You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN
Pada peringkat awal, murid biasanya mempunyai konsep yang kurang
mantap tentang ukuran dan sukatan. Misalnya, ramai murid masih tidak sedar
tentang keabadian ukuran dan sukatan. Misalnya, ramai murid masih tidak sedar
tentang keabadian ukuran dan sukatan seperti isipadu. Mereka juga mungkin
menghadapai kesukaran mengamati keabadian dalam isipadu cecair. Contohnya
isipadu cecair akan berubah apabila cecair itu dituangkan ke dalam bekas yang
berlainan bentuk dan saiz.
Kesilapan ini dapat diatasi apabila kebolehan kognitif murid semakin
berkembang di samping melalui pengalaman yang berkaitan. Kesedaran guru
terhadap masalah murid dalam keabadian ukuran dan sukatan tentulah akan
dapat membantu guru dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Guru seharusnya merujuk kepada teori Jean Piaget untuk
mengetahui dengan lebih mendalam tentang pengamatan kanak-kanak dalam
ukuran dan sukatan.




1.2 KONSEP UKURAN DAN SUKATAN
Terdapat dua jenis ukuran iaitu :
i.Ukuran yang melibatkan penggunaan pembolehubah diskrit (objek yang
dihitung, contohnya bilangan murid di dalam kelas)
ii.Ukuran yang melibatkan penggunaan pembolehubah selanjar, seperti
panjang, tinggi, berat, masa dan isipadu.
Ukuran dan sukatan adalah proses memberi nilai kepada satu cirri istimewa
sesuatu objek, misalnya kuantiti fizikal seperti panjang, berat, luas, isipasu cecair
dan masa. Membanding, membilang dan membuat anggaran merupakan asas
bagi nombor bulat dan nombor nisbah yang boleh dikembangkan melalui
pengalaman dalam ukuran dan sukatan.

1.3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UKURAN DAN SUKATAN
Pembelajaran tentang ukuran dan sukatan boleh menjadi satu pengalaman
yang menarik jika seorang guru dapat :
Memberi peluang kepada murid menganggarkan sesuatu kuantiti fizikal sebelum
aktiviti mengukur.
Merancang aktiviti yang membolehkan murid merekod hasil ukuran dan sukatan
dengan membina jadual secara individu, kumpulan atau kelas.
Memberi pengalaman kepada murid dalam penyelesaian masalah supaya dapat
menggunakan kemahiran mengukur dan menyukat dalam situasi kehidupan
seharian.

Anggaran harus diberi penekanan semasa menjalankan aktiviti mengukur
dan menyukat. Murid digalakkan menganggar suatu ukuran dan sukatan,
kemudian membandingkannya dengan ukuran yang sebenar. Melalui
penganggaran dan penyemakan dengan ukuran sebenar, murid dapat
memahami dengan jelas tentang apa yang diukur dan unit yang digunakan.
Guru hendaklah memberi penekanan pengalaman yang boleh membantu murid
mengembangkan kefahaman tentang ukuran dan sukatan. Beberapa
perbendaharaan kata yang berkaitan dengan ukuran dan sukatan seperti berat-
ringan, banyak sedikit dan sebagainya harus diperkenalkan sebagai
perbendaharaan praukuran dan sukatan.
Ukuran dan sukatan memberi peluang kepada guru melibatan murid dalam
pelbagai aktiviti. Kebanyakan pengajaran dan pembelajaran tentang ukuran dan
sukatan haruslah berpusat kepada aktiviti murid. Aktiviti yang boleh dijalankan
termasuklah menyukat isipadu cecair.
Contoh masalah rutin :
Seorang penjual susu hanya mempunyai bekas yang boleh menyukat 3 liter dan
5 liter cecair. Bagaimanakah dia hendak menyukat susu sebanyak 7 liter dengan
tepat?




Susu sebanyak 7 liter


Dalam pengajaran dan pembelajaran ukuran dan sukatan, guru hendaklah
sentiasa memikirkan :
Apakah pengalaman sedia ada yang harus diperolehi oelh murid?
Apakah konsep dan kemahiran penting yang harus dipelajari oleh murid?
Bagaimanakah guru dapat membantu murid untuk memperolehi pengalaman ini?

1.4 BAGAIMANA MENGAJAR UKURAN DAN SUKATAN?
Diperingkat sekolah rendah, ukuran dan sukatan merangkumi penjang, berat,
isipadu cecair, dan masa dan waktu. Walaupun setiap topic itu kelihatan berbeza,
pengajaran dan pembelajaran dalam mengukur setiap kuantiti itu mempunyai
banyak persamaan dalam proses pelaksanaan. Berikut adalah urutan langkah
yang dicadangkan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tajuk
ukuran dan sukatan:

1. Mengenal pasti ciri dengan membandingkan objek
Secara pengamatan
Secara langsung
Secara tidak langsung
2. Memilih satu unit
Unit sebarangan
Unit piawai
3. Membanding objek yang hendak diukur dengan unit yang dipilih
4. Menghitung bilangan unit dengan cara
Membilang
Menggunakan alatan
Menggunakan rumus
Apabila satu ukuran baru diperkenalkan, kita boleh melaksanakannya dengan
mengikuti urutan 1 hingga 4 beberapa kali. Setelah murid mempelajari beberapa
ukuran, pusingan urutan 1 hingga 4 mungkin dapat dipercepatkan.
1.5 UNIT BAGI UKURAN DAN SUKATAN
Penggunaan unit adalah aspek yang amat penting dalam ukuran dan sukatan.
Konsep unit sukar difahami dan perlu diperkembangkan melalui pelbagai aktiviti.
Beberapa aspek penting dalam penggunaan unit ukuran dan sukatan ialah :
Satu ukuran atau sukatan mesti mempunyai nilai dan unit.
Dua ukuran lebih mudah dibandingkan jika satu unit yang sama digunakan.
Suatu unit mungkin lebih sesuai daripada suatu unit yang lain dalam ukuran
sesuatu objek.
Terdapat perhubungan songsang antara saiz nilai dan saiz unit yang digunakan.
Penggunaan unit piawai bagi ukuran dan sukatan memudahkan komunikasi.
Penggunaan suatu unit yang lebih kecil dapat menghasilkan ukuran lebih tepat
bagi objek yang kecil.
2.0 ISI PADU CECAIR
Sebelum memasuki alam persekolahan, kanak-kanak sudah biasa dengan
cecair. Pengalaman ini dilalui sejak mereka mula menyusu. Selain susu, kanak-
kanak juga sudah biasa dengan cecair lain seperti air, minyak, sirap dan ubat.
Kanak-kanak sudah mengenali beberapa jenis bekas seperti botol susu, baldi,
sudu dan sebagainya, yang digunakan untuk mengisi cecair tersebut.
Jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas disebut kapasiti(muatan)
bekas itu. Bekas yang berlainan bentuk dan saiz mungkin mempunyai kapasiti
yang sama.


Kanak-kanak biasanya mudah terkeliru dengan bentuk bekas yang digunakan.
Mereka menganggap bahawa bekas yang tinggi mempunyai kapasiti yang besar
dan bekas yang rendah mempunyai kapasiti yang kecil.
Isi padu cecair adalah banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas tertentu .



PENGAJ ARAN UNTUK MURI D PENCAPAI AN TI NGGI
2.1 MENGENAL KEABADIAN ISI PADU CECAIR
2.1.1 AKTIVITI : MENGGUNAKAN BEKAS YANG BERLAINAN SAIZ
DAN
BENTUK.
BAHAN BANTU MENGAJAR : besen, gelas, jug, botol, air sirap
LANGKAH :



1. Guru menyediakan tiga bekas (A,B dan C) yang mengandungi cecair berwarna yang
sama banyak. Guru menegaskan bahawa ketiga-tiga bekas mempunyai saiz dan
bentuk yang sama.
2. Cecair di dalam bekas A dituang ke dalam bekas A1, cecair di dalam bekas C pula
dituang ke dalam bekas C1. (Bekas A1,B1 dan C1 tidak sama saiz dan bentuk)




A B B1 A1

3. Murid diminta memerhatikan paras cecair di dalam setiap bekas A1, B1 dan C1 dan
mereka dibimbing membuat kesimpulan berikut:

Isipadu cecair adalah sama walaupun diisi di dalam
bekas yang belainan saiz dan bentuk


PENGAJ ARAN UNTUK MURI D
PENCAPAI AN RENDAH
2.1.2 AKTIVITI : MENGGUNAKAN BEKAS YANG BERLAINAN SAIZ
DAN BENTUK
BAHAN BANTU MENGAJAR : GELAS, JUG
LANGKAH-LANGKAH :



1. Setiap kumpulan diberi dua bekas lut sinar yang berlainan saiz dan bentuk. Bekas
berkenaan mengandungi cecair berwarna yang sama isi padunya.
2. Murid diminta membandingkan paras air cecair di dalam kedua-dua bekas.





3. Murid diminta menuangkan cecair di dalam kedua-dua bekas tadi ke dalam bekas
lut sinar yang serupa




A B P Q




4. Murid dikehendaki menetukan isi padu cecair tersebut dengan membandingkan paras
cecair di dalam bekas P dan Q.
5. Guru membimbing murid membuat keputusan.







LATIHAN PENGAYAAN

Sila layari web ini untuk permainan interaktif;

http://www.netrover.com/~kingskid/Math/math_kids.html
(Puzzle measuring volume)
PENUTUP

Pada asasnya, terdapat dua jenis ukuran iaitu yang melibatkan pembolehubah
diskrit dan pembolehubah selanjar. Mengukur atau menyukat secara anggaran adalah






penting sebelum murid didedahkan dengan mengukur atau menyukat secara tepat.
Penggunaan unit adalah aspek yang amat penting dalam ukuran dan sukatan.
http://reyarohaya.blogspot.com/

You might also like