You are on page 1of 15

Kemahiran kecerdasan emosi

PENGENALAN
Selama bertahun-tahun, IQ telah menjadi satu standard taraf
kepintaran seseorang individu yang popular dan diyakini, sejajar dengan
suasana moden yang serba kompleks serta kualiti hidup yang semakin
meningkat ini, ukuran standard IQ ini menjadi satu faktor wujud perdebatan
yang sehingga menarik minat para pemikir, ilmuwan, guru-guru dan ahli fikir
yang lain untuk berdebat mengenainya.
Daniel Goleman (1999), adalah salah seorang yang mempopularkan
jenis
kecerdasan manusia lainnya yang dianggap sebagai faktor penting yang
dapat
mempengaruhi terhadap prestasi seseorang, yakni kecerdasan emosional,
yang
kemudian kita mengenalnya dengan sebutan Emotional Quotient (EQ).
Steiner (1997) menjelaskan kecerdasan emosi adal ah suatu
kebolehan yang menjadikan seseorang individu itu dapat mengerti emosi
diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri
dimaksimakan kegunaan untuk mendapatkan kekuatan peribadi yang
maksimum. Mayer dan Solovey (Goleman, 1999; Davies, Stankov, dan
Roberts, 1998) pula mengungkapkan kecerdasan emosi sebagai
kemampuan untuk memantau dan mengendalikan perasaan sendiri dan
orang lain, dan menggunakan perasaan-perasaan itu untuk memadu pikiran
dan tindakan.
Berbeza dengan pendapat sebelumnya, Patton (1998)
mengemukakan
kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk mengetahui emosi secara
efektif guna mencapai tujuan, dan membangun hubungan yang produktif
dan dapat meraih keberhasilan.
Sementara itu Bar-On (2000) menyebutkan bahawa kecerdasan
emosi adalah suatu rangkaian emosi, pengetahuan emosi dan kemampuan-
kemampuan yang mempengaruhi kemampuan keseluruhan individu untuk
mengatasi masalah tuntutan lingkungan secara efektif. Dari beberapa
definisi tersebut ada kecenderungan erti bahawa kecerdasan emosi adalah
kemampuan mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain,
kemampuan memotivasi diri sendiri, kemampuan mengolah emosi dengan
baik pada diri sendiri dan orang lain.
1.0 KONSEP KECERDASAN EMOSI
Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu (1994), emosi bermaksud perasaan pada
jiwa yang kuat contohnya seperti marah, sedih dan sebagainya. Oxford
Advanced Learners Dictionary (1995) pula menyatakan bahawa emosi
merupakan perasaan yang kuat dan pelbagai jenis contohnya seperti kasih
sayang, benci, takut, cemburu dan lain-lain. The Oxford Dictionary of Current
English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalam
terutamanya dari aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut.
Oleh itu, emosi dapat dirumuskan sebagai satu perasaan dalaman yang kuat
yang lahir daripada mental(psikologi) manusia dan berlaku secara berjajar
dengan naluri semulajadi manusia berdasarkan situasi. Menurut pengertian
tradisional, kecerdasan meliputi kemampuan membaca, menulis dan mengira
dan ia mendorong kearah pend=capaian akademik seseorang individu. Namun,
pandangan baru yang muncul pada ketika ini ialah terdapat faktor lain yang
mempengaruhi kecerdasan di luar pengaruh IQ seperti bakat, ketajaman
pengamatan sosial dan lain-lain. Faktor ini digelar EQ.
Istilah EQ diperkenalkan oleh dua orang ahli psikologi iaitu Peter Salovey
dan John Mayer. Takrifan EQ kemudiannya dikembangkan lagi oleh Daniel
Golernan dengan menggunakan Model Salovey dan Mayor dalam bukunya
Emotional Intelligence untuk melihat pengaruh EQ terhadap gaya hidup
manusia. Menurut Salovey, kecerdasan emosi (EQ) didefinisikan sebagai
keupayaan untuk mengawal perasaan dan emosi diri sendiri dan orang lain,
membezakan antara mereka serta menggunakan maklumat tersebut untuk
memimpin dan menujuruskan tindakan dan pemikiran seseorang. Daniel
Goleman pula menulis dalam bukunya yang berjudul Working With
Emotional Intelligence (Goleman,D. 1998) menyatakan bahawa penilaian
seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan intelektual (IQ)
tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan emosi (EQ).
Menurut beliau setiap orang dalam sesebuah organisasi dituntut untuk
memiliki kecerdasan emosi yang tinggi. Beliau juga berpendapat intelektual
quality (IQ) bersifat relatif tetap manakala emosional quality bersifat boleh
berubah sehingga dapat dibentuk dan dipelajari.
Definisi kecerdasan emosi (EQ) yang diberikan oleh Murray (1998) pula
menunjukkan bahawa kecerdasan emosi (EQ) merupakan satu kebolehan untuk
mengekang perasaan atau emosi negatif seperti marah dan ragu-ragu serta
memfokuskan kepada perasaan positif seperti keyakinan diri. Selain itu
McGarvey (1997) menyatakan terdapat empat kebolehan yang harus dimiliki
untuk meningkatkan kecerdasan emosi (EQ) seseorang individu, iaitu kebolehan
untuk mengawal dorongan, emosi, berada dalam keadaan bermotivasi walaupun
menghadapi kekecewaan dan berempati dengan orang lain. Sehubungan itu,
kecerdasan emosi (EQ) merupakan kebolehan untuk merasai, memahami dan
rnengaplikasikan secara berkesan kuasa dan penilaian yang baik terhadap
emosi yang merupakan sumber tenaga, informasi, perhubungan dan pengaruh
manusia (Cooper & Sawaf, 1997).
Secara ringkasnya, dalam konteks organisasi kecerdasan emosi (EQ)
boleh ditakrifkan sebagai satu mekanisme atau keupayaan dalaman seseorang
individu yang wujud untuk mengurus dan mengawal perasaannya (pengurus)
dan juga orang lain (pekerja), di samping memberi dorongan positif ke arah
mewujudkan satu perhubungan manusia yang dapat membawa kepada
pencapaian matlamat bersama serta keberkesanan organisasi.
2.0 ANALISIS KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

Terdapat dua aspek yang merangkumi kompetensi kecerdasan emosi
iaitu personal dan sosial. Kompetensi personal dibahagi kepada tiga
iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kawalan kendiri dan motivasi
kendiri. Kompetensi sosial pula dibahagikan kepada dua subkomponen
tersendiri iaitu kesedaran sosial dan kemahiran sosial.
Kesedaran kendiri bermaksud seseorang itu mempunyai kebolehan untuk
menyedari perasaan yang tertentu dan dapat memberi tafsiran mengenai
perasaaan terbabit. Kesedaran ini membolehkan seseorang itu menyedari
tentang pemikiran yang mampu merangsang perasaan serta menyedari
perasaan yang akan timbul akibat daripada tindakan tertentu yang diambil.
Dengan itu, individu akan mempunyai penghormatan kendiri yang akan
membawa kesejahteraan kendiri.
Pengurusan kawalan kendiri pula boleh dilihat dari beberapa aspek
seperti kawalan kendiri, amanah, ketekunan, kebolehsuaian dan inovasi. Setiap
aspek mempengaruhi watak individu dari segi emosi. Kawalan kendiri
bermaksud seseorang individu itu dapat menguruskan emosi yang destruktif
walaupun berada dalam tekanan. Amanah pula bermaksud seseorang individu
itu dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan integritinya. Seterusnya,
ketekunan bermaksud seseorang individu itu bertanggungjawab atas prestasi diri
iaitu mempunyai komitmen dan menunaikan janji, manakala kebolehsuaian
bermaksud seseorang individu itu luwes (fleksibel) dalam menangani perubahan
yang berlaku. Aspek terakhir iaitu inovasi pula bermaksud seseorang individu
terbuka kepada idea-idea serta maklumat baru.
Motivasi kendiri pula boleh dilihat daripada beberapa aspek
iaitu motivasi kecapaian, komitmen, inisiatif dan optimisme. Setiap aspek akan
membentuk seseorang individu dari segi pengurusan personal mereka
sendiri. Motivasi kecapaian bermaksud seseorang individu sentiasa berusaha
memperbaiki piawaian kecemerlangannya dengan sentiasa menambahbaik
prestasi dirinya.Komitmen bermaksud seseorang individu itu memberikan
komitmen yang selaras dengan matlamat kumpulan atau
organisasi. Inisiatif bermaksud individu tersebut mempunyai kesediaan bertindak
apabila ada peluang dan sentiasa memanfaatkan peluang. Optimisme pula
bermaksud individu mempunyai kecekalan untuk mencapai matlamat walaupun
terdapat halangan.
Kesedaran sosial memerlukan perasaan empati yang tinggi, iaitu satu perasaan
memahami klien dan rakan sejawat serta mengesan emosi dan memahami
pendangan orang lain serta mengambil berat keatasnya. Tingkah
lakumengembangkan orang lain bermaksud kita dapat mengesan bagaimana
orang lain boleh mengembang dan kita menggalakkan kebolehan atau
keupayaan tersebut. Kesedaran Organisasi atau Politik bermaksud kebolehan
membaca arus emosi dan berupaya mengesan hubungan-hubungan kuasa
dalam sesuatu kumpulan. Tingkah laku seterusnya pula adalah melayani
kepelbagaian iaitu kita membina peluang melalui pelbagai ragam manusia.
Kemahiran sosial dibahagikan kepada lapan iaitu pengaruh yang
bermaksud menggunakan taktik berkesan untuk mendapat keyakinan orang
lain,komunikasi yang bermaksud kebolehan menyampaikan mesej dengan
jelas,tepat dan meyakinkan, kepimpinan berinspirasi yang bermaksud
membimbing dan memberi inspirasi kepada kumpulan dan ahlinya, pemangkin
perubahan yang bermaksud inividu itu akan memulakan atau mengurus
perubahan dalam kumpulannya, pengurusan konflik yang bermaksud individu
dapat berunding dan menyelesaikan perselisihan dengan
kumpulannya, menyemai dan mengekalkan hubungan iaitu memupuk
perhubungan yang penting dan berhasil dalam interaksi sosial
hariannya, kolaborasi dan kerjasama yang bermaksud individu dapat bekerja
dengan orang lain dan mencapai matlamat yang sama dan yang terakhir sekali
adalah keupayaan berpasukan yang bermaksud individu dapat mewujudkan
synergi kumpulan dalam usaha mencapai matlamat yang sama dan individu
tersebut akan sentiasa menyemai komitmen dalam kumpulan.
3.0 KEPENTINGAN KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI BAGI SEORANG
PELAJAR
Kompetensi kecerdasan emosi (KKE) boleh didefinisikan sebagai kebolehan
untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain serta
memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan
orang lain dengan baik. Menurut Young(1996),kecerdasan emosi boleh
didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran
memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau orang lain
dan seterusnya memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan
tindakan orang itu.Kecerdasan emosi banyak dipelajari di dalam hidup kita dan
kompetensi kita boleh berkembang sepanjang hidup kita.Kecerdasan Emosi juga
dipanggil EQ(Emotinal Quotient) seperti IQ(Intelligence Quotient).EQ
meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam
kehidupan seseorang individu.
Kecerdasan emosi mempunyai kepentingan yang tersendiri seperti membantu
kita memberi respon yang pantas dan sesuai dalam menghadapi krisi kehidupan.
Contohnya jika sebuah kereta datang secara tiba-tiba kearah kita. Mungkin kita
akan terkejut lalu mengelak. Disebabkan tindakan yang pantas inilah yang
menyelamatkan kita daripada terjadi sesuatu yang malang.
Selain itu kecerdasan emosi juga dapat membentuk seseorang itu mempunyai
kesedaran emosi kendiri iaitu seseorang itu akan mengenali emosi dan
kesannya.Individu itu juga dapat membuat tafsiran kendiri yang tepat serta
mempunyai keyakinan diri dalam melakukan sesuatu perkara.Dengan
demikian,individu tersebut akan mempunyai penghormatan kendiri yang akan
membawa kebaikan serta kesejahteraan kendiri.Individu yang mempunyai
memiliki kompetensi ini biasanya sedar bagaimana emosinya mempengaruhi
prestasinya.Misalnya,jika emosi pelajar itu baik dan tenang pada hari
tersebut,dia pastinya dapat melakukan sebarang tugasan dengan mudah dan
ceria.
Pengurusan kawalan kendiri adalah merupakan salah satu kepentingan
kecerdasan emosi ini.Pengurusan kawalan kendiri ini boleh dilihat di dalam
pelbagai aspek seperti amanah,ketekunan,kebolehsuaian dan inovatif.Kawalan
kendiri adalah merupakan sesuatu individu itu dapat menguruskan emosi yang
destruktif.Individu yang mempunyai kompetensi ini biasanya dapat berfikiran
waras dan berfokus dalam menghadapi tekanan.Individu itu juga sentiasa tenang
dan positif semasa tertekan.Dari aspek ketekunan pula,individu yang mempunyai
kompetensi ini akan mempunyai komitmen dan sentiasa menunaikan janji.Tugas
yang dilakukannya juga kemas,sistematik dan teratur.
Antara kepentingan kecerdasan emosi yang lain ialah ianya dapat membentuk
motivasi kendiri kepada seseorang itu.Motivasi kendiri boleh dilihat daripada
beberapa aspek seperti motivasi kecapaian,komitmen,inisiatif dan
optemisme.Tiap-tiap aspek tingkah laku ini juga membentuk sesuatu inidividu itu
dari segi pengurusan.Motivasi kecapaian adalah bermaksud individu itu sentiasa
berusaha menambahbaikan atau memenuhi piawaian
kecemerlangan.Seseorang yang mempunyai kompetensi ini biasanya akan
memberikan matlamat mencabar dan mengambil risiko yang dipertimbangkan.
Misalnya seseorang yang berimpian besar pasti dapat melihat peluang
perniagaan yang baik di tempat yang strategik. Dari segi komitmen pula,
seseorang yang baik pasti dapat memahami serta mempunyai kompetensi untuk
memahami nilai tujuan dalam misi.
Kecerdasan emosi juga turut membincangkan tentang cara-cara mengurus
emosi dalam menghadapi situasi yang mencabar dan tuntutan masa kini.Di
antara masalah emosi yang kita dapat lihat pada hari ini ialah
kemurungan.Setiap orang itu selalunya murung jika mempunyai sebarang
masalah seperti tidak gembira,lesu,masalah kewangan dan sebagainya.Diantara
gejala-gejalakemurungan yang dapat dilihat ialah berputus
asa,kecewa,sedih,rasa bersalah,berang dan lain-lain lagi.Kemurungan timbul
akibat daripada emosi yang tidak terucap,terutamanya marah.Perasaan ini
terjadi apabila terdapat kecenderungan untuk menyimpan perasaan getir dan
mengumpulkannya ke satu tahap yang boleh membentuk kemurungan.Antara
salah satu cara untuk mengatasi masalah kemurungan ini ialah dengan
melibatkan diri dalam kegiatan fizikal.Individu yang mengalami kemurungan
harus menghabiskan masa dengan bersukan,berlari-lari anak atau
berenang.Sesetengah orang dapati amat berguna untuk melepaskan sebarang
kekecewaaan dengan bermain tenis.Disebabkan sukan ini memerlukan daya
fizikal yang tinggi,ia memberi satu kelebihan yang bermanfaat.
Masalah emosi yang lain yang dapat dilihat pada orang ramai hari ini ialah
seseorang itu suka menyendiri. Individu itu mungkin membenci diri sendiri dan
mendapati dirinya tidak bergaul dengan orang lain.Antara faktor yang
menyebabkan keseorangan ialah kerana kurangnya bercakap serta
mendampingi orang lain.Kita menolak persahabatan dan teman kerana perasaan
rendah diri atau sebaliknya.Kita juga mungkin keseorangan disebabkan oleh
kerana takut ditolak oleh masyarakat dan tidak dapat menurut seperti yang
mereka kehendaki.Kemahiran sosial seseorang yang lemah juga turut
mempengaruhi masalah keseorangan ini.Untuk mengatasi masalah ini,individu
tersebut haruslah cuba untuk mempelajari kemahiran sosial.Ambil masa untuk
mempelajari kemahiran bersosial untuk membentuk sesuatu perhubungan
itu.Seseorang itu juga perlu bersikap positif dalam kehidupan harian.Bersikap
positif kepada orang ramai dapat membantu kita untuk lebih dekat dengan
mereka.
Selain itu, masalah emosi yang sering membelenggu kanak-kanak pada masa
kini ialah tekanan dalam pembelajran. Salah satu tekanan yang berkaitan
dengan pembelajaran ialah tekanan untuk berjaya dalam akademik. Ibu bapa
pada masa kini lazimnya menaruh harpan yang tinggi terhadap anak-anak
mereka untuk berjaya dalam bidang akademik. Hal ini membuatkan kanak-kanak
berasakan tanggapan ibubapa mereka terhadap mereka berkait rapat dengan
kondisi serta taraf pencapaian mereka dalam akademik di sekolah. Salah satu
cara yang hampir efektif untuk mengatasi masalah ini ialah berfikiran positif.
Pelajar haruslah tenang dan berusaha untuk mengelakkan fikiran mereka
daripada terganggu sedikitpun. Mereka hendaklah memberi perhatian yang tidak
terlalu seriua agar dapat mengelakkan tekanan perasaan.
Justeru,setiap individu perlu menjaga emosi mereka daripada terganggu agar
kehidupan mereka akan menjadi lebih selesa.
4.0 CARA MENINGKATKAN KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
Sebagai seorang guru, kita haruslah berusaha menyediakan perangsang
kemajuan emosi para pelajar dengan baik. Kecerdasan emosi pelajar lazimnya
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti suhu bilik darjah, rutin bilik darjah dan
organisasi bilik darjahsuasana bilik darjah yang sesuai akan mengundang
keseronokan dan keselesaaan dalam kalangan pelkajar sehingga membuatkan
pelajar mudah menimba ilmu. Elakkan suasan kelas yang gelap dan sempit
supaya tidak mengganggu emosi pelajar.
K e adaan yang ceria dan kondusif mempengaruhi emosi dan minat serta
kecerdasan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari segi
emosi
perasaan seperti marah, bersaing untuk sumber yang terhad, dengki,
memfitnah
dan lain-lain akan dikurangkan sekiranya pelajar menjalankan proses
pengajaran
dan pembelajaran dalam suasana yang kondusif. Secara tidak langsung
pelajar
akan berkembang dari segi sosial dan emosi dalam ikl im bilik darjah yang
positif
dan membina.
Cara meningkatkan penyuburanK ompetensi K ecerdasan Emosi adalah
guru perlu memainkan peranan sebagai role model. Guru sebagai role
model
adalah untuk mencerminkan kompetensi kecerdasan emosi iaitu kompetensi
personal dan sosial. Gaya cakap, bertindak dan mengurus pengajaran dan
pembelajaran semuanya diperhatikan oleh pelajar dan mereka akan belajar
atau
ikutnya. Jadi adalah penting supaya guru sentiasa menunjukkan
subkompetensi
seperti kawalan emosi, kebolehpercayaan, ketekunan, optimis, motivasi
kendiri
dan lain-lain yang berkenaan dengan kompetensi personal.
Ciri-ciri kompetensi sosial yang perlu juga ditunjukkan ialah empati,
membangunkan orang lain, melayani kepelbagaian, kepimpinan berinspirasi
dan
membina perhubungan. Dalam kelas, terdapat pelbagai peluang untuk guru
menekankan nilai-nilai murni yang merupakan kompetensi personal dan
sosial.
Contohnya, melayani kepelbagaian pelajar melalui layan saksama terhadap
pelajar lemah, miskin atau kurang upaya. Bahasa dan ayat yang digunakan
haru
menunjukkan sikap adil, saksama dan mesra.
Guru boleh menggunakan teknik-teknik atau strategi pengajaran
seperti memberikan pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran koperatif.
Pembelajaran Kolaboratif dapat memberi peluang kepada pelajar supaya
bercampur gaul dengan rakan-rakan dalam kumpulan lain dengan
bekerjasam
antara sesama ahli kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Dalam
melakukan sesuatu tugasan, setiap kumpulan boleh berkolaborasi supaya
kongsi
maklumat untuk mendapat isi kandungan yang lebih mantap. Dalam proses
mencari maklumat dan membincang serta menghujah dan meneliti isi -isi,
pelajar
perlu berinteraksi sosial dan menggunakan kompetensi personal dan sosial
supaya tidak ada banyak konflik atau perselisihan f aham hasil daripada
kekasaran dalam percakapan atau mudah tersinggung atau
pemonopolasian
oleh pelajar yang dominan dan sebagainya.
Guru perlu
mengambil peluang untuk menyemai nilai -nilai dan kompetensi personal
dan
sosial di kalangan pelajar semasa aktiviti pembelajaran koperatif
dikendalikan.
Contohnya, guru boleh mendengar pertuturan pelajar dan menegur
sebarang
penyelewengan, menyelesai masalah konflik jika timbul pada langkah serta
penimbulan daya kepimpinan mengikut keadaan perlu diakui dan diberi
peluang
untuk berkembang lagi. Penglibatan diri dalam kemahiran interpersonal
merangkumi kemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan
mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan. Oleh itu, pemberian
pembelajaran koperatif merupakan kaedah mengajar yang dapat
menyemaikan
kompetensi kecerdasan emosi.
Sebagai guru, dia harus bijak mengaplikasikan penggunaan bahan
rujukan untuk mencungkil ciri-ciri emosi yang baik daripada pelajar. Sebagai
contoh, jika guru hendak mengajar tentang perasaan empati, penggunaan
gambar mangsa perang, gempa bumi atau sebarang malapetaka dunia
boleh
mencapai tujuannya. Perbincangan tentang keadaan mangsa akan
melahirkan
perasaan kasihan, empati dan kompetensi sosial lain seperti
berorientasikan
perkhidmatan, kerja berpasukan atau membina perhubungan dapat
dipraktikkan
melalui kerja sukarelawan.
Di samping itu, untuk meningkatkan penyuburanK ompetensiK ecerdasan
Emosi dalam kalangan pelajar, guru juga boleh mengadakan permainan
dalam
pengajaran dan pembelajaran. Permainan mempunyai banyak kebaikan
dari
segi pedagogi untuk mengajar atau membelajar sesuatu. Ia memberi
elemen
keseronokan dalam pembelajaran yang akan menjadikan pembelajaran atau
pengajaran lebih berkesan dan mudah diterima. Permainan biasanya
melibatkan
interaksi antara dua atau lebih individu.KompetensiKecerdasan Emosi
memainkan peranan penting sekiranya pelajar tidak pandai mengurus
emosinya
dan juga tidak mempunyai kemahiran sosial yang sesuai, tentu akan
mewujudkan banyak perselisihan faham dan ketidakpuasan. Pelajar juga
dapat
tahu cara untuk menangani kegagalan atau kemenangan serta perasaan
empati
atau budaya bekerja secara berpasukan. Permainan seperti main peranan,
permainan kad, kuiz atau aktiviti cergas lain bukan sahaja dapat
memperkembangkan minda tetapi juga boleh meningkatkan kompetensi
kecerdasan emosi.
REFLEKSI
Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga
saya menyiapkan tugasan ini dengan baik. Alhamdulillah juga kerana saya dapat
belajar ilmu mengenai kecerdasan emosi dalam silibus pembelajaran subjek
KKE ini.
Tugasan ini menyedarkan saya sebagai seorang guru, bukanlah mudah untuk
menguruskan emosi sendiri dan orang lain. Jika emosi menjadi tidak terkawal,
buruk padahnya yang akan menimpa kita dan para pelajar. Imej guru juga akan
tercabar oleh kerana hanya kesilapan seorang individu.
Selain itu, kerjaya guru juga semakin mencabar sejak belakangan ini
berikutan sikap ibubapa yang sering menyebelahi anak anak sehingga
mengenepikan peranan dan kehadiran seorang guru dalam mendidik anak
mereka. Namun, saya akur, fenomena ini menjadikan kerjaya sebagai seorang
guru menjadi lebih menarik.
Pada permulaan dalam menyiapkan tugasan ini amat sukar bagi saya kerana
soalan yang amat sukar untuk saya memahami kehendak soalan namun
begitu En.Azlan membimbing dan memberi banyak tunjuk ajar dan panduan
dalam proses menyiapkan kerja kursus pendek ini.
Setelah itu saya mulakan proses pencarian maklumat melalui internet, buku-
buku dalam perpustakaan dan tidak lupa melalui perbincangan dengan
kawan-kawan.Dengan ini dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan
lengkap dan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
BIBLIOGRAFI
Micheal, A.J. (2006), Kompentensi Kecerdasan Emosi. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman
Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2004), Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi.
Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing
Abdul Fatah Penggunaan Minda Yang Optima Dalam Pembelajaran.
Unit Penerbitan Akademik UTM, 1992
Panduan Pengintegrasian Kompetensi Kecerdasan Emosi Dalam
Kurikulum Pendidikan Guru. Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru,
November 2003
Siri Pendidikan- Mohd Daud Hamzah-Emosi Dalam Pembelajaran
Menangani Masalah Tertekan- Anthony Yeo
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&story
master=0&storyid=1214278766296&substoryid=1203411823334
http://www.idesa.net.my/modules/news/article.php?storyid=1163
http://www.advencedcommunication.com.au/profiles/emotional_intelligence.html.
29/08/2008

You might also like