You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG KERAMAT

45000 KUALA SELANGOR



MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2010
TARIKH : 8 JANUARI 2010
HARI : JUMAAT
MASA : 12.15 TENGAHARI
TEMPAT : BILIK GERAKAN
KEHADIRAN:
1. TUAN HAJI PAUJI BIN ILYAS (PEOLONG KANAN KO-KURIKULUM)
2. EN. MOHAMAD BIN ALI (KETUA PANITIA PJK)
3. EN. MUHAMMAD IZZUDDIN BIN AZZMI
4. EN. AHMAD SHARIMI BIN RASID
5. CIK WAN NOREZAN BT WAN ALLI

1.0 Ucapan Pengerusi (EN. MOHAMAD BIN ALI)

1.1 Mengucapkan salam keislaman dan terima kasih di atas kehadiran guru-guru pada
mesyuarat kali pertama ini. Memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah.

1.2 Mengucapkan selamat datang kepada guru-guru baru yang akan memikul amanah untuk
mengajar mata pelajaran PJK di sekolah ini.

2.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum

2.1 Mengucapkan terima kasih dan berharap agar mesyuarat kali ini dapt merancang dan
menyusun program agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PJK kali ini dapat
berjalan dengan baik dan dapat mencapai objektif yang dikehendaki.

2.2 Beliau mengingatkan semua guru bahawa mata pelajaran PJK ini bukanlah mata
pelajaran sampingan kerana bermula pada tahun ini, ujian untuk mata pelajaran PJK
akan diadakan sekurang-kurangya dua kali setahun.

3.0 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran

3.1 Pengerusi menyentuh tentang pakaian guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran di
padang. Pakaian guru hendaklah sesuai seperti yang ditetapkan oleh pihak Kementerian
Pelajaran. Guru dibenarkan memakai pakaian sukan sehingga sebelum waktu rehat dan
dikehendaki menukar ke pakaian formal selepas pada waktu rehat.

3.2 Waktu pengajaran dan pembelajaran PJK bagi tahap satu ialah 90 minit dan tahap dua
ialah 60 minit. Pengajaran terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pendidikan Jasmani dan
juga Pendidikan Kesihatan. Kedua-dua bahagaian wajib diajar.

3.3 Pengerusi memaklumkan yang pihak Pejabat Pelajaran Daerah mengarahkan guru mata
pelajaran PJK dikehendaki mengadakan ujian sama ada secara formal atau tidak formal
kepada murid-murid.

3.4 Guru hendaklah menggunakan rancangan pelajaran yang telah disediakan oleh Panitia
PJK daerah, ketua panitia akan mengedarkan rancangan tersebut kepada guru-guru yang
berkaitan.

3.5 Sewaktu pengajaran di luar kelas seperti di padang, guru hendaklah memastikan
kawasan tersebut adalah selamat dan pengambilan peralatan didalam setor hendaklah
dengan pengawasan guru.

3.6 Jadual waktu pengajaran mata pelajaran PJK telah diselaraskan oleh pihak sekolah.
Sebarang masalah sila maklumkan kepada ketua panitia.

4.0 Hal-hal lain

4.1 Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum memaklumkan yang sekolah akan menjadi tuan
rumah pertandingan hoki MSSD Kuala Selangor bagi peringkat sekolah rendah dan
sekolah menengah.

4.2 Membentuk pasukan hoki sekolah

4.3 Penambahan peralatan PJK akan dilakukan.

5.0 Ucapan Penangguhan

5.1 Tuan Haji Pauji sebagai guru penolong kanan ko-kurikulum berjanji akan membawa
masalah tersebut ke pihak atasan dan diatasi dengan segera.

5.2 Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama guru-guru dan
beliau berharap agar proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PJK dapat
dijalankan dengan sempurna dan segala masalah akan dapat diselesaikan bersama.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.05 tengah hari dan diakhiri dengan bacaan surah Alas

You might also like