You are on page 1of 1

Universiti Malaysia Terengganu

SYARAT-SYARAT YANG DIKENAKAN KE ATAS TAWARAN MASUK




Tawaran masuk yang diberikan kepada anda adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan
seperti berikut:


1. Pemeriksaan Kesihatan

Anda hendaklah menjalani dan lulus pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini termasuk X-
ray dada. Pemeriksaan kesihatan hendaklah dilakukan oleh Pegawai Perubatan yang berdaftar atau
Pegawai Perubatan di Hospital/klinik Kerajaan. Sila bawa borang pemeriksaan kesihatan semasa
anda melapor diri kelak.

2. Pengesahan Tawaran

Anda perlu hadir pada tarikh, masa dan tempat seperti dinyatakan dalam surat tawaran sebagai
tanda pengesahan penerimaan masuk ke UMT, sebarang masalah dan pertanyaan boleh berhubung
terus melalui telefon 09-668 4532/4219.

3. Pematuhan Peraturan

Selama tempoh pengajian anda di Universiti ini:

a) Anda mestilah mematuhi:

i. Undang-Undang negara dan Undang-undang Universiti termasuk
perlembagaan Universiti, Kaedah-kaedah Tatatertib Pelajar Universiti, Status-
status Universiti, Akta-akta Universiti dan peraturan-peraturan Universiti.

ii. Keputusan-keputusan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Universiti.

b) Anda mestilah sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta benda serta
kemudahan-kemudahan daripada dirosakkan oleh sesiapa pun.

c) Anda mestilah tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan
dan urusan Universiti seperti kuliah dan sebagainya.

d) Anda mestilah menjelaskan segala yuran yang dikenakan kepada anda oleh pihak Universiti
pada masa yang ditetapkan.


4. Peringatan

Universiti berhak menarik balik tawaran ini atau menyingkir anda sebagai pelajar universiti ini
pada bila-bila masa jika Universiti mendapat sebarang kenyataan dan/atau maklumat yang
diberikan dalam permohonan anda tidak benar.

You might also like