You are on page 1of 6

http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/biruni.

htm
AL-BIRUNI
Nama penuhnya Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada keluarga Tajik.
Lahir pada 3 Zulhijjah 362H @ 4 September 973M di Parsi. Menurut kitab al-Ansab yang ditulis
oleh Samani dan kitab Mujam al-Buldan yang ditulis oleh Yaqut al-Hamawi, penduduk
Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam bahasa Parsi). Maka atas alasan
inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan
orang asing bagi penduduk Khawarizm.
Sarjana lain menyatakan beliau bukan dilahirkan di Khawarizm, tetapi di Birun, iaitu sebuah bandar
di luar Kath. Bandar Khawarizm terletak 20 farsakh (60 km) dari Kath yang menjadi ibu kota kerajaan
pemerintahan putera-putera Mamuniyah. Oleh itu ada kemungkinan apabila Khawarizm menjadi ibu kota
Mamuniyah, maka penduduk Kath yang berhijrah ke bandar itu digelar biruni. Oleh kerana Abu Rayhan
orang yang lebih terkenal di kalangan mereka, maka gelaran ini diberikan kepadanya. Beliau turut digelar
Khawanizini kerana nama kawasan itu juga dipanggil Khawanizin.
Pendidikan
Beliau banyak memperoleh ilmu pengetahuan daripada seorang Putera Raja Parsi, iaitu Abu
Nasr Mansur bin Ali Jilani, pakar matematik. Keluarga Abu Nasr begitu mengambil berat
tentang al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir abad ke-4H/1OM dan pakar
dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa. Beliau hidup sezaman dengan Ibn Sina. Antara
karya beliau yang teragung ialah Rasail al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan
matematik. Sebagai seorang yang dahagakan ilmu, beliau tidak suka membuang masa.
Sepanjang hayatnya ditumpukan kepada bidang penyelidikan dan penulisan. Dengan itu, beliau
dapat menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun
Yunani.
Beliau mempunyai hubungan erat dengan para intelek Islam dan Kristian. Seorang daripadanya ialah
Abu Sahl Masihi (ahli flzik Kristian). Beliau juga berhubung rapat dengan para saudagar Kristian Syria,
tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama orang Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan
yang betul.
Sebagai AhIi Astronomi
Minat dan aktiviti al-Binuni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori abstrak tentang
falsafah hinggalah kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan astronomi. Bidang pengajiannya
yang utama ialah astronomi. Ini adalah berdasarkan pengakuannya sendiri iaitu:
Oleh kerana bidang saya adalah bidang astronomi dan sejak saya wujud di dunia ini
lagi saya terkenal dengan ilmu itu dan saya tidak berniat untuk keIuar dari disipIin ilmu
itu, maka saya mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Masud) yang
dikenali sebagai nikmat, dengan menulis kanun (undang-undang) Sinaat al-Tanjim
(Seni Astronomi).
Beliau memberi contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan astronomi. Contoh
inimenunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan pasang surut air laut. Ilmu
pengetahuan tentang binatang-binatang dan kedudukannya sangat penting bagi menentukan arah
http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/biruni.htm
pengembaraan dan perjalanan. Iajuga sangat berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan
kedudukan garis lintang atau bujur sesuatu bandar. Maka beliau telah menunjukkan bahawa astnonomi
sangat berguna dan sesuai menurut Islam. Teori-teori astronominya yang penting ialah seperti berikut.
1. Teori alam semesta
Al-Biruni menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Pada
masa yang sama beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar
yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman. Beliau mendakwa bahawa,
Apabila sesuatu bahagian anggota jisim tegar bergerak secara garis Iurus dan satu bahagian ke satu
bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad lain dalam gerakan bulatan yang
rnenggambarkan gerakan mengelillngi satu titik tetap seperti pusat bumi ketika jasad lain itu tegar.
Walau bagaimanapun, kawasan persekitaran matahari menyebabkan planet bergerak dalam bentuk
elips.
2. Kosmogeni
Walaupun Qanun al-Masudi tidak membincangkan asal-usul alam Semesta tetapi al-Biruni
membincangkannya secara terpeninci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau menolak pandangan yang
menyatakan dunia ini kekal. Beliau mengumpul pelbagai arus pertukaran bumi di zamannya dan
melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Busti yang mempunyai muka surat.
3. Teori geosentrik
Al-Biruni dan cendikawan sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentnik dan
heliosentrik. Beliau mengatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa bukti sains
yang kukuh. Selagi sesuatu teori alternatif yang sebenar belum ditemui maka wajarlah seseorang itu
mempercayai dan menerima teori dan penerangan yang terdahulu. Al-Biruni menulis mengenai
pergerakan matahari dalam sebuah buku berjudul Kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syamyang
berkaitan dengan teori ini.
4. Kalender dan kronologi
Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat
membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah mencipta sejenis alat untuk
mengukur masa dan waktu di siang hariserta menulis buku mengenainya iaitu Tabir al-Mizan wa
Taqbir al-Azman. Bukunya yang bertajuk Tanqih al-Tawarikh membincangkan tentang tarikh.
Manakala buku Tasawwur Amr al-Fajr wa alShafiq fi J ihat al-Gharb wa al-Sharq pula
inembincangkan tentang terbitnya fajar.
Qanun al-Masudi adalah antara bukunya yang terakhir yang membincangkan perkara di
atas dengan lebih terperinci. Ia membincangkan tentang siang dan malam, bulan dan tahun,
bulan serta matahari, juga penerangan terperinci mengenai perbezaan takwiin, maklumat
tambahan (baru) mengenai kalendar orang India, mengubah takwin Sakkala kepada takwin
Hijrah.
5. Matahari
http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/biruni.htm
Al-Biruni turut membuat kajian tentang Matahari dan perkara-perkara yang berkaitan seperti berikut:
(a) Sifat fizikal Matahari
Al-Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberikan sumbangan asli.
Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu Matahari. Menurutnya Matahari
ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh,
samajuga seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang membakar.
(b) Gerakan tahunan
AI-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap Matahani bergerak mengelilingi
Bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan matahari yang perlahan dan cepat menggambarkan
sesuatu orbit.
(c) Panjang tahun solar (tropika)
Semasa mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati perubahan dan perbezaan pendapat
mengenai zaman lepas. Beliau melaporkan ada empat rumusan yang berbeza iaitu 365.2426,
265.2421, 365.398 dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5
jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini
tidak jauh perbezaannya dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 ininit dan 47 saat.
Ketika menuhis Qanun, beliau mengira titik yang tertinggi di antara Matahari dengan Bumi
bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun, dan 0, 0, 7, 44, 54 dalam satu hari. Perkiraan yang
telah dibuat oleh al-Biruni ini hampir sama dengan angka moden iaitu 52.2 setiap tahun dan satu
darjah dalam masa 72 tahun.
(d) Fajar dan senja
Beliau membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni mendapati
senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di bawah ufuk. Penyelidik
moden mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau menulis buku al-Lamat mengenai
perkara ini.

Sebagai AhIi Sains
Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau mahir dalam ilmu
matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan menggunakan algebra dengan mahir.
Beliau juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik.
1. Trigonometri sfera
Al-Biruni menuhis Kitab Maqalid Ilm al-Haiah fi Basit al-Kurah. Buku itu dihasilkan sebagai
satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana penguasaan bahasa dan
subjeknya yang baik dan mudah difahami.
http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/biruni.htm
Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Satu daripadanya
diberi tajuk Jami al-Tarq al-Sairah fi Marafah Awtar al-Dairah yang membincangkan
mengenai kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan.
Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai bidang
yang terpisah dengan astronomi mengembangkannya dengan cara yang sistematik. Beliau tidak
membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas tetapi membandingkannya dengan bahan dan
keterangan lain yang berkaitan, menilai, mengkritik dan memberi pengolahan yang lebih baik.
Karangan Qanun al-Masudi yang berkaitan dengan trigonometri mengandungi 10 bab. Bab
pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi-sisi daripada pelbagai gambar rajah seperti segi
tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Bab seterusnya
membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini beliau gunakan
ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda.
Beliau turut membincangkan tentang jejari bulatan sebagai satu kesatuan mnenggantikan 60. Ini
akan memendekkan lagi kerja-kerja pengiraan. Beliau berjaya mendahului ahli matematik yang lain
dengan membuktikan rumus sinus dalam satah segi tiga iaitu.
sinA = sinB = sinC
a b c
Banyak lagi rumus-rumus yang dikemukakan dan diperkenalkan oleh beliau. Beliaulah orang pertama
yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi tiga. Beliau cekap menggunakan rumus dan
penentu dalaman dan yang pertama memberikan contoh mengenai kalkulus dan teorem umum.
2. Aritmetik orang India
Di samping trigonometri sfera, al-Biruni turut menguasai aritmetrik orang India. Beliau telah
menulis beberapa buah buku berhubung dengan subjek itu. Antaranya ialah,
(a) Rashikat al-Hind iaitu Zodiak di India
(b) Kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant
(c) Kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetrik.
(d) Mansubat al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.
3. Cahaya dan bunyi
Al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau sinaran membawa
haba dari Matahari dan ia dapat menembusi air dan udara. Beliau juga mendapati senja kala bermula
atau berakhir apabila Matahari berada di bawah kaki langit. Penemuan al-Biruni ini sama dengan
penemuan moden.
4. Graviti
Beliau turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang graviti. Beliau menolak
pandangan Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau
menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas bumi kerana tidak ada tempat asal
bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya.
http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/biruni.htm
5. Ketumpatan
Beliau dapat menyukat dengan betul ketumpatan bahan-bahan. Al-Biruni menggunakan suatu
alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat ketumpatan. Beliau dapat menyukat
air yang begitu tepat sehinggakan hasil pencubaannya itu selaras dengan nilai moden.
Beliau turut memberikan sumbangan yang tulen dalam bidang hidrostatik. Beliau
menerangkan fenomena tentang banjir, mata air dan pninsip-prinsip yang berkaitan. Al-
Biruni menggunakan emas, raksa, zamrud dan kuartza untuk menentukan ketumpatan.
Dalam bidang mekanik behiau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam dan
bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi. Beberapa keputusan dicatatkan seperti
berikut:

Bahan Uku ran
dengan emas
Ukuran dengan
raksa
Moden
Emas
Raksa
Tembaga
Loyang
Besi
Plumbum
19.26
13.74
8.92
8. 67
7.82
11.40
19.05
13.59
8.83
8.58
7.74
11.29
19.26
13.59
8.85
8.40
7.79
11.35

Jadual di atas merupakan penemuan al-Biruni yang kiraannya hampir sama dengan kiraan moden.
Sumbangan beliau dalam menyukat ketumpatan sangat bermanfaat kerana beliau berjaya membuat
ukuran tepat.
6. Mekanik
Al-Biruni memberikan sumbangan yang banyak dalam bidang mekanik. Beliau mahir dalam
bidang pengetahuan tentang peralatan. Beliau telah mencipta dua alat yang istimewa. Satu
daripadanya ialah pengimbang hidrostatik. Melalui alat ini beliau dapat mencari
ketumpatan 18 bahan. Satu lagi alat ialah sejenis balai cerap yang baru, ia dinamakan al-
Ustawani yang beliau gunakan untuk mengukur bintang-bintang, ketinggian menara dan
bukit, dan kedalaman telaga atau sungai.
7. Berat dan ukuran
Minatnya dalam matematik menyebabkan al-Biruni mempelajari tentang berat dan ukuran.
Ini kenana ia berkait rapat dengan bidang kajian astronomi dan fizik. Ketumpatan sebenar
18 bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan kepakarannya dalam menyediakan berat
dan ukuran yang paling tepat.
8. Geografi, geodesi dan stratografi
Al-Biruni telah memberikan sumbangan yang sangat berharga dalam bidang geografi. Antaranya
beliau telah membezakan antara kuala dan teluk. Beliau menganggap semua kelompok Eurasia dan
Afrika sebagai satu benua yang didapati terletak di Barat dan Timur. Ahli geografi agung ini tahu
tentang banjaran gunung di India yang dikenali sebagai Himalaya. Dalam bukunya I ndia, beliau
http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/biruni.htm
membincangkan peranan kawasan pengunungan dalam menyumbang hujan lebat dan melindungi
sebahagian daerah Kashmir.
Pengetahuan al-Biruni tentang Asia sangat luas. Beliau memberitahu dengan terpeninci tentang negeri
Turki, yang berkaitan dengan Sungai Augarer dan kawasan Tasik Baikal. Namun sumbangan utama
beliau ialah tentang India. Beliau memberikan maklumat tentang kawasan barat laut India.
Al-Biruni telah mengarang beberapa karya geografi, antaranya Tahdid Nihayat al-Amakin
(Penentuan Batas Daerah). Beliau telah menghasilkan kaedah baru untuk mengukur latitud (darjah
lintang) dan longitud (darjah bujur) dan membuat pengukuran sendiri untuk menetapkan antupoda dan
kebulatan bumi juga ketinggian dan sifat-sifat geografi bandar-bandar. Beliau telah membuat ukuran bagi
menaksirkan lilitan bumi dan mendapat anggarannya 25,000 batu. Daripada al-Biruni kita mendapat tahu
bahawa pada abad ke-11, saudagar-saudagar Muslim telah sampai di pulau-pulau Lautan India
berhampiran dengan Pulau Jawa.
Beliau meninggal dunia pada 1 September 1048 @ 12 Rejab 440H.

You might also like