perkara
yang dikongsikan oleh beliau pada diriku. Jam menunjukkan tepat pukul 12.00
tengah malam. Akhirnya aku terlelap. Aku lena di situ.

Sehingga aku dibuai sebuah mimpi. Aku mendapat tawaran mengajar di
sebuah sekolah pedalaman. Aku tidak pasti lokasi tersebut. Jauh sungguh
perjalanan menuju ke sekolah tersebut. Aku terpaksa menaiki bot untuk sampai ke
destinasi. Tiba- tiba aku ternampak cahaya putih aku cuba menutup mata. Namun
cahaya yang terlalu silau menyebabkan aku tidak dapat melihat dengan jelas.
Sekumpulan rama- rama putih beterbangan mengelingi diriku. Aku cuba untuk
menyentuh rama- rama putih itu. Tapi tidak berjaya. Tatkala aku terleka sebentar
bermain dengan rama- rama tersebut. Pandanganku beralih pada satu lokasi yang
aku sendiri tidak pasti. Sebuah perkampungan terpencil. Kehadiran diriku disambut
dengan penuh riang sekali. Aku tertarik dengan replika kaabah yang tersergam
indah itu. Kaabah yang terletak ditengah-tengah perkampungan tersebut. Ingin
sekali aku bertanya siapa yang membinanya namun apakan daya masa itu terhenti.

Nurul Saidatina?, persoalan yang perlu aku jawab . Ya, Nurul Saidatina.
Mata kami saling bertentangan. Dia melihat mataku seolah-olah mengetahui apa
yang aku sedang fikirkan. Saya guru besar sekolah ini, panggil saya Tuan Dereq,
dia memperkenalkan diri. Mukanya seiras macam arwah abang. Aku sekadar tunduk
sahaja. Abang.., hati kecilku berbisik sendirian. Ternyata aku terlalu merindui
arwah abang . Pihak sekolah telah menyediakan penginapan untuk Cik Nurul.
Nanti Pak Wan tolong tunjukkan. Harap Cik Nurul selesa dengan penginapan yang
disediakan, penjelasan yang baik daripada guru besar. Terima kasih, Encik, aku
sekadar tersenyum sahaja. Kelihatan tempat penginapanku ringkas sahaja suasana
perkampungan. Mungkin aku agak kekok untuk menyesuaikan diri.

Jam menunjukkan tepat pukul 7.30 malam. Alamak dah masuk maghrib.
Kenapa orang tak bang lagi ini?, persoalan yang tercetus disudut hatiku. Aku
210

ternampak Pak Wan lalu dihadapan tempat penginapanku. Aku cuba memanggil
beliau namun beliau tidak mengendah panggilan dariku. Lalu berlalu sahaja. Aku
kehairanan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Pak Wan. Aku cuba mengekori
Pak Wan dari belakang. Semakin aku menghampiri beliau, aku dapat rasakan
perjalanan semakin jauh. Lama kelamaan kelibat Pak Wan hilang. Tiba- tiba aku
ternampak sekumpulan manusia yang terdiri daripada kaum muslimah yang
lengkap berpakaian telekung. Menghadap replika kaabah itu. Aku cuba bertanya
kepada salah seorang daripada mereka. Namun tiada jawapan daripada mereka.
Malahan pandangan sinis daripada mereka. Mereka khusuyuk membaca Al- Quran.
Aku dapat rasakan betapa hinanya diriku tatkala dikelilingi mereka. Jauh beza sekali
antara aku dengan mereka.

Air mataku mengalir tanpa henti. Mungkin aku menginsafi kesilapan masa
laluku dulu. Aku dapat merasai betapa kosongnya jiwaku ini. Semakin aku
merenungi kaabah itu, aku dapat merasakan diriku semakin mendekati diriMu. Aku
terkejut tatkala kedengaran seseorang memanggil namaku. Cik Nurul, bangun dah
masuk Maghrib ini, rupanya Pak Wan kejutkan diriku. Rupanya aku tertidur di atas
sejadah sementara menunggu orang bang azan. Ya Allah Tina mimpi rupanya, aku
perbetulkan ikatan telekungku. Namun tentang replika kaabah itu masih lagi bermain
di minda. Hatiku tertanya- tanya ada apa dengan kaabah itu.
Keesokan harinya, aku bangun awal untuk ke sekolah. Seorang guru yang
baik perlu hadir awal ke sekolah. Aku ketawa sendirian bila mengenangkan kata-
kata itu. Puan Tan selalu menasihati aku. Aku harap pihak sekolah dapat menerima
diriku seadanya begitu juga dengan murid- murid. Aku khuatir sebab aku free hair
orangnya.Tidak mustahil mereka akan persoalkan hal itu walaupun aku sekadar
guru sastera bukan guru agama. Alamak Tina kena relief kelas Iqra tahun empat!
Tina nak ajar apa ini?, permulaan hari yang pertama bagi diriku. Mungkin aku
terpaksa tempuhi. Kan bagus kalau budak Narqib itu ada sekali, hati kecilku
berbisik. Aku mula bimbang ilmu agamaku masih lagi cetek. Tatkala aku memasuki
kelas tersebut aku melihat mereka begitu bersemangat sekali mengeluarkan buku
iqra masing- masing.

211

Suasana sepi menyelubungi kelas tersebut. Jiwaku semakin kosong. Kami
saling bertentang mata. Mungkin mereka sedang menanti arahan dari diriku. Aku
memanggil salah seorang pelajar untuk membawa buku iqranya di hadapan.
Perlahan- lahan aku cuba mengajarnya sebutan. Ya Allah, benar ini Tina?
Benarkah Tina mengajar iqra ini?, persoalan yang bermain di mindaku sejenak.
Mereka mengharap sesuatu dariku. Aku dapat melihat setiap renungan tersebut
seolah olah tertulis sesuatu. Tulisan yang tidak mampu diolah melalui bahasa
bahkan hanya naluri sahaja mampu memahami tulisan itu. Mereka benar- benar
dahagakan ilmu agama. Cikgu, cikgu macam nak sebut perkataan ini. Saya tak
pandailah., tanpa aku sedari salah seorang murid bertanyakan sesuatu.

Tanpa aku sedari air mataku mula mengalir. Mungkin hatiku tersentuh melihat
mereka. Begitu bersungguh- sungguh mereka mengaji iqra. Cikgu kenapa cikgu
menangis?, persoalan yang muncul. Maaf hari ini cikgu tidak sihat, cikgu nak pergi
tandas sebentar. Ketua kelas pastikan kelas tidak bising., aku memberi arahan
sebelum keluar dari kelas tersebut. Cepat cepat aku melarikan diri supaya murid-
murid tidak nampak keadaan diriku yang sebenar. Sedang aku pantas melarikan diri
daripada pandangan anak- anak muridku, aku semakin kehairanan apabila replika
kaabah yang tersergam indah itu seolah olah mengekori diriku. Semakin aku
pantas melarikan diri semakin dekat replika itu menghampiri diriku.
Akhirnya aku jatuh tersungkur, aku menangis bersujud pada replika kaabah
itu. Air mataku mengalir tanpa henti seolah olah air mataku sedang berbicara
dengan alam. Aku dapat rasakan masa itu terhenti. Hatiku gersang sekali. Ya Allah,
kenapa lidah Tina kelu untuk menyebut perkataan iqra itu? Mengapa? Ya Allah,
ampunilah segala dosaku, aku membiarkan diriku berbicara sendirian. Semakin
sepi dunia ini. Kegelapan mula kelihatan. Hanya kaabah dan aku sahaja kelihatan.

Tiba- tiba kelihatan cahaya putih. Kedengaran suara seseorang sedang
memanggil nama timanganku. Allhamdulilah, Saidatina dah sedarkan diri, aku
melihat beberapa orang rakan sekelasku di hadapan katilku. Kenapa ini?, aku
kelihatan kebingungan. Rupa- rupanya aku telah jatuh pengsan di hadapan wad
212

kecemasan. Seharian aku tidak sedarkan diri. Namun aku kehairanan dan
kebingungan. Habis itu siapa wanita tua yang menangis tempoh hari? Dengan
siapa yang Tina sembang malam itu?, aku cuba mengingat kembali kejadian itu.
Namun persoalan itu muncul dan sering bermain di mindaku. Aku cuba lupakan
seketika persoalan itu.

Aku sengaja tidak menceritakannya. Jauh sungguh perjalananku, hatiku
berbisik sendirian. Renungan kosongku terhenti sebentar tatkala rakan sekelasku
membelek buku yang Narqib hadiahkan buat diriku tempoh hari. Kaabah? Ada apa
dengan kaabah, fikiranku melayang- layang mencari jawapan disebalik persoalan
yang muncul itu. Mimpi yang aku alami sejak kebelakangan ini telah banyak
meninggalkan kesan pada diriku. Tina, awak okey ke?, lamunanku tersentak
apabila Aniz memanggil namaku. Aku sekadar tersenyum sahaja.

Keesokan harinya, doktor memberi kebenaran untuk aku keluar dari hospital.
Doktor telah mengesahkan kaki kiriku sembuh sepenuhnya. Aku gembira dan
bersyukur pada Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa ada untuk Tina, aku
tersenyum sendirian. Aku ke kuliah seperti biasa. Kelihatan Narqib dari jauh. Namun
aku tidak berani untuk menegur dia kerana aku dengan dia jauh berbeza. Siapa
Tina untuk menegur dia?, persoalan yang muncul dibibir merahku. Aku segan
dengan dia kerana aku tahu dia seorang yang sangat dihormati oleh semua orang di
kampus. Kepetahan dia bercakap, pengetahuan agamanya tinggi membuatkan dia
begitu disenangi oleh semua orang.

Aku berlalu bersahaja seolah olah tidak mengenali dia. Jauh sekali ingin
memberi salam. Aku tidak tahu mengapa aku sangat benci pada Narqib. Sombong
nampak, Narqib mula menegur diriku. Kaki dah sihat, mestilah sombong, berani
sungguh aku membalas persoalan itu. Selama ini tiada seorang perempuan pun
berani bersembang dengan Narqib, si budak agama itu. Amboi, cantik sungguh
bahasa cikgu sastera ini!, sekali lagi dia memerli diriku. Aku merenung tajam pada
dirinya. Aku benar- benar begang dengan Narqib, si budak agama itu. Sakitnya hati
213

Tina, hati kecilku berbisik. Sorryla ye, orang ada hal kat surau. Pergi dulu. Hati- hati
kaki itu, kali ini aku benar- benar sakit hati dengan budak agama itu. Merajuk pun
ada.

Jam menunjukkan tepat pukul 2.00 petang, waktu kuliah telah pun berakhir.
Aniz dan Kamariya mengajak aku untuk keluar pada waktu petang. Aku mengelak
dengan alasan aku kepenatan. Aku perlukan masa untuk berehat. Aku cuba isi masa
lapangku dengan mengemas bilik. Sedang aku mengemas buku- buku di rak, tiba-
tiba sekeping sampul surat jatuh di atas ribaku. Hadiah Untuk Adik Tina, aku cuba
membukanya perlahan- lahan. Ini macam tulisan abang, pelbagai persoalan
bermain dimindaku.

Surat pergi tunai haji? Nurul Saidatina Binti Zaki?., aku semakin
kebingungan. Ternyata jelas namaku tertulis dalam kandungan surat itu. Aku cuba
mengimbas kembali kenangan masa lalu sebelum arwah meninggalkan aku.
Abang sayang adik abang. Tina belajar rajin- rajin tau. Ingat semua ini demi masa
depan Tina sendiri,kenangan yang hanya tinggal kenangan. Abang.., aku
menangis sendirian. Aku terlalu merindui arwah.
Hampir setahun setengah abang meninggalkan diriku dan sekeluarga.
Kejadian pesawat terhempas pada tahun lalu telah meragut nyawa orang yang
paling aku sayangi. Mungkin abang selitkan hadiah ini pada buku kesayangan Tina.
Ya Allah, terima kasih, tiba- tiba telefon bimbitku berbunyi. Lamunanku tersentak.
Calling from Ecah. Pelik., sahabat zaman sekolah menengah. Sejak tamat zaman
persekolahan, aku telah lama putus hubungan dengan Ecah dan Ayien. Banyak
peristiwa yang kami lalui bersama semasa zaman persekolahan dulu.

Assalamualaikum, ini Tina. Tina rindu Ecah!., kata- kata yang terukir
dibibirku. Waalaikumussalam, Ecah pun. Hampir setengah jam kami berborak
kami masing- masing berkongsi cerita dan khabar. Alhamdulilah, berubah juga
kawanku yang seorang ini ye. Tak sangka Tina. Amiin, kata- kata yang terlafaz
214

disudut hatiku. Seingat aku sebelum aku mendaftarkan diri di kampus, Ecah telah
dihantar ke pemulihan akhlak. Gara- gara dia mengandung anak luar nikah.
Pergaulan bebas dalam kalangan remaja telah membenihkan sifat manusia yang
negatif. Aku akui aku dulu hidupku sama sahaja seperti Ecah namun hidupku penuh
dengan batasan imanku.

Sedangkan Allah mengampuni dosa setiap hambanya, inikan pula hamba
sesama hamba. Aku percaya kata- kata ini.Tidak terlambat untuk kita bertaubat. Jam
tepat pukul 4.35 petang, aku telah selesai menunaikan waktu asar. Belum sempat
aku membuka telekung, tanganku pantas mengambil surat tadi. Perlahan lahan
aku membaca kandungan surat itu. Akhirnya Tina akan menjadi tetamu Allah. Tina
tak pernah impikan semua ini. Ya Allah,Terima kasih abang, kata- kata ini
mengingatkanku zaman sekolah menengah dulu, Aku, Ayien dan Ecah pernah
bertengkar dengan ustazah tentang syarat- syarat ingin menjadi tetamu Allah pada
masa kelas agama.

Ustazah percaya budak nakal macam kamu bertiga tidak layak menjadi
tetamu Allah. Allah tak akan terima manusia yang nakal seperti kamu bertiga, kata-
kata adalah satu doa. Semua pelajar ketawakan kami bertiga. Eleh belum cuba
belum tahu, macamlah ustazah tu baik sangat, beraninya aku masa dulu. Bab
lawan cakap memang aku nombor satu, bab usik mengusik orang Ecah dan Ayien.
Aku ketawa sendirian.

Ingatkan kata- kata ustazah itu menjadi kenyataan. Namun akhirnya kata-
kata itu sekadar kenangan. Aku tersenyum sendirian. Nakal sungguh aku masa
zaman sekolah menengah dahulu. Setelah dua minggu berlalu, akhirnya
peperiksaan berakhir. Semua penghuni kampus sibuk pulang ke kampung halaman
masing- masing. Sementara menunggu Aniz mengemas bilik, aku bersiar- siar
sebentar di sekitar kampus. Aku ternampak Narqib dari jauh lagi. Dia tersenyum
pada diriku. Dengan selambanya aku menjeling mata pada dirinya. Menyampah!
Punyalah luas dunia ini tiada muka lain ke? Selain dia?, sakit hati aku.
215


Aku berehat sebentar di tepi pondok rehat sambil menghirup udara. Tiba- tiba
aku terima satu pesanan ringkas dari nombor yang tidak dikenali. Balik dulu la ye.
Cantik jelingan maut tadi. Haha macam buaya. Narqib, aku abaikan sahaja
pesanan ringkas tersebut. Semakin dilayan semakin menjadi. Hampir seminggu aku
di rumah. Aku banyak menghabiskan masa mempersiapkan diriku dengan ilmu
agama bersama- sama Ecah. Ecah banyak membantu diriku membuat persiapan
termasuklah soal pakaian yang akan aku bawa ke sana nanti. Ibu bapa aku sibuk
dengan urusan perniagaan masing- masing. Namun aku tidak kisah sebab aku
sudah biasa ditinggalkan berseorangan. Pejam celik akhirnya tarikh aku ke Mekah
hampir dekat. Tina, baru tau awak ini comelah bila bertudung, puji Ecah. Aku
tersenyum tersipu malu.

Sebenarnya aku tidak suka orang memuji diriku apatah lagi puji yang aku ini
comel rasa macam nak pengsan. Ecah pun sama, itulah zaman sekolah dulu free
hair bukan main lagi bertengkar dengan geng budak agama. Bila dah tua baru nak
berubah., kami ketawa sama- sama tatkala mengenang zaman sekolah dulu. Ayein
mana ye? persoalan yang tiba- tiba muncul dari bibir merahku. Oh, Ayien dengar
cerita dia sedang sambung belajar di luar negara, kami masing masing
tersenyum.
Sehari sebelum aku bertolak, kami berdua menunaikan solat berjemaah. Kali
pertama dalam hidupku melakukan solat berjemaah bersama sahabat sekolah dan
juga bayi Ecah yang comel. Aku tersenyum sendirian. Setiap manusia memiliki
peluang untuk memperbaiki kelemahan diri, kata- kata yang aku pegang sehingga
hari ini.

Kali ini kali pertama aku bertudung di hadapan orang awam. Aku agak
gementar sedikit kerana aku tidak pernah bertudung di hadapan khalayak ramai.
Aku akan menunaikan haji seorang diri tanpa ditemani oleh keluarga tercinta. Sebak
hatiku melihat jemaah haji yang lain ditemani keluarga. Namun aku hanya ada Ecah
dan bayinya yang comel itu. Terima kasih Ecah, kerana sudi temankan Tina, kata-
216

kata terakhir yang aku ucapkan pada Ecah sebelum aku berangkat ke Tanah Suci.
Sama- sama bakal tetamu Allah, usik Ecah.

Suasana di lapangan terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semakin
pilu, para jemaah haji meluangkan masa dengan keluarga tercinta. Tangisan demi
tangisan yang aku amati membuatkan diriku teringat kenangan masa lalu aku
bersama arwah abang. Abang, Tina rindu abang, kata- kata yang bermain
difikiranku.

Tatkala pengumuman penerbangan jemaah haji akan berlepas, aku bergegas
ke tempat menaiki pesawat. Tiba- tiba seseorang melanggar diriku. Maaf saya
tidak sengaja, cik okey?, penglihatanku tidak jelas gara- gara aku terlupa memakai
kanta mata. Aku tidak dapat melihat dengan jelas. Namun aku seperti mengenali
suara itu tapi aku abaikan sahaja. Saya okey. Jangan bimbang, aku perlu bersikap
profesional dalam setiap perkara. Akhirnya penerbangan berlepas dan kami
selamat sampai.

Setelah beberapa hari di Tanah Suci Mekah, aku bersama jemaah haji yang
lain akhirnya tiba di destinasi yang ingin sekali aku tujui. Kaabah. Abang, Tina dah
sampai kaabah, ini kali pertama aku melihat kaabah di hadapan mataku. Aku dapat
merasakan abang bersama di sisiku walau pun aku keseorangan. Indah sungguh
kaabah ini, Tina akan tunaikan impian abang., aku tidak dapat mengambarkan
perasaan itu. Mesti kawan- kawan kampusku tidak akan percaya yang aku sedang
menunaikan haji tatkala mereka menghabiskan cuti semester di kampung halaman
masing masing. Apatah lagi kini aku bertudung di Tanah Suci Mekah.

Pusingan mengelilingi kaabah. Aku bersama seseorang yang aku tidak kenali.
Seorang perempuan tua yang uzur. Tiba- tiba naluri hatiku ingin aku memimpin
tangan perempuan tua. Secara tidak langsung aku memimpin tangannya untuk
bersama sama mengelingi kaabah. Setiap pusingan aku lakukan semasa
217

mengelingi kaabah diringi dengan doa yang selama ini aku impikan. Hampir lengkap
aku melengkapi pusingan yang ke tujuh, tiba- tiba langkah kakiku semakin perlahan.
Aku dapat rasakan masa itu terhenti. Seolah- olah hanya ada aku dan orang yang
bersamaku.

Aku dapat rasakan sesuatu sedang memerhati diriku. Bersaksikan kaabah
yang indah, akhirnya aku temui seseorang yang amat aku kenali. Kami saling
bertentang mata. Seolah olah tidak percaya sesama sendiri. Aku hanya terdiam
sebentar kerana aku tidak percaya doa terakhirku termakbul. Ya Allah terima kasih
ketemukan aku bersama sahabatku di Tanah Suci ini., air mataku mengalir secara
tiba- tiba.

Narqib, mata kami saling bertentangan. Nurul Saidatina, di hadapan
kaabah kami bertemu. Seolah olah kami dibuai mimpi sedangkan kami benar-
benar di situ. Seandainya abang tiada, akan abang utuskan seseorang yang
mampu menjadi sahabat Tina buat selama- lamanya. Amiin, aku teringat kata- kata
arwah abang sebelum pergi menghadap Ilahi. Sememangnya aku begitu sunyi sejak
ketiadaan abang. Aku hilang tempat bermain dan bergurau.
Aku menangis tatkala melihat Narqib di hadapan mata. Lamunanku tersentak,
aku sedari perempuan tua yang bersamaku hilang secara tiba- tiba. Tapi hanya
tasbih putih sahaja ada pada tanganku. Ya Allah, mungkin aku terlalu kuat
berimaginasi sehingga wujud ilusi. Aku abaikan persoalan itu.

Narqib menghampiri diriku. Merenungi mataku seolah- olah tidak percaya
melihat diriku berubah. Sejak kali pertama kita bertemu, Narqib percaya Saidatina
akan berubah. Maafkan Narqib kerana selalu sakiti hati Saidatina. Maafkan Narqib,
Saidatina, setiap manusia memiliki peluang kedua untuk berubah. Tidak semestinya
yang kekal baik pada hari ini akan terus kekal baik dan tidak semestinya yang jahat
pada hari ini akan terus jahat.Aku hanya terdiam sahaja sambil mengesat air
mataku. Kerana Allah telah takdirkan kita bertemu, hati kecilku berbisik. Saya dah
218

agak dah gadis yang saya langgar tempoh hari itu Saidatina. Comel juga Saidatina
ini ye, persoalan yang bermain diminda Narqib. Belum sempat aku berkata apa-
apa Narqib bersuara. Tak payah menangislah, hodoh muka itu, geramnya aku
Narqib tidak berubah ada sahaja benda nak mengusik aku. Namun tanganku masih
mengenggam tasbih putih itu.

Aku hanya tersenyum. Tidak tahu untuk berkata-kata. Tiba- tiba muncul
seorang perempuan seusia dengan ibuku menghulurkan secangkir senyuman
kepada diriku. Lalu Narqib menegur perempuan itu. Umi, umi pergi mana tadi?
Puas Angah cari umi tadi, keluh Narqib kepada perempuan itu. Aku hanya
memerhati ragam mereka. Anak beranak barangkali.,getus hati kecilku. Umi
kenalkan ini kawan Angah satu kolej, sambilku hulurkan tangan untuk bersalaman
dengannya.
Sejak dari pertemuan itu, aku mula belajar agama dengan Mak Narqib. Dan
Narqib pun tidak pernah lokek berkongsi ilmu agama dengan diriku. Alhamdulilah
untuk segalanya,terubat juga kesunyian dalam diriku. Dikala diriku kehilangan
seseorang yangku sayangi Allah telah menghadirkan cintanya pada diriku tanpaku
sedari cinta itu sebenarnya senaskah Al Quran.









219











Muhammad Azri
Ain Sharfina
Ain sharfina memiringkan tubuh ke kanan. Kemudian bergolek pula ke kiri.
Seketika, kembali miring ke kanan semula. Setelah gagal menidurkan diri, lambat-
lambat dia mencelikkan matanya. Suasana kelam di sekitar. Dia mengeluh kecil.
Lantas melantang memandang kelambu putih. Sekilas memandang jam dinding
melalui cahaya lampu koridor. Waktu menunjukkan pukul tiga pagi.
Dia benar-benar tidak dapat melelapkan mata. Lalu bangun dan duduk di
katil bercadar putih. Bantal sebijik didakap erat. Dia memerhatikan persekitaran
dengan mata letih. Macam mana mereka ni boleh tidur nyenyak? Bisiknya dalam
hati kecil.
Dia terpandangkan Juliana yang tidur di katil sebelah. Jarak katil dua tingkat
itu hanya semeter dari katilnya. Wajah Juliana dilihatnya begitu damai. Gadis itu
berdengkur kecil. Sejenak teman setingkatnya beralih tidur. Dia memusingkan
badan ke sebelah kanan, membelakangkannya.
220

Telah seminggu dai menjadi penghuni asrama di sekolah itu. Namaun begitu
dia tidak boleh menyesuaikan diri dengan suasana baru. Selama tempoh itu juga
tidurnya terganggu dek kerana persekitaran yang baru. Akibatnya, dai sentiasa
mengantuk di dalam kelas. Apatah lagi jika mata pelajaran yang diajar tidak menarik
perhatiannya, pasti menguap berkali-kali.
Telah dua minggu keluarganya berpindah ke bandar seremban. Sebelum ini
mereka tinggal di ipoh. Ibunya bertugas sebagai seorang guru, manakala bapanya
merupakan pegawai tadbir di sebuah jabatan kerajaan.
Ibu dan bapa mereka bekerja di Kuala Lumpur , tapi mengambil keputusan
untuk tinggal di Seremban. Mereka bimbang akan keselamatan dia dan adiknya,
Izhar, jika keluarga mereka tinggal di Kuala Lumpur. Ibunya puan Intan Safura takut
pengaruh negatif di kota besar akan mempengaruhi dia dan adiknya.
Izhar belajar di sebuah sekolah rendah berdekat taman perumahan tempat
mereka tinggal. Dan, dia dimasukkan ke sekolah berasrama penuh. Sekolah itu
mengambil masa setengah jam untuk sampai ke sana.
Ibunya berharap dia akan lebih menumpukan waktu kepada pembelajaran
jika tinggal di asrama. Ibunya tidak mahu dia mengulangi tabiat lamanya. Dia gagal
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR tahun lalu, kerana
tidak begitu mengambil berat soal pelajaran.
Dia banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan. Waktu itu mereka
tinggal di Ipoh. Ibunya sibuk dengan tugasan di sekolah dan bapanya sibuk dengan
tugasannya sebagai pegawai tadbir.
Dia merindui kawan-kawan lamanya di Ipoh. Kini mereka berpisah jauh.
Hanya surat dan panggilan telefon sahaja menjadi menawar kerinduan. Apa khabar
Eddy Adzroy agaknya? Dah lama aku tak dengar berita daripadanya. Tentu seronok
dia dapat belajar di sekolah asrama penuh! Aini Shafrina terbayangkan wajah segak
temannya itu. Mereka berkawan baik dan belajar bersama-sama di Tingkatan Tiga
Merah. Kawan-kawan sekolah sering mengusik mereka. Malah, ada yang menuduh
mereka lebih daripada kawan baik.
221

Aini Shafrina tidak pasti nama sekolah Eddy Adzroy belajar sekarang.
Sewaktu keluarganya berpindah, Eddy tiada di Ipoh. Dia mengikut saudaranya ke
Pulai Pinang. Dia memang bertanggungjawab kepada keluarganya. Dia mempunyai
seorang ibu dan dua adik perempuan. Bapanya meninggal sewaktu dia berusia dua
belas tahun akibat dilanggar oleh lori minyak.
Rina, kenapa ni? tiba-tiba suara Juliana menusuk ke telinga Aini. Suara itu
begitu mendatar. Tak dapat tidur lagi? soal Juliana sambil menghadap Aini
Aini mendakap erat bantalnya. Maaf la jika aku buatkan kau terjaga.
Aku terjaga bukan kerana kau, ujar Juliana teman sekelasnya.
Sebenarnya aku nak ke tandas. Boleh temankan aku? soalnya menghampiri katil
Aini.
Aku harap tiada penceroboh yang menyelinap masuk ke kawasan asrama
kita ni, bisik Juliana ke telinga Aini Shafrina di sisinya. Kegelapan tertebar di kiri
kawasan asrama. Lampu koridor menerangi jalan mereka.
Jom! suara Juliana mengejutkannya setelah selesai melabur. Aini segera
menoleh ke arah temannya itu. Juliana melihat gelagat Aini. Dia kelihatan terperanjat
Kenapa ni? tanya Juliana sambil menarik tangan Aini keluar dari tandas. Kau
ternampak apa-apa ke? Tanyanya perlahan. Matanya ikut liar memandang
pemandangan sekitarnya.
Tidaklah! sanggah Aini.
Jom kita balik ke bilik! ujarnya sambil mempercepatkan jangkahan ke
tangga. Entah kenapa bulu romanya tiba-tiba berdiri. Ini gara-gara cerita hantu
pelajar lama itu, Ujar Aini.
Aini menguap kecil. Matanya berasa mengantuk. Dai berpaling ke arah
Juliana. Temannya itu kembali berdengkur. Mungkin esok dia akan menceritakan
perkara itu kepada Juliana. Aini menguap kecil lagi. Kemudian dia berpaling ke
kanan lalu menutup mata. Sebelum tidur, dia membaca pelbagai ayat suci Al-Quran
yang diketahuinya.
222

Entah mengapa jauh dalam hatinya dia berasa sedikit kesal. Dia kesal
kerana menurut perintah ibinya supaya tinggal di asrama itu. Bukan dia tidak boleh
membantah. Dia masih boleh duduk berbincang dengan kedua-dua ibu dan bapanya
itu. Tetapi?
Ah! Untuk apa membantah? Ibu dan bapa lebih banyak mengetahui yang
mana baik dan yang mana buruk. Usianya pun baru enam belas tahun banyak
pahit manis yang belum pernah dialami olehnya. Ibu dan bapalah yang menjadi
panduan untuk meneruskan hari-hari yang bakal dilalui kelak.
Tepat pukul 7.45 pagi, kelas pertama bermula. Cikgu Haliza melangkah
masuk ke Tingkatan Empat Merah. Dia akan mengajar mata pelajaran matematik
moden. Guru yang sarat mengandung itu melabuhkan punggungnya dan menyuruh
pelajar membuka halaman buku yang dia kehendaki. Juliana dan Aini yan duduk di
barisan kelas berpandangan seketika. Mereka pasti yang cikgu akan memberikan
kerja sebentar lagi.
Sekarang saya mahu kamu selesaikan masalah di papan hitam ini. Cikgu Hazlina
menoleh ke arah papan hitam itu. Siti Rohaya menyudahkan kerjanya menyalin di
papan hitam, dia kembali ke tempat duduknya lalu membuka buku latihan.
Tangannya yang terkena kapur dikesatnya dengan tisu. Siti Rohaya selalu di panggil
oleh Cikgu Hazlina untuk menyalin masalah matematik kerana dia merupakan
seorang ketua kelas.
Cikgu Haslina leka dengan bukunya. Sesekali dia tersenyum sendirian. Aina
tersedarkan gelagat guru matematiknya itu. Seperti menyedari ada mata yang
memandang, Cikgu Hazlina mengangkat wajahnya. Pandangannya bertembung
dengan mata nakal Aini.
Aini segera melarikan pandangannya ke papan hitam. Dia pura-pura menyalin
masalah matematik ke dalam buku latihannya.walhal semua solan itu sudah
disalinnya. Dia menongkat dagu sambil menahan senyuman, cikgu Hazlina menutup
buku. Kemudian bangun dan dia berjalan lambat-lambat sambil mengintai-intai
permasalahan matematik yang cuba diselesaikan oleh pelajarnya. Cikgu Hazlina
tahu bahawa kebanyakan pelajar Melayu di kelas ini lemah dalam subjek matematik.
223

Hanya lima orang sahaja yang kerap mendapat markah yang lebih baik. Sewaktu di
tingkatan tiga dahulu, dialah yang mengajar subjek matematik kepada mereka.
Kini di tingkatan empat, dia telah ditugaskan mengajar mata pelajaran itu lagi.
Dia sedar yang Juliana lemah dalam matematik. Tapi jika Juliana lebih tekun
mungkin dia akan memajukan dirinya dalam subjek ini.
Cikgu Hazlina terpandangkan Aina sebaik sahaja kembali ke depan kelas
semula. Pelajar perempuan itu masih tunduk menyudahkan kerjanya. Cikgu Hazlina
tahu Aini merupakan pelajar baru di sekolah itu. Hanya gadis itu dan Saraswathy
menjadi muka baru dalam kelas tersebut tahun ini. Dia berharap agar Aini dan
Saraswathy dapat menunjukkan pencapaian yang baik dalam mata subjek yang
diajarnya.
Seperti sekolah asrama lain, hari sabtu dan ahad merupakan hari outing
para pelajar. Aini dan Juliana keluar bersama-sama ke shopping complex. Juliana
mengajak Aini ke ruang pakaian. Dia bercadang untuk membeli baju kepad dirinya
sendiri.
Kemudian mereka naik ke tingkat tiga. Sesekali Juliana berselisih pendapat
dengan Aina sewaktu memilih pakaian. Setiap baju yang dicadangkan oleh Aina
tidak dipersetujuinya.
tak suailah, aku bukan cerah nak pakai baju warna kuning ni! rungut Juliana
sambil meletak kembali baju yang dipilih Aina.
Aina mundar-mandir di deretan kedai. Sesekali dia memandang sekeliling.
Tiba-tiba dia tertarik untuk masuk ke dalam kedai menjual pakaian lelaki itu. Setelah
berada di dalam kedai itu, dia membelek beberapa helai kemeja. Dia bercadang
untuk belikan kepada adiknya, Izhar.
Rina! Awak ni Aina Shafrina, bukan? tiba-tiba suara yang lembut menusuk
telinga Aina Safrina.
Lambat-lambat Aina Shafrina mengalihkan perhatian ke arah suara yang
menegurnya itu. Di hadapannya berdiri seorang lelaki yang dirasakan pernah
ditemuinya. Puas dia berteka-teki sendiri.
224

Hei! Tak kenal lagi ke aku? Eddy Adzroy! jelas lelaki berbaju-T warna putih
dan berseluar jeans hitam itu.
Eddy? Aina hampir terpekik kuat kemudian dia segera menutup mulutnya.
Maafkan aku, Eddy.
Apa kau buat di sini Rina? soal lelaki berukuran tinggi lampai iut.
Senyumannya begitu murah terserlah di bibir.
Buat apa kalau tak shopping, balas Aini ketawa kecil. Apa khabar kau?
soalnya setelah perasaan girangnya tadi reda. Sampai hati tak beritahu tempat kau
belajar sekarang.
Aku baik saja dan belajar di sekolah asrama penuh di bandar ni. Jelas Eddy
sambil memberitahu nama sekolahnya. Dan mereka berbual sambil bertukar-tukar
maklumat masing-masing.
Amboi! Bila dah jumpa kawan sampai lupakan aku! Juliana muncul secara
tiba-tiba. Sebuah beg plastik dipegangnya.
Oh ya, Juni kawan lama aku. Kenalkan Addy Adzroy!
Eddy menghulurkan tangannya sambil tersenyum. Juliana menyambut
dengan senyuman.
Juliana tapi panggil Ju saja< Juliana memperkenalkan dirinya.
Mereka berbual seketika. Kemudian Eddu meminta diri untuk beredar kerana
kawan-kawannya melaung namanya.
Wou! Kacak sungguh kawan kau tu. Ujar Juliana. ha, ini nombornya. Kalau
kau nak ambillah!
Juliana hanya tertawa kecil.
Sewaktu berjalan menuju tangga asrama, seorang pelajar perempuan
tersenyum memandang mereka berdua. Kemudian pelajar tingkatan enam itu
menghampiri mereka.
225

Rina, ni ada surat untuk awak. Kata pelajar perempuan yang memakai baju
ungu itu.
Surat siapa ni Mala? soal Aini yang mengenali Normala sebagai penghuni
asrama Bunga Tanjung.
Entah! balas Normala ringkas lalu beredar.
Bukalah! desak Juliana setelah Aini teragak-agak untuk membuka surat
bersampul putih itu. Itu pun kalau kau mahu berkongsi dengan aku! tambah Juliana
apabila merasakan Aini enggan membuka surat itu.
Wow! Kau ada peminatlah! pekik Juliana tiba-tiba. Adi Shahrul Suffian.
Hmmm cantik nama tu, mesti tuan badan handsome seperti namanya.
Ah, kau ni merepeklah! sanggah Aini sambil menyiku Juliana.
Hei! Macam mana dia boleh kenal kau? Sekolah kita ni sekolah perempuan.
Tak ada satu pun lelaki. Juliana hairan memikirkan kenyataan dalam surat tadi. Adi
mengatakan dia pernah melihat Aini sewaktu dia dan kawan-kawannya berjalan
pulang ke asrama. Kata Adi lagi, dia mendapat nama Aini daripada seorang
kenalannya di sekolah Menengah Puteri. Eh, daripada siapa lagi kalu bukan Cik
Posmen tadi, kan?
Kau fikir Mala tu kawan Adi Syahrul?
Siapa lagi kalau bukan dia tu? balas Juliana menyungguhkan pendapatnya.
Hei! Dia Cuma nak kenal dengan kau dan bertukar-tukar nota pelajaran
saja. Juliana bersuara sambil mengekori Aini mendaki anak tangga.
Mula-mula tukar nota pelajaran, suara Aini kedengaran seperti bosan.
Lepas tu bertukar-tukar nota cinta. Usik Juliana sambil ketawa kecil.
Siapakah Adi Syahrul itu? Soal hatinya. Dia terkenangkan seorang teman
lamanya dulu. Kawannya juga pernah berkenalan mereka sama seperti cara dia
berkenalan dengan Adi. Bermula dari sepucuk surat yang diutuskan, langsung
perkenalan mereka membawa kepada sebuah tragidi. Ah! Tak mungkin akan
berlaku begitu. Betak hatinya.
226

Loceng berbunyi menandakan waktu rehatnya. Jam menunjukkan pukul
10.30 pagi. Para pelajar berbaris di luar kelas sebelum menuju ke kantin. Mereka
diawasi oleh pengawas-pengawas yang berpakaian kemas.
Di kantin, Aini dan Juliana serta tiga orang teman duduk di sebuah bangku
panjang. Mereka berbual-bual sambil makan dan minum.
Tu, budak yang beri surat kepada kau dulu! ujar Juliana apabila terpandang
Normala yang duduk di meja bertentangan dengan dia dan Aini.
Hei! Kau tanyalah Mala macam mana rupa Adi tu, syor Juliana yang ingin
menumpang kegirangan Aini.
kaulah yang tanya. Ujar Aini sambil bangun dari bangkunya. Juliana turut
bangun dan mengekorinya.
Kau macam tak minat je dengan Adi tu.
Memang aku tak berminat pun!
Mereka berjalan menuju ke perpustakaan. Sebentar lagi kelas akan bermula.
Mata pelajaran Lukisan akan menyongsong selepas waktu rehat nanti.
Wah! Kalau macam tu frustlah dia!
Biar dia frust! jawabnya tegas sambil memerhatikan pengawas menegur dua
pelajar yang memakai stoking berjalur merah. Juliana terus senyap sambil berjalan
di belakang Aini.
Selesai kelas, dia mengekori Aini. Kemudian dia mencapai surat khabar di rak
menyimpan surat khabar. Dia duduk di sebuah kerusi di tengah-tengah
perpustakaan.
Aini pula menarik laci mengandungi katalog buku . dia mencari nama sebuah
buku sejarah. Kerja rumah yang diberikan oleh cikgu Lee masih belum disiapkan
sedang ia perlu dihantar dua tiga hari lagi. Jika kerja rumah yang diberikan gagal
disiapkan, cikgu Lee akan menghantarkan nama-nama pelajar tersebut ke pengetua.
Nahaslah jawabnya kalau dah berhadapan dengan pengetua.
227

Petang itu Aini kembali ke sekolah. Selesai sahaja makan tengah hari di
dewan makanasrama, dia bergegas keluar. Perjalanan hanya mengambil masa lima
belas minit untuk sampai ke sekolahnya.
Hujan mula renyai-renyai turun ketika itu. Beberapa pelajar melangkah pantas
di belakang Aini. Mereka juga sepertinya, tidak berpayung. Hanya buku nota menjadi
pelindung kepala daripada terkena titisan hujan.
Hanani, rakan sekelasnya ada sama dalam kumpulan itu. Aini menarik nafas
lega apabila terpandang gadis itu. Sebenarnya Zalina, setiausaha kelab Drama
Sekolah hendak menyertai kelab itu sebagai ahli baru. mungkin Zalina sedang
menunggu mereka berdua kini.
Hujan turun semakin lebat. Aini dan Hanani berlari pantas menuju ke pintu
pagar memisahkan kawasan asrama dengan kawasan padang sekolah. Setelah
hampir tiga minit berlari, mereka tiba di kantin. Sebaik sahaja melepaskan lelah,
mereka segera mendaki tangga menuju Tingkatan Enam Atas Teratai untuk
menghadiri perjumpaan kelab Drama Sekolah.
Mereka tiba sewaktu pengerusi kelab melangkah masuk. Pengerusi kelab
yang memakai skarf biru itu mengambil tempat di bahagian hadapan. Terdapat tiga
puluh pelajar berhimpun dalam kelas tersebut.
Di luar, hujan semakin lebat. Udara membahang. Kipas angin berputar laju.
Aini terpandangkan Cikgu Marina duduk di sebuah kerusi, di bahagian hadapan
kelas. Dia merupakan penasihat kepada kelab itu. Kemudian, matanya beralih ke
arah Aliza, iaitu pengerusi kelab yang baru saja memulakan ucapan.
Aliza mengucapkan terima kasihnya kepada ahli-ahli baru yang menyertai
kelab ini. Dia juga meluahkan harapan kepada ahli-ahli kelab. Dia ingin melihat
mereka berjaya memenangi tempat yang baik dalam pertandingan drama yang akan
diadakan tidak lama lagi.pemilihan calon untuk berlakon dalam drama yang bakal
dipentaskan akan dilakukan pada minggu hadapan.
Kemudian Aliza meminta setiausaha Satu Kelab Drama memberitahu ahli
tentang drama yang bakal dipentaskan oleh mereka. Seorang gadis berkemeja
228

warna coklat, bertudung dan berseluar baggy warna hitam maju ke hadapan kelas.
Aini mengenali gadis itu, dialah yang bersama Mala sewaktu di kantin pagi tadi.
Gadis bermata bulat dan berbadan kurus itu memperkenalkan dirinya sebagai
Elly Sofia Suffian. Aini agak tersentak. Dia segera teringatkan surat yang
diterimanyabeberapa hari lalu.Adi Syahrul Suffian, apakah mereka berdua
mempunyai hubungan? Soalnya tiba-tiba dalam hati.
Normala, aku akan cari kau hari ini! Bisik Aini dalam hatinya. Dia tahu
Normala belajar di tingkatan enam rendah dan tinggal di asrama juga. Cuma dia
kurang pasti di blok mana gadis itu menginap.
Selepas pendaftaran nama dan beberapa agenda diperkatakan, perjumpaan
itu selesai pada jam empat petang. Ketika itu, hujan renyai-renyai belum lagi
berhenti. Matahari masih memancarkan sinar cerah.
Aini masih belum berganjak dari tempat duduknya. Tangannya sibuk
mencatatkan sesuatu dalam buku notanya. Sementara itu, Hanani sudah pun keluar
untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.
Di hadapan kelas, Elly Sofia memandang ke arah Aini. Dia mengamati wajah
lembut Aini. Baginya, Aini tidak jelita dan secantik kawan-kawan perempuan Adi
yang pernah dilihatnya. Namun, gadis itu kelihatan begitu menarik.
Mungkin aku patut mengambil peluang untuk mengenali dia dengan lebih
dekat lagi, bisik Elly dalam hatinya. Kemudian, dia bangun dan berjalan ke arah
meja Aini.
Hmsedang catat apa tu? tegur Elly. Aini tersentak lalu mendongak.
Kemudian, dia melemparkan senyuman, ragu-ragu.
Tak ada apa-apa, balas Aini lalu menutup buku.
Awak ahli baru kelab nampaknya Elly menarik kerusi lalu duduk dekat
Aini. Aini angguk kecil.
Minggu depan ada audition, awak berminat tak?
Ujibakat untuk jadi pelakon bagi pertandingan drama tu?
229

Elly angguk. saya dengar awak pernah belakon drama pentas.
Masa sekolah lama dulu, tu pun saya jadi pak pacak! beritahu Aini.
Tak minat peggang watak utama? tanya Elly.
Aini dapat merasakan mata nakal gadis itu sedang mengamatinya. Belum
ada keyakinan! akuinya terus-terang.
itulah masalahnya dengan students kita ni, tak pernah ada keyakinan! ujar
Elly selamba. kalau tak yakin, sampai bila pun kita tak akan capai kemajuan. Dok
tang situ sajalah!
I tell you what, dia terhenti seketika, bagaikan memikirkan sesuatu. Awak
datang saja ke dewan besar minggu depan untuk uji bakat!
Tapi, Aini sungguh berasa tidak tenang dengan idea itu.
Kami mahu setiap ahli kelab mempunyai keyakinan yang padu dalam diri
mereka, Elly bersuara semangat. Kalau tak ada keyakinan jangan join kelab kami!
Hati Aini sedikit tersentuh dengan kenyataan yang angkuh itu.
Berlagak betul! Gumam Aini sendirian sambil merenung luar jendela. Kipas
telah lama dimatikan. Udara agak dingin. Hujan renyai-renyai telah berhenti. Dengan
hati yang berat dia melangkah keluar kelas. Dalam fikirannya dia memikirkan
cabaran yang diajukan kepadanya.
Apakah aku harus sertai uji bakat itu? Detik hatinya. Kemudian dia berlalu
menuruni anak tangga.
Hari persekolahan berjalan seperti biasa pada keesokan harinya. Tamat sesi
persekolahan Aina melangkah menuju ke luar kelas. Juliana masih setia
mengekorinya. Mereka menuruni anak tangga dan terus melalui kaki lima bagunan.
Ketika mereka tiba di pintu pagar sekolah, para pelajar perempuan sudah ramai
menunggu bas di depan sekolah.
Tiba-tiba sebuah motosikal besar berhenti beberapa meter di hadapan
mereka. Aina dan Juliana tertanya-tanya dalam hati, siapakah pemuda yang
menunggang motosikal besar bersama pemboncengnya itu?
230

Lelaki memusingkan motosikal merahnya ke arah mereka berdua.
orang jahat ke? bisik Juliana sambil memegang lengan Aini.
Awak Aina Shafrina, bukan? soal lelaki itu lembut. Dia memakai baju putih
dan seluar biru. Wajahnya agak lesu dan pucat. Kawannya yang menunggang
motosikal hanya diam memerhati.
Juliana mengenali pakaian seragam itu. Pengawas-pengawas di Sekolah
Raja Azura sahaja yang berpakaian begitu.
Awak ni siapa, ha? Buat kami terkejut saja! Juliana memberanikan diri
bertanya.
Saya Adi Syahrul! ujar pelajar lelaki itu sambil tersenyum ramah. Awak ni
Aina ke? soalnya sambil memandang Aina.
ya, saya Aina Shafrina. Tapi kawan-kawan panggil Aina.
Apa khabar, Aina? ucap Adi Syahrul sambil mengukir senyuman.
Baik, jawab Aina sambil mengerling jam tangan. Jam menunjukkan pukul
dua setengah. Sedangkan pukul tiga nanti dia perlu kembali ke sekolah. Latihan
drama akan bermula.
Maaf jika awak tak senang dengan surat-surat saya. Adi turun dari motosikal
berkuasa tinggi itu.
Saya tetap menunggu surat awak. Ujar Adi lagi dengan lembut.
Saya tak fikir pun nak balas surat awak tu, balas Aina lembut.
Saya tahu awak tak senang dengan sikap kaka saya, si Elly tu!
Aini tidak terkejut dengan ucapan itu. Dia senang dengan sesiapa sahaja
yang bersikap berterus-terang kepadanya. Nampaknya awak begitu faham sekali
sikap kakak awak tu.
Dia tu suka mengawal saya. Tapiah! Dia memang suka bersikap begitu.
231

Saya nak minta diri sebab saya mesti kembali ke sekolah sekejap lagi! ujar
Aini yang berharap Adi memahami kesibukannya.
Oh ya, saya tahu awak ada latihan drama petang ni. Tapi sebelum tu saya
nak awak hadir ke birthday party saya lusa. Boleh? Selamat berjaya dan jumpa lgi.
Saya tak mahu awak lewat kerana saya! ujar Adi lagi.
Sah!... memang Adi gilakan kau!
Hoi, aku tak ada masa untuk bercinta-cintalah! Aku nak belajar dulu! tegas
Aini sambil berharap Juliana tidak lagi akan mengusiknya
Tak bercinta konon tu, Eddy Adzroy tu siapa? Bukan pakwe kau ke?
Woi! Woi! Jangan kau main tuduh-tuduh saja. Dia tu Cuma kawan aku.
Kawan biasa! jelas Aini sedikit gelabah apabila dikaitkan dengan Eddy.
Aini duduk tidak bergerak dari kerusi. Natanya bertambah bulat memandang
Juliana. Juliana mempermainkan akukah? Soalnya dalam hati.
Hei! Kalau kau nak ke rumah Adi, jangan lupa ajak aku tahu, ujar Juliana
sambil tersenyum sinis. Hmm.., bila majlisnya?
Aini berpaling ke arah Juliana. malam esok! jawab pendek.
Selepas bersarapan, Aini duduk di ruang tamu. Ibunya telah ke pasar
bersama-sama Izhar. Juliana masih menyapu sampah di porch.
Sudahlah Ju sapu sikit-sikit cukuplah! Aini menegur temannya itu.
Sikit saja lagi, sahut Juliana lalu penyapu lidi itu diletakkan di tepi dinding
sebaik sahaja sampah dibuang ke dalam tong sampah.
Ketika Juliana melintasi ruang tamu, tiba-tiba tetefon berdering. Belum
sempat Juliana berbuat apa-apa, Aini terlebih dahulu mencapai gagang telefon.
Ya, saya Aini. Aini memandang wajah ingin tahu Juliana. Oh, Adi.
Suaranya mendatar, tidak berminat melayan panggilan tetefon itu.
Saya nak jemput Aini ke rumah saya malam ini. Suara Adi lembut menusuk
ke telinga Aini.
232

Saya minta maaf, Adi malam ni saya dah ada rangcangan lain, Aini
memberikan alasan. Lagipun kawan saya ada di rumag sekarang. Jemputlah dia
sekali! sampuk Adi.
Aini membisu.
Aini sudi bukan? suara Adi mengandungi seribu harapan. Dia sungguh
berharap persetujuan gadis itu.
Saya minta maaf Adi, ujar Aini lagi. Lantas gagang telefon diletaknya.
Telefon berdering lagi. Aini dan Juliana berpandangan.
Tak mahu jawab ke? kau sajalah yang jawab balas Aini selamba.
Boleh saya tahu siapa yang bercakap ni? soal Juliana ingin tahu. Eddy
Adzroy! Oh! Kawan Aini yang saya jumpa di shopping complex hari tu?
Eddy Adzroy? Aini tersentak. Dia pantas menoleh ke arah Juliana yang
sedang melayan anak muda itu. Beberapa minit kemudian gagang bertukar tangan.
Aini dan Eddy berbual mesra.
Amboi dengan hero tu sanggup bergayut lama-lama! sindit Juliana
selamba selepas gagang tetefon diletaknya. Ni mesti ada apa-apa ni!, tambahnya
sambil tersengeh nakal.
Dia kawan lama aku!
Adi tu pun boleh jadi kawan lama kau, kalau kau beri dia peluang jadi kawan
baru kau!
Antara Eddy dengan Adi tidak akan ada persamaan! Juliana mendiamkan
diri sambil menekan remote control ke arah televisyen.
Sudahlah Ju usah bercakap soal teman lelaki, ok?
Topik itulah yang seronaok diperkatakan! Juliana tertawa kecil. Geli hatinya
melihat sikap Aina. Temannya itu jarang berbicara panjang tentang lelaki. Alah
sangatkah dia dengan kaum lelaki?
233

Kalau kau tak bencikan Adi, jom kita kerumahnya sekarang! ajak Juliana
sambil menguji ketegasan temannya.
Topik itu sudah ditutup, ok?
Kau kejamlah Aina, menghampakan harapan orang
Cuti penggal pertama sudah tiba ke penghujungnya. Aini kembali ke asrama.
Keluarganya menghantar dia pulang. Masuk ke halaman asrama. Seorang gadis
berpakaian seragam sekolah keluar dari dalam teksi.
Hmmm spy Adi dah balik! ujar Aini.
Aku hairanlah, kenapa dia tak tinggal saja di rumah? Atau datang ke sekolah
dengan Elly tu? Kan kau kata mereka bersaudara.
Mereka tinggal berjauhan. Dan bapa Mala tu bukan kaya macam Elly tu.
Jelas Juliana. Mala pantas mendaki tangga. Sekilas dia terpandang Aini dan Juliana.
Semakin laju jangkahan Mala. Dia menenung Aini atas bawah bagaikan ada
sesuatu yang nak diperkatakan.
Baguslah tu, kecewakan harapan orang! cemuh gadis berbadan gempal itu.
Aini dan Julia kehairanan.
Pentingkan diri sendiri. Tak jaga langsung perasaan orang lain!
Hei, Mala! Dah kenapa dengan kau ni ha? sergah Juliana tidak dapat
menahan perasaan geram. Tiba-tiba saja marah-marah tak tentu fasa ni, kenapa?
Ni, kawan kau ni si Aini.
Kenapa dengan Aini? Juliana terpinga-pinga bingung.
Adi tu sedang menderita. Tapi Aini langsung tidak mempedulikan dia!
bentak Normala dengan keras.
Menderita apa pula? Sebab dia tak datang majlis hari lahir Adi, kau ingat kau
boleh marah-marah Aini macam Aini ni tak ada maruah?
Kau jangan masuk campur! gertak Mala dengan wajah berang
234

Mala aku tak faham apa yang kau cakapkan ni! tiba-tiba Aini mencelah di
tengah-tengah kemarahan Mala. Apa salah aku ha?
kau nak tahu apa salah kau? bentak Mala dengan mata bulat. Kau tu terlalu
sombong. Bangga diri
Hei!, tu bukan sikap Aini! Julia menepis tangan Normala.
Itulah sikap dia. Sombong. Besar diri! Ingat dia hebat sangat ke? Mala
semakin naik angin.
Apa punca yang kau marah sangat pada aku ni Mala? soal Aini yang masih
lagi kabur dengan serangan Mala kepadanya.
Mala diam seketika. Sinar mata bengisnya berubah menjadi redup. Tiba-tiba
dia teresak-esak. Aini dan Juliana bertambah bingung di depan gadis itu. Mereka
saling berpandangan.
AdiAdi mengidap barah tulang. Esok dia akan diterbangkan ke Amerika
untuk mendapatkan rawatan penyakitnya. Dia selalu teringatkan kau tapitapi
Normala mula mengesat hidungnya yang berair akibat tangisan itu. Kau kau buat
tak kisah saja!. Dia teris beredar selepas meluahkan perasaan hibanya.
Jadi itulah salah kau sebenarnya sampai dia marah sangat pada kau
Juliana bersuara rendah. Aini termenung seketika. Dia masih kebingungan.
kejamkah aku Ju? Kejamkah aku ini? soalan itu terlontar tiba-tiba sahaja. Rasa
bersalah menyelinap dalam diri. Aku aku tak tahu Adi sakit
Kau tak bersalah pada sesiapa pun! Juliana memegang kedua-dua belah
tangan temannya itu. Mata mereka bertemu. Dan, kau tak perlu rasa bersalah
walaupun Mala dah jelaskan pada kau perkara sebenar.
Aini melepaskan tangannya daripada Juliana. Bagaimana keadaannya? Oh,
Ju! Aku kejam kerana mengecewakan harapannya!
Aini dengar sini Aini! Juliana tak ingin Aini menyalahkan dirinya sendiri atas
kejadian itu. Sama ada kau tahu atau tidak Adi tu berpenyakit, kau dah buat
keputusan yang kau tak mahu memilihnya sebagai sahabat. Ok?
235

Tapi aku kesiankan Adi! suara Aini bergetar dan matanya berkaca. Dia tidak
sanggup dianggap dirinya kejam.
Aku mahu menemui Adi, tegas Aini. Dan aku mahu kau temankan aku!
Kalau kau rasa cara kau ni membuatkan kau tenteram ok, aku akan temani
kau!. Aku nak jumpa Mala! Aini berlalu ke bilik Mala. Sejenak kemudia, Normala
muncul di muka pintu. Wajahnya masih suram. Mereka berbual-bual sambil dalam
suasana dingin. Juliana hanya memerhati gelagat mereka dari jauh.
Lewat petang itu, kereta bapa Elly muncul di halaman asrama. Normala telah
menghubungi sepupunya sebentar tadi mengatakan Aini mahu berjumpa Adi.
Adi ketika itu berada di rumah. Seorang jururawat sentiasa mengawasinya
kerana kesihatannya semakin merosot. Esok dia akan diterbangkan ke Amarika
untuk menjalani pembedahan. Keluarganya akan menemaninya di sana.
Kereta besar itu datang untuk menjemput Aini dan Juliana setelah Normala
mengadakan perbincangan dengan Cikgu Sutina. Cikgu Sutina mengizinkan mereka
untuk pergi.
Terima kasih sudi datang, ucap Elly kepada Aini. Dia duduk di sebelah
pemandu. Sementara Aini duduk di sebelah belakang. Kau tahu betapa gembiranya
aku, kau telah tunaikan permintaan aku Aini!
Aini hanya membisu. Dia sendiri tidak pasti apa yang perlu dia katakan.
Fikirannya masih bercelaru dengan kejadian yang berlaku secara mendadak itu. Dia
tidak pernah berhadapan dengan seseorang yang akan berdepan dengan maut. Elly
memberitahunya tadi betapa seriusnya penyakit Adi.
Kejayaan pembedahan hanya 30 pratus. Aku takut sekali kehilangan Adi!
begitulah yang diberitahu oleh Elly kepadanya tadi. Juliana hanya mendiamkan diri
mendengar.
Lima minit kemudian Elly membawa Aini ke kamar tidur Adi. Ketika Aini dan
Juliana masuk, Adi sedang duduk di beranda biliknya sambil memerhati matahari
terbenam. Aini melangkah perlahan. Dia mendekati sebuah pintu yang sedikit
236

terbuka. Pintu itu memisahkan kamar tidur Adi dengan beranda. Aini tidak pasti apa
yang akan dia bicarakan. Perasaannya sungguh kacau-bilau.
Terima kasih kerana sudi datang, Aini! Adi bersuara setelah Aini berdiri tidak
jauh darinya. Dia duduk di atas kerusi roda. Baju panas menutupi tubuh tegapnya.
Kepalanya dibungkus dengan sehelai kain berbunga. Duduklah Aini! pelawanya.
Aini akur lalu duduk di sebuah kerusi berdekatan Adi.
Adi berharap Aini tidak tertanya-tanya mengapa dia mengikat kepalanya.
Macam bapak lanun kan, aku pakai kain di kepala. Adi cuba berjenaka.
Aini diterap rasa pilu dan terharu. Dadanya begitu sebak menahan kesedihan.
Wajah tenang Adi dikilasnya.
Kau akan baik selepas pembedahan itu! Aini ingin menanamkan secebis
kekuatan ke dalam diri Adi.
Adi ketawa sambil terbatuk-batuk kecil. Aku tak yakin akan melihat lagi
mayahari selepas pembedahan itu!
Kau tak patut berputus asa, Adi. Kau mesti kuatkan semangat!
Walaupun harapan itu telah tiada? Adi bersuara perlahan. Dia tidak yakin
akan meneruskan hidupnya. Alangkah gembira jika tuhan memanjangkan umur ku.
Doktor hanya boleh meramal Adi. Mereka tak punya kuasa untuk membuat
penentuan! Aini bangun. Baginya tiada apa yang dapat diperkatakan lagi. Adi
hampir putus asa untuk terus mengharungi hidup. Tak banyak yang mampu
dibantunya lagi.
Adi mengeluh sambil memandang Aini. Terima kasih kerana sudi datang,
Aini. Ucapnya lembut. Aku sangka kau bencikan aku selama ini. Dia meggerakkan
kerusi rodanya. Aini, kau berjanjilah pada aku suaranya lesu.
Berjanji? Aini bertanya, tidak mengerti.
Kau berjanji Aini, kalau aku tak mati selepas pembedahan, aku mahu kau
terus jadi kawan aku. Kau janji lah Aini! Adi mencapai sesuatu dalam poket baju
237

panasnya. Sebuah bungkusan cantik dihulurkan kepada Aini. Kemudian, dia
terbatuk-batuk kecil. Bertuah sungguh aku hari ini kerana kau sudi datang!
Aini teragak-agak untuk menerima pemberian itu.
Terimalah, Ainitanda persahabatan kitatanda aku pernahaku pernah
menyayangi kau! Adi berpaling memandang langit senja sebaik sahaja hadiah itu
bertukar tangan. Esok aku akan pergi jauh, Aini. moga kita bertemu lagi!
Aini tidak dapat menahan kepiluan hatinya. Dia mengucpkan terima kasih
lantas berlalu meninggalkan Adi. Esakan Adi singgah di telinganya sewaktu dia
mengajak Juliana beredar. Dan, air matanya mengalir deras sewaktu Elly berdiri di
depannya. Tubuh gempal Elly didakapnya erat. Aini menangis teresak-esak dalam
pelukan teman sepersekolahannya itu.
Malam itu Aini tidak dapat tidur lena. Dia beralih tidur beberapa kali.
Kemudian membuka mata luas-luas apabila gagal melelapkannya. Hadia Adi masih
terletak di sisi kepalanya.
Dia teringat wajah Elly yang muram ketika menghantarnya pulang tadi. Elly
juga sempat memberitahu yang dia tidak dapat meneruskan lakonan drama sebagai
watak utama. Dia mahu Aini mengambil tempatnya sebagai pengganti. Elly sangat
yakin dengan kebolehan Aini. Dan, dengan berat hati Aini menerima dan berjanji
akan mengambil alih tempat Elly itu. Malah, semasa berpisah tadi, dia dan Elly
saling berpelukan mesra. Sesuatu yang tidak pernah dia bayangkan akan berlaku
sebelum ini.
Giliran kita pula! Tiba-tiba Hanani bersuara dan sekali gus memeranjatkan
Aini. give us your best shot!. Pelakon-pelakon drama Sekolah Puteri Nazirah
melangkah naik ke pentas. Seketika kemudian, mereka pun mulakan pementasan.
Masing-masing ingin menunjukkan persembahan terbaik mereka.
Kira-kira dua pulih minit kemudian, Aini dan rakan-rakan menamatkan
persembahan mereka. Menteri besar yang menjadi tetamu khas pada malam itu
telah dijemput naik ke pentas untuk menyampaikan hadiah.
238

Pengacara majlis menghebahkan tempat ketiga iaitu Sekolah Putera Negara
naik ke pentas menerima trofi dan wang tunai. Seterusnya pemenang tempat kedua
jatuh kepada Sekolah Menengah Lee Hwa.
Kita kalah agaknya! ujar Hanani kepada Aini. Teman-temannya seramai
sepuluh orang itu berdebar menunggu keputusan. Mereka berdiri di sisi kanan
pentas.
Dan pemenang pertamakumpulan drama Sekolah Menengah Kebangsaan
Nazirah dengan drama, pengacara itu bersuara girang diiringi tepukan bergema
dengan kuat. Kemudian mereka naik ke pentas untuk menerima hadiah daripada
Menteri Besar. Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh kepada mereka.
Selepas pertandingan selesai, Aini bergambar dengan teman-temannya.
Kemudian, dia mendapatkan ibu dan adiknya pula. Ibunya mengalirkan air mata
kerana melihat kejayaan anak daranya yang sulung itu.
Ju, Aini mana? Soal Normala sambil memerhati sekeliling. Kelibat Aini
langsung tidak kelihatan. Orang dah jadi buruan wartawan, tentulah masih ada
dalam dewan agaknya, kenapa Mala? Fasal Adi ke? Cepat saja dia menangkap
percakapan Mala.
Ada berita tentang Adi? soal Aini dengan dada berdebaran kencang. Dia
menunggu reaksi daripada Normala. Normala menyeka air matanya yang deras
mengalir. RinaJu Normala mendakap tubuh Aini. Gadis itu terpinga-pinga.
Adidia dah selamat dalam pembedahan. Tapitapi, Normala melepaskan
pelukan nya. Tapi dia masih belum lepas daripada saat gentingnya, keluhnya
perlahan.
Maksud kau Mala? tanya Juliana tidak faham. kalau dai dah selamat
dibedah maknanya dia akan terus kidup bukan?
Dia sedang melalui saat-saat kritikal. Kalau dia menunjukkan tanda-tanda
positif selepas pembedahan itu, mungkin dia akan terus hidup. kita berdoa saja
pada Tuhan moga Adi selamat!
Kami tahu Adi suka kau, Aini
239

Dia beritahu kau begitu? Aini bangun.
Ya, dia beritahu aku dan Elly. Sinar mata Normala tajam menujah mata Aini.
Sebelum berangkat ke Amerika dahulu dia beritahu sesuatu pada Elly. Normala
mengajak Aini beredar. Jika dia sembuh selepas pembedahan, Adi mahukan kau
jadi teman istimewanya!
Cepat panggil Cikgu Sutinah, cepat! laung dua tiga suara dari dorm Bunga
Raya. Masing-masing kecoh dengan berpakaian tidur.
Apa yang berlaku? soal Aini cemas. Juliana yang datang bersama Aini
bergegas masuk ke bilik asrama Bunga Raya untuk menyiasat.
Penceroboh telah ditangkap! ujar gadis berbadan kecil di hujung tangga itu.
Wajahnya membayangkan rasa cemas.
Lima minit kemudian kereta peronda polis tiba di kawasan perkarangan
asrama untuk membawa penceroboh ke balai. Sebelum itu beberapa kenyataan
telah diambil oleh polis untuk memudahkan mereka. Penceroboh itu dibawa pergi
untuk di dakwa.
Aini merenung jam tangannya. Jam menunjukkan pukul tiga. Aini mengajak
Julia kembali ke bilik mereka setelah suasana reda. Harap-harap tiada lagi
penceroboh selepas tangkapan ini!
Cuti persekolahan datang lagi. Kali ini sekalah bercuti selama tiga minggu.
Sebelum itu, peperiksaan pertengahan tahun telah diadakan di sekolah tersebut.
Keputusan diumumkan seminggu sebelum cuti bermula.
Aini sungguh kecewa semasa menerima keputusan peperiksaannya. Dia
gagal dalam tiga mata pelajaran iaitu matematik, sejarah dan sains teras. Tidak
pernah dia mengalami kegagalan seperti itu. Namun, dia sedar kebimbangan
terhadap nasib Adi menjejaskan tumpuannya.
Keesokan harinya, Aini dikejutkan oleh panggilan hon motosikal penghantar
bunga. Dia menerpa ke muka pintu. Setelah menurunkan tanda tangan dia
mengembalikan senarai nama penerima kepada pemuda berjaket kelabu itu.
240

Dia melangkah masuk ke dalam rumah, lalu membuka kotak panjang berisi
bunga mawar itu. Juliana yang masih berada di rumah itu menerpa sebaik sahaja
ternampak kotak berisi bunga.
Wow! Peminat kau yang mana hantar bunga ros ni? Sial Juliana sambil
melingkar kota itu. bertuahnya kau Aini!. Juliana membaca sekeping kad yang
terselit di celahan bunga mawar merah itu. Terima kasih kerana memberikan aku
kekuatanAdi. Dia membaca kuat-kuat. Wah, dia dah balik agaknya!
hmmm, cntik untuk ditatapi. Mudah mengingatkan kau kepada Adi!. Aini
hanya tersenyum melihat gelagat Juliana. Kemudian mereka berdua berbual-bual
sambil bergelak ketawa.
Kiriman bunga dari Adi membuatkan dia gembira. Dan berita tentang
kesihatannya bertambah baik turut menggirangkannya.
Aini tersenyum gembira sepanjang hari itu. Juliana yang masih berada
bersama-samanya diterap rasa hairan. Adakah Aini telah jatuh cinta kepada Adi
Syahrul? Dan bagaimana dengan Eddy Adzroy? Di manakah kedudukan anak
muda itu di hati Aini Shafrina? Dan persoalan itu terus bermain-main di fikiran
Juliana!


Che Mohd Jamil Bin Mohd
Pink Dan Blue

Damia Hana menyanyi riang sambil menyikat rambutnya yang ikal mayang itu. Dia
amat bersemangat pada pagi ini kerana dia akan kembali semula ke sekolah bagi
seisi 2010 setelah sebulan bercuti. Pada tahun ini,dia akan menduduki tingkatan
empat. Satu tahun yang penuh dengan honeymoon tanpa mengambil peperiksaan
besar.

241

Malah, Damia juga amat gembira kerana pagi ini juga dia akan dapat berjumpa
dengan buah hatinya yang telah lama dia sayangi sepenuh hati,siapa lagi kalau
bukan Khairul Amir, jejaka kacak, kaya serta pandai di sekolahnya itu. Ini kerana,
sepanjang cuti, dia tidak dapat berjumpa dengan Amir disebabkan terpaksa
mengikuti keluarganya pulang ke kampung. Bapa Damia ingin merasai suasana
kampung walaupun Damia berat hati untuk meninggalkan kekasih hatinya itu.
Sebulan tidak melihat wajah Amir, keseksaan hidup Damia tidak dapat diungkapkan.
Tiap-tiap hari wajah Amir bermain diingatan. Kadang-kadang dia sendiri tidak tahu
kenapa dia terlalu angau dengan alam pencintaan ini sedangkan Sijil Peperiksaan
Malaysia (SPM) pun belum lagi didudukinya namun telah angau bersama cinta yang
entah ke mana.

Mia..bas sekolah dah sampai! Jerit ibunya dari bawah.

Kejap bu..okey dah siap! sambil tersenyum lebar di hadapan cermin
sambil membelek pakaian sekolahnya dari kiri ke kanan. Sempurna. Hebat Mia.
Hahahahhakawan-kawan tunggulah Puteri Salju ni datang, ujarnya seakan-akan
sedang bercakap di hadapan pelajar-pelajar perempuan di sekolahnya dengan
bangganya.Bangga? mestilah dia bangga. Ini kerana dia telah mendapat teman
lelaki yang paling kacak dan popular di sekolah dalam kalangan pelajar perempuan.
Siapa lagi kalau bukan Amir prince charming di sekolahnya.

Mia! Cepat turun. Bas dah tunggu itu. Teriak ibunya lagi.

Okey bu! Mia dah datang ujar Mia sambil tersenyum dengan lebarnya
hingga menampakkan barisan giginya yang putih bersih itu. Setelah menyalami
ibunya, Mia terus menaiki bas tersebut. Kemudian, bas tersebut meluncur laju
meninggalkan rumahnya.



Asyraf Danish terangguk-angguk sambil mulutnya terkumat kamit menyanyikan lagu
kegemarannya yang berkumandang di telinganya melalui headphone yang
242

diletakkan di kedua pasang telinganya. Pada masa yang sama, dia melantunkan
bola keranjang yang sentiasa di bawanya ke mana sahaja.

Pink melompat keluar dari bas tersebut sambil tersenyum keriangan. Inilah masa
yang ditunggu-tunggukan selama sebulan, kembali bertakhta di sekolah ini selaku
tuan puteri. Pink berjalan dengan begitu riangnya sambil melihat perubahan yang
berlaku pada sekolahnya.

Hai Batman yang kacak! sapa Pink kepada Farid.

Hai Pink! laungnya kepada Pink yang sudah berlalu pergi dengan
senyuman manis dibibir.

Tiba-tiba, dia terlanggar sesuatu yang keras. Pangggg!! Bunyi sesuatu yang pecah
kedengaran begitu kuat di telinganya.

Oit , buta ke? Kalau berjalan tue pakailah mata. Kau letak kat mana mata
kau, kat lutut ke? marah lelaki itu. Berdesing telinga Pink mendengarnya.

Hello bro, saya bukan sengaja nak langgar awak. Lagipun, bukan salah
saya seorang sahaja, awak pun salah jugak. Kalau awak berjalan guna mata, awak
mestilah mengelak ketika saya bertembung dengan awak jawab Pink dengan
beraninya. Dia amat menyampah dengan lelaki di hadapannya kini. Bukannya dia
tidak tahu beradab sopan, memang pada awalnya dia hingga meminta maaf atas
kecuaiannya, tetapi apabila mendengar lelaki itu memaki hamunnya, kemaafan yang
ingin diujar lesap begitu saja.

Kau tengok nie, rosak sudah MP3 aku? Kau punya pasal la nie. Pagi-pagi
buta dah buat masalah kat orang, menyusahkan betul tambah lelaki itu lagi. Merah
padam muka Pink menahan marahnya. Ingin dia membalas kata-kata lelaki itu,
namun dari jauh dia melihat Khairul Amir sedang sibuk melihat sesuatu di papan
kenyataan. Oh my Prince Charming bisik mia.

243

Tanpa melengahkan masa, Mia segera berlalu meninggalkan lelaki itu tanpa
mempedulikan panggilan lelaki itu. Urghhhh, malas aku nak layan mamat yang
mulut celupar tue, padan muka kau, lagipun salah kau jugak, mana boleh bawak
MP3 kat sekolah, tak baca peraturan sekolah ke? gumam Mia dengan muka yang
dicebik-cebiknya. Dia mencari-cari kelibat Amir, namun tidak dijumpainya. Dengan
wajah yang sayu Mia melangkah menuju ke kelasnya.

Amboi budak ni, tak tahu berbudi bahasa langsung ngomel Asyraf. Lalu dia
mengambil MP3 yang sudah pecah itu, dan memasangnya kembali. Oh, masih
berfungsi rupanya. Inilah bagus kalau beli benda yang mahal, kualitinya amat tinggi
ujarnya dengan perlahan.

Asyraf Danish! panggil seorang pengawas yang amat berdedikasi dalam
melakukan kerjanya. Siapa tak kenal Farid, seorang yang amat tegas dan berdisplin.
Maklumlah ketua pengawas. Farid merupakan musuh utamanya . Dah berbuih
mulut aku meningatkan kat kau Danish, kat sekolah mana boleh bawa MP3. Dah lali
aku asyik rampas benda yang sama jer.Kalau kau bawak handphone tue, okey la
jgk. Bilalah kau nak berubah hah? Tambah Farid lagi memerli Asyraf yang langsung
tidak ambil endah apa yang diperkatakan.

Dengan satu keluhan dia menanggalkan headphone lalu menyerahkan kepada Farid
Mp3 kesayangannya itu. Ini kerana dia tahu, membawa Mp3 ke sekolah merupakan
satu kesalahan dan Asyraf mengakuinya.


Suasana dalam kelas 4 Sains 1 amatlah bising mengalahkan suasana pasar tani.
Masing-masing sibuk bercerita tentang hal masing-masing. Maklumlah cuti sebulan.
Banyaklah cerita yang ada ingin dikongsi dengan kawan sekolah. melancong ke sini
la, ke situ la. Apa yang Mia ada, cerita tentang kampungnya di Terengganu.

Hai semua! sapa Pink dengan mesra. Namun tiada siapa pun yang
membalas sapaanya kerana semua kawan-kawannya sedang berkerumun di meja
244

Natasya yang amat popular digelar Wanita Melayu Terakhir. Ini kerana Tasya
mempunyai sifat lemah lembut dan ayu jika hendak dibandingkan dengan dirinya.

Hai Pink! tegur Sakinah setelah Mia menghampiri mejanya. Kawan-
kawan di dalam kelasnya lebih suka memanggilnya dengan panggilan Pink daripada
Mia. Mia sendiri tidak menghalangnya malahan amat menyukai nama panggilan itu.
hehehehe.pinkaku suka nama itu. Monolog Mia dalam hati.

Pink , kau nak tahu? Sekarang kau tak boleh lagi jadi permaisuri dalam
sekolah ni.Kau percaya tak kalu aku kata yang Natasya dah rampas takhta kau.
Ujar Sakinah sambil menjeling kea rah Natasya.

Apa? Tak mungkin! Nonsense! Mengarut! Tak logik!! jawab Mia dengan
terkejutnya. Natasya bangun dari tempat duduknya melangkah kearah Mia. Mia,
aku harap selepas ni kau jangan la nak ganggu teman lelaki aku lagi. Jangan kau
terhegeh-hegeh kat Amir lagi! kata Natasya dengan nada sinisnya. Mia merasa
seakan-akan ingin sahaja dia menumbuk Natasya. Mujurlah dia masih waras
akalnya.

Apa hak kau nak ugut-ugut aku nie. Baik! biar aku sendiri yang bersemuka
dengan Amir. Balas Mia dengan riak wajah yang marah.

Aku tahulah kau tak boleh nak terima kenyataan. Siapalah yang nak
lepaskan Amir, anak dato Razlan. Kaya, kacak dan bijak.Tapi malangnya dia lebih
memilih aku. Natasya Diana yang ayu lagi manis,hahahhahahhahahah!!!! ujar
Natasya dengan bangganya.

Pada masa yang sama juga, di dalam kelas 4 Sains 2, Asyraf dan Fakrul bertengkar
lidah disebabkan satu perkara yang hangat diperkatakan.

Hahahaha! padan muka kau Asyraf. Aku dengar gadis pujaan kau,
Natasya Diana sekarang sedang hangat bercinta dengan anak dato Razlan.
Melepaslah kau ujar Aiman dengan ketawanya yang terbahak-bahak.

245

Siapa kata aku ada hati kat Tasya tu? Silap orang la. Aku dah ada teman
wanita la. Bohong Asyraf. Dia tidak mahu kawan-kawannya mentertawakannya.

Ohhh..Kalau begitu buktikan kepada kami tutur Aiman dengan nada perli.
Asyraf terpana seketika. Wanita yang selama ini menjadi pujaannya telah bercinta
dengan Amir. Sudah beberapa tahun dia menyimpan perasaan terhadap Natasya,
namun dia takut untuk meluahkan perasaannya kepada Natasya kerana bimbang
cintanya akan ditolak. Ini kerana dia tahu, Natasya tidak pernah pun memandang ke
arahnya walaupun sedetik. Bukan kerana dia tiada rupa, tapi disebabkan Natasya
tahu keadaan Asyraf yang miskin dan pelik. Ini kerana Asyraf tinggal di sebuah
pondok usang keseorangan. Namun bagi Aiman dan Fakrul, mereka hairan melihat
keadaan pondok Asyraf, walaupun luaran nampak buruk, namun hiasan dalaman
serta perabot amat mengagumkan. Apabila mereka bertanya kepada Asyraf, Asyraf
hanya berkata hasil titik peluhnya bekerja.

Demi membuang rasa sedihnya, Asyraf telah keluar dari kelas tersebut menuju ke
taman bagi menenangkan hati dan fikiran. Semasa dia hendak menuruni anak
tangga, dia hampir bertembung dengan seseoarang yang mahu menaiki anak
tangga ke atas. Bila dia ke kanan, perempuan itu pun ke kanan dan apabila dia
bergerak ke kiri, perempuan itu juga ke kiri. Dengan bengangnya masing-masing
mengangkat kepala. Kedua-duanya bertentang mata buat kali pertama.

Hey, tepilah! serentak dengan itu mereka menengking antara satu sama
lain.

Masing-masing dalam keadaan marah dan kecewa. Masing-masing juga tidak mahu
mengalah. Pandangan mereka juga telah bertukar menjadi pandangan yang amat
mengerikan oleh mata lain yang memandang.

Tepilah, aku jalan dulu. Ujar Asyraf dengan nada perlahan namun penuh
dengan kebencian.

246

Kau yang patut berambus. Jawab Mia dalam keadaan marah. Dia
sudah tidak kisah akan lelaki di hadapannya itu. Walaupun kacak mahupun comel,
dia tidak akan mengalah dan tidak akan peduli.

Kau yang sepatutnya berambus! marah Asyraf. Dengan kemarahan yang teramat-
amat Pink telah menolak Asyraf dengan kasarnya sehinggakan Asyraf tidak dapat
mengimbangi badannya lalu terjatuh.

Padan muka kau. Ujar Mia lalu ingin berlalu.Namun nasib tidak
menyebelahi dirinya,semasa dia ingin mendaki anak tangga, kakinya tersadung
anak tangga dan dengan pantas Mia turut terjatuh.

Aaargggggggggg!! Teriak Mia menahan kesakitan. Asyraf hanya melihat dengan
senyuman yang terukir dibibir. Dia merasa gembira kerana perempuan itu telah
mendapat balasan atas kejahatan yang telah dilakunya sebentar tadi. Mujurlah aku
tidak cedera. Bisik Asyraf dalam hati. Dia ingin berlalu pergi meninggalkan Mia
dalam keadaan menangis teresak-esak, namun apabila melihat keadaan perempuan
itu yang sedang mengerang kesakitan, dia menghampiri perempuan tersebut. Eh!
kau, budak yang berjalan tak guna mata tegur Asyraf.

Aku ada namalah la wahai budak bermata biru Nama aku Mia, tapi kawan-kawan
aku semua panggil Pink jawab Mia dengan lemah.

Mai aku tolong kau, tapi dengan satu syarat, kau kena jadi teman wanita aku. Ujar
Asyraf dengan muka yang penuh dengan kejahatan.

Hah, dugong, hantu,eee! bentak Mia dengan marahnya. Dia tidak percaya
dengan apa yang telah berlaku. Si mata biru, lelaki yang telah aku terserempak
untuk kali kedua ini akan ku gelar Blue. Adakah patut menolong tapi dengan syarat
aku kena jadi teman wanitanya . Tidak logik akal. Siapa yang mahu. Aku mahu lelaki
yang kaya dan juga kacak serta beriman. Dia apa yang ada, rupa memang ada, tapi
harta! Hati Mia berperang memikirkan perkara tersebut. Namun, demi membalas
dendam atas perbuatan Amir yang telah mempermainkannya, dia telah menerima
syarat yang ditetapkan oleh si mata biru itu.
247



Bermulalah sandiwara cinta Pink dan Blue. Di hadapan orang ramai mereka
bagaikan pasangan sejoli, namun apabila sebaliknya ibarat kucing dengan anjing.Di
kantin, di perpustakaan mahupun di luar kawasan sekolah, mereka asyik berkepit
bagai lesung batu tetapi saling ketuk-mengetuk.

Pink sedang khusyuk menikmati sarapannya di bawah pokok berhampiran kantin
bersama-sama dengan Asyraf. Asyraf ketika itu nampak begitu gelisah sekali
apabila melihat Pink yang begitu comel mengunyah roti yang membuatkan hatinya
begitu terpesona. Lakonan cinta yang dilakukannya membuatkan dia begitu rapat
dengan Mia.

Eh, Pink.Macam mana kalau suatu hari nanti, aku benar-benar jatuh hati kat kau?
Tanya Asyraf dengan muka selamba. Hampir tersembur air yang diminum Mia
mendengar tutur kata dari Asyraf. Sememangnya Asyraf telah mula jatuh hati
dengan Mia, Walaupun Mia sering bersikap kasar dan marah-marah, namun dia
tahu Mia seorang wanita yang baik.

Apa kau kata? Hahahhaha..jangan!jangan! kau nak tahu? Impian aku dari kecil
hingga besar, aku nak cari bakal suami aku orang kaya. Ini kerana demi masa
depan bakal anak-anak aku. Tutur Mia dengan bersungguh-sungguh Jadi aku rasa
kau tiada peluang lah nak jadi suami aku, bukan setakat suami, kekasih pun tak kan.
Okey? Sambung Mia lagi.

Hancur hati Asyraf apabila mendengar butir kata yang dikeluarkan oleh Mia. Mia
juga sama macam Natasya, lebih mementingkan harta daripada hati. Sejak daripada
peristiwa itu, Asyraf telah menjauhi dirinya daripada Mia. Mia pula semakin hari
semakin gelisah hidupnya. Setiap saat bayangan Asyraf menghantui dirinya. Dia
kehairanan kenapa perasaan cinta kepada blue boleh hadir dalam dirinya
sedangkan lelaki itu tidak menepati ciri-ciri lelaki idamannya.

248

Eh Aiman, mana Blue? Tanya Mia. Dia tidak tahu kenapa hari ini dia
mesti berjumpa dengan Asyraf. Perasaan untuk berjumpa dengan Asyraf sudah
tidak dapat dibendung lagi sehinggakan termimpi-mimpikan Asyraf.

Entah la.Dari pagi aku tak tengok muka dia. Jawab Aiman sambil
melurut-lurut rambutnya.




Opsss sorry, ucap Mia apabila dia terlanggar seseorang yang baru keluar dari
pejabat.

Its, ok, jawab wanita itu sambil mengambil kertas-kertas yang
berselerak di atas lantai. Mia turut sama menolong wanita itu.

Surat berhenti sekolah? dia terpandang tulisan pada kertas tersebut.

Asyraf DanishAsyraf Danish? ulangnya lagi. Dia kemudian memandang wajah
wanita di hadapannya itu.

Wanita itu ialah kakak kepada Asyraf. Dia memberitahu bahawa Asyraf akan
menetap di New York selepas ini. Melalui perbualan dengan kak Mira, barulah Mia
tahu, Asyraf merupakan anak orang berada. Dia merupakan pewaris Hotel The
Prince. Papa Asyraf telah mengarahkan Asyraf belajar di luar negara bagi
mendalami segala selok belok pengurusan hotel di luar negara nanti. Maklumlah,
Asyraf satu-satunya anak lelaki papanya dan tiada siapa lagi boleh menggantikan
tempat papanya nanti.

Setelah meminta izin untuk berlalu, Mia berlari sepenuh hati, berhenti di
persimpangan jalan. Dia tidak dapat mengawal perasaan sebaknya itu lalu
mengalirkan air mata buat pertama kali. Air mata suci yang langsung tidak diundang
249

mengalir deras di pipinya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia harus bersedih hanya
kerana Asyraf ingin ke luar negara.

Keesokkan paginya, Mia cepat-cepat bergerak ke rumah Asyraf yang berada di desa
bersebelahan tempat tinggalnya. Dia harus meluahkan rasa hatinya sebelum
terlambat. Ini kerana dia tahu, Asyraf akan bertolak ke New York hanya beberapa
jam lagi. Dia nekad, hanya Asyraf yang sudah berjaya memiliki hatinya. Mia mula
sedar, cinta tidak boleh dibeli dengan harta tetapi dengan hati yang ikhlas untuk
menerima dan diterima. Sejak mula rapat dengan Asyraf, sudah hilang bayangan
lelaki idamannya, Amir. Mia semakin yakin, hanya Asyraf dalam hatinya.

Asyraf, tunggu. Aku ingin memberitahu perkara ini kepada kau. Ini amat penting.
Aku.akuakucintakan kau. luah Mia dengan linangan air mata yang berderai.
Dia pasti dengan keputusannya itu, Dia telah jatuh cinta dengan Asyraf bukan
kerana dia tahu Asyraf anak orang kaya, tapi lakonan cinta mereka telah
membuatkan perasaan cinta itu hadir tanpa diundang. itulah yang dikatakan syurga
cinta. Cinta atas dasar hati, bukan harta atau rupa semata-mata.

Mia , usahlah kau berlakon. Aku tahu kau cintakan harta aku, bukan aku. Kan?
Tanya Asyraf .

Dia hanya ingin melihat reaksi Mia yang belinangan air mata. Dia tahu, Mia ikhlas
mencintainya kerana dia melihat Mia menangis dalam hujan yang lebat ketika
diberitahu yang dia akan ke luar negara. Mia melihat Asyraf melangkah pergi menuju
ke kereta mewah papanya. Sebentar lagi, Asyraf akan melangkah masuk ke dalam
perut kereta dan akan pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

Blue!!! jeritnya. Asyraf yang sedang membuka pintu berpaling apabila Mia
memanggilnya. Dia sekadar tersenyum bagai tiada apa yang akan berlaku. Mia
hairan dan sudah bermacam-macam andaian yang bukan-bukan bermain di minda
Mia.

Pink. Aku cintakan kau juga. Ujar Asyraf dari jauh lalu masuk ke dalam
kereta. Air mata Mia mengalir laju. Tak tahu menggambarkan perasaannya ketika
250

ini. Sedih kerana Asyraf meninggalkan dirinya. Gembira sebab akhirnya dia berjaya
temui cinta sejatinya. Asyraf mengangkat tangan memberi isyarat kepadanya
sebelum pergi. Kereta yang dinaiki Asyraf meluncur laju meninggalkan pondok buruk
milik Asyraf itu. Pink tersenyum lebar sambil mengesat air matanya. Tiba-tiba, dia
terkejut apabila telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Blue!! bisiknya.
Lalu dia membaca kandungan mesej itu.

Tunggu kepulangan ku, Mia. Janganlah kau menangis, aku hanya pergi ke New
York selama seminggu sahaja untuk menghadiri majlis perkahwinan kakak ku.
Hahahahhaapa-apa pun jangan marah ya.

BlueDugong! teriak Mia sambil tersenyum bersama air mata kerana
dipermainkan oleh Asyraf.

Di dalam kereta, Asyraf ketawa terbahak-bahak.Dia merasa lucu kerana terpaksa
berlakon demi meraih cinta Damia Hana. Surat behenti sekolah? cuma lakonan saja.
Mia akan menunggu kepulangan Asyraf dari New York dengan penuh sabar
walaupun hatinya penuh geram kepada Asyraf yang telah mempermainkannya.
Sehari bagai sebulan, begitulah hari-hari yang perlu dilalui oleh Mia. Maklumlah, hati
dah berpunya. Selepas kepulangan Asyraf, tiada lagi lakonan yang mereka perlu
lakonkan. Mia sudah bercinta monyet dengan Asyraf.


*******************************************TAMAT*****************************************

Megat Lokman Bin Megat Kamaruzaman

You might also like